SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
[Tajuk
Rancangan
Perniagaan]
[Subtajuk Rancangan Perniagaan]
[Alamat Jalan]
[Bandar, Poskod Kawasan]
t. [Telefon]
f. [Faks]
[E-mel]
[Alamat Web]
Jadual Kandungan
I. Ringkasan Eksekutif ............................................................................................. 2
Sorotan
Objektif
Kenyataan Misi
Kunci Kejayaan
II. Penerangan Perniagaan ........................................................................................ 3
Pemilikan Syarikat/Entiti Undang-Undang
Lokasi
Dalaman
Waktu operasi
Produk dan Perkhidmatan
Pembekal
Perkhidmatan
Perkilangan
Pengurusan
Pengurusan Kewangan
Permulaan/Ringkasan Perolehan
III. Pemasaran ............................................................................................................. 6
Analisis Pasaran
Pemetakan Pasaran
Persaingan
Penentuan Harga
IV. Lampiran ..............................................................................................................10
Perbelanjaan Permulaan
Menentukan Modal Permulaan
Aliran Tunai
Kenyataan Unjuran Pendapatan
Penyata Untung dan Rugi
Kunci Kira-Kira
Ramalan Jualan
Peristiwa Penting
Analisis Pulang Modal
Dokumen Beraneka
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 2
Ringkasan Eksekutif
Tulis yang ini terakhir supaya anda boleh meringkaskan poin paling penting dari rancangan perniagaan
anda.
Sediakan penerangan padat tetapi positif mengenai syarikat anda, termasuk objektif dan pencapaian.
Contohnya, jika syarikat anda telah diwujudkan, pertimbangkan untuk menerangkan tindakan yang
telah ditetapkan, bagaimana ia telah mencapai matlamat sehingga ke hari ini serta apa yang akan
datang. Jika baru, ringkaskan apa yang anda ingin lakukan, cara dan bila anda ingin melakukannya
serta bagaimana anda fikir anda boleh menangani halangan utama (seperti persaingan).
Anda juga boleh memilih untuk menggunakan subtajuk kami untuk membantu mengatur dan
mempersembahkan maklumat untuk ringkasan eksekutif anda.
Nota: untuk memadam sebarang petua, seperti yang ini, hanya klik petua kemudian tekan spacebar.
Sorotan
Ringkaskan sorotan perniagaan utama. Contohnya, anda mungkin memasukkan carta yang
menunjukkan jualan, perbelanjaan dan untung bersih untuk beberapa tahun.
Nota: untuk menggantikan data carta contoh dengan data anda sendiri, klik kanan pada carta
kemudian klik Edit Data.
Objektif
Contohnya, masukkan garis masa untuk matlamat yang anda ingin capai.
Kenyataan Misi
Jika anda mempunyai kenyataan misi, masukkannya di sini. Masukkan juga sebarang poin penting
mengenai perniagaan anda yang tidak diliputi dalam ringkasan eksekutif.
0
20000
40000
60000
80000
100000
120000
2011 2012 2013 2014
Gambaran Keseluruhan Kewangan
Jualan
Untung
Bersih
Perbelanjaan
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 3
Kunci Kejayaan
Terangkan faktor-faktor membezakan atau unik yang akan membantu rancangan perniagaan anda
untuk berjaya.
Penerangan Perniagaan
Berikan penerangan yang positif, ringkas dan padat serta berasaskan fakta mengenai perniagaan
anda. apa yang ia lakukan, dan apa yang akan menjadikannya unik, memberi persaingan dan
berjaya. Terangkan ciri-ciri khusus yang akan akan menjadikan perniagaan anda menarik kepada
pelanggan yang berpotensi serta kenal pasti matlamat dan tujuan utama syarikat anda.
Pemilikan Syarikat/Entiti Undang-Undang
Tentukan sama anda perniagaan anda adalah milikan tunggal, perbadanan(jenis) atau perkongsian.
Jika wajar, takrifkan jenis perniagaan (seperti pembuatan, pembarangan atau perkhidmatan).
Jika lesen atau permit diperlukan, terangkan syarat-syarat untuk mendapatkannya dan di mana anda
berada dalam proses ini.
Jika anda masih belum menyatakan sama ada ini adalah perniagaan bebas, pengambilalihan, francais
atau pengembangan perniagaan terdahulu, masukkannya di sini.
Lokasi
Ingatlah bahawa lokasi adalah sangat penting pada sesetengah jenis perniagaan dan kurang penting
untuk yang lainnya.
 Jika perniagaan anda tidak memerlukan pertimbangan khusus mengenai lokasi, itu mungkin suatu
kelebihan dan anda sememangnya patut menyatakannya di sini.
 Jika anda telah memilih lokasi anda, terangkan sorotannya—anda boleh menggunakan beberapa
faktor yang digariskan dalam bulet berikut sebagai panduan atau faktor lain yang merupakan
pertimbangan penting untuk perniagaan anda.
 Jika anda masih belum mempunyai lokasi, terangkan kriteria utama untuk menentukan lokasi yang
sesuai untuk perniagaan anda.
Pertimbangkan contoh berikut (ambil perhatian bahawa ini bukanlah senarai menyeluruh dan anda
mungkin mempunyai pertimbangan lain
Apa jenis kawasan yang anda cari dan di mana? Adakah sesuatu kawasan tertentu yang sangat
diingini dari segi pemasaran? Adakah anda perlu mempunyai lokasi di tingkat bawah? Jika begitu,
adakah lokasi anda perlu mudah dicapai pengangkutan awam?
Jika anda mempertimbangkan tapak khusus atau membandingkan tapak, faktor berikut mungkin
penting: Bagaimana dengan aliran trafik/capaian? Adakah kemudahan meletak kereta
mencukupi? Adakah pencahayaan jalan mencukupi? Adakah ia berhampiran perniagaan atau
tempat-tempat yang mungkin membantu menarik pelanggan yang anda cari? Jika ia mempunyai
ruang pameran depan, adakah ia menarik perhatian atau apa yang perlu dilakukan untuk ia
menarik jenis perhatian yang anda perlukan?
Jika papan tanda sesuai untuk perniagaan anda: Adakah ordinan tempatan mengenai papan
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 4
tanda yang mungkin memberi kesan kepada anda? Apakah jenis papan tanda yang paling sesuai
dengan keperluan anda? Sudahkah anda memasukkan kos papan tanda dalam angka permulaan
anda?
Dalaman
Untuk sesetengah perniagaan, ruang dalaman tapak perniagaan adalah sama penting seperti
lokasinya. Jika perniagaan anda begitu, terangkan apa yang membuatkan ruang dalaman anda
berjaya.
Bagaimanakah anda menghitung ruang yang anda perlukan? Sudahkah anda melakukan
perancangan awal untuk memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya ruangan anda, seperti aturan
susunan?
Adakah terdapat sebarang keperluan/pengubahsuaian pada ruang yang anda perlu bina atau
pasang? Adakah anda perlukan keizinan pemilik atau kezinan lain untuk berbuat begitu?
Jika berkenaan, bagaimanakah anda akan memaparkan produk? Adakah tataletak mempunyai
aliran/ciri-ciri yang menyumbang pada suasana dan/atau membantu meningkatkan jualan?
Terangkan sebarang ciri khusus ruang dalaman perniagaan anda yang anda rasa memberikan
kelebihan persaingan berbanding perniagaan yang serupa.
Waktu operasi
Jelas dengan sendirinya, tetapi penting untuk perniagaan seperti kedai jualan atau usaha niaga
bermusim.
Produk dan Perkhidmatan
Terangkan produk atau perkhidmatan anda dan mengapa terdapat permintaan untuknya. Apakah
potensi pasaran? Bagaimana ia memberi manfaat kepada pelanggan? Bagaimana pula produk atau
perkhidmatan anda memberikan anda kelebihan dalam persaingan?
Jika anda menjual beberapa jenis produk atau perkhidmatan, terangkan apa yang disertakan.
Mengapa anda memilih imbangan tawaran ini? Bagaimana anda melaraskan imbangan ini untuk
memberi respons kepada permintaan pasaran?
Untuk perniagaan berasaskan produk, adakah anda memiliki atau memerlukan kawalan inventori?
Adakah anda perlu mempertimbangkan “lead time” semasa memesan semula sebarang item? Adakah
anda memerlukan sistem audit atau keselamatan untuk melindungi inventori?
Nota:
 Jika produk dan/atau perkhidmatan anda lebih penting daripada lokasi anda, alihkan topik ini ke
sebelum lokasi dan waktu perniagaan.
 Jika anda hanya menyediakan produk sahaja atau perkhidmatan sahaja, padamkan bahagian
yang sesuai pada tajuk ini.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 5
Pembekal
Jika maklumat mengenai pembekal anda—termasuk persetujuan kewangan anda dengan mereka—
memainkan peranan penting dalam perniagaan anda, masukkan maklumat yang berkaitan dalam
seksyen ini.
Perkhidmatan
Sama ada perniagaan anda adalah produk ataupun perkhidmatan, gunakan seksyen ini untuk
menyatakan peringkat dan kaedah perkhidmatan yang anda sediakan kepada pelanggan, sebelum,
semasa dan selepas jualan.
Bagaimana anda menjadikan perkhidmatan(perkhidmatan-perkhidmatan) anda menyerlah
berbanding pesaing?
Perkilangan
Adakah perkhidmatan anda mengeluarkan sebarang produk? Jika begitu, terangkan mengenai fasiliti
dan sebarang mesin atau peralatan khusus anda.
Tanpa mendedahkan sebarang maklumat propetiari, terangkan prosedur pengeluaran.
Jika belum diliputi dalam seksyen Produk dan Perkhidmatan, terangkan bagaimana anda akan menjual
produk yang anda keluarkan—Terus kepada orang ramai? Melalui pemborong atau pengedar? Lain-
lain?
Bagaimana anda akan mengangkut produk anda ke pasaran?
Pengurusan
Bagaimana latar belakang atau pengalaman anda membantu anda menjayakan perniagaan ini?
Seaktif manakah anda dan apakah bidang pengurusan yang anda akan wakilkan kepada individu
lain?
Terangkan mana-mana individu lain yang akan/sedang menguruskan perniagaan anda, termasuk yang
berikut:
 Apakah kelayakan dan latar belakang mereka? (Resume boleh disertakan dalam Lampiran.)
 Apakah kekuatan atau bidang kepakaran mereka yang menyokong kejayaan perniagaan anda?
 Apakah tanggungjawab mereka dan adakah ia ditakrifkan dengan jelas (penitng dalam perjanjian
perkongsian)?
 Apakah kemahiran yang kurang pada pasukan pengurusan anda yang mesti dibekalkan oleh
sumber luar atau dengan pengambilan tambahan?
Jika perniagaan anda mempunyai pekerja, terangkan mengenai rantaian perintah. Apakah latihan dan
sokongan (seperti buku panduan dasar syarikat) yang anda akan sediakan kepada pekerja? Adakah
anda menyediakan sebarang insentif kepada pekerja yang akan meningkatkan pertumbuhan syarikat
anda?
Jika perniagaan anda adalah francais, apakah jenis bantuan yang anda jangkakan dan untuk berapa
lama? Masukkan maklumat mengenai prosedur operasi dan panduan berkaitan yang disediakan untuk
anda oleh franchisor.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 6
Pengurusan Kewangan
Semasa anda menulis seksyen ini, pertimbangkan bahawa cara kewangan syarikat diuruskan boleh
memberi perbezaan antara kejayaan dan kegagalan.
Berdasarkan produk atau perkhidmatan tertentu yang anda ingin tawarkan, jelaskan bagaimana anda
akan menjadikan perniagaan anda untung serta dalam tempohnya. Adakah perniagaan anda
memberikan anda aliran tunai yang baik atau adakah anda perlu bimbang mengenai Akaun Belum
Terima yang besar dan kemungkinan hutang atau pungutan yang teruk?
Butiran penuh kos permulaan dan operasi anda patut dimasukkan dalam Lampiran. Walau
bagaimanapun, anda boleh merujuk kepada jadual, carta atau nombor halaman yang bersesuaian
semasa anda memberi rumusan ringkas yang mengambil kira keperluan persediaan dan bajet operasi
anda.
 Keperluan persediaan patut memasukkan sebarang pembelian satu kali, seperti bekalan atau
