SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
PENULISAN ESEI AKADEMIK
UNSUR-UNSUR PENTING PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
YANG DIANGGAP MENGGUGAT RAJA-RAJA DAN ORANG MELAYU
Pendahuluan
Parlimen British telah meluluskan Perlembagaan Malayan Union untuk dilaksanakan di
Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Namun kehadiran British bersama konsep
bernegara baharu ingin diperkenalkan di sini mendapat tentangan hebat daripada
masyarakat Melayu. Maka, saya disini saya membuat perincian unsur-unsur penting
Perlembagaan Malayan Union yang dianggap menggugat Raja-raja dan orang
Melayu.
Sejarah Awal Malayan Union
Menurut sejarah Malaysia, Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s
House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan
Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi
pengganti British Malaya. Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan Unit
Perancangan Tanah Melayu di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula
Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan
sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar General Ralph Hone.
Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu
selepas perang tamat. Akhirnya selepas perbincangan berlaku maka cadangan untuk
mencadangkan penggabungan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan,
sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Silapnya, British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada
Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat di Eropah menawan semula beberapa negara
daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan
pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak
lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. British menganggap hak mutlaknya untuk
menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir
Jepun.
Tujuan Penubuhan Malayan Union
Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai
Tanah Melayu. Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber
ekonomi daripada sumber bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat sesuai
dijadikan sebagai sebuah negeri pengguna dan agen pasaran barangan dagangan
Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah menjangkakan akan kehilangan beberapa
buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan Dunia Kedua. Daripada pengalaman
pentadbiran pula Tanah Melayu dianggap mudah diperintah kerana orang Melayu
dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersikap lemah-lembut dan mudah
mengikut telunjuk. British tidak menyangka sama sekali masyarakat Melayu akan bangkit
bersatu menentang Malayan Union.
Unsur Penting Dalam Perlembagaan Malayan Union
Terdapat pelbagai unsur penting dalam Perlembagaan Malayan Union yang
dianggap menggugat Raja-raja dan orang Melayu. Unsur pertama, perlembagaan
Malayan Union menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.
Ini merupakan ciri terpenting dalam perlembagaan Malayan Union dimana berlaku
perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada
tanah jajahan. Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan tanah Jajahan
Mahkota British, adalah lebih baik kita tahu apa yang dimaksudkan dengan naungan.
Sebuah negeri naungan atau protekorat dalam undang-undang antarabangsa moden
ialah satu wilayah autonomi yang dilindungi secara diplomatik ataupun ketenteraan
daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat. Sebagai
pertukaran ini, negeri naungan biasanya menerima kewajiban yang dikhususkan
kepadanya, yang mungkin berbeza-beza di antara satu negeri naungan dengan negeri
naungan yang lain, bergantung kepada perhubungan sebenar mereka dengan negara
yang melindungi mereka. Walau bagaimanapun, negeri naungan mengekalkan satu
kedaulatan yang rasmi dan masih satu-satu negara mengikut undang-undang
antarabangsa.
Manakala, tanah jajahan mahkota merupakan sejenis pentadbiran jajahan Empayar
British. Jajahan mahkota diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh
pemerintahan beraja British. Walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu, jajahan
pertama Jajahan Virginia yang sekarang berada di Amerika Syarikat, selepas
pemerintahan beraja British mengambilnya daripada Syarikat Virginia pada tahun 1624.
Sehingga pertengahan kurun ke-19, istilah ini pada umumnya merujuk kepada jajahan
yang diambil melalui perang seperti Trinidad dan Guiana British tetapi ia kemudian
digunakan kepada mana-mana jajahan selain daripada Kemaharajaan British dan
jajahan British lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand yang dipanggil Dominion.
Istilah ini terus digunakan sehingga 1981 apabila Akta Kewarganegaraan British 1981
mengelaskan jajahan British yang tinggal sedikit sebagai Wilayah Tanggungan British.
Sejak tahun 2002, negara-negara ini dikenali sebagai Wilayah Luar Negeri British.
Ini jelas bermaksud semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan dan kekal
sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan dibawah satu keraajan
pusat sahaja. Malayan Union merupakan entiti politik yang menggabungkan sembilan
buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Manakala, Singapura dipisahkan
daripada unit pentadbiran Negeri-negeri Selat atas beberapa kepentingan tertentu. Pusat
pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai
oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal penadbiran Malayan Union. Di
peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan.
Kedua-dua majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja
pula bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan
berfungsi bagi menggubal undang-undnag Malayan Union. Di peringkat negeri pula,
terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan pentadbiran tempatan.
Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Kommisioner, Majlis Mesyuarat Negeri diletakkan
di bawah kawalan kerajaan pusat. ( Ruslan Zainuddin et al. 2005)
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang
berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap
penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Selain itu,
terdapat kesangsian dalam kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor
perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Pihak British juga takut
bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan
ketakutan-ketakutan pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang
besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah
pengkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu, tujuan
utama British mengecualikan Singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan
kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai
pelabuhan utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi
mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah
Jajahan London.
Unsur kedua, penghapusankedaulatan dan kuasa-kuasaRaja-Raja Melayu. Dimana
Raja Melayu dan Ahli Majlis Raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kehilangan takhta dan
maruah sebagai pelindung orang Melayu. Perkataan raja dan sultan masing-masing
diperkenalkan melalui bahasa Sanskrit dan Arab. Istilah raja atau Rajah bermakna ketua
sesebuah negara-bangsa atau masyarakat yang bilangan anggotanya besar dan meliputi
kawasan atau wilayah yang luas. Manakala perkataan Sultan yang berpunca daripada
perkataan Arab bermakna berkuasa atau pemegang kuasa seperti istilah Sultanik yang
bererti “yang memegang kuasa”. Pada amnya, raja atau sultan adalah individu yang
tertinggi yang mempunyai pemerintahan berkerajaan atau pihak yang menguasai
pengawalan, pentadbiran dan keutamaan sesuatu bangsa atau masyarakat.
Kedaulatan pula ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan
pentadbiran, rakyat atau diri sendiri. Seseorang yang berdaulat (contoh:raja) ialah pihak
penggubalan undang-undang yang agung dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain.
Jean-Jacques Rousseau dalam Buku III, Bab III wacana tahun 1763 beliau yang bertajuk
Mengenai Kontrak Sosial, membincangkan bahawa pemahaman Raja ini ialah “satu
kewujudan bersama” Maka, bak pepatah undang-undang, “tiada undang-undang tanpa
raja.”
Rakyat mesti sedar tiada raja, tiada kerajaan akan tiada pentadbiran dan pemerintahan
alam Melayu mengikut tuangan bangsa Melayu yang kini sudah berkembang biak.
Menurut penulisan Mohd Ayob Abd Razid, Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan
Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia pada dada akhbar Berita Harian bertarikh
7 Mac 2015, penghinaan terhadap institusi Raja oleh individu atau kumpulan wajar
dianggap sebagai satu kesalahan yang patut dikenakan hukuman setimpal. Menghina
dan memperlekeh kedudukan Raja-Raja Melayu tidak wajar dikatakan sebagai satu
kebebasan bersuara kerana apa-apa peruntukan yang dimaktubkan dalam
perlembagaan berkaitan peranan institusi Raja adalah sesuatu yang menepati
kedudukan Raja yang mempunyai kedaulatan sendiri. Institusi ini penting dalam
menjamin kestabilan negara. Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan
negara dan kewujudannya menjadi sebahagian identiti negara serta dilindungi
perlembagaan.
Apa yang berlaku ketika itu, selain daripada kuasa Raja-raja dilucutkan, pungutan zakat
juga diletakkan dibawah kuasa Gabenor British. Hal ini jelas membawa ancaman kepada
ketuanan Melayu dan agama Islam itu sendiri. Sewajarnya urusan zakat bukan dibawah
penguasaan orang yang bukan beragama Islam.
Seterusnya, rancangan Malayan Union akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan
Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam bidang kuasa yang
sangat terhad, iaitu berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Sebaliknya
pihak Britishakan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh
gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset-aset
negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi
sultan-sultan.
Manakala, Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Sultan , Pesuruhjaya
Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukkan kedaulatan British di
Tanah Melayu. dimana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai
Tanah Melayu dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun. Jelas
disini, satu usaha untuk menguasai pentadbiran di Tanah Melayu giat dilakukan bagi
kepentingan-kepentingan pihak British itu sendiri.
Unsur ketiga, pemberian hak kerakyatan kewarganegaraan yang terlalu liberal.
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah
pertama ke arah itu. Namun, kemerdekaan tidak akan diberikanselagi kaum –kaum yang
ada di Tanah Melayu tidak bersatu. (Mohd. Isa Othman, 2007). Kewarganegaraan
merupakan keahlian kepada sebuah komuniti politik yang membawa hak-hak penyertaan
politik. Biasanya, kewarganegaraan bersepadan dengan, kerakyatan. Bagaimanapun,
kedua-dua istilah ini harus dibezakan. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk
menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya,
sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun
biasanya mereka mempunyainya. Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi
undang-undang dengan sebuah negara. Sebaliknya kerakyatan biasanya berasal
daripada tempat kelahiran, iaitu jus soli dan kadang-kadang daripada keetnikan, iaitu jus
sanquinis. Tambahan pula, kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan
kewarganegaraan dan diperolehi melalui kewarganegaraan. Ada kemungkinannya
bahawa seseorang individu mempunyai kerakyatan tanpa kewarganegaraan iaitu dia
ditakluk oleh undang-undang negara serta berhak menerima perlindungan tetapi tidak
mempunyai hak-hak penyertaan politiknya.
Kewarganegaraan sering melibatkan usaha untuk kebaikan masyarakat melalui
penyertaan, kerja sukarela dan usaha untuk memperbaiki kehidupan semua
warganegara. Kerakyatan jus soli misalnya memberi ancaman status quo orang Melayu
sebagai peribumi dimana jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan
imigran. Skim Malayan Union mencadangkan undang-undang baru yang memberikan
kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura,
serta pendatang yang tinggal di sana sekurang-kurangnya 10 tahun daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan
mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan
awam. Hak kewarganergaraan jelas termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union.
Jelas disini, hak kerakyatan diberi secara terlalu mudah sehingga mendiskriminasi dan
mengancam hak kerakyatan asal warganegara Tanah Melayu. Orang-orang Melayu
memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap Rancangan Malayan Union,
mengakibatkan beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung hampir
seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes.
Unsur keempat ,orang Melayu membantah tindakan yang diambil Sir Harold
MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan-sultan. Berita rancangan
Inggeris menubuhkan Malayan Union telah tersebar luas dalam akhbar-akhbar di India
dan London. Berita ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura dan Pulau
Pinang kerana terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak
menyetujuinya. Ini adalah kerana kemenangan tentera Inggeris adalah bekerjasama
dengan Tentera Berikat dan Tanah Melayu bukanlah Tanah Jajahan Inggeris. Sebelum
perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja Melayu
dibawah Dasar Desentralisasi. Malayan Union dikhuatiri akan mengakibatkan huru-hara
dana akan merugikan kerajaan British. Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan British telah
menghantar sebuah jawatankuasa meminta persetujuan Raja-Raja Melayu yang diketuai
oleh Sir Harold Mac Michael sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Sir Harold Mac
Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Beliau telah berjaya
memperdaya dan memujuk raja-raja negeri melayu dengan pelbagai muslihat dan
ancaman. Sir Harold Mac Michael mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada
takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union. Beliau juga telah
mempergunakan nama dan pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu dan kembali ke London pada 25 Disember 1945. Beliau
telah berjaya menyakinkan pihak Kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh
adalah secara sukarela daripada raja-raja Melayu. Apabila Sir Harold Mac Michael
datang dan berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu berasa
yakin bahawa segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan
kuasa raja-raja adalah pembohongan belaka. Penjelasan British yang menyatakan
Malayan Union adalah kearah persediaan untuk berkerajaan sendiri tidak dapat diterima
oleh orang-orang Melayu kerana perlembagaan Malayan Union itu sendiri akan
melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu. Selain itu, Raja Melayu juga tidak diberikan
masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat
baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
Persetujuan Raja-Raja Melayu kepada Malayan Union juga dianggap tidak sah kerana
tidak mematuhi perlembagaan Negeri-Negeri Melayu yang memerlukan raja berunding
dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian
dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor itu
sendiri.
Unsur keempat, sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris dalam penentangan
Malayan Union. Orang Melayu mendapat sokongan daripada bekas pegawai Inggeris
yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Sir Cecil Clementi Smith, Sir Frank
Swettenham, Sir George Maxwell, Richard Winsteadt dan Ronald Bradell. Mereka
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan Malayan Union yang dianggap
tidak adil bagi orang-orang Melayu. Mereka juga tidak bersetuju dengan cara yang dibuat
oleh Mac Michael bagi mendapatkan persetujuan Sultan-Sultan Melayu. Atas sebab ini
jugalah kerajaan Inggeris terpaksa menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Penutup
Kesimpulannya, walaupun majoriti masyarakat Melayu menentang Malayan Union,
namun ia diterima positif kebanyakan masyarakat Cina Tanah Melayu. Pada pandangan
mereka, perlembagaan tersebut mampu melindungi kepentingan kaum yang berbeza
dan lebih penting ia juga memudahkan proses mendapatkan kerakyatan. Mereka
bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak
kerakyatan yang sama secara jus soli. Sementara itu di pihak PKM, Malayan Union
secara umumnya dilihat selari dengan matlamat serta citi-cita mereka bersama Malayan
Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA), khususnya bila PKM dilihat mempunyai peluang
untuk diiktiraf sebagai persatuan sah disisin perlembagaan, kecuali jika dinyatakan
sebaliknya oleh Gabenor Malayan Union.
Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan
orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan
melalui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union
(MDU), dan dipusatkan melalui sebuah pertubuhan politik All-Malayan Council of Joint
Action (AMCJA) parti politik berhaluan kiri yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946,
diketuai oleh Tan Cheng Lock. (Ruslan Zainuddin et al. 2005) .bagi kaum India pada
ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti
Kongres India.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan Malayan Union ialah hasrat kerajaaan British untuk menyediakan Tanah
Melayu terhadap kemerdekaan. Ini dilihat wajar kerana pihak British telah pun
menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa
semua negara-negara dunia berhak menentukan dan memerintah negara sendiri dalam
erti kata lain ‘Merdeka’. Piagam Atlantik ini telah dirangka oleh Britain dan Amerika
Syarikat dan ia kemudiannya diterima oleh semua pihak Berikat. Prinsip-prinsip dalam
piagam ini ialah matlamat berlakunya peperangan, tiada perluasan wilayah, perubahan
wilayah adalah atas kehendak rakyat, pemulihan pemerintahan sendiri yang telah
dinafikan sebelum ini, hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan
perdagangan, kerjasama global serta perlucutan senjata di seluruh dunia. Piagam
Atlantik menetapkan. Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai
bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah
negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Dimana ia dilihat sebagai satu
usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara
berpura-pura berusaha memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan
kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan
melalui pembentukan Malayan Union.
“Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan
Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat
Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat Perlantikan Gabenor Malayan
Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” ( Ja’ afar Onn, 2007)
Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja-
Raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkay ke upacara perlantikan
Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi
1 April 1946.
Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan
Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka, dengan itu British
bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union
dan wujudlah rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan British juga
bersetuju untuk meminda kedudukan status Negeri-Negeri Melayu daripada taraf Tanah
Jajahan Takluk kepada Wilayah di bawah “Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan
Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran
pusat yang kuat untuk bertanggungjawab dalam urusan umum, manakala kuasa negeri-
negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja Negeri masing-masing dan hal ini dinyatakan
dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union dihapuskan dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara jawatan Gabenor Malayan
Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu, serta agama Islam menjadi
agama utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan
dipulihkan seperti sedia kala. (Ja’afar Onn, 2007).
Sebaik Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-Raja Melayu
dengan British, maka satu evolusi politik di Tanah Melayu untu melangkah kea rah
pemerintahan sendiri iaitu Kemerdekaan. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang
Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan
kepada kaum imigran, namun selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta
agama Islam, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu yang dapat dipelihara dan diakui
semua pihak, ia amat memadai bagi ketenteraman dan pendaulatan negara Tanah
Melayu ini. “Kita keluarga besar Melayu seluruhnya, kita tetap bersatu dna berdiri teguh
tanpa dibezakan fahaman politik.” (Nazir Dalimi, 2008).
Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan SJH3163 ini dengan jayanya. Semoga tugasan yang saya
lakukan ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sesiapa yang
membaca dan mengkaji tugasan ini. Tugasan SJH3163E ( Malaysia Negara Kita)
merupakan satu tanggungjawab kepada PISMP Semester 6 untuk dilaksanakan
mengikut prosedur dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Baskaran
A/L yang banyak membantu dan memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan
sepanjang proses pelaksanaan tugasan SJH3163E ini. Walaupun banyak rintangan yang
dihadapi pada awalnya, seperti kekangan masa berpraktikum, tugasan-tugasan di
sekolah dan tugasan projek, alhamdulillah saya masih dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Kursus ini dilaksanakan bagi melihat Sejarah Malaysia yang meliputi perkembangan
negeri-negeri di Tanah Melayu bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar. Dalam tugasan ini pelajar diberi beberapa pilihan untuk memilih tajuk-
tajuk penulisan esei akademik. Saya memilih tajuk pertama, Unsur-unsur penting
Perlembagaan Malayan Union yang dianggap menggugat Raja-raja dan orang
Melayu.
Tajuk tugasan ini banyak memberi faedah dan pengetahuan sejarah Malaysia kepada
guru pelatih. Antaranya ialah pengalaman dan pendedahan kepada guru pelatih
kepentingan cakna kepada isu-isu negara dan sejarah yang pernah berlaku di Malaysia.
Semasa melaksanakan tugasan ini saya memperolehi pengetahuan yang lebih jelas
tentang Malayan Union secara lebih teliti dan terperinci. Saya juga dapat membuat
penilaian spontan mengapa Orang-orang Melayu amat menentang idea pembentukan
Malayan Union. Pencarian info dan maklumat daripada pelbagai sumber juga membantu
saya untuk mengembangkan fikiran membaca satu-satu maklumat dan pandangan
daripada pelbagai pihak yang berbeza.
Pada pandangan saya secara peribadi, pembentukan Malayan Union ternyata menjadi
pembangkit semangat yang lebih kental serta kesungguhan yang lebih padu terutamanya
dalam kalangan orang Melayu untuk menentang penjajahan dan akhirnya menuntut
kemerdekaan. Malayan Union banyak merugikan orang Melayu dan menjejaskan
kedaulatan raja-raja Melayu, dan penentangan yang hebat berjaya menyebabkan usaha
pembentukan Malayan Union dibatalkan. Permuafakatan inilah yang kemudiannya
menjadi tulang belakang kepada hubungan antara kaum di Malaysia dalam mewujudkan
perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum.
Berdasarkan ciri yang dijelaskan, saya juga jelas Malayan Union dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu adalah dua entiti yang sangat ketara dan berbeza. Malayan
Union jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang Melayu dan cuba
untuk mengenepikan kedaulatan Raja Melayu yang diketahui memang satu institusi yang
sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu. Perpaduan yang ditujukkan oleh orang
Melayu yang ketika itu dibawah pimpinan Dato’ Onn Ja’afar berjaya memelihara hak
Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu berjaya menggugat Inggeris hingga
mereka terpaksa memansuhkan Malayan Union dan bersetuju menubuhkan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Secara tuntasnya, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya
peroleh dan timba sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya sedar bahawa sebagai
seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak
mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar
nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan
menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk
dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan
kemahiran kognitif yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian
pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang dimiliki moga dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum
yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.
RUJUKAN
Ja’afar Onn. 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling Jaya : MPH Group Publishing.
Ruslan Zainuddin, Mohd, Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia.
Shah Alam : Oxford Fajar.
Mohd. Isa Othman. 2007. Sejarah Malaysia (1800-1963). Cetak Ulang. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors.
Nazir Dalimi. 2008. Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Dilayari pada
31 Ogos 2015 dari
https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL=http://nazirdalimi.blogspot.my/
Ismail Salleh. 2002. Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Kedah :
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dilayari pada 31 Ogos 2015 dari laman web
http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.

