SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
39500, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
(KPT 6054)
TUGASAN 2: ULASAN ANALISIS KANDUNGAN
ARTIKEL : POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI
MALAYSIA
NAMA : YUSMAHANI JAMALUDDIN
NO MATRIK : M20141000689
PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL
1.0 PENGENALAN KAJIAN
Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology)
atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan,
bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT
menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara
seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat,
dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam
mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting
dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan peralatan ICT seperti
komputer dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan dan dilihat mampu untuk
membantu perkembangan bidang pendidikan.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara ini,
khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah
seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang
disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.
ICT ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi
dan sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan
penggunaan komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi
memudahkan guru mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan
seterusnya mengaplikasikannya dalam bilik darjah.
Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk
membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan
berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT
bagi menyelesaikan masalah (KPM 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran,
kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif
terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya
dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi
berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan
Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang
ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi
dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu
ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya
sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.
Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kemampuan ICT untuk
diintegrasikan dalam sistem pendidikan sebagai satu pendekatan bagi menarik minat
murid. Selain itu, melalui prosiding persidangan, jurnal-jurnal pendidikan, tesis dan
disertasi yang telah dilaporkan banyak mengetengahkan isu-isu berkaitan ICT. Namun
begitu, bagi mengenalpasti kajian-kajian berkenaan menjurus kepada pola tertentu,
satu analisis perlu dibuat di mana ia boleh dijadikan rujukan di masa hadapan.
1.1 TAJUK-TAJUK KAJIAN
TAJUK JURNAL SUMBER
Jurnal 1 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-
Kanak Disleksia
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi
Mokhtar & Nor Aziah Alias
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor,
Malaysia
Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia Jilid
1, Nombor 2, Jun 2011
Jurnal 2 Software for Teaching Emotions to
Students with Autism Spectrum Disorder
J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz
Murcia (Spain)
Comunicar, nº 36, v.
XVIII, 2011, Scientific
Journal of Media
Litreracy; ISSN: 1134-
3478; pages 139-147
Jurnal 3 Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia
Baharom Mohamad
ATIKAN, 1(1) 2011
Jurnal 4 Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme
Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah
Mohamed Zain, Kamaliah Muhammad Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu – JPBM (Malay
Language Education Journal
– MyLEJ)
Jurnal 5 Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan
Kemahiran Sukan Bola Baling
Abang Ismail bin Abang Haji Julhi (Institut Perguruan Batu
Lintang), Mohd. Taib bin Harun (Universiti Kebangsaan
Malaysia)
Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang
Tahun 2007
Jurnal 6 Effectiveness of Facebook Based Learning to Enhance
Creativity among Islamic Studies Students by Employing Isman
Instructional Design Model
Alias, Norlidah; Siraj, Saedah; Daud, Mohd Khairul Azman Md;
Hussin, Zaharah
Turkish Online Journal of
Educational Technology -
TOJET, v12 n1 p60-67
Jan 2013
Jurnal 7 Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan
Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik
di Kalangan Pelajar Berisiko
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman
Abu Samah
Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia
5(2009): 79 -89
Jurnal 8 Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran
ICT
Norazah Mohd. Nordin Ngau Chai Hong
Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1)(2009):
111 - 129
Jurnal 9 Effect Of Using Facebook To Assist English For Business
Communication Course Instruction
Ru-Chu Shih
National Pingtung University of Science and Technology,
TOJET: The Turkish
Online Journal of
Educational Technology –
January 2013, volume 12
1.2 TUJUAN/OBJEKTIF/PERSOALAN KAJIAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH
Mereka bentuk dan
membangunkan bahan
teknologi instruksional
√ √ √ √ √ √ 6
Mengkaji kesan
penggunaan teknologi
pendidikan terhadap
pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Mengkaji kesan
penggunaan teknologi
pendidikan terhadap
guru/pendidik
√ √ 2
Meninjau penggunaan alat