peralatan utama, pembayaran pendahuluan atau deposit, begitu juga dengan yuran
perundangan dan profesional, lesen/permit, insurans. pengubahsuaian/reka bentuk/hiasan lokasi
anda, kos kakitangan sebelum pembukaan; pengiklanan atau promosi
 Setelah anda bersedia membuka perniagaan anda, anda akan memerlukan bajet operasi untuk
membantu mengutamakan perbelanjaan. Ia patut menyertakan wang yang anda perlukan untuk
bertahan dalam tiga hingga enam bulan pertama operasi dan tentukan bagaimana anda ingin
mengawal kewangan syarikat anda. Masukkan perbelanjaan berikut: sewa, kemudahan, insurans,
senarai gaji(termasuk cukai), pembayaran hutang, bekalan pejabat, perjalanan dan hiburan,
perundangan dan perakaunan, pengiklanan dan promosi, pembaikan dan penyelenggaraan,
susut nilai dan sebarang kategori yang khusus pada perniagaan anda.
Anda juga boleh memasukkan maklumat (atau rujukan silang mengenai seksyen lain rancangan
perniagaan ini jika telah diliputi di tempat lain) mengenai jenis akaun dan sistem kawalan inventori yang
anda gunakan, ingin gunakan atau di mana sesuai, apa yang franchaisor jangka anda akan gunakan.
Permulaan/Ringkasan Perolehan
Ringkaskan butiran utama mengenai permulaan atau perolehan perniagaan anda. (Jika ini tidak
berkaitan dengan perniagaan anda, padamkan.
Seperti mana dinyatakan dalam seksyen sebelum ini, masukkan jadual persediaan atau kos perolehan
dalam Lampiran.
Pemasaran
Keberkesanan anda memasarkan perniagaan anda boleh memainkan peranan penting dalam
kejayaan atau kegagalannya. Adalah penting untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai
pelanggan berpotensi anda—siapa mereka, apa yang mereka mahukan (dan tidak mahu) serta
kemungkinan jangkaan mereka.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 7
Analisis Pasaran
Apakah pasaran sasaran anda? (Siapa yang paling mungkin membeli produk atau menggunakan
perkhidmatan anda?) Apakah demografinya? Apakah saiz asas pelanggan berpotensi anda?
Di manakah mereka? Bagaimanakah anda akan memberitahu mereka siapa dan di mana anda serta
apa yang anda tawarkan?
Jika anda percaya anda memiliki sesuatu yang baru, inovatif atau tidak biasanya tersedia:
Bagaimanakah anda tahu terdapat pasaran untuknya—sehingga orang ramai sangggup membayar
untuk apa yang anda tawarkan?
Pertimbangkan pasaran yang anda cuba capai: Adakah ia membesar, mengecut atau statik?
Apakah peratus pasaran yang anda fikir anda mampu capai? Bagaimanakah anda mampu
mengembangkan bahagian pasaran anda?
Nota: Anda mungkin memasukkan carta, seperti yang berikut, untuk mendemonstrasikan poin utama
mengenai sekilas pandang potensi pasaran anda.
Pemetakan Pasaran
Adakah pasaran sasaran anda bersegmen? Adakah terdapat peringkat berbeza dalam jenis
perniagaan yang sama, di mana setiap satunya menawarkan perbezaan dalam kualiti, harga atau
kepelbagaian produk?
Adakah segmen pasaran ini dikawal oleh kawasan geografi, barisan keluaran, harga atau kriteria lain?
Dalam segmen pasaran manakah letaknya perniagaan utama anda? Apakah peratus jumlah pasaran
dalam segmen ini? Apakah peratus yang akan perniagaan anda capai dalam segmen ini?
Nota: Carta pai adalah cara yang baik untuk mendemonstrasikan hubungan satu kepada semua,
seperti peratus pasaran sasaran yang jatuh dalam setiap segmen utama. Untuk mengubah bentuk label
data, klik kanan pada label dan kemudian klik Ubah Bentuk Label Data.
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
2008 2012 2016
%pertumbuhanberbandingsebelumnya
tempoh
Pertumbuhan Pasaran Tempatan
Pelanggan Berpotensi
Rumah Baru
Perniagaan Baru
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 8
Persaingan
Siapa lagi yang melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan?
Terangkan dengan ringkas beberapa pesaing terdekat serta terbesar anda. Apakah peratus pasaran
yang dicapai setiap satunya? Apakah kekuatan dan kelemahan mereka? Apa yang boleh anda
pelajari daripada cara mereka menjalankan perniagaan, dari harga, pengiklanan dan pendekatan
pasaran mereka? Bagaimana anda menjangka untuk bersaing? Bagaimanakah anda berharap untuk
melakukan yang lebih baik?
Apakah persaingan secara tidak langsung yang anda akan hadapi, seperti jualan internet, gedung
membeli-belah atau import antarabangsa?
Bagaimana akan akan bersaing dengan teknologi dan perubahan aliran yang mungkin menjejaskan
perniagaan anda di masa hadapan?
Penentuan Harga
Bagaimanakah anda membangunkan dasar penentuan harga anda?
Manakah antara strategi penentuan harga berikut yang mungkin paling sesuai dengan perniagaan
anda? Kos jualan dan harga, kedudukan pesaingan, harga di bawah pesaing, harga di atas pesaing,
berbilang harga, lapisan harga, harga berdasarkan kos ditambah keuntungan atau yang lainnya?
Apakah dasar penentuan harga pesaing anda dan bagaimana jika dibandingkan dengan anda?
Adakah harga anda selaras dengan purata industri?
Bagaimanakah anda memantau harga dan kos overhed untuk memastikan perniagaan anda akan
beroperasi dengan keuntungan?
Bagaimanakah anda merancang untuk kekal bersaing dengan perubahan pasaran, untuk memastikan
jidar keuntungan anda tidak begitu terjejas oleh inovasi baru atau persaingan?
Pengiklanan dan Promosi
Bagaimanakah anda ingin mengiklankan perniagaan anda?
Elit
25%
Purata
55%
Diskaun
20%
Segmen Pasaran
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 9
Mana antara opsyen pengiklanan dan promosi berikut yang menawarkan anda peluang terbaik untuk
mengembangkan perniagaan anda dengan jayanya? Perkhidmatan direktori, laman web rangkaian
sosial, media (akhbar, majalah, televisyen, radio), mel langsung, penjualan melalui telefon, seminar dan
acara lain, pengiklanan bersama syarikat lain, wakil jualan, berita mulut ke mulut, yang lainnya?
Bagaimanakah anda menentukan bajet pengiklanan anda?
Bagaimanakah anda menjejak hasil usaha pengiklanan dan promosi anda?
Adakah anda akan mengiklan secara kerap atau adakah anda akan menjalankan kempen bermusim?
Bagaimanakah produk anda akan dibungkus? Sudahkah anda melakukan kajian untuk melihat jenis
pembungkusan yang paling menarik untuk pelanggan anda? Sudahkah anda menjalankan analisis kos
pada bentuk-bentuk pembungkusan yang berbeza?
Strategi dan Pelaksanaan
Setelah anda menerangkan elemen penting perniagaan anda, anda mungkin ingin meringkaskan
strategi anda untuk pelaksanaannya. Jika perniagaan anda baru, utamakan langkah yang mesti anda
ambil untuk membuka pintu anda kepada perniagaan. Terangkah objektif anda dan cara anda ingin
mencapainya dan dalam parameter masa yang bagaimana.
Perancangan adalah salah satu bahagian paling penting tetapi paling kerap terlepas pandang pada
rancangan perniagaan anda untuk memastikan anda berada dalam kawalan (sebanyak mungkin)
mengenai acara dan arah pergerakan perniagaan anda. Apakah kaedah perancangan yang anda
akan gunakan?
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 10
Lampiran
Perbelanjaan Permulaan
Lesen Perniagaan
Perbelanjaan Penubuhan
Deposit
Akaun Bank
Sewa
Pengubahsuaian Dalaman
Peralatan/Mesin Diperlukan:
Item 1
Item 2
Item 3
Jumlah Peralatan/Mesin
Insurans
Alat Tulis/Kad Perniagaan
Brosur
Pengiklanan Prapembukaan
Inventori Pembukaan
Lain-Lain (senarai):
Item 1
Item 2
JUMLAH PERBELANJAAN PERMULAAN
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 11
Menentukan Modal Permulaan
1. Mulakan dengan mengisi angka untuk pelbagai jenis perbelanjaan dalam jadual aliran wang pada halaman berikut.
2. Mulakan bulan pertama dalam jadual berikut dengan tunai permulaan sebanyak $0 dan satukan perbelanjaan “wang keluar” dari jadual aliran tunai
anda di bawah tiga tajuk utama sewa, senarai gaji dan lain-lain (termasuk jumlah kos permulaan yang belum dibayar dalam “lain-lain” dalam bulan 1).
3. Teruskan unjuran bulanan dalam jadual yang berikutnya sehingga baki akhir sentiasa positif.
4. Cari baki negatif terbesar—ini adalah jumlah yang diperlukan untuk modal permulaan supaya perniagaan bertahan sehingga titik modal apabila
semua perbelanjaan akan diliputi oleh pendapatan.
5. Teruskan dengan memasukkan jumlah modah permulaan yang diperlukan ke dalam jadual aliran tunai sebagai tunai permulaan untuk Bulan 1.
Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6 Bulan 7 Bulan 8
Tunai Permulaan RM0.00
Tunai Masuk:
Jualan Tunai
Dibayar
Belum terima
Jumlah Tunai Masuk
Tunai Keluar:
Sewa
Senarai Gaji
Lain
Jumlah Tunai Keluar
Baki Akhir
PERUBAHAN
(ALIRAN TUNAI)
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 12
Aliran Tunai
Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6 Bulan 7 Bulan 8 Bulan 9 Bulan 10 Bulan 11 Bulan 12
Tunai Permulaan
Tunai Masuk:
Jualan Tunai
Belum terima
Jumlah Pengambilan
Wang
Tunai Keluar
(perbelanjaan):
Sewa
Kemudahan
Senarai Gaji
(termasuk cukai)
Manfaat
Bayaran Pinjaman
Pelancongan
Insurans
Pengiklanan
Bayaran
profesional
Bekalan pejabat
Bayaran Pos
Telefon
Internet
Bayaran Bank
Jumlah Tunai Keluar
BAKI AKHIR
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 13
Kenyataan Unjuran Pendapatan
Kenyataan Unjuran Pendapatan adalah satu lagi alat pengurusan untuk pratonton jumlah pendapatan yang dijana setiap bulan berdasarkan ramalan
munasabah aras jualan dan kos/perbelanjaan bulanan.Oleh sebab unjuran bulanan dibangunkan dan dimasukkan, angka ini berfungsi sebagai matlamat
untuk mengawal perbelanjaan operasi. Apabila hasil sebenar muncul, perbandingan dengan jumlah ramalan sepatutnya memberi amaran jika kos
melampau jadi langkah-langkah boleh diambil untuk membetulkan masalah.
Nombor Peratus Industri (Ind. %) dihitung dengan menggandakan kos/perbelanjaan sebanyak 100% dan membahagikan hasilnya mengikut jumlah jualan
bersih. Ia menunjukkan jumlah jualan yang standard untuk sesuatu industri. Anda mungkin boleh mendapatkan maklumat ini daripada persatuan
perdagangan, akauntan, bank atau pustaka rujukan. Angka industri adalah penanda berguna untuk membandingkan kos/perbelanjaan perniagaan anda.
Bandingkan peratus tahunan anda dengan angka yang dinyatakan dalam lajur peratus industri.
Berikut adalah penjelasan untuk beberapa istilah yang digunakan dalam jadual yang berikut:
Jumlah Jualan Bersih (Pulangan): Angka ini adalah janggan jualan setiap bulan anda. Bersikaplah realistik semaksimum mungkin, dengan mengambil kira
aliran bermusim, pulangan elaun dan turunan harga.
Kos Jualan: Untuk menjadi realistik, angka ini mestilah memasukkan semua kos yang terlibat dalam membuat jualan. Contohnya apabila berkaitan dengan
inventori, masukkan kos pengangkutan dan penghantaran. Sebarang kos buruh langsung juga perlu dimasukkan.
Untung Kasar: Tolak kos jualan daripada jumlah bersih jualan.
Margin Untung Kasar Ini dihitung dengan membahagikan untung kasar dengan jumlah bersih jualan.
Perbelanjaan Boleh Kawal: Gaji (asas termasuk kerja lebih masa), perbelanjaan senarai gaji (termasuk cuti berbayar, cuti sakit, insurans kesihatan, insurans
