SlideShare a Scribd company logo
1 of 60
MODEL 5
1 Jadual di bawah menunjukkan suhu
bulanan (oC) di Stesen Kaji Cuaca X dan Y.
Bulan J F M A M J J O S O N D
Kawasan
X (oC)
27 28 28 30 29 28 28 27 28 29 28 26
Kawasan
Y (oC)
24 25 26 27 26 26 25 25 26 26 25 24
1 (a) Terangkan bagaimana julat suhu dihitung.
[3]
Nilai suhu maksimum dalam suatu
tahun perlu ditolak dengan nilai suhu
minimum dalam suatu tahun yang
sama akan mendapat nilai julat suhu
dalam satu tahun tertentu.
1 (b) Berdasarkan jadual di atas,
(i) Hitung julat suhu tahunan Stesen Kaji
Cuaca X dan Y. [2]
 Stesen Kaji Cuaca X = 300C - 260C = 40oC
 Stesen Kaji Cuaca Y = 270C - 240C = 30oC
1 (b) Berdasarkan jadual di atas,
(ii) Mengapakah suhu bulanan di Stesen
Kaji Cuaca X dan Y berbeza? [4]
i. Ketinggian, iaitu kedudukan Y lebih tinggi
daripada X, suhu Y lebih rendah daripada
X.
ii. Litupan tumbuhan, iaitu Y lebih banyak
dilitupi oleh tumbuhan berbanding X, suhu
Y lebih rendah daripada X.
1 (b) Berdasarkan jadual di atas,
(iii) ‘Aktiviti manusia boleh menyebabkan suhu di
Stesen Kaji Cuaca X dan Y terganggu’.
Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? [2]
Aktiviti manusia seperti pembalakan
menyebabkan bumi terdedah terus kepada
matahari. Hal ini menyebabkan dan proses
fotosintesis berkurang, karbon dioksida
meningkat dan suhu lebih tinggi.
1 (c) ‘Suhu di semua kawasan di permukaan bumi semakin
meningkat dan amat membimbangkan pencinta alam.’
Jelaskan dua langkah perundangan yang boleh diambil
untuk mengurangkan masalah tersebut. [4]
i. Menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling 1974.
ii. Mendenda dan memenjarakan pesalah alam
sekitar.
iii. Menjalankan pemantauan dan rondaan.
2(a) Terangkan maksud pencemaran udara. [3]
Pencemaran udara ialah udara yang
bercampur dengan bahan kotor seperti asid,
asap, debu, dan gas tercemar yang
mengubah kualiti, kuantiti dan sifat
atmosfera yang memenuhi ruang udara
sehingga menyebabkan berlaku
pencemaran.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Pencemaran udara menyebabkan peningkatan suhu
setempat. Hal ini berlaku di bandar raya Kuala
Lumpur kerana udaranya dipenuhi oleh gas karbon
dioksida, karbon monoksida, asap dan debu daripada
kenderaan dan kilang serta kawasan pembinaan di
sekitarnya. Gas asap dan debu akan menyerap
bahang matahari dan menghalang bahang bumi
keluar daripada ruang atmosfera bumi. Kesannya,
suhu di kawasan tersebut meningkat.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Asap dan debu yang banyak di ruang atmosfera
Kuala Lumpur turut menyebabkan peningkatan
jumlah air hujan. Hal ini berlaku kerana asap dan
debu mampu untuk bertindak sebagai nukleus
hidroskopik bagi membantu dan mempercepat proses
pembentukan awan lalu mengakibatkan hujan lebat
di kawasan tersebut. Hujan lebat yang kerap secara
tidak langsung menyebabkan banjir kilat di bandar
raya Kuala Lumpur.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Kejadian jerebu juga merupakan kesan pencemaran
udara terhadap alam sekitar. Kejadian ini berpunca
daripada jumlah asap dan debu yang banyak serta
peningkatan suhu di sesebuah kawasan. Asap dan
debu yang memenuhi ruang udara bukan sahaja
berpunca daripada aktiviti yang dijalankan di
kawasan sekitarnya, malah turut berpunca daripada
kebakaran hutan. Asap dan debu daripada kebakaran
hutan tersebut dibawa melalui tiupan angin monsun.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Pencemaran udara turut menjejaskan kesihatan
penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di
kawasan yang terlibat. Asap dan debu yang berlegar
di ruang atmosfera mengandungi toksik yang boleh
mengganggu sistem pernafasan dan sistem paru-paru
manusia. Akhirnya, manusia akan mengalami gejala
kesukaran bernafas, jangkitan paru-paru, lelah dan
sakit jantung yang serius.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Di samping itu, pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk sehingga
menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan
harian. Manusia terpaksa bekerja dalam keadaan yang
panas dan tidak selesa. Mereka juga sukar untuk
menjalani aktiviti riadah di dalam atau di luar rumah
disebabkan keadaan cuaca yang panas dan udara yang
tercemar. Akhirnya, kualiti hidup penduduk menurun
dan membawa kepada kejadian yang tidak diingini
seperti pergaduhan.
2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap
alam sekitar. [10]
Di samping itu, pencemaran udara menjejaskan aktiviti
ekonomi penduduk. Pencemaran udara akan
meyebabkan berlakunya fenomena jerebu dan kejadian
hujan asid. Kejadian hujan asid contohnya boleh
menjejaskan aktiviti pertanian. Keadaan ini berlaku
apabila kejadian hujan asid boleh menjejaskan kadar
kesuburan tanah. Tanah yang mempunyai kadar
keasidan yang tinggi tidak sesuai untuk akan
menjejaskan produktiviti pertanian.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada
dapat mengurangkan masalah pencemaran udara
melalui pelaksanaan hukuman terhadap pesalah
terbabit. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 yang dipinda pada 1 Julai 1998
membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman
denda tidak melebihi RM 10 000 dan penjara selama
dua tahun atau kedua-duanya sekali terhadap
individu yang didapati bersalah melakukan
pembakaran terbuka.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Kempen juga boleh dilaksanakan untuk
mengurangkan masalah pencemaran udara.
Pelaksanaan kempen dapat menimbulkan kesedaran
dan menanam sikap bertanggungjawab dalam diri
individu dan masyarakat untuk melindungi alam
sekitar daripada dicemari. Kempen berkongsi kereta
dan menggunakan petroleum tanpa plumbum dapat
menyedarkan manusia tentang kepentingan menjaga
dan mengekalkan kualiti udara yang sihat setiap
hari bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak dan
remaja di sekolah turut membantu mengurangkan
masalah pencemaran udara. Kanak-kanak dan remaja
akan didedahkan kepada punca pencemaran udara
melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Geografi, dan Sains.
Dengan im, kesedaran tentang kepentingan menjaga
alam sekitar dapat dipupuk dalam diri golongan muda
dari peringkat awal dan dijadikan sebahagian daripada
budaya kehidupan mereka.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Pelepasan asap daripada kenderaan merupakan salah
satu punca utama pencemaran udara. Sebahagian besar
penduduk di Malaysia menggunakan kenderaan sendiri
untuk berulang-alik ke tempat kerja. Hal ini bukan
sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah boleh
menyebabkan pencemaran udara. Oleh itu,
menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan
awam bagi menggantikan kenderaan sendiri secara tidak
langsung dapat mengurangkan masalah pencemaran
udara. Contohnya, menggunakan bas, LRT, dan komuter.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Bahan api yang digunakan untuk menggerakkan
kenderaan dihasilkan daripada bahan api fosil yang
banyak mengeluarkan asap. Oleh itu, bahan api tersebut
perlu diganti dengan sumber tenaga mesra alam yang
tidak mengeluarkan asap dan gas tercemar yang boleh
mencemari udara. Contohnya, penggunaan tenaga solar
dan tenaga elektrik. Langkah ini dapat mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kerap
sesak dengan kenderaan.
2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan
masalah pencemaran udara di Malaysia.
[12]
Langkah yang terakhir ialah penggunaan penapis
asap di kilang-kilang besar yang menjalankan
aktiviti pembakaran bahan api fosil bagi memproses
bahan pengeluaran. Penggunaan penapis asap ini
dapat mengurangkan kadar pencemaran akibat asap
kilang. Penapis asap ini akan menapis partikulat-
partikulat dan gas tercemar yang dikeluarkan oleh
kilang tersebut.

