SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Bahan internet budaya



http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm dimuat turun pada 03 Januari
2010

http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Nik%20Hassan%20Shuhaimi%20Nik%20Abd%20Rahman.pdf
dimuat turun pada 05 Januari 2010

http://zulhilmiharon.blogspot.com/2009/11/pelbagaikan-kaedah-p.html dimuat turun pada 05 Januari 2010

http://skbgemuruh.blogspot.com/2009/03/strategi-pengajaran-1.html dimuat turun pada 05 Januari 2010

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/budaya-pemikiran-pelajar-orang-asli.html dimuat turun pada
06 Januari 2010

http://www.sazlie.com/bahan/PendekatanKaedahTeknik.pdf



asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan
pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin.

KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara
cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan
bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan
mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah
itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Di manakah silap atau apakah
kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian
Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid.




Kaedah P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.

Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas,
perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun, keberkesanan pelaksanaannya
tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran
3M di kalangan murid terbabit.

Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid
tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti
pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.
Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas
berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan
kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting
bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka. Langkah awal itu membolehkan
murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat
persekitaran, pemakanan atau kesihatan.

Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak
istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang
sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu. Setiap kelompok murid terbabit memerlukan
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat
diatasi secara berperingkat. Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran
kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal
menguasai 3M. Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi
masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan
bersesuaian.

Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka
gagal menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya
gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik
dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan
anak Orang Asli. Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara
sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran
guru. Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya
membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah.



PENGAJARAN menerusi lagu atau alat muzik sesuai untuk murid Orang Asli.

Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut
bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal
menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan
masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan
anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu
dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar
abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf
berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru
yang mahir mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga
semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani
masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah
terlalu jauh tercicir.

(petikan diambil dari Berita Harian : 4 nov 2009)
Posted by Zulhilmi at 7:52 PM



Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan
serta kaedah mengajar tertentu.Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi
pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu
digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-
cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu,
apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih
tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang
lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi
pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,
pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang
biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di
samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan
fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru
bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan
dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling
baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran
mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan
pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
******************************************************************************

BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI MEMBANTUT PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DISMK TAPAH.CADANGAN
MENGATASI
PENDAHULUAN:
Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan
budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat Orang
Asli.
Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli
itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan
penyelesaian.

DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI:
Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah;
a) Tamadun
b) Peradaban
c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh
dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.
i) Aspek Kognitif:
Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan
malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli
terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli)
ii) Aspek Afektif:
Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak
meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan
pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa
telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut
kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang
kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
iii) Aspek Behavioural
Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak
akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut;
a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini.
b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan,
Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang
dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram.
c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti
memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan seumpama itu,
mereka tidak menitik- beratkan pendidikan, kesihaan dan kebersihandiri.
d) Namun begitu masyarakat Orang Asli amat mementingkan warisan kraftangan, sambil bersantai mereka akan
melakukan sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk hiasan juga kegunaan seharian.
e) Sikap masyarakat Orang Asli yang tebal dengan kepercayaan ’animisme’, percaya kepada kuasa ghaib dan
berpegang teguh kepada adat. (Hukum Sayeit).
Justeru faktor-faktor dalaman (budaya pemikiran) inilah seharusnya diselami oleh guru dan pihak pentadbir untuk
menjadikan sifat kognitif, afektif dan behavioural pelajar Orang Asli menjadi positif dan mampu bersaing dengan
pelajar daripada komuniti lain.

