Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pantun Budi

41,783 views

Published on

15 rangkap pantun klasik yang bertemakan budi.
www.saujana.sg

Published in: Education
  • Be the first to comment

Pantun Budi

  1. 1. Pantun Klasik udi B www.saujana.sg MOHAMED NAIM DAIPI
  2. 2. www.saujana.sg PANTUN BUDI (1) P ulau Pandan jauh ke tengah, gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
  3. 3. www.saujana.sg PANTUN BUDI (2) Y ang kurik kundi, yang merah saga; Yang baik budi, yang indah bahasa.
  4. 4. www.saujana.sg PANTUN BUDI (3) P isang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibayar mati.
  5. 5. www.saujana.sg PANTUN BUDI (4) B unga melati bunga di darat, bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi.
  6. 6. www.saujana.sg PANTUN BUDI (5) D ari Daik pulang ke Daik, sehari-hari berkebun pisang; Budi baik dibalas baik, dalam hati dikenang orang
  7. 7. www.saujana.sg PANTUN BUDI (6) T anam keladi tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, sudah terpaku di dalam hati.
  8. 8. www.saujana.sg PANTUN BUDI (7) T enang-tenang air di laut, sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, budi baik rasa nak junjung
  9. 9. www.saujana.sg PANTUN BUDI (8) A nak merak Kampung Cina, singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, budi bahasa tak dapat dicari
  10. 10. www.saujana.sg PANTUN BUDI (9) B aik-baik bertanama padi, jangan sampai dimakan rusa; Baik-baik termakan budi, jangan sampai badan binasa.
  11. 11. www.saujana.sg PANTUN BUDI (10) A nak beruk di tepi pantai, pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, asal hidup pandai berbudi.
  12. 12. www.saujana.sg PANTUN BUDI (11) T ingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, tinggi bangsa kerana bahasa.
  13. 13. www.saujana.sg PANTUN BUDI (12) B andar baharu Seberang Perai, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan tulang berkecai. budi yang baik dikenang juga.
  14. 14. www.saujana.sg PANTUN BUDI (13) B anyak padi perkara padi, padi yang mana ditanam orang; Banyak budi perkara budi, budi yang mana dikenang orang?
  15. 15. www.saujana.sg PANTUN BUDI (14) B urung serindit terbang melayang, terbang hinggap di pohon nangka; Bukan ringgit dipandang orang, orang memandang budi bahasa.
  16. 16. www.saujana.sg PANTUN BUDI (15) L imau manis dimakan manis, manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, manis sekali hati budinya.

×