3(a) Terangkan maksud air tanih. [5]
Air tanih merujuk air yang berada di
bawah permukaan tanah di dalam kerak
bumi dan terhasil daripada air hujan yang
meresap melalui ruang rongga tanah serta
disimpan di dalam zon tepu di bawah
tanah. Air tanih merupakan sumber utama
bekalan air tawar dunia dan sumber air
bagi sungai yang mengalir di permukaan
bumi.
3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Iklim merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi
kandungan air tanih. Hal ini berlaku kerana unsur iklim,
terutamanya hujan merupakan punca bekalan air tanih.
Kawasan yang menerima jumlah air hujan yang banyak
lazimnya mempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zon
tepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari permukaan
bumi. Contohnya, kawasan beriklim Khatulistiwa seperti
Malaysia mempunyai jumlah hujan tahunan yang tinggi dan
banyak, iaitu melebihi 2030 mm setahun.
3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Litupan tumbuhan di permukaan bumi juga dikaitkan dengan
jumlah air tanih. Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar
resapan air hujan ke dalam tanah akan meningkat. Cegatan
silara tumbuhan yang padat dan berbentuk kanopi boleh
menghalang air hujan daripada jatuh terus ke lantai hutan.
Pintasan oleh akar tumbuhan mampu untuk memperlahan
kadar larian air di permukaan dan membenarkan lebih
banyak air meresap ke dalam tanah. Oleh itu, kawasan yang
mempunyai jumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak akan
mempunyai jumlah air tanih yang banyak.
3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Kecerunan permukaan bumi juga boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. Kadar
resapan air hujan di permukaan bumi yang
landai adalah tinggi disebabkan pengaliran air
permukaan yang perlahan. Oleh itu, jumlah air
tanih di kawasan landai adalah lebih tinggi
berbanding dengan kawasan curam.
3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Jenis tanih turut mempengaruhi jumlah air tanih. Hal ini
berlaku kerana kadar serapan air tanih bergantung pada
jenis tanih yang terdapat di sesuatu kawasan. Bagi tanah
berpasir dan tanah gambut, kadar keporosannya yang
tinggi membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam
tanah bagi membentuk air tanih. Sebaliknya, tanah liat
yang mempunyai ruang rongga yang kecil mengehadkan
kadar resapan air ke dalam tanah dan mengurangkan
kandungan air tanih.
3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh
mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Tindakan manusia juga mempengaruhi kandungan air
tanih. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan
dan perlombongan menyebabkan banyak tumbuh-
tumbuhan di permukaan bumi musnah. Tanpa
tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam
tanah menurun dan mengurangkan kandungan air
tanih.
3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih
kepada aktiviti manusia. [10]
Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Air
mempengaruhi proses pertumbuhan sesuatu tanaman.
Contohnya, penanaman padi memerlukan bekalan air
yang banyak. Jumlah takungan air yang banyak
membolehkan padi tumbuh dengan subur dan
mengeluarkan hasil padi yang bermutu serta
berkualiti. Tanpa air, padi tidak boleh tumbuh dengan
baik dan akan mati. Begitu juga dengan tanaman Iain
yang memerlukan air untuk tumbuh dengan sihat.
3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih
kepada aktiviti manusia. [10]
Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatan
perlombongan. Contohnya, jumlah air yang banyak
diperlukan untuk melombong bijih timah yang
menggunakan pam kelikir. Hal ini berlaku kerana air
diperlukan untuk mengepam dan meruntuhkan
kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timah
bagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang
banyak juga diperlukan semasa kerja mengasingkan
bijih timah daripada bahan sampingan yang Iain
seperti tahi bijih (amang).
3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih
kepada aktiviti manusia. [10]
Sumber air yang banyak dapat melancarkan kegiatan
perindustrian. Hal ini berlaku kerana air merupakan
komponen utama dalam proses pembuatan sesuatu produk,
terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industri
pembuatan minuman dan industri pembuatan kertas. Dalam
industri pembuatan minuman, air merupakan komponen
utama untuk menghasilkan minuman dalam tin dan
minuman dalam kotak. Dalam industri pembuatan kertas
pula, air diperlukan untuk menghancurkan kayu balak dan
melunturkan warna kayu balak sebelum digunakan untuk
menghasilkan kertas putih.
3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih
kepada aktiviti manusia. [10]
Selain bergantung pada sumber ikan laut dan sungai,
manusia turut menjalankan kegiatan menternak ikan.
Kegiatan penternakan ikan juga memerlukan jumlah
air tanih yang banyak. Takungan air dalam kolam
membolehkan penternakan ikan dalam kolam
dijalankan. Contoh ikan yang diternak ialah ikan keli,
ikan lampam, dan ikan tilapia. Tanpa bekalan air
yang mencukupi, penternakan ikan di dalam kolam
sukar untuk untuk dijalankan dengan baik dan
berkesan.
3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih
kepada aktiviti manusia. [10]
Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia di
rumah juga melibatkan penggunaan air yang banyak.
Contohnya, air sebagai sumber minuman, mandi dan
membasuh kain. Bekalan air yang mencukupi
membolehkan manusia hidup dengan selesa dan
sejahtera dalam lingkungan masyarakatnya. Air juga
diperlukan untuk menyediakan makanan harian bagi
menampung keperluan harian manusia. Oleh itu, satu
daripada sumber utama air ialah air tanih.
4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
pembalakan secara berleluasa. [3]
Pembalakan secara berleluasa merujuk
penuaian balak secara haram tanpa
kebenaran dan berlebihan serta menyalahi
undang-undang yang melibatkan kawasan
dilindungi, penebangan spesies dilindungi,
atau pengeluaran balak melampaui had
yang dipersetujui.
4(b) ‘Salah satu kepentingan aktiviti pembalakan adalah untuk
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.’ Jelaskan
dua kepentingan lain aktiviti pembalakan terhadap alam
sekita manusia. [4]
i. Sektor pembalakan merupakan salah satu
industri primer yang berpotensi untuk
meningkatkan sumber pendapatan negara.
ii.Sebagai bahan mentah untuk industri yang
berasaskan kayu seperti kilang papan dan
kilang perabot.
4(c) Jelaskan dua kesan aktiviti pembalakan terhadap
alam sekitar fizikal. [4]
i. Berlaku peningkatan suhu kerana ketiadaan pelindung
yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas
karbon dioksida dalam atmosfera.
ii. Mempercepatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah
runtuh. Permukaan tanah yang terdedah kepada hujan
lebat mudah menjadi longgar. Ketiadaan daun, ranting,
dan batang pokok yang bertindak untuk memperlahankan
halaju air hujan daripada jatuh terus ke permukaan
tanah. Akar pokok pula tidak dapat mencengkam butir-
butir tanah. Butir-butir tanah yang longgar memudahkan
berlaku hakisan tanah dan tanah runtuh terutama di
lereng-lereng bukit.
4(d) Jelaskan dua langkah yang dapat dilaksanakan
oleh badan NGO untuk mengurangkan masalah
kemusnahan kawasan hutan di Malaysia. [4]
i. Mengadakan kempen untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai
warisan kita menerusi pelbagai media seperti
kempen "Cintailah Hutan Kim”.
ii. Mengadakan ceramah kepada masyarakat tentang
kepentingan hutan terhadap alam sekitar, sama
ada di sekolah, pusat pengajian tinggi atau dalam
masyarakat umum.
5(a) Terangkan masksud pertanian ladang.
[4]
Pertanian ladang ialah penanaman
tanaman jualan seperti getah, kelapa sawit
dan teh di kawasan pertanian yang
mempunyai keluasan melebihi 40 hektar
yang dijalankan oleh syarikat beşar atau
agensi kerajaan secara besar-besaran.
5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang
terhadap pembangunan Malaysia. [12]
Meningkatkan pendapatan eksport negara.
