SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
~Tutorial 1~
Dengan menggunakan peta minda / pengurusan grafik anda dikehendaki :
menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi
terhadap hubungan etnik di Malaysia.
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang
Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-
kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan
segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya,
PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia)
dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan ,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
IMPLIKASI 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Peristiwa 13 Mei banyak memberi kesan kepada Negara, salah satunya ialah
pembentukan perpaduan kaum yang mana ia merupakan perkara yang amat penting untuk
membentuk satu Negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha
membentuk perpaduan kaum di Negara agar Malaysia mampu maju seiring dengan Negara
lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.
Manakala asimilasi pula merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang
lebih besar. Namun jika diteliti kedua-dua aspek tersebut, kerajaan lebih banyak
mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses
integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka
secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di
sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam usaha untuk membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei, kerajaan telah
mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan darurat. Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku,
keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang.
Untuk meredakan ketegangan keadaan ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16
Mei 1969 di seluruh Negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan
keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat
bertenang dan berfikir secara rasional atas segala tindakan mereka. Ketiga untuk cuba
menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
Selain itu tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Setelah mengisytiharkan
darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan
Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti
politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu
Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd
Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN adalah
untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara, menentukan pentadbiran yang
licin dan sempurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum
di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN, maka sistem kerajaan berparlimen telah
digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi
kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Tertubuhnya Majlis Perundingan Negara juga merupakan salah satu usaha untuk membentuk
perpaduan dalam masyarakat Negara Malaysia. Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan
pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia dan telah
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil
menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN, kerajaan-kerajaan Negeri, parti-parti
politik, Sabah dan Sarawak, kumpulan-kumpulan Agama, badan-badan Profesional,
Perkhidmatan Awam, Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan, wartawan, Persatuan Guru-
guru dan kumpulan minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini adalah untuk
meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN
mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di
Malaysia.
Selain itu, usaha untuk membentuk perpaduan adalah dengan memperkenalkan Rukun
Negara. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang
jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang
lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi
ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh
MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia
berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat
Malaysia. Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil dan
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah
masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah
dibahagikan kepada lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja
Dan Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesopanan Dan
Kesusilaan.
Pembentukan Majlis Muhibah. Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada
MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di
setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.
Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah dalam kalangan pelbagai
kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan
pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Wujudnya penyusunan semula politik iaitu penubuhan Barisan Nasional. Apabila berlakunya
masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu
dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru itu, wujudlah Barisan
Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa
13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia
(MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional adalah untuk
mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan
politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua
pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
Terdapat juga beberapa dasar kerajaan yang dibuat untuk membentuk perpaduan yang lebih
baik selepas peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif
terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein
menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu
situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi
masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang bangsa.
Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970
dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum. Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan
kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni
akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi
Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun
kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut penyediaan
infrastruktur parit dan tali air termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan
pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun, menyediakan skim penanaman
semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi serta pemberian kredit
dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang
ditujukan kepada pekebun kecil, menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi
kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu
dan lebih berguna, melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan
penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Negara (FELCRA) dan melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital,
sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga
kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan
semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan
ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia
termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha
untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan
kurang berupaya, menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu,
menyusun semula pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang
baru dalam kalangan masyarakat bumiputera, menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera dan menambahkan
bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng
tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara
perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi
kaum Bumiputera ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad
(PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Bank Negara, Bank
Pembangunan Malaysia Berhad, Skim Amanah Saham Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). Setelah tahun 1990 tahun yang
dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai
matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti
ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi
rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan
pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
Seterusnya adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil
daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960. Ia telah termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar
ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan
kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah bahasa Inggeris diwajibkan
di semua sekolah rendah dan bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah
menengah.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan
secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pada
tahun 1970, tetapi pada tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar
dalam Bahasa Melayu. Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya. Antara matlamat lain dasar ini adalah untuk menghasilkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya
menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial dan politik Negara, membentuk satu masyarakat majmuk
yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain, mengurangkan pembaziran
tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang
muda hingga mengurangkan potensi kerja Negara dan mendemonstrasikan pendidikan dari
segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian
khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah,
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan
kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988, mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan
keagamaan, menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan
perpaduan dan memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan
kemudahan pelajaran.
Langkah-langkah tersebut amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Hal ini akan
memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga
antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa
tunggal iaitu bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan
generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi
ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan
negara yang telah ditetapkan seperti berikut “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika diteliti falsafah
pendidikan negara tersebut nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang
diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut
usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak
akan berulang.
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari
daripada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Melalui Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang
lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan
oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang
sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan dan Islam menjadi
unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing-
masing agar perasaan prasangka antara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini
juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan
mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah
membantu mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menjamin
keutuhan identiti kebangsaan dan memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan
manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di
Malaysia.
Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang
paling penting ialah soal pelaksanaan kerana jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak
dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu juga dalam soal
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan agar matlamatnya tercapai.
Antaranya ialah memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di
peringkat negeri dan nasional, memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan
kebudayaan, meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita,
memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
Selain itu, dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Nasional (DPB). Dasar Pembangunan
Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di
parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia
terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun
1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan
bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan adil. Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut mewujudkan keseimbangan yang
optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama,
memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan,
mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat
Malaysia, menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri
dan di antara kawasan luar bandar dan bandar, membangunkan sebuah masyarakat yang
progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping
mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga
dan cintakan Negara, memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan
tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu
bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan
tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat, menjadikan sains dan teknologi
sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang
memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan
satu ekonomi perindustrian yang moden dan memastikan bahawa dalam usaha mencapai
pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam
sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat
dikekalkan secara berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi
ekonomi DEB iaitu mengalih tumpuan membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan
termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif, menumpukan perhatian kepada
pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, meningkatkan
penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula
masyarakat dan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan
bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
~Tutorial 2~
Anda dikehendaki menganalisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik
di Malaysia.

