SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
IKHTIAR HIDUP 
ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang 
selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang 
itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan 
seterusnya berlaku. 
5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup 
Api 
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada 
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau 
binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan 
diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan 
api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa 
peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba 
berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk 
digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, 
kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara 
membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun 
api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan 
membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding 
seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda 
dapat menerima pemanasan dari belakang. 
Perlindungan 
Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, 
sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu 
badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian 
yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya 
lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat 
dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga 
untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya 
(seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah 
sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat 
tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak 
daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan 
sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi 
konsentrasi haba di dalam badan.
Isyarat 
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk 
meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel 
boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk 
segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada 
merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila 
terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya 
Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian 
mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic 
(rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari 
kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau 
pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan 
tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai 
cara pertama mereka untuk memerhati. 
Makanan/Air 
Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya 
mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum 
air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari 
lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan 
sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya 
membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan 
makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas 
yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada 
setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit 
atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. 
Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar 
daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul -betul kehabisan air baru hendak 
mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-
buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan 
menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas 
permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka. 
Pertolongan Cemas. 
Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan 
tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang 
anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud 
Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak 
apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR 
SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan 
sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit 
kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi 
ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan
perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. 
Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang 
difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya 
bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk 
terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju 
panas atau "spaceblanket".
MEMASAK TELUR BERSALUT TANAH
ASAS MASAKAN HUTAN 
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. 
Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk 
membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat 
dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa 
kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan 
belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan 
alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan 
dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan 
ringan. 
Resipi Pertama - Roti lilit 
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan 
buluh yang telah dibersihkan. 
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan 
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi 
doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan 
kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu 
tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. 
Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua 
bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas 
daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang 
berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk 
meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin. 
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api 
1. melindungi tiupan angin 
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak 
3. kekemasan dapur bawah (tanah) 
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak 
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh 
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta 
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal 
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik) 
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus) 
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula 
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama 
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap 
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa 
Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun 
pandan. 
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang 
di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras 
yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa 
yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa 
berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika 
ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, 
masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih 
dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. 
Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat 
sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang 
dewasa. 
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh 
Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang 
muda. 
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga 
bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat
lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh 
dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh 
dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan 
asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras 
tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak 
ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk 
hidangan dua orang dewasa. 
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau 
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi. 
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di 
bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian 
isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk 
dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan 
basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan 
kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya 
tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan 
cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun 
pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi. 
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat 
Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai. 
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak 
terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. 
Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau 
meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu 
sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering 
dan merekah.
MASAKAN HUTAN

More Related Content

What's hot

Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri Azizi Ahmad
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanSeyla Ilysm
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 

What's hot (20)

Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri
Pengenalan dan perlembagaan pandu puteri
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Istiadat laung agong
Istiadat laung agongIstiadat laung agong
Istiadat laung agong
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Cara balutan anduh
Cara balutan anduhCara balutan anduh
Cara balutan anduh
 
Jenis jenis ikatan (knots)
Jenis jenis ikatan (knots)Jenis jenis ikatan (knots)
Jenis jenis ikatan (knots)
 
Simpulan dan ikatan2
Simpulan dan ikatan2Simpulan dan ikatan2
Simpulan dan ikatan2
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulan
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 

Similar to MASAKAN HUTAN

Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
Ikhtiar Hidup - Pembelajaran LuarIkhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
Ikhtiar Hidup - Pembelajaran LuarSANDRA CILLA ENDIRE
 
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptx
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptxMATERI_SURVIVAL_GP.056.pptx
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptxHidayatEfendi5
 
Seminar kesehatan Newstart
Seminar kesehatan NewstartSeminar kesehatan Newstart
Seminar kesehatan NewstartDavid Syahputra
 
Seminar kesehatan newstart
Seminar kesehatan newstartSeminar kesehatan newstart
Seminar kesehatan newstartLee Kelvin
 
Mengapa Harus Training Sea survival ?
Mengapa Harus Training Sea survival ?Mengapa Harus Training Sea survival ?
Mengapa Harus Training Sea survival ?MasDwi3
 
PPT CAREGIVER LANSIA.pptx
PPT CAREGIVER LANSIA.pptxPPT CAREGIVER LANSIA.pptx
PPT CAREGIVER LANSIA.pptxAyu Rahayu
 
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1Nurin Imanina
 
Pengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidupPengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hiduplisa206
 
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptxardianavita
 
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di LapanganShahrul Peshawar
 
Buku saku gempa 1-1
Buku saku gempa 1-1Buku saku gempa 1-1
Buku saku gempa 1-1Deniputra14
 
Perlengkapan mendaki
Perlengkapan mendakiPerlengkapan mendaki
Perlengkapan mendakiPandawa77
 
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptxAstriRoositaWulanPur
 
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptx
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptxPaparan Informal Caregiver Lansia.pptx
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptxnoviaestuparindra
 
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdf
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdfSCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdf
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdfdede yusuf
 
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kulinerHelmiHermawan4
 

Similar to MASAKAN HUTAN (20)

