SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
________________________________________________________________________

HBMS2103
PENGAJARAN MUZIK 11
MEI 2013

TUTOR : EN.ROZLAN ISMAIL
CONTACT NUMBER : 0198994070

STUDENTS NAME : ASMAH BINTI RABIS
MATRIC NO : 690823125666001
CONTACT NUMBER :0178989621
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Pengenalan

1-2

2. Teknik Latihan Fonasi

3-5

3. Isyarat Tangan Curven

6-7

4. Kaedah baris demi baris

8

5. Improvisasi

9

6. Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep irama dan melodi

10

kepada murid-murid berdasarkan lagu.

7. Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep melodi

10-11

kepada murid-murid.
8. Analisis skor lagu “Bunga BerKembang”

11-13

9. Rujukan

14
1.0 Pengenalan

Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang amat penting bagi kanak-kanak. Dalam semua
kelas muzik, nyanyian adalah mata pelajaran yang selalunya mendapat sambutan yang baik di
kalangan kanak-kanak. Maka ia adalah penting agar guru dapat mengendalikan kelas nyanyian
dengan betul dan efektif. Kanak-kanak biasanya mempunyai kecenderungan (aptitude) untuk
mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yang betul
haruslah diajar pada usia yang muda kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di
kalangan mereka. Penggunaan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada usia
yang muda dapat membantu seseorang memperkembangkan kemahiran ini di masa hadapan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Syaza Yasmin binti Ismail Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,yang bertajuk“PENGGUNAAN LAGU KANAKKANAK DEMI PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS”
dapatlah difahami bahawa aktiviti nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang amat penting
kepada kanak-kanak.Aktiviti nyanyian ini dapat memudahkan mereka untuk mempelajari sesuatu
dengan lebih mudah dan berkesan.
Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak ini dalam meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, mereka
akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan hanya membaca
sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan
bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa
ibunda.Penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
kanak-kanak kerana nyanyian lagu kanak-kanak merupakan satu aktiviti yang amat
menyeronokkan pada kanak-kanak (Nani Menon, 2005). Kaedah terbaik yang dapat digunakan untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak adalah dengan penggunaan
lagu kanak-kanak kerana lirik dan melodi lagu kanak-kanak yang mudah dan senang untuk
dipelajari serta lagu-lagu tersebut dapat menambah minat kanak-kanak untuk mempelajari
sesuatu yang baharu.

1
.Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu
kanak-kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid ini dari segi kognitif dalam
penghafazan dan memahami kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yangdilaksanakan,
murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian.Hal ini disokong
oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antarabahasa, pertuturan dan
nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak boleh menambahkan perbendaharaan kata
serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang dipelajari oleh mereka apabila mereka
mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh pendapat Krogh (1995) yang
mengatakan bahawa aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul dari segi hukum
tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa yang betul pada
masa akan datang.
Nyanyian dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Pengajaran ini juga
sangat sesuai di integrasikandalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang
menunjukkan bahawa murid-muridyang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang
lebih tinggi daripada kumpulan kawalan yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca.
Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikalkanakkanak. Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usahamengekalkan
kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapatdalam program muzik
untuk pembelajaran dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan,
persembahan alat-alat muzik dan mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik
memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata
kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik menunjukkan kemajuan
secara menyeluruh.

2
2.1 TEKNIK NYANYIAN FONASI
Fonasi adalah aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau nyanyian. Ia
melibatkan pergerakan kod vokal (vocal cords) dan mekanisme pernafasan. Teknik nyanyian
fonasi adalah teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian.
Sebagai contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik.
Dalam

bahasa

Inggeris,

teknik

ini

dikenali

sebagai

Phonetic

Singing.

Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar. Peringkat ini
dikenali sebagai peringkat ‘attack’. Dalam nyanyian, perkataan yang paling penting dalam
sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan attack yang betul. Fonasi
yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan
bukannya

di

kerongkong.

Beberapa Latihan Mudah yang Dapat Membantu dalam Teknik Nyanyian Fonasi
1. Bayangkan anda sedang meniup lilin pada kek hari jadi. Mulakan teknik ini dengan
menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi „ooo‟ pada pic yang selesa
untuk anda.
2. Gunakan perkataan „Ssss‟ untuk menyanyikan lagu mudah seperti Lagu Selamat Hari
Jadi.
3. Gunakan suku kata yang mempunyai perkataan „h‟ di hadapan seperti „hah‟ „hih‟ „hoo‟
dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam
Skor 1 di bawah.

Skor 1

3
Teknik nyanyian fonasi adalah amat penting untuk kanak-kanak kerana teknik ini mengajar
mereka untuk menyebut setiap perkataan dalam lirik dengan menggunakan sebutan yang betul.
Dalam teknik nyanyian fonasi, kesemua 26 abjad boleh diajar dengan menggunakan bunyi fonasi
yang betul. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya mempunyai masalah fonetik yang
berlainan.
Sebagai contoh, kanak-kanak Melayu biasanya mempunyai masalah untuk menyebut
perkataan-perkataan Inggeris yang mempunyai bunyi th [ðə] kerana bunyi ini tidak
terdapat dalam Bahasa Melayu. Perkataan seperti father [faðə] biasanya disebut sebagai
[fadə]. Bunyi f dan p juga kadang-kadang menimbulkan masalah bagi kanak-kanak
Melayu. Perkataan huru [f] selalunya disebut sebagai huru [p]
Bagi kanak-kanak Cina pula, mereka biasanya mempunyai masalah dengan bunyi l dan r.
Perkataan lori biasanya disebut sebagai loli dan rotan disebut sebagai lotan. Mereka
juga mempunyai masalah untuk menyebut perkataan seperti lari dan berlari dengan
cepat.
Kanak-kanak India pula mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang
mempunyai huruf w dan v. Mereka selalu mengelirukan kedua-dua bunyi huruf ini.
Perkataan seperti we selalunya disebut sebagai ve.
Maka teknik nyanyian fonasi dapat membantu kanak-kanak untuk menyebut setiap perkataan
dengan sebutan yang betul.
Dalam nyanyian, teknik fonasi boleh diajar dengan menggunakan bunyi-bunyi huruf. Latihan
fonasi yang menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam setiap latihan,
abjad-abjad yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi. Skor 2
menunjukkan cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik nyanyian fonasi.

