SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
Report Information from ProQuest
25 October 2014 05:07
_______________________________________________________________
25 October 2014 ProQuest
Table of contents
1. Membangun Metodologi Penyelidikan Peribumi.......................................................................................... 1
25 October 2014 ii ProQuest
Document 1 of 1
Membangun Metodologi Penyelidikan Peribumi
Author: Embong, Abdul Rahman
ProQuest document link
Full text: Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri oleh
Zawawi Ibrahim dan NoorShah M.S. (peny.). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development
(SIRD) Centre, 2012, 187 halaman.
Buku yang mengandungi koleksi naratif keterpinggiran kaum Penan di Sarawak ini ditulis menurut kaca mata
dan suara masyarakat Penan sendiri. Buku ini diawali dengan sebuah bab pendahuluan oleh editor, Zawawi
Ibrahim dan NoorShah dan disusuli sebelas buah bab lain oleh penulis kaum Penan sendiri. Kaum Penan
merupakan salah satu kaum peribumi Sarawak masih tinggal di pedalaman dan hutan belantara serta hidup
secara berpindah randah, dan amat sebati dengan alam. Namun kehidupan mereka semenjak beberapa dekad
ini, khususnya semenjak "politik pembangunan" dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak, telah berdepan
dengan apa yang dikatakan "arus pembangunan" menyebabkan mereka begitu resah, bimbang dan kritis
terhadap gerak kuasa yang diterajui kuasa pasaran dengan kolusi pemerintah ini. Buku ini menggambarkan
kegusaran dan kebimbangan itu dalam pelbagai bab di dalamnya.
Dari sudut penyelidikan dalam dunia ilmu hari ini, buku ini membangkitkan beberapa persoalan pokok dari segi
epistemologi, teori dan metodologi yang menentukan hala tuju penyelidikan peribumi hari ini. Antaranya ialah
persoalan bagaimanakah ahli antropologi harus mengkaji kaum peribumi seperti Penan supaya kajian itu dapat
menyingkapkan realiti kehidupan dan pandangan sebenar mereka? Kekuatan buku ini ialah ia dapat
memberikan jawapan yang jitu terhadap persoalan ini. Zawawi dan NoorShah merujuk kepada buku
Decolonizing Methodologies: Research and Indigenous Peoples oleh Linda Tuhiwal Smith, seorang pelopor
agenda projek penyelidikan peribumi berbangsa Maori sebagai titik tolak mereka. Dalam bukunya, Smith
berusaha membangunkan satu metodologi peribumi dalam penyelidikan dan menyatakan bahawa penyelidikan
yang dilakukan selama ini menyumbang kepada produksi ilmu Barat, dari segi sifat pengkaryaan ilmiah serta
dalam menghasilkan teori yang dehumanize kaum Maori. Pendekatan sedemikian, menurut Smith,
mengistimewakan cara membangunkan ilmu oleh Barat serta menafikan kesahan cara peribumi Maori
membangunkan ilmu, bahasa dan budaya mereka (Smith, 1999: 183).
Dalam semangat Linda Tuhiwal Smith, buku suntingan Zawawi dan NoorShah mengkritik pendekatan
antropologi tradisional yang menjadikan kaum peribumi sebagai objek, sebagai the Other, yakni sebagai pihak
lain. Sebaliknya, buku ini menjadikan kaum peribumi Penan sebagai subjek, yang turut bersama- sama ahli
antropologi menjadi penyelidik dan penulis, menuangkan pengalaman dan pandangan kaum mereka mengenai
kehidupan, pembangunan dan alam sekitar ke dalam pelbagai bab buku ini. Menurut Zawawi dan NoorShah,
inilah etnografi pascamoden di mana suara peribumi yang dahulunya merupakan the Other kini muncul sebagai
subjek dengan suara mereka sendiri. Cara buku ini menjungkirbalikkan metodologi antropologi tradisional dan
membangunkan kerangka metodologi peribumi dalam kajian antropologi pada zaman kontemporer amat
menarik dan mempunyai makna penting bagi pembangunan dan kemajuan ilmu sosial pada zaman kini di
Malaysia.
Daripada buku ini kita mendapat gambaran bahawa isu utama yang dihadapi kaum peribumi kini ialah
perluasan kapitalisme dengan sistem pasaran bebas serta kolusi pemerintah dengannya. Bagaimanakah kita
memandang gerak kuasa yang berkembang di mana-mana sehingga ke pedalaman dan hutan belantara ini?
