Pengenalan
Jurnal ini mengutarakan tentang pandangan Syed Muhammad Naquid Al-Attas tentang fonomena yang berlaku dala...
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Syimah Punyer
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Syimah Punyer

1,128 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,128
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
20
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Syimah Punyer

1. 1. Pengenalan
Jurnal ini mengutarakan tentang pandangan Syed Muhammad Naquid Al-Attas tentang fonomena yang berlaku dalam kalangan masyarakat islam ataupun lebih dikenali sebagai dilema muslim. Fonomena yang berlaku ini banyak dipengaruhi pemikiran, cara hidup, dan kebudayaan masyarakat barat. Isu pertama yang dikupas oleh beliau ialah fonomena yang melanda islam dan kristian iaitu agama sejagat yang telah banyak membawa kepada permusuhan tradisi yang kini berlanjutan sehingga peperangan intelektual.
Berdasarkan penulisan Mohd Zariat Abdul Rani ini, Syed Muhammad Naquid Al Attas banyak mengupas fonomena yang berlaku dalam sejarah dan tamadun barat terutama pertikaian ahli falsafah da pemikiran barat tentang soal kewujudan tuhan. Berdasarkan pengamatan Syed Mohammad Naquid Al-Attas, masalah ketuhanan ini berlaku secara kritikal selepas abad ke 15 masihi disebabkan kebanyakan ahli falsafah dan pemikir barat yang banyak menolak kewujudan tuhan. Hal ini telah membawa kepada kekukuhan institusi gereja kristian dan ajarannya yang disebabkan oleh corak pemikiran serta falsafah yang semakin berubah-ubah. Hal ini telah membawa impak kepada masyarakat islam.
Proses sekularisme yang berlaku pada masyarakat islam hari ini banyak berlaku akibat proses kolonialisasi kuasa-kuasa barat. Walaupun penjajahan barat rata-rata bertujuan untuk mengeksploitasi bahan mentah serta kekayaan hasil bumi, namun ia adalah salah satu punca berlakunya proses kolonialisasi terhadap masyarakat islam. Maka dapatlah dikatakan bahawa penjajahan barat pada ketika itu turut bertujuan untuk menyebarkan corak pemikiran dan budaya mereka. Hal ini telah memberikan kesan kepada tamadun masyarakat islam.
Konsep agama sejagat dan persaingan dengan kristian
Menurut syed Mohamad Naquid Al Attas permusuhan yang berlaku ini banyak berpunca daripada konsep agama sejagat. Menurut beliau, persaingan ini berlaku kerana keanyakan ajaran agama tidak dapat menawarkan konsep agama sejagat iaitu suatu kebudayaan baru yang bersifat universal dan memungkinkannya dianuti dengan mengetepikan segala perbezaan bahasa , bangsa dan kebudayaan. Menurut beliau lagi, banyak agama yang berteraskan kepada kebudayaan dan tradisi sesebuah kaum itu yang menyebabkan ia sukar dianuti oleh kaum atau masyarakat yang lain. Islam lebih menawarkan sifat agama sejagat yang mana ia diturunkan di arab yang tidak dimiliki dan mempamerkan ciri-ciri sesuatu kaum atau kebangsaan. Ajaran islam yang begitu sempurna seperti terkandung dalam kitab al-quran membuktikan bahawa agama islam merupakan agama sejagat untuk seluruh umat manusia.
Agama sejagat ini telah membawa kepada permusuhan tradisi antara masyarakat islam dan kristian. Pada pandangan beliau, agama sejagat ini wujud ketika al-Quran diturunkan lagi. Menurut Mohd Zariat Abd Rani, Syed Mohamad Naquid Al Attas telah memperjelaskan hal ini dengan mengutarakan ayat-ayat al-quran dimana ia menjelaskan bahawa di dalam kitab injil telah menjelaskan bahawa pada akhir zaman ini akan ada seorang rasul yang akan menyempurnakan penyampaian agama yang benar kepada umat manusia. Malahan nabi isa a.s turut memberitahu umatnya tentang kehadiran rasulullah namun ia telah disalah anggap oleh umatnya ketika itu. Setelah mereka sedar bahawa agama mereka yang belum sempurna itu, mereka telah menokok tambah agama tersebut dengan kebudayaan mereka sendiri iaitu perundangan Rumawi serta falsafah Aristotlelianisme. Setelah ia berlaku secara meluas terutama di Rom, kerajaan kerajaan Rom telah mengambil keputusan untuk menjadikan agama nabi isa sebagai agama rasmi kerajaan mereka dan memberikan nama ajaran tersebut sebagai kristianiti. Oleh yang demikian Syed Mohamad Al-Attas menolakkenyataan bahawa agama kristian sebagai agama wahyu, namun ia merupakan agama yang berdasarkan kepada kebudayaan rumawi semata-mata.
