1. Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T
Memang Tak Akan Habis, Sujud Syukurlah
Jawapannya...
Home » Lirik Lagu Ketuhanan » Tidak Pernah Terfikirkan » Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T Memang Tak Akan
Habis, Sujud Syukurlah Jawapannya...
Bercakap mengenai nikmat Allah S.W.T, kita tidak akan dapat terhitung
nikmat kepelbagaiannya dan kita akan menyedari ketidakmampuan diri kita
untuk menghitung dan mensyukuri segala nikmat yang Allah S.W.T beri
kepada kita. Nikmat kesihatan, nikmat kehidupan (nyawa), nikmat anggota
badan kita (pancaindera) dan segala macam nikmat yang kita kadang-kadang
tidak pernah terfikirkan selama ini. Kebaikan yang Allah S.W.T beri kepada
kita tidak pernah surut dengan tidak terhitung banyaknya. Patah tumbuh,
hilang berganti. Begitulah aturan Allah S.W.T untuk setiap manusia yang
hidup di atas muka bumi-Nya ini. Manusia pada umumnya bersikap bodoh dan
melalaikan daripada bersyukur ke hadrat Ilahi. Sangat sedikit bagi mereka
yang mahu mengingati nikmat Allah S.W.T lalu mensyukurinya.
2. Di antara manusia ada yang tidak mengetahui hakikat syukur dan tidak juga
mengetahui sendi-sendinya, bahawa tanpanya, syukur tidak akan sempurna.
Di antara mereka pula ada yang mengetahui hakikat tersebut, namun mereka
melalaikannya. Allah S.W.T telah mengalirkan pelbagai jenis nikmat kepada
hamba-hamba-Nya yang tidak dapat terfikir selama ini oleh akal-akal mereka.
Oleh sebab itu, hendaklah mereka mensyukuri, mengetahui nilainya dan tidak
meremehkannya. Sebab itulah apabila seseorang itu kehilangan nikmatnya,
barulah dia merasakan betapa bernilainya nikmat yang Allah S.W.T beri
kepada dia selama ini yang dia tidak pernah sedar. Dengan kata lain, nikmat
akan terasa jika telah hilang.
Setiap muslim hendaklah bermuhasabah diri secara sebenar-benarnya
mengenai hubungannya dengan Allah S.W.T. Bermuhasabah diri ini bertujuan
agar dia tahu dan sedar tentang bagaimana hendak menambahkan lagi rasa
kesyukurannya terhadap Allah S.W.T. Hamba yang mendapat taufik, kata
Ibnul Qayyim r.a, adalah hamba yang apabila Allah S.W.T memperbaharui
nikmat untuknya, maka hamba tersebut memperbaharui ibadahnya, rasa
cintanya dan ketaatannya. Apabila Allah S.W.T mengurangi atau membatasi
3. nikmatnya, maka hamba tersebut juga menerimanya dengan hati yang rela.
Apabila hamba tersebut berbuat dosa, maka dia mengiringinya dengan
bertaubat, penyesalan dan memohon keampunan kepada-Nya.
Selama ini kita mengerjakan ibadah wajib yang disuruh oleh Allah S.W.T yang
mana adakala kemungkinan ibadah tersebut belum cukup ikhlas lagi. Maka
hendaklah kita sertakan dengan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran
terhadap-Nya atas nikmat kehidupan berterusan yang kita alami setakat ini.
Itu menandakan Allah S.W.T masih sayang kepada kita dengan memberi kita
peluang hidup untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Sebab itulah kita
sangat takut terhadap seksaan Allah S.W.T terhadap diri kita yang datang
secara tiba-tiba, kerana ketetapan Allah S.W.T pasti akan berlaku dan tidak
akan ada perubahan lain bagi ketetapan-Nya itu. Justeru, kita akan merasa
gelisah dan tidak tenteram sebab keadaan kita pada ketika itu yang sedang
lalai dapat menjadi salah satu faktor penyebab hilangnya nikmat-nikmat Allah
S.W.T itu.
Hanya kepada Allah S.W.T jua kami memohon keselamatan di dunia dan di
akhirat. Semoga Allah S.W.T merahmati orang yang selalu merenungi segala
nikmat-Nya, mengagungkan pemberian-Nya, kemudian mensyukuri dan tidak
bermalas-malasan dalam mengerjakan amal ibadah terhadap-Nya. Mudah-
mudahan Allah S.W.T mengampuni dan merahmati diri kita ini.
Hayatilah lirik lagu di bawah yang dinyanyikan oleh kumpulan Vagetoz yang
bertajuk, 'Sujud Syukurku':
Sujud syukurku, padaMu Ya Rabbi
Atas karunia yang telah Kau beri
Betapa semua ku sadari
Kebesaran dan keagunganMu
Takkan ada yang melebihi
Hanya Allah yang satu.
4. Sembah sujudku padamu Ya Rabbi
Untuk selalu memohon dan mengabdi
Sampai akhir nanti
Sampai akhir nanti menutup mata.
Wallahua'lam.