Skor 2

4
Skor 2 adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang diberi adalah
pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah pic yang selesa
untuk kebanyakan jenis suara kanak-kanak. Jangan tukar pic untuk setiap detik kerana ini akan
mengelirukan pelajar. Dalam mana-mana latihan, fokusnya haruslah jelas. Untuk latihan fonasi
ini, fokusnya haruslah tertumpu pada bunyi fonasi yang betul dan bukanya pic setiap not. Oleh
itu, semasa menyediakan latihan, jangan menguji terlalu banyak elemen muzik pada satu masa
kerana ini akan mengelirukan pelajar. Walau bagaimanapun, dalam latihan ini terdapat sedikit
variasi ritma dalam bar 2 dan 4. Ini adalah untuk menguji kepekaan pelajar semasa menjalankan
latihan ini.
Skor 3, 4 dan 5 di bawah menunjukkan beberapa contoh latihan nyanyian fonasi yang boleh anda
gunakan untuk menguji diri sendiri.

Skor 3

Skor 4

Skor 5

5
3.1 Isyarat tangan Curwen
Solfa seperti yang kita sedia maklum adalah satu set silibel yang mewakili bunyi satu pic dan
hubungannya sesama pic yang lain. Silibel ini adalah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do.
Menurut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat membantu kanak-kanak mengenali pic not dan
hubungan satu not dengan not yang lain.
Sebelum memulakan kelas, Guru menerangkan kepada pelajar-pelajar erti nyanyian solfa.
Terangkan bahawa Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do adalah silibel yang digunakan untuk
mewakili bunyi untuk satu pic dan hubunganya diantara pic-pic. Jelaskan bahawa setipa pic
mempunyai isyarat tangan yang melambangkan kedudukan pic-pic ini. Demonstrasikan
kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat tangan Curwen sambil menyanyikan pic itu.
Teruskan kelas dengan menyuruh pelajar-pelajar meniru isyarat tangan yang ditunjukkan.
Pastikan setiap pelajar membuat isyarat untuk setiap pic pada kedudukan dan posisi tangan yang
betul sebelum meneruskan ke pic yang seterusnya.
Setelah pelajar-pelajar tersebut telah fasih dengan nyanyian solfa sambil menggunakan isyarat
tangan pelajaran diteruskan untuk memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan
menguatkan lagi pemahaman mereka.
Setelah pelajar-pelajar telah fasih dengan nyanyian solfa dengan isyarat tangan yang mudah,
Gunakan lagu-lagu kanak-kanak yang popular sebagai latihan yang lebih mencabar.
Pic-pic seperti La dan Ti haruslah diajar dengan teliti terlebih dahulu sebelum mula mengajar
lagu-lagu yang menggunakan pic-pic ini. Penggunaan isyarat tangan yang betul dapat membantu
pelajar-pelajar untuk memahami kedudukan pic ini. Latihan-latihan yang menggunakan
perwakilan grafik juga adalah amat penting untuk membantu pelajar-pelajar menyanyikan picpic ini dengan betul dan tepat.

6
Pengajaran solfa ini juga boleh dilakukan melalui proses peniruan.Guru menyebut solfa dan
murid diminta untuk meniru cara guru menyebut solfa dengan melakukan isyarat tangan
mengikut solfa yang disebut tadi.Pengulangan aktiviti ini akan menjadikan murid mahir dengan
menyebut solfa dan dapat mengingati isyarat tangan tersebut.Setelah murid mahir bahagikan
pelajar kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diminta membuat persembahan di hadapan
kelas.Aktiviti ini amat baik dilakukan agar murid mengingati apa yang diajar oleh guru.
Pengajaran solfa ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan carta lagu.Pada carta lagu
tersebut gueu bolehlah meletakkan tanda isyarat mengikut solfanya.Dengan cara ini murid akan
dapat mengingati solfa dan juga tanda isyarat tangan secara serentak.Ulang aktiviti ini sehingga
pelajar betul-betul mahir.Minta pelajar secara berpasangan melakukan aktiviti ini.Pilih beberapa
pasangan untuk melakukan aktiviti tersebut di hadapan kelas.

7
4.1 Kaedah baris demi baris
Kaedah ini adalah cara yang amat sesuai digunakan ,terutama pada kelas mempunyai tahap
kebolehan yang lemah.Ianya amat sesuai bagi lagu yang panjang dan yang melibatkan
pengajaran lagu secara sebahagian-sebahagian atau frasa,kemudian akan diikuti dengan
cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyi keseluruhan lagu.Berikut adalah
beberapa langkah untuk menjalankannya.Cara ini adalah cara yang terbaik agar murid dapat
mengingati senikata lagu tersebut.Berikut adalah kaedah pengajaran lagu secara baris demi baris.

i)

Guru memperlihatkan jenis-jenis bunga kepada murid.Murid diminta menamakan
setiap jenis bunga yang dilihat. Murid menghidu bunga-bunga tersebut.

ii)

Guru memperkenalkan lagu “Bunga Berkembang”

iii)

Lirik lagu diedarkan kepada murid.

iv)

Murid mendengar dan mengikut guru menyanyi secara “humming” dari satu baris ke
satu baris

v)

Murid mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara”humming”

vi)

Guru mengajar murid membaca senikata lagu baris demi baris

vii)

Guru membimbing murid menyanyi dengan senikata lagu sebaris-demi sebaris secara
berulang-ulang

viii)

Guru dan pelajar menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama

ix)

Murid menyanyi lagu secara solo dengan iringan muzik

x)

Murid menyanyi lagu tanpa iringan muzik.