pengangguran dan cukai keselamatan sosial), kos perkhidmatan luar (termasuk subkontrak, limpahan kerja dan perkhidmatan satu kali khusus), bekalan
(termasuk semua item dan perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan perniagaan), kemudahan (air, haba, lampu, pengumpulan sampah, dll.), pembaikan
dan penyelenggaraan (termasuk kedua-dua perbelanjaan tetap dan berkala, seperti cat), pengiklanan, perjalanan dan auto (termasuk penggunaan
kereta peribadi untuk perniagaan, letak kereta dan perjalanan perniagaan), perakaunan dan perundangan (kos perkhidmatan profesional luar).
Perbelanjaan Tetap: Sewa (hanya untuk hartanah yang digunakan dalam perniagaan), susut nilai (pelunasan aset modal), insurans (kebakaran, liabiliti pada
harta atau produk, pampasan pekerja, kecurian, dll.), pembayaran semula pinjaman (termasuk faedah dan bayaran pokok pada pinjaman belum bayar
untuk perniagaan),lain-lain (tidak ditentukan, perbelanjaan kecil yang tidak dimasukkan dalam akaun atau tajuk lain).
Untung/Rugi Bersih (Sebelum Cukai): Tolak jumlah perbelanjaan daripada untung kasar.
Cukai: Inventori, jualan, eksais, hartanah, persekutuan, negeri, dll.
Untung/Rugi Besih (Selepas Cukai): Tolak cukai daripada untung bersih sebelum cukai.
Jumlah Tahunan: Tambah semua angka bulanan merentasi jadual untuk setiap item jualan dan perbelanjaan.
Peratus Tahunan: Gandakan jumlah tahunan sebanyak 100% dan bahagikan hasilnya dengan jumlah angka jualan bersih. Bandingkan dengan peratus
industri dalam lajur pertama.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 14
Ind. % Jan. Feb. Mac. Apr. Mei Jun. Jul. Ogos Sep. Okt. Nov. Dis.
Jumlah
Tahunan
%
Tahunan
Jang. Jualan Bersih
Kos Jualan
Untung Kasar
Perbelanjaan Boleh Kawal:
Gaji/Upah
Perbelanjaan Senarai Gaji
Perundangan/Perakaunan
Pengiklanan
Pelancongan/Auto
Hutang/Ganti
Kemudahan
Dll.
Jum Belanja Boleh Kawal
Perbelanjaan Tetap:
Sewa
Susut Nilai
Insurans
Permit/Lesen
Bayaran Pinjaman
Dll.
Jumlah Perbelanjaan Tetap
Jumlah Perbelanjaan
Untung/Rugi Bersih Sebelum
Cukai
Cukai
UNTUNG/
RUGI BERSIH SELEPAS CUKAI
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 15
Penyata Untung dan Rugi
Jadual ini secara asasnya mengandungi maklumat asas yang sama seperti kenyataan unjuran
pendapatan. Perniagaan yang sudah wujud menggunakan borang kenyataan ini untuk memberi
perbandingan dari satu tempoh kepada tempoh lain. Kebanyakan pemberi hutang mungkin
memerlukan kenyataan untung dan rugi untuk tiga tahun operasi yang sebelumnya.
Daripada membandingkan pendapatan dan perbelanjaan dengan purata industri, borang kenyataan
untung dan rugi ini membandingkan setiap item pendapatan dan perbelanjaan dengan jumlah yang
diperuntukkan untuknya. Kebanyakan sistem perakaunan berkomputer boleh menjana kenyataan
untung dan rungi untuk tempoh yang diperlukan, dengan atau tanpa perbandingan bajet.
Untung dan Rugi, Bajetmln Sebenar: ([Bulan Permulaan, Tahun]—[Bulan Tamat, Tahun])
[Bulan Permulaan,
Tahun]—[Bulan Tamat,
Tahun] Bajet Jumlah Melebihi Bajet
Pendapatan:
Jualan
Lain
Jumlah Pendapatan
Perbelanjaan:
Gaji/Upah
Perbelanjaan Senarai Gaji
Perundangan/Perakaunan
Pengiklanan
Pelancongan/Auto
Hutang/Ganti
Kemudahan
Sewa
Susut Nilai
Permit/Lesen
Bayaran Semula Pinjaman
Dll.
Jumlah Perbelanjaan
UNTUNG/RUGI BERSIH
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 16
Kunci Kira-Kira
Berikut adalah garis panduan mengenai apa untuk dimasukkan dalam kunci kira-kira: (Untuk digunakan
dalam perniagaan yang sudah wujud)
Aset: Apa saja barang bernilai yang dimiliki atau layak mengikut undang-undang disebabkan
perniagaan. Jumlah aset termasuk semua nilai bersih; jumlah yang terhasil dengan menolak susut nilai
dan pelunasan daripada kos asal semasa aset tersebut mula-mula diperolehi.
Aset Semasa:
Tunai—Wang di dalam bank atau sumber-sumber yang boleh ditukar kepada tunai dalam 12 bulan dari
tarikh kunci kira-kira.
Tunai Runcit—Dana tunai untuk perbelanjaan kecil dan pelbagai.
Akaun Belum Terima—Jumlah patut diterima daripada klien untuk barangan atau perkhidmatan.
Inventori—Bahan mentah di tangan, kerja dalam pelaksaan dan semua barangan siap (sama anda
dikeluarkan atau dibeli untuk dijual semula).
Pelaburan Jangka Pendek—Faedah atau pegangan yang menghasilkan dividen yang dijangka akan
ditukarkan kepada tunai dalam masa setahun; stok, bon, sijil atau simpanan dan akaun simpanan
deposit masa. Ini patut ditunjukkan dengan sama ada kosnya atau nilai semasa pasaran, yang mana
lebih kecil. Pelaburan jangka pendek juga boleh dipanggil “pelaburan sementara” atau “sekuriti boleh
pasar.”
Perbelanjaan Prabayar—Barangan, manfaat atau perkhidmatan yang dibayar atau disewa lebih awal
oleh perniagaan, seperti bekalan pejabat, insurans atau ruang kerja.
Pelaburan Jangka Panjang—Pegangan yang ingin dikekalkan perniagaan selama sekurang-kurangnya
satu tahun. Juga dikenali sebagai aset jangka panjang, ini biasanya faedah atau stok yang memberi
dividen, bon atau akaun simpanan.
Aset Tetap—Istilah ini termasuk semua sumber yang dimiliki atau diperolehi sesuatu perniagaan yang
tidak dimaksudkan untuk jualan semula. Ia mungkin disewa dan bukannya dimiliki, bergantung pada
aturan sewaan, ia mungkin perlu dimasukkan sebagai aset untuk nilainya dan sebagai liabiliti. Aset
tetap termasuk tanah (harga pembelian asal sepatutnya disenaraikan, tanpa elaun untuk nilai pasaran),
bangunan, penambahbaikan, peralatan, perabot, kenderaan.
Liabiliti Semasa:
Liabiliti Semasa: Termasuk semua hutang, tanggungjawab kewangan dan tuntutan yang mesti dibayar
dalam 12 bulan.
Akaun belum bayar—Jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal untuk barangan dan perkhidmatan
yang dibeli untuk perniagaan.
Nota Belum Bayar—Baki pokok dalam hutang jangka pendek, dana yang dipinjam untuk perniagaan.
Juga termasuk jumlah semasa yang perlu dibayar pada nota yang termanya melebihi 12 bulan.
Faedah Belum Bayar—Jumlah terakru perlu dibayar pada kedua-dua modal pinjaman jangka pendak
dan banyak serta kredit yang dilanjutkan pada perniagaan.
Cukai Belum Bayar—Jumlah tertanggung semasa tempoh akaun yang diliputi kunci kira-kira.
Akruan Senarai Gaji—Gaji dan upah yang terhutang semasa tempoh yang diliputi kunci kira-kira.
Liabliti Jangka Panjang—Nota, bayaran kontrak atau bayaran gadai janji perlu dibayar dalam tempoh
melebihi 12 bulan. Ini sepatutnya disenaraikan mengikut baki belum lunas yang kurang daripada
kedudukan perlu bayar semasa.
Nilai Bersih—Juga dipanggil ekuiti pemilik. Ini adalah jumlah tuntutan pemilik (atau pemilik-pemilik)
pada aset peniagaan. Dalam kempunyaan atau perkongsian, ekuiti ini adalah pelaburan asal setiap
pemilik termasuk sebarang perolehan selepas pengeluaran.
Kebanyakan sistem perakaunan berkomputer boleh menjana kunci kira-kira untuk tempoh yang
diperlukan.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 17
Nota: Jumlah aset akan sentiasa sama dengan jumlah liabiliti ditambah dengan jumlah nilai bersih.
Angka akhir untuk jumlah aset dan jumlah liabiliti akan sentiasa sama.
Aset
Aset Semasa:
Tunai:
Tunai Runcit
Akaun Yang Akan
Diterima
Inventori
Pelaburan Jangka
Pendek
Perbelanjaan
Prabayar
Pelaburan Jangka
Panjang
Aset Tetap:
Tanah
Bangunan
Peningkatan
Peralatan
Perabot
Automobil/Kenderaa
n
Aset Lain:
Item 1
Item 2
Item 3
Liabiliti
Liabiliti Semasa:
Akaun Belum Bayar
Nota Belum Bayar
Faedah Belum Bayar
Cukai Belum Bayar:
Cukai Pendapatan
Persekutuan
Cukai Pendapatan
Negeri
Cukai Kerja Sendiri
Cukai Jualan (SBE)
Cukai Harta
Senarai Gaji Akruan
Liabiliti Jangka Panjang
Nota Belum Bayar
NILAI BERSIH/EKUITI
PEMILIK/PEROLEHAN
TERTAHAN
JUMLAH ASET: JUMLAH LIABILITI:
Ramalan Jualan
Maklumat ini boleh ditunjukkan dalam bentuk carta atau jadual, sama ada mengikut bulan, suku atau
tahun, untuk menggambarkan jangkaan pertumbukan jualan dan kos jualan yang mengiringi .
Peristiwa Penting
Ini adalah senarai objektif yang mungkin cuba dicapai perniagaan anda, mengikut tarikh mula atau
tarikh penyempurnaa dan mengikut bajet. Ia juga boleh dipersembahkan dalam jadual atau carta.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 18
Analisis Pulang Modal
Gunakan seksyen ini untuk menilai keberuntungan perniagaan anda. Anda boleh mengukur betapa
hampirnya anda mencapai pulangan modal apabila perbelanjaan anda diliputi oleh jumlah jualan dan
berada hampir-hampir dengan keberuntungan.
Analisis pulang modal boleh memberitahu anda apakah volum jualan yang anda perlukan untuk
menjana keuntungan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menetapkan harga.
Terdapat tiga cara asas untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda: menjana lebih banyak
jualan, menaikkan harga dan/atau mengurangkan kos. Semua ini boleh memberi kesan pada
perniagaan anda: jika anda menaikkan harga, anda mungkin tidak lagi berdaya saing; jika anda
menjana lebih banyak jualan, anda mungkin memerlukan kakitangan tambahan untuk memberi
perkhidmatan pada jualan tersebut yang mungkin meningkatkan kos anda. Merendahkan kos tetap
perlu dibayar perniagaan anda setiap bulan akan memberi impak yang lebih besar pada jidar
keuntungan berbanding mengubah kos pemboleh ubah.
Kos tetap: Sewa, insurans, gaji, dll.
Kos pemboleh ubah: Kos anda membeli produk, bekalan, dll.
Jidar Caruman Ini aalah kos jualan ditolak kos pemboleh ubah. Ia mengikut dolar yang tersedia untuk
membayar kos tetap dan menghasilkan keuntungan.
Nisbah Jidar Caruman: Ini adalah amaun jumlah jualan ditolak kos pemboleh ubah, dibahagikan
dengan jumlah jualan. Ia mengukur peratus dolar setiap jualan yang akan digunakan untuk membayar
kos tetap dan membuat keuntungan.
Titik Pulang Modal: Ini adalah amaun di mana jumlah jualan sama dengan jumlah perbelanjaan. Ia
mewakili dolar jualan minimum yang anda perlu capai sebelum anda membuat keuntungan.
Titik Pulang Modal dalam Unit: Untuk perniagaan yang berkaitan, ini adalah jumlah kos tetap
dibahagikan dengan harga jualan unit ditolak dengan kos pemboleh ubah setiap unit. Ia memberitahu
anda bilangan unit yang anda perlu jual sebelum anda membuat keuntungan.
Titik Pulang Modal dalam Dolar: Ini aalah amaun jumlah kos tetap dibahagikan dengan nisbah jidar
caruman. Ia adalah kaedah untuk menghitung dolar jualan minimum untuk dicapai sebelum anda
membuat keuntungan.
Nota: Jika dolar jualan berada di bawah titik pulang modal, perniagaan anda kehilangan tunai.
[TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 19
Dokumen Beraneka
Untuk menyokong kenyataan yang anda mungkin telah buat dalam rancangan perniagaan anda,
anda mungkin perlu memasukkan sebarang atau semua dokumen berikut dalam lampiran anda:
 Resume peribadi
 Kenyataan kewangan peribadi
 Laporan kredit, perniagaan dan peribadi
 Salinan pajakan
 Surat rujukan
 Kontrak
 Dokumen undang-undang
 Penyata cukai peribadi dan perniagaan
 Dokumen beraneka berkaitan
 Foto

