Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non-Muslim

                     Muhamad Faisal Ashaari

                             Pend...
2 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



kepada non-Muslim sempena hari raya mereka dan hukum kongsi
raya dan huk...
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 3




membawa nilai yang dianggap bertentangan dengan rasional dan hak
asasi ...
4 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



jaminan keamanan terhadap mereka kerana ia merupakan asas
kestabilan pem...
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 5




nafsunya agar mematuhi perintah Allah. Manusia selalu terpesona
dengan ...
6 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



                        Tuntutan dakwah

Pada asasnya dakwah merupakan t...
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 7




Islam dengan sempurna, orang bukan Islam akan menerima kebaikan
Islam s...
8 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



bukanlah bererti persamaan tetapi ia adalah meletakkan sesuatu pada
temp...
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 9




menghormati kepercayaan agama dan kebebasan non-Muslim. Islam
tidak mem...
10 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



hari ini yang didominasi oleh pemikiran sekular dan dikelabui dengan
mo...
Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 11




dakwah akan sukar dijalankan. Apakah mungkin selama ini
kekurangan bil...
12 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim



Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
      Hal  ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Dakwah asas hubungan non muslim

4,939 views

Published on

Ia menjelaskan tentang asas hubungan

Published in: Education
1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,939
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dakwah asas hubungan non muslim

