SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Setiap orang mesti mempunyai ayah.

    Mungkin ayah kita baik dengan kita atau sebaliknya. Kalau ayah kita
baik dengan kita, kita akan merasa bahagia. Berbangga dengan
kehadirannya. Beliau akan menjadi contoh teladan kepada kita. Kalau
ayah kita menjadi contoh teladan kepada kita, ini bererti kita akan
cuba meniru cara dia bertingkahlaku dan bercakap. Malahan, kita akan
berfikir mengikut cara ayah kita berfikir.

   Setengah daripada kita mungkin tidak begitu mesra dengan
ayahnya. Ini mungkin kerana ayahnya sibuk dengan tugas dan jarang
berada di rumah. Mungkin juga kerana ayah kita sudah pun berpisah
dengan emak kita. Beliau tidak lagi tinggal bersama kita.

   Mungkin ayah kita bukan sebagaimana yang kita mengharapkan.

    Kita mendapati ayah kita tidak sebaik ayah rakan kita. Beliau tidak
semesra ayah rakan kita. Tidak semurah hati sebagaimana ayah rakan
kita. Kita berasa kecewa dan sentiasa berharap agar ayah kita menjadi
lebih baik daripada ayah orang lain. Namun hakikatnya, ayah kita tidak
begitu. Beliau tidak menjadi seorang ayah yang sebagaimana kita
mengharapkan.

     Bagi mereka yang telah pun berpisah dengan ayah mereka, mereka
tidak dapat bercakap dan berbincang dengan ayah mereka. Malahan,
mungkin untuk membayangkan wajah ayah mereka pun menjadi sukar.
Ini adalah kerana mereka telah bepisah dengan ayah mereka sejak kecil
lagi.

   Oleh itu, beruntunglah anak-anak yang masih ada ayahnya bersama
mereka. Mereka masih dapat menatap wajah ayahnya walau pun ayah
mereka tidak sebaik yang diharapkan.

   Sesungguhnya setiap orang mempunyai ayah masing-masing. Adalah
mustahil untuk seseorang dilahirkan ke muka bumi ini tanpa ayah.
Kecuali dengan izin Tuhan, sebagaimana yang berlaku ke atas Nabi Isa
alaihissalam. Darah yang mengalir dalam tubuh kita, sebahagiannya
adalah darah daripada ayah kita.

    Setiap orang ayah sebenarnya sentiasa berharap untuk mempunyai
anaknya sendiri. Walaupun ayah kita sudah berpisah dengan ibu, ayah
kita tetap menaruh harapan tertentu terhadap kita.

    Cuba bayangkan, kalau ayah kita sudah meninggal dunia. Apakah
harapan ayah tiri kita terhadap kita sebagai anaknya? Terdapat banyak
kemungkinan dan pilihan yang mungkin ayah kita akan beranggapan
terhadap diri kita.

    Namun demikian, ayah kita tidak mungkin mengharapkan kita
menjadi seorang anak yang jahat, bodoh dan malas. Suka bertingkah
laku memusnahkan harta benda, mengkhianati orang lain, dan dibenci
oleh masyarakat.

  Pastinya ayah kita berharap kita akan menjadi lebih berjaya daripada
apa yang diharapkan oleh beliau.

    Kalau ayah kita ialah seorang guru, sudah tentu dia mengharapkan
kita menjadi seorang guru besar yang berpangkat lebih tinggi
daripadanya. Kalau ayah kita ialah seorang mekanik, tidaklah hairan dia
berharap kita boleh bekerja pada tahap yang lebih baik daripadanya.
Misalnya, sebagai seorang jurutera atau jurutera pakar.

    Kalau ayah kita berkelulusan setakat SPM, pastinya dia
mengharapkan kita boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. Umpamanya,
mendapat ijazah daripada universiti. Malahan, kalau ayah kita ialah
seorang jutawan sekali pun, dia masih berharap kita akan menjadi
jutawan yang lebih berjaya daripadanya.

   Harapan seorang ayah pastinya sentiasa berada pada suatu tahap
yang lebih baik. Namun demikian, ayah kita mungkin gagal untuk
menyatakan harapannya kepada kita, walaupun dalam hatinya sentiasa
bergolak untuk menyatakan sedemikan.