8
5.1 Improvisasi
Ianya adalah matlamat utama dalam Pendekatan Carl Orff. Ini disebabkan ianya
memainkan peranan yang amat penting kearah pembangunan muzikal yang menyeluruh
dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu. Kebolehan seseorang kanak-kanak itu
mengimprovisasi dalam muzik adalah antara falsafah utama Carl Orff. Beliau
berpendapat bahawa,improvisasi merupakan skil muzikal yang amat penting kerana ianya
dapat mengembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang kanakkanak.Improvisasi juga dapat menunjukkan kefahaman muzikal seseorang kanak-kanak
itu.
Proses ini memerlukan pelajar untuk menghasilkan bunyi,irama,atau melodi dengan
menggunakan pengalaman muzikal dan daya imaginasi mereka. Ianya boleh berlaku pada
setiap peringkat pembelajaran mereka. Ianya tidak berlaku hanya selepas mereka belajar
untuk membaca notasi.Carl Orff berpendapat proses ini boleh berlaku dalam peringkat
permulaan seseorang pelajar itu diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi,ritma
dan sebagainya.Para pelajar ini harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi
yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka
Berdasarkan lagu” Bunga berkembang” ini guru boleh membuat improvisasi pada corak
irama lagu tersebut..Sebagai contoh berdasarkan lagu skor baris pertama guru akan
menepuk tangan pada detik yang pertama dan ketiga,para pelajar akan menghentam kaki
mereka untuk detik-detik ini.Manakala apabila guru memetik jari pada detik kedua dan
keempat ,para pelajar akan melakukan improvisasi dengan menepuk tangan pada detik
tersebut.Aktiviti ini akan dilakukan pada skor-skor lagu tersebut sehingga selesai.Guru
juga boleh meminta setiap kumpulan untuk membuat persembahan di dahapan
kelas.Dengan itu pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan
persembahan yang terbaik.

9
5.2

Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep irama dan melodi kepada

murid-murid berdasarkan lagu.

Aktiviti ini boleh dijalankan selepas para pelajar telah mahir dengan corak-corak irama
yang mudah. Hanya selepas semua pelajar mahir dengan corak-corak irama
mudah,barulah mereka boleh melakukan aktiviti soal-jawab irama ini.Setiap latihan soal
dan jawab haruslah dilakukan dalam nadi meter tersebut.Lagu “Biarkan bunga
berkembang mempunyai meter 4/4. Maka seharusnya mereka sedar akan bahawa meter
ini mempunyai empat detik dan setiap detik mempunyai pembahagian masa yang sama
rata dalam meter tersebut.Para pelajar juga harus diajar tentang nadi dalam meter
tersebut. Guru seharusnya memastikan setiap pelajar akan menepuk pada detik yang
berlainan.
Untuk aktiviti ini,guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.Aktiviti akan
dimulakan dengan kumpulan satu menepuk satu corak irama dan corak irama ini akan
dibalas oleh kumpulan dua menggunakan sebutan berirama. Aktiviti ini akan diulangulang agar objektif untuk menguji irama dalam diri pelajar akan tercapai. Aktiviti ini
harus diteruskan agar setiap kumpulan mempunyai peluang sekurang-kurangnya 3 atau 4
peluang untuk mencipta dan menjawab corak irama.

5.3

Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep melodi kepada murid-

murid.

Soal dan jawab frasa melodi adalah hampir sama dengan soal dan jawab corak
irama.Perbezaan yang ketara ialah dalam soal dan jawab frasa melodi elemen muzik yang
diuji ialah melodi dan juga irama.
Para pelajar akan diuji dengan menggunakan corak melodi dan corak irama yang mudah
dahulu.Kemudian gunakan corak melodi yang mempunyai sedikit pergerakan not dan
pergerakan jeda yang kecilPergerakan jeda seperti Do-Me-So adalah amat sesuai bagi
kelas-kelas permulaaan.

10
Latihan haruslah dimulakan dengan menyanyikan melodi yang pendek beberapa kali
supaya para pelajar akan dapat mengingati pergerakan not dalam melodi tersebut.Selepas
itu para pelajar akan menyanyikan balik melodi yang telah dinyanyikan oleh guru.Guru
harus memastikan para pelajar menyanyi dalam pic dan irama yang betul. Latihan seperti
ini amat penting kerana ia dapat menguatkan daya ingatan mereka.
Selepas itu mereka boleh membuat variasi kepada melodi yang mudah untuk mereka
membuat improvisasi.

6.1

Analisis skor lagu “Bunga BerKembang”

Lagu ini mengisahkan tentang kasih sayang yang berkembang bagaikan bunga.Senikata
lagu ini terdiri daripada 12 baris. Nadi meter lagu ini ialah 4/4.Terdapat 16 bar pada skor
lagu ini.Not yang terbesar ialah semibrif yang bernilai 4.Manakala not yang terkecil ialah
not kuaver yang bernilai ½.Setiap bar mengandungi 4 nilai krocet.Pengulangan berlaku
pada bar 1 sehingga bar 8.Not tertinggi ialah not C‟ manakala not yamg terendah ialah
not C.Skor lagu ini amat baik untuk digunakan sebagai latihan permainan rekoder dan
juga melodian. Jenis-jenis not yang terdapat pada skor ini mudah untuk dipelajari dan
merupakan not yang asas dalam penjarian rekoder.Teksturnya mudah.Tempo lagu ini
juga agak lambat.