berasaskan teknologi di
kalangan pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Meninjau penggunaan
teknologi instruksional di
kalangan guru
√ 1
2.1 Daripada 10 jurnal yang telah dipilih, 6 jurnal bertujuan mereka bentuk dan
membangunkan bahan teknologi instruksional. Terdapat 10 jurnal yang
ditumpukan kepada pelajar bagi mengkaji kesan penggunaan teknologi
pendidikan. Selain itu, kesemua jurnal yang dikaji juga turut meninjau
penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar. Ia diikuti dengan 2
jurnal yang hanya mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap
guru/pendidik. Hanya 1 jurnal yang mempunyai objektif bagi meninjau
penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.
Taiwan vincent@npust.edu.tw Issue
Jurnal 10 Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di
sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia
Zaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang
Tahun 2007
2.0 KAJIAN LITERATUR
TEORIKAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Teori Behaviorisme √ 1
Teori Konstruktivisme √ √ 2
Teori Kognitivisme 0
Teori Tingkahlaku 0
Teori Humanis 0
Model PenilaianCIPP 0
Model PBL √ 1
Model ADDIE √ √ 2
Model ARCS 0
Model Dick & Carey 0
Model RapidPrototyping 0
Model RekaBentuk √ √ √ √ √ 5
2.1 TEORI KAJIAN
Melalui hasil analisis mengenai teori dan model yang terdapat dalam kesemua
jurnal didapati bahawa Model Reka Bentuk paling banyak digunakan oleh
pengkaji-pengkaji iaitu sebanyak 5 jurnal. Ia diikuti dengan Model ADDIE dan
Teori Konstruktivisme.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, sepuluh artikel jurnal telah dipilih bagi melihat pola atau trend
tertentu berkaitan ICT. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk
menganalisis kesemua artikel di dalam prosiding ini. Metodologi ini digunakan kerana
ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data yang banyak secara sistematik (Gao,
1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan membolehkan penyelidik
membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk menghasilkan keputusan
yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis kandungan dalam
kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan yang telah
dijalankan dalam pendidikan perguruan. Pada mulanya, semua artikel yang telah
dipilih dianalisis dan kumpulan sasaran telah dikenal pasti. Sebanyak 18 konsep
kluster digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel
tersebut. Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004)
berdasarkan analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi
pendidikan tersohor iaitu Educational Technology, Research and Development
(ETR&D) yang diterbitkan antara tahun 1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1
menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Artikel yang berfokus kepada guru pelatih
telah dikenal pasti dan dipilih. Berdasarkan analisis, terdapat 10 artikel yang
membincangkan mengenai ICT.
Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004)
No. Kluster Konsep Huraian Konsep
1. Teknologi pengajaran /
pendidikan
Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secara
menyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajaran
dan pembelajaran
2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain
3. Pemboleh ubah proses
instruksi
Kawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas
4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaian
Maklumat
5. Perspektif pengajaran dan
pembelajaran
Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated
cognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaos
theory, elaboration theory, dll.
6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktiviti
metakognitif, pembelajaran diindividukan,
pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi
(main peranan), dll.
7. Sistem penyampaian /
format media
Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaian
berasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistem
tutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI),
instruksi terancang, multimedia, dll.
8. Pembangunan instruksi
(ID)
ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan, penilaian
9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu,
animasi, dll.
10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip,
prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumat
verbal, kognitif, dll.
11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender,
pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll.
12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran
13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian
sumatif, pengujian adaptif, dll.
14. Teknologi prestasi (PT) Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid,
dan Sistem sokongan
prestasi
video-conferencing, dll.
15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah
16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan
17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll.
18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan
instruksi
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Jumlah
Kualitatif √ √ √ √ 4
Kuantitatif √ √ √ √ √ √ √ 7
3.1 KAEDAH KAJIAN
3.1.1 Sebanyak 4 jurnal menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan
kajian manakala 7 jurnal lagi menggunakan kaedah kuantitatif. Hanya
jurnal menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif
dalam menjalankan kajian mereka.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Rekabentuk Kajian Tajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10
