Dokumen tersebut membahasikan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis pada tahap Band 4. Ia menyenaraikan standar pencapaian, deskriptor dan contoh aktiviti penilaian untuk keempat-empat kemahiran tersebut. Aktiviti penilaian tersebut berkisar tentang perbincangan kesihatan gigi, menjawab soalan berdasarkan petikan teks dan menulis karangan mengenai langkah mengelak kerosakan gigi.
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
MENGELAK KEROSAKAN GIGI
1. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAND 4
PENYATAAN
STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
DESKRIPTOR B4 DL1:
Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.
EVIDENS B4 DL1 E1:
Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan
dalam perbincangan.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
• Petikan ‘Terusik Wajah kerana Gigi’ Buku Teks muka surat 26
Langkah Pentaksiran
• Murid diperdengarkan dengan petikan ‘ Terusik Wajah kerana Gigi’
melalui radio.
• Murid diminta berbincang dalam kumpulan berempat tentang
kelebihan menjaga kesihatan gigi.
• Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan dan
kumpulan lain diminta memberikan respons.
ITEM CONTOH Petikan ‘Terusik Wajah kerana Gigi’ Buku Teks muka surat 26
CONTOH KAD
INVENTORI
PERBINCANGAN
BIL SOALAN / x
1. Adakah murid itu memahami tajuk yang
dibincangkan?
2. Adakah murid itu mengemukakan hujah/ pendapat
secara logik?
3. Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai
untuk menguatkan hujah?
4. Adakah murid itu memberikan respons secara tertib
dan berhemah?
2. KEMAHIRAN MEMBACA
BAND 4
PENYATAAN
STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
DESKRIPTOR B4 DB1
Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan.
EVIDENS B4 DB1 E1:
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai
bahan.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
• Petikan cerpen ‘Terusik Wajah kerana Gigi’.
Langkah Pentaksiran
• Murid merujuk Buku Teks muka surat 26 petikan cerpen ‘ Terusik
Wajah kerana Gigi’.
• Murid membaca petikan yang dirujuk mengikut masa yang ditetapkan.
• Murid yang dipilih untuk menjawab secara lisan soalan yang
dikemukan oleh guru.
• Murid menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
ITEM CONTOH 1. Dalam petikan cerpen’Terusik Wajah kerana Gigi’, mengapakah gigi
‘Aku’ patah?
2. Pada pendapat anda, mengapakah ‘Aku’ perlu membuat gigi palsu?
3. Pada pendapat anda,mengapakah kita perlu menjaga kebersihan gigi?
KEMAHIRAN MENULIS
BAND 4
PENYATAAN
STANDARD
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
DESKRIPTOR B4 DT1
Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.
EVIDENS B4 DT1 E2:
Menulis karangan menggunakan kerangka yang disediakan dan mengandungi
idea utama dan idea sokongan.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
• Bahan grafik Langkah Mengelakkan Kerosakan Gigi Buku Teks muka
surat 25.
Langkah Pentaksiran
• Murid ditunjukkan bahan grafik Langkah Mengelakkan Kerosakan Gigi.
• Murid melengkapkan kerangka karangan berdasarkan bahan grafik.
• Murid menulis karangan berdasarkan kerangka yang disediakan oleh
mereka.
• Murid menghuraikan idea utama diikuti idea sokongan.
ITEM CONTOH
Pendahuluan
- Isi 1
- Isi 2
- Isi 3
Kesimpulan