SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
ISSN : 1985-5826 AJTLHE Vol. 4, No.1, Jan 2012, 61-68
KEBERKESANAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PENILAIAN
HASIL PEMBELAJARAN – HASIL PROGRAM (CO-PO)
Seri Mastura Mustaza
Aini Hussain
Hafizah Husain
Siti Salasiah Mokri
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Abstrak
Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi
mengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah
untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan
berkesan. Penilaian dan pengukuran ialah dua aspek penting dan dititikberatkan dalam PBH
bagi memastikan hasil pembelajaran kursus (CO) dan seterusnya hasil program (PO) dicapai.
Justeru, satu kaedah yang menggabungkan dua kaedah penilaian langsung dan tidak
langsung telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Kaedah tidak langsung dikenali sebagai
Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) dan kaedah langsung merupakan kaedah penilaian summatif
yang menggunakan gred akhir (GA). PKP adalah sebuah instrumen untuk menilai pencapaian
pelajar secara kendiri berdasarkan sasaran CO yang telah digariskan dalam setiap kursus. Di
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, PKP telah digunakan untuk mengukur
pencapaian CO secara tidak langsung dan seterusnya dikaitkan dengan pencapaian hasil
program (PO). Kertas kerja ini bertujuan mengkaji keberkesanan instrumen PKP serta
pencapaian GA sebagai kaedah mengukur pencapaian CO-PO. Tujuh kursus yang
ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2008/2009 telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian.
Analisis maklum balas PKP serta perbandingan dengan GA menunjukkan kaedah ini adalah
kurang sesuai untuk mengukur dan menilai pencapaian CO-PO. Walau bagaimanapun,
gabungan kedua-duanya didapati sesuai untuk memantau dan menilai pengendalian sesuatu
kursus di mana perbezaan besar (>10%) antara keputusan PKP akhir dengan GA boleh
dijadikan sebagai petunjuk keperluan melakukan penambahbaikan terhadap pengendalian
kursus tersebut. Kesimpulannya, satu penambahbaikan diperlukan untuk memastikan CO-PO
dapat diukur dan dinilai secara lebih objektif dan langsung.
Katakunci: hasil pembelajaran kursus (CO), hasil program (PO), penilaian kendiri pelajar
(PKP)
THE EFFECTIVE COURSE LEARNING OUTCOMES - PROGRAM OUTCOMES (CO-PO)
MEASUREMENT AND ASSESSMENT METHODS
Abstract
Outcome Based Education (OBE) is a comprehensive approach to manage and control the
process of teaching and learning that is focused to produce students who have demonstrated
effective learning outcomes. Evaluation and measurement are two important aspects that are
emphasized in OBE to ensure that the course learning outcomes (CO) and subsequent results
of the (PO) is achieved. Thus, a method that combines two methods of direct and indirect
62
assessment has been developed for this purpose. Indirect method of the Student Self-
Assessment (SSA) and the direct method of evaluation using the summative final grade e
(GA) were used in this study. SSA is an instrument to assess student achievement in self-CO
targets outlined in each course. At the Department of Electrical Engineering, Electronics and
Systems, SSA has been used to measure the achievement of CO and thus indirectly linked to
the achievement of program outcomes (PO). This paper seeks to examine the effectiveness of
the SSA and the achievement of the instrument as a method for measuring the performance
of GA and PO-CO. Seven courses offered in semester 2 2008/2009 were randomly selected
for the study. SSA response analysis and comparison with the GA indicates that this method
is less suitable to measure and evaluate the performance of CO-PO. However, a combination
of both are suitable to monitor and evaluate the administration of a course in which a large
difference (> 10%) between the results of the final SSA with GA can be used as an indicator of
the need to improve on the handling of the course. In conclusion, an improvement is needed
to ensure that the CO-PO can be measured and evaluated in a more objective and direct
manner.
Keywords: program outcomes (PO), self-assessment of students (SSA), the course learning
outcomes (CO)
PENGENALAN
Pembelajaran berasaskan hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi
mengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah
untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan
berkesan (Woolston, 2008). Ia merupakan satu kaedah pembelajaran aktif yang bertujuan
untuk menghasil dan menyuburkan kompetensi generik di dalam diri seseorang pelajar (Hairi
et al., 2008). Penilaian dan pengukuran adalah aspek yang sangat penting dan dititikberatkan
dalam melaksanakan PBH bagi memastikan hasil pembelajaran (CO) dan hasil program (PO)
dicapai. Pengukuran dan penilaian juga seharusnya dilakukan berterusan secara berkala dan
sistematik serta diintegrasi dalam pembelajaran. ABET Engineering Criteria (2000) telah
menetapkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program kejuruteraan
untuk membuktikan pencapaian CO yang ditetapkan melalui penilaian dan pengukuran (P&P)
(Thigpen, 2007). Kriteria ini dijadikan salah satu syarat dalam mendapatkan kelulusan
akreditasi program pengajian kejuruteraan. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan
Sistem, CO dinilai melalui kaedah langsung serta tidak langsung (Karami et al., 2004) dan
kemudian dikaitkan dengan pencapaian PO. Kertas kerja ini bertujuan membentangkan
perlaksanaan Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) sebagai instrumen dalam melakukan penilaian
secara tidak langsung untuk mengukur pencapaian CO dan seterusnya melalui pemetaan
matrik CO-PO, pencapaian PO dirumuskan secara inferens daripada pencapaian CO.
PKP telah dibangunkan sebagai instrumen mengukur pencapaian CO secara tidak langsung
yang melibatkan pihak berkepentingan, iaitu pelajar sendiri untuk menilai pencapaian mereka
dari segi pemahaman, kemahiran, proses mahupun sikap mereka berdasarkan sasaran CO
yang telah digariskan dalam setiap kursus. Menurut Dunning et al. (2004), penilaian kendiri
adalah penting bagi menjadikan pendidikan sebagai satu proses pembelajaran sepanjang
hayat. Dunning et. al juga menyatakan bahawa kebolehan menilai diri boleh dilatih dan
diperbaiki sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar. Dalam konteks kertas kerja ini,
instrumen PKP serta gred akhir (GA) digunakan untuk merumus pencapaian PO melalui
penilaian tidak langsung pencapaian CO di mana pelajar sendiri menilai tahap keyakinan dan
pemahaman mereka terhadap CO yang telah ditetapkan dan pensyarah pula menilai pelajar
secara langsung melalui penilaian summatif yang dibuat sepanjang proses pembelajaran
(Karami et al., 2004). Data yang dikumpul menggunakan instrumen PKP dianalisis dan
dibandingkan dengan hasil kaedah penilaian langsung, iaitu penilaian summatif menggunakan
GA bagi tujuan pengesahan. Di samping itu, keputusan analisis perbandingan juga digunakan
63
sebagai petunjuk untuk menentukan keperluan melakukan penambahbaikan terhadap
pengendalian sesuatu kursus sesuai dengan amalan Penambahbaikkan Kualiti Berterusan
(Continuous Quality Improvement – CQI) yang merupakan ciri wajib untuk mendapatkan
akreditasi.
PENYATAAN MASALAH
Dalam melaksanakan PBH, penilaian dan pengukuran merupakan proses penting untuk
memastikan pencapaian objektif PBH. Sebagaimana semua sedia maklum, ABET telah
menetapkan supaya pembuktian bagi pencapaian pelajar terhadap CO dan seterusnya PO
merupakan salah satu kriteria bagi mendapat kelulusan akreditasi. Maka, proses penilaian
dan pengukuran (P&P) adalah perlu bagi memantau pencapaian pelajar, meningkatkan kualiti
program dan sebagai alat bagi melaksanakan CQI terhadap kurikulum serta program yang