More Related Content

What's hot

Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxLOMAN5
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxAhmadTermiziBaharum1
 
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5hanihonney
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bmnur aliaa
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Arafeh Karimi
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakCheeyee Ho
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6Hlmie Hrun
 
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Legendary Rafiee
 
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Dayangku Nurul
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012julianah73
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 

What's hot (20)

Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
 
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5
Lembaran kerja operasi bergabung tahun 5
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Strategi Pemasaran
Strategi  Pemasaran Strategi  Pemasaran
Strategi Pemasaran
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
Sinopsis buku 2014 nilai bersedekah
Sinopsis buku 2014 nilai bersedekahSinopsis buku 2014 nilai bersedekah
Sinopsis buku 2014 nilai bersedekah
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6
Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Kesihatan PK TAHUN 6
 
Myportfolio pk ko(1)
Myportfolio pk ko(1)Myportfolio pk ko(1)
Myportfolio pk ko(1)
 
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
 
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 

Viewers also liked

Power in Agile Teams
Power in Agile Teams Power in Agile Teams
Power in Agile Teams DiUS
 
ใบงานที่5
ใบงานที่5ใบงานที่5
ใบงานที่5warangnan
 
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantil
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantilSintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantil
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantilelenart28
 
FITNESS COMMUNITY MANAGER
FITNESS COMMUNITY MANAGERFITNESS COMMUNITY MANAGER
FITNESS COMMUNITY MANAGERpromoemotion
 
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3DREAMHIVE CO., LTD.
 