Daripada perspektif kajian peribumi, dalam konteks Sarawak, perluasan kapitalisme dan pasaran bebas
mendobrak sistem masyarakat lama bagi mengejar keuntungan di mana-mana dan pemerintah bersekongkol
dengannya, bahkan turut mengungkapkan mantra pasaran itu sendiri atas nama pembangunan. Hal ini ternyata
25 October 2014 Page 1 of 4 ProQuest
daripada tindakan pemerintah yang menganjurkan agenda pembangunan serta ideologi developmentalism
dalam kerangka modenisasi, yakni untuk maju, kaum peribumi mesti menerima program dan strategi
perubahan yang ditetapkan oleh pemerintah dan pasaran. Inilah kononnya misi "mentamadunkan masyarakat
pinggiran" atau civilising the margin seperti yang diungkapkan dalam buku ini. Atas nama pembangunan, hutan
rimba diceroboh, kayu kayannya ditebang dan dibawa keluar secara rakus untuk "memakmurkan ekonomi."
Namun demikian, mereka masih menafikan bahawa kerosakan yang mereka bawa atas nama pembangunan
itu memberi kesan kepada kampung halaman dan tempat mata pencarian kaum peribumi itu sendiri. Jelas
sekali pendekatan sebegini mencetuskan konflik, bahkan bentrokan. Dan tidak hairanlah kaum Penan menolak
pembangunan sebegini, lantas mereka mendirikan blockade atau sekatan untuk membela kehidupan mereka.
Praktis sebegini, yakni mendirikan blockade untuk membela hak dianggap oleh para penyumbang buku ini
sebagai satu "wadah penyertaan politik kaum Penan" yang penting sekali.
Buku ini juga turut membicarakan kaum peribumi sebagai komuniti adat yang menganggap tanah sebagai
segala-galanya bagi kehidupan mereka. Memang benar bagi kaum peribumi, tanah bererti kehidupan, ia bererti
tempat bersemadinya sejarah dan roh nenek moyang, tempat yang menjadi arena mata pencarian serta wadah
bagi terbinanya identiti atau jati diri mereka. Pelbagai ritual dalam adat resam mereka berkembang berdasarkan
hubungan dengan tanah dan hutan rimba. Sebaliknya, pihak luar khususnya kaum pemodal dan juga
pemerintah berlainan sekali perspektifnya; mereka melihat tanah sebagai komoditi, sebagai sesuatu yang boleh
dan akan mendatangkan keuntungan. Hal ini merupakan dua perspektif yang berbeza dan jelas bertentangan.
Perspektif pihak luar jelas mencabar hak kehidupan dan kepemilikan peribumi sedangkan kaum peribumi
berusaha memperjuangkan hak itu. Seperti dinyatakan dalam Bab 11 buku ini yang ditulis oleh Ezra Uda
mengenai perspektif peribumi terhadap hutan rimba dan tanah bahawa sebagai kaum yang nomadik "pemilikan
tanah kaum Penan, secara tradisinya bukanlah pemberian daripada mana-mana pihak berkuasa...Mereka
bukan pendatang baru yang mahu mewujudkan tanah adat di situ; sebaliknya hak adat mereka telah sedia ada
diamalkan sejak sekian lama, cuma undang-undang tidak mengesahkannya" (hlm 111).
Dalam bab yang sama, Ezra cuba menjawab tuduhan yang kaum Penan menolak pembangunan. Menurut
penulis kaum Penan ini, sebenarnya Penan tidak menolak pembangunan. Apa yang menjadi pertikaian ialah
konsep dan makna pembangunan itu. Kaum Penan mahu "pembangunan yang tulen," dan bagi mereka,
pembalakan bukanlah pembangunan. Tegas Ezra lagi, "Bagi masyarakat peribumi seperti kaum Penan,
pembangunan tulen hanya dinikmati apabila mereka masih berkuasa untuk mengawal tanah dan pembangunan
yang dijalankan di atas tanah tersebut. Suara mereka dalam membuat keputusan untuk masa depan harus
diambil kira; pendapat mereka harus mendapat perhatian daripada pihak berkuasa demi menjamin perjalanan
pembangunan yang lancar dan menepati keperluan mereka" (hlm 127). Jelas di sini, daripada perspektif kaum
Penan, mereka mahu sesuatu yang boleh memperkasakan diri dan kaum mereka, mereka mahu pihak lain
menghormati hak dan kepentingan mereka, bukan sebaliknya.
Perspektif sebegini dibangkitkan juga oleh seorang lagi pengarang Penan, Anderias Jimmy Mageri dalam Bab
2. Menurut beliau, "Kalau kita mencintai Sarawak, Malaysia, mengapa kita memusnahkan [hutan]" (hlm 14). Dia