Tekstur adalah lapisan suara yang didengar pada satu-satu masa.Tekstur boleh dijelaskan
seperti lut sinar ,padat,nipis,berat atau ringan.Pencipta muzik menggunakan variasi
tekstur di dalam ciptaan mereka untuk membentuk perbezaan ekspresi pendengar.
Terdapat beberapa tekstur di dalam pendidikan muzik iaitu
1. Tekstur Monofoni
Tekstur ini terdiri daripada satu baris melodi tanpa iringan muzik.Ianya juga bermaksud
satu bunyi.Guru mengarahkan seorang murid untuk menyanyi tanpa iringan muzik
bermaksud dia sedang menyanyi muzik monofoni.Sekumpulan alat muzik atau koir
menyanyi secara unison walaupun mereka menghasilkan muzik yang kaya dengan bunyi
tetapi itu masih muzik tekstur monofoni.

11
2. Tekstur Polifoni
Tekstur polifoni bermaksud banyak lapisan suara contohnya muzik yang mempunyai dua
atau lebih lapis dinyanyi atau dimainkan bersama.Di dalam lagu bertekstur polifoni,setiap
lapisan melodi mempunyai cirri-ciri atau kepentingan yang tersendiri namun ianya
menyokong di antara satu sama lain. Dan ia juga dapat memperkaya ekspresi muzik
tersebut.
Muzik polifoni mempunyai ciri-ciri imitasi dimana suara satu lapisan akan diulang oleh
lapisan suara yang lain.Contohnya kumpulan pertama akan menyanyi dahulu kemudian
akan diikuti oleh kumpulan kedua tetapi mereka akan bermula agak lambat berbanding
dengan kumpulan yang pertama. Seterusnya kumpulan ketiga akan menyanyikan lagu
yang sama.
3. Tekstur Homofoni
Sebuah lagu yang mempunyai satu baris melodi,dinyanyi atau dimainkan dengan iringan
kord dikatakan mempunyai tekstur homofoni.Tumpuan utama pendengarnya ialah pada
melodinya.Melodi disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alat-alat
muzik atau suara nyanyian.Contoh muzik tekstur homofoni ialah apabila seorang
penyanyi menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan permainan gitar.
Harmoni
Seseorang penyanyi juga akan dapat memperkayakan melodi nyanyiannya dengan
mengiringi lagu dengan alat muzik contohnya gitar atau pun piano.Ini disebut sebagai
pengharmonian dimana lagu melodi tersebut disokong oleh harmoninya.Di dalam lagu
terdapat tiga jenis harmoni iaitu konsonan dan dissonan serta triad.

12
Konsonan dan dissonan.
Terdapat kord yang memberi perasaan stabil dan tenang kepada pendengarnya.Kombinasi
lagu yang dapat memberi ketenangan dipanggil kord konsonan.Dissonan pula akan
member perasaan yang tidak stabil.Biasanya kord ini memerlukan resolution dimana ia
perlu kembali kepada kord konsonan untuk mendapatkan rasa stabil.
Kord memberi perasaan yang pelbagai kepada sesebuah muzik itu.Ada kord yang mudah
,komplek,tenang ,tegang,cerah dan gelap.Ianya bergantung kepada pencipta muzik
itu.Kord yang paling mudah ialah kord yang terdiri daripada 3 not yang dipanggil triad

2734 Patah perkataan

13
RUJUKAN

Privana Manoharan.(2011)HBMS2103.Pengajaran Muzik 11.Selangor.
Meteor.Doc.Sdn.Bhd
Prof Doktor Mansor Fadzil,(2011)HBMS1203,Pengajaran Muzik 1,Selangor
Meteor.Doc.Sdn.Bhd
www.slideshare .net/zuera/72/asgmt Emile

Receipt No : 352103
Assignment Submission Receipt
Student ID

690823125666

Course

HBMS2103SMP

Title

MAY 2013: ASSIGNMENT

Due Date

17 July 2013

Submission Date

16 July 2013

Submission Time

02:20:29
14

More Related Content

What's hot

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 IPGM
 
Seni budaya 9 topik 1 sem genap
Seni budaya 9   topik 1 sem genapSeni budaya 9   topik 1 sem genap
Seni budaya 9 topik 1 sem genapfabianushermawan
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1eikhwa
 
Seni budaya 8 topik 1 sem genap
Seni budaya 8   topik 1 sem genapSeni budaya 8   topik 1 sem genap
Seni budaya 8 topik 1 sem genapfabianushermawan
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Amran Aris
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2Nor Azlina
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1norakmar74
 
seni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanseni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanrathibujie
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)unitpljun2014
 
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...Stephanie Unsil
 
modul pembelajaran seni tari
modul pembelajaran seni tarimodul pembelajaran seni tari
modul pembelajaran seni tariDediSupriyatna4
 

What's hot (19)

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
MEMPERTIMBANGKAN EURITMIKA EMILE JAQUES-DALCROZE PADA PENGAJARAN SENI MUSIK A...
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1
 
Seni budaya 9 topik 1 sem genap
Seni budaya 9   topik 1 sem genapSeni budaya 9   topik 1 sem genap
Seni budaya 9 topik 1 sem genap
 
Seni Musik 8 bab3
Seni Musik 8 bab3Seni Musik 8 bab3
Seni Musik 8 bab3
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
 
Seni budaya 8 topik 1 sem genap
Seni budaya 8   topik 1 sem genapSeni budaya 8   topik 1 sem genap
Seni budaya 8 topik 1 sem genap
 
Hologramx
HologramxHologramx
Hologramx
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA MUZIK KSSR THN 2
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
 
Rpp ipa 1
Rpp ipa 1Rpp ipa 1
Rpp ipa 1
 
seni dalam pendidikan
seni dalam pendidikanseni dalam pendidikan
seni dalam pendidikan
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
 
Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...
MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SE...
 