ditawarkan. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) adalah untuk memastikan proses CQI berjalan lancar dan CO-PO dapat diukur.
Sehubungan itu, kaedah P&P yang sistematik dan berkesan amat diperlukan supaya kedua-
duanya, iaitu proses CQI dan pengukuran CO-PO boleh dilaksanakan (Rogers, 2007a). P&P
melalui gabungan penilaian tidak langsung, iaitu melalui penggunaan instrumen PKP, diharap
dapat mengenal pasti masalah pembelajaran dan pengajaran kursus apabila analisis
keputusan PKP terhadap pencapaian CO dibandingkan dengan pencapaian GA yang dinilai
melalui kaedah langsung (Rogers, 2006).
Dengan melihat kepada sisihan perbandingan PKP dan GA, satu kaedah P&P untuk
menentukan keperluan CQI di samping usaha untuk mengukur pencapaian CO dapat
dilakukan, yang kemudian dikaitkan pula kepada pencapaian PO melalui matrik pemetaan
CO-PO (JKEES, 2008 & Rogers, 2007a) . Walau bagaimanapun, selepas dua tahun
perlaksanaannya, P&P pencapaian CO-PO melalui penggunaan intrumen PKP dan GA telah
dipersoalkan kerana PKP merupakan satu kaedah P&P tidak langsung serta terlalu
bergantung kepada persepsi pelajar sahaja. Persoalan yang timbul tentang kewajaran
pendekatan proses P&P, sama ada secara langsung atau tidak dan juga keberkesanan
soalan-soalan yang digunakan (Rogers, 2007b). Justeru, satu kaedah yang objektif,
sistematik dan lebih neutral (tidak bergantung kepada persepsi pelajar) diperlukan supaya
P&P CO-PO boleh dilakukan dengan lebih tepat dan saksama. Sebagai satu langkah
penambahbaikan, pihak pelaksana telah mencadangkan satu pembaharuan dalam
perlaksanaan P&P CO-PO. Penambahbaikan yang dimaksudkan akan digariskan dalam
kertas kerja ini.
KAEDAH DAN PERLAKSANAAN SEMASA
PKP telah dilaksanakan di JKEES dan setiap kursus yang ditawarkan di jabatan dari tahun
satu hingga tahun akhir diwajibkan untuk menggunakan PKP. Ia juga menjadi satu keperluan
dalam menyediakan laporan penilaian kursus bagi setiap semester. Borang soal-selidik PKP
diedarkan pada awal dan akhir semester dan pelajar dikehendaki menilai sendiri pencapaian
CO masing-masing dengan mengaitkan pemahaman dan kemahiran mereka terhadap
kandungan sesuatu kursus berdasarkan skala Likert, iaitu daripada skala 1 hingga 5. Skala 1
menunjukkan pelajar amat tidak memahami, manakala skala 5 ialah pelajar amat yakin dan
faham terhadap kandungan sesuatu kursus. Pelajar dikatakan telah mencapai hasil kursus
sekiranya pelajar mencapai kelompok skala 3 hingga 5. Pelajar dikatakan tidak mempunyai
keyakinan dan kefahaman terhadap kursus jika mereka berada pada kelompok skala 1 dan 2.
Contoh borang PKP yang telah diedarkan kepada pelajar untuk kursus KKL 2083 adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
64
Seterusnya, maklum balas PKP ini dianalisis bagi melihat peratusan pencapaian keseluruhan
serta individu terhadap pencapaian CO. Menurut pelaksanaan PKP yang diguna pakai
sekarang, CO dikatakan tercapai jika 80% atau lebih pelajar dalam kursus tersebut
memperoleh purata nilai > 3. Keputusan analisisi PKP ini dibandingkan pula dengan GA yang
diperoleh oleh pelajar bagi kursus tersebut yang diberi berasaskan kepada penilaian summatif
yang dibuat oleh tenaga pengajar. Sebelum perbandingan boleh dibuat, GA perlu dijelmakan
kepada suatu nilai dan telah dikategorikan mengikut skala Likert seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 1 (JKEES Self-Assessment Report, 2008).
Rajah 1 Contoh borang pkp kursus KKKL2083
65
Jadual 1 Kelompok skala pencapaian pelajar berdasarkan gred kursus
Gred kursus Kategori Penerangan
A 5 Cemerlang
A-, B+, B
B-, C+, C
C-, D+, D
E
4
3
2
1
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat lemah
Gred A dikategorikan sebagai cemerlang dan diberi nilai 5 pada skala Likert. Ini diikuti dengan
nilai 4 untuk gred A-, B+ dan B yang menunjukkan pencapaian CO adalah baik. Seterusnya,
gred B-, C dan C+ yang dikategorikan sebagai sederhana diberi nilai 3. Perolehan nilai 3
hingga 5 pada skala Likert untuk gred akhir dianggap sebagai telah mencapai CO, manakala
perolehan nilai kurang daripada tiga dikategorikan sebagai gagal mencapai CO.
Kemudian, keputusan maklum balas PKP dibandingkan pula dengan keputusan GA yang
melibatkan perbandingan hasil keputusan penilaian tidak langsung dan langsung. Peratusan
analisis ini dijadikan penunjuk boleh ukur untuk menentukan, sama ada CO telah tercapai
atau tidak dengan pencapaian lebih 80% dianggap sebagai telah mencapai CO yang
disasarkan dan sebaliknya jika kurang daripada 80%. Seterusnya, perbezaan peratusan
antara keputusan PKP dan GA diguna pakai sebagai penunjuk boleh ukur untuk memantau
keberkesanan pengendalian atau penyampaian kursus sesuai dengan konsep PDCA (plan,
do, check & action) yang diamalkan. Perbezaan melebihi 10% dijadikan petunjuk untuk
pelaksana mengambil tindakan penambahbaikan, perbezaan 5-10% dianggap sebagai status
yang boleh diterima, tetapi perlu diberi perhatian dan akhir sekali perbezaan kurang 5%
menunjukkan pengendalian dan penyampaian kursus tersebut adalah berkesan. Ringkasnya,
analisis perbandingan maklum balas PKP dan gred akhir merupakan peringkat semakan
(check), kaedah menilai CO menggunakan instrumen PKP dan kaedah penilaian summatif
mewakili peringkat perancangan (plan), melaksanakan pengukuran menggunakan instrumen
PKP, GA dan melakukan analisis perbandingan merupakan peringkat perlaksanaan (do) dan
pelaksanaan yang dibuat berasaskan keputusan analisis dikira sebagai tindakan (action).
Untuk tujuan kertas kerja ini, sebanyak tujuh kursus yang ditawarkan pada Semester 2 Sesi
2008/2009 telah dipilih secara rawak dan maklum balas PKP serta gred akhir untuk kursus-
kursus tersebut telah dianalisis. Secara puratanya, pihak JKEES menawarkan di antara 12-
15 kursus pada setiap semester untuk kursus-kursus pengajian tahun 2, 3 dan 4. Untuk tujuan
P&P, ABET (2000) menyarankan ia dilakukan dengan kaedah persampelan dan tidak perlu
dibuat secara menyeluruh. Sampel kursus-kursus yang telah dipilih ialah KKKL 2043, KKKL
2083, KKKQ 2213, KKKL 3153, KKKL 3143, KKKL 3193 dan KKKL 4033.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Purata Penilaian setiap CO Berdasarkan Analisis PKP
Jadual 2 menunjukkan skor PKP bagi setiap CO pada awal dan akhir semester untuk tujuh
kursus yang dipilih. Penyataan terperinci semua CO bagi setiap kursus adalah seperti yang
dinyatakan dalam Buku Panduan Prasiswazah (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, 2008).
Baris akhir pada Jadual 2, mewakili purata skor CO pada peringkat awal dan akhir semester
untuk setiap kursus. Secara keseluruhan, kesemua kursus dalam kajian ini telah mencapai
setiap CO yang digariskan iaitu purata keseluruhan melebihi skala 3. Daripada perincian ini,
didapati juga bahawa tidak ada satu CO pun yang telah mencapai skala melebihi 4, kecuali
CO pertama bagi kursus KKKL 3143, iaitu 4.1.
66
Jadual 2 Skor pkp setiap CO bagi 7 kursus di awal dan akhir semester
KKKL 3193 KKKL 3143 KKKL 3153 KKKL 2043 KKKL 4033 KKKL 2083 KKKQ 2213
Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir
CO1 1.8 3.7 2.7 4.1 2.0 3.6 2.8 3.6 1.9 4.0 2.2 3.5 2.5 3.8
CO2 1.6 3.6 2.3 4.0 2.0 3.6 2.5 3.4 2.0 3.9 2.3 3.4 2.5 3.9
CO3 1.6 3.6 2.0 3.9 1.9 3.2 2.2 3.3 1.9 3.8 1.7 3.3 2.5 3.8
CO4 1.6 3.5 2.2 3.8 2.0 3.3 2.0 3.2 1.9 3.7 1.8 3.1 2.4 3.8
CO5 1.5 3.4 2.1 3.8 1.9 3.4 2.1 3.1 1.7 3.4 1.8 3.2 2.4 3.7
CO6 1.5 3.3 - - 1.9 3.3 - - 2.3 4.0 - - 2.3 3.8
CO7 - - - - - - - - - - - - 2.6 3.9
Purata 1.6 3.5 2.2 3.9 2.0 3.4 2.3 3.3 1.9 3.8 2.0 3.3 2.4 3.8
Kursus KKKL 3143 juga mencatatkan purata skor CO tertinggi pada akhir semester, iaitu 3.9.
Kursus KKKQ 2213 mencatatkan purata skor CO paling tinggi di awal semester, iaitu 2.4 dan
di akhir semester dengan 3.8 di mana ia adalah antara yang tertinggi berbanding kursus-
kursus lain. Kursus KKKL 2043 adalah antara kursus yang mencatatkan purata skor yang
tinggi pada awal semester, iaitu 2.3, tetapi di akhir semester, purata bagi keseluruhan CO
