1. 1. Memilih Satu Subjek Yang Betul-betul Dijiwai
Memilih subjek yang betul-betul dijiwai adalah memilih subjek yang benar-benar
menarik minat kita sendiri untuk memperkatakan tentangnya. Hal ini sangat penting
kerana ia akan sangat mempengaruhi ton suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka
semasa kita berucap. Mungkin kita tidak dapat merasakannya tapi audien menilai.
Semua elemen ini sangat penting dalam mencapai objektif kita untuk membuat para
audien yakin dan percaya dengan apa yang diperkatakan.
2. Mengetahui Fakta-fakta Penting Mengenai Subjek Yang Sedang Diperkatakan
Untuk memberi ucapan yang baik, kita haruslah mempunyai ilmu tentang apa yang
sedang kita perkatakan. Kita tidak boleh memperkatakan tentang sesuatu sedangkan
kita tidak tahu apa-apa tentangnya. Pastinya, sesuatu yang sangat memalukan akan
berlaku sekiranya seseorang menangkap kita mereka-reka fakta semata-mata untuk
menjadikan ucapan itu menarik. Ini akan menghancurkan kepercayaan audien kita
secara serta merta sepenuhnya.
3. Memulakan Ucapan Dengan Menyatakan Pendirian Kita
Pendirian kita boleh dinyatakan dalam bentuk objektif, pendapat, harapan atau ramalan
berkaitan dengan subjek yang diketengahkan. Apabila kita nyatakan pendirian kita,
audien akan mendapat bayangan awal tentang apa yang kita perkatakan dan mereka
akan lebih memahami isi-isi penting yang bakal kita selitkan dalam ucapan tersebut.
Huraian yang diberikan pula akan sentiasa menyokong pendirian itu. Lebih baik lagi jika
kita mengulang pendirian itu untuk beberapa kali.
4. Menyatakan Sebab-sebab Pendirian Itu Dipilih
Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Dalam membuatkan mereka
percaya, sifat inilah yang perlu digunakan sebaik mungkin kerana sifat ini membuatkan
audien lebih fokus dan berminat dengan isi ucapan. Setelah mendengar pendirian kita,
semestinya mereka akan tertanya-tanya sebab kepada pendirian itu, terutamanya
mereka yang mempunyai pendirian yang berbeza. Hal ini akan memastikan mereka
sentiasa berminat untuk mendengar hingga ke akhir ucapan.
5. Hiasilah Ucapan Anda
Selain perasaan ingin tahu, manusia juga adalah makhluk Allah yang mudah hilang
daya fokus. Mereka memerlukan elemen lain yang menjadikan ucapan lebih menarik
dan berkesan. Oleh itu, ucapan yang baik memerlukan sesuatu yang berbeza, bukan
sekadar ucapan mendatar semata-mata. Untuk 'menghias' sebuah ucapan, kita boleh
2. menggunakan klip video, gambar menarik, lagu dan sebagainya supaya ucapan kita
menjadi sebuah ucapan yang bervariasi dan tidak statik.
6. Pastikan Masa Yang Diambil Adalah Sesuai
Kajian menunjukkan, manusia hanya mampu fokus secara maksimum selama 2 jam.
Gunakan masa yang ada sebaiknya dengan tidak terbawa-bawa semasa berucap dan
tidak juga menghurai secara keterlaluan. Masa yang terlalu pendek menyebabkan
maksud sebenar tidak sampai kepada para penonton dan masa yang terlalu panjang
pula akan menyebabkan audien hilang minat untuk mendengar ucapan kita. Yang
penting, ucapan perlu ringkas tapi padat dengan isi.
7. Menggunakan Ton Suara Dan Bahasa Tubuh Yang Tepat
Jadilah orang yang mempunyai daya 'memikat' dan memujuk, bukan orang yang agresif
dan terlalu memaksa. Manusia tidak akan menggemari orang yang terlalu kasar atau
mendesak. Audienmemerlukan ruang untuk mempunyai pendapat sendiri dan tidak
harus merasakan mereka dipaksa untuk bersetuju dengan semua yang kita perkatakan.
Kita boleh menekankan suara pada waktu tertentu, bukan sepanjang masa supaya
audien selesa untuk terus mendengar.
8. Pandangan Mata Dengan Audien
Apabila berucap, mata kita memainkan peranan yang sangat penting. Pandangan mata
ke mata antara pemberi ucapan dengan audien akan membina hubungan antara
mereka; hubungan antara penyampai dengan penerima. Hubungan ini penting supaya
penerima dapat menerima segala input yang diberikan oleh penyampai dengan lebih
baik dan terbuka. Pandangan mata juga akan menunjukkan keyakinan yang ada pada
diri semasa kita berucap di hadapan khalayak ramai.
9. Membuat Ringkasan Dalam Proses Mengakhiri Ucapan
Ringkasan boleh dibuat dalam satu frasa, satu ayat atau satu perenggan. Ia dilakukan
untuk memberikan gambaran penuh tentang apa yang telah kita perkatakan semasa
berucap. Dalam ringkasan juga kita boleh mengulang pendirian yang kita nyatakan
pada permulaan ucapan supaya audien mengingatinya kembali di samping isi-isi
penting yang diambil daripada ucapan tersebut.
10. Menutup Dengan Sempurna
Penutup yang sempurna mempunyai beberapa elemen dan kita juga boleh memilih
elemen yang sesuai untuk mengkonklusikan ucapan yang diberikan. Kita boleh
mengulangi pendirian, menyatakan harapan dan mencadangkan penambahbaikan yang
3. boleh dilakukan. Penutup ini akan memberitahu audien objektif sebenar ucapan itu
diberikan dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--