Manakala pengamatan beliau terhadap terhadap islam pula menunjukkan bahawa perbezaan yang amat ketara antara islam dan kristian diamana islam tidak dipengaruhi oleh kebudayaan dan tradisi tempatan tetapi ia menjadi ancaman kepada gaya hidup masyarakat jahiliah. Konsep agama sejagat dalam agama islam sangat menojol apabila ia mampu diterima oleh pelbagai kaum dan bangsa yang menganutinya. Bahkan islam turut berkembang pesat ke seluruh wilayah dan empayar yang besar samaada melalui penaklukan mahupun dakwah islamiah. Perkembangan islam semakin meluas apabila masyarakat islam mampu menguasai ilmu intelektual antarabangsa. Malahan islam telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang antaranya seperti Al-Khindi, Al-farabi , Ibn Sina dan ramai lagi tokoh terbilang. Penemuan ilmu mereka turut digunakan oleh masyarakat barat dan menjadi asas kepada perkembangan barat. Boleh dikatakan disini bahawa masyarakat dunia banyak bergantung kepada penemuan-penemuan islam.
Syed Mohamad Naquid turut memperjelaskan bahawa kemajuan intelektual masyarakat islam pada ketika itu tidak disenangi oleh masyarakat barat terutama masyarakat kristian. Oleh yang demikian mereka telah merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan masyarakat islam dengan pelbagai cara samaada melalui ketenteraan mahupun melelui perkembangan intelektual dan idealogi mereka. Gerakan ini bermula dengan zaman renaissaance yang mana ia adalah zaman kelahiran atau titik permulaan dalam mengembalikan semula ketamadunan Rom setelah berlakunya zaman kegelapan. Setelah itu, revolusi saintifik berlaku di Eropah dimana ia merupakan langkah permulaan dalam menyaingi umat islam. Setelah sistem feudal dihapuskan dan digantikan dengan ekonomi kapitalis mereka telah mula menjelajah ke seluruh benua bagi mendapatkan tanah jajahan baru. Hal ini bertujuan untuk menguasai hasil bumi dan mendapatkan bahan mentah untuk keperluan bagi sektor perindustrian mereka yang semakin pesat.
Penjelajahan ini bukan hanya bertujuan untuk menguasai ekonomi semata-mata namun ia juga bertujuan untuk menyebarkan agama kristian terutama kepada masyarakat islam. Walaupun mereka tidak dapat mengkristiankan keseluruhan masyarakat, namun mereka telah melakukan perancangan dan strategi dengan bersungguh-sungguh.
Proses sakularisasi dan “ deislamization” ke atas umat islam
Melalui pengamatan Syed Muhamad Naquid Al-Attas,dapatlah disimpulkan bahawa penjelajahan orang barat adalah bertujuan untuk menewaskan umat islam dan meruntuhkan agama islam. Seterusnya kebanyakan kuasa Eropah-kristian mula menjalani proses deislamization yang bertujuan untuk menghakis peranan dan kepentingan islamterhadap pemikiran, pandangan hidup dan kebudayaan. Mereka kemudiannya mempromosikan falsafah,pandangan,pemikiran dan budaya hidup barat yang sudah pasti bertentangan dengan agama islam. Memandangkan ia telah nyata bertentangan dengan agama islam, ideologi ini terus diterapkan kepada umat islam terutama di kawasan jajahan. Penjajah barat seterusnya memperkukuhkan lagi ajaran mereka dengan menerapkan unsur-unsur pemikiran,falsafah dan pandangan mereka ke dalam pentadbiran sehingga berlakunya proses sekularisasi yang telah menjadi permulaan kepada berlakunya kekeliruan umat islam terhadap ajaran islam itu sendiri.