adalah yang terendah, iaitu 3.3. Kursus KKKL 3193 mencatatkan penilaian CO paling rendah
di awal semester, iaitu 1.6.
Berdasarkan taburan skor, pemahaman serta pengetahuan menurut persepsi para pelajar
bagi ketujuh-tujuh kursus yang dianalisis telah menunjukkan peningkatan. Namun
peningkatan hanya sekadar memenuhi kelayakan minima pencapaian CO dengan purata nilai
PKP untuk setiap kursus berada di bawah nilai skala Likert 4, tetapi melebihi 3.
Perbandingan Analisis PKP dengan Gred Akhir
Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan
analisis gred akhir pelajar. Secara umum, didapati hasil analisis PKP pelajar menunjukkan
persepsi yang mereka telah mencapai CO yang disasarkan dengan kesemua tujuh kursus
mencatatkan skor > 80.
Jadual 3: Peratus perbandingan pencapaian hasil kursus melalui analisa pkp dan analisis
gred akhir pelajar
No. Kod
Kursus
Pencapaian CO Beza
GA-
PKP(%)
Perlu
Tindakan?
Ya/Tidak/
Pilihan
GA
(%)
Capai
CO?
√/X
PKP
(%)
Capai
CO?
√/X
1 KKKL3193 100% √ 95% √ 5% Tidak
2 KKKL3143 88% √ 100% √ 12% Ya
3 KKKL3153 94% √ 94% √ 0% Tidak
4 KKKL2043 79% X 86% √ 7% Pilihan
5 KKKL2083 89% √ 81% √ 8% Pilihan
6 KKKQ2213 86% √ 98% √ 11% Ya
7 KKKL4033 90% √ 96% √ 6% Pilihan
67
Dua daripada tujuh kursus yang dikaji, iaitu KKKL 3193 dan KKKL 2083 menunjukkan bahawa
pelajar menilai diri mereka lebih rendah daripada pencapaian sebenar mereka. Sebanyak
100% pelajar telah mencapai CO yang digariskan bagi kursus KKKL 3193 berdasarkan gred
akhir walaupun terdapat 5% pelajar yang merasakan diri mereka masih kurang yakin dan
faham akan hasil kursus yang digariskan. Kursus KKKL 2083 menunjukkan peratusan
pencapaian hasil kursus paling rendah jika dilihat melalui analisis PKP tetapi pencapaian
sebenar pelajar yang dapat dilihat melalui analisis gred akhir adalah lebih baik, iaitu 89%
berbanding 81%.
Kursus KKKL 3143 dan KKKQ 2213 menunjukkan perbezaan peratusan paling tinggi antara
pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan gred akhir masing-masing 12% dan 11%.
Bagi kursus KKKL 3143, kesemua pelajar membuat penilaian yang tinggi terhadap tahap
kefahaman dan keyakinan mereka mengenai kursus ini, tetapi gred akhir tidak mencerminkan
persepsi pelajar terhadap kursus itu. Kursus KKKL 2043 dan KKKL 4033, masing-masing
mencatatkan 7% dan 6% perbezaan antara pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan
analisis gred akhir pelajar. Manakala tidak ada perbezaan peratusan bagi kursus KKKL 3153.
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
Instrumen PKP digunakan untuk mencerap persepsi pelajar mengenai keyakinan dan
pencapaian mereka dalam sesuatu kursus dan digunakan sebagai kaedah tidak langsung
mengukur CO. Penilaian summatif melalui gred akhir pula merupakan kaedah langsung yang
digunakan untuk mengukur CO. Berdasarkan keputusan PKP dan gred akhir, CO dinilai dan
dikaitkan pula dengan PO melalui matrik pemetaan CO-PO bagi mendapatkan gambaran
pencapaian PO melalui penilaian pencapaian CO tadi. Namun demikian, keputusan analisis
didapati tidak mencerminkan pencapaian sebenar CO-PO kerana perkaitan tentang elemen
yang diukur dengan CO yang disasarkan adalah tidak jelas dan fokus. Pada Julai 2007,
semasa lawatan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, pihak pelaksana telah dimaklumkan bahawa
pengukuran PO melalui analisis PKP adalah tidak memadai. PKP merupakan satu penilaian
tidak langsung kerana ia hanyalah persepsi pelajar dan penggunaan petunjuk boleh ukur
gred akhir pelajar juga dikatakan tidak mencerminkan hasil kursus yang digariskan.
Sebagai langkah penambahbaikan dan bagi memudahkan pensyarah untuk menilai
pencapaian hasil kursus seterusnya program, JKEES bercadang mengadaptasi satu kaedah
penilaian yang lebih holistik dan preskriptif bagi mengesahkan kesahihan penilaian hasil
kursus seterusnya program yang sedia ada dengan mengintegrasikan penilaian langsung dan
PKP. Kertas soalan peperiksaan (pertengahan dan akhir semester) perlu digubal selaras
dengan CO. Namun, tidak semua CO perlu dinilai melalui kertas soalan peperiksaan. Mana-
mana CO yang belum dinilai dalam kertas peperiksaan boleh dinilai dalam kerja kursus
seperti tugasan, laporan, tugasan, kertas kerja dan sebagainya. Dengan cara ini, penilaian
langsung menggunakan gred akhir pelajar sekaligus dapat mengukur pencapaian CO-PO.
Analisis PKP masih diteruskan sebagai satu kaedah untuk menyokong hasil penilaian secara
langsung dan dimantapkan dengan penilaian menggunakan rubrik. Dijangkakan keputusan
analisis data pengukuran dan penilaian CO dapat memberi lebih tepat dan pemantauan
kursus dapat dilakukan dengan lebih berkesan kerana kedua-duanya dikaitkan dengan hasil
kursus.
KESIMPULAN
Daripada analisis PKP yang dibuat, tenaga pengajar dapat gambaran sebenar keyakinan dan
kefahaman pelajar dalam sesuatu kursus. PKP dapat dijadikan cara untuk memantau
pengendalian kursus, sama ada hasil penyampaian tenaga pengajar berkesan atau
sebaliknya. PKP juga adalah satu kaedah tidak langsung yang berkesan untuk menilai
68
pencapaian hasil kursus seterusnya program, tetapi hasil analisis PKP masih perlu disokong
oleh kaedah penilaian langsung, iaitu gred pelajar. Penambahbaikan yang dicadangkan, iaitu
dengan mengintegrasi kaedah penilaian langsung dan PKP, diharap dapat memantapkan lagi
kaedah penilaian pencapaian hasil kursus-hasil program (CO-PO) dan hasilnya dapat diguna
pakai bagi memantau pengendalian kursus, mengukur CO-PO serta memantau prestasi
pelajar. Seperkara lagi yang amat penting dan perlu ditekankan adalah kejayaan
membudayakan konsep PBH dan juga amalan CQI di kalangan ahli akademik JKEES, FKAB
yang merupakan perkara paling utama dalam memberi jaminan kualiti program kejuruteraan
yang ditawarkan. Budaya yang dimaksudkan adalah melaksanakan proses pengumpulan data
secara berkala, memproses dan menganalisis serta membuat rumusan dan cadangan.
Seterusnya mengambil tindakan berdasarkan dapatan hasil analisis data untuk tujuan
penambahbaikan serta perancangan masa hadapan.
RUJUKAN
Karami, A., Clutter, K. and Arroyo, A. 2004. An example of course and program outcome assessment.
proceedings of the 2004 American Society for Engineering Education Annual Conference &
Exposition. Copyright © 2004, American Society for Engineering Education.
http://soa.asee.org/paper/conference/paper-view.cfm?id=20010. [20 January 2012]
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. 2008. Panduan Program Prasiswazah Sesi Akademik 2008-2009.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem. 2008. Self-Assessment Report for Engineering
Accreditation Council (EAC), 3.8-3.9
Thigpen, L. 2007. A Successful Method to Assess Student Learning Outcome Using Multiple Direct and
Indirect Assessment. International Conference on Engineering Education & Research, December
3-7 2007: Melbourne, Australia
M. Hairi M. Zaman, Badariah Bais, Norbahiah Misran, Salina Abdul Samad, Aini Hussain. 2008.
Penilaian Hasil Kursus Melalui Kaedah Penilaian Langsung dan Tak Langsung, Seminar
Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA2008), Disember 2008
Rogers, G. 2006. Direct and Indirect Measures: What are they good for? Community Matters, August
2006, 3. http://www.abet.org/newsletter.html. [20 January 2012]
Rogers, G. 2007a. Continuous Quality Improvement and Assessment of Student Learning Community
Matters, May 2007. http://www.abet.org/newsletter.html [20 January 2012]
Rogers, G. 2007b. Direct or Indirect Measures? Are We Asking the Right Question? Community
Matters, November 2007, 3. http://www.abet.org/newsletter.html [20 January 2012]
Woolston, D. C. 2008. Outcome-Based Assessment in Engineering Education: A Critique of Its
Foundations and Practice, 38th ASEE/IEEE Frontier in Education Conference, October 22-25
2008: Saratoga Springs NY
Corresponding Author: serimastura@vlsi.eng.ukm.my