    Kalau kita lihat di sekeliling kita, bukan semua orang mampu berada
pada tahap yang lebih baik daripada kedudukan ayahnya. Perkara ini
sudah tentu mengecewakan ayahnya. Namun, ayahnya tetap menaruh
harapan agar suatu hari nanti anaknya itu akan berada pada tahap yang
lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan kedudukannya
sekarang.

   Malang lagi, jika ada anak-anaknya yang terus memilih jalan yang
gagal dalam hidupnya seperti menjadi seorang penjenayah, penagih
dadah atau menjalani hidup yang merempat.

    Harapan seorang ayah terhadap anak yang sedemikian, tentunya
hancur berkecai, walaupun si ayah itu sendiri merupakan seorang
penjenayah, penagih dadah atau seorang yang hidup merempat. Hati
seorang ayah pastinya inginkan anaknya tidak meneruskan kehidupan
'hina' yang dilaluinya seperti menagih dadah, melakukan perbuatan
jenayah atau merempat di sana sini yang seterusnya dibenci oleh
masyarakat.

   Kalau boleh, biarlah anak-anaknya menjalani hidup yang lebih baik.
Menjadi seorang manusia yang diterima oleh masyarakat tanpa
mendapat cemuhan dan kebencian daripada orang ramai.

    Kalau seorang ayah yang berjaya, mendapati anaknya jatuh ke
lembah kehinaan seperti yang disebutkan di atas, si ayah tentunya akan
berusaha dengan caranya sendiri untuk menyelamatkan anaknya tadi
daripada terus mendapat malu dan penghinaan.

    Ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan harta benda dan
kekayaan semata-mata untuk memulihkan anak-anak mereka yang telah
terjebak dalam kancah dadah. Pernah juga kita mendengar, kisah
seorang bapa yang meminta pertolongan daripada orang ramai menerusi
akhbar, agar pembedahan terhadap anaknya yang sakit dapat dilakukan.

    Semua ini membuktikan, betapa besar dan sucinya kasih sayang
seorang bapa terhadap anak-anak mereka.



 Memikirkan harapan seorang ayah terhadap kita, adalah amat wajar
agar kita perlu memikir mengenai kehidupan kita sendiri. Kalau ayah
inginkan kita berada pada tahap yang lebih baik, tentunya adalah lebih
baik jika kita sendiri turut berusaha untuk mencapai tahap yang lebih
baik itu.

    Bagi mencapai tahap itu, tentunya kita terpaksa bekerja keras
setiap masa. Jadikan bekerja keras seperti belajar bersungguh-
sungguh, rajin membuat kerja rumah, dan suka menolong ayah atau ibu
di rumah sebahagian daripada amalan hidup kita.

    Elakkan diri kita daripada sifat mudah jemu, malas, inginkan
keseronokan semata-mata atau sentiasa berdukacita. Jadikanlah
amalan ini sebagai pantang larang dalam hidup kita. Kuatkan ibadat kita
kepada Tuhan, rajin berdoa, pegang kepada nilai-nilai baik dan murni
dalam menjalani kehidupan seharian.

     Sudah tentu diri kita sentiasa terkawal dan tidak terpesong ke
jalan yang sesat dan menyesalkan. Kita tidak akan terjatuh ke lembah
perbuatan yang hina seperti melakukan jenayah, mengkhianati orang
lain, menagih dadah atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
nilai masyarakat dan agama.

    Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian. Mereka
mempunyai akal fikiran untuk memilih jalan yang baik atau buruk.
Harapan seorang ayah tentunya inginkan anaknya menjadi seorang yang
baik dan bukan menjadi seorang yang buruk perangai serta
tingkahlakunya. Kebahagiaan hidup yang sebenar ada pada kebaikan dan
bukannya pada perlakuan yang buruk.
Anda adalah seorang anak yang bijak. Buatlah pilihan yang terbaik
untuk hidup anda dan penuhilah harapan ayah anda. Walau pun ayah
anda bukan seorang ayah baik yang sebagaimana anda harapkan, tetapi
anda adalah seorang anak yang baik.