FAKTOR -FAKTOR MEMPENGARUHI BUDAYA PEMIKIRAN ORANG ASLI:
Antara beberapa faktor utama yang memberi kesan terhadap budaya pemikiran Orang Asli ialah seperti berikut:
a) Hukum Sayeit- ibubapa mesti mengikut kerenah anak-anak untuk mengelakkan mereka jatuh sakit atau ditimpa
bencana. Masyarakat Orang Asli amat sayang kepada anak-anak mereka dan mengikut semua kehendak anak
adalah perkara utama dalam kehidupan mereka. Kesan negatif kepada anak-anak menjadikan mereka terlalu
manja dan boleh berbuat sesuka hati termasuk tidak hadir ke sekolah.
b) Masyarakat Orang Asli yang sudah berada dalam ”zon selesa”-mereka tidak perlu membayar sebarang cukai
tanah atau pintu, tidak perlu membeli barangan keperluan seperti makanan dan minuman kerana bertani dan
berburu merupakan sumber mata pencarian mereka. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli, mereka tidak perlu
tahap pencapaian akademik yang tinggi dan cemerlang. Ini kerana tanpa perlu bersusah payah belajar pun mereka
masih mampu mendapat makanan, minuman dan keperluan lain seperi ibubapa mereka.
c) Sikap masyarakat Orang Asli yang mudah tersinggung(sensitif) – pertuturan perlu sentiasa dijaga kerana
masyarakat Orang Asli tidak fasih berbahasa Melayu kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kehidupan mereka. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli, apabila ditegur guru mereka berasa cepat tersinggung
dan situasi ini mendorong kepada masalah ponteng sekolah pula.
d) Mendapat hasil tangkapan dari berburu dan bertani dalam tempoh singkat tanpa perlu menunggu lama -
ibubapa pelajar Orang Asli mendapat keperluan seharian dalam tempoh sehari, pergi pada waktu pagi dan akan
membawa pulang hasil pada sebelah petang. Begitu juga jika memancing, sebelum petang hasil tangkapan sudah
diperolehi. Paling lama menanam padi dalam tempoh 3-6 bulan sudah mendapat hasil tuaian. Begitu juga hasil
hutan yang mudah didapati. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka perlu menghabiskan masa dalam
dunia pendidikan sekurang-kurangnya 15 tahun atau lebih yang sememangnya jangka masa panjang yang tidak
digemari oleh mereka. Minda mereka telah terpengaruh dengan cara kehidupan keluarga mereka.
e) Kebebasan tanpa peraturan– satu lagi kegiatan yang dianggap mempengaruhi budaya pembelajaran pelajar
Orang Asli ialah masyarakat Orang Asli sendiri yang mempunyai aktiviti menebang hutan, menanam padi huma, ubi
kayu dan sebagainya tanpa had masa yang telah ditetapkan. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka
berasa peraturan-peraturan (disiplin) di sekolah menyekat kebebasan mereka. Sistem persekolahan yang
sistematik menyebab mereka tidak betah berada di dalam kelas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
berterusan yang panjang dari pagi hingga tengahari.
f) Budaya ”sharing society”(semangat gotong royong) – semangat bergotong royong (bekerja dalam kumpulan)
merupakan kegiatan yang mempengaruhi budaya pembelajaran pelajar Orang Asli. Mereka bukan materialistik.
Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka tidak suka jika sesuatu aktiviti seni itu dilakukan secara
individu sebaliknya jika dilakukan dalam kumpulan, mereka akan lebih menonjol.

Guru perlu menyusun prosedur aktiviti secara terancang dengan memasukkan sejarah seni, gubahan karya, dan
nilai seni itu sendiri. Pelajar Orang Asli ini suka dan leka berbual kosong, di kesempatan ini guru perlu mengambil
peluang untuk bercerita sambil memasukkan elemen-elemen seni tadi. Secara tidak langsung ianya dapat
meningkat pengamatan pelajar Orang Asli ini(domain kognitif). Sebagai contoh berkaitan kraf, guru boleh bercerita
tentang sejarah kraf, nilai kraf, gubahan kraf, tokoh kraf,, falsafah kraf dan sebagainya.
Dari aspek domain afektif, guru perlu wujudkan budaya sedia bekerja keras, disiplin yang tinggi, yakin boleh
menghasilkan sesuatu dan rajin berusaha kerana semua faktor dinyatakan menjadi pendorong kepada kejayaan
seseorang pelajar. Tembok yang sedia ada di kalangan pelajar Orang Asli yang tidak pandai berdikari menyebabkan
mereka tidak suka kepada aktiviti individu. Mereka akan berasa tertekan dan tidak mahu menyiapkan tugasan. Ini
disebabkan ”sharing society” yang diwarisi sejak dahulu mempengaruhi budaya pemikiran mereka. Guru boleh
melakukan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan tetapi dalam bilangan yang kecil kerana untuk
mengubah sesuatu yang yang sebati dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka perlu diberi
pendedahan untuk berfikir secara terbuka. Menurut Geoffrey Caine dan Renata Numella Caine(2001:Petikan
diambil dari rujukan perpustakaan Negara Malysia PPK) ada menyatakan, ”........the mind seeks meaning through
searching for relationships that make sense and fit with past experience....”
Pelajar Orang Asli ini juga akan memberontak sekiranya dipaksa melakukan sesuatu aktiviti/gerakerja yang
menyekat kebebasan mereka seperti mematuhi prosedur membuat anyaman atau mengukir secara berperingkat.
Peraturan ini membuat mereka berasa terikat sedangkan mereka lebih suka melakukan aktiviti secara bersantai.
Perlakuan pelajar ini perlu diambil kira oleh guru kerana dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, domain psikomotor iaitu koordinasi mata, tangan dan mental mempengaruhi hasil kerja
mereka.