Ikhtiar hidup
Ikhtiar hidupIkhtiar hidup
Ikhtiar hidup
 
Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
Ikhtiar Hidup - Pembelajaran LuarIkhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
Ikhtiar Hidup - Pembelajaran Luar
 
Survival di alam
Survival di alamSurvival di alam
Survival di alam
 
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptx
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptxMATERI_SURVIVAL_GP.056.pptx
MATERI_SURVIVAL_GP.056.pptx
 
Seminar kesehatan Newstart
Seminar kesehatan NewstartSeminar kesehatan Newstart
Seminar kesehatan Newstart
 
Seminar kesehatan newstart
Seminar kesehatan newstartSeminar kesehatan newstart
Seminar kesehatan newstart
 
Mengapa Harus Training Sea survival ?
Mengapa Harus Training Sea survival ?Mengapa Harus Training Sea survival ?
Mengapa Harus Training Sea survival ?
 
PPT CAREGIVER LANSIA.pptx
PPT CAREGIVER LANSIA.pptxPPT CAREGIVER LANSIA.pptx
PPT CAREGIVER LANSIA.pptx
 
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
 
Pengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidupPengenalan ikhtiar hidup
Pengenalan ikhtiar hidup
 
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx
431957356-3-Orientasi-teknis-kesga-Caregiver-gel-2-ed-wh-pptx.pptx
 
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
15 Tips Kemanusiaan - Makan & Minum di Lapangan
 
Buku sakugempa
Buku sakugempaBuku sakugempa
Buku sakugempa
 
Buku saku gempa 1-1
Buku saku gempa 1-1Buku saku gempa 1-1
Buku saku gempa 1-1
 
Buku Saku Gempa
Buku Saku GempaBuku Saku Gempa
Buku Saku Gempa
 
Perlengkapan mendaki
Perlengkapan mendakiPerlengkapan mendaki
Perlengkapan mendaki
 
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx
1. FINAL_kegawatdaruratant_Perawatan_Umum_Lansia_- bu ely.pptx
 
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptx
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptxPaparan Informal Caregiver Lansia.pptx
Paparan Informal Caregiver Lansia.pptx
 
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdf
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdfSCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdf
SCOUTRESCUE 0915 materi dasar survival.pdf
 
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
 

More from Ceedrah Mohammad (20)

Mapping i nilam v2
Mapping i nilam v2Mapping i nilam v2
Mapping i nilam v2
 
Manual apdm
Manual apdmManual apdm
Manual apdm
 
Tulisan k10 pengukuhan
Tulisan k10 pengukuhanTulisan k10 pengukuhan
Tulisan k10 pengukuhan
 
Lisan k10.1
Lisan k10.1Lisan k10.1
Lisan k10.1
 
Lisan k9.3
Lisan k9.3Lisan k9.3
Lisan k9.3
 
Lisan k9.1
Lisan k9.1Lisan k9.1
Lisan k9.1
 
Penulisan zon sabah 2008
Penulisan zon sabah 2008Penulisan zon sabah 2008
Penulisan zon sabah 2008
 
Modul bm bekesan
Modul bm bekesanModul bm bekesan
Modul bm bekesan
 
Lisan k10.1
Lisan k10.1Lisan k10.1
Lisan k10.1
 
Lisan k9.3
Lisan k9.3Lisan k9.3
Lisan k9.3
 
Lisan k9.1
Lisan k9.1Lisan k9.1
Lisan k9.1
 
Bbm kh
Bbm khBbm kh
Bbm kh
 
Draf jawapan rph
Draf jawapan rphDraf jawapan rph
Draf jawapan rph
 
Bbm
BbmBbm
Bbm
 
Standard prestasi bm tahun 1
Standard prestasi bm tahun 1Standard prestasi bm tahun 1
Standard prestasi bm tahun 1
 
Label instrument bm tahun 1
Label instrument bm tahun 1Label instrument bm tahun 1
Label instrument bm tahun 1
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
 
1 dsp b malaysia tahun 3 sk 5 feb 2013 (1)
1 dsp b malaysia tahun 3 sk   5 feb 2013 (1)1 dsp b malaysia tahun 3 sk   5 feb 2013 (1)
1 dsp b malaysia tahun 3 sk 5 feb 2013 (1)
 
Bluberry chesee tart
Bluberry chesee tartBluberry chesee tart
Bluberry chesee tart
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 

MASAKAN HUTAN

  • 1. IKHTIAR HIDUP ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. 5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Api Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang. Perlindungan Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.
  • 2. Isyarat Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati. Makanan/Air Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul -betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-
  • 3. buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka. Pertolongan Cemas. Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan
  • 4. perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "spaceblanket".
  • 6.
  • 7. ASAS MASAKAN HUTAN Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan. Resipi Pertama - Roti lilit Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan. Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin. Kebaikkan Menggunakan Lubang Api 1. melindungi tiupan angin 2. mengawal bara api supaya tidak dipijak 3. kekemasan dapur bawah (tanah) 4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak 5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta 1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal 2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik) 3. perlukan sebuah kanta
  • 8. 4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus) 5. atau kapas sebagai bahan bantu mula 6. kelemahannya, mengambil masa yang lama 7. amat menguji kesabaran ahli pengakap Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun pandan. Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa. Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang muda. Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat
  • 9. lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa. Resipi Keempat - Masak telur dalam limau Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi. Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi. Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai. Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.