2. Content
Ice Breaking !
Penerangan Alam Sekitar
Kepentingan Udara Kepada Manusia
Kepentingan Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar
Apakah Bahan Yang Dapat Digunakan Semula ?
Empat Perkara Mudah Ini Mungkin Boleh Memberi Idea
Kitar Semula
3. Ice breaking
Name ≥ Nurin Imanina Bt Juni
Class ≥ 1 Ibnu Hayyan
D.O.B ≥ 29 6 2000 Gemini
Ambition ≥ Officer
Favourite f.d ≥ Sushi β Guava Juice
If you think sunshine brings you happiness, then
you haven't danced in the rain.
4. Kepentingan
Udara Kepada
Manusia
Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting
untuk pernafasan.
Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh
tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang
mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-
tumbuhan. Ini amatlah penting bagi manusia kerana
tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.
Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran.
6. Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan
kerana alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan manusia. Segala
pencemaran yang telah berlaku terhadap alam
sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan
sebagainya akan memberi kesan secara langsung
dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga
manusia itu sendiri.
Selain itu, air merupakan sumber yang paling
penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air
seperti membuang sampah dan sisa toksik ke
dalam sungai dan sebagainya akan memberikan
kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber
air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh
digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang
menggunakan air yang tercemar akan mendapat
penyakit yang membawa mudarat kepada kita.
Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar
sumber air yang kita perolehi selamat untuk
digunakan.
Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa
akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar
dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat
dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan
dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan
tidak stabil.
Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti
membenteras aktiviti pembalakan secara haram
dan membuat hutan simpan di tempat-tempat
tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga
dengan rapi.
Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini
dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi
banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang
sosial, ekonomi dan politik sejagat.
Namun secara tidak langsung, segala proses untuk
pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah
menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan
penurunan taraf kesihatan dan keselamatan
penduduk, penipisan lapisan ozon, penghapusan
hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.
Secara konklusinya, kepentingan pemuliharaan
dan pemeliharaan berdasarkan objektif pendidikan
konservasi amatlah penting untuk direalisasikan
oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar
akan lebih terjamin pada masa akan datang.
8. Beg Jinjing (Beg Plastik) Dan Beg Ikatan
Berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan
semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa
dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas
pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan
untuk mengikat wayar komputer.
Sampul Surat. Dengan melekatkan label baru pada
alamat penerima anda dapat menggunakan semula
sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh
juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat
nota.
Bekas Botol Kaca Dan Pasu. Dengan
membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh
menggunakannya semula sebagai bekas makanan
atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang
tidak diperlukan.
Surat Khabar, Kertas Kadbod Dan Pembalut
Beg Udara (Bubble Wrap). Boleh digunakan untuk
membungkus barang – barang apabila berpindah
rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang
mudah pecah.
9. Pakaian Lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain
seperti alas kusyen, sarung tangan dapur dan alas kaki.
Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh
didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak –
kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau
untuk projek kraftangan.
Kertas-Kertas Terpakai. Boleh digunakan untuk
membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk
mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya
lagi!
Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula
atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman
permainan kanak-kanak.
Kayu-Kayu Terpakai. Boleh digunakan sebagai
bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak
rempah atau sangkar burung atau juga boleh
digunakan sebagai kayu api.
11. 1. Bermula hari ini, jangan gunakan kertas tisu. Kertas
tisu nampak mudah disimpan di dalam poket mahupun
tas tangan. Selesai guna, buang saja. Sudah tiba
masanya kita sekeluarga menggunakan sapu tangan
bagi mengelap peluh dan air mata. Sapu tangan itu
boleh digunakan berkali-kali setelah dibasuh bersih.
2. Bermula hari ini juga, bawa bekas makanan sendiri
setiap kali membeli nasi campur di kedai. Ini
mengurangkan penggunaan bekas makanan pakai
buang yang sering digunakan di gerai. Galakkan ahli
keluarga dan kawan-kawan melakukan cara yang
sama. Percayalah, langkah sekecil ini sangat
bermakna.
3. Pastikan juga kita tidak lagi mengambil beg plastik
setiap kali membeli-belah di pasar raya atau pasar
malam. Sebaliknya, kita sedia membawa beg kain atau
bakul sendiri. Malu membawa bakul? Mengapa malu
sedang-kan kita melakukan sesuatu yang baik untuk
generasi akan datang.
4. Apa kata, kita ke tempat kerja menaiki kenderaan
awam. Cuba biasakan diri menaiki bas sekali
seminggu, kemudian ditambah dua kali seminggu
dan seterusnya tiga kali seminggu. Perkhidmatan
awam menjimatkan wang dan penggunaan petrol.
Kita mungkin kena berjalan agak jauh untuk
mendapatkan perkhidmatan ini tetapi tanamkan sikap
positif dalam diri serta lemparkan senyuman manis.
Ia satu senaman yang sangat kita perlukan.
Empat perkara berkenaan mungkin langkah
awal yang boleh dimulakan segera. Langkah
seterusnya akan menjadi mudah setelah kita
semakin membiasakan diri dan faham betapa
pentingnya mengamalkan sikap yang prihatin
pada pencemaran dunia dan kebaikan
melakukan kitar semula.
12. Kitar Semula
o Apabila malas membasuh pinggan pada acara
makan di rumah bersama kawan, boleh gunakan
pinggan mangkuk pakai buang tetapi beli yang
diperbuat daripada bahan kitar semula.
o Setiap kali acara hari keluarga, galakkan setiap
keluarga membawa pinggan, cawan dan sudu
sendiri. Pesan pada mereka usah mem-bawa
pinggan mangkuk pakai buang kerana anda sedang
mengamalkan gaya hidup kitar semula. Niat itu
mungkin ditertawakan tetapi lama kelamaan mereka
akan faham dan menghormati pendirian kita.
o Kurangkan penggunaan kertas dan dakwat.
Sekiranya perlu mencetak, gunakan kedua-dua
bahagian kertas.
o Beli barang keperluan secara mingguan atau
bulanan, bukan harian. Ini boleh menjimatkan
perjalanan dan petrol.
o Guna semula beg plastik setiap kali membeli-belah.
o Guna bateri yang boleh dicas semula.
o Apabila bercuti atau me-ngembara, bawa cawan
sekali. Menggunakan cawan kertas membazir wang
dan menambah sampah. Bawa bekal kopi, teh, gula
dan susu bagi menjimatkan wang.