Dokumen tersebut merupakan soalan-soalan ujian bahasa Melayu yang meliputi pelbagai aspek seperti makna kata, penggunaan kata dalam konteks, dan gambar. Soalan-soalan tersebut bertujuan menguji pemahaman pelajar terhadap bahasa dan kemahiran mereka dalam menggunakan bahasa dengan betul.
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Simpulan bahasa
1. SIMPULAN BAHASA
1. Harga barang-barang yang terdapat di pasar raya
itu sudahlah mahal, malahan __________pula.
A. paku belanda C. titik peluh
B. tangkai jering D. atas pagar
2. Penduduk taman itu ____________untuk
mengadakan gotong-royong pada Ahad ini.
A. hati batu C. patah hati
B. bulat hati D. tetap hati
3. ‘’Janganlah kamu mengambil tindakan secara
_______________ fikirlah dahulu sebelum
membuat tindakan,’’nasihat ayah kepada abang.
A. serkap jarang C. membabi buta
B. panjang sejengkal D. rambang mata
Soalan 4 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
4. Syafiq hanya makan dua keping biskut pada pagi
tadi sebagai____________.
A. ikat perut C. hati perut
B. alas perut D. buta perut
5. Rakyat Malaysia telah ber______menyumbangkan
derma kepada mangsa gempa bumi di Iran.
A. murah hati C. bulat hati
B. jatuh hati D. keras hati
6. Nazariah berasa bosan mendengar celoteh
Hakimi yang terkenal dengan___________itu.
A. mulut tempayan C. buah mulut
B. telinga lintah D. banyak mulut
Soalan 7 berdasarkan Gambar 8
Gambar 8
7. Kejayaannya lulus dengan cemerlang menjadi
_______ penduduk di kampungnya.
A. mulut tempayan C. mulut murai
B. berat mulut D. buah mulut
8. Azmi yang kelihatan ___________itu sebenarnya
murid terbaik di sekolah lamanya dahulu.
A. bodoh sepat C. bodoh sombong
B. bangkai bernyawa D. bongkok sabut
9. ___________adik berubah setelah dimarahi oleh
ayah kerana tidak mengulang kaji pelajaran.
A. Muka tembok C. Muka manis
B. Air muka D. Seri muka
Soalan 10 berdasarkan Gambar 10
Gambar 10
10. Azman__________apabila dikejar oleh beberapa
ekor anjing.
A. membuka langkah B. membuka hati
C. membuka tangan
11. Tuk Wan yang _______ masih kuat mengerjakan
sawahnya untuk menyara kehidupan mereka suami isteri.
A. bongkok sabut B. manis mulut
C. kering hati D. hati muda
12. Emily yang ______________itu rajin apabila
melakukan sesuatu tugas yang diberi kepadanya.
A. ringan tulang B. otak cair
C. tenang hati
13. Pak Cik Ahmad menerima kedatangan anak
angkatnya yang berbangsa Perancis itu dengan
____________.
A. tangan terbuka C. rumah terbuka
B. baik sangka D. langkah kanan
Soalan 14 berdasarkan Gambar 10
Gambar 10
14. Datuk ______________. Oleh hal yang demikian,
beliau menggunakan kaca mata ketika membaca.
A. rabun jauh C. rabun warna
B. rabun dekat D. rabun malam
15. Kami membawa ____________ sewaktu melawat
Kala di hospital.
A. buah hati C. kepala batu
B. buah tangan D. tangan terbuka
16. Abang memang _______________ untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti.
A. ada hal C. buta hati
B. ada hati D. iri hati
17. Suriani tidak pernah ______________ apabila
dimarahi gurunya.
2. A. mungkir janji C. cahaya mata
B. keras kepala D. kecil hati
Soalan 18 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
18. Encik Shukri _______________ ketika waktu
bekerja.
A. kaki bangku C. berat tulang
B. curi tulang D. ringan tulang
Soalan 19 berdasarkan Gambar 11
Gambar 11
19. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan
situasi dalam gambar?
A. Panjang tangan
B. Muka tembok
C. Ringan tulang
D. Buruk siku