2. JENIS AYAT
Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat
bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat
jenis.
i. Ayat penyata
ii. Ayat tanya
iii. Ayat perintah
iv. Ayat seruan
3. AYAT PENYATA
Ayat Penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat
satu pernyataan.
Ayat Penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu hal.
5. AYAT PENYATA
Contoh Ayat Penyata.
• Nadiah jurutaip.
• Abdullah sedang tidur.
• Penjual ikan itu sentiasa tersenyum.
• Pokok di hadapan sekolah itu sangat tinggi.
6. AYAT TANYA
Ayat Penyata ialah ayat yang
digunakan dengan tujuan
menanyakan sesuatu hal.
Terdapat dua jenis ayat tanya :
a. Ayat tanya tanpa kata tanya.
b. Ayat tanya dengan unsur tanya.
7. AYAT TANYA
Ayat tanya tanpa kata tanya.
a. Encik Zul pengurus syarikat itu?
b. Dia terperanjat?
c. Emak membasuh kain?
d. Buah pisang itu belum masak?