juga menyokong pandangan bahawa kaum Penan "bukan anti-pembangunan tetapi dia berteriak kepada
manusia yang lain di dunia supaya mereka tahu dia ada hak berdiri di dunia ini..." (hlm 22). Menurut beliau lagi
"Kuasa pembangunan atau kemajuan itu menghabisi semua sumber asli yang istimewa di bumi ini" (hlm 23).
Anderias seterusnya menegaskan bahawa "kaum Penan tidak sanggup menerima kemajuan dari
pembangunan pembalak yang memusnahkan kayu, meruntuhkan tanah, mengotori sungai, merosak tempat
binatang hidup, dan membunuh manusia yang masih muda" (hlm 22). Perkembangan-perkembangan yang
memusnahkan kehidupan kaum Penan inilah menyebabkan kaum Penan menjadi skeptis apabila disebut
pembangunan dan kemajuan, dan agenda menjadi masyarakat maju. Sikap skeptis ini disimpulkan oleh
Anderias seperti berikut: "Dunia moden ini penuh dengan penipu yang berilmu tinggi," serta "manusia tamak
[dan] angkuh" (hlm 23).
25 October 2014 Page 2 of 4 ProQuest
Banyak lagi perkara yang dapat dihayati daripada buku ini mengenai perspektif peribumi terhadap
pembangunan yang boleh dimanfaatkan dalam pembinaan teori dan metodologi peribumi bagi projek
penyelidikan seperti ini. Secara keseluruhannya, nilai buku ini boleh dilihat daripada apresiasi Professor Hans-
Dieter Evers, seorang tokoh sosiologi antarabangsa yang tersohor, yang dinyatakan pada kulit belakang buku,
bahawa ini adalah "sebuah buku yang amat luar biasa dan menakjubkan, diperkenalkan dengan penuh
berhemah oleh editornya, disusuli dengan suara asli pengarang kaum Penan."
Saya berpendapat naratif yang dikemukakan dalam buku ini selain merupakan satu sumbangan penting
kepada ilmu antropologi, juga merupakan satu sumbangan bernilai kepada khazanah ilmu sejarah rakyat, iaitu
satu perspektif sejarah yang sedang dikembangkan dan berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Perspektif ini menegaskan bahawa sejarah bukanlah hanya naratif dominan sang penguasa, tetapi ia naratif
rakyat itu sendiri termasuk mereka di pinggiran, yang mengukirnya dengan segala penderitaan dan
perjuangannya. Sekiranya ada sesuatu yang perlu ditambah kepada buku ini ialah ketiadaan bahagian yang
memberikan overview tentang masyarakat Penan di Sarawak dari segi sejarah dan demografinya. Misalnya,
buku ini boleh mengemukakan maklumat asas jumlah kaum Penan dan kedudukan mereka dalam kalangan
keseluruhan kaum peribumi di Sarawak yang pelbagai itu. Dengan berbuat demikian pembaca akan dapat lebih
memahami bahawa kaum Penan adalah golongan minoriti peribumi, antara kaum yang paling terpinggir di
Sarawak khususnya dan Malaysia umumnya. Walau apapun, kehadiran buku ini patut dialu-alukan dan
dijadikan bahan rujukan bukan sahaja penyelidik, pelajar dan masyarakat umum tetapi juga pembuat dan
pelaksana dasar serta badan- badan yang memperjuangkan kepentingan kaum peribumi.
References
RUJUKAN
Smith, L. T. 1999. Decolonizing methodologies: Research and indigenous peoples. London: Zed Books.
AuthorAffiliation
Abdul Rahman Embong
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia
rahmanhe@ukm.my
Publication title: Kajian Malaysia
Volume: 31
Issue: 1
Pages: 97-100
Number of pages: 4
Publication year: 2013
Publication date: 2013
Year: 2013
Section: ULASAN BUKU/BOOK REVIEW
Publisher: Universiti Sains Malaysia Press
Place of publication: Pinang
Country of publication: Malaysia
Publication subject: History--History Of Asia, Sociology
ISSN: 01274082
25 October 2014 Page 3 of 4 ProQuest
Source type: Scholarly Journals
Language of publication: Malayalam
Document type: General Information
ProQuest document ID: 1507286939
Document URL: http://search.proquest.com/docview/1507286939?accountid=25704
Copyright: Copyright Universiti Sains Malaysia Press 2013
Last updated: 2014-03-22
Database: ProQuest Sociology,ProQuest Social Science Journals
_______________________________________________________________
Contact ProQuest
Copyright © 2014 ProQuest LLC. All rights reserved. - Terms and Conditions
25 October 2014 Page 4 of 4 ProQuest

