Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2
Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam
petikan menggunakan papan kekunci .
Keluarga Harmoni
Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat
orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan.
Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas
sebagai juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau
seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru.
Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat
cermat. Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi
daripada daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada
pokok kelapa yang ditanam di belakang rumah mereka.
Penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu kawasan rumah
mereka. Keluarga Ikhwan juga bekerjasama menjaga
kebersihan rumah. Mereka juga suka tolong menolong
antara satu sama lain semasa melakukan tugas-tugas yang
diamanahkan. Rumah mereka sentiasa bersih.
Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu
sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu
bapa. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.