Peningkatan pengeluaran sektor pertanian komersial
seperti getah dan kelapa sawit telah menyumbang
kepada peningkatan pendapatan eksport negara. Hasil
eksport kedua-dua komoditi tersebut berjaya
memperbaiki nilai defisit imbangan perdagangan
negara. Semasa kegawatan ekonomi sekitar tahun
1997/1998, eksport minyak kelapa sawit dan getah
telah berjaya memulihkan ekonomi Malaysia daripada
terus meleset.
5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang
terhadap pembangunan Malaysia. [12]
Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan
kadar pengangguran. Akibat kegawatan ekonomi yang
melanda, banyak firma dalam sektor perkhidmatan dan
perindustrian telah dibebankan dengan masalah
kewangan dan pemberhentian pekerja. Kesannya,
kerajaan terpaksa bergantung pada sektor pertanian
untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan
masalah pengangguran yang semakin serius. Selain
mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat yang
menganggur, pembangunan sektor pertanian berjaya
menambahkan pendapatan per kapita
5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang
terhadap pembangunan Malaysia. [12]
Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar
pengangguran. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda,
banyak firma dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian
telah dibebankan dengan masalah kewangan dan
pemberhentian pekerja. Kesannya, kerajaan terpaksa
bergantung pada sektor pertanian untuk memulihkan
ekonomi negara dan mengurangkan masalah pengangguran
yang semakin serius. Selain mewujudkan peluang pekerjaan
untuk rakyat yang menganggur, pembangunan sektor
pertanian berjaya menambahkan pendapatan per kapita
peneroka dan pekerja ladang, sekali gus memperbaiki.
5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang
terhadap pembangunan Malaysia. [12]
Memajukan semula industri berasaskan bahan
mentah. Industri memproses hasil pertanian telah
dipergiat semula selain mewujudkan industri
pembuatan sampingan yang berjaya menghasilkan
barang eksport yang menguntungkan
.
5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang
terhadap pembangunan Malaysia. [12]
Membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar.
Pembukaan ladang di kawasan pembangunan wilayah
JENGKA, DARA, KESEDAR KEJORA, dan KETENGAH yang
rata-rata terletak di luar bandar telah mendorong kerajaan
menyediakan jaringan pengangkutan dan kemudahan
perumahan yang lebih sempurna dan lengkap untuk
penduduk. Bekalan air bersih dan elektrik turut disediakan.
Kesannya, taraf hidup penduduk meningkat dan masalah
kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar dapat
dikurangkan.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Memperkenal dan memperluas penggunaan kaedah
pertanian hidroponik. Kaedah pertanian ini
merupakan salah satu kaedah yang lebih cepat dan
mudah untuk mengeluarkan hasil yang banyak dan
berkualiti, khususnya tanaman makanan jangka
pendek seperti sayur-sayuran. Kaedah pertanian ini
seharusnya dikomersialkan dan tidak hanya dihadkan
pada pengusahaan tanaman sampingan sahaja.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Mempergiat penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam sektor pertanian, khususnya dalam
penghasilan benih tanaman yang bermutu tinggi,
cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai daya
rintangan yang tinggi terhadap serangan penyakit
serta serangga perosak.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Memperkenalkan sistem dan rangkaian pemasaran
hasil pertanian yang bebas daripada manipulasi orang
tengah supaya peneroka, peladang dan penternak
dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi.
Langkah ini dapat menggalakkan petani untuk
meningkatkan prodüktiviti selain memudahkan pihak
kerajaan untuk mengawal harga hasil pertanian.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Memberikan bantuan kewangan dalam bentuk
pinjaman modal atau pemberian subsidi baja, benih
atau racun perosak kepada petani bagi membolehkan
mereka menambahkan pengeluaran.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Menggalakkan penggunaan dan pengamalan kaedah
pertanian moden yang lebih menguntungkan seperti
penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga
termasuk kaedah pertanian berkelompok.
.
5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk
memajukan sektor pertanian negara. [9]
Memberikan khidmat nasihat dan latihan atau
bimbingan kepada para petani termasuk menyebarkan
maklumat atau ilmu pertanian terkini.
.
6(a) Terangkan masksud globalisasi
ekonomi. [4]
Keadaan saling kebergantungan antara
negara di seluruh dunia dari segi bahan,
modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam
proses pengeluaran sesuatu aktiviti
ekonomi.
6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara
Malaysia dengan negara lain dunia. [9]
Pergantungan Malaysia pada modal asing bagi
menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Suntikan modal asing membolehkan industri di dalam
negara berkembang pesat dan seterusnya
mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat,
mengurangkan pengangguran dan meningkatkan
taraf hidup penduduk.
.
6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara
Malaysia dengan negara lain dunia. [9]
Pergantungan Malaysia pada pasaran asing
memberikan peluang kepada produk negara kita
untuk menembusi pasaran negara maju. Negara akan
memperoleh keuntungan melalui pengukuhan
rangkaian pasaran, persaingan sihat, harga barangan
yang lebih stabil dan sebagainya. Contohnya, produk
penyaman udara negara amat bergantung pada
permintaan pasaran negara-negara Arab di Timur
Tengah.
.
6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara
Malaysia dengan negara lain dunia. [9]
Pergantungan Malaysia pada teknologi dan kepakaran
asing. Kemasukan teknologi moden dan pemindahan
kepakaran dari negara maju seperti Jepun dan
Amerika Syarikat ke negara ini membolehkan rakyat
tempatan mempelajari kaedah pengendalian teknologi
melalui latihan lanjutan dan usaha sama.
.
6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara
Malaysia dengan negara lain dunia. [9]
Pergantungan Malaysia pada buruh asing.
Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam bidang
tertentu di negara ini ditampung oleh negara lain
yang mengalami lebihan tenaga buruh. Contohnya,
Malaysia banyak bergantung pada buruh dari
Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.
.
6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara
Malaysia dengan negara lain dunia. [9]
Pergantungan Malaysia dengan negara lain juga
membantu meningkatkan aliran perdagangana
antarabangsa Malaysia. Ini kerana dengan adanya
saling kebergantungan antara negara banyak
halangan dan sekatan perdagangan dihapuskan atau
distruktur semula. Ini menyebabkan banyak proses
perdangangan dapat membantu memjatuhkan dan
menstabil eneknomi 2015
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan politik
negara bagi meningkatkan kemasukan pelabur asing.
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Berusaha untuk membangunkan infrastruktur dan
kemudahan asas bagi menyokong pertumbuhan
pelbagai sektor ekonomi.
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Melaksanakan program pembangunan di setiap
negeri, wilayah dan kawasan bagi mengurangkan
jurang pendapatan antara negeri, wilayah dan
kawasan.
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Bekerjasama dengan negara ASEAN dan APEC
melalui pemeteraian perjanjian perdagangan bebas
dan perjanjian dua hala.
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Membangunkan kawasan pertumbuhan negara-
negara ASEAN secara berterusan seperti Kawasan
Segi Tiga Pertumbuhan IMT-GT, IMS-G dan BIMP-
EAGA.
.
6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi
memastikan negara menikmati manfaat berterusan
daripada globalisasi ekonomi. [2]
Mengutamakan kemerdekaan dan kedaulatan negara
dalam semua aspek hubungan luar.
.