More Related Content

Viewers also liked

Future of Community-Based Learning
Future of Community-Based LearningFuture of Community-Based Learning
Future of Community-Based LearningAna Villar
 
CV Ivan Sofyan_Oct 2016
CV Ivan Sofyan_Oct 2016CV Ivan Sofyan_Oct 2016
CV Ivan Sofyan_Oct 2016Ivan Sofyan
 
LT.B Week 3 Goodwill International and Services
LT.B Week 3 Goodwill International and Services LT.B Week 3 Goodwill International and Services
LT.B Week 3 Goodwill International and Services Ana Villar
 
Homecoming Banner design 44 FINAL
Homecoming Banner design 44 FINALHomecoming Banner design 44 FINAL
Homecoming Banner design 44 FINALKelsey Worthington
 
Projecte curs
Projecte cursProjecte curs
Projecte cursAgonz332
 
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset Sales
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset SalesShoaib siddiqui CV For Consumer Asset Sales
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset SalesShoaib Siddiqui
 
jurnal sosiologi Antropologi
jurnal sosiologi Antropologijurnal sosiologi Antropologi
jurnal sosiologi Antropologiifamur
 
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)Jacob Ward
 
IN-8 Presentation
IN-8 PresentationIN-8 Presentation
IN-8 PresentationLeeroy Livy
 
Perintah2 so
Perintah2 soPerintah2 so
Perintah2 soellaazh
 
Pro questdocuments 2014-10-25(3)
Pro questdocuments 2014-10-25(3)Pro questdocuments 2014-10-25(3)
Pro questdocuments 2014-10-25(3)ifamur
 
Vindecarea psi-alexandra-mosneaga
Vindecarea psi-alexandra-mosneagaVindecarea psi-alexandra-mosneaga
Vindecarea psi-alexandra-mosneagagraceland77
 

Viewers also liked (15)

Future of Community-Based Learning
Future of Community-Based LearningFuture of Community-Based Learning
Future of Community-Based Learning
 
CV Ivan Sofyan_Oct 2016
CV Ivan Sofyan_Oct 2016CV Ivan Sofyan_Oct 2016
CV Ivan Sofyan_Oct 2016
 
Certificates
CertificatesCertificates
Certificates
 
IN-8 Wellness
IN-8 WellnessIN-8 Wellness
IN-8 Wellness
 
LT.B Week 3 Goodwill International and Services
LT.B Week 3 Goodwill International and Services LT.B Week 3 Goodwill International and Services
LT.B Week 3 Goodwill International and Services
 
ENGL 2140 Final Paper DONE
ENGL 2140 Final Paper DONEENGL 2140 Final Paper DONE
ENGL 2140 Final Paper DONE
 
Homecoming Banner design 44 FINAL
Homecoming Banner design 44 FINALHomecoming Banner design 44 FINAL
Homecoming Banner design 44 FINAL
 
Projecte curs
Projecte cursProjecte curs
Projecte curs
 
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset Sales
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset SalesShoaib siddiqui CV For Consumer Asset Sales
Shoaib siddiqui CV For Consumer Asset Sales
 
jurnal sosiologi Antropologi
jurnal sosiologi Antropologijurnal sosiologi Antropologi
jurnal sosiologi Antropologi
 
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)
Developing and Maintaining a Serach Engine Friendly Website (2011)
 
IN-8 Presentation
IN-8 PresentationIN-8 Presentation
IN-8 Presentation
 
Perintah2 so
Perintah2 soPerintah2 so
Perintah2 so
 
Pro questdocuments 2014-10-25(3)
Pro questdocuments 2014-10-25(3)Pro questdocuments 2014-10-25(3)
Pro questdocuments 2014-10-25(3)
 