RUMUSAN:
Usaha membangunkan minda komuniti pelajar Orang Asli sebagai satu langkah untuk mencelikkan budaya
pembelajaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Golongan pendidik merupakan agen perubahan budaya
pembelajaran Orang Asli. Memberi penekanan secara paksaan untuk pembentukan budaya pembelajaran yang
positif adalah satu usaha yang sukar dan kejayaan payah dicapai dalam masa yang singkat. Diharap pendekatan
Lansing (1971) dapat membantu pelajar Orang Asli meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah,
seterusnya mengamalkan nilai-nilai seni dalam kehidupan mereka seperti pendapat Lansing:293,”...... by
recognizing and naming the formal elements in art and in the rest of the visual enviroment......”. (pelajar pada
tahap ini berupaya untuk bertindak sebagai pecinta seni dan kehidupan).
Ditulis oleh: Siti Hayati bt Haji Mohd Yusoff

More Related Content

What's hot

Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuCik BaCo
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationumiefatiya
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifZauhari Hussein
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedAmie Joan Juanis
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajarankrys73
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendahStar Ng
 

What's hot (20)

Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Assessment 1
Assessment 1Assessment 1
Assessment 1
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Dewinta etika pdf
Dewinta etika pdfDewinta etika pdf
Dewinta etika pdf
 

Similar to Bahan Internet Budaya

strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitaTjoetnyak Izzatie
 
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...regiandira739
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Harsidi Side
 
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKPELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKEvaniaYafie
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...sushanblue
 
1261 article text-3266-3-10-20201114
1261 article text-3266-3-10-202011141261 article text-3266-3-10-20201114
1261 article text-3266-3-10-20201114YoanAlfarezyIndra
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxHerdiluke
 
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Nur Alfiyatur Rochmah
 
Tesis Made Martin Rusmaja
Tesis Made Martin RusmajaTesis Made Martin Rusmaja
Tesis Made Martin Rusmajamartinrusmaja
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahKun Hidayaturrahman
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beliMelly PMI
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikansemua17an
 

Similar to Bahan Internet Budaya (20)

strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKPELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
 
1261 article text-3266-3-10-20201114
1261 article text-3266-3-10-202011141261 article text-3266-3-10-20201114
1261 article text-3266-3-10-20201114
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Kurikulum 2013
Kurikulum 2013Kurikulum 2013
Kurikulum 2013
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
 
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
Menyingkap Model Sosiologi Komunikasi Antara Guru dan Siswa di SLB Karya Muli...
 
Tesis Made Martin Rusmaja
Tesis Made Martin RusmajaTesis Made Martin Rusmaja
Tesis Made Martin Rusmaja
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beli
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikan
 