More Related Content

What's hot

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Edup3063 tutorial 2
Edup3063 tutorial 2Edup3063 tutorial 2
Edup3063 tutorial 2valerie anne
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Evaluation models
Evaluation modelsEvaluation models
Evaluation modelsRose Merah
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 

What's hot (17)

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Presentation pbs
Presentation pbsPresentation pbs
Presentation pbs
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Edup3063 tutorial 2
Edup3063 tutorial 2Edup3063 tutorial 2
Edup3063 tutorial 2
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
Elect12.penil.pentak
Elect12.penil.pentakElect12.penil.pentak
Elect12.penil.pentak
 
Evaluation models
Evaluation modelsEvaluation models
Evaluation models
 
8. Assessment
8.	Assessment8.	Assessment
8. Assessment
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Qa pbs
Qa pbsQa pbs
Qa pbs
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 

Similar to 5%20 ajtlhe%2044

Teori dan model kurikulum ptv (1)
Teori dan model kurikulum ptv (1)Teori dan model kurikulum ptv (1)
Teori dan model kurikulum ptv (1)Noor Fatihah
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfNORIDAYUBTSHARIFFMoe
 
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfBUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfMuhammadIzuan6
 
Panduan keberhasilan
Panduan keberhasilanPanduan keberhasilan
Panduan keberhasilansyahusim
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfcekgudeen
 