Kekeliruan umat islam terhadap ajaran agama islam ini menyebabkan Syed Mohamad Naquid menganggap kejadian ini sebagai “kehilangan adab” dalam kalangan masyarakat islam. Menurut beliau lagi ia berlaku kerana masyarakat islam tidak mampu menggunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu perkara. Hal ini menyebabkan masyarakat islam semakin hilang nilai-nilai moral, akidah serta akhlak mereka dan akhirnya mnjadikan kebudayaan barat sebagai kebudayaan mereka. Beliau berpendapat lagi bahawa kekeliruan umat islam terhadap ajaran islam ini telah melahirkan golongan yang dinamakan sebagai “pemimpin palsu”. Pemimpin palsu ini yang rata-rata menerima pendidikan sekular kebanyakannya mempertahankan ideologi barat. Hal ini telah meningkatkan lagi pengaruh barat dalam kalangan umat islam.
Kekeliruan dalam fahaman umat islam kini
Penulis kemudian menjelaskan lagi bahawa menurut Syed Muhammad Naquid ajaran islam telah sempurna melalui isi kandungan Al-quran dimana ia telah merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia. Malahan kita turut dibekalkan dengan al-sunnah yang harus menjadi ikutan bagi membina umat islam yang unggul. Sumber-sumber kepada islam juga bertambah dengan berkembangnya tabie’dan tabie’in sehingga melahirkan dua sumber hukum yang baru iaitu al-Qias dan al-ijma’ yang terhasil berdasarkan al-quran dan al-sunnah. Galakan yang diberikan kepada islam terhadap amalan ijtimak iaitu mengeluarkan hukum yang baru terhadap masalah yang baru berdasarkan al-quran dan al sunnah merupakan salah satu bukti bahawa islam merupakan agama yang releven dan dinamik mengikut perkembangan semasa.
Sumber-sumber hukum ini disusun mengikut darjah autoriti yang tertinggi dan dikatakan juga mengikut hirarki yang bermula dengan sumber al-quran, kemudian as-sunnah dan akhirnya al-qias dan ijma’. Dengan wujudnya sistem hirarki ini, umat islam disuruh memberi keutamaan berdasarkan sistem hirarki atau darjah autoriti yang tertinggi. Dengan adanya sistem ini, ia membuktikan bahawa islam memperakukan wujudnya perbezaan kedudukan dan keutamaan sesuatu perkara. Beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat perbezaan makhluk ciptaan Allah mengikut susunan hirarki. Syed Muhammad Naquid seterusnya menjelaskan bahawa umat manusia wajib menerima hakikat bahawa agama islam merupakan agama yang suci dan terpuji. Seterusnya beliau turut menegaskan bahawa umat islam harus menerima kedudukan tertnggi dengan penuh rasa kasih sayang dan hormat kepada rasulullah s.a.w yang menjadikan rasulullah s.a.w jauh lebih baik dan terpuji daripada umat manusia yang lain.
Rasulullah s.a.w ,para tabie dan tabien sememangnya layak mendapat anugerah serta berada dalam kedudukan hirarki yang tertinggi. Masyarakat pada umumnya tidak layak menganggap ini sebagai satu eksploitasi atau penindasan. Pengurniaan kedudukan serta hirarki yang tinggi oleh Allah s.w.t kepada mereka adalah bersesuaian terhadap amanah dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi penyebaran serta dakwah islamiah. Dengan kurnian sifat terpuji dan kedudukan istimewa ini, ia telah memudahkan dakwah islamiah dilakukan kepada penduduk diseluruh dunia. Selain itu juga, ia adalah bertujuan untuk menunjukkan kehebatan serta kebijaksanaan Allah s.w.t yang berupaya mentadbir manusia dengan adil dan bijaksana.
Menurut penulis, setelah berlakunya beberapa fonomena seperti nabi palsu menyebabkan pegangan dan pengiktirafan kedudukan serta hirarki ini mula goyah. Syed Muhammad Naquid ada menyatakan bahawa kemunculan nabi-nabi palsu adalah disebabkan oleh terpengaruhnya fahaman sekularisme yang mana ia berteraskan kepada aspek kemampuan manusia itu sendiri untuk memimpin alam semester tanpa memperakukan kuasa yang maha esa. Akhirnya pemimpin-pemimpin palsu ini semakin keliru tentang tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan seterusnya menjadikan mereka semakin taksub dengan dunia mereka sendiri. Menurut beliau lagi, fahaman sekularisme ini telah menjadikan umat manusia semakin sombong dan angkuh dengan keupayaan diri mereka yang sememangnya mempunyai batas-batas tertentu sahaja. Hal ini menyebabkan mereka lupa asal kejadian manusia yang sememangnya dilahirkan dengan begitu daif dan serba kekurangan.