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησης
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησηςΜελέτη περίπτωσης μικτής μάθησης
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησηςpelekanakib
 
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์Plew Woo
 
Reference Letter Grand Karavia Hotel
Reference Letter Grand Karavia HotelReference Letter Grand Karavia Hotel
Reference Letter Grand Karavia HotelEutyche Hamisi
 
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)Murat77
 
Resep jitu kuliah
Resep jitu kuliahResep jitu kuliah
Resep jitu kuliahfuadriezal
 
Instructional strategy presentation
Instructional strategy presentationInstructional strategy presentation
Instructional strategy presentationkatelynwebster
 
Recycling in Parramatta
Recycling in ParramattaRecycling in Parramatta
Recycling in Parramattaemmamansfield5
 
NHSLeadership-LeadershipModel-colour
NHSLeadership-LeadershipModel-colourNHSLeadership-LeadershipModel-colour
NHSLeadership-LeadershipModel-colourJane Pightling
 

Viewers also liked (20)

Power in Agile Teams
Power in Agile Teams Power in Agile Teams
Power in Agile Teams
 
Startersset
StarterssetStartersset
Startersset
 
ใบงานที่5
ใบงานที่5ใบงานที่5
ใบงานที่5
 
4344
43444344
4344
 
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantil
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantilSintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantil
Sintonia, de Juan Genovés- Seqüència didàctica infantil
 
เคมี
เคมีเคมี
เคมี
 
FITNESS COMMUNITY MANAGER
FITNESS COMMUNITY MANAGERFITNESS COMMUNITY MANAGER
FITNESS COMMUNITY MANAGER
 
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3
システム開発の価格の妥当性を探る秘訣3
 
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησης
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησηςΜελέτη περίπτωσης μικτής μάθησης
Μελέτη περίπτωσης μικτής μάθησης
 
Лекция №1
Лекция №1Лекция №1
Лекция №1
 
Portfolio
PortfolioPortfolio
Portfolio
 
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์
อุปกรณ์เชื่อมต่อคอมพิวเตอร์
 
Reference Letter Grand Karavia Hotel
Reference Letter Grand Karavia HotelReference Letter Grand Karavia Hotel
Reference Letter Grand Karavia Hotel
 
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)
приказ № 253 от 31.03.2014 г.(перечень учебников)(1)
 
Resep jitu kuliah
Resep jitu kuliahResep jitu kuliah
Resep jitu kuliah
 
Instructional strategy presentation
Instructional strategy presentationInstructional strategy presentation
Instructional strategy presentation
 
Recycling in Parramatta
Recycling in ParramattaRecycling in Parramatta
Recycling in Parramatta
 
али1
али1али1
али1
 
3
33
3
 
NHSLeadership-LeadershipModel-colour
NHSLeadership-LeadershipModel-colourNHSLeadership-LeadershipModel-colour
NHSLeadership-LeadershipModel-colour
 

Similar to TEMPLATE BUSINESS PLAN

Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniAbang Heikal
 
Panduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpPanduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpSopha Mustafa
 
Panduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpPanduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpsaujanaworld
 
Kursus Penyediaan Profail Syarikat
Kursus Penyediaan Profail SyarikatKursus Penyediaan Profail Syarikat
Kursus Penyediaan Profail SyarikatAzmaAZHAR
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaanColyn George
 
Topic 7 business plan 1 (format)
Topic 7   business plan 1 (format)Topic 7   business plan 1 (format)
Topic 7 business plan 1 (format)Azura Aqura
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaannotarazi
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaanZahari Aziz
 
37235100 format-rancangan-perniagaan
37235100 format-rancangan-perniagaan37235100 format-rancangan-perniagaan
37235100 format-rancangan-perniagaanMatyo Samm
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)FirdausZaini3
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018aDyina Hamid
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaanhard.Life
 
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptx
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptxTAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptx
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptxTerbaikLah
 
Ringksan eks.
Ringksan eks.Ringksan eks.
Ringksan eks.faraimi
 

Similar to TEMPLATE BUSINESS PLAN (20)

Template business plan
Template business planTemplate business plan
Template business plan
 
Template Business Plan
Template Business PlanTemplate Business Plan
Template Business Plan
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
 
Panduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpPanduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rp
 
Panduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rpPanduan penyediaan rp
Panduan penyediaan rp
 
Kursus Penyediaan Profail Syarikat
Kursus Penyediaan Profail SyarikatKursus Penyediaan Profail Syarikat
Kursus Penyediaan Profail Syarikat
 
David sm14 inppt08bm
David  sm14 inppt08bmDavid  sm14 inppt08bm
David sm14 inppt08bm
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Topic 7 business plan 1 (format)
Topic 7   business plan 1 (format)Topic 7   business plan 1 (format)
Topic 7 business plan 1 (format)
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
37235100 format-rancangan-perniagaan
37235100 format-rancangan-perniagaan37235100 format-rancangan-perniagaan
37235100 format-rancangan-perniagaan
 
Perniagaan
PerniagaanPerniagaan
Perniagaan
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
 
David sm14 inppt04-bm
David  sm14 inppt04-bmDavid  sm14 inppt04-bm
David sm14 inppt04-bm
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
 
Acc 2013 bab2
Acc 2013   bab2Acc 2013   bab2
Acc 2013 bab2
 
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptx
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptxTAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptx
TAKLIMAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN 2023.pptx
 
Ringksan eks.
Ringksan eks.Ringksan eks.
Ringksan eks.
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

