Kempen bumi hijau

4,385 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Kempen bumi hijau

  1. 1. Adik-adik,salah satu kempen yang pernah dilancarkan oleh kerajaan dinegara kita ialah Kempen Bumi Hijau. Bolehkah adik-adik bayangkan Bumi Hijau? Apa yang tergambar difikiran adik-adik, mungkin rupa bentuk bumi yang menghijau. Hal inidemikian kerana bumi dipenuhi dengan pokok, hutan, atau tanaman. Jika demikian yang terbayang di fikiran adik-adik, gambarantersebut memang sudah boleh dianggap tepat dengan Bumi Hijau. Adik-adik, kempen Bumi Hijau ini sebenarnya dilancarkan olehkerajaan untuk menggalakkan bidang pertanian. Kerajaan mahumenggalakkan penduduk di negara kita memanfaatkan tanah dengansebaik-baiknya. Adik-adik, di negara kita ini masih terdapat begitu banyak tanahterbiar. Tahukah adik-adik apakah maksud tanah terbiar? Tanahterbiar, ialah tanah yang kosong, iaitu tanah yang tidak diusahakanuntuk pertanian dan sebagainya. Oleh yang demikian, kerajaan melancarkan Kempen Bumi Hijau.Kempen ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orangramai supaya menggunakan tanah untuk memajukan lagi bidangpertanian. Bidang pertanian bukan sahaja dapat menjadi sumber rezekikepada para petani, malah dapat menyumbangkan pendapatan kepadanegara. Adik-adik juga boleh menyahut seruan Kempen Bumi Hijau ini.Bagaimanakah caranya? Adik-adik boleh menanam sebarang jenis sayur-sayuran secara kecil-kecilan. Aktiviti ini tentulah sanggatmenyeronokkan. Malah, ibu bapa adik-adik tentu berasa bangga atasusaha adik-adik. Cubalah sekarang untuk menyahut seruan Kempen Bumi Hijau!

×