More Related Content

What's hot

Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Rema Reca
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5nooranisa
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3smktsj2
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan unionsuriawati
 
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Nur Mazni
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 
Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Mie Pa
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayufiro HAR
 
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIALSTPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIALSifu Kua
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajiannornadiya
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman KomunisMohd Sofian
 

What's hot (20)

Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Pembentukan malaysia
Pembentukan malaysiaPembentukan malaysia
Pembentukan malaysia
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
 
Zaman penjajahan
Zaman penjajahanZaman penjajahan
Zaman penjajahan
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
 
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIALSTPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
STPM BAHARU : MP SAINS SOSIAL
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
 

Similar to Malayan Union

Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan muDurratun Dian
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Zhang Ewe
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptxAhmadKamalSaidin1
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4far84
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaFasyah Tutor
 

Similar to Malayan Union (20)

BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan mu
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx
5 & 6 PERLEMBAGAAN TIANG SERI NEGARA BANGSA.pptx
 
Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4Hist note form 5 chap 4
Hist note form 5 chap 4
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3
 

More from Maryam Ahmad

soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4Maryam Ahmad
 
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5Maryam Ahmad
 
Kepentingan pameran seni visual
Kepentingan pameran seni visualKepentingan pameran seni visual
Kepentingan pameran seni visualMaryam Ahmad
 
Minit mesyuarat Projek Mural 2016
Minit mesyuarat Projek Mural 2016Minit mesyuarat Projek Mural 2016
Minit mesyuarat Projek Mural 2016Maryam Ahmad
 
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran AirKertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran AirMaryam Ahmad
 
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...Maryam Ahmad
 
Intervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakIntervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakMaryam Ahmad
 
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3Maryam Ahmad
 
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAHPBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAHMaryam Ahmad
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALMaryam Ahmad
 
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKAMaryam Ahmad
 
Penilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisPenilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisMaryam Ahmad
 
Pengenalan corel-draw
Pengenalan corel-drawPengenalan corel-draw
Pengenalan corel-drawMaryam Ahmad
 

More from Maryam Ahmad (15)

soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 4
 
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5
soalan kertas peperiksaan seni Tahun 5
 
Kepentingan pameran seni visual
Kepentingan pameran seni visualKepentingan pameran seni visual
Kepentingan pameran seni visual
 
Minit mesyuarat Projek Mural 2016
Minit mesyuarat Projek Mural 2016Minit mesyuarat Projek Mural 2016
Minit mesyuarat Projek Mural 2016
 
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran AirKertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air
Kertas Kerja Projek Internship Membaik Pulih Kolam Hiasan Pancuran Air
 
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERD...
 
Intervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakIntervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanak
 
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3
Rancangan pengajaran-harian-kssr-Bahasa Melayu- tahun-3
 
Tun Hussein Onn
Tun Hussein OnnTun Hussein Onn
Tun Hussein Onn
 
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAHPBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENAL
 
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN SENI VISUAL SELEPAS MERDEKA
 
Penilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulisPenilaian kemahiran menulis
Penilaian kemahiran menulis
 
Pengenalan corel-draw
Pengenalan corel-drawPengenalan corel-draw
Pengenalan corel-draw
 
Ihya Ramadhan-
Ihya Ramadhan-Ihya Ramadhan-
Ihya Ramadhan-
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Malayan Union