Kajian Tinjauan 1 1 1 1 1 5
Kuasi Eksperimen 1
1
Kajian Eksperimen 1 1 2
Kajian Kualitatif 1 1 2
3.3.1 Melalui hasil analisis reka bentuk kajian, didapati bahawa kajian
tinjauan mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 5
jurnal.
3.3 SAMPEL KAJIAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH
GURU/PENDIDIK √ 1
MURID/PELAJAR √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
3.3.1 Hasil analisis sampel kajian bagi 10 jurnal tersebut didapati bahawa
murid atau pelajar dipilih sebagai sampel utama bagi kesemua jurnal
yang dikaji. Hanya 1 jurnal yang menjadikan guru dan murid sebagai
sampel dalam jurnalnya.
3.4 TEORI KAJIAN
TEORI KAJIAN
NOMBOR JURNAL
KEKERAPAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Bagi menguji
pencapaian antara
pemboleh-ubah
MANOVA 0
Analisis Regresi
Linear
0
Soal selidik √ √ √ √ √ 5
ANCOVA √ √ √ 3
Ujian t √ √ √ √ 4
Bagi menguji
kebolehpercayaan
instrumen
Cronbach Alpha √ √ √ 2
Korelasi Pearson √ 1
Lawson Scientific
Reasoning Test
(LSRT)
0
3.5 JENIS STATISTIK
Jenis Statistik Tajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10
Statistik Deskriptif 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Statistik Inferensi 1 1 2
4.0 DAPATAN KAJIAN
JURNAL DAPATAN KAJIAN
J1 Penggunaan perisian program berbentuk pendidikan mampu meningkatkan,
Menstimulasikan da memotivasikan kanak-kanak autisme mempelajari
kemahiran sosial dan emosi
J2 Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan komputer oleh pelajar
pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
J3 Kesemua responden menunjukkan tingkahlaku yang positif sebelum, semasa
dan selepas menggunakan perisisan kursus.
J4 Kaedah Multimedia lebih berkesan daripada Kaedah Tradisional bagi
kemahiran menjaring, hantaran, melantun dan kemahiran penjaga gol
J5 “Facebook”telah menjadi medium pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti
pelajar
J6 Terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca ujian matematik bagi
pelajar berisiko dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
J7 Persembahan keseluruhan Webquest yang bertajuk Computer System: System
Concept ini sesuai dan menarik untuk Matapelajaran ICT.
J8 Penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar
J9 Penggunaan Facebook merupakan gabungan yang sesuai untuk pembelajaran
dan komunikasi
J10 Majoriti pelajar mengaku bahawa LO mudah dan senang digunakan
Jadual 2 : Kekerapan Konsep Kluster Yang Muncul Dalam 10 Jurnal
N
O
KONSEP KLUSTER 1
ANIMASI
KANAK-
KANAK
DISLEKSIA
2
SOFTWARE
FOR AUTISM
SPECTRUM
DISORDER
3
TMK DLM
PROGRAM
PENDIDIKAN
KHAS
ALIRAN
TEKNIK &
VOKASIONAL
4
“SAYA SUKA
BELAJAR”
UNTUK BM
BAGI KANAK-
KANAK
AUTISME.
5
KEBERKESAN
AN
PENGGUNAA
N
MULTIMEDIA
TERHADAP
PENGUASAA
N
KEMAHIRAN
SUKAN BOLA
BALING
6
KEBERKESAN
AN
PEMBELAJAR
AN
BERASASKAN
FACEBOOK
7
PERBANDING
AN
PENGAJARAN
BERASASKAN
MULTIMEDIA
DAN
TRADISIONA
L
8
WEBQUEST
BAGI
MATAPELAJA
RAN ICT
9
EFFECT OF
USING
FACEBOOK
TO ASSIST
ENGLISH FOR
BUSINESS
COMMUNICA
TION
COURSE
INSTRUCTIO
N
10
PENGGUNAA
N ALAT
RANGKAIAN
SOSIAL DI
KALANGAN
PELAJAR DI
SEBUAH IPTS
DI KOTA
KINABALU
JUMLAH
KONSEP
MUNCUL
1. Teknologi
pendidikan/pengajaran
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
2. Bidang atau disiplin lain √ √ √ √ √ √ √ 7
3. Pemboleh ubah proses
instruksi
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
4. Elemen prosesinstruksi √ √ √ √ √ 5
5. Perspektif
pengajaran/pembelajaran
√ √ √ 3
6. Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 6
7. Sistem
penyampaian/format
media
√ √ √ √ √ √ √ √ √ 9
8. Pembangunan Instruksi √ √ √ √ √ √ 6
9. Pemboleh ubah Instruksi √ √ √ √ √ √ 6
10. Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
11. Pemboleh ubah Pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
12. Persekitaran
Pembelajaran
√ √ √ √ √ √ 6
13. Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 8
14. Teknologi prestasi &
sistem sokongan prestasi
√ √ 2
15. Perubahan Organisasi √ 1
16. Profesion √ √ 2
17. Budaya √ √ √ 3
18. Pemboleh ubah Guru √ 1
5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konsep yang muncul dalam artikel-
artikel berkaitan penyelidikan ICT dalam program pendidikan guru di Malaysia.
Kesemua artikel yang telah dikenal pasti disusun mengikut tahun dan nombor
Jadual 1. Berdasarkan kekerapan konsep yang muncul dalam artikel, didapati
bahawa:
1. Sistem penyampaian atau delivery system (muncul sebanyak 9 kali).
2. Persekitaran pembelajaran atau learning environment (muncul sebanyak
6 kali).
3. Hasil pembelajaran atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali).
4. Kaedah instruksi atau instructional methods (muncul sebanyak 6 kali).
5. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables
(muncul sebanyak 8 kali).
6. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables (muncul sebanyak 10 kali).
7. Budaya atau culture (muncul sebanyak 3 kali).
8. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or
educational technology (muncul sebanyak 8 kali).
9. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif pengajaran
dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation
serta profesion atau the profession (masing- masing muncul sebanyak 5 kali).
10. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah produksi
atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational change
(masing-masing muncul sebanyak 6 kali).
11. Bidang atau disiplin lain (muncul sebanyak 7 kali).