Vindecarea psi-alexandra-mosneaga
Vindecarea psi-alexandra-mosneagaVindecarea psi-alexandra-mosneaga
Vindecarea psi-alexandra-mosneaga
 

Similar to Pro questdocuments 2014-10-25 1

Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docx
Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docxBagi_MODUL_AJAR_RENI.docx
Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docxrenijuliati
 
Antropologi
AntropologiAntropologi
Antropologibudifilo
 
Kebudayaan dan Sistem Bilai Budaya
Kebudayaan dan Sistem Bilai BudayaKebudayaan dan Sistem Bilai Budaya
Kebudayaan dan Sistem Bilai BudayaAdi Suwarno
 
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhgh
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhghDEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhgh
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhghsariasasaputra59
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabaunixfairy
 
Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)nixfairy
 
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...RuslinaFitriani1
 
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digital
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digitalWacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digital
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digitalAksi SETAPAK
 
Antropologi
AntropologiAntropologi
Antropologibudifilo
 
Ppt sosiologi antropologi
Ppt sosiologi antropologiPpt sosiologi antropologi
Ppt sosiologi antropologiDewi_Sejarah
 
Antropologi kesehatan
Antropologi kesehatanAntropologi kesehatan
Antropologi kesehatandenpai
 
Global Village
Global VillageGlobal Village
Global Villagedianaists
 
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakat
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakatpandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakat
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakatLuluk Wulandari Hariyanto
 
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptx
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptxPPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptx
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptxTrieAnanda2
 
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesiaPertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesiaSMA Negeri 9 KERINCI
 

Similar to Pro questdocuments 2014-10-25 1 (20)

Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docx
Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docxBagi_MODUL_AJAR_RENI.docx
Bagi_MODUL_AJAR_RENI.docx
 
Makalah Teori difusionisme
Makalah Teori difusionismeMakalah Teori difusionisme
Makalah Teori difusionisme
 
Antropologi
AntropologiAntropologi
Antropologi
 
Kebudayaan dan Sistem Bilai Budaya
Kebudayaan dan Sistem Bilai BudayaKebudayaan dan Sistem Bilai Budaya
Kebudayaan dan Sistem Bilai Budaya
 
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhgh
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhghDEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhgh
DEFINISI KEBUDAYAAN KELAS XI_IPS.pptxhgh
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
 
Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)
 
Amerika
AmerikaAmerika
Amerika
 
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
 
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digital
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digitalWacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digital
Wacana 33-masyarakat-adat-dan-perebutan-penguasaan-hutan-arsip-digital
 
Antropologi
AntropologiAntropologi
Antropologi
 
Ppt sosiologi antropologi
Ppt sosiologi antropologiPpt sosiologi antropologi
Ppt sosiologi antropologi
 
Nasionalisme itu Sampah
Nasionalisme itu SampahNasionalisme itu Sampah
Nasionalisme itu Sampah
 
Antropologi kesehatan
Antropologi kesehatanAntropologi kesehatan
Antropologi kesehatan
 
Antropologi
AntropologiAntropologi
Antropologi
 
Global Village
Global VillageGlobal Village
Global Village
 
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakat
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakatpandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakat
pandangan tentang perubahan kebudayaan dan masyarakat
 
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptx
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptxPPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptx
PPT ANTROPOLOGI PERTEMUAN 2.pptx
 
Ppt 1 dasar dasar antropologi
Ppt 1 dasar dasar antropologiPpt 1 dasar dasar antropologi
Ppt 1 dasar dasar antropologi
 
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesiaPertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesia
Pertumbuhan dan perkembangan pergerakan nasional indonesia
 