More Related Content

Similar to Harapan Seorang Ayah Terhadap Anaknya

Tips tips menjadi anak sholeh
Tips tips menjadi anak sholehTips tips menjadi anak sholeh
Tips tips menjadi anak sholehMuthia Mädchen
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Express.com4
 
Our Feeling To You (in Indonesian)
Our Feeling To You (in Indonesian)Our Feeling To You (in Indonesian)
Our Feeling To You (in Indonesian)hulwanadalili
 
pidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxpidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxmeyanda1
 
Berbakti Kepada orang tua
Berbakti Kepada orang tuaBerbakti Kepada orang tua
Berbakti Kepada orang tuaDapikin
 
2. keutamaan merawat ibu
2. keutamaan merawat ibu2. keutamaan merawat ibu
2. keutamaan merawat ibuAli Ahyadi
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Titisnur
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)misbahulfuad
 
Kenang jasa
Kenang jasaKenang jasa
Kenang jasajdie17
 
Sekedar Tulisan
Sekedar TulisanSekedar Tulisan
Sekedar TulisanDavid Tan
 
Sekedar Tulisan
Sekedar TulisanSekedar Tulisan
Sekedar TulisanDavid Tan
 
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docx
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docxKHUTBAH_IDUL_FITRI.docx
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docxIkhwanudin18
 

Similar to Harapan Seorang Ayah Terhadap Anaknya (20)

Tips tips menjadi anak sholeh
Tips tips menjadi anak sholehTips tips menjadi anak sholeh
Tips tips menjadi anak sholeh
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Our Feeling To You (in Indonesian)
Our Feeling To You (in Indonesian)Our Feeling To You (in Indonesian)
Our Feeling To You (in Indonesian)
 
Surat Untuk Negarawan Muda
Surat Untuk Negarawan MudaSurat Untuk Negarawan Muda
Surat Untuk Negarawan Muda
 
Pidato perpisahan
Pidato perpisahanPidato perpisahan
Pidato perpisahan
 
pidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxpidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docx
 
Berbakti Kepada orang tua
Berbakti Kepada orang tuaBerbakti Kepada orang tua
Berbakti Kepada orang tua
 
Pidato Remaja
Pidato RemajaPidato Remaja
Pidato Remaja
 
2. keutamaan merawat ibu
2. keutamaan merawat ibu2. keutamaan merawat ibu
2. keutamaan merawat ibu
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
 
Kenang jasa
Kenang jasaKenang jasa
Kenang jasa
 
Sekedar Tulisan
Sekedar TulisanSekedar Tulisan
Sekedar Tulisan
 
Sekedar Tulisan
Sekedar TulisanSekedar Tulisan
Sekedar Tulisan
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docx
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docxKHUTBAH_IDUL_FITRI.docx
KHUTBAH_IDUL_FITRI.docx
 

More from fardzli71

Kefahaman dialog
Kefahaman dialogKefahaman dialog
Kefahaman dialogfardzli71
 
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6fardzli71
 
B.melayu penulisan2008
B.melayu penulisan2008B.melayu penulisan2008
B.melayu penulisan2008fardzli71
 
Amalan baik bahagian c belum bincang
Amalan baik bahagian c  belum bincangAmalan baik bahagian c  belum bincang
Amalan baik bahagian c belum bincangfardzli71
 
Amalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cAmalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cfardzli71
 
Baca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah iniBaca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah inifardzli71
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murnifardzli71
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membacafardzli71
 
Berkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalBerkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalfardzli71
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggifardzli71
 
Kempen bumi hijau
Kempen bumi hijauKempen bumi hijau
Kempen bumi hijaufardzli71
 
Kalau anda sayangkan ibu
Kalau anda sayangkan ibuKalau anda sayangkan ibu
Kalau anda sayangkan ibufardzli71
 
Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapaBerbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapafardzli71
 
Belajar cara satu
Belajar cara satuBelajar cara satu
Belajar cara satufardzli71
 
Belajar cara dua
Belajar cara duaBelajar cara dua
Belajar cara duafardzli71
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggifardzli71
 
Belajar cara tiga
Belajar cara tigaBelajar cara tiga
Belajar cara tigafardzli71
 
Berfikiran positif
Berfikiran positifBerfikiran positif
Berfikiran positiffardzli71
 
Adab belajar
Adab belajarAdab belajar
Adab belajarfardzli71
 

More from fardzli71 (20)

Kefahaman dialog
Kefahaman dialogKefahaman dialog
Kefahaman dialog
 
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
 
B.melayu penulisan2008
B.melayu penulisan2008B.melayu penulisan2008
B.melayu penulisan2008
 
Amalan baik bahagian c belum bincang
Amalan baik bahagian c  belum bincangAmalan baik bahagian c  belum bincang
Amalan baik bahagian c belum bincang
 
Amalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cAmalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian c
 
Baca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah iniBaca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah ini
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
 