More Related Content

What's hot

Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaBab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaAsmawi Abdullah
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDAsmawi Abdullah
 
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIAAsmawi Abdullah
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIAsmawi Abdullah
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Shizuka Jijie (SBP)
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANAsmawi Abdullah
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Asmawi Abdullah
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIAsmawi Abdullah
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMAsmawi Abdullah
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiAsmawi Abdullah
 
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Asmawi Abdullah
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIAsmawi Abdullah
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINAsmawi Abdullah
 
What's hot (20)

Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologiKonsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
Konsep proses menegak dalam kitaran hidrologi
 
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaBab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
 
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 2 - BUMI DI DALAM SISTEM SURIA
 
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMIKuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Model Latih Tubi 6
Model Latih Tubi 6Model Latih Tubi 6
Model Latih Tubi 6
 
PROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGIPROSES KITARAN HIDROLOGI
PROSES KITARAN HIDROLOGI
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
 
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
 
SUNGAI (SOALAN)
SUNGAI (SOALAN)SUNGAI (SOALAN)
SUNGAI (SOALAN)
 
CUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIMCUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIM
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
 
Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7Model Latih Tubi 7
Model Latih Tubi 7
 
Similar to Model Latih Tubi 5

Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Bandar Terjejas dengan Pemanasan GlobalAtikah Ishak
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalIZZATUL AMIRA
 
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarmalavims
 
Tugasan 6 a166422
Tugasan 6   a166422Tugasan 6   a166422
Tugasan 6 a166422a166422
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALBahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALain mardhati
 
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPANLMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPANMinQiLeong
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancamsmktsj2
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Bahagian A Tema 3 Sistem Atmosfera
Bahagian A Tema 3 Sistem AtmosferaBahagian A Tema 3 Sistem Atmosfera
Bahagian A Tema 3 Sistem AtmosferaAsmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Similar to Model Latih Tubi 5 (20)

Model Latih Tubi 4
Model Latih Tubi 4Model Latih Tubi 4
Model Latih Tubi 4
 
Skema trial p3 2016 johor
Skema trial p3 2016 johorSkema trial p3 2016 johor
Skema trial p3 2016 johor
 
Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan global
 
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Tugasan 6 a166422
Tugasan 6   a166422Tugasan 6   a166422
Tugasan 6 a166422
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6
 
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALBahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
 
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPANLMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PERANCANGAN BANDAR MAPAN
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancam
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
Mikro iklim bandar
Mikro iklim bandarMikro iklim bandar
Mikro iklim bandar
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Skema kertas model 8
Skema kertas model 8Skema kertas model 8
Skema kertas model 8
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Model Latih Tubi 8
Model Latih Tubi 8Model Latih Tubi 8
Model Latih Tubi 8
 
PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBALPEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL
 
Bahagian A Tema 3 Sistem Atmosfera
Bahagian A Tema 3 Sistem AtmosferaBahagian A Tema 3 Sistem Atmosfera
Bahagian A Tema 3 Sistem Atmosfera
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
More from Asmawi Abdullah

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Asmawi Abdullah
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skemaAsmawi Abdullah
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Asmawi Abdullah
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangAsmawi Abdullah
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Asmawi Abdullah
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologiAsmawi Abdullah
 
More from Asmawi Abdullah (20)

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Sistem angin monsun
Sistem angin monsunSistem angin monsun
Sistem angin monsun
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologi
 
Recently uploaded

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Recently uploaded (12)