TEMPLATE BUSINESS PLAN

  • 1. [Tajuk Rancangan Perniagaan] [Subtajuk Rancangan Perniagaan] [Alamat Jalan] [Bandar, Poskod Kawasan] t. [Telefon] f. [Faks] [E-mel] [Alamat Web]
  • 2. Jadual Kandungan I. Ringkasan Eksekutif ............................................................................................. 2 Sorotan Objektif Kenyataan Misi Kunci Kejayaan II. Penerangan Perniagaan ........................................................................................ 3 Pemilikan Syarikat/Entiti Undang-Undang Lokasi Dalaman Waktu operasi Produk dan Perkhidmatan Pembekal Perkhidmatan Perkilangan Pengurusan Pengurusan Kewangan Permulaan/Ringkasan Perolehan III. Pemasaran ............................................................................................................. 6 Analisis Pasaran Pemetakan Pasaran Persaingan Penentuan Harga IV. Lampiran ..............................................................................................................10 Perbelanjaan Permulaan Menentukan Modal Permulaan Aliran Tunai Kenyataan Unjuran Pendapatan Penyata Untung dan Rugi Kunci Kira-Kira Ramalan Jualan Peristiwa Penting Analisis Pulang Modal Dokumen Beraneka
  • 3. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 2 Ringkasan Eksekutif Tulis yang ini terakhir supaya anda boleh meringkaskan poin paling penting dari rancangan perniagaan anda. Sediakan penerangan padat tetapi positif mengenai syarikat anda, termasuk objektif dan pencapaian. Contohnya, jika syarikat anda telah diwujudkan, pertimbangkan untuk menerangkan tindakan yang telah ditetapkan, bagaimana ia telah mencapai matlamat sehingga ke hari ini serta apa yang akan datang. Jika baru, ringkaskan apa yang anda ingin lakukan, cara dan bila anda ingin melakukannya serta bagaimana anda fikir anda boleh menangani halangan utama (seperti persaingan). Anda juga boleh memilih untuk menggunakan subtajuk kami untuk membantu mengatur dan mempersembahkan maklumat untuk ringkasan eksekutif anda. Nota: untuk memadam sebarang petua, seperti yang ini, hanya klik petua kemudian tekan spacebar. Sorotan Ringkaskan sorotan perniagaan utama. Contohnya, anda mungkin memasukkan carta yang menunjukkan jualan, perbelanjaan dan untung bersih untuk beberapa tahun. Nota: untuk menggantikan data carta contoh dengan data anda sendiri, klik kanan pada carta kemudian klik Edit Data. Objektif Contohnya, masukkan garis masa untuk matlamat yang anda ingin capai. Kenyataan Misi Jika anda mempunyai kenyataan misi, masukkannya di sini. Masukkan juga sebarang poin penting mengenai perniagaan anda yang tidak diliputi dalam ringkasan eksekutif. 0 20000 40000 60000 80000 100000 120000 2011 2012 2013 2014 Gambaran Keseluruhan Kewangan Jualan Untung Bersih Perbelanjaan
  • 4. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 3 Kunci Kejayaan Terangkan faktor-faktor membezakan atau unik yang akan membantu rancangan perniagaan anda untuk berjaya. Penerangan Perniagaan Berikan penerangan yang positif, ringkas dan padat serta berasaskan fakta mengenai perniagaan anda. apa yang ia lakukan, dan apa yang akan menjadikannya unik, memberi persaingan dan berjaya. Terangkan ciri-ciri khusus yang akan akan menjadikan perniagaan anda menarik kepada pelanggan yang berpotensi serta kenal pasti matlamat dan tujuan utama syarikat anda. Pemilikan Syarikat/Entiti Undang-Undang Tentukan sama anda perniagaan anda adalah milikan tunggal, perbadanan(jenis) atau perkongsian. Jika wajar, takrifkan jenis perniagaan (seperti pembuatan, pembarangan atau perkhidmatan). Jika lesen atau permit diperlukan, terangkan syarat-syarat untuk mendapatkannya dan di mana anda berada dalam proses ini. Jika anda masih belum menyatakan sama ada ini adalah perniagaan bebas, pengambilalihan, francais atau pengembangan perniagaan terdahulu, masukkannya di sini. Lokasi Ingatlah bahawa lokasi adalah sangat penting pada sesetengah jenis perniagaan dan kurang penting untuk yang lainnya.  Jika perniagaan anda tidak memerlukan pertimbangan khusus mengenai lokasi, itu mungkin suatu kelebihan dan anda sememangnya patut menyatakannya di sini.  Jika anda telah memilih lokasi anda, terangkan sorotannya—anda boleh menggunakan beberapa faktor yang digariskan dalam bulet berikut sebagai panduan atau faktor lain yang merupakan pertimbangan penting untuk perniagaan anda.  Jika anda masih belum mempunyai lokasi, terangkan kriteria utama untuk menentukan lokasi yang sesuai untuk perniagaan anda. Pertimbangkan contoh berikut (ambil perhatian bahawa ini bukanlah senarai menyeluruh dan anda mungkin mempunyai pertimbangan lain Apa jenis kawasan yang anda cari dan di mana? Adakah sesuatu kawasan tertentu yang sangat diingini dari segi pemasaran? Adakah anda perlu mempunyai lokasi di tingkat bawah? Jika begitu, adakah lokasi anda perlu mudah dicapai pengangkutan awam? Jika anda mempertimbangkan tapak khusus atau membandingkan tapak, faktor berikut mungkin penting: Bagaimana dengan aliran trafik/capaian? Adakah kemudahan meletak kereta mencukupi? Adakah pencahayaan jalan mencukupi? Adakah ia berhampiran perniagaan atau tempat-tempat yang mungkin membantu menarik pelanggan yang anda cari? Jika ia mempunyai ruang pameran depan, adakah ia menarik perhatian atau apa yang perlu dilakukan untuk ia menarik jenis perhatian yang anda perlukan? Jika papan tanda sesuai untuk perniagaan anda: Adakah ordinan tempatan mengenai papan
  • 5. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 4 tanda yang mungkin memberi kesan kepada anda? Apakah jenis papan tanda yang paling sesuai dengan keperluan anda? Sudahkah anda memasukkan kos papan tanda dalam angka permulaan anda? Dalaman Untuk sesetengah perniagaan, ruang dalaman tapak perniagaan adalah sama penting seperti lokasinya. Jika perniagaan anda begitu, terangkan apa yang membuatkan ruang dalaman anda berjaya. Bagaimanakah anda menghitung ruang yang anda perlukan? Sudahkah anda melakukan perancangan awal untuk memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya ruangan anda, seperti aturan susunan? Adakah terdapat sebarang keperluan/pengubahsuaian pada ruang yang anda perlu bina atau pasang? Adakah anda perlukan keizinan pemilik atau kezinan lain untuk berbuat begitu? Jika berkenaan, bagaimanakah anda akan memaparkan produk? Adakah tataletak mempunyai aliran/ciri-ciri yang menyumbang pada suasana dan/atau membantu meningkatkan jualan? Terangkan sebarang ciri khusus ruang dalaman perniagaan anda yang anda rasa memberikan kelebihan persaingan berbanding perniagaan yang serupa. Waktu operasi Jelas dengan sendirinya, tetapi penting untuk perniagaan seperti kedai jualan atau usaha niaga bermusim. Produk dan Perkhidmatan Terangkan produk atau perkhidmatan anda dan mengapa terdapat permintaan untuknya. Apakah potensi pasaran? Bagaimana ia memberi manfaat kepada pelanggan? Bagaimana pula produk atau perkhidmatan anda memberikan anda kelebihan dalam persaingan? Jika anda menjual beberapa jenis produk atau perkhidmatan, terangkan apa yang disertakan. Mengapa anda memilih imbangan tawaran ini? Bagaimana anda melaraskan imbangan ini untuk memberi respons kepada permintaan pasaran? Untuk perniagaan berasaskan produk, adakah anda memiliki atau memerlukan kawalan inventori? Adakah anda perlu mempertimbangkan “lead time” semasa memesan semula sebarang item? Adakah anda memerlukan sistem audit atau keselamatan untuk melindungi inventori? Nota:  Jika produk dan/atau perkhidmatan anda lebih penting daripada lokasi anda, alihkan topik ini ke sebelum lokasi dan waktu perniagaan.  Jika anda hanya menyediakan produk sahaja atau perkhidmatan sahaja, padamkan bahagian yang sesuai pada tajuk ini.
  • 6. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 5 Pembekal Jika maklumat mengenai pembekal anda—termasuk persetujuan kewangan anda dengan mereka— memainkan peranan penting dalam perniagaan anda, masukkan maklumat yang berkaitan dalam seksyen ini. Perkhidmatan Sama ada perniagaan anda adalah produk ataupun perkhidmatan, gunakan seksyen ini untuk menyatakan peringkat dan kaedah perkhidmatan yang anda sediakan kepada pelanggan, sebelum, semasa dan selepas jualan. Bagaimana anda menjadikan perkhidmatan(perkhidmatan-perkhidmatan) anda menyerlah berbanding pesaing? Perkilangan Adakah perkhidmatan anda mengeluarkan sebarang produk? Jika begitu, terangkan mengenai fasiliti dan sebarang mesin atau peralatan khusus anda. Tanpa mendedahkan sebarang maklumat propetiari, terangkan prosedur pengeluaran. Jika belum diliputi dalam seksyen Produk dan Perkhidmatan, terangkan bagaimana anda akan menjual produk yang anda keluarkan—Terus kepada orang ramai? Melalui pemborong atau pengedar? Lain- lain? Bagaimana anda akan mengangkut produk anda ke pasaran? Pengurusan Bagaimana latar belakang atau pengalaman anda membantu anda menjayakan perniagaan ini? Seaktif manakah anda dan apakah bidang pengurusan yang anda akan wakilkan kepada individu lain? Terangkan mana-mana individu lain yang akan/sedang menguruskan perniagaan anda, termasuk yang berikut:  Apakah kelayakan dan latar belakang mereka? (Resume boleh disertakan dalam Lampiran.)  Apakah kekuatan atau bidang kepakaran mereka yang menyokong kejayaan perniagaan anda?  Apakah tanggungjawab mereka dan adakah ia ditakrifkan dengan jelas (penitng dalam perjanjian perkongsian)?  Apakah kemahiran yang kurang pada pasukan pengurusan anda yang mesti dibekalkan oleh sumber luar atau dengan pengambilan tambahan? Jika perniagaan anda mempunyai pekerja, terangkan mengenai rantaian perintah. Apakah latihan dan sokongan (seperti buku panduan dasar syarikat) yang anda akan sediakan kepada pekerja? Adakah anda menyediakan sebarang insentif kepada pekerja yang akan meningkatkan pertumbuhan syarikat anda? Jika perniagaan anda adalah francais, apakah jenis bantuan yang anda jangkakan dan untuk berapa lama? Masukkan maklumat mengenai prosedur operasi dan panduan berkaitan yang disediakan untuk anda oleh franchisor.
