SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 1
Pengenalan
Pengawai Kawalan Trafik Udara atau Air Traffic Controller (ATC)
merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara
selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan
mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak
yang selamat antara satu sama lain.
Pengawai Kawalan Trafik Udara bertanggungjawab terhadap bahagian
ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui
radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab
tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada
juruterbang. Tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara berbeza mengikut
tempat mereka ditugaskan.
Tempat bertugas Pengawai Kawalan Trafik Udara
Pengawai Kawalan Trafik Udara ditugaskan di menara kawalan di
lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching
dan Kota Kinabalu.
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 2
Skop tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara
berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di
lapangan terbang;
mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras
penerbangan akhir;
memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang
tidak mengikut jadual.
Tiga Kategori Pengawai Kawalan Trafik Udara:
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 3
Pengawal kawasan – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka
memandu arah pesawat semasa penerbangan dan memberikan laluan
yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan
teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap
pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di
udara.
Pengawal sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil
alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat
menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan
bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat
dengan cara yang paling efisien.
Pengawal aerodrom – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan
terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan
pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat.
Waktu bekerja dan persekitaran kerja
Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung
minggu dan juga cuti am. Pengawai Kawalan Trafik Udara bekerja
mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 4
dan cuti satu hari. Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada
hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua.
Tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara adalah mengendalikan stesen
kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan
paparan radar, serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan
peralatan radio.
Syarat diperlukan
Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang
Boleh bekerja di bawah tekanan
Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah
berfokuskan matlamat
Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian
mengaplikasikannya dalam situasi amali
Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 5
Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan
Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority
berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga
Kelayakan menjadi Pengawai Kawalan Trafik Udara
Ijazah – Pengawai Kawalan Trafik Udara
Diploma – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
Laluan menjadi pengawai kawalan trafik udara
Memohon menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan
menggunakan borang dalam talian. Sekiranya memenuhi kelayan, akan
dipanggil menduduki peperiksaan online.
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 6
Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai
pendek untuk ditemu duga:
Ujian IQ
Ujian Suara
Ujian Bahasa Inggeris
Ujian Psikologi
Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses
berikut:
Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi
Penerbangan Awam Malaysia.
Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live
rating.
Kursus latihan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 7
Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat
bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan
tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik
udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Pelatih diajar
cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar.
Latihan Semasa Bekerja
Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi
Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan
trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan Pengawai
Kawalan Trafik Udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan
berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam
persekitaran operasi, menangani trafik sebenar.
Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu,
pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda
membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda
bersendirian.
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 8
Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan
menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan
kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani
penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda
akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda.
Live Rating
“Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda
pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen
Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan
Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan
yang boleh digunakan di banyak negara.
Pengenalan kepada ATC
h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 9
Mahu lagi nota exam Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong
Pegawai Kawalan Trafik Udara A29?
Layari:
http://www.blogtipskerjaya.com/2017/09/rujukan-peperiksaan-online-
pegawai-kawalan-trafik-udara-a41-a29.html
dan masukkan nama dan email anda di sana.
Pihak Tim BlogTipsKerjaya akan menghantar email kepada anda apabila
mempunyai maklumat terbaru berkaitan exam.
Anda juga dipelawa join channel telegram KHAS untuk calon exam
online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan
Trafik Udara A29 untuk dapatkan tips terkini peperiksaan.
Klik link di bawah untuk join channel telegram KHAS tersebut:
https://t.me/PanduanPegawaiKawalanTrafikUdara

More Related Content

What's hot

Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysianurkasihsolehah
 
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)LittleBieb12
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaanFred Srk
 
Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1satucampursatu
 
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)Taqwa Hunter
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5hamdan che hassan
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan FaunaMESHALINEE
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASAMuhammad Amirul
 
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)WenBinTan4
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar Katod8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar KatodLaily Nawi
 

What's hot (20)

Rumus Algebra
Rumus AlgebraRumus Algebra
Rumus Algebra
 
Latihan rumus algebra
Latihan   rumus algebraLatihan   rumus algebra
Latihan rumus algebra
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
 