Definasi headcount
Definasi headcountDefinasi headcount
Definasi headcountRozi Ita
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptxSandraAbdul1
 
Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.pptnarul456
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3yunging84
 

Similar to 5%20 ajtlhe%2044 (20)

Teori dan model kurikulum ptv (1)
Teori dan model kurikulum ptv (1)Teori dan model kurikulum ptv (1)
Teori dan model kurikulum ptv (1)
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfBUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
Panduan keberhasilan
Panduan keberhasilanPanduan keberhasilan
Panduan keberhasilan
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
8. assessment
8. assessment8. assessment
8. assessment
 
8. pentaksiran
8. pentaksiran8. pentaksiran
8. pentaksiran
 
Pentaksiran3
Pentaksiran3Pentaksiran3
Pentaksiran3
 
Definasi headcount
Definasi headcountDefinasi headcount
Definasi headcount
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.ppt
 
Konsep pengujian
Konsep pengujianKonsep pengujian
Konsep pengujian
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Slot 1 coc 2019
Slot 1 coc 2019Slot 1 coc 2019
Slot 1 coc 2019
 

More from adham46

scribd6.docx
scribd6.docxscribd6.docx
scribd6.docxadham46
 
srib5.docx
srib5.docxsrib5.docx
srib5.docxadham46
 
scrib4.docx
scrib4.docxscrib4.docx
scrib4.docxadham46
 
dribd 3.docx
dribd 3.docxdribd 3.docx
dribd 3.docxadham46
 
srib2.docx
srib2.docxsrib2.docx
srib2.docxadham46
 
srib1.docx
srib1.docxsrib1.docx
srib1.docxadham46
 

More from adham46 (6)