Hari guru
Hari guruHari guru
Hari guru
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membaca
 
Berkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalBerkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakal
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
 
Kempen bumi hijau
Kempen bumi hijauKempen bumi hijau
Kempen bumi hijau
 
Kalau anda sayangkan ibu
Kalau anda sayangkan ibuKalau anda sayangkan ibu
Kalau anda sayangkan ibu
 
Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapaBerbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapa
 
Belajar cara satu
Belajar cara satuBelajar cara satu
Belajar cara satu
 
Belajar cara dua
Belajar cara duaBelajar cara dua
Belajar cara dua
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
 
Belajar cara tiga
Belajar cara tigaBelajar cara tiga
Belajar cara tiga
 
Berfikiran positif
Berfikiran positifBerfikiran positif
Berfikiran positif
 
Adab belajar
Adab belajarAdab belajar
Adab belajar
 

Harapan Seorang Ayah Terhadap Anaknya

  • 1. Setiap orang mesti mempunyai ayah. Mungkin ayah kita baik dengan kita atau sebaliknya. Kalau ayah kita baik dengan kita, kita akan merasa bahagia. Berbangga dengan kehadirannya. Beliau akan menjadi contoh teladan kepada kita. Kalau ayah kita menjadi contoh teladan kepada kita, ini bererti kita akan cuba meniru cara dia bertingkahlaku dan bercakap. Malahan, kita akan berfikir mengikut cara ayah kita berfikir. Setengah daripada kita mungkin tidak begitu mesra dengan ayahnya. Ini mungkin kerana ayahnya sibuk dengan tugas dan jarang berada di rumah. Mungkin juga kerana ayah kita sudah pun berpisah dengan emak kita. Beliau tidak lagi tinggal bersama kita. Mungkin ayah kita bukan sebagaimana yang kita mengharapkan. Kita mendapati ayah kita tidak sebaik ayah rakan kita. Beliau tidak semesra ayah rakan kita. Tidak semurah hati sebagaimana ayah rakan kita. Kita berasa kecewa dan sentiasa berharap agar ayah kita menjadi lebih baik daripada ayah orang lain. Namun hakikatnya, ayah kita tidak begitu. Beliau tidak menjadi seorang ayah yang sebagaimana kita mengharapkan. Bagi mereka yang telah pun berpisah dengan ayah mereka, mereka tidak dapat bercakap dan berbincang dengan ayah mereka. Malahan, mungkin untuk membayangkan wajah ayah mereka pun menjadi sukar. Ini adalah kerana mereka telah bepisah dengan ayah mereka sejak kecil lagi. Oleh itu, beruntunglah anak-anak yang masih ada ayahnya bersama mereka. Mereka masih dapat menatap wajah ayahnya walau pun ayah mereka tidak sebaik yang diharapkan. Sesungguhnya setiap orang mempunyai ayah masing-masing. Adalah mustahil untuk seseorang dilahirkan ke muka bumi ini tanpa ayah.
  • 2. Kecuali dengan izin Tuhan, sebagaimana yang berlaku ke atas Nabi Isa alaihissalam. Darah yang mengalir dalam tubuh kita, sebahagiannya adalah darah daripada ayah kita. Setiap orang ayah sebenarnya sentiasa berharap untuk mempunyai anaknya sendiri. Walaupun ayah kita sudah berpisah dengan ibu, ayah kita tetap menaruh harapan tertentu terhadap kita. Cuba bayangkan, kalau ayah kita sudah meninggal dunia. Apakah harapan ayah tiri kita terhadap kita sebagai anaknya? Terdapat banyak kemungkinan dan pilihan yang mungkin ayah kita akan beranggapan terhadap diri kita. Namun demikian, ayah kita tidak mungkin mengharapkan kita menjadi seorang anak yang jahat, bodoh dan malas. Suka bertingkah laku memusnahkan harta benda, mengkhianati orang lain, dan dibenci oleh masyarakat. Pastinya ayah kita berharap kita akan menjadi lebih berjaya daripada apa yang diharapkan oleh beliau. Kalau ayah kita ialah seorang guru, sudah tentu dia mengharapkan kita menjadi seorang guru besar yang berpangkat lebih tinggi daripadanya. Kalau ayah kita ialah seorang mekanik, tidaklah hairan dia berharap kita boleh bekerja pada tahap yang lebih baik daripadanya. Misalnya, sebagai seorang jurutera atau jurutera pakar. Kalau ayah kita berkelulusan setakat SPM, pastinya dia mengharapkan kita boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. Umpamanya, mendapat ijazah daripada universiti. Malahan, kalau ayah kita ialah seorang jutawan sekali pun, dia masih berharap kita akan menjadi jutawan yang lebih berjaya daripadanya. Harapan seorang ayah pastinya sentiasa berada pada suatu tahap yang lebih baik. Namun demikian, ayah kita mungkin gagal untuk