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Model Latih Tubi 5

  • 2. 1 Jadual di bawah menunjukkan suhu bulanan (oC) di Stesen Kaji Cuaca X dan Y. Bulan J F M A M J J O S O N D Kawasan X (oC) 27 28 28 30 29 28 28 27 28 29 28 26 Kawasan Y (oC) 24 25 26 27 26 26 25 25 26 26 25 24
  • 3. 1 (a) Terangkan bagaimana julat suhu dihitung. [3] Nilai suhu maksimum dalam suatu tahun perlu ditolak dengan nilai suhu minimum dalam suatu tahun yang sama akan mendapat nilai julat suhu dalam satu tahun tertentu.
  • 4. 1 (b) Berdasarkan jadual di atas, (i) Hitung julat suhu tahunan Stesen Kaji Cuaca X dan Y. [2]  Stesen Kaji Cuaca X = 300C - 260C = 40oC  Stesen Kaji Cuaca Y = 270C - 240C = 30oC
  • 5. 1 (b) Berdasarkan jadual di atas, (ii) Mengapakah suhu bulanan di Stesen Kaji Cuaca X dan Y berbeza? [4] i. Ketinggian, iaitu kedudukan Y lebih tinggi daripada X, suhu Y lebih rendah daripada X. ii. Litupan tumbuhan, iaitu Y lebih banyak dilitupi oleh tumbuhan berbanding X, suhu Y lebih rendah daripada X.
  • 6. 1 (b) Berdasarkan jadual di atas, (iii) ‘Aktiviti manusia boleh menyebabkan suhu di Stesen Kaji Cuaca X dan Y terganggu’. Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? [2] Aktiviti manusia seperti pembalakan menyebabkan bumi terdedah terus kepada matahari. Hal ini menyebabkan dan proses fotosintesis berkurang, karbon dioksida meningkat dan suhu lebih tinggi.
  • 7. 1 (c) ‘Suhu di semua kawasan di permukaan bumi semakin meningkat dan amat membimbangkan pencinta alam.’ Jelaskan dua langkah perundangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. [4] i. Menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling 1974. ii. Mendenda dan memenjarakan pesalah alam sekitar. iii. Menjalankan pemantauan dan rondaan.
  • 8. 2(a) Terangkan maksud pencemaran udara. [3] Pencemaran udara ialah udara yang bercampur dengan bahan kotor seperti asid, asap, debu, dan gas tercemar yang mengubah kualiti, kuantiti dan sifat atmosfera yang memenuhi ruang udara sehingga menyebabkan berlaku pencemaran.
  • 9. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Pencemaran udara menyebabkan peningkatan suhu setempat. Hal ini berlaku di bandar raya Kuala Lumpur kerana udaranya dipenuhi oleh gas karbon dioksida, karbon monoksida, asap dan debu daripada kenderaan dan kilang serta kawasan pembinaan di sekitarnya. Gas asap dan debu akan menyerap bahang matahari dan menghalang bahang bumi keluar daripada ruang atmosfera bumi. Kesannya, suhu di kawasan tersebut meningkat.
  • 10. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Asap dan debu yang banyak di ruang atmosfera Kuala Lumpur turut menyebabkan peningkatan jumlah air hujan. Hal ini berlaku kerana asap dan debu mampu untuk bertindak sebagai nukleus hidroskopik bagi membantu dan mempercepat proses pembentukan awan lalu mengakibatkan hujan lebat di kawasan tersebut. Hujan lebat yang kerap secara tidak langsung menyebabkan banjir kilat di bandar raya Kuala Lumpur.
  • 11. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Kejadian jerebu juga merupakan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. Kejadian ini berpunca daripada jumlah asap dan debu yang banyak serta peningkatan suhu di sesebuah kawasan. Asap dan debu yang memenuhi ruang udara bukan sahaja berpunca daripada aktiviti yang dijalankan di kawasan sekitarnya, malah turut berpunca daripada kebakaran hutan. Asap dan debu daripada kebakaran hutan tersebut dibawa melalui tiupan angin monsun.
  • 12. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Pencemaran udara turut menjejaskan kesihatan penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat. Asap dan debu yang berlegar di ruang atmosfera mengandungi toksik yang boleh mengganggu sistem pernafasan dan sistem paru-paru manusia. Akhirnya, manusia akan mengalami gejala kesukaran bernafas, jangkitan paru-paru, lelah dan sakit jantung yang serius.
  • 13. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Di samping itu, pencemaran udara mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk sehingga menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan harian. Manusia terpaksa bekerja dalam keadaan yang panas dan tidak selesa. Mereka juga sukar untuk menjalani aktiviti riadah di dalam atau di luar rumah disebabkan keadaan cuaca yang panas dan udara yang tercemar. Akhirnya, kualiti hidup penduduk menurun dan membawa kepada kejadian yang tidak diingini seperti pergaduhan.
  • 14. 2 (b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [10] Di samping itu, pencemaran udara menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk. Pencemaran udara akan meyebabkan berlakunya fenomena jerebu dan kejadian hujan asid. Kejadian hujan asid contohnya boleh menjejaskan aktiviti pertanian. Keadaan ini berlaku apabila kejadian hujan asid boleh menjejaskan kadar kesuburan tanah. Tanah yang mempunyai kadar keasidan yang tinggi tidak sesuai untuk akan menjejaskan produktiviti pertanian.
  • 15. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada dapat mengurangkan masalah pencemaran udara melalui pelaksanaan hukuman terhadap pesalah terbabit. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada 1 Julai 1998 membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM 10 000 dan penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali terhadap individu yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka.
  • 16. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Pelaksanaan kempen dapat menimbulkan kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab dalam diri individu dan masyarakat untuk melindungi alam sekitar daripada dicemari. Kempen berkongsi kereta dan menggunakan petroleum tanpa plumbum dapat menyedarkan manusia tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan kualiti udara yang sihat setiap hari bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