scribd6.docx
scribd6.docxscribd6.docx
scribd6.docx
 
srib5.docx
srib5.docxsrib5.docx
srib5.docx
 
scrib4.docx
scrib4.docxscrib4.docx
scrib4.docx
 
dribd 3.docx
dribd 3.docxdribd 3.docx
dribd 3.docx
 
srib2.docx
srib2.docxsrib2.docx
srib2.docx
 
srib1.docx
srib1.docxsrib1.docx
srib1.docx
 

5%20 ajtlhe%2044

  • 1. ISSN : 1985-5826 AJTLHE Vol. 4, No.1, Jan 2012, 61-68 KEBERKESANAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN – HASIL PROGRAM (CO-PO) Seri Mastura Mustaza Aini Hussain Hafizah Husain Siti Salasiah Mokri Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Abstrak Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi mengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan berkesan. Penilaian dan pengukuran ialah dua aspek penting dan dititikberatkan dalam PBH bagi memastikan hasil pembelajaran kursus (CO) dan seterusnya hasil program (PO) dicapai. Justeru, satu kaedah yang menggabungkan dua kaedah penilaian langsung dan tidak langsung telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Kaedah tidak langsung dikenali sebagai Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) dan kaedah langsung merupakan kaedah penilaian summatif yang menggunakan gred akhir (GA). PKP adalah sebuah instrumen untuk menilai pencapaian pelajar secara kendiri berdasarkan sasaran CO yang telah digariskan dalam setiap kursus. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, PKP telah digunakan untuk mengukur pencapaian CO secara tidak langsung dan seterusnya dikaitkan dengan pencapaian hasil program (PO). Kertas kerja ini bertujuan mengkaji keberkesanan instrumen PKP serta pencapaian GA sebagai kaedah mengukur pencapaian CO-PO. Tujuh kursus yang ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2008/2009 telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian. Analisis maklum balas PKP serta perbandingan dengan GA menunjukkan kaedah ini adalah kurang sesuai untuk mengukur dan menilai pencapaian CO-PO. Walau bagaimanapun, gabungan kedua-duanya didapati sesuai untuk memantau dan menilai pengendalian sesuatu kursus di mana perbezaan besar (>10%) antara keputusan PKP akhir dengan GA boleh dijadikan sebagai petunjuk keperluan melakukan penambahbaikan terhadap pengendalian kursus tersebut. Kesimpulannya, satu penambahbaikan diperlukan untuk memastikan CO-PO dapat diukur dan dinilai secara lebih objektif dan langsung. Katakunci: hasil pembelajaran kursus (CO), hasil program (PO), penilaian kendiri pelajar (PKP) THE EFFECTIVE COURSE LEARNING OUTCOMES - PROGRAM OUTCOMES (CO-PO) MEASUREMENT AND ASSESSMENT METHODS Abstract Outcome Based Education (OBE) is a comprehensive approach to manage and control the process of teaching and learning that is focused to produce students who have demonstrated effective learning outcomes. Evaluation and measurement are two important aspects that are emphasized in OBE to ensure that the course learning outcomes (CO) and subsequent results of the (PO) is achieved. Thus, a method that combines two methods of direct and indirect
  • 2. 62 assessment has been developed for this purpose. Indirect method of the Student Self- Assessment (SSA) and the direct method of evaluation using the summative final grade e (GA) were used in this study. SSA is an instrument to assess student achievement in self-CO targets outlined in each course. At the Department of Electrical Engineering, Electronics and Systems, SSA has been used to measure the achievement of CO and thus indirectly linked to the achievement of program outcomes (PO). This paper seeks to examine the effectiveness of the SSA and the achievement of the instrument as a method for measuring the performance of GA and PO-CO. Seven courses offered in semester 2 2008/2009 were randomly selected for the study. SSA response analysis and comparison with the GA indicates that this method is less suitable to measure and evaluate the performance of CO-PO. However, a combination of both are suitable to monitor and evaluate the administration of a course in which a large difference (> 10%) between the results of the final SSA with GA can be used as an indicator of the need to improve on the handling of the course. In conclusion, an improvement is needed to ensure that the CO-PO can be measured and evaluated in a more objective and direct manner. Keywords: program outcomes (PO), self-assessment of students (SSA), the course learning outcomes (CO) PENGENALAN Pembelajaran berasaskan hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi mengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan berkesan (Woolston, 2008). Ia merupakan satu kaedah pembelajaran aktif yang bertujuan untuk menghasil dan menyuburkan kompetensi generik di dalam diri seseorang pelajar (Hairi et al., 2008). Penilaian dan pengukuran adalah aspek yang sangat penting dan dititikberatkan dalam melaksanakan PBH bagi memastikan hasil pembelajaran (CO) dan hasil program (PO) dicapai. Pengukuran dan penilaian juga seharusnya dilakukan berterusan secara berkala dan sistematik serta diintegrasi dalam pembelajaran. ABET Engineering Criteria (2000) telah menetapkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program kejuruteraan untuk membuktikan pencapaian CO yang ditetapkan melalui penilaian dan pengukuran (P&P) (Thigpen, 2007). Kriteria ini dijadikan salah satu syarat dalam mendapatkan kelulusan akreditasi program pengajian kejuruteraan. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, CO dinilai melalui kaedah langsung serta tidak langsung (Karami et al., 2004) dan kemudian dikaitkan dengan pencapaian PO. Kertas kerja ini bertujuan membentangkan perlaksanaan Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) sebagai instrumen dalam melakukan penilaian secara tidak langsung untuk mengukur pencapaian CO dan seterusnya melalui pemetaan matrik CO-PO, pencapaian PO dirumuskan secara inferens daripada pencapaian CO. PKP telah dibangunkan sebagai instrumen mengukur pencapaian CO secara tidak langsung yang melibatkan pihak berkepentingan, iaitu pelajar sendiri untuk menilai pencapaian mereka dari segi pemahaman, kemahiran, proses mahupun sikap mereka berdasarkan sasaran CO yang telah digariskan dalam setiap kursus. Menurut Dunning et al. (2004), penilaian kendiri adalah penting bagi menjadikan pendidikan sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Dunning et. al juga menyatakan bahawa kebolehan menilai diri boleh dilatih dan diperbaiki sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar. Dalam konteks kertas kerja ini, instrumen PKP serta gred akhir (GA) digunakan untuk merumus pencapaian PO melalui penilaian tidak langsung pencapaian CO di mana pelajar sendiri menilai tahap keyakinan dan pemahaman mereka terhadap CO yang telah ditetapkan dan pensyarah pula menilai pelajar secara langsung melalui penilaian summatif yang dibuat sepanjang proses pembelajaran (Karami et al., 2004). Data yang dikumpul menggunakan instrumen PKP dianalisis dan dibandingkan dengan hasil kaedah penilaian langsung, iaitu penilaian summatif menggunakan GA bagi tujuan pengesahan. Di samping itu, keputusan analisis perbandingan juga digunakan
  • 3. 63 sebagai petunjuk untuk menentukan keperluan melakukan penambahbaikan terhadap pengendalian sesuatu kursus sesuai dengan amalan Penambahbaikkan Kualiti Berterusan (Continuous Quality Improvement – CQI) yang merupakan ciri wajib untuk mendapatkan akreditasi. PENYATAAN MASALAH Dalam melaksanakan PBH, penilaian dan pengukuran merupakan proses penting untuk memastikan pencapaian objektif PBH. Sebagaimana semua sedia maklum, ABET telah menetapkan supaya pembuktian bagi pencapaian pelajar terhadap CO dan seterusnya PO merupakan salah satu kriteria bagi mendapat kelulusan akreditasi. Maka, proses penilaian dan pengukuran (P&P) adalah perlu bagi memantau pencapaian pelajar, meningkatkan kualiti program dan sebagai alat bagi melaksanakan CQI terhadap kurikulum serta program yang ditawarkan. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah untuk memastikan proses CQI berjalan lancar dan CO-PO dapat diukur. Sehubungan itu, kaedah P&P yang sistematik dan berkesan amat diperlukan supaya kedua- duanya, iaitu proses CQI dan pengukuran CO-PO boleh dilaksanakan (Rogers, 2007a). P&P melalui gabungan penilaian tidak langsung, iaitu melalui penggunaan instrumen PKP, diharap dapat mengenal pasti masalah pembelajaran dan pengajaran kursus apabila analisis keputusan PKP terhadap pencapaian CO dibandingkan dengan pencapaian GA yang dinilai melalui kaedah langsung (Rogers, 2006). Dengan melihat kepada sisihan perbandingan PKP dan GA, satu kaedah P&P untuk menentukan keperluan CQI di samping usaha untuk mengukur pencapaian CO dapat dilakukan, yang kemudian dikaitkan pula kepada pencapaian PO melalui matrik pemetaan CO-PO (JKEES, 2008 & Rogers, 2007a) . Walau bagaimanapun, selepas dua tahun perlaksanaannya, P&P pencapaian CO-PO melalui penggunaan intrumen PKP dan GA telah dipersoalkan kerana PKP merupakan satu kaedah P&P tidak langsung serta terlalu bergantung kepada persepsi pelajar sahaja. Persoalan yang timbul tentang kewajaran pendekatan proses P&P, sama ada secara langsung atau tidak dan juga keberkesanan soalan-soalan yang digunakan (Rogers, 2007b). Justeru, satu kaedah yang objektif, sistematik dan lebih neutral (tidak bergantung kepada persepsi pelajar) diperlukan supaya P&P CO-PO boleh dilakukan dengan lebih tepat dan saksama. Sebagai satu langkah penambahbaikan, pihak pelaksana telah mencadangkan satu pembaharuan dalam perlaksanaan P&P CO-PO. Penambahbaikan yang dimaksudkan akan digariskan dalam kertas kerja ini. KAEDAH DAN PERLAKSANAAN SEMASA PKP telah dilaksanakan di JKEES dan setiap kursus yang ditawarkan di jabatan dari tahun satu hingga tahun akhir diwajibkan untuk menggunakan PKP. Ia juga menjadi satu keperluan dalam menyediakan laporan penilaian kursus bagi setiap semester. Borang soal-selidik PKP diedarkan pada awal dan akhir semester dan pelajar dikehendaki menilai sendiri pencapaian CO masing-masing dengan mengaitkan pemahaman dan kemahiran mereka terhadap kandungan sesuatu kursus berdasarkan skala Likert, iaitu daripada skala 1 hingga 5. Skala 1 menunjukkan pelajar amat tidak memahami, manakala skala 5 ialah pelajar amat yakin dan faham terhadap kandungan sesuatu kursus. Pelajar dikatakan telah mencapai hasil kursus sekiranya pelajar mencapai kelompok skala 3 hingga 5. Pelajar dikatakan tidak mempunyai keyakinan dan kefahaman terhadap kursus jika mereka berada pada kelompok skala 1 dan 2. Contoh borang PKP yang telah diedarkan kepada pelajar untuk kursus KKL 2083 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
  • 4. 64 Seterusnya, maklum balas PKP ini dianalisis bagi melihat peratusan pencapaian keseluruhan serta individu terhadap pencapaian CO. Menurut pelaksanaan PKP yang diguna pakai sekarang, CO dikatakan tercapai jika 80% atau lebih pelajar dalam kursus tersebut memperoleh purata nilai > 3. Keputusan analisisi PKP ini dibandingkan pula dengan GA yang diperoleh oleh pelajar bagi kursus tersebut yang diberi berasaskan kepada penilaian summatif yang dibuat oleh tenaga pengajar. Sebelum perbandingan boleh dibuat, GA perlu dijelmakan kepada suatu nilai dan telah dikategorikan mengikut skala Likert seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1 (JKEES Self-Assessment Report, 2008). Rajah 1 Contoh borang pkp kursus KKKL2083
  • 5. 65 Jadual 1 Kelompok skala pencapaian pelajar berdasarkan gred kursus Gred kursus Kategori Penerangan A 5 Cemerlang A-, B+, B B-, C+, C C-, D+, D E 4 3 2 1 Baik Sederhana Lemah Sangat lemah Gred A dikategorikan sebagai cemerlang dan diberi nilai 5 pada skala Likert. Ini diikuti dengan nilai 4 untuk gred A-, B+ dan B yang menunjukkan pencapaian CO adalah baik. Seterusnya, gred B-, C dan C+ yang dikategorikan sebagai sederhana diberi nilai 3. Perolehan nilai 3 hingga 5 pada skala Likert untuk gred akhir dianggap sebagai telah mencapai CO, manakala perolehan nilai kurang daripada tiga dikategorikan sebagai gagal mencapai CO. Kemudian, keputusan maklum balas PKP dibandingkan pula dengan keputusan GA yang melibatkan perbandingan hasil keputusan penilaian tidak langsung dan langsung. Peratusan analisis ini dijadikan penunjuk boleh ukur untuk menentukan, sama ada CO telah tercapai atau tidak dengan pencapaian lebih 80% dianggap sebagai telah mencapai CO yang disasarkan dan sebaliknya jika kurang daripada 80%. Seterusnya, perbezaan peratusan antara keputusan PKP dan GA diguna pakai sebagai penunjuk boleh ukur untuk memantau keberkesanan pengendalian atau penyampaian kursus sesuai dengan konsep PDCA (plan, do, check & action) yang diamalkan. Perbezaan melebihi 10% dijadikan petunjuk untuk pelaksana mengambil tindakan penambahbaikan, perbezaan 5-10% dianggap sebagai status yang boleh diterima, tetapi perlu diberi perhatian dan akhir sekali perbezaan kurang 5% menunjukkan pengendalian dan penyampaian kursus tersebut adalah berkesan. Ringkasnya, analisis perbandingan maklum balas PKP dan gred akhir merupakan peringkat semakan (check), kaedah menilai CO menggunakan instrumen PKP dan kaedah penilaian summatif mewakili peringkat perancangan (plan), melaksanakan pengukuran menggunakan instrumen PKP, GA dan melakukan analisis perbandingan merupakan peringkat perlaksanaan (do) dan pelaksanaan yang dibuat berasaskan keputusan analisis dikira sebagai tindakan (action). Untuk tujuan kertas kerja ini, sebanyak tujuh kursus yang ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2008/2009 telah dipilih secara rawak dan maklum balas PKP serta gred akhir untuk kursus- kursus tersebut telah dianalisis. Secara puratanya, pihak JKEES menawarkan di antara 12- 15 kursus pada setiap semester untuk kursus-kursus pengajian tahun 2, 3 dan 4. Untuk tujuan P&P, ABET (2000) menyarankan ia dilakukan dengan kaedah persampelan dan tidak perlu dibuat secara menyeluruh. Sampel kursus-kursus yang telah dipilih ialah KKKL 2043, KKKL 2083, KKKQ 2213, KKKL 3153, KKKL 3143, KKKL 3193 dan KKKL 4033. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Purata Penilaian setiap CO Berdasarkan Analisis PKP Jadual 2 menunjukkan skor PKP bagi setiap CO pada awal dan akhir semester untuk tujuh kursus yang dipilih. Penyataan terperinci semua CO bagi setiap kursus adalah seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Prasiswazah (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, 2008). Baris akhir pada Jadual 2, mewakili purata skor CO pada peringkat awal dan akhir semester untuk setiap kursus. Secara keseluruhan, kesemua kursus dalam kajian ini telah mencapai setiap CO yang digariskan iaitu purata keseluruhan melebihi skala 3. Daripada perincian ini, didapati juga bahawa tidak ada satu CO pun yang telah mencapai skala melebihi 4, kecuali CO pertama bagi kursus KKKL 3143, iaitu 4.1.
  • 6. 66 Jadual 2 Skor pkp setiap CO bagi 7 kursus di awal dan akhir semester KKKL 3193 KKKL 3143 KKKL 3153 KKKL 2043 KKKL 4033 KKKL 2083 KKKQ 2213 Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir CO1 1.8 3.7 2.7 4.1 2.0 3.6 2.8 3.6 1.9 4.0 2.2 3.5 2.5 3.8 CO2 1.6 3.6 2.3 4.0 2.0 3.6 2.5 3.4 2.0 3.9 2.3 3.4 2.5 3.9 CO3 1.6 3.6 2.0 3.9 1.9 3.2 2.2 3.3 1.9 3.8 1.7 3.3 2.5 3.8 CO4 1.6 3.5 2.2 3.8 2.0 3.3 2.0 3.2 1.9 3.7 1.8 3.1 2.4 3.8 CO5 1.5 3.4 2.1 3.8 1.9 3.4 2.1 3.1 1.7 3.4 1.8 3.2 2.4 3.7 CO6 1.5 3.3 - - 1.9 3.3 - - 2.3 4.0 - - 2.3 3.8 CO7 - - - - - - - - - - - - 2.6 3.9 Purata 1.6 3.5 2.2 3.9 2.0 3.4 2.3 3.3 1.9 3.8 2.0 3.3 2.4 3.8 Kursus KKKL 3143 juga mencatatkan purata skor CO tertinggi pada akhir semester, iaitu 3.9. Kursus KKKQ 2213 mencatatkan purata skor CO paling tinggi di awal semester, iaitu 2.4 dan di akhir semester dengan 3.8 di mana ia adalah antara yang tertinggi berbanding kursus- kursus lain. Kursus KKKL 2043 adalah antara kursus yang mencatatkan purata skor yang tinggi pada awal semester, iaitu 2.3, tetapi di akhir semester, purata bagi keseluruhan CO adalah yang terendah, iaitu 3.3. Kursus KKKL 3193 mencatatkan penilaian CO paling rendah di awal semester, iaitu 1.6. Berdasarkan taburan skor, pemahaman serta pengetahuan menurut persepsi para pelajar bagi ketujuh-tujuh kursus yang dianalisis telah menunjukkan peningkatan. Namun peningkatan hanya sekadar memenuhi kelayakan minima pencapaian CO dengan purata nilai PKP untuk setiap kursus berada di bawah nilai skala Likert 4, tetapi melebihi 3. Perbandingan Analisis PKP dengan Gred Akhir Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan analisis gred akhir pelajar. Secara umum, didapati hasil analisis PKP pelajar menunjukkan persepsi yang mereka telah mencapai CO yang disasarkan dengan kesemua tujuh kursus mencatatkan skor > 80. Jadual 3: Peratus perbandingan pencapaian hasil kursus melalui analisa pkp dan analisis gred akhir pelajar No. Kod Kursus Pencapaian CO Beza GA- PKP(%) Perlu Tindakan? Ya/Tidak/ Pilihan GA (%) Capai CO? √/X PKP (%) Capai CO? √/X 1 KKKL3193 100% √ 95% √ 5% Tidak 2 KKKL3143 88% √ 100% √ 12% Ya 3 KKKL3153 94% √ 94% √ 0% Tidak 4 KKKL2043 79% X 86% √ 7% Pilihan 5 KKKL2083 89% √ 81% √ 8% Pilihan 6 KKKQ2213 86% √ 98% √ 11% Ya 7 KKKL4033 90% √ 96% √ 6% Pilihan
  • 7. 67 Dua daripada tujuh kursus yang dikaji, iaitu KKKL 3193 dan KKKL 2083 menunjukkan bahawa pelajar menilai diri mereka lebih rendah daripada pencapaian sebenar mereka. Sebanyak 100% pelajar telah mencapai CO yang digariskan bagi kursus KKKL 3193 berdasarkan gred akhir walaupun terdapat 5% pelajar yang merasakan diri mereka masih kurang yakin dan faham akan hasil kursus yang digariskan. Kursus KKKL 2083 menunjukkan peratusan pencapaian hasil kursus paling rendah jika dilihat melalui analisis PKP tetapi pencapaian sebenar pelajar yang dapat dilihat melalui analisis gred akhir adalah lebih baik, iaitu 89% berbanding 81%. Kursus KKKL 3143 dan KKKQ 2213 menunjukkan perbezaan peratusan paling tinggi antara pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan gred akhir masing-masing 12% dan 11%. Bagi kursus KKKL 3143, kesemua pelajar membuat penilaian yang tinggi terhadap tahap kefahaman dan keyakinan mereka mengenai kursus ini, tetapi gred akhir tidak mencerminkan persepsi pelajar terhadap kursus itu. Kursus KKKL 2043 dan KKKL 4033, masing-masing mencatatkan 7% dan 6% perbezaan antara pencapaian hasil kursus melalui analisis PKP dan analisis gred akhir pelajar. Manakala tidak ada perbezaan peratusan bagi kursus KKKL 3153. PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN Instrumen PKP digunakan untuk mencerap persepsi pelajar mengenai keyakinan dan pencapaian mereka dalam sesuatu kursus dan digunakan sebagai kaedah tidak langsung mengukur CO. Penilaian summatif melalui gred akhir pula merupakan kaedah langsung yang digunakan untuk mengukur CO. Berdasarkan keputusan PKP dan gred akhir, CO dinilai dan dikaitkan pula dengan PO melalui matrik pemetaan CO-PO bagi mendapatkan gambaran pencapaian PO melalui penilaian pencapaian CO tadi. Namun demikian, keputusan analisis didapati tidak mencerminkan pencapaian sebenar CO-PO kerana perkaitan tentang elemen yang diukur dengan CO yang disasarkan adalah tidak jelas dan fokus. Pada Julai 2007, semasa lawatan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, pihak pelaksana telah dimaklumkan bahawa pengukuran PO melalui analisis PKP adalah tidak memadai. PKP merupakan satu penilaian tidak langsung kerana ia hanyalah persepsi pelajar dan penggunaan petunjuk boleh ukur gred akhir pelajar juga dikatakan tidak mencerminkan hasil kursus yang digariskan. Sebagai langkah penambahbaikan dan bagi memudahkan pensyarah untuk menilai pencapaian hasil kursus seterusnya program, JKEES bercadang mengadaptasi satu kaedah penilaian yang lebih holistik dan preskriptif bagi mengesahkan kesahihan penilaian hasil kursus seterusnya program yang sedia ada dengan mengintegrasikan penilaian langsung dan PKP. Kertas soalan peperiksaan (pertengahan dan akhir semester) perlu digubal selaras dengan CO. Namun, tidak semua CO perlu dinilai melalui kertas soalan peperiksaan. Mana- mana CO yang belum dinilai dalam kertas peperiksaan boleh dinilai dalam kerja kursus seperti tugasan, laporan, tugasan, kertas kerja dan sebagainya. Dengan cara ini, penilaian langsung menggunakan gred akhir pelajar sekaligus dapat mengukur pencapaian CO-PO. Analisis PKP masih diteruskan sebagai satu kaedah untuk menyokong hasil penilaian secara langsung dan dimantapkan dengan penilaian menggunakan rubrik. Dijangkakan keputusan analisis data pengukuran dan penilaian CO dapat memberi lebih tepat dan pemantauan kursus dapat dilakukan dengan lebih berkesan kerana kedua-duanya dikaitkan dengan hasil kursus. KESIMPULAN Daripada analisis PKP yang dibuat, tenaga pengajar dapat gambaran sebenar keyakinan dan kefahaman pelajar dalam sesuatu kursus. PKP dapat dijadikan cara untuk memantau pengendalian kursus, sama ada hasil penyampaian tenaga pengajar berkesan atau sebaliknya. PKP juga adalah satu kaedah tidak langsung yang berkesan untuk menilai
  • 8. 68 pencapaian hasil kursus seterusnya program, tetapi hasil analisis PKP masih perlu disokong oleh kaedah penilaian langsung, iaitu gred pelajar. Penambahbaikan yang dicadangkan, iaitu dengan mengintegrasi kaedah penilaian langsung dan PKP, diharap dapat memantapkan lagi kaedah penilaian pencapaian hasil kursus-hasil program (CO-PO) dan hasilnya dapat diguna pakai bagi memantau pengendalian kursus, mengukur CO-PO serta memantau prestasi pelajar. Seperkara lagi yang amat penting dan perlu ditekankan adalah kejayaan membudayakan konsep PBH dan juga amalan CQI di kalangan ahli akademik JKEES, FKAB yang merupakan perkara paling utama dalam memberi jaminan kualiti program kejuruteraan yang ditawarkan. Budaya yang dimaksudkan adalah melaksanakan proses pengumpulan data secara berkala, memproses dan menganalisis serta membuat rumusan dan cadangan. Seterusnya mengambil tindakan berdasarkan dapatan hasil analisis data untuk tujuan penambahbaikan serta perancangan masa hadapan. RUJUKAN Karami, A., Clutter, K. and Arroyo, A. 2004. An example of course and program outcome assessment. proceedings of the 2004 American Society for Engineering Education Annual Conference & Exposition. Copyright © 2004, American Society for Engineering Education. http://soa.asee.org/paper/conference/paper-view.cfm?id=20010. [20 January 2012] Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. 2008. Panduan Program Prasiswazah Sesi Akademik 2008-2009. Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem. 2008. Self-Assessment Report for Engineering Accreditation Council (EAC), 3.8-3.9 Thigpen, L. 2007. A Successful Method to Assess Student Learning Outcome Using Multiple Direct and Indirect Assessment. International Conference on Engineering Education & Research, December 3-7 2007: Melbourne, Australia M. Hairi M. Zaman, Badariah Bais, Norbahiah Misran, Salina Abdul Samad, Aini Hussain. 2008. Penilaian Hasil Kursus Melalui Kaedah Penilaian Langsung dan Tak Langsung, Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA2008), Disember 2008 Rogers, G. 2006. Direct and Indirect Measures: What are they good for? Community Matters, August 2006, 3. http://www.abet.org/newsletter.html. [20 January 2012] Rogers, G. 2007a. Continuous Quality Improvement and Assessment of Student Learning Community Matters, May 2007. http://www.abet.org/newsletter.html [20 January 2012] Rogers, G. 2007b. Direct or Indirect Measures? Are We Asking the Right Question? Community Matters, November 2007, 3. http://www.abet.org/newsletter.html [20 January 2012] Woolston, D. C. 2008. Outcome-Based Assessment in Engineering Education: A Critique of Its Foundations and Practice, 38th ASEE/IEEE Frontier in Education Conference, October 22-25 2008: Saratoga Springs NY Corresponding Author: serimastura@vlsi.eng.ukm.my