12. Perspektif pengajaran/ pembelajaran (muncul sebanyak 3 kali).
13. Penilaian (muncul sebanyak 8 kali).
14. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi (muncul sebanyak 2 kali).
15. Perubahan organisasi (muncul sebanyak 1 kali).
16. Profesion (muncul sebanyak 2 kali).
17. Pemboleh ubah guru (muncul sebanyak 1 kali).
Konsep hasil pembelajaran (learner outcomes) merupakan konsep yang
membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Ia
merupakan konsep yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam kajian yang
dibuat. Norazah Mohd Norsin dan Ngau Chai Hong telah mengkaji persepsi pelajar
melalui penggunaan perisian Web-Quest bagi matapelajaran ICT. Menurut pengkaji,
Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini
sesuai dan menarik perhatian pengguna. Manakala min keseluruhan isi kandungan
WebQuest ialah 4.38 dengan sisihan piawai 0.59, di mana responden dalam kajian ini
menyatakan bahawa WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-
pembelajaran. Kenyataan ini memang bertepatan dengan prinsip pembelajaran mata
pelajaran ICT dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(2006) iaitu WebQuest bersifat
terarah kendiri dan anjal.
Konsep sistem penyampaian (delivery system) yang membincangkan tentang medium
penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet dan web serta
pengajaran berasaskan komputer merupakan konsep yang mempunyai kekerapan
sebanyak 9 kali dalam kajian-kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian mengenai
Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di Kalangan Pelajar di Sebuah IPTS di Kota
Kinabalu menunjukkan bahawa respondan menggunakan pelbagai jenis alat rangkaian
social Web 2.0 (Facebook, Twitter, Blog, MySpace, CyWorld dsb). Responden lebih
berminat untuk menggunakan alat rangkaian sosial untuk bersosial dan berhubung
dengan rakan untuk mencari kenalan baru dan dalam masa yang sama mengeratkan
lagi perhubungan sesama mereka. Rangkaian sebagai alat sosial boleh menjadi sangat
berkesan kerana dapat menggunakannya sebagai satu alat untuk bersosial dan bukan
kaedah lain serta memperoleh kenalan yang mempunyai sesuatu minat yang serupa.
Tambahan lagi boleh keluar dan bertemu dengan seseorang yang mempunyai minat
yang sama (Mohammad, 2006). Menurut Reynard (2009), rangkaian sosial
menyediakan kaedah baru untuk berhubung dan berkongsi maklumat dan membina
rangkaian mengikut minat. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook membolehkan
seseorang menyimpan seberapa banyak jumlah rakan yang penting mereka
mempunyai alat pengurusan digital (Boyd, 2006).
Perspektif pengajaran dan pembelajaran merupakan teori atau model yang digunakan
seperti behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated cognition, pembelajaran
generatif, model ARCS, chaos theory, elaboration theory, dan lain-lain. Berdasarkan
kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia,
pengkaji menggunakan model ADDIE yang mana secara amnya mempunyai proses
yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk
(Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan
(5) Penilaian (Evaluation). Model yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif
Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga
fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas
pembangunan.
6.0 KESIMPULAN
Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa pemboleh ubah
pelajaran dan hasil pelajaran yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel
melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan guru sebagaimana yang
diterbitkan dalam prosiding teknologi pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh sistem
penyampaian, teknologi pendidikan, kaedah instruksi serta pemboleh ubah instruksi.
Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus
penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa
konsep lain kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan analisis kandungan dapat
dijalankan ke atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, prosiding, tesis dan
disertasi yang berkaitan.
RUJUKAN
Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan
Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011
Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129.
Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap
Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.
Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran
Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.
2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011.
Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. Learning
English Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported Classroom
Department of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of
Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009.
Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian
Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89.
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat Rangkaian
Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah
Muhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10
Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For Business
Communication Course Instruction. The Turkish Online Journal of Educational
Technology – January 2013, volume 12 Issue 1.
l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions to
Students with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy;
ISSN: 1134-3478; pages 139-147.