  • 17. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah turut membantu mengurangkan masalah pencemaran udara. Kanak-kanak dan remaja akan didedahkan kepada punca pencemaran udara melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Geografi, dan Sains. Dengan im, kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dapat dipupuk dalam diri golongan muda dari peringkat awal dan dijadikan sebahagian daripada budaya kehidupan mereka.
  • 18. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Pelepasan asap daripada kenderaan merupakan salah satu punca utama pencemaran udara. Sebahagian besar penduduk di Malaysia menggunakan kenderaan sendiri untuk berulang-alik ke tempat kerja. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah boleh menyebabkan pencemaran udara. Oleh itu, menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam bagi menggantikan kenderaan sendiri secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Contohnya, menggunakan bas, LRT, dan komuter.
  • 19. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Bahan api yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan dihasilkan daripada bahan api fosil yang banyak mengeluarkan asap. Oleh itu, bahan api tersebut perlu diganti dengan sumber tenaga mesra alam yang tidak mengeluarkan asap dan gas tercemar yang boleh mencemari udara. Contohnya, penggunaan tenaga solar dan tenaga elektrik. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kerap sesak dengan kenderaan.
  • 20. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Langkah yang terakhir ialah penggunaan penapis asap di kilang-kilang besar yang menjalankan aktiviti pembakaran bahan api fosil bagi memproses bahan pengeluaran. Penggunaan penapis asap ini dapat mengurangkan kadar pencemaran akibat asap kilang. Penapis asap ini akan menapis partikulat- partikulat dan gas tercemar yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
  • 21. 2 (c) Bincangkan langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di Malaysia. [12] Langkah yang terakhir ialah penggunaan penapis asap di kilang-kilang besar yang menjalankan aktiviti pembakaran bahan api fosil bagi memproses bahan pengeluaran. Penggunaan penapis asap ini dapat mengurangkan kadar pencemaran akibat asap kilang. Penapis asap ini akan menapis partikulat- partikulat dan gas tercemar yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
  • 22. 3(a) Terangkan maksud air tanih. [5] Air tanih merujuk air yang berada di bawah permukaan tanah di dalam kerak bumi dan terhasil daripada air hujan yang meresap melalui ruang rongga tanah serta disimpan di dalam zon tepu di bawah tanah. Air tanih merupakan sumber utama bekalan air tawar dunia dan sumber air bagi sungai yang mengalir di permukaan bumi.
  • 23. 3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10] Iklim merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi kandungan air tanih. Hal ini berlaku kerana unsur iklim, terutamanya hujan merupakan punca bekalan air tanih. Kawasan yang menerima jumlah air hujan yang banyak lazimnya mempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zon tepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari permukaan bumi. Contohnya, kawasan beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlah hujan tahunan yang tinggi dan banyak, iaitu melebihi 2030 mm setahun.
  • 24. 3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10] Litupan tumbuhan di permukaan bumi juga dikaitkan dengan jumlah air tanih. Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam tanah akan meningkat. Cegatan silara tumbuhan yang padat dan berbentuk kanopi boleh menghalang air hujan daripada jatuh terus ke lantai hutan. Pintasan oleh akar tumbuhan mampu untuk memperlahan kadar larian air di permukaan dan membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah. Oleh itu, kawasan yang mempunyai jumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak akan mempunyai jumlah air tanih yang banyak.
  • 25. 3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10] Kecerunan permukaan bumi juga boleh mempengaruhi kandungan air tanih. Kadar resapan air hujan di permukaan bumi yang landai adalah tinggi disebabkan pengaliran air permukaan yang perlahan. Oleh itu, jumlah air tanih di kawasan landai adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan curam.
  • 26. 3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10] Jenis tanih turut mempengaruhi jumlah air tanih. Hal ini berlaku kerana kadar serapan air tanih bergantung pada jenis tanih yang terdapat di sesuatu kawasan. Bagi tanah berpasir dan tanah gambut, kadar keporosannya yang tinggi membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah bagi membentuk air tanih. Sebaliknya, tanah liat yang mempunyai ruang rongga yang kecil mengehadkan kadar resapan air ke dalam tanah dan mengurangkan kandungan air tanih.
  • 27. 3(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10] Tindakan manusia juga mempengaruhi kandungan air tanih. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan dan perlombongan menyebabkan banyak tumbuh- tumbuhan di permukaan bumi musnah. Tanpa tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam tanah menurun dan mengurangkan kandungan air tanih.
  • 28. 3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih kepada aktiviti manusia. [10] Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Air mempengaruhi proses pertumbuhan sesuatu tanaman. Contohnya, penanaman padi memerlukan bekalan air yang banyak. Jumlah takungan air yang banyak membolehkan padi tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil padi yang bermutu serta berkualiti. Tanpa air, padi tidak boleh tumbuh dengan baik dan akan mati. Begitu juga dengan tanaman Iain yang memerlukan air untuk tumbuh dengan sihat.