  • 1. PENULISAN ESEI AKADEMIK UNSUR-UNSUR PENTING PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION YANG DIANGGAP MENGGUGAT RAJA-RAJA DAN ORANG MELAYU Pendahuluan Parlimen British telah meluluskan Perlembagaan Malayan Union untuk dilaksanakan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Namun kehadiran British bersama konsep bernegara baharu ingin diperkenalkan di sini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Melayu. Maka, saya disini saya membuat perincian unsur-unsur penting Perlembagaan Malayan Union yang dianggap menggugat Raja-raja dan orang Melayu. Sejarah Awal Malayan Union Menurut sejarah Malaysia, Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya selepas perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan. Silapnya, British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat di Eropah menawan semula beberapa negara daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak
  • 2. lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun. Tujuan Penubuhan Malayan Union Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai Tanah Melayu. Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonomi daripada sumber bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat sesuai dijadikan sebagai sebuah negeri pengguna dan agen pasaran barangan dagangan Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah menjangkakan akan kehilangan beberapa buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan Dunia Kedua. Daripada pengalaman pentadbiran pula Tanah Melayu dianggap mudah diperintah kerana orang Melayu dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersikap lemah-lembut dan mudah mengikut telunjuk. British tidak menyangka sama sekali masyarakat Melayu akan bangkit bersatu menentang Malayan Union. Unsur Penting Dalam Perlembagaan Malayan Union Terdapat pelbagai unsur penting dalam Perlembagaan Malayan Union yang dianggap menggugat Raja-raja dan orang Melayu. Unsur pertama, perlembagaan Malayan Union menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Ini merupakan ciri terpenting dalam perlembagaan Malayan Union dimana berlaku perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan tanah Jajahan Mahkota British, adalah lebih baik kita tahu apa yang dimaksudkan dengan naungan. Sebuah negeri naungan atau protekorat dalam undang-undang antarabangsa moden ialah satu wilayah autonomi yang dilindungi secara diplomatik ataupun ketenteraan daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat. Sebagai pertukaran ini, negeri naungan biasanya menerima kewajiban yang dikhususkan kepadanya, yang mungkin berbeza-beza di antara satu negeri naungan dengan negeri
  • 3. naungan yang lain, bergantung kepada perhubungan sebenar mereka dengan negara yang melindungi mereka. Walau bagaimanapun, negeri naungan mengekalkan satu kedaulatan yang rasmi dan masih satu-satu negara mengikut undang-undang antarabangsa. Manakala, tanah jajahan mahkota merupakan sejenis pentadbiran jajahan Empayar British. Jajahan mahkota diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British. Walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu, jajahan pertama Jajahan Virginia yang sekarang berada di Amerika Syarikat, selepas pemerintahan beraja British mengambilnya daripada Syarikat Virginia pada tahun 1624. Sehingga pertengahan kurun ke-19, istilah ini pada umumnya merujuk kepada jajahan yang diambil melalui perang seperti Trinidad dan Guiana British tetapi ia kemudian digunakan kepada mana-mana jajahan selain daripada Kemaharajaan British dan jajahan British lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand yang dipanggil Dominion. Istilah ini terus digunakan sehingga 1981 apabila Akta Kewarganegaraan British 1981 mengelaskan jajahan British yang tinggal sedikit sebagai Wilayah Tanggungan British. Sejak tahun 2002, negara-negara ini dikenali sebagai Wilayah Luar Negeri British. Ini jelas bermaksud semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan dibawah satu keraajan pusat sahaja. Malayan Union merupakan entiti politik yang menggabungkan sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Manakala, Singapura dipisahkan daripada unit pentadbiran Negeri-negeri Selat atas beberapa kepentingan tertentu. Pusat pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal penadbiran Malayan Union. Di peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Kedua-dua majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja pula bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan berfungsi bagi menggubal undang-undnag Malayan Union. Di peringkat negeri pula, terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan pentadbiran tempatan. Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Kommisioner, Majlis Mesyuarat Negeri diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat. ( Ruslan Zainuddin et al. 2005)
  • 4. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Selain itu, terdapat kesangsian dalam kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan-ketakutan pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pengkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu, tujuan utama British mengecualikan Singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah Jajahan London. Unsur kedua, penghapusankedaulatan dan kuasa-kuasaRaja-Raja Melayu. Dimana Raja Melayu dan Ahli Majlis Raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu. Perkataan raja dan sultan masing-masing diperkenalkan melalui bahasa Sanskrit dan Arab. Istilah raja atau Rajah bermakna ketua sesebuah negara-bangsa atau masyarakat yang bilangan anggotanya besar dan meliputi kawasan atau wilayah yang luas. Manakala perkataan Sultan yang berpunca daripada perkataan Arab bermakna berkuasa atau pemegang kuasa seperti istilah Sultanik yang bererti “yang memegang kuasa”. Pada amnya, raja atau sultan adalah individu yang tertinggi yang mempunyai pemerintahan berkerajaan atau pihak yang menguasai pengawalan, pentadbiran dan keutamaan sesuatu bangsa atau masyarakat. Kedaulatan pula ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri. Seseorang yang berdaulat (contoh:raja) ialah pihak penggubalan undang-undang yang agung dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain. Jean-Jacques Rousseau dalam Buku III, Bab III wacana tahun 1763 beliau yang bertajuk Mengenai Kontrak Sosial, membincangkan bahawa pemahaman Raja ini ialah “satu
  • 5. kewujudan bersama” Maka, bak pepatah undang-undang, “tiada undang-undang tanpa raja.” Rakyat mesti sedar tiada raja, tiada kerajaan akan tiada pentadbiran dan pemerintahan alam Melayu mengikut tuangan bangsa Melayu yang kini sudah berkembang biak. Menurut penulisan Mohd Ayob Abd Razid, Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia pada dada akhbar Berita Harian bertarikh 7 Mac 2015, penghinaan terhadap institusi Raja oleh individu atau kumpulan wajar dianggap sebagai satu kesalahan yang patut dikenakan hukuman setimpal. Menghina dan memperlekeh kedudukan Raja-Raja Melayu tidak wajar dikatakan sebagai satu kebebasan bersuara kerana apa-apa peruntukan yang dimaktubkan dalam perlembagaan berkaitan peranan institusi Raja adalah sesuatu yang menepati kedudukan Raja yang mempunyai kedaulatan sendiri. Institusi ini penting dalam menjamin kestabilan negara. Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara dan kewujudannya menjadi sebahagian identiti negara serta dilindungi perlembagaan. Apa yang berlaku ketika itu, selain daripada kuasa Raja-raja dilucutkan, pungutan zakat juga diletakkan dibawah kuasa Gabenor British. Hal ini jelas membawa ancaman kepada ketuanan Melayu dan agama Islam itu sendiri. Sewajarnya urusan zakat bukan dibawah penguasaan orang yang bukan beragama Islam. Seterusnya, rancangan Malayan Union akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Sebaliknya pihak Britishakan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset-aset negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Manakala, Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Sultan , Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukkan kedaulatan British di
  • 6. Tanah Melayu. dimana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun. Jelas disini, satu usaha untuk menguasai pentadbiran di Tanah Melayu giat dilakukan bagi kepentingan-kepentingan pihak British itu sendiri. Unsur ketiga, pemberian hak kerakyatan kewarganegaraan yang terlalu liberal. Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Namun, kemerdekaan tidak akan diberikanselagi kaum –kaum yang ada di Tanah Melayu tidak bersatu. (Mohd. Isa Othman, 2007). Kewarganegaraan merupakan keahlian kepada sebuah komuniti politik yang membawa hak-hak penyertaan politik. Biasanya, kewarganegaraan bersepadan dengan, kerakyatan. Bagaimanapun, kedua-dua istilah ini harus dibezakan. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya. Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi undang-undang dengan sebuah negara. Sebaliknya kerakyatan biasanya berasal daripada tempat kelahiran, iaitu jus soli dan kadang-kadang daripada keetnikan, iaitu jus sanquinis. Tambahan pula, kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan kewarganegaraan dan diperolehi melalui kewarganegaraan. Ada kemungkinannya bahawa seseorang individu mempunyai kerakyatan tanpa kewarganegaraan iaitu dia ditakluk oleh undang-undang negara serta berhak menerima perlindungan tetapi tidak mempunyai hak-hak penyertaan politiknya. Kewarganegaraan sering melibatkan usaha untuk kebaikan masyarakat melalui penyertaan, kerja sukarela dan usaha untuk memperbaiki kehidupan semua warganegara. Kerakyatan jus soli misalnya memberi ancaman status quo orang Melayu sebagai peribumi dimana jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran. Skim Malayan Union mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana sekurang-kurangnya 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan
  • 7. awam. Hak kewarganergaraan jelas termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Jelas disini, hak kerakyatan diberi secara terlalu mudah sehingga mendiskriminasi dan mengancam hak kerakyatan asal warganegara Tanah Melayu. Orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap Rancangan Malayan Union, mengakibatkan beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Unsur keempat ,orang Melayu membantah tindakan yang diambil Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan-sultan. Berita rancangan Inggeris menubuhkan Malayan Union telah tersebar luas dalam akhbar-akhbar di India dan London. Berita ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura dan Pulau Pinang kerana terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak menyetujuinya. Ini adalah kerana kemenangan tentera Inggeris adalah bekerjasama dengan Tentera Berikat dan Tanah Melayu bukanlah Tanah Jajahan Inggeris. Sebelum perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja Melayu dibawah Dasar Desentralisasi. Malayan Union dikhuatiri akan mengakibatkan huru-hara dana akan merugikan kerajaan British. Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan British telah menghantar sebuah jawatankuasa meminta persetujuan Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sir Harold Mac Michael sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Beliau telah berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri melayu dengan pelbagai muslihat dan ancaman. Sir Harold Mac Michael mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union. Beliau juga telah mempergunakan nama dan pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan kembali ke London pada 25 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak Kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela daripada raja-raja Melayu. Apabila Sir Harold Mac Michael datang dan berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu berasa yakin bahawa segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan kuasa raja-raja adalah pembohongan belaka. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah kearah persediaan untuk berkerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana perlembagaan Malayan Union itu sendiri akan
  • 8. melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu. Selain itu, Raja Melayu juga tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Persetujuan Raja-Raja Melayu kepada Malayan Union juga dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan Negeri-Negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor itu sendiri. Unsur keempat, sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu mendapat sokongan daripada bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Sir Cecil Clementi Smith, Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Richard Winsteadt dan Ronald Bradell. Mereka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan Malayan Union yang dianggap tidak adil bagi orang-orang Melayu. Mereka juga tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Mac Michael bagi mendapatkan persetujuan Sultan-Sultan Melayu. Atas sebab ini jugalah kerajaan Inggeris terpaksa menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Penutup Kesimpulannya, walaupun majoriti masyarakat Melayu menentang Malayan Union, namun ia diterima positif kebanyakan masyarakat Cina Tanah Melayu. Pada pandangan mereka, perlembagaan tersebut mampu melindungi kepentingan kaum yang berbeza dan lebih penting ia juga memudahkan proses mendapatkan kerakyatan. Mereka bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang sama secara jus soli. Sementara itu di pihak PKM, Malayan Union secara umumnya dilihat selari dengan matlamat serta citi-cita mereka bersama Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA), khususnya bila PKM dilihat mempunyai peluang untuk diiktiraf sebagai persatuan sah disisin perlembagaan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh Gabenor Malayan Union.
  • 9. Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melalui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), dan dipusatkan melalui sebuah pertubuhan politik All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) parti politik berhaluan kiri yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, diketuai oleh Tan Cheng Lock. (Ruslan Zainuddin et al. 2005) .bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti Kongres India. Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan Malayan Union ialah hasrat kerajaaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ini dilihat wajar kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain ‘Merdeka’. Piagam Atlantik ini telah dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat dan ia kemudiannya diterima oleh semua pihak Berikat. Prinsip-prinsip dalam piagam ini ialah matlamat berlakunya peperangan, tiada perluasan wilayah, perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat, pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini, hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan, kerjasama global serta perlucutan senjata di seluruh dunia. Piagam Atlantik menetapkan. Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Dimana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union. “Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat
  • 10. Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat Perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” ( Ja’ afar Onn, 2007) Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja- Raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkay ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 April 1946. Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka, dengan itu British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union dan wujudlah rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan British juga bersetuju untuk meminda kedudukan status Negeri-Negeri Melayu daripada taraf Tanah Jajahan Takluk kepada Wilayah di bawah “Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggungjawab dalam urusan umum, manakala kuasa negeri- negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja Negeri masing-masing dan hal ini dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu, serta agama Islam menjadi agama utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala. (Ja’afar Onn, 2007). Sebaik Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-Raja Melayu dengan British, maka satu evolusi politik di Tanah Melayu untu melangkah kea rah pemerintahan sendiri iaitu Kemerdekaan. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum imigran, namun selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta agama Islam, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu yang dapat dipelihara dan diakui semua pihak, ia amat memadai bagi ketenteraman dan pendaulatan negara Tanah Melayu ini. “Kita keluarga besar Melayu seluruhnya, kita tetap bersatu dna berdiri teguh tanpa dibezakan fahaman politik.” (Nazir Dalimi, 2008).
  • 11. Refleksi Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan SJH3163 ini dengan jayanya. Semoga tugasan yang saya lakukan ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sesiapa yang membaca dan mengkaji tugasan ini. Tugasan SJH3163E ( Malaysia Negara Kita) merupakan satu tanggungjawab kepada PISMP Semester 6 untuk dilaksanakan mengikut prosedur dan ketetapan yang telah ditetapkan. Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Baskaran A/L yang banyak membantu dan memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses pelaksanaan tugasan SJH3163E ini. Walaupun banyak rintangan yang dihadapi pada awalnya, seperti kekangan masa berpraktikum, tugasan-tugasan di sekolah dan tugasan projek, alhamdulillah saya masih dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kursus ini dilaksanakan bagi melihat Sejarah Malaysia yang meliputi perkembangan negeri-negeri di Tanah Melayu bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Dalam tugasan ini pelajar diberi beberapa pilihan untuk memilih tajuk- tajuk penulisan esei akademik. Saya memilih tajuk pertama, Unsur-unsur penting Perlembagaan Malayan Union yang dianggap menggugat Raja-raja dan orang Melayu. Tajuk tugasan ini banyak memberi faedah dan pengetahuan sejarah Malaysia kepada guru pelatih. Antaranya ialah pengalaman dan pendedahan kepada guru pelatih kepentingan cakna kepada isu-isu negara dan sejarah yang pernah berlaku di Malaysia. Semasa melaksanakan tugasan ini saya memperolehi pengetahuan yang lebih jelas tentang Malayan Union secara lebih teliti dan terperinci. Saya juga dapat membuat penilaian spontan mengapa Orang-orang Melayu amat menentang idea pembentukan Malayan Union. Pencarian info dan maklumat daripada pelbagai sumber juga membantu saya untuk mengembangkan fikiran membaca satu-satu maklumat dan pandangan daripada pelbagai pihak yang berbeza.
  • 12. Pada pandangan saya secara peribadi, pembentukan Malayan Union ternyata menjadi pembangkit semangat yang lebih kental serta kesungguhan yang lebih padu terutamanya dalam kalangan orang Melayu untuk menentang penjajahan dan akhirnya menuntut kemerdekaan. Malayan Union banyak merugikan orang Melayu dan menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu, dan penentangan yang hebat berjaya menyebabkan usaha pembentukan Malayan Union dibatalkan. Permuafakatan inilah yang kemudiannya menjadi tulang belakang kepada hubungan antara kaum di Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum. Berdasarkan ciri yang dijelaskan, saya juga jelas Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah dua entiti yang sangat ketara dan berbeza. Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang Melayu dan cuba untuk mengenepikan kedaulatan Raja Melayu yang diketahui memang satu institusi yang sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu. Perpaduan yang ditujukkan oleh orang Melayu yang ketika itu dibawah pimpinan Dato’ Onn Ja’afar berjaya memelihara hak Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu berjaya menggugat Inggeris hingga mereka terpaksa memansuhkan Malayan Union dan bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Secara tuntasnya, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki moga dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.
  • 13.
  • 14. RUJUKAN Ja’afar Onn. 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling Jaya : MPH Group Publishing. Ruslan Zainuddin, Mohd, Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar. Mohd. Isa Othman. 2007. Sejarah Malaysia (1800-1963). Cetak Ulang. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Nazir Dalimi. 2008. Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Dilayari pada 31 Ogos 2015 dari https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL=http://nazirdalimi.blogspot.my/ Ismail Salleh. 2002. Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Kedah : Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dilayari pada 31 Ogos 2015 dari laman web http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.