More Related Content

What's hot

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianDgMasniah
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
Prinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaranPrinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaranadibah ishak
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 

What's hot (16)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Jdidik27 03
Jdidik27 03Jdidik27 03
Jdidik27 03
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Prinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaranPrinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaran
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 

Similar to Tugasan 2 kpt 6054

Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfEppAndyy70
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiaPola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiashamsuhaila85
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...MuhammadZulaziziMohd
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 

Similar to Tugasan 2 kpt 6054 (20)

Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdf
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysiaPola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 

More from hanyjamal

Kpt 6044 tugasan 3
Kpt 6044 tugasan 3Kpt 6044 tugasan 3
Kpt 6044 tugasan 3hanyjamal
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054hanyjamal
 
Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1hanyjamal
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
KPT 6044-ULASAN JURNAL
KPT 6044-ULASAN JURNALKPT 6044-ULASAN JURNAL
KPT 6044-ULASAN JURNALhanyjamal
 

More from hanyjamal (6)

Kpt 6044 tugasan 3
Kpt 6044 tugasan 3Kpt 6044 tugasan 3
Kpt 6044 tugasan 3
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1Kpt 6054 tugasan 1
Kpt 6054 tugasan 1
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Kpt 6044
Kpt 6044 Kpt 6044
Kpt 6044
 
KPT 6044-ULASAN JURNAL
KPT 6044-ULASAN JURNALKPT 6044-ULASAN JURNAL
KPT 6044-ULASAN JURNAL
 

Recently uploaded

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (15)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Tugasan 2 kpt 6054