  • 29. 3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih kepada aktiviti manusia. [10] Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatan perlombongan. Contohnya, jumlah air yang banyak diperlukan untuk melombong bijih timah yang menggunakan pam kelikir. Hal ini berlaku kerana air diperlukan untuk mengepam dan meruntuhkan kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timah bagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang banyak juga diperlukan semasa kerja mengasingkan bijih timah daripada bahan sampingan yang Iain seperti tahi bijih (amang).
  • 30. 3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih kepada aktiviti manusia. [10] Sumber air yang banyak dapat melancarkan kegiatan perindustrian. Hal ini berlaku kerana air merupakan komponen utama dalam proses pembuatan sesuatu produk, terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industri pembuatan minuman dan industri pembuatan kertas. Dalam industri pembuatan minuman, air merupakan komponen utama untuk menghasilkan minuman dalam tin dan minuman dalam kotak. Dalam industri pembuatan kertas pula, air diperlukan untuk menghancurkan kayu balak dan melunturkan warna kayu balak sebelum digunakan untuk menghasilkan kertas putih.
  • 31. 3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih kepada aktiviti manusia. [10] Selain bergantung pada sumber ikan laut dan sungai, manusia turut menjalankan kegiatan menternak ikan. Kegiatan penternakan ikan juga memerlukan jumlah air tanih yang banyak. Takungan air dalam kolam membolehkan penternakan ikan dalam kolam dijalankan. Contoh ikan yang diternak ialah ikan keli, ikan lampam, dan ikan tilapia. Tanpa bekalan air yang mencukupi, penternakan ikan di dalam kolam sukar untuk untuk dijalankan dengan baik dan berkesan.
  • 32. 3(c) Bincangkan kepentingan sumber air tanih kepada aktiviti manusia. [10] Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia di rumah juga melibatkan penggunaan air yang banyak. Contohnya, air sebagai sumber minuman, mandi dan membasuh kain. Bekalan air yang mencukupi membolehkan manusia hidup dengan selesa dan sejahtera dalam lingkungan masyarakatnya. Air juga diperlukan untuk menyediakan makanan harian bagi menampung keperluan harian manusia. Oleh itu, satu daripada sumber utama air ialah air tanih.
  • 33. 4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembalakan secara berleluasa. [3] Pembalakan secara berleluasa merujuk penuaian balak secara haram tanpa kebenaran dan berlebihan serta menyalahi undang-undang yang melibatkan kawasan dilindungi, penebangan spesies dilindungi, atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui.
  • 34. 4(b) ‘Salah satu kepentingan aktiviti pembalakan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.’ Jelaskan dua kepentingan lain aktiviti pembalakan terhadap alam sekita manusia. [4] i. Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. ii.Sebagai bahan mentah untuk industri yang berasaskan kayu seperti kilang papan dan kilang perabot.
  • 35. 4(c) Jelaskan dua kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal. [4] i. Berlaku peningkatan suhu kerana ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. ii. Mempercepatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Permukaan tanah yang terdedah kepada hujan lebat mudah menjadi longgar. Ketiadaan daun, ranting, dan batang pokok yang bertindak untuk memperlahankan halaju air hujan daripada jatuh terus ke permukaan tanah. Akar pokok pula tidak dapat mencengkam butir- butir tanah. Butir-butir tanah yang longgar memudahkan berlaku hakisan tanah dan tanah runtuh terutama di lereng-lereng bukit.
  • 36. 4(d) Jelaskan dua langkah yang dapat dilaksanakan oleh badan NGO untuk mengurangkan masalah kemusnahan kawasan hutan di Malaysia. [4] i. Mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen "Cintailah Hutan Kim”. ii. Mengadakan ceramah kepada masyarakat tentang kepentingan hutan terhadap alam sekitar, sama ada di sekolah, pusat pengajian tinggi atau dalam masyarakat umum.
  • 37. 5(a) Terangkan masksud pertanian ladang. [4] Pertanian ladang ialah penanaman tanaman jualan seperti getah, kelapa sawit dan teh di kawasan pertanian yang mempunyai keluasan melebihi 40 hektar yang dijalankan oleh syarikat beşar atau agensi kerajaan secara besar-besaran.
  • 38. 5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang terhadap pembangunan Malaysia. [12] Meningkatkan pendapatan eksport negara. Peningkatan pengeluaran sektor pertanian komersial seperti getah dan kelapa sawit telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport negara. Hasil eksport kedua-dua komoditi tersebut berjaya memperbaiki nilai defisit imbangan perdagangan negara. Semasa kegawatan ekonomi sekitar tahun 1997/1998, eksport minyak kelapa sawit dan getah telah berjaya memulihkan ekonomi Malaysia daripada terus meleset.
  • 39. 5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang terhadap pembangunan Malaysia. [12] Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda, banyak firma dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian telah dibebankan dengan masalah kewangan dan pemberhentian pekerja. Kesannya, kerajaan terpaksa bergantung pada sektor pertanian untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan masalah pengangguran yang semakin serius. Selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat yang menganggur, pembangunan sektor pertanian berjaya menambahkan pendapatan per kapita
  • 40. 5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang terhadap pembangunan Malaysia. [12] Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda, banyak firma dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian telah dibebankan dengan masalah kewangan dan pemberhentian pekerja. Kesannya, kerajaan terpaksa bergantung pada sektor pertanian untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan masalah pengangguran yang semakin serius. Selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat yang menganggur, pembangunan sektor pertanian berjaya menambahkan pendapatan per kapita peneroka dan pekerja ladang, sekali gus memperbaiki.