Pro questdocuments 2014-10-25 1

  • 1. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ Report Information from ProQuest 25 October 2014 05:07 _______________________________________________________________ 25 October 2014 ProQuest
  • 2. Table of contents 1. Membangun Metodologi Penyelidikan Peribumi.......................................................................................... 1 25 October 2014 ii ProQuest
  • 3. Document 1 of 1 Membangun Metodologi Penyelidikan Peribumi Author: Embong, Abdul Rahman ProQuest document link Full text: Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri oleh Zawawi Ibrahim dan NoorShah M.S. (peny.). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development (SIRD) Centre, 2012, 187 halaman. Buku yang mengandungi koleksi naratif keterpinggiran kaum Penan di Sarawak ini ditulis menurut kaca mata dan suara masyarakat Penan sendiri. Buku ini diawali dengan sebuah bab pendahuluan oleh editor, Zawawi Ibrahim dan NoorShah dan disusuli sebelas buah bab lain oleh penulis kaum Penan sendiri. Kaum Penan merupakan salah satu kaum peribumi Sarawak masih tinggal di pedalaman dan hutan belantara serta hidup secara berpindah randah, dan amat sebati dengan alam. Namun kehidupan mereka semenjak beberapa dekad ini, khususnya semenjak "politik pembangunan" dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak, telah berdepan dengan apa yang dikatakan "arus pembangunan" menyebabkan mereka begitu resah, bimbang dan kritis terhadap gerak kuasa yang diterajui kuasa pasaran dengan kolusi pemerintah ini. Buku ini menggambarkan kegusaran dan kebimbangan itu dalam pelbagai bab di dalamnya. Dari sudut penyelidikan dalam dunia ilmu hari ini, buku ini membangkitkan beberapa persoalan pokok dari segi epistemologi, teori dan metodologi yang menentukan hala tuju penyelidikan peribumi hari ini. Antaranya ialah persoalan bagaimanakah ahli antropologi harus mengkaji kaum peribumi seperti Penan supaya kajian itu dapat menyingkapkan realiti kehidupan dan pandangan sebenar mereka? Kekuatan buku ini ialah ia dapat memberikan jawapan yang jitu terhadap persoalan ini. Zawawi dan NoorShah merujuk kepada buku Decolonizing Methodologies: Research and Indigenous Peoples oleh Linda Tuhiwal Smith, seorang pelopor agenda projek penyelidikan peribumi berbangsa Maori sebagai titik tolak mereka. Dalam bukunya, Smith berusaha membangunkan satu metodologi peribumi dalam penyelidikan dan menyatakan bahawa penyelidikan yang dilakukan selama ini menyumbang kepada produksi ilmu Barat, dari segi sifat pengkaryaan ilmiah serta dalam menghasilkan teori yang dehumanize kaum Maori. Pendekatan sedemikian, menurut Smith, mengistimewakan cara membangunkan ilmu oleh Barat serta menafikan kesahan cara peribumi Maori membangunkan ilmu, bahasa dan budaya mereka (Smith, 1999: 183). Dalam semangat Linda Tuhiwal Smith, buku suntingan Zawawi dan NoorShah mengkritik pendekatan antropologi tradisional yang menjadikan kaum peribumi sebagai objek, sebagai the Other, yakni sebagai pihak lain. Sebaliknya, buku ini menjadikan kaum peribumi Penan sebagai subjek, yang turut bersama- sama ahli antropologi menjadi penyelidik dan penulis, menuangkan pengalaman dan pandangan kaum mereka mengenai kehidupan, pembangunan dan alam sekitar ke dalam pelbagai bab buku ini. Menurut Zawawi dan NoorShah, inilah etnografi pascamoden di mana suara peribumi yang dahulunya merupakan the Other kini muncul sebagai subjek dengan suara mereka sendiri. Cara buku ini menjungkirbalikkan metodologi antropologi tradisional dan membangunkan kerangka metodologi peribumi dalam kajian antropologi pada zaman kontemporer amat menarik dan mempunyai makna penting bagi pembangunan dan kemajuan ilmu sosial pada zaman kini di Malaysia. Daripada buku ini kita mendapat gambaran bahawa isu utama yang dihadapi kaum peribumi kini ialah perluasan kapitalisme dengan sistem pasaran bebas serta kolusi pemerintah dengannya. Bagaimanakah kita memandang gerak kuasa yang berkembang di mana-mana sehingga ke pedalaman dan hutan belantara ini? Daripada perspektif kajian peribumi, dalam konteks Sarawak, perluasan kapitalisme dan pasaran bebas mendobrak sistem masyarakat lama bagi mengejar keuntungan di mana-mana dan pemerintah bersekongkol dengannya, bahkan turut mengungkapkan mantra pasaran itu sendiri atas nama pembangunan. Hal ini ternyata 25 October 2014 Page 1 of 4 ProQuest