modul pembelajaran seni tari
modul pembelajaran seni tarimodul pembelajaran seni tari
modul pembelajaran seni tari
 

Viewers also liked

MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )
MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )
MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )Stephanie Unsil
 
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschum
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschumCarmina Burana album to download carl orff by eugen joschum
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschumisabella belin
 
Instrumentos Orff
Instrumentos OrffInstrumentos Orff
Instrumentos OrffAdrii20
 
01 modul pengajaran muzik tahun 1
01 modul pengajaran muzik tahun 101 modul pengajaran muzik tahun 1
01 modul pengajaran muzik tahun 1Nurfatiha Rozlan
 
Ppt sejarah
Ppt sejarahPpt sejarah
Ppt sejarahDini33
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

Viewers also liked (9)

MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )
MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )
MZU 3116 Kurikulum & Pengajaran Muzik II ( SEMESTER 5 )
 
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschum
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschumCarmina Burana album to download carl orff by eugen joschum
Carmina Burana album to download carl orff by eugen joschum
 
Instrumentos Orff
Instrumentos OrffInstrumentos Orff
Instrumentos Orff
 
Pendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambarPendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambar
 
Kaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaranKaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaran
 
01 modul pengajaran muzik tahun 1
01 modul pengajaran muzik tahun 101 modul pengajaran muzik tahun 1
01 modul pengajaran muzik tahun 1
 
Metodologi muzik
Metodologi muzik Metodologi muzik
Metodologi muzik
 
Ppt sejarah
Ppt sejarahPpt sejarah
Ppt sejarah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Similar to Kja pmz

Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariaizam277
 
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)LamhotSihombing
 
Bengkel asas membaca
Bengkel asas membacaBengkel asas membaca
Bengkel asas membacakuliahpismp09
 
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)kuliahpismp09
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danharzilia
 
Muzik dan gerakan
Muzik dan gerakanMuzik dan gerakan
Muzik dan gerakanJelvin MH
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’ermahfir
 
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraSMPK Stella Maris
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonan
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonanProblematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonan
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonanIfwhar Yuhono
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiNagarajan Aboy
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoSugeng Riadi
 
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.Dhita Candra
 

Similar to Kja pmz (20)

Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
 
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
Aplikasi model pie_(planning__implementation__evaluation)
 
Bengkel asas membaca
Bengkel asas membacaBengkel asas membaca
Bengkel asas membaca
 
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
 
koir
koirkoir
koir
 
Kab awal membaca
Kab awal membacaKab awal membaca
Kab awal membaca
 
Seni Musik bab3
Seni Musik bab3Seni Musik bab3
Seni Musik bab3
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Muzik dan gerakan
Muzik dan gerakanMuzik dan gerakan
Muzik dan gerakan
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
 
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suaraBab 3 menyanyi dengan satu suara
Bab 3 menyanyi dengan satu suara
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonan
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonanProblematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonan
Problematika pelafalan bahasa indonesia pada fonem vokal dan konsonan
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
 
Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
 
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.
SEMINAR BAHASA_YEMIMA KURNIA F.
 