More Related Content

What's hot

Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Fadhil Ismail
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKAien Mingle
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DORAEMONLINA
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Cg Man
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 Fasyah Tutor
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaNorisuwanah Jaffar
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnikzue5588
 
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSA
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSAKEPELBAGAIAN IDEA & BANGSA
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSANikHaris1
 

What's hot (20)

13 mei
13 mei 13 mei
13 mei
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3Jawapan bab4-t3
Jawapan bab4-t3
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
 
13 mei 69
13 mei 6913 mei 69
13 mei 69
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysia
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSA
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSAKEPELBAGAIAN IDEA & BANGSA
KEPELBAGAIAN IDEA & BANGSA
 

Similar to Tutorial 1 peristiwa 5 mei

Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalanwanie02
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5the NERD
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiDhani Ahmad
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Mak Jemah AF
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiabaibasir
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikYazreen Eleena
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 

Similar to Tutorial 1 peristiwa 5 mei (20)

Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Asimen he
Asimen heAsimen he
Asimen he
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysia
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 

More from noorsyahirahrubaai

More from noorsyahirahrubaai (6)

Borang cuti bersalin
Borang cuti bersalinBorang cuti bersalin
Borang cuti bersalin
 
7 pismp tesl 1 timetable
7 pismp tesl 1 timetable7 pismp tesl 1 timetable
7 pismp tesl 1 timetable
 
Sample of Invitation card
Sample of Invitation cardSample of Invitation card
Sample of Invitation card
 
Teori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasanTeori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasan
 
Teori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasanTeori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasan
 
Analisis faktor sejarah
Analisis faktor sejarahAnalisis faktor sejarah
Analisis faktor sejarah
 

Tutorial 1 peristiwa 5 mei

  • 1. ~Tutorial 1~ Dengan menggunakan peta minda / pengurusan grafik anda dikehendaki : menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia. Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan- kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang 3. Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
  • 2. kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. 4. Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . 5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . 6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
  • 3. daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. IMPLIKASI 13 MEI 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Peristiwa 13 Mei banyak memberi kesan kepada Negara, salah satunya ialah pembentukan perpaduan kaum yang mana ia merupakan perkara yang amat penting untuk membentuk satu Negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di Negara agar Malaysia mampu maju seiring dengan Negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan- kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik. Manakala asimilasi pula merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun jika diteliti kedua-dua aspek tersebut, kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Dalam usaha untuk membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan darurat. Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh Negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional atas segala tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat. Selain itu tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN adalah
  • 4. untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN, maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971. Tertubuhnya Majlis Perundingan Negara juga merupakan salah satu usaha untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat Negara Malaysia. Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia dan telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN, kerajaan-kerajaan Negeri, parti-parti politik, Sabah dan Sarawak, kumpulan-kumpulan Agama, badan-badan Profesional, Perkhidmatan Awam, Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan, wartawan, Persatuan Guru- guru dan kumpulan minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini adalah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. Selain itu, usaha untuk membentuk perpaduan adalah dengan memperkenalkan Rukun Negara. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja Dan Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesopanan Dan Kesusilaan. Pembentukan Majlis Muhibah. Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah dalam kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Wujudnya penyusunan semula politik iaitu penubuhan Barisan Nasional. Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru itu, wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia
  • 5. (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional adalah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum. Terdapat juga beberapa dasar kerajaan yang dibuat untuk membentuk perpaduan yang lebih baik selepas peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah. Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut penyediaan infrastruktur parit dan tali air termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun, menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi serta pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun kecil, menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna, melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) dan melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah. Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya, menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu, menyusun semula pemilikan ekuiti, melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru dalam kalangan masyarakat bumiputera, menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera dan menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
  • 6. Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Bank Negara, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Skim Amanah Saham Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan. Seterusnya adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah dan bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 1970, tetapi pada tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini adalah untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik Negara, membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain, mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja Negara dan mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah, memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988, mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan, menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan dan memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran. Langkah-langkah tersebut amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Hal ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga
  • 7. antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika diteliti falsafah pendidikan negara tersebut nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan, unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masing- masing agar perasaan prasangka antara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah membantu mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan dan memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia. Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan kerana jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu juga dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan agar matlamatnya tercapai. Antaranya ialah memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional, memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan, meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita, memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara. Selain itu, dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Nasional (DPB). Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan
  • 8. bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama, memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan, mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia, menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar, membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara, memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat, menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden dan memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu mengalih tumpuan membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif, menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa. ~Tutorial 2~ Anda dikehendaki menganalisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.