Syed Muhammad Naquid seterusnya membuktikan bahawa nabi palsu ini mempunyai sifat angkuh dan sombong sehingga sanggup meletakkan diri mereka setaraf dengan nabi muhammad s.a.w, para solihin, para sahabat serta pengikut baginda. Walaupun penilaian beberapa pemimpin palsu terhadap beberapa peristiwa yang berlaku dalam sejarah umat islam, namun ia banyak menimbulkan kekeliruan seperti ilusi yang diberikan terhadap sifat dan keperibadian Muawiyah bin Abu Sufian RA. Antara gambaran negatif yang diberikan oleh para sarjana beliau ialah bersikap individualistik, pembelit dan tamak. Ini menunjukkan bahawa gambaran negatif yang dapat mengelirukan umat islam ini adalah merupakan salah satu fahaman sekularisme yang menolak sebarang bentuk autoriti yang bersifat sakral dan mutlak. Menurut penulis, Syed Muhammad Naquid Al-Attas tidak mnafikan bahawa umat islam harus bersikap kritis tentang menilai peristiwa-peristiwa sejarah namun ia tidak seharusnya menjatuhkan kewibawaan tokoh-tokoh islam.
Lanjutan daripada perkara tersebut Syed Muhammad Naquid menggelarkan perkara berkenaan sebagai proses pentarafan. Seterusnya beliau berpendapat bahawa ia dikelirukan nabi palsu yang bersungguh menekankan konsep ‘ummah’dan pembentukan negara kepada masyarakat islam yang menyebabkan pengabaian dan konsep yang lebih penting iaitu tanggungjawab muslim itu sendiri. Menurut beliau konsep tersebut merupakan konsep yang penting, namun ia bukanlah satu konsep yang utama. Menurut beliau lagi, penekanan yang sebenarnya ialah konsep individu muslim kerana menurut beliau jika konsep tersebut ditekankan maka konsep ummah dan pembentukan negara turut terjaga.
Sejajar dengan itu, beliau berpendapat bahawa penekanan terhadap pendidikan umat islam harus dititikberatkan. Oleh yang demikian pendidikan islam yang berteraskan konsep ‘al insan al kamil’ mampu mendedahkan tentang ilmu dan ajaran islam yang kekal dan yang harus diamalkan oleh masyarakat islam. Tambah beliau lagi, penekanan terhadap konsep ummah dan pembentukan negara secara berlebihan akan menyebabkan berlaku kelemahan peribadi dalam individu muslim yang akhirnya menyebabkan kesukaran untuk menyebarkan agama islam dan membangunkan negara islam yang akhirnya memberikan gambaran negatif kepada umat islam.
Menurut Syed Muhammad Naquid, fonomena kerapuhan umat islam adalah disebabkan oleh pegangan umat islam terhadap tauhid serta ilmu-ilmu asas seperti fardu ain kian rapuh. Menurut beliau lagi, kerapuhan ini adalah disebabkan oleh wujudnya pemimpin-pemimpin palsu dalam kalangan umat islam itu sendiri yang mementingkan ilmu fardu ain setaraf fardu kifayah dan ada kalanya menjadikan fardu kifayah lebih penting daripada fardu ain. Seterusnya, kejahilan pemimpin palsu ini kian terserlah apabila mereka menekankan ilmu fiQah dimana mereka mengupas perbezaan mazhab fiqah dalam islam serta hanya membahaskan perkara remeh semata-mata. Hal ini menyebabkan banyak berlaku perselisihan pendapat antara umat islam. Pada pandangan beliau lagi, hal ini menyebabkan umat islam didedahkan dengan ilmu yang dangkal dan cetek yang akhirnya membuka peluang untuk meneroka ilmu fardu kifayah. Tetapi ternyata pula ilmu fardu kifayah yang diperluaskan hanyalah yang berkaitan duniawi semata-mata.