Rpp seni budaya
Rpp seni budayaRpp seni budaya
Rpp seni budaya
 

Kja pmz

  • 1. ________________________________________________________________________ HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK 11 MEI 2013 TUTOR : EN.ROZLAN ISMAIL CONTACT NUMBER : 0198994070 STUDENTS NAME : ASMAH BINTI RABIS MATRIC NO : 690823125666001 CONTACT NUMBER :0178989621
  • 2. KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 1-2 2. Teknik Latihan Fonasi 3-5 3. Isyarat Tangan Curven 6-7 4. Kaedah baris demi baris 8 5. Improvisasi 9 6. Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep irama dan melodi 10 kepada murid-murid berdasarkan lagu. 7. Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep melodi 10-11 kepada murid-murid. 8. Analisis skor lagu “Bunga BerKembang” 11-13 9. Rujukan 14
  • 3. 1.0 Pengenalan Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang amat penting bagi kanak-kanak. Dalam semua kelas muzik, nyanyian adalah mata pelajaran yang selalunya mendapat sambutan yang baik di kalangan kanak-kanak. Maka ia adalah penting agar guru dapat mengendalikan kelas nyanyian dengan betul dan efektif. Kanak-kanak biasanya mempunyai kecenderungan (aptitude) untuk mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yang betul haruslah diajar pada usia yang muda kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di kalangan mereka. Penggunaan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada usia yang muda dapat membantu seseorang memperkembangkan kemahiran ini di masa hadapan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Syaza Yasmin binti Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,yang bertajuk“PENGGUNAAN LAGU KANAKKANAK DEMI PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS” dapatlah difahami bahawa aktiviti nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang amat penting kepada kanak-kanak.Aktiviti nyanyian ini dapat memudahkan mereka untuk mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak ini dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, mereka akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan hanya membaca sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda.Penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak kerana nyanyian lagu kanak-kanak merupakan satu aktiviti yang amat menyeronokkan pada kanak-kanak (Nani Menon, 2005). Kaedah terbaik yang dapat digunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak adalah dengan penggunaan lagu kanak-kanak kerana lirik dan melodi lagu kanak-kanak yang mudah dan senang untuk dipelajari serta lagu-lagu tersebut dapat menambah minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang baharu. 1
  • 4. .Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagu kanak-kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid ini dari segi kognitif dalam penghafazan dan memahami kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yangdilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian.Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antarabahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak boleh menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yang dipelajari oleh mereka apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh pendapat Krogh (1995) yang mengatakan bahawa aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang. Nyanyian dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Pengajaran ini juga sangat sesuai di integrasikandalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa murid-muridyang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca. Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikalkanakkanak. Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usahamengekalkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapatdalam program muzik untuk pembelajaran dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan muzik menunjukkan kemajuan secara menyeluruh. 2
  • 5. 2.1 TEKNIK NYANYIAN FONASI Fonasi adalah aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau nyanyian. Ia melibatkan pergerakan kod vokal (vocal cords) dan mekanisme pernafasan. Teknik nyanyian fonasi adalah teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian. Sebagai contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik. Dalam bahasa Inggeris, teknik ini dikenali sebagai Phonetic Singing. Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat ‘attack’. Dalam nyanyian, perkataan yang paling penting dalam sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan attack yang betul. Fonasi yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan bukannya di kerongkong. Beberapa Latihan Mudah yang Dapat Membantu dalam Teknik Nyanyian Fonasi 1. Bayangkan anda sedang meniup lilin pada kek hari jadi. Mulakan teknik ini dengan menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi „ooo‟ pada pic yang selesa untuk anda. 2. Gunakan perkataan „Ssss‟ untuk menyanyikan lagu mudah seperti Lagu Selamat Hari Jadi. 3. Gunakan suku kata yang mempunyai perkataan „h‟ di hadapan seperti „hah‟ „hih‟ „hoo‟ dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam Skor 1 di bawah. Skor 1 3
  • 6. Teknik nyanyian fonasi adalah amat penting untuk kanak-kanak kerana teknik ini mengajar mereka untuk menyebut setiap perkataan dalam lirik dengan menggunakan sebutan yang betul. Dalam teknik nyanyian fonasi, kesemua 26 abjad boleh diajar dengan menggunakan bunyi fonasi yang betul. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya mempunyai masalah fonetik yang berlainan. Sebagai contoh, kanak-kanak Melayu biasanya mempunyai masalah untuk menyebut perkataan-perkataan Inggeris yang mempunyai bunyi th [ðə] kerana bunyi ini tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. Perkataan seperti father [faðə] biasanya disebut sebagai [fadə]. Bunyi f dan p juga kadang-kadang menimbulkan masalah bagi kanak-kanak Melayu. Perkataan huru [f] selalunya disebut sebagai huru [p] Bagi kanak-kanak Cina pula, mereka biasanya mempunyai masalah dengan bunyi l dan r. Perkataan lori biasanya disebut sebagai loli dan rotan disebut sebagai lotan. Mereka juga mempunyai masalah untuk menyebut perkataan seperti lari dan berlari dengan cepat. Kanak-kanak India pula mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang mempunyai huruf w dan v. Mereka selalu mengelirukan kedua-dua bunyi huruf ini. Perkataan seperti we selalunya disebut sebagai ve. Maka teknik nyanyian fonasi dapat membantu kanak-kanak untuk menyebut setiap perkataan dengan sebutan yang betul. Dalam nyanyian, teknik fonasi boleh diajar dengan menggunakan bunyi-bunyi huruf. Latihan fonasi yang menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam setiap latihan, abjad-abjad yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi. Skor 2 menunjukkan cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik nyanyian fonasi. Skor 2 4
