Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

7,142 views

Published on

Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3.

Published in: Education
1 Comment
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
7,142
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
187
Comments
1
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan

  1. 1. RANCANGAN PERNIAGAAN
  2. 2. RANCANGAN PERNIAGAAN?  Merupakan satu dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa hadapan.  Memperincikan tujuan dan perancangan tentang sesuatu projek atau perniagaan yang akan dijalankan
  3. 3. KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN 1. Menjadi garis panduan  Menerangkan misi, matlamat dan objektif  Memandu untuk mencapai hala tuju yag ditetapkan 2. Mengurangkan kesilapan  Mengurangkan risiko kesilapan  Mengurangkan risiko penyelewengan
  4. 4. 3. Memudahkan kawalan  Mengukur tahap pencapaian organisasi  Mengenal pasti penyelewengan dan mengambil tindakan pembetulan 4. Menilai prestasi  Menilai prestasi aktiviti semasa dan selepas aktiviti  Mengenalpasti maklumat tercapai atau sebaliknya 5. Menggalakkan penggunaan sumber yang cekap  Meminimumkan kos pengeluaran  Memaksimumkan keuntungan  Mengelakkan pembaziran sumber
  5. 5. KEGUNAAN RANCANGAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN a. Menjadi garis panduan untuk mencapai matlamat organisasi  Usahawan boleh menggunakan rancangan perniagaan bagi menjalankan operasi organisasinya dan memacu ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan  Sebarang permasalahan atau penyimpangan dapat dikenalpasti dan tindakan pembetulan segera boleh dilakukan dengan segera
  6. 6. b. Menghuraikan strategi pemasaran produk  Semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan perlu menganalisis persekitaran yang berkaitan dengan pemasaran seperti kekuatan dan kelemahan persaingan, keadaan pasaran dan sebagainya.  Usahawan dapat menggunakan strategi yang disediakan dalam rancangan perniagaan untuk memasarkan prodknya dari aspek promosi, harga, produk dan saluran
  7. 7. c. Menerangkan perancangan kewangan  Rancangan perniagaan akan menggariskan jumlah modal yang diperlukan oleh perniagaan dan menerangkan sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan dan penggunaan dana.  Rancangan perniagaan yang baik dan berkualiti mampu untuk meyakinkan pihak pelabur atau pembiaya untuk memberikan suntikan modal ke dalam perniagaan.
  8. 8. d. Menghuraikan tentang modal insan dalam organisasi Penerangan tentang kepakaran, pengalaman, latar belakang pemilik dan pekerja organisasi hendaklah dinyatakan dalam rancangan perniagaan Dapat memberikan garis panduan kepada usahawan untuk merancang program latihan dan pembangunan untuk pekerjanya pada masa hadapan.
  9. 9. KEGUNAAN RANCANGAN PERNIAGAAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN PIHAK DALAMAN ORGANISASI 1. Pihak pengurusan dan keusahawanan  Boleh menggunakan rancangan perniagaan sebagai suatu garis panduan bagi menentukan hala tuju perniagaan yang dijalankan. 2. Kakitangan dan pekerja  Memerlukan rancangan perniagaan untuk melaksanakan strategi-strategi yang telah dirancang dan melihat prospek masa hadapan organisasi. PIHAK LUARAN ORGANISASI 1. Bakal pelabur  Pelabur merupakan pihak yang menyumbang sebahagian daripada modalnya untuk dilaburkan dalam sesebuah perniagaan 2. Pembekal  Digunakan oleh usahawan untuk menyakinkan pembekal bahawa kedudukan kewangan kukuh.

×