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 39500, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL (KPT 6054) TUGASAN 2: ULASAN ANALISIS KANDUNGAN ARTIKEL : POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA NAMA : YUSMAHANI JAMALUDDIN NO MATRIK : M20141000689 PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
  • 2. POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL 1.0 PENGENALAN KAJIAN Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan dan dilihat mampu untuk membantu perkembangan bidang pendidikan. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. ICT ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Perkembangan ICT telah menukar wajah P&P dengan penggunaan komputer, LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih bagi memudahkan guru mata pelajaran ICT, khasnya, menyediakan bahan pengajaran dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut di peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT
  • 3. bagi menyelesaikan masalah (KPM 2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum mata pelajaran tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Berdasarkan Buku Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran ICT ini, tiada sebarang buku teks khusus yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Ini disebabkan bidang ICT yang dicakupi dalam kurikulum ICT adalah luas serta bersifat dinamik. Tambahan pula, bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrif serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya. Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kemampuan ICT untuk diintegrasikan dalam sistem pendidikan sebagai satu pendekatan bagi menarik minat murid. Selain itu, melalui prosiding persidangan, jurnal-jurnal pendidikan, tesis dan disertasi yang telah dilaporkan banyak mengetengahkan isu-isu berkaitan ICT. Namun begitu, bagi mengenalpasti kajian-kajian berkenaan menjurus kepada pola tertentu, satu analisis perlu dibuat di mana ia boleh dijadikan rujukan di masa hadapan. 1.1 TAJUK-TAJUK KAJIAN TAJUK JURNAL SUMBER Jurnal 1 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak- Kanak Disleksia Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jurnal 2 Software for Teaching Emotions to Students with Autism Spectrum Disorder J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz Murcia (Spain) Comunicar, nº 36, v. XVIII, 2011, Scientific Journal of Media Litreracy; ISSN: 1134- 3478; pages 139-147
  • 4. Jurnal 3 Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia Baharom Mohamad ATIKAN, 1(1) 2011 Jurnal 4 Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah Mohamed Zain, Kamaliah Muhammad Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) Jurnal 5 Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling Abang Ismail bin Abang Haji Julhi (Institut Perguruan Batu Lintang), Mohd. Taib bin Harun (Universiti Kebangsaan Malaysia) Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007 Jurnal 6 Effectiveness of Facebook Based Learning to Enhance Creativity among Islamic Studies Students by Employing Isman Instructional Design Model Alias, Norlidah; Siraj, Saedah; Daud, Mohd Khairul Azman Md; Hussin, Zaharah Turkish Online Journal of Educational Technology - TOJET, v12 n1 p60-67 Jan 2013 Jurnal 7 Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89 Jurnal 8 Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT Norazah Mohd. Nordin Ngau Chai Hong Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129 Jurnal 9 Effect Of Using Facebook To Assist English For Business Communication Course Instruction Ru-Chu Shih National Pingtung University of Science and Technology, TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2013, volume 12
  • 5. 1.2 TUJUAN/OBJEKTIF/PERSOALAN KAJIAN J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH Mereka bentuk dan membangunkan bahan teknologi instruksional √ √ √ √ √ √ 6 Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap guru/pendidik √ √ 2 Meninjau penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 Meninjau penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru √ 1 2.1 Daripada 10 jurnal yang telah dipilih, 6 jurnal bertujuan mereka bentuk dan membangunkan bahan teknologi instruksional. Terdapat 10 jurnal yang ditumpukan kepada pelajar bagi mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan. Selain itu, kesemua jurnal yang dikaji juga turut meninjau penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar. Ia diikuti dengan 2 jurnal yang hanya mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap guru/pendidik. Hanya 1 jurnal yang mempunyai objektif bagi meninjau penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru. Taiwan vincent@npust.edu.tw Issue Jurnal 10 Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia Zaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
  • 6. 2.0 KAJIAN LITERATUR TEORIKAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPAN J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Teori Behaviorisme √ 1 Teori Konstruktivisme √ √ 2 Teori Kognitivisme 0 Teori Tingkahlaku 0 Teori Humanis 0 Model PenilaianCIPP 0 Model PBL √ 1 Model ADDIE √ √ 2 Model ARCS 0 Model Dick & Carey 0 Model RapidPrototyping 0 Model RekaBentuk √ √ √ √ √ 5 2.1 TEORI KAJIAN Melalui hasil analisis mengenai teori dan model yang terdapat dalam kesemua jurnal didapati bahawa Model Reka Bentuk paling banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji iaitu sebanyak 5 jurnal. Ia diikuti dengan Model ADDIE dan Teori Konstruktivisme. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, sepuluh artikel jurnal telah dipilih bagi melihat pola atau trend tertentu berkaitan ICT. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis kesemua artikel di dalam prosiding ini. Metodologi ini digunakan kerana ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data yang banyak secara sistematik (Gao, 1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan membolehkan penyelidik membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis kandungan dalam kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan yang telah dijalankan dalam pendidikan perguruan. Pada mulanya, semua artikel yang telah dipilih dianalisis dan kumpulan sasaran telah dikenal pasti. Sebanyak 18 konsep kluster digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel
  • 7. tersebut. Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004) berdasarkan analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi pendidikan tersohor iaitu Educational Technology, Research and Development (ETR&D) yang diterbitkan antara tahun 1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1 menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Artikel yang berfokus kepada guru pelatih telah dikenal pasti dan dipilih. Berdasarkan analisis, terdapat 10 artikel yang membincangkan mengenai ICT. Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004) No. Kluster Konsep Huraian Konsep 1. Teknologi pengajaran / pendidikan Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secara menyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajaran dan pembelajaran 2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain 3. Pemboleh ubah proses instruksi Kawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas 4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaian Maklumat 5. Perspektif pengajaran dan pembelajaran Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated cognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaos theory, elaboration theory, dll. 6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktiviti metakognitif, pembelajaran diindividukan, pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi (main peranan), dll. 7. Sistem penyampaian / format media Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaian berasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistem tutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI), instruksi terancang, multimedia, dll. 8. Pembangunan instruksi (ID) ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penilaian 9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu, animasi, dll. 10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip, prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumat verbal, kognitif, dll. 11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender, pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll. 12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran 13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian sumatif, pengujian adaptif, dll. 14. Teknologi prestasi (PT) Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid,
  • 8. dan Sistem sokongan prestasi video-conferencing, dll. 15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah 16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan 17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll. 18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan instruksi J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Jumlah Kualitatif √ √ √ √ 4 Kuantitatif √ √ √ √ √ √ √ 7 3.1 KAEDAH KAJIAN 3.1.1 Sebanyak 4 jurnal menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian manakala 7 jurnal lagi menggunakan kaedah kuantitatif. Hanya jurnal menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif dalam menjalankan kajian mereka. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Rekabentuk Kajian Tajuk Jurnal Jumlah 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 Kajian Tinjauan 1 1 1 1 1 5 Kuasi Eksperimen 1 1 Kajian Eksperimen 1 1 2 Kajian Kualitatif 1 1 2 3.3.1 Melalui hasil analisis reka bentuk kajian, didapati bahawa kajian tinjauan mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 5 jurnal.
  • 9. 3.3 SAMPEL KAJIAN J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH GURU/PENDIDIK √ 1 MURID/PELAJAR √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 3.3.1 Hasil analisis sampel kajian bagi 10 jurnal tersebut didapati bahawa murid atau pelajar dipilih sebagai sampel utama bagi kesemua jurnal yang dikaji. Hanya 1 jurnal yang menjadikan guru dan murid sebagai sampel dalam jurnalnya. 3.4 TEORI KAJIAN TEORI KAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPAN J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Bagi menguji pencapaian antara pemboleh-ubah MANOVA 0 Analisis Regresi Linear 0 Soal selidik √ √ √ √ √ 5 ANCOVA √ √ √ 3 Ujian t √ √ √ √ 4 Bagi menguji kebolehpercayaan instrumen Cronbach Alpha √ √ √ 2 Korelasi Pearson √ 1 Lawson Scientific Reasoning Test (LSRT) 0 3.5 JENIS STATISTIK Jenis Statistik Tajuk Jurnal Jumlah 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 Statistik Deskriptif 1 1 1 1 1 1 1 1 8 Statistik Inferensi 1 1 2
  • 10. 4.0 DAPATAN KAJIAN JURNAL DAPATAN KAJIAN J1 Penggunaan perisian program berbentuk pendidikan mampu meningkatkan, Menstimulasikan da memotivasikan kanak-kanak autisme mempelajari kemahiran sosial dan emosi J2 Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran J3 Kesemua responden menunjukkan tingkahlaku yang positif sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisisan kursus. J4 Kaedah Multimedia lebih berkesan daripada Kaedah Tradisional bagi kemahiran menjaring, hantaran, melantun dan kemahiran penjaga gol J5 “Facebook”telah menjadi medium pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti pelajar J6 Terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca ujian matematik bagi pelajar berisiko dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan J7 Persembahan keseluruhan Webquest yang bertajuk Computer System: System Concept ini sesuai dan menarik untuk Matapelajaran ICT. J8 Penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar J9 Penggunaan Facebook merupakan gabungan yang sesuai untuk pembelajaran dan komunikasi J10 Majoriti pelajar mengaku bahawa LO mudah dan senang digunakan
  • 11. Jadual 2 : Kekerapan Konsep Kluster Yang Muncul Dalam 10 Jurnal N O KONSEP KLUSTER 1 ANIMASI KANAK- KANAK DISLEKSIA 2 SOFTWARE FOR AUTISM SPECTRUM DISORDER 3 TMK DLM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS ALIRAN TEKNIK & VOKASIONAL 4 “SAYA SUKA BELAJAR” UNTUK BM BAGI KANAK- KANAK AUTISME. 5 KEBERKESAN AN PENGGUNAA N MULTIMEDIA TERHADAP PENGUASAA N KEMAHIRAN SUKAN BOLA BALING 6 KEBERKESAN AN PEMBELAJAR AN BERASASKAN FACEBOOK 7 PERBANDING AN PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA DAN TRADISIONA L 8 WEBQUEST BAGI MATAPELAJA RAN ICT 9 EFFECT OF USING FACEBOOK TO ASSIST ENGLISH FOR BUSINESS COMMUNICA TION COURSE INSTRUCTIO N 10 PENGGUNAA N ALAT RANGKAIAN SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH IPTS DI KOTA KINABALU JUMLAH KONSEP MUNCUL 1. Teknologi pendidikan/pengajaran √ √ √ √ √ √ √ √ 8 2. Bidang atau disiplin lain √ √ √ √ √ √ √ 7 3. Pemboleh ubah proses instruksi √ √ √ √ √ √ √ √ 8 4. Elemen prosesinstruksi √ √ √ √ √ 5 5. Perspektif pengajaran/pembelajaran √ √ √ 3 6. Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 6 7. Sistem penyampaian/format media √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9 8. Pembangunan Instruksi √ √ √ √ √ √ 6 9. Pemboleh ubah Instruksi √ √ √ √ √ √ 6 10. Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 11. Pemboleh ubah Pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 12. Persekitaran Pembelajaran √ √ √ √ √ √ 6 13. Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 8 14. Teknologi prestasi & sistem sokongan prestasi √ √ 2 15. Perubahan Organisasi √ 1 16. Profesion √ √ 2 17. Budaya √ √ √ 3 18. Pemboleh ubah Guru √ 1
