Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking

38,038 views

Published on

Published in: Education
9 Comments
19 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
38,038
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
3,548
Comments
9
Likes
19
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking

  1. 1. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin HanafiREFLEKSI Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaranbahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembinagenerasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guruharus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menanganicabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenaldiri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program inidiharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dankuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampumenangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan ProgramLawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakantugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah ProgramBina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskanprogram ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untukmelicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepadapegawai BIG iaitu Encik Baharudin Bin Hasan dan Mentor kami iaitu PuanAminawati Zahara Binti Mohamad dan Puan Suguna A/P Sankaran. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat programlawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Ragbi dan Sains,Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Program BIG Fasa 5 ini telahdisertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMPMatematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telahdiiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad,Puan Suguna A/P Sankaran dan Dr. Azita Bin Amrin.
  2. 2. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepasmengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan programBIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkelini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikankepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari danmengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendakimembentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikankepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD. Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai PekelilingIkhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasasangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas danbersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang sayafaham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan olehKementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepadawarga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberiperingatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagitujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakansatu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan danperkhidmatan. Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang PekelilingPerkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garispanduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. PekelilingPerkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi olehpenjawat awam. Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru danperundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini keranapembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberiperhatian yang lebih.
  3. 3. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik.Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yangdigunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkansemua guru pelatih. Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatanpenanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolahkluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telahmendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram BinaInsan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untukmeninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung dinegeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kamikepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim danbudaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktivitisesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuhmesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakanyang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya BinHj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahanyang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidangakademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapaguru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian PelajaranMalaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada duabahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialahmembaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih,mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh.Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untukmenjadi usahawan.
  4. 4. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberipendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlahsebuah pasukan ragbi yang diberi nama D’Rhyno. Pasukan ini telah banyakmenempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antarapasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan D’Rhyno ialah pasukan dariAustralia, Singapura dan Indonesia. Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaikpulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanyapadang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasaamat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini,pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbiperempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolahkhussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihaksekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalampembangunan sukan ragbi. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitarkawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains,bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yangmenyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput . Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapatsedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunanblok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadilaluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah iniboleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebutuntuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkanbahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaantrafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapunpihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untukmenghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masihbelum diluluskan.
  5. 5. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankanoleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepadakami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyakmungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkandan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada sayatentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus beradadalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan gurubesar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawasekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 initelah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskanpada masa akan datang.

×