Selain itu, menurut penulis beliau turut menyelar golongan yang dinamakan sebagai intelektual sekular dari kalangan umat islam yang didedahkan dengan pendidikan sekular. Hal ini menyebabkan mereka mengagumi pemikir-pemikir barat berbanding ulama-ulama islam yang akhirnya menyumbang kepada kekeliruan ajaran islam kepada umat islam. Mereka juga lebihsuka memperagakan ilmu barat mereka yang hanya berteraskan ilmu saintifik dan logik semata-mata. Hal ini meyebabkan wujudnya kejadian yang dinamakan sebagai sosialis dan rasionalis terhadap umat islam yang menyelaraskan ajaran islam dengan penemuan sains yang menyebabkan mereka menafikan tentang semangat islam yang ada dalam ajaran islam.
Kekeliruan yang wujud dalam kalangan umat islam sebenarnya berpunca daripada umat islam sendiri dimana fonomena muslim ini lebih jelas apabila Syed Muhammad Naquid menjelaskan tentang proses sekularisme yang berlaku kepada masyarakat islam melayu-indonesia. Bertitik tolak daripada kuasa barat yang ingin menghapuskan nilai-nilai islam dalam kalangan masyarakat islam, orang barat akhirnya lebih menerapkan unsur-unsur kebangsaan dan membataskan penggunaan al-quran sebagai sumber rujukan. Proses sekularisme yang berlaku menjadikan pendidikan sekular diperkenalkan dengan menerapkan unsur-unsur yang berteraskan individualisme dan rasionalisme. Kemunculan ilmu-ilmu barat ini menjadikan ajaran islam dipandang serong dan tidak mampu memberikan sumbangan dan seterusnya dianggap semakin ketinggalan. Sebagai contohnya, penukaran sistem bahasa jawi yang ditukarkan kepada sistem bacaan rumi oleh penjajah barat.
Malangnya usaha-usaha penjajah barat ini akhirnya diteruskan oleh nabi dan pemimpin–pemimpin palsu dalam kalangan masyarakat islam itu sendiri dimana satu-persatu budaya dan ajaran islam dihakis oleh mereka menyebabkan islam semakin kabur dalam hati setiap masyarakat. Hal ini akhirnya terus – terusan menjadi dilema dalam kalangan masyarakat islam hari ini.
Kesimpulan
Menurut penulis, berdasarkan pengamatan beliau kebanyakan masalah yang wujud adalah disebabkan oleh kemajuan kehidupan masyarakat islam itu sendiri. Manakala pengaruh sekularisme yang teus mengalir dalam kebudayaan masyarakat islam menyebabkan timbulnya ideologi-ideologi yang berbentuk sekularisme dan juga melahirkan ramai pemimpin palsu. Kebanyakan pemahaman ilmu pemimpi palsu ini telah banyak mengelirukan masyarakat islam dan seterusnya menjadi punca sebenar permasalahan dalam kalangan umat islam.
Sinopsis
Jurnal ini merupakan hasil nukilan Mohd Zariat Abdul Rani. Dalam jurnal ini, beliau membincangkan tentang pandangan Syed mohammad Naquid Al Attas tentang beberapa fonomena islam yang berlaku pada masa kini. Pada mulanya ia membincangkan tentang agama sejagat dimana ia adalah berkaitan permusuhan tradisi antara agama kristian dan agama islam. Seterusnya, beliau menerangkan konsep agama sejagat dan persaingan agam islam dan agama kristian. Menurut beliau agama sejagat merupakan satu kebudayaan baru yang bersifat universal dan memungkinkan ia dianutioleh kaum atau bangsa lain dengan mengetepikan segala faktor dan perbezaan bahasa bangsa dan budaya. Meluinya Syed mohammad Al Attas menampilkan bukti bahawa agama islam merupakan agama sejagat. Seterusnya beliau turut mengupas tentang deislamization ke atas umat islam yang bertujuan untuk menghakis peranan , pemikiran umat islam serta pandangan hidup dan kebudayaan masyarakat islam seterusnya diganti dengan fahaman barat. Jurnal ini turut membincangkan tentang kekeliruan dalam fahaman umat islam kini. Kekeliruan ini berpunca dengan adanya nabi-nabi palsu serta pemimpin-pemimpin palsu yang mengetengahkan konsep sekularisme daripada penjajah.