  • 7. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 6 Pengurusan Kewangan Semasa anda menulis seksyen ini, pertimbangkan bahawa cara kewangan syarikat diuruskan boleh memberi perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Berdasarkan produk atau perkhidmatan tertentu yang anda ingin tawarkan, jelaskan bagaimana anda akan menjadikan perniagaan anda untung serta dalam tempohnya. Adakah perniagaan anda memberikan anda aliran tunai yang baik atau adakah anda perlu bimbang mengenai Akaun Belum Terima yang besar dan kemungkinan hutang atau pungutan yang teruk? Butiran penuh kos permulaan dan operasi anda patut dimasukkan dalam Lampiran. Walau bagaimanapun, anda boleh merujuk kepada jadual, carta atau nombor halaman yang bersesuaian semasa anda memberi rumusan ringkas yang mengambil kira keperluan persediaan dan bajet operasi anda.  Keperluan persediaan patut memasukkan sebarang pembelian satu kali, seperti bekalan atau peralatan utama, pembayaran pendahuluan atau deposit, begitu juga dengan yuran perundangan dan profesional, lesen/permit, insurans. pengubahsuaian/reka bentuk/hiasan lokasi anda, kos kakitangan sebelum pembukaan; pengiklanan atau promosi  Setelah anda bersedia membuka perniagaan anda, anda akan memerlukan bajet operasi untuk membantu mengutamakan perbelanjaan. Ia patut menyertakan wang yang anda perlukan untuk bertahan dalam tiga hingga enam bulan pertama operasi dan tentukan bagaimana anda ingin mengawal kewangan syarikat anda. Masukkan perbelanjaan berikut: sewa, kemudahan, insurans, senarai gaji(termasuk cukai), pembayaran hutang, bekalan pejabat, perjalanan dan hiburan, perundangan dan perakaunan, pengiklanan dan promosi, pembaikan dan penyelenggaraan, susut nilai dan sebarang kategori yang khusus pada perniagaan anda. Anda juga boleh memasukkan maklumat (atau rujukan silang mengenai seksyen lain rancangan perniagaan ini jika telah diliputi di tempat lain) mengenai jenis akaun dan sistem kawalan inventori yang anda gunakan, ingin gunakan atau di mana sesuai, apa yang franchaisor jangka anda akan gunakan. Permulaan/Ringkasan Perolehan Ringkaskan butiran utama mengenai permulaan atau perolehan perniagaan anda. (Jika ini tidak berkaitan dengan perniagaan anda, padamkan. Seperti mana dinyatakan dalam seksyen sebelum ini, masukkan jadual persediaan atau kos perolehan dalam Lampiran. Pemasaran Keberkesanan anda memasarkan perniagaan anda boleh memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalannya. Adalah penting untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai pelanggan berpotensi anda—siapa mereka, apa yang mereka mahukan (dan tidak mahu) serta kemungkinan jangkaan mereka.
  • 8. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 7 Analisis Pasaran Apakah pasaran sasaran anda? (Siapa yang paling mungkin membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda?) Apakah demografinya? Apakah saiz asas pelanggan berpotensi anda? Di manakah mereka? Bagaimanakah anda akan memberitahu mereka siapa dan di mana anda serta apa yang anda tawarkan? Jika anda percaya anda memiliki sesuatu yang baru, inovatif atau tidak biasanya tersedia: Bagaimanakah anda tahu terdapat pasaran untuknya—sehingga orang ramai sangggup membayar untuk apa yang anda tawarkan? Pertimbangkan pasaran yang anda cuba capai: Adakah ia membesar, mengecut atau statik? Apakah peratus pasaran yang anda fikir anda mampu capai? Bagaimanakah anda mampu mengembangkan bahagian pasaran anda? Nota: Anda mungkin memasukkan carta, seperti yang berikut, untuk mendemonstrasikan poin utama mengenai sekilas pandang potensi pasaran anda. Pemetakan Pasaran Adakah pasaran sasaran anda bersegmen? Adakah terdapat peringkat berbeza dalam jenis perniagaan yang sama, di mana setiap satunya menawarkan perbezaan dalam kualiti, harga atau kepelbagaian produk? Adakah segmen pasaran ini dikawal oleh kawasan geografi, barisan keluaran, harga atau kriteria lain? Dalam segmen pasaran manakah letaknya perniagaan utama anda? Apakah peratus jumlah pasaran dalam segmen ini? Apakah peratus yang akan perniagaan anda capai dalam segmen ini? Nota: Carta pai adalah cara yang baik untuk mendemonstrasikan hubungan satu kepada semua, seperti peratus pasaran sasaran yang jatuh dalam setiap segmen utama. Untuk mengubah bentuk label data, klik kanan pada label dan kemudian klik Ubah Bentuk Label Data. 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 2008 2012 2016 %pertumbuhanberbandingsebelumnya tempoh Pertumbuhan Pasaran Tempatan Pelanggan Berpotensi Rumah Baru Perniagaan Baru
  • 9. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 8 Persaingan Siapa lagi yang melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan? Terangkan dengan ringkas beberapa pesaing terdekat serta terbesar anda. Apakah peratus pasaran yang dicapai setiap satunya? Apakah kekuatan dan kelemahan mereka? Apa yang boleh anda pelajari daripada cara mereka menjalankan perniagaan, dari harga, pengiklanan dan pendekatan pasaran mereka? Bagaimana anda menjangka untuk bersaing? Bagaimanakah anda berharap untuk melakukan yang lebih baik? Apakah persaingan secara tidak langsung yang anda akan hadapi, seperti jualan internet, gedung membeli-belah atau import antarabangsa? Bagaimana akan akan bersaing dengan teknologi dan perubahan aliran yang mungkin menjejaskan perniagaan anda di masa hadapan? Penentuan Harga Bagaimanakah anda membangunkan dasar penentuan harga anda? Manakah antara strategi penentuan harga berikut yang mungkin paling sesuai dengan perniagaan anda? Kos jualan dan harga, kedudukan pesaingan, harga di bawah pesaing, harga di atas pesaing, berbilang harga, lapisan harga, harga berdasarkan kos ditambah keuntungan atau yang lainnya? Apakah dasar penentuan harga pesaing anda dan bagaimana jika dibandingkan dengan anda? Adakah harga anda selaras dengan purata industri? Bagaimanakah anda memantau harga dan kos overhed untuk memastikan perniagaan anda akan beroperasi dengan keuntungan? Bagaimanakah anda merancang untuk kekal bersaing dengan perubahan pasaran, untuk memastikan jidar keuntungan anda tidak begitu terjejas oleh inovasi baru atau persaingan? Pengiklanan dan Promosi Bagaimanakah anda ingin mengiklankan perniagaan anda? Elit 25% Purata 55% Diskaun 20% Segmen Pasaran
  • 10. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 9 Mana antara opsyen pengiklanan dan promosi berikut yang menawarkan anda peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda dengan jayanya? Perkhidmatan direktori, laman web rangkaian sosial, media (akhbar, majalah, televisyen, radio), mel langsung, penjualan melalui telefon, seminar dan acara lain, pengiklanan bersama syarikat lain, wakil jualan, berita mulut ke mulut, yang lainnya? Bagaimanakah anda menentukan bajet pengiklanan anda? Bagaimanakah anda menjejak hasil usaha pengiklanan dan promosi anda? Adakah anda akan mengiklan secara kerap atau adakah anda akan menjalankan kempen bermusim? Bagaimanakah produk anda akan dibungkus? Sudahkah anda melakukan kajian untuk melihat jenis pembungkusan yang paling menarik untuk pelanggan anda? Sudahkah anda menjalankan analisis kos pada bentuk-bentuk pembungkusan yang berbeza? Strategi dan Pelaksanaan Setelah anda menerangkan elemen penting perniagaan anda, anda mungkin ingin meringkaskan strategi anda untuk pelaksanaannya. Jika perniagaan anda baru, utamakan langkah yang mesti anda ambil untuk membuka pintu anda kepada perniagaan. Terangkah objektif anda dan cara anda ingin mencapainya dan dalam parameter masa yang bagaimana. Perancangan adalah salah satu bahagian paling penting tetapi paling kerap terlepas pandang pada rancangan perniagaan anda untuk memastikan anda berada dalam kawalan (sebanyak mungkin) mengenai acara dan arah pergerakan perniagaan anda. Apakah kaedah perancangan yang anda akan gunakan?
  • 11. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 10 Lampiran Perbelanjaan Permulaan Lesen Perniagaan Perbelanjaan Penubuhan Deposit Akaun Bank Sewa Pengubahsuaian Dalaman Peralatan/Mesin Diperlukan: Item 1 Item 2 Item 3 Jumlah Peralatan/Mesin Insurans Alat Tulis/Kad Perniagaan Brosur Pengiklanan Prapembukaan Inventori Pembukaan Lain-Lain (senarai): Item 1 Item 2 JUMLAH PERBELANJAAN PERMULAAN
  • 12. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 11 Menentukan Modal Permulaan 1. Mulakan dengan mengisi angka untuk pelbagai jenis perbelanjaan dalam jadual aliran wang pada halaman berikut. 2. Mulakan bulan pertama dalam jadual berikut dengan tunai permulaan sebanyak $0 dan satukan perbelanjaan “wang keluar” dari jadual aliran tunai anda di bawah tiga tajuk utama sewa, senarai gaji dan lain-lain (termasuk jumlah kos permulaan yang belum dibayar dalam “lain-lain” dalam bulan 1). 3. Teruskan unjuran bulanan dalam jadual yang berikutnya sehingga baki akhir sentiasa positif. 4. Cari baki negatif terbesar—ini adalah jumlah yang diperlukan untuk modal permulaan supaya perniagaan bertahan sehingga titik modal apabila semua perbelanjaan akan diliputi oleh pendapatan. 5. Teruskan dengan memasukkan jumlah modah permulaan yang diperlukan ke dalam jadual aliran tunai sebagai tunai permulaan untuk Bulan 1. Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6 Bulan 7 Bulan 8 Tunai Permulaan RM0.00 Tunai Masuk: Jualan Tunai Dibayar Belum terima Jumlah Tunai Masuk Tunai Keluar: Sewa Senarai Gaji Lain Jumlah Tunai Keluar Baki Akhir PERUBAHAN (ALIRAN TUNAI)
  • 13. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 12 Aliran Tunai Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6 Bulan 7 Bulan 8 Bulan 9 Bulan 10 Bulan 11 Bulan 12 Tunai Permulaan Tunai Masuk: Jualan Tunai Belum terima Jumlah Pengambilan Wang Tunai Keluar (perbelanjaan): Sewa Kemudahan Senarai Gaji (termasuk cukai) Manfaat Bayaran Pinjaman Pelancongan Insurans Pengiklanan Bayaran profesional Bekalan pejabat Bayaran Pos Telefon Internet Bayaran Bank Jumlah Tunai Keluar BAKI AKHIR
  • 14. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 13 Kenyataan Unjuran Pendapatan Kenyataan Unjuran Pendapatan adalah satu lagi alat pengurusan untuk pratonton jumlah pendapatan yang dijana setiap bulan berdasarkan ramalan munasabah aras jualan dan kos/perbelanjaan bulanan.Oleh sebab unjuran bulanan dibangunkan dan dimasukkan, angka ini berfungsi sebagai matlamat untuk mengawal perbelanjaan operasi. Apabila hasil sebenar muncul, perbandingan dengan jumlah ramalan sepatutnya memberi amaran jika kos melampau jadi langkah-langkah boleh diambil untuk membetulkan masalah. Nombor Peratus Industri (Ind. %) dihitung dengan menggandakan kos/perbelanjaan sebanyak 100% dan membahagikan hasilnya mengikut jumlah jualan bersih. Ia menunjukkan jumlah jualan yang standard untuk sesuatu industri. Anda mungkin boleh mendapatkan maklumat ini daripada persatuan perdagangan, akauntan, bank atau pustaka rujukan. Angka industri adalah penanda berguna untuk membandingkan kos/perbelanjaan perniagaan anda. Bandingkan peratus tahunan anda dengan angka yang dinyatakan dalam lajur peratus industri. Berikut adalah penjelasan untuk beberapa istilah yang digunakan dalam jadual yang berikut: Jumlah Jualan Bersih (Pulangan): Angka ini adalah janggan jualan setiap bulan anda. Bersikaplah realistik semaksimum mungkin, dengan mengambil kira aliran bermusim, pulangan elaun dan turunan harga. Kos Jualan: Untuk menjadi realistik, angka ini mestilah memasukkan semua kos yang terlibat dalam membuat jualan. Contohnya apabila berkaitan dengan inventori, masukkan kos pengangkutan dan penghantaran. Sebarang kos buruh langsung juga perlu dimasukkan. Untung Kasar: Tolak kos jualan daripada jumlah bersih jualan. Margin Untung Kasar Ini dihitung dengan membahagikan untung kasar dengan jumlah bersih jualan. Perbelanjaan Boleh Kawal: Gaji (asas termasuk kerja lebih masa), perbelanjaan senarai gaji (termasuk cuti berbayar, cuti sakit, insurans kesihatan, insurans pengangguran dan cukai keselamatan sosial), kos perkhidmatan luar (termasuk subkontrak, limpahan kerja dan perkhidmatan satu kali khusus), bekalan (termasuk semua item dan perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan perniagaan), kemudahan (air, haba, lampu, pengumpulan sampah, dll.), pembaikan dan penyelenggaraan (termasuk kedua-dua perbelanjaan tetap dan berkala, seperti cat), pengiklanan, perjalanan dan auto (termasuk penggunaan kereta peribadi untuk perniagaan, letak kereta dan perjalanan perniagaan), perakaunan dan perundangan (kos perkhidmatan profesional luar). Perbelanjaan Tetap: Sewa (hanya untuk hartanah yang digunakan dalam perniagaan), susut nilai (pelunasan aset modal), insurans (kebakaran, liabiliti pada harta atau produk, pampasan pekerja, kecurian, dll.), pembayaran semula pinjaman (termasuk faedah dan bayaran pokok pada pinjaman belum bayar untuk perniagaan),lain-lain (tidak ditentukan, perbelanjaan kecil yang tidak dimasukkan dalam akaun atau tajuk lain). Untung/Rugi Bersih (Sebelum Cukai): Tolak jumlah perbelanjaan daripada untung kasar. Cukai: Inventori, jualan, eksais, hartanah, persekutuan, negeri, dll. Untung/Rugi Besih (Selepas Cukai): Tolak cukai daripada untung bersih sebelum cukai. Jumlah Tahunan: Tambah semua angka bulanan merentasi jadual untuk setiap item jualan dan perbelanjaan. Peratus Tahunan: Gandakan jumlah tahunan sebanyak 100% dan bahagikan hasilnya dengan jumlah angka jualan bersih. Bandingkan dengan peratus industri dalam lajur pertama.