Kawalan biologi
Kawalan biologiKawalan biologi
Kawalan biologi
 
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)
Nota Tokoh Pendidikan Islam (Tingkatan 4 & 5)
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Bab 6.2
Bab 6.2Bab 6.2
Bab 6.2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1
 
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)
BAHASA ARAB - Pekerjaan (Occupations)
 
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5Sejarah Tingkatan Tingkatan 5:  Bab 5
Sejarah Tingkatan Tingkatan 5: Bab 5
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA
07 DSM1021 SAINS 1-TOPIK 4-KERJA, TENAGA DAN KUASA
 
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)
Sains Tingakatan 2 Bab 11 (KSSM)
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
12 kemahiran proses sains
12 kemahiran proses  sains12 kemahiran proses  sains
12 kemahiran proses sains
 
8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar Katod8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar Katod
 

Similar to PengawaiKawalanTrafikUdara

Sharing knowledge emp (energi mega persada)
Sharing knowledge emp (energi mega persada)Sharing knowledge emp (energi mega persada)
Sharing knowledge emp (energi mega persada)vikhi79
 
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptx
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptxBab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptx
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptxbaronascarhafid
 
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)Pspp Penerbangan
 
Materi_Ramp_handling.pptx
Materi_Ramp_handling.pptxMateri_Ramp_handling.pptx
Materi_Ramp_handling.pptxSandipanMaji3
 
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptx
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptxAEP modul 6 LOKASI PENTING.pptx
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptxAntonAbdullah1
 
Manajemen Transportasi Materi 12
Manajemen Transportasi Materi 12Manajemen Transportasi Materi 12
Manajemen Transportasi Materi 12Arjuna Ahmadi
 
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)M. Satryo Sahara
 
Aircraft Instruments
Aircraft InstrumentsAircraft Instruments
Aircraft InstrumentslombkTBK
 
Transportation Law - Air Transportation Law
Transportation Law - Air Transportation LawTransportation Law - Air Transportation Law
Transportation Law - Air Transportation LawMariske Myeke Tampi
 
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptx
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptxPERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptx
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptxApaySafari1
 
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...chysar
 
Sertifikasi Perekam suara kokpit
Sertifikasi Perekam suara kokpitSertifikasi Perekam suara kokpit
Sertifikasi Perekam suara kokpitroydarmansya
 
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201dichelmichelle
 
Studi sertifikasi rakit penyelamat
Studi sertifikasi rakit penyelamatStudi sertifikasi rakit penyelamat
Studi sertifikasi rakit penyelamatRatih Julistina
 
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)Destya Maharani
 

Similar to PengawaiKawalanTrafikUdara (20)

Sharing knowledge emp (energi mega persada)
Sharing knowledge emp (energi mega persada)Sharing knowledge emp (energi mega persada)
Sharing knowledge emp (energi mega persada)
 
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptx
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptxBab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptx
Bab 10 Air Traffic Controler untuk trafik.pptx
 
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)
Penjelasan pengertian makna arti tugas avsec (aviation security)
 
Materi_Ramp_handling.pptx
Materi_Ramp_handling.pptxMateri_Ramp_handling.pptx
Materi_Ramp_handling.pptx
 
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptx
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptxAEP modul 6 LOKASI PENTING.pptx
AEP modul 6 LOKASI PENTING.pptx
 
Manajemen Transportasi Materi 12
Manajemen Transportasi Materi 12Manajemen Transportasi Materi 12
Manajemen Transportasi Materi 12
 
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)
Tugas Besar AE3140 Sertifikasi Kaca Depan Kokpit (Windshield)
 
Aircraft Instruments
Aircraft InstrumentsAircraft Instruments
Aircraft Instruments
 
Transportation Law - Air Transportation Law
Transportation Law - Air Transportation LawTransportation Law - Air Transportation Law
Transportation Law - Air Transportation Law
 
Makalah lapter
Makalah lapterMakalah lapter
Makalah lapter
 
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptx
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptxPERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptx
PERTEMUAN KE 7 ~ BANDAR UDARA.pptx
 
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...
1834 chapter iiAnalisa dan Perencanaan Landside Bandar Udara Wirasaba Purbali...
 