Bahan Internet Budaya

  • 1. Bahan internet budaya http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm dimuat turun pada 03 Januari 2010 http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Nik%20Hassan%20Shuhaimi%20Nik%20Abd%20Rahman.pdf dimuat turun pada 05 Januari 2010 http://zulhilmiharon.blogspot.com/2009/11/pelbagaikan-kaedah-p.html dimuat turun pada 05 Januari 2010 http://skbgemuruh.blogspot.com/2009/03/strategi-pengajaran-1.html dimuat turun pada 05 Januari 2010 http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/budaya-pemikiran-pelajar-orang-asli.html dimuat turun pada 06 Januari 2010 http://www.sazlie.com/bahan/PendekatanKaedahTeknik.pdf asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin. KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid. Kaedah P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit. Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.
  • 2. Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka. Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan. Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu. Setiap kelompok murid terbabit memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat. Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M. Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan bersesuaian. Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka gagal menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli. Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru. Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah. PENGAJARAN menerusi lagu atau alat muzik sesuai untuk murid Orang Asli. Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya. Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir. (petikan diambil dari Berita Harian : 4 nov 2009)
  • 3. Posted by Zulhilmi at 7:52 PM Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara- cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. ****************************************************************************** BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI MEMBANTUT PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DISMK TAPAH.CADANGAN MENGATASI PENDAHULUAN: Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat Orang Asli. Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daripada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian. DEFINISI BUDAYA DAN BUDAYA PEMIKIRAN PELAJAR ORANG ASLI: Merujuk kepada Kamus Dewan, Budaya ialah; a) Tamadun b) Peradaban c) Kemajuan fikiran, akal budi(cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural. i) Aspek Kognitif: Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengatasi masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (Alang Sabak, NGO : Orang Asli) ii) Aspek Afektif:
  • 4. Melibatkan perasaan (emosi) dalaman pada individu Orang Asli yang kita tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan pelajar Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibubapa. Ibubapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar. iii) Aspek Behavioural Ini berkaitan dengan tingkahlaku/reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri-ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut; a) Pemalu dan berasa rendah diri. Ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini. b) Mencintai kesenian, oleh kerana itu sekiranya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan/Kokurikulum dan sebagai mereka paling suka mengambil bahagaian terutama dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar asli kebanyakannya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram. c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika dapat menikmati hari hujan. Disebabkan keadaan seumpama itu, mereka tidak menitik- beratkan pendidikan, kesihaan dan kebersihandiri. d) Namun begitu masyarakat Orang Asli amat mementingkan warisan kraftangan, sambil bersantai mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk hiasan juga kegunaan seharian. e) Sikap masyarakat Orang Asli yang tebal dengan kepercayaan ’animisme’, percaya kepada kuasa ghaib dan berpegang teguh kepada adat. (Hukum Sayeit). Justeru faktor-faktor dalaman (budaya pemikiran) inilah seharusnya diselami oleh guru dan pihak pentadbir untuk menjadikan sifat kognitif, afektif dan behavioural pelajar Orang Asli menjadi positif dan mampu bersaing dengan pelajar daripada komuniti lain. FAKTOR -FAKTOR MEMPENGARUHI BUDAYA PEMIKIRAN ORANG ASLI: Antara beberapa faktor utama yang memberi kesan terhadap budaya pemikiran Orang Asli ialah seperti berikut: a) Hukum Sayeit- ibubapa mesti mengikut kerenah anak-anak untuk mengelakkan mereka jatuh sakit atau ditimpa bencana. Masyarakat Orang Asli amat sayang kepada anak-anak mereka dan mengikut semua kehendak anak adalah perkara utama dalam kehidupan mereka. Kesan negatif kepada anak-anak menjadikan mereka terlalu manja dan boleh berbuat sesuka hati termasuk tidak hadir ke sekolah. b) Masyarakat Orang Asli yang sudah berada dalam ”zon selesa”-mereka tidak perlu membayar sebarang cukai tanah atau pintu, tidak perlu membeli barangan keperluan seperti makanan dan minuman kerana bertani dan berburu merupakan sumber mata pencarian mereka. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli, mereka tidak perlu tahap pencapaian akademik yang tinggi dan cemerlang. Ini kerana tanpa perlu bersusah payah belajar pun mereka masih mampu mendapat makanan, minuman dan keperluan lain seperi ibubapa mereka. c) Sikap masyarakat Orang Asli yang mudah tersinggung(sensitif) – pertuturan perlu sentiasa dijaga kerana masyarakat Orang Asli tidak fasih berbahasa Melayu kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kehidupan mereka. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli, apabila ditegur guru mereka berasa cepat tersinggung dan situasi ini mendorong kepada masalah ponteng sekolah pula. d) Mendapat hasil tangkapan dari berburu dan bertani dalam tempoh singkat tanpa perlu menunggu lama - ibubapa pelajar Orang Asli mendapat keperluan seharian dalam tempoh sehari, pergi pada waktu pagi dan akan membawa pulang hasil pada sebelah petang. Begitu juga jika memancing, sebelum petang hasil tangkapan sudah diperolehi. Paling lama menanam padi dalam tempoh 3-6 bulan sudah mendapat hasil tuaian. Begitu juga hasil hutan yang mudah didapati. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka perlu menghabiskan masa dalam
  • 5. dunia pendidikan sekurang-kurangnya 15 tahun atau lebih yang sememangnya jangka masa panjang yang tidak digemari oleh mereka. Minda mereka telah terpengaruh dengan cara kehidupan keluarga mereka. e) Kebebasan tanpa peraturan– satu lagi kegiatan yang dianggap mempengaruhi budaya pembelajaran pelajar Orang Asli ialah masyarakat Orang Asli sendiri yang mempunyai aktiviti menebang hutan, menanam padi huma, ubi kayu dan sebagainya tanpa had masa yang telah ditetapkan. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka berasa peraturan-peraturan (disiplin) di sekolah menyekat kebebasan mereka. Sistem persekolahan yang sistematik menyebab mereka tidak betah berada di dalam kelas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berterusan yang panjang dari pagi hingga tengahari. f) Budaya ”sharing society”(semangat gotong royong) – semangat bergotong royong (bekerja dalam kumpulan) merupakan kegiatan yang mempengaruhi budaya pembelajaran pelajar Orang Asli. Mereka bukan materialistik. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka tidak suka jika sesuatu aktiviti seni itu dilakukan secara individu sebaliknya jika dilakukan dalam kumpulan, mereka akan lebih menonjol. Guru perlu menyusun prosedur aktiviti secara terancang dengan memasukkan sejarah seni, gubahan karya, dan nilai seni itu sendiri. Pelajar Orang Asli ini suka dan leka berbual kosong, di kesempatan ini guru perlu mengambil peluang untuk bercerita sambil memasukkan elemen-elemen seni tadi. Secara tidak langsung ianya dapat meningkat pengamatan pelajar Orang Asli ini(domain kognitif). Sebagai contoh berkaitan kraf, guru boleh bercerita tentang sejarah kraf, nilai kraf, gubahan kraf, tokoh kraf,, falsafah kraf dan sebagainya. Dari aspek domain afektif, guru perlu wujudkan budaya sedia bekerja keras, disiplin yang tinggi, yakin boleh menghasilkan sesuatu dan rajin berusaha kerana semua faktor dinyatakan menjadi pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar. Tembok yang sedia ada di kalangan pelajar Orang Asli yang tidak pandai berdikari menyebabkan mereka tidak suka kepada aktiviti individu. Mereka akan berasa tertekan dan tidak mahu menyiapkan tugasan. Ini disebabkan ”sharing society” yang diwarisi sejak dahulu mempengaruhi budaya pemikiran mereka. Guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan tetapi dalam bilangan yang kecil kerana untuk mengubah sesuatu yang yang sebati dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka perlu diberi pendedahan untuk berfikir secara terbuka. Menurut Geoffrey Caine dan Renata Numella Caine(2001:Petikan diambil dari rujukan perpustakaan Negara Malysia PPK) ada menyatakan, ”........the mind seeks meaning through searching for relationships that make sense and fit with past experience....” Pelajar Orang Asli ini juga akan memberontak sekiranya dipaksa melakukan sesuatu aktiviti/gerakerja yang menyekat kebebasan mereka seperti mematuhi prosedur membuat anyaman atau mengukir secara berperingkat. Peraturan ini membuat mereka berasa terikat sedangkan mereka lebih suka melakukan aktiviti secara bersantai. Perlakuan pelajar ini perlu diambil kira oleh guru kerana dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, domain psikomotor iaitu koordinasi mata, tangan dan mental mempengaruhi hasil kerja mereka. RUMUSAN: Usaha membangunkan minda komuniti pelajar Orang Asli sebagai satu langkah untuk mencelikkan budaya pembelajaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Golongan pendidik merupakan agen perubahan budaya pembelajaran Orang Asli. Memberi penekanan secara paksaan untuk pembentukan budaya pembelajaran yang positif adalah satu usaha yang sukar dan kejayaan payah dicapai dalam masa yang singkat. Diharap pendekatan Lansing (1971) dapat membantu pelajar Orang Asli meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, seterusnya mengamalkan nilai-nilai seni dalam kehidupan mereka seperti pendapat Lansing:293,”...... by recognizing and naming the formal elements in art and in the rest of the visual enviroment......”. (pelajar pada tahap ini berupaya untuk bertindak sebagai pecinta seni dan kehidupan).
  • 6. Ditulis oleh: Siti Hayati bt Haji Mohd Yusoff