  • 3. menyatakan harapannya kepada kita, walaupun dalam hatinya sentiasa bergolak untuk menyatakan sedemikan. Kalau kita lihat di sekeliling kita, bukan semua orang mampu berada pada tahap yang lebih baik daripada kedudukan ayahnya. Perkara ini sudah tentu mengecewakan ayahnya. Namun, ayahnya tetap menaruh harapan agar suatu hari nanti anaknya itu akan berada pada tahap yang lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan kedudukannya sekarang. Malang lagi, jika ada anak-anaknya yang terus memilih jalan yang gagal dalam hidupnya seperti menjadi seorang penjenayah, penagih dadah atau menjalani hidup yang merempat. Harapan seorang ayah terhadap anak yang sedemikian, tentunya hancur berkecai, walaupun si ayah itu sendiri merupakan seorang penjenayah, penagih dadah atau seorang yang hidup merempat. Hati seorang ayah pastinya inginkan anaknya tidak meneruskan kehidupan 'hina' yang dilaluinya seperti menagih dadah, melakukan perbuatan jenayah atau merempat di sana sini yang seterusnya dibenci oleh masyarakat. Kalau boleh, biarlah anak-anaknya menjalani hidup yang lebih baik. Menjadi seorang manusia yang diterima oleh masyarakat tanpa mendapat cemuhan dan kebencian daripada orang ramai. Kalau seorang ayah yang berjaya, mendapati anaknya jatuh ke lembah kehinaan seperti yang disebutkan di atas, si ayah tentunya akan berusaha dengan caranya sendiri untuk menyelamatkan anaknya tadi daripada terus mendapat malu dan penghinaan. Ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan harta benda dan kekayaan semata-mata untuk memulihkan anak-anak mereka yang telah terjebak dalam kancah dadah. Pernah juga kita mendengar, kisah seorang bapa yang meminta pertolongan daripada orang ramai menerusi
  • 4. akhbar, agar pembedahan terhadap anaknya yang sakit dapat dilakukan. Semua ini membuktikan, betapa besar dan sucinya kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anak mereka. Memikirkan harapan seorang ayah terhadap kita, adalah amat wajar agar kita perlu memikir mengenai kehidupan kita sendiri. Kalau ayah inginkan kita berada pada tahap yang lebih baik, tentunya adalah lebih baik jika kita sendiri turut berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik itu. Bagi mencapai tahap itu, tentunya kita terpaksa bekerja keras setiap masa. Jadikan bekerja keras seperti belajar bersungguh- sungguh, rajin membuat kerja rumah, dan suka menolong ayah atau ibu di rumah sebahagian daripada amalan hidup kita. Elakkan diri kita daripada sifat mudah jemu, malas, inginkan keseronokan semata-mata atau sentiasa berdukacita. Jadikanlah amalan ini sebagai pantang larang dalam hidup kita. Kuatkan ibadat kita kepada Tuhan, rajin berdoa, pegang kepada nilai-nilai baik dan murni dalam menjalani kehidupan seharian. Sudah tentu diri kita sentiasa terkawal dan tidak terpesong ke jalan yang sesat dan menyesalkan. Kita tidak akan terjatuh ke lembah perbuatan yang hina seperti melakukan jenayah, mengkhianati orang lain, menagih dadah atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai masyarakat dan agama. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian. Mereka mempunyai akal fikiran untuk memilih jalan yang baik atau buruk. Harapan seorang ayah tentunya inginkan anaknya menjadi seorang yang baik dan bukan menjadi seorang yang buruk perangai serta tingkahlakunya. Kebahagiaan hidup yang sebenar ada pada kebaikan dan bukannya pada perlakuan yang buruk.
  • 5. Anda adalah seorang anak yang bijak. Buatlah pilihan yang terbaik untuk hidup anda dan penuhilah harapan ayah anda. Walau pun ayah anda bukan seorang ayah baik yang sebagaimana anda harapkan, tetapi anda adalah seorang anak yang baik.