Biodata muhammad Al-Naquid Al-Attas
Syed Muhammad al Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas di bogor pada 5 september 1931. Beliau adalah seorang cendekiawan dan filsuf muslim dari Malaysia. Ia menguasai teologi, filsafat, metafisika, sejarah, dan literatur. Ia juga menulis berbagai buku di bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, filsafat, dan literatur Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al- attas mendapat pendidikan awal pada usia 5 tahun di Johor, Malaysia. Ketika pendudukan jepun, beliau kemudiannya mempelajari bahasa arab di madrasah Al – Urwatul-wuthqa di jawa.Setelah berlaku perang dunia II pada tahun 1946, beliau kembali meneruskan pelajaran di peringkat menengah di negeri Johor. Beliau telah tertarik untuk mempelajari kesusteraan melayu, sejarah dan kebudayaan barat. Beliau kemudiaanya melanjutkan pelajarannya di the Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Kanada. Pada tahun 1962 Al-Attas telah berjaya menamatkan pelajaran ijazah sarjana dengan tesis Ranidi and the wujudiyyah of 17th century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pelajarannya di School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. tesis kedoktorannya pada tahun 1962 adalah berkaitan dunia mistik.
Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat. Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisannya diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu.
Biodata penulis
Mohd Zariat Abdul Rani merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia di jabatan bahasa melayu, fakulti bahasa moden dan komunikasi. Beliau merupakan pensyarah dalam pelbagai matapelajaran antaranya teori dan falsafah kesusteraan,pendekatan dalam kritikan teks,kesusteraan melayu islam,teori kesusteraan,cerpen melayu dan novel melayu. Sepanjang penglibatan beliau, beliau telah menghasilkan pelbagai jenis buku serta jurnal.
Sepanjang penglibatan beliau, beliau telah memperolehi pelbagai anugerah. Antara anugerah yang beliau perolehi ialah Recipient. The Nippon Foundation Fellowships Award for ‘Asian Public Intellectuals’ (API) Fellowships Programme 2008/2009,Visiting Research Fellow. Department of Literature, Faculty of Humanities, University of Indonesia, Jakarta, 1 July 2008 - 31 March 2009, Recipient. Utusan Groups and ExxonMobil Literary Award for ‘Best Literary Essay’, 2008.Editor-in-Chief, MAHAWANGSA (International Journal on Malay Language, Literature and Culture, Universiti Putra Malaysia, 2007-2009.Article Reviewer, ISLAMIYAT (Journal of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia), 2007.Focus Editor. SARI: Special Issue on Gender & Sexuality in the Malay World (International Journal of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia) Vol. 24, 2006.Article Reviewer, PERTANIKA (Journal of Social Sciences and Humanities, Universiti Putra Malaysia), 2006.Recipient. Excellent Service Award, Universiti Putra Malaysia, 2006.Collaborator. ‘Muslim Civilisations Abstracts,’ sponsored by Institute for the Study of Muslim Civilisations, Aga Khan University (International), United Kingdom, 2006.Article Reviewer, MANU (Journal of Centre for the Promotion of Knowledge & Language Learning, Universiti Malaysia Sabah), 2005.Visiting Researcher. School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom. 12 December 2002 - 13 January 2003.Sponsored Researcher. Department of Religion, George Washington University, USA. 23 August 2002-10 December 2002.Visiting Researcher. Centre for Muslim-Christian Understanding: History and International Affairs, Georgetown UniversityUSA. 6 June 2002-13 August 2002,Visiting Scholar. Department of Comparative Literature, University of California, USA. 18 January 2002-30 May 2002.Recipient. Dean’s List Award. Faculty of Education, Universiti Putra Malaysia. 1994-1996.Recipient. Federal Scholarship Award. Malaysia Ministry of Higher Education. 1992-1996.
ULASAN JURNAL
‘DILEMA MUSLIM: PENELITIAN TERHADAP PANDANGAN SYED MUHAMMAD NAQUID AL-ATTAS TENTANG BEBERAPA FONOMENA UMAT ISLAM’
KERJA KHUSUS
AGAMA DAN MASYARAKAT
(LNI1013)
NOR HASYIMAH BINTI HAJI AB RAHMAN
AGAMA DAN MASYARAKAT KUMPULAN B
890828115164
D20091036284
EN. MUHAMMAD AKRAMIN BIN KAMARULZAMAN
Ya Allah… Lemahnya diri ini…Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak….. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku.. Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu..