Successfully reported this slideshow.

Sejarah pembentukan malaysia

13

Share

Upcoming SlideShare
Pembentukan malaysia
Pembentukan malaysia
Loading in …3
×
1 of 11
1 of 11

More Related Content

Related Audiobooks

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

Sejarah pembentukan malaysia

  1. 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew (Noordin Sopiee, 1974). Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Walaubagaimanapun, Brunei telah menarik diri dari menyertai Malaysia. Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan tentang persoalan mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia pada tahun 1963. 1.2 Negara Brunei Sepintas Lalu Negara Brunei melalui zaman kegemilangannya yang amat penting adalah dari abad ke-15 hingga abad ke-17 iaitu dapat memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya. Hal ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultannya yang ke-5 iaitu Sultan Bolkiah (1485-1524) dan pada zaman pemerintahan 1
  2. 2. sultan yang ke-10 Sultan Muhammad Hasan (1582-1598). Golongan pemerintahan Brunei ini penting kerana telah membangunkan susun atur adat-istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini. Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya. Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.1 Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu- isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Partai Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, walaupun pada awalnya menunjukkan minat. Akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka. Pada 1967, Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung baginda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada 1 Crisswell, C.N., “The Establishment of a Residency in Brunei 1895-1905”, ASEAN Studies, Vol. X, No.1, April 1972, Quezon City, UPP. 2
  3. 3. tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Bandar Brunei atau Brunei Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986. Pada 4 Januari1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya. 2.0 GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 2.1 Rasional Pembentukan Malaysia Terlebih dahulu, sebelum membincangkan tentang sebab-sebab mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia, adalah penting untuk kita memahami rasional di sebalik pembentukan Malaysia.Sebagaimana dengan kes Persekutuan TanahMelayu, pembentukan Malaysia adalah berdasarkan keanggotaan negeri-negeri dan wilayah- wilayah di rantau ini.Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan keselamatan.Sebagaimana kenyataan Stockwell (2003), pembentukan persekutuan bertujuan untuk mewujudkan keselamatan dan keamanan kepada sekumpulan wilayah yang sebahagiannya belum lagi wujud sebagai sebuah negeri. Idea untuk menyatukan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak dalam satu kesatuan politik yang lebih besar adalah tidak popular bagi rejim pemerintah di Tanah Melayu. Masalah pertama yang ketara adalah sebuah kesatuan negara seperti ini adalah berbahaya secara politiknya atau tidak praktikal dalam tempoh perubahan politik tanah air.Tambahan lagi idea itu ditentang oleh pihak komunis. Kedua, rancangan awal untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu entiti telah diperjuangkan oleh ahli politik Melayu yang pada awalnya merujuk kepada idea 'Keserantauan Melayu yang lebih besar', ditafsirkan sebagai satu empayar Melayu terdiri daripada semua kaum berketurunan Melayu dan bermodelkan kepada republik Indonesia, yang akan mungkin menjadi pusat pemerintahannya. Walaubagaimanapun, gerakan-gerakan awal ini tidak meraih populariti berbanding parti Perikatan dalam politik tanah air. Sebab ketiga adalah keadaan politik yang tidak stabil di Singapura dan ketakutan yang penduduk Cina Singapura akan bergabung dengan penduduk Cina di Tanah Melayu seterusnya mengganggu gugat keseimbangan kaum. Bagaimanapun, pada bulan Mei 1961, Britain dan Tanah Melayu telah mencadangkan sebuah persekutuan Malaysia, yang mana dari perspektif keselamatan, 3
  4. 4. orang-orang Melayu sebagai kaum yang rapuh akan terus berkuasa dengan cara mewujudkan keseimbangan antara orang Cina di Singapura dengan kaum-kaum yang berbeza di Borneo. Walaupun wujud kebimbangan akan kemungkinan Singapura merdeka dan dikawal oleh komunis, sudah tentu sukar mewujudkan sebuah kesatuan negara yang terhad lantaran lahirnya ketidakseimbangan kaum dan politik di Tanah Melayu. Bagaimanapun, dengan membawa negeri-negeri jajahan British di Borneo ke dalam kesatuan, satu nisbah kaum yang agak menyerupai Tanah Melayu boleh dikekalkan.Jumlah orang-orang Melayu yang besar di Borneo adalah satu sebab mengapa negeri-negeri Borneo penting sebagai pengimbang kepada majoriti Cina di Singapura.Tambahan kepada masalah-masalah berkaitan kaum, pembentukan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, adalah bertujuan untuk menjamin pertahanan dan pengurusan keselamatan yang berkesan.Di bawah persetujuan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan British mempunyai kuasa penuh atas perkara- perkara berkaitan pertahanan. Skim pertahanan pan-Malaya diubah ke sebuah badan baru iaitu Majlis Pertahanan Tanah Melayu-Borneo.2 Adalah penting untuk diperhatikan di sini yang pembentukan satu bentuk persekutuan baru di tempat dimana sistem persekutuan telah wujud iaitu Persekutuan Tanah Melayu, adalah satu tugas yang perlu disegerakan disebabkan oleh ancaman- ancaman berterusan daripada pergerakan komunis di rantau ini.Kerajaan British telah mula memikirkan tentang masalah ini sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.Setelah berakhirnya Darurat, lebih banyak usaha yang serius dibuat untuk menghadapi ancaman komunis di rantau ini. Ini dapat dilihat daripada peningkatan dalam hubungan komunikasi antara Britain dan Tanah Melayu, dan kewujudan jawatankuasa yang bertemakan ‘The Grand Design’ and ‘Greater Malaysia’ atau 'Tujuan mulia' dan ' Malaysia yang Lebih besar '.Oleh kerana perikatan telah memenangi pilihan raya Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955 dan parti politik pembangkang telah lemah, kerajaan British lebih terdorong untuk mewujudkan persekutuan baru untuk menghadapi komunis. Menurut Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral dan kemudiannya Pesuruhjaya atau Commissioner-General British di Asia Tenggara menjelaskan bahawa dengan pelan seperti ini, satu bentuk pentadbiran 2 The Federation of Malaya Agreement, Federation of Malaya, 1948, clause 4. 4
  5. 5. tersendiri oleh British dapat dilaksanakan di Asia Tengggara atau 'Dominion kerajaan British di Asia Tenggara' akan terhasil.3 2.2 Reaksi Negeri-Negeri Yang Terlibat Dalam Gagasan Pembentukan Persekutuan Malaysia 2.2.1 Persekutuan Tanah Melayu Cadangan gagasan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada parti-parti politik di negeri-negeri Melayu. Penduduk Tanah Melayu secara umumnya menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya. Sebagai contoh, parti PAS menyokong idea pembentukan Persekutuan Malaysia tetapi juga mencadangkan pembentukan Melayu Rayayang merangkumi Indonesia. Pelajar-pelajar juga turut menyokong pembentukan Persekutun Malaysia 2.2.2 Singapura Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan Malaysia ini kerana Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura boleh mendapatkan kemerdekaan dengan lebih awal.Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan itu, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia. 2.2.3 Sabah dan Sarawak Pemimpin di kedua-dua negeri ini agak terperanjat dengan penubuhan Malaysia.Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini telah membentuk Barisan 3 UK High Commissioner, Kuala Lumpur, to Commissioner General, telegramll; Stockwell, A.J. British Documents on The End of Empire, Malaysia.Series B, Volume 8, London: The Stationery Office, 2004, Introduction, p.xxxvii. 5
  6. 6. Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia.Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia.Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya.Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961.Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini.Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia.Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini.Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia.Kemudian, Donald Stephen dan Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman. 2.2.4 Reaksi Brunei Pada mulanya, gagasan Malaysia ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Omar Ali Saifuddin. Namun penentangan wujud daripada Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari. Alasan penentangan A.M Azahari ialah beliau menganggap Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia. A.M Azahari mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara. Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul yang dibawa di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak. Rundingan masih diteruskan hingga ke saat-saat akhir pembentukan 6
  7. 7. Malaysia namun tiada kesepakatan dalam rundingan berkaitan terutamanya perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak diselesaikan. Pada bulan Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia. 3.0 SEBAB MENGAPA BRUNEI TIDAK MENYERTAI MALAYSIA 3.1 Brunei Dan Gagasan Malaysia Pada 31 ogos 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan kepada pihak British agar Sabah,Sarawak dan Brunei digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun telah dibantah oleh pihak British kerana Singapura tidak terlibat sama.Ini turut dipersetujui oleh Ketua Menteri Singapura,Lee Kuan Yew agar Singapura turut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju tetapi memandangkan senario politik di Singapura telah mengubah pendirian beliau. Pada 27 Mei 1961, Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Dalam usaha membentuk Persekutuan Malaysia,Tunku Abdul Rahman telah melakukan kunjungan ke Brunei pada pertengahan 1961. Ekoran daripada itu,sebagai persediaan Sultan Brunei telah menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin pada dasarnya menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana menurutnya, Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga telah merancang untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasakan dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 7
  8. 8. 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963. Adalah jelas bahawa Brunei telah mula menghadapi krisis dalaman akibat munculnya idea Malaysia yang dicadangkan oleh Tengku Abd Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu tahun 1961 dan Parti Rakyat Brunei yang ditubuhkan tahun 1956 oleh A.M. Azahari yang mempunyai agenda tersendiri untuk menuntut kuasa daripada British dengan objektif yang berbeza4. 3.2 Punca-PuncaMengapa Brunei Tidak Menyertai Malaysia Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di Kepulauan Borneo, sperti juga negeri Sabah dan Sarawak yang telah menyertai Malaysia pada 1963.Seperti yang dinyatakan sebelumnya, Brunei hampir-hampir menyertai Malaysia, tapi beberapa faktor telah menyebabkan Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat untuk menyertai Malaysia. Antaranya, ialah kerana isu-isu dan faktor-faktor yang berikut: i. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini namun telah ditolak oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M.Azhari. Penentangan ini dibuat kerana beliau berpendapat Brunei mestilah mendapat kemerdekaan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Ditambah lagi, beliau tidak mahu Brunei menjadi jajahan Malaysia. A.M. Azahari juga yakin bahawa Indonesia dan Filipina akan menyokong pendirian beliau. Penentangan ini telah membantutkan usaha Brunei untuk menyertai Malaysia. ii. Pada peringkat awal, Sultan Brunei bersetuju menyertai gagasan tersebut,akan tetapi telah menolak cadangan itu kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar cukai hasil pengeluaran minyak kepada kerajaan pusat dan baginda 4 Haji Hashim Bin Haji Abd. Hamid, Cerocok Budaya Brunei, Gadong: Akedemik Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam, 1999. 8
  9. 9. juga tidak berpuas hati kerana tidak diberi keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja. Ini diperkuatkan lagi dengan alasan keengganan rakyatnya untuk tidak menyertai Malaysia. iii. Sulatan Brunei tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. iv. Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan dan syarat baginda tidak dipenuhi. Antara tuntutan tersebut ialah: 1. Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen. 2. Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei. 3. Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan. 4. Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan. 5. Kadar cukai yang rendah dikekalkan. 6. Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan. 7. Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin. 8. Sultan Brunei juga inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi Yang DiPertuan Agong. Berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor yang disebutkan diatas, saya berpendapat bahawa sebab utama mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia pada tahuin 1963, ialah kerana gagasan Malaysia yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman telah gagal untuk memenuhi beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Sultan Brunei. Saya melihat faktor minyak dan juga faktor kedudukan atau kekananan Sultan sebagai faktor utama yang menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaysia. Namun demikian, pada pendapat saya, Sultan Brunei sebenarnya telah mengambil keputusan yang terbaik bagi dirinya dan juga rakyat Brunei amnya dengan tidak menyertai gagasan Malaysia. 9
  10. 10. 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa pada mulanya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan Malaysia ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari telah menentang gagasan Malaysia dengan alas an bahawa jika Brunei menyertai Malaysia, maka Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Menurut A.M Azahari, Brunei perlu merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. A.M Azahari juga merancang untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei.Dengan itu PRB telah menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962 sehingga mendorong PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962.Namun demikian, pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu.Azahari melarikan diri ke Filipina.Selain daripada penentangan dari pihak yang disebutkan tadi, Sultan Brunei yang pada mulanya menyokong gagasanmalaysia ini, terdapat juga sebab-sebab lain yang telah mendorong bagindauntuk menarik diri daripada gagasan Malaysia pada Julai 1963.Antaranya ialah kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. Sesungguhnya, pengunduran Brunei daripada menyertai Persekutuan Malaysia telah menunjukkan kebebasan rakyat dalam menentukan masa depan negara mereka sendiri. 10
  11. 11. RUJUKAN Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hashim Bin Abd. Hamid. 1999. Cerocok Budaya Brunei. Gadong: Akedemik Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Sabihah Osman. 1995. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Stockwell, A.J. 2003.Malaysia: The Making of A Grand Design. Asian Affairs,vol. XXXIV, no.III. Stockwell, A.J. 2004.British Documents on The End of Empire, Malaysia. Series B, Volume 8. London: The Stationery Office. 11

×