  • 4. daripada tindakan pemerintah yang menganjurkan agenda pembangunan serta ideologi developmentalism dalam kerangka modenisasi, yakni untuk maju, kaum peribumi mesti menerima program dan strategi perubahan yang ditetapkan oleh pemerintah dan pasaran. Inilah kononnya misi "mentamadunkan masyarakat pinggiran" atau civilising the margin seperti yang diungkapkan dalam buku ini. Atas nama pembangunan, hutan rimba diceroboh, kayu kayannya ditebang dan dibawa keluar secara rakus untuk "memakmurkan ekonomi." Namun demikian, mereka masih menafikan bahawa kerosakan yang mereka bawa atas nama pembangunan itu memberi kesan kepada kampung halaman dan tempat mata pencarian kaum peribumi itu sendiri. Jelas sekali pendekatan sebegini mencetuskan konflik, bahkan bentrokan. Dan tidak hairanlah kaum Penan menolak pembangunan sebegini, lantas mereka mendirikan blockade atau sekatan untuk membela kehidupan mereka. Praktis sebegini, yakni mendirikan blockade untuk membela hak dianggap oleh para penyumbang buku ini sebagai satu "wadah penyertaan politik kaum Penan" yang penting sekali. Buku ini juga turut membicarakan kaum peribumi sebagai komuniti adat yang menganggap tanah sebagai segala-galanya bagi kehidupan mereka. Memang benar bagi kaum peribumi, tanah bererti kehidupan, ia bererti tempat bersemadinya sejarah dan roh nenek moyang, tempat yang menjadi arena mata pencarian serta wadah bagi terbinanya identiti atau jati diri mereka. Pelbagai ritual dalam adat resam mereka berkembang berdasarkan hubungan dengan tanah dan hutan rimba. Sebaliknya, pihak luar khususnya kaum pemodal dan juga pemerintah berlainan sekali perspektifnya; mereka melihat tanah sebagai komoditi, sebagai sesuatu yang boleh dan akan mendatangkan keuntungan. Hal ini merupakan dua perspektif yang berbeza dan jelas bertentangan. Perspektif pihak luar jelas mencabar hak kehidupan dan kepemilikan peribumi sedangkan kaum peribumi berusaha memperjuangkan hak itu. Seperti dinyatakan dalam Bab 11 buku ini yang ditulis oleh Ezra Uda mengenai perspektif peribumi terhadap hutan rimba dan tanah bahawa sebagai kaum yang nomadik "pemilikan tanah kaum Penan, secara tradisinya bukanlah pemberian daripada mana-mana pihak berkuasa...Mereka bukan pendatang baru yang mahu mewujudkan tanah adat di situ; sebaliknya hak adat mereka telah sedia ada diamalkan sejak sekian lama, cuma undang-undang tidak mengesahkannya" (hlm 111). Dalam bab yang sama, Ezra cuba menjawab tuduhan yang kaum Penan menolak pembangunan. Menurut penulis kaum Penan ini, sebenarnya Penan tidak menolak pembangunan. Apa yang menjadi pertikaian ialah konsep dan makna pembangunan itu. Kaum Penan mahu "pembangunan yang tulen," dan bagi mereka, pembalakan bukanlah pembangunan. Tegas Ezra lagi, "Bagi masyarakat peribumi seperti kaum Penan, pembangunan tulen hanya dinikmati apabila mereka masih berkuasa untuk mengawal tanah dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut. Suara mereka dalam membuat keputusan untuk masa depan harus diambil kira; pendapat mereka harus mendapat perhatian daripada pihak berkuasa demi menjamin perjalanan pembangunan yang lancar dan menepati keperluan mereka" (hlm 127). Jelas di sini, daripada perspektif kaum Penan, mereka mahu sesuatu yang boleh memperkasakan diri dan kaum mereka, mereka mahu pihak lain menghormati hak dan kepentingan mereka, bukan sebaliknya. Perspektif sebegini dibangkitkan juga oleh seorang lagi pengarang Penan, Anderias Jimmy Mageri dalam Bab 2. Menurut beliau, "Kalau kita mencintai Sarawak, Malaysia, mengapa kita memusnahkan [hutan]" (hlm 14). Dia juga menyokong pandangan