Sertifikasi Perekam suara kokpit
Sertifikasi Perekam suara kokpitSertifikasi Perekam suara kokpit
Sertifikasi Perekam suara kokpit
 
Keselamatan penerbangan
Keselamatan penerbanganKeselamatan penerbangan
Keselamatan penerbangan
 
Bandar udara
Bandar udaraBandar udara
Bandar udara
 
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d
8c756635be1fd2a77efe4b056fa5201d
 
Lapter nanda
Lapter nandaLapter nanda
Lapter nanda
 
Studi sertifikasi rakit penyelamat
Studi sertifikasi rakit penyelamatStudi sertifikasi rakit penyelamat
Studi sertifikasi rakit penyelamat
 
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)
Studi Sertifikasi Tali Penahan Kargo (Cargo Restraint Straps)
 
Kuliah 1 aspek ekonomi
Kuliah 1 aspek ekonomiKuliah 1 aspek ekonomi
Kuliah 1 aspek ekonomi
 

PengawaiKawalanTrafikUdara

  • 1. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 1 Pengenalan Pengawai Kawalan Trafik Udara atau Air Traffic Controller (ATC) merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak yang selamat antara satu sama lain. Pengawai Kawalan Trafik Udara bertanggungjawab terhadap bahagian ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada juruterbang. Tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara berbeza mengikut tempat mereka ditugaskan. Tempat bertugas Pengawai Kawalan Trafik Udara Pengawai Kawalan Trafik Udara ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.
  • 2. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 2 Skop tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar; memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang; mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir; memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat; memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan; menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual. Tiga Kategori Pengawai Kawalan Trafik Udara:
  • 3. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 3 Pengawal kawasan – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka memandu arah pesawat semasa penerbangan dan memberikan laluan yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di udara. Pengawal sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat dengan cara yang paling efisien. Pengawal aerodrom – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat. Waktu bekerja dan persekitaran kerja Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung minggu dan juga cuti am. Pengawai Kawalan Trafik Udara bekerja mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat
  • 4. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 4 dan cuti satu hari. Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua. Tugas Pengawai Kawalan Trafik Udara adalah mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan paparan radar, serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan peralatan radio. Syarat diperlukan Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang Boleh bekerja di bawah tekanan Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah berfokuskan matlamat Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi amali Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
  • 5. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 5 Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga Kelayakan menjadi Pengawai Kawalan Trafik Udara Ijazah – Pengawai Kawalan Trafik Udara Diploma – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Laluan menjadi pengawai kawalan trafik udara Memohon menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian. Sekiranya memenuhi kelayan, akan dipanggil menduduki peperiksaan online.
  • 6. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 6 Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk ditemu duga: Ujian IQ Ujian Suara Ujian Bahasa Inggeris Ujian Psikologi Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses berikut: Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia. Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live rating. Kursus latihan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia
  • 7. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 7 Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Pelatih diajar cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar. Latihan Semasa Bekerja Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan Pengawai Kawalan Trafik Udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam persekitaran operasi, menangani trafik sebenar. Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu, pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda bersendirian.
  • 8. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 8 Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda. Live Rating “Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara.
  • 9. Pengenalan kepada ATC h t t p : / / w w w . b l o g t i p s k e r j a y a . c o m / Page 9 Mahu lagi nota exam Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29? Layari: http://www.blogtipskerjaya.com/2017/09/rujukan-peperiksaan-online- pegawai-kawalan-trafik-udara-a41-a29.html dan masukkan nama dan email anda di sana. Pihak Tim BlogTipsKerjaya akan menghantar email kepada anda apabila mempunyai maklumat terbaru berkaitan exam. Anda juga dipelawa join channel telegram KHAS untuk calon exam online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 untuk dapatkan tips terkini peperiksaan. Klik link di bawah untuk join channel telegram KHAS tersebut: https://t.me/PanduanPegawaiKawalanTrafikUdara