  • 7. Skor 2 adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang diberi adalah pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah pic yang selesa untuk kebanyakan jenis suara kanak-kanak. Jangan tukar pic untuk setiap detik kerana ini akan mengelirukan pelajar. Dalam mana-mana latihan, fokusnya haruslah jelas. Untuk latihan fonasi ini, fokusnya haruslah tertumpu pada bunyi fonasi yang betul dan bukanya pic setiap not. Oleh itu, semasa menyediakan latihan, jangan menguji terlalu banyak elemen muzik pada satu masa kerana ini akan mengelirukan pelajar. Walau bagaimanapun, dalam latihan ini terdapat sedikit variasi ritma dalam bar 2 dan 4. Ini adalah untuk menguji kepekaan pelajar semasa menjalankan latihan ini. Skor 3, 4 dan 5 di bawah menunjukkan beberapa contoh latihan nyanyian fonasi yang boleh anda gunakan untuk menguji diri sendiri. Skor 3 Skor 4 Skor 5 5
  • 8. 3.1 Isyarat tangan Curwen Solfa seperti yang kita sedia maklum adalah satu set silibel yang mewakili bunyi satu pic dan hubungannya sesama pic yang lain. Silibel ini adalah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do. Menurut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat membantu kanak-kanak mengenali pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain. Sebelum memulakan kelas, Guru menerangkan kepada pelajar-pelajar erti nyanyian solfa. Terangkan bahawa Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do adalah silibel yang digunakan untuk mewakili bunyi untuk satu pic dan hubunganya diantara pic-pic. Jelaskan bahawa setipa pic mempunyai isyarat tangan yang melambangkan kedudukan pic-pic ini. Demonstrasikan kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat tangan Curwen sambil menyanyikan pic itu. Teruskan kelas dengan menyuruh pelajar-pelajar meniru isyarat tangan yang ditunjukkan. Pastikan setiap pelajar membuat isyarat untuk setiap pic pada kedudukan dan posisi tangan yang betul sebelum meneruskan ke pic yang seterusnya. Setelah pelajar-pelajar tersebut telah fasih dengan nyanyian solfa sambil menggunakan isyarat tangan pelajaran diteruskan untuk memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan menguatkan lagi pemahaman mereka. Setelah pelajar-pelajar telah fasih dengan nyanyian solfa dengan isyarat tangan yang mudah, Gunakan lagu-lagu kanak-kanak yang popular sebagai latihan yang lebih mencabar. Pic-pic seperti La dan Ti haruslah diajar dengan teliti terlebih dahulu sebelum mula mengajar lagu-lagu yang menggunakan pic-pic ini. Penggunaan isyarat tangan yang betul dapat membantu pelajar-pelajar untuk memahami kedudukan pic ini. Latihan-latihan yang menggunakan perwakilan grafik juga adalah amat penting untuk membantu pelajar-pelajar menyanyikan picpic ini dengan betul dan tepat. 6
  • 9. Pengajaran solfa ini juga boleh dilakukan melalui proses peniruan.Guru menyebut solfa dan murid diminta untuk meniru cara guru menyebut solfa dengan melakukan isyarat tangan mengikut solfa yang disebut tadi.Pengulangan aktiviti ini akan menjadikan murid mahir dengan menyebut solfa dan dapat mengingati isyarat tangan tersebut.Setelah murid mahir bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diminta membuat persembahan di hadapan kelas.Aktiviti ini amat baik dilakukan agar murid mengingati apa yang diajar oleh guru. Pengajaran solfa ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan carta lagu.Pada carta lagu tersebut gueu bolehlah meletakkan tanda isyarat mengikut solfanya.Dengan cara ini murid akan dapat mengingati solfa dan juga tanda isyarat tangan secara serentak.Ulang aktiviti ini sehingga pelajar betul-betul mahir.Minta pelajar secara berpasangan melakukan aktiviti ini.Pilih beberapa pasangan untuk melakukan aktiviti tersebut di hadapan kelas. 7
  • 10. 4.1 Kaedah baris demi baris Kaedah ini adalah cara yang amat sesuai digunakan ,terutama pada kelas mempunyai tahap kebolehan yang lemah.Ianya amat sesuai bagi lagu yang panjang dan yang melibatkan pengajaran lagu secara sebahagian-sebahagian atau frasa,kemudian akan diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyi keseluruhan lagu.Berikut adalah beberapa langkah untuk menjalankannya.Cara ini adalah cara yang terbaik agar murid dapat mengingati senikata lagu tersebut.Berikut adalah kaedah pengajaran lagu secara baris demi baris. i) Guru memperlihatkan jenis-jenis bunga kepada murid.Murid diminta menamakan setiap jenis bunga yang dilihat. Murid menghidu bunga-bunga tersebut. ii) Guru memperkenalkan lagu “Bunga Berkembang” iii) Lirik lagu diedarkan kepada murid. iv) Murid mendengar dan mengikut guru menyanyi secara “humming” dari satu baris ke satu baris v) Murid mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara”humming” vi) Guru mengajar murid membaca senikata lagu baris demi baris vii) Guru membimbing murid menyanyi dengan senikata lagu sebaris-demi sebaris secara berulang-ulang viii) Guru dan pelajar menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama ix) Murid menyanyi lagu secara solo dengan iringan muzik x) Murid menyanyi lagu tanpa iringan muzik. 8
  • 11. 5.1 Improvisasi Ianya adalah matlamat utama dalam Pendekatan Carl Orff. Ini disebabkan ianya memainkan peranan yang amat penting kearah pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu. Kebolehan seseorang kanak-kanak itu mengimprovisasi dalam muzik adalah antara falsafah utama Carl Orff. Beliau berpendapat bahawa,improvisasi merupakan skil muzikal yang amat penting kerana ianya dapat mengembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang kanakkanak.Improvisasi juga dapat menunjukkan kefahaman muzikal seseorang kanak-kanak itu. Proses ini memerlukan pelajar untuk menghasilkan bunyi,irama,atau melodi dengan menggunakan pengalaman muzikal dan daya imaginasi mereka. Ianya boleh berlaku pada setiap peringkat pembelajaran mereka. Ianya tidak berlaku hanya selepas mereka belajar untuk membaca notasi.Carl Orff berpendapat proses ini boleh berlaku dalam peringkat permulaan seseorang pelajar itu diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi,ritma dan sebagainya.Para pelajar ini harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka Berdasarkan lagu” Bunga berkembang” ini guru boleh membuat improvisasi pada corak irama lagu tersebut..Sebagai contoh berdasarkan lagu skor baris pertama guru akan menepuk tangan pada detik yang pertama dan ketiga,para pelajar akan menghentam kaki mereka untuk detik-detik ini.Manakala apabila guru memetik jari pada detik kedua dan keempat ,para pelajar akan melakukan improvisasi dengan menepuk tangan pada detik tersebut.Aktiviti ini akan dilakukan pada skor-skor lagu tersebut sehingga selesai.Guru juga boleh meminta setiap kumpulan untuk membuat persembahan di dahapan kelas.Dengan itu pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik. 9