  • 41. 5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang terhadap pembangunan Malaysia. [12] Memajukan semula industri berasaskan bahan mentah. Industri memproses hasil pertanian telah dipergiat semula selain mewujudkan industri pembuatan sampingan yang berjaya menghasilkan barang eksport yang menguntungkan .
  • 42. 5(b) Terangkan empat kepentingan pertanian ladang terhadap pembangunan Malaysia. [12] Membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar. Pembukaan ladang di kawasan pembangunan wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR KEJORA, dan KETENGAH yang rata-rata terletak di luar bandar telah mendorong kerajaan menyediakan jaringan pengangkutan dan kemudahan perumahan yang lebih sempurna dan lengkap untuk penduduk. Bekalan air bersih dan elektrik turut disediakan. Kesannya, taraf hidup penduduk meningkat dan masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar dapat dikurangkan. .
  • 43. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Memperkenal dan memperluas penggunaan kaedah pertanian hidroponik. Kaedah pertanian ini merupakan salah satu kaedah yang lebih cepat dan mudah untuk mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti, khususnya tanaman makanan jangka pendek seperti sayur-sayuran. Kaedah pertanian ini seharusnya dikomersialkan dan tidak hanya dihadkan pada pengusahaan tanaman sampingan sahaja. .
  • 44. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Mempergiat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian, khususnya dalam penghasilan benih tanaman yang bermutu tinggi, cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap serangan penyakit serta serangga perosak. .
  • 45. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Memperkenalkan sistem dan rangkaian pemasaran hasil pertanian yang bebas daripada manipulasi orang tengah supaya peneroka, peladang dan penternak dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi. Langkah ini dapat menggalakkan petani untuk meningkatkan prodüktiviti selain memudahkan pihak kerajaan untuk mengawal harga hasil pertanian. .
  • 46. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Memberikan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman modal atau pemberian subsidi baja, benih atau racun perosak kepada petani bagi membolehkan mereka menambahkan pengeluaran. .
  • 47. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Menggalakkan penggunaan dan pengamalan kaedah pertanian moden yang lebih menguntungkan seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga termasuk kaedah pertanian berkelompok. .
  • 48. 5(c) Bincangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [9] Memberikan khidmat nasihat dan latihan atau bimbingan kepada para petani termasuk menyebarkan maklumat atau ilmu pertanian terkini. .
  • 49. 6(a) Terangkan masksud globalisasi ekonomi. [4] Keadaan saling kebergantungan antara negara di seluruh dunia dari segi bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi.
  • 50. 6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain dunia. [9] Pergantungan Malaysia pada modal asing bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Suntikan modal asing membolehkan industri di dalam negara berkembang pesat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat, mengurangkan pengangguran dan meningkatkan taraf hidup penduduk. .
  • 51. 6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain dunia. [9] Pergantungan Malaysia pada pasaran asing memberikan peluang kepada produk negara kita untuk menembusi pasaran negara maju. Negara akan memperoleh keuntungan melalui pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan sihat, harga barangan yang lebih stabil dan sebagainya. Contohnya, produk penyaman udara negara amat bergantung pada permintaan pasaran negara-negara Arab di Timur Tengah. .
  • 52. 6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain dunia. [9] Pergantungan Malaysia pada teknologi dan kepakaran asing. Kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ke negara ini membolehkan rakyat tempatan mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usaha sama. .
  • 53. 6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain dunia. [9] Pergantungan Malaysia pada buruh asing. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam bidang tertentu di negara ini ditampung oleh negara lain yang mengalami lebihan tenaga buruh. Contohnya, Malaysia banyak bergantung pada buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan. .
  • 54. 6(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain dunia. [9] Pergantungan Malaysia dengan negara lain juga membantu meningkatkan aliran perdagangana antarabangsa Malaysia. Ini kerana dengan adanya saling kebergantungan antara negara banyak halangan dan sekatan perdagangan dihapuskan atau distruktur semula. Ini menyebabkan banyak proses perdangangan dapat membantu memjatuhkan dan menstabil eneknomi 2015 .
  • 55. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan politik negara bagi meningkatkan kemasukan pelabur asing. .
  • 56. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Berusaha untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menyokong pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi. .
  • 57. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Melaksanakan program pembangunan di setiap negeri, wilayah dan kawasan bagi mengurangkan jurang pendapatan antara negeri, wilayah dan kawasan. .
  • 58. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Bekerjasama dengan negara ASEAN dan APEC melalui pemeteraian perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian dua hala. .
  • 59. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Membangunkan kawasan pertumbuhan negara- negara ASEAN secara berterusan seperti Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMT-GT, IMS-G dan BIMP- EAGA. .
  • 60. 6(c) Bincangkan langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [2] Mengutamakan kemerdekaan dan kedaulatan negara dalam semua aspek hubungan luar. .