bahawa kaum Penan "bukan anti-pembangunan tetapi dia berteriak kepada manusia yang lain di dunia supaya mereka tahu dia ada hak berdiri di dunia ini..." (hlm 22). Menurut beliau lagi "Kuasa pembangunan atau kemajuan itu menghabisi semua sumber asli yang istimewa di bumi ini" (hlm 23). Anderias seterusnya menegaskan bahawa "kaum Penan tidak sanggup menerima kemajuan dari pembangunan pembalak yang memusnahkan kayu, meruntuhkan tanah, mengotori sungai, merosak tempat binatang hidup, dan membunuh manusia yang masih muda" (hlm 22). Perkembangan-perkembangan yang memusnahkan kehidupan kaum Penan inilah menyebabkan kaum Penan menjadi skeptis apabila disebut pembangunan dan kemajuan, dan agenda menjadi masyarakat maju. Sikap skeptis ini disimpulkan oleh Anderias seperti berikut: "Dunia moden ini penuh dengan penipu yang berilmu tinggi," serta "manusia tamak [dan] angkuh" (hlm 23). 25 October 2014 Page 2 of 4 ProQuest
  • 5. Banyak lagi perkara yang dapat dihayati daripada buku ini mengenai perspektif peribumi terhadap pembangunan yang boleh dimanfaatkan dalam pembinaan teori dan metodologi peribumi bagi projek penyelidikan seperti ini. Secara keseluruhannya, nilai buku ini boleh dilihat daripada apresiasi Professor Hans- Dieter Evers, seorang tokoh sosiologi antarabangsa yang tersohor, yang dinyatakan pada kulit belakang buku, bahawa ini adalah "sebuah buku yang amat luar biasa dan menakjubkan, diperkenalkan dengan penuh berhemah oleh editornya, disusuli dengan suara asli pengarang kaum Penan." Saya berpendapat naratif yang dikemukakan dalam buku ini selain merupakan satu sumbangan penting kepada ilmu antropologi, juga merupakan satu sumbangan bernilai kepada khazanah ilmu sejarah rakyat, iaitu satu perspektif sejarah yang sedang dikembangkan dan berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Perspektif ini menegaskan bahawa sejarah bukanlah hanya naratif dominan sang penguasa, tetapi ia naratif rakyat itu sendiri termasuk mereka di pinggiran, yang mengukirnya dengan segala penderitaan dan perjuangannya. Sekiranya ada sesuatu yang perlu ditambah kepada buku ini ialah ketiadaan bahagian yang memberikan overview tentang masyarakat Penan di Sarawak dari segi sejarah dan demografinya. Misalnya, buku ini boleh mengemukakan maklumat asas jumlah kaum Penan dan kedudukan mereka dalam kalangan keseluruhan kaum peribumi di Sarawak yang pelbagai itu. Dengan berbuat demikian pembaca akan dapat lebih memahami bahawa kaum Penan adalah golongan minoriti peribumi, antara kaum yang paling terpinggir di Sarawak khususnya dan Malaysia umumnya. Walau apapun, kehadiran buku ini patut dialu-alukan dan dijadikan bahan rujukan bukan sahaja penyelidik, pelajar dan masyarakat umum tetapi juga pembuat dan pelaksana dasar serta badan- badan yang memperjuangkan kepentingan kaum peribumi. References RUJUKAN Smith, L. T. 1999. Decolonizing methodologies: Research and indigenous peoples. London: Zed Books. AuthorAffiliation Abdul Rahman Embong Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia rahmanhe@ukm.my Publication title: Kajian Malaysia Volume: 31 Issue: 1 Pages: 97-100 Number of pages: 4 Publication year: 2013 Publication date: 2013 Year: 2013 Section: ULASAN BUKU/BOOK REVIEW Publisher: Universiti Sains Malaysia Press Place of publication: Pinang Country of publication: Malaysia Publication subject: History--History Of Asia, Sociology ISSN: 01274082 25 October 2014 Page 3 of 4 ProQuest
  • 6. Source type: Scholarly Journals Language of publication: Malayalam Document type: General Information ProQuest document ID: 1507286939 Document URL: http://search.proquest.com/docview/1507286939?accountid=25704 Copyright: Copyright Universiti Sains Malaysia Press 2013 Last updated: 2014-03-22 Database: ProQuest Sociology,ProQuest Social Science Journals _______________________________________________________________ Contact ProQuest Copyright © 2014 ProQuest LLC. All rights reserved. - Terms and Conditions 25 October 2014 Page 4 of 4 ProQuest