  • 12. 5.2 Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep irama dan melodi kepada murid-murid berdasarkan lagu. Aktiviti ini boleh dijalankan selepas para pelajar telah mahir dengan corak-corak irama yang mudah. Hanya selepas semua pelajar mahir dengan corak-corak irama mudah,barulah mereka boleh melakukan aktiviti soal-jawab irama ini.Setiap latihan soal dan jawab haruslah dilakukan dalam nadi meter tersebut.Lagu “Biarkan bunga berkembang mempunyai meter 4/4. Maka seharusnya mereka sedar akan bahawa meter ini mempunyai empat detik dan setiap detik mempunyai pembahagian masa yang sama rata dalam meter tersebut.Para pelajar juga harus diajar tentang nadi dalam meter tersebut. Guru seharusnya memastikan setiap pelajar akan menepuk pada detik yang berlainan. Untuk aktiviti ini,guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.Aktiviti akan dimulakan dengan kumpulan satu menepuk satu corak irama dan corak irama ini akan dibalas oleh kumpulan dua menggunakan sebutan berirama. Aktiviti ini akan diulangulang agar objektif untuk menguji irama dalam diri pelajar akan tercapai. Aktiviti ini harus diteruskan agar setiap kumpulan mempunyai peluang sekurang-kurangnya 3 atau 4 peluang untuk mencipta dan menjawab corak irama. 5.3 Contoh aktiviti soal jawab untuk mengajar konsep melodi kepada murid- murid. Soal dan jawab frasa melodi adalah hampir sama dengan soal dan jawab corak irama.Perbezaan yang ketara ialah dalam soal dan jawab frasa melodi elemen muzik yang diuji ialah melodi dan juga irama. Para pelajar akan diuji dengan menggunakan corak melodi dan corak irama yang mudah dahulu.Kemudian gunakan corak melodi yang mempunyai sedikit pergerakan not dan pergerakan jeda yang kecilPergerakan jeda seperti Do-Me-So adalah amat sesuai bagi kelas-kelas permulaaan. 10
  • 13. Latihan haruslah dimulakan dengan menyanyikan melodi yang pendek beberapa kali supaya para pelajar akan dapat mengingati pergerakan not dalam melodi tersebut.Selepas itu para pelajar akan menyanyikan balik melodi yang telah dinyanyikan oleh guru.Guru harus memastikan para pelajar menyanyi dalam pic dan irama yang betul. Latihan seperti ini amat penting kerana ia dapat menguatkan daya ingatan mereka. Selepas itu mereka boleh membuat variasi kepada melodi yang mudah untuk mereka membuat improvisasi. 6.1 Analisis skor lagu “Bunga BerKembang” Lagu ini mengisahkan tentang kasih sayang yang berkembang bagaikan bunga.Senikata lagu ini terdiri daripada 12 baris. Nadi meter lagu ini ialah 4/4.Terdapat 16 bar pada skor lagu ini.Not yang terbesar ialah semibrif yang bernilai 4.Manakala not yang terkecil ialah not kuaver yang bernilai ½.Setiap bar mengandungi 4 nilai krocet.Pengulangan berlaku pada bar 1 sehingga bar 8.Not tertinggi ialah not C‟ manakala not yamg terendah ialah not C.Skor lagu ini amat baik untuk digunakan sebagai latihan permainan rekoder dan juga melodian. Jenis-jenis not yang terdapat pada skor ini mudah untuk dipelajari dan merupakan not yang asas dalam penjarian rekoder.Teksturnya mudah.Tempo lagu ini juga agak lambat. Tekstur adalah lapisan suara yang didengar pada satu-satu masa.Tekstur boleh dijelaskan seperti lut sinar ,padat,nipis,berat atau ringan.Pencipta muzik menggunakan variasi tekstur di dalam ciptaan mereka untuk membentuk perbezaan ekspresi pendengar. Terdapat beberapa tekstur di dalam pendidikan muzik iaitu 1. Tekstur Monofoni Tekstur ini terdiri daripada satu baris melodi tanpa iringan muzik.Ianya juga bermaksud satu bunyi.Guru mengarahkan seorang murid untuk menyanyi tanpa iringan muzik bermaksud dia sedang menyanyi muzik monofoni.Sekumpulan alat muzik atau koir menyanyi secara unison walaupun mereka menghasilkan muzik yang kaya dengan bunyi tetapi itu masih muzik tekstur monofoni. 11
  • 14. 2. Tekstur Polifoni Tekstur polifoni bermaksud banyak lapisan suara contohnya muzik yang mempunyai dua atau lebih lapis dinyanyi atau dimainkan bersama.Di dalam lagu bertekstur polifoni,setiap lapisan melodi mempunyai cirri-ciri atau kepentingan yang tersendiri namun ianya menyokong di antara satu sama lain. Dan ia juga dapat memperkaya ekspresi muzik tersebut. Muzik polifoni mempunyai ciri-ciri imitasi dimana suara satu lapisan akan diulang oleh lapisan suara yang lain.Contohnya kumpulan pertama akan menyanyi dahulu kemudian akan diikuti oleh kumpulan kedua tetapi mereka akan bermula agak lambat berbanding dengan kumpulan yang pertama. Seterusnya kumpulan ketiga akan menyanyikan lagu yang sama. 3. Tekstur Homofoni Sebuah lagu yang mempunyai satu baris melodi,dinyanyi atau dimainkan dengan iringan kord dikatakan mempunyai tekstur homofoni.Tumpuan utama pendengarnya ialah pada melodinya.Melodi disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alat-alat muzik atau suara nyanyian.Contoh muzik tekstur homofoni ialah apabila seorang penyanyi menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan permainan gitar. Harmoni Seseorang penyanyi juga akan dapat memperkayakan melodi nyanyiannya dengan mengiringi lagu dengan alat muzik contohnya gitar atau pun piano.Ini disebut sebagai pengharmonian dimana lagu melodi tersebut disokong oleh harmoninya.Di dalam lagu terdapat tiga jenis harmoni iaitu konsonan dan dissonan serta triad. 12
  • 15. Konsonan dan dissonan. Terdapat kord yang memberi perasaan stabil dan tenang kepada pendengarnya.Kombinasi lagu yang dapat memberi ketenangan dipanggil kord konsonan.Dissonan pula akan member perasaan yang tidak stabil.Biasanya kord ini memerlukan resolution dimana ia perlu kembali kepada kord konsonan untuk mendapatkan rasa stabil. Kord memberi perasaan yang pelbagai kepada sesebuah muzik itu.Ada kord yang mudah ,komplek,tenang ,tegang,cerah dan gelap.Ianya bergantung kepada pencipta muzik itu.Kord yang paling mudah ialah kord yang terdiri daripada 3 not yang dipanggil triad 2734 Patah perkataan 13
  • 16. RUJUKAN Privana Manoharan.(2011)HBMS2103.Pengajaran Muzik 11.Selangor. Meteor.Doc.Sdn.Bhd Prof Doktor Mansor Fadzil,(2011)HBMS1203,Pengajaran Muzik 1,Selangor Meteor.Doc.Sdn.Bhd www.slideshare .net/zuera/72/asgmt Emile Receipt No : 352103 Assignment Submission Receipt Student ID 690823125666 Course HBMS2103SMP Title MAY 2013: ASSIGNMENT Due Date 17 July 2013 Submission Date 16 July 2013 Submission Time 02:20:29
  • 17. 14