  • 12. 5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konsep yang muncul dalam artikel- artikel berkaitan penyelidikan ICT dalam program pendidikan guru di Malaysia. Kesemua artikel yang telah dikenal pasti disusun mengikut tahun dan nombor Jadual 1. Berdasarkan kekerapan konsep yang muncul dalam artikel, didapati bahawa: 1. Sistem penyampaian atau delivery system (muncul sebanyak 9 kali). 2. Persekitaran pembelajaran atau learning environment (muncul sebanyak 6 kali). 3. Hasil pembelajaran atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali). 4. Kaedah instruksi atau instructional methods (muncul sebanyak 6 kali). 5. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables (muncul sebanyak 8 kali). 6. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables (muncul sebanyak 10 kali). 7. Budaya atau culture (muncul sebanyak 3 kali). 8. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or educational technology (muncul sebanyak 8 kali). 9. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif pengajaran dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation serta profesion atau the profession (masing- masing muncul sebanyak 5 kali). 10. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah produksi atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational change (masing-masing muncul sebanyak 6 kali). 11. Bidang atau disiplin lain (muncul sebanyak 7 kali). 12. Perspektif pengajaran/ pembelajaran (muncul sebanyak 3 kali). 13. Penilaian (muncul sebanyak 8 kali). 14. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi (muncul sebanyak 2 kali). 15. Perubahan organisasi (muncul sebanyak 1 kali). 16. Profesion (muncul sebanyak 2 kali). 17. Pemboleh ubah guru (muncul sebanyak 1 kali).
  • 13. Konsep hasil pembelajaran (learner outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Ia merupakan konsep yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam kajian yang dibuat. Norazah Mohd Norsin dan Ngau Chai Hong telah mengkaji persepsi pelajar melalui penggunaan perisian Web-Quest bagi matapelajaran ICT. Menurut pengkaji, Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Manakala min keseluruhan isi kandungan WebQuest ialah 4.38 dengan sisihan piawai 0.59, di mana responden dalam kajian ini menyatakan bahawa WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e- pembelajaran. Kenyataan ini memang bertepatan dengan prinsip pembelajaran mata pelajaran ICT dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(2006) iaitu WebQuest bersifat terarah kendiri dan anjal. Konsep sistem penyampaian (delivery system) yang membincangkan tentang medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet dan web serta pengajaran berasaskan komputer merupakan konsep yang mempunyai kekerapan sebanyak 9 kali dalam kajian-kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian mengenai Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di Kalangan Pelajar di Sebuah IPTS di Kota Kinabalu menunjukkan bahawa respondan menggunakan pelbagai jenis alat rangkaian social Web 2.0 (Facebook, Twitter, Blog, MySpace, CyWorld dsb). Responden lebih berminat untuk menggunakan alat rangkaian sosial untuk bersosial dan berhubung dengan rakan untuk mencari kenalan baru dan dalam masa yang sama mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka. Rangkaian sebagai alat sosial boleh menjadi sangat berkesan kerana dapat menggunakannya sebagai satu alat untuk bersosial dan bukan kaedah lain serta memperoleh kenalan yang mempunyai sesuatu minat yang serupa. Tambahan lagi boleh keluar dan bertemu dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama (Mohammad, 2006). Menurut Reynard (2009), rangkaian sosial menyediakan kaedah baru untuk berhubung dan berkongsi maklumat dan membina rangkaian mengikut minat. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook membolehkan seseorang menyimpan seberapa banyak jumlah rakan yang penting mereka mempunyai alat pengurusan digital (Boyd, 2006). Perspektif pengajaran dan pembelajaran merupakan teori atau model yang digunakan seperti behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated cognition, pembelajaran
  • 14. generatif, model ARCS, chaos theory, elaboration theory, dan lain-lain. Berdasarkan kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia, pengkaji menggunakan model ADDIE yang mana secara amnya mempunyai proses yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation). Model yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. 6.0 KESIMPULAN Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa pemboleh ubah pelajaran dan hasil pelajaran yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan guru sebagaimana yang diterbitkan dalam prosiding teknologi pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh sistem penyampaian, teknologi pendidikan, kaedah instruksi serta pemboleh ubah instruksi. Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa konsep lain kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan analisis kandungan dapat dijalankan ke atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, prosiding, tesis dan disertasi yang berkaitan.
  • 15. RUJUKAN Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011 Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129. Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. 2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011. Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. Learning English Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported Classroom Department of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1. Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009. Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89. Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011. Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah Muhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For Business Communication Course Instruction. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2013, volume 12 Issue 1. l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions to Students with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy; ISSN: 1134-3478; pages 139-147.