  • 15. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 14 Ind. % Jan. Feb. Mac. Apr. Mei Jun. Jul. Ogos Sep. Okt. Nov. Dis. Jumlah Tahunan % Tahunan Jang. Jualan Bersih Kos Jualan Untung Kasar Perbelanjaan Boleh Kawal: Gaji/Upah Perbelanjaan Senarai Gaji Perundangan/Perakaunan Pengiklanan Pelancongan/Auto Hutang/Ganti Kemudahan Dll. Jum Belanja Boleh Kawal Perbelanjaan Tetap: Sewa Susut Nilai Insurans Permit/Lesen Bayaran Pinjaman Dll. Jumlah Perbelanjaan Tetap Jumlah Perbelanjaan Untung/Rugi Bersih Sebelum Cukai Cukai UNTUNG/ RUGI BERSIH SELEPAS CUKAI
  • 16. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 15 Penyata Untung dan Rugi Jadual ini secara asasnya mengandungi maklumat asas yang sama seperti kenyataan unjuran pendapatan. Perniagaan yang sudah wujud menggunakan borang kenyataan ini untuk memberi perbandingan dari satu tempoh kepada tempoh lain. Kebanyakan pemberi hutang mungkin memerlukan kenyataan untung dan rugi untuk tiga tahun operasi yang sebelumnya. Daripada membandingkan pendapatan dan perbelanjaan dengan purata industri, borang kenyataan untung dan rugi ini membandingkan setiap item pendapatan dan perbelanjaan dengan jumlah yang diperuntukkan untuknya. Kebanyakan sistem perakaunan berkomputer boleh menjana kenyataan untung dan rungi untuk tempoh yang diperlukan, dengan atau tanpa perbandingan bajet. Untung dan Rugi, Bajetmln Sebenar: ([Bulan Permulaan, Tahun]—[Bulan Tamat, Tahun]) [Bulan Permulaan, Tahun]—[Bulan Tamat, Tahun] Bajet Jumlah Melebihi Bajet Pendapatan: Jualan Lain Jumlah Pendapatan Perbelanjaan: Gaji/Upah Perbelanjaan Senarai Gaji Perundangan/Perakaunan Pengiklanan Pelancongan/Auto Hutang/Ganti Kemudahan Sewa Susut Nilai Permit/Lesen Bayaran Semula Pinjaman Dll. Jumlah Perbelanjaan UNTUNG/RUGI BERSIH
  • 17. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 16 Kunci Kira-Kira Berikut adalah garis panduan mengenai apa untuk dimasukkan dalam kunci kira-kira: (Untuk digunakan dalam perniagaan yang sudah wujud) Aset: Apa saja barang bernilai yang dimiliki atau layak mengikut undang-undang disebabkan perniagaan. Jumlah aset termasuk semua nilai bersih; jumlah yang terhasil dengan menolak susut nilai dan pelunasan daripada kos asal semasa aset tersebut mula-mula diperolehi. Aset Semasa: Tunai—Wang di dalam bank atau sumber-sumber yang boleh ditukar kepada tunai dalam 12 bulan dari tarikh kunci kira-kira. Tunai Runcit—Dana tunai untuk perbelanjaan kecil dan pelbagai. Akaun Belum Terima—Jumlah patut diterima daripada klien untuk barangan atau perkhidmatan. Inventori—Bahan mentah di tangan, kerja dalam pelaksaan dan semua barangan siap (sama anda dikeluarkan atau dibeli untuk dijual semula). Pelaburan Jangka Pendek—Faedah atau pegangan yang menghasilkan dividen yang dijangka akan ditukarkan kepada tunai dalam masa setahun; stok, bon, sijil atau simpanan dan akaun simpanan deposit masa. Ini patut ditunjukkan dengan sama ada kosnya atau nilai semasa pasaran, yang mana lebih kecil. Pelaburan jangka pendek juga boleh dipanggil “pelaburan sementara” atau “sekuriti boleh pasar.” Perbelanjaan Prabayar—Barangan, manfaat atau perkhidmatan yang dibayar atau disewa lebih awal oleh perniagaan, seperti bekalan pejabat, insurans atau ruang kerja. Pelaburan Jangka Panjang—Pegangan yang ingin dikekalkan perniagaan selama sekurang-kurangnya satu tahun. Juga dikenali sebagai aset jangka panjang, ini biasanya faedah atau stok yang memberi dividen, bon atau akaun simpanan. Aset Tetap—Istilah ini termasuk semua sumber yang dimiliki atau diperolehi sesuatu perniagaan yang tidak dimaksudkan untuk jualan semula. Ia mungkin disewa dan bukannya dimiliki, bergantung pada aturan sewaan, ia mungkin perlu dimasukkan sebagai aset untuk nilainya dan sebagai liabiliti. Aset tetap termasuk tanah (harga pembelian asal sepatutnya disenaraikan, tanpa elaun untuk nilai pasaran), bangunan, penambahbaikan, peralatan, perabot, kenderaan. Liabiliti Semasa: Liabiliti Semasa: Termasuk semua hutang, tanggungjawab kewangan dan tuntutan yang mesti dibayar dalam 12 bulan. Akaun belum bayar—Jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli untuk perniagaan. Nota Belum Bayar—Baki pokok dalam hutang jangka pendek, dana yang dipinjam untuk perniagaan. Juga termasuk jumlah semasa yang perlu dibayar pada nota yang termanya melebihi 12 bulan. Faedah Belum Bayar—Jumlah terakru perlu dibayar pada kedua-dua modal pinjaman jangka pendak dan banyak serta kredit yang dilanjutkan pada perniagaan. Cukai Belum Bayar—Jumlah tertanggung semasa tempoh akaun yang diliputi kunci kira-kira. Akruan Senarai Gaji—Gaji dan upah yang terhutang semasa tempoh yang diliputi kunci kira-kira. Liabliti Jangka Panjang—Nota, bayaran kontrak atau bayaran gadai janji perlu dibayar dalam tempoh melebihi 12 bulan. Ini sepatutnya disenaraikan mengikut baki belum lunas yang kurang daripada kedudukan perlu bayar semasa. Nilai Bersih—Juga dipanggil ekuiti pemilik. Ini adalah jumlah tuntutan pemilik (atau pemilik-pemilik) pada aset peniagaan. Dalam kempunyaan atau perkongsian, ekuiti ini adalah pelaburan asal setiap pemilik termasuk sebarang perolehan selepas pengeluaran. Kebanyakan sistem perakaunan berkomputer boleh menjana kunci kira-kira untuk tempoh yang diperlukan.
  • 18. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 17 Nota: Jumlah aset akan sentiasa sama dengan jumlah liabiliti ditambah dengan jumlah nilai bersih. Angka akhir untuk jumlah aset dan jumlah liabiliti akan sentiasa sama. Aset Aset Semasa: Tunai: Tunai Runcit Akaun Yang Akan Diterima Inventori Pelaburan Jangka Pendek Perbelanjaan Prabayar Pelaburan Jangka Panjang Aset Tetap: Tanah Bangunan Peningkatan Peralatan Perabot Automobil/Kenderaa n Aset Lain: Item 1 Item 2 Item 3 Liabiliti Liabiliti Semasa: Akaun Belum Bayar Nota Belum Bayar Faedah Belum Bayar Cukai Belum Bayar: Cukai Pendapatan Persekutuan Cukai Pendapatan Negeri Cukai Kerja Sendiri Cukai Jualan (SBE) Cukai Harta Senarai Gaji Akruan Liabiliti Jangka Panjang Nota Belum Bayar NILAI BERSIH/EKUITI PEMILIK/PEROLEHAN TERTAHAN JUMLAH ASET: JUMLAH LIABILITI: Ramalan Jualan Maklumat ini boleh ditunjukkan dalam bentuk carta atau jadual, sama ada mengikut bulan, suku atau tahun, untuk menggambarkan jangkaan pertumbukan jualan dan kos jualan yang mengiringi . Peristiwa Penting Ini adalah senarai objektif yang mungkin cuba dicapai perniagaan anda, mengikut tarikh mula atau tarikh penyempurnaa dan mengikut bajet. Ia juga boleh dipersembahkan dalam jadual atau carta.
  • 19. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 18 Analisis Pulang Modal Gunakan seksyen ini untuk menilai keberuntungan perniagaan anda. Anda boleh mengukur betapa hampirnya anda mencapai pulangan modal apabila perbelanjaan anda diliputi oleh jumlah jualan dan berada hampir-hampir dengan keberuntungan. Analisis pulang modal boleh memberitahu anda apakah volum jualan yang anda perlukan untuk menjana keuntungan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menetapkan harga. Terdapat tiga cara asas untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda: menjana lebih banyak jualan, menaikkan harga dan/atau mengurangkan kos. Semua ini boleh memberi kesan pada perniagaan anda: jika anda menaikkan harga, anda mungkin tidak lagi berdaya saing; jika anda menjana lebih banyak jualan, anda mungkin memerlukan kakitangan tambahan untuk memberi perkhidmatan pada jualan tersebut yang mungkin meningkatkan kos anda. Merendahkan kos tetap perlu dibayar perniagaan anda setiap bulan akan memberi impak yang lebih besar pada jidar keuntungan berbanding mengubah kos pemboleh ubah. Kos tetap: Sewa, insurans, gaji, dll. Kos pemboleh ubah: Kos anda membeli produk, bekalan, dll. Jidar Caruman Ini aalah kos jualan ditolak kos pemboleh ubah. Ia mengikut dolar yang tersedia untuk membayar kos tetap dan menghasilkan keuntungan. Nisbah Jidar Caruman: Ini adalah amaun jumlah jualan ditolak kos pemboleh ubah, dibahagikan dengan jumlah jualan. Ia mengukur peratus dolar setiap jualan yang akan digunakan untuk membayar kos tetap dan membuat keuntungan. Titik Pulang Modal: Ini adalah amaun di mana jumlah jualan sama dengan jumlah perbelanjaan. Ia mewakili dolar jualan minimum yang anda perlu capai sebelum anda membuat keuntungan. Titik Pulang Modal dalam Unit: Untuk perniagaan yang berkaitan, ini adalah jumlah kos tetap dibahagikan dengan harga jualan unit ditolak dengan kos pemboleh ubah setiap unit. Ia memberitahu anda bilangan unit yang anda perlu jual sebelum anda membuat keuntungan. Titik Pulang Modal dalam Dolar: Ini aalah amaun jumlah kos tetap dibahagikan dengan nisbah jidar caruman. Ia adalah kaedah untuk menghitung dolar jualan minimum untuk dicapai sebelum anda membuat keuntungan. Nota: Jika dolar jualan berada di bawah titik pulang modal, perniagaan anda kehilangan tunai.
  • 20. [TAJUK RANCANGAN PERNIAGAAN]- [PILIH TARIKH] 19 Dokumen Beraneka Untuk menyokong kenyataan yang anda mungkin telah buat dalam rancangan perniagaan anda, anda mungkin perlu memasukkan sebarang atau semua dokumen berikut dalam lampiran anda:  Resume peribadi  Kenyataan kewangan peribadi  Laporan kredit, perniagaan dan peribadi  Salinan pajakan  Surat rujukan  Kontrak  Dokumen undang-undang  Penyata cukai peribadi dan perniagaan  Dokumen beraneka berkaitan  Foto