  1. 1. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non-Muslim Muhamad Faisal Ashaari Pendahuluan Mutakhir ini, hubungan antara Muslim dan non-Muslim telah mendapat tempat dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ini dapat diperhatikan daripada pertambahan kecil bilangan fatwa yang yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang berkaitan dengan hubungan Muslim dan non-Muslim kira-kira sedekad yang lalu. Jadual 1 di bawah menunjukkan tiga fatwa sahaja yang menyentuh hubungan Muslim dan non-Muslim daripada 110 fatwa yang dikeluarkan antara 1970 hingga 1999. Namun begitu, terdapat pertambahan tujuh fatwa antara 2000 hingga 2009, daripada 114 fatwa yang telah dikeluarkan. Sungguhpun jumlah ini masih rendah, pertambahan kecil bilangan fatwa yang menyentuh hubungan ini boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada kesediaan untuk menangani hubungan dengan non-Muslim berdasarkan pandangan Islam. Dalam pada itu, pertambahan bilangan fatwa ini bukanlah satu bukti yang kukuh kepada usaha ini kerana ia turut melibatkan beberapa faktor lain seperti kesedaran umat Islam, geo-politik dan political will. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dianggap sebagai satu perkembangan yang positif berbanding sebelum 1990, seolah- olah tiada permohonan rasmi untuk mendapatkan fatwa dalam isu-isu ini.1 Sedangkan isu seperti hukum mengucapkan selamat hari raya 1 Majlis Fatwa Kebangsaan biasanya bersidang untuk menentukan sesuatu hukum berdasarkan kepada permohonan seperti daripada Jabatan Mufti, Jabatan Agama Negeri dan JAKIM.
  2. 2. 2 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim kepada non-Muslim sempena hari raya mereka dan hukum kongsi raya dan hukum memberikan zakat kepada non-Muslim untuk tujuan dakwah merupakan antara isu penting yang menyentuh hubungan Mulism dan non-Muslim. Secara tidak langsung, ia menggambarkan dua kemungkinan iaitu sama ada masyarakat yang tidak mengambil peduli di dalam isu ini atau pihak yang berwajib mengabaikan kewajipan mereka. Jadual 1 Jumlah Fatwa Yang Berkaitan Dengan non-Muslim Jumlah Fatwa yang berkaitan Tahun Peratus Fatwa dengan non-Muslim 1971-1999 110 3 2.7% 2000-2009 114 7 6.1% 1971-2009 224 10 4.5% Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp Pada asasnya, perbezaan agama dan etnik membawa kepada perbezaan nilai dan budaya. Sekiranya perbezaan ini tidak dicermati dengan baik, ia boleh membawa kepada pertembungan nilai dan boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati khususnya apabila wujudnya jurang seperti di dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan yang didominasi oleh sesuatu penganut agama dan etnik sahaja. Sebagai contoh, peristiwa pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 di negara ini, antara lain berpunca daripada perasaan tidak puas hati antara Melayu dan Cina yang dipercayai disebabkan oleh jurang ekonomi dan beberapa isu politik yang lain (Tunku Abdul Rahman, 2007; Kua Kia Soong, 2008). Persoalannya ialah sejauhmanakah Islam diterima menjadi suatu nilai yang universal kepada semua penduduk terutamanya dalam sebuah negara Islam. Ini kerana hujah masyarakat majmuk seringkali dikemukakan untuk mengenepikan pelaksanaan perundangan Islam lantaran ia
  3. 3. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 3 membawa nilai yang dianggap bertentangan dengan rasional dan hak asasi manusia. Anis Malik Taha menegaskan bahawa masyarakat pluralistik lebih cernderung menyokong dan mendokong sekularisme (Anis Malik Taha, 2005).2 Dengan kata lain, mengasaskan sesuatu peraturan dan dasar berdasarkan perkiraan dosa dan pahala dianggap pemaksaan kepada penerimaan nilai dan ajaran agama yang sukar diterima oleh masyarakat yang pluralistik. Mereka lebih selesa sekiranya peraturan yang digubal atau apa-apa dasar yang dilaksanakan berasaskan kepada rasional tanpa berdasarkan kepada wahyu. Di dalam masyarakat yang pluralistik ini, Muslim mestilah meletakkan dakwah sebagai asas di dalam hubungan dengan non- Muslim iaitu mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Segala tindakan dan keputusan mestilah berpaksikan kepada usaha dakwah untuk memastikan Islam dapat memimpin kehidupan manusia. Hubungan dengan non-Muslim dari perspektif Islam Islam mengiktiraf non-Muslim sebagai penduduk yang perlu dihormati dan dipelihara hak mereka. Malah terdapat hadis menyebutkan bahawa seseorang yang menyakiti non-Muslim di kalangan ahli al-zimmah seperti menyakiti Rasulullah S.A.W. sendiri. 3 Islam sangat menitikberatkan persoalan keadilan dan 2 Menurut al-Attas, sekularism ialah “kedisinikinian” iaitu kehidupan manusia yang hanya di dunia ini sahaja dan tiada kaitannya dengan dimensi ketuhanan dan akhirat (al-Attas, 1995). Manakala menurut al-Qaradawi, sekularisme membawa erti tiada agama dengan kata lain kehidupan yang tiada kaitan dengan persoalan ketuhanan dan perkiraan dosa pahala (al-Qaradawi, 1997). 3 Hadis ini diriwayatkan dengan beberapa lafaz, sebahagiannya dianggap lemah oleh Ulama dan sebahagiannya lagi dianggap palsu. Tetapi dari sudut makna disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (No. 3166) “Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan perjanjian (Kafir Mucahad), tidak mencium bau syurga”.
  4. 4. 4 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim jaminan keamanan terhadap mereka kerana ia merupakan asas kestabilan pemerintahan dalam sebuah negara dan sebagai wahana dakwah kepada mereka. Sifat mereka sebagai bukan Islam bukanlah merupakan lesen kepada mana-mana pihak untuk menindas dan menzalimi mereka bahkan di dalam Islam, keadilan merupakan salah satu makna hikmah yang diaplikasikan di dalam dakwah yang boleh menawan hati mereka. Allah telah menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh sesetengah pihak bukanlah alasan untuk meninggalkan keadilan malahan keadilan itu mendorong kepada ketakwaan (Q, 5: 2). Pengiktirafan yang diberikan oleh Islam ialah dari sudut kemanusiaan yang merangkumi kebebasan untuk bekerja, memiliki tempat tinggal dan sebagainya termasuk kebebasan beragama. Dalam pada itu, Islam hanya menghormati agama dan kepercayaan mereka tetapi tidak mengiktiraf kebenaran agama dan kepercayaan yang dibawa oleh mereka kerana Islam mengamalkan konsep tauhid yang hanya menerima konsep keesaan Allah dan kebenaran itu ialah mutlak, bukannya relatif sebagaimana yang dipegang oleh kumpulan sekular dan liberal. Bagi Islam, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan tiada agama yang benar melainkan Islam. Terdapat dua bentuk hubungan antara Muslim dan non-Muslim iaitu yang berasaskan kepada perbezaan agama dan berasaskan kepada perbezaan etnik. Pertama, kepelbagaian agama merupakan natijah interaksi antara manusia dengan godaan syaitan, dorongan nafsu dan tarikan terhadap dunia. Sejak syaitan diusir keluar daripada syurga, ia telah bertekad dan berusaha berhempas pulas menyesatkan anak Adam siang dan malam. Nafsu pula menjadi penggerak kepada manusia untuk mencari kehidupan di atas muka bumi ini kerana keinginan manusia yang tidak terbatas itu telah mendorongnya bekerja dan berusaha membangunkan dunia. Oleh kerana sifat nafsu itu liar dan tidak ingin dikongkong maka manusia selalunya menuruti kemahuan nafsu melainkan mereka yang berjaya mengekang
  5. 5. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 5 nafsunya agar mematuhi perintah Allah. Manusia selalu terpesona dengan dunia dan berasa kekal hidup di atas muka bumi. Sungguhpun mereka mengetahui bahawa mati boleh menjemput mereka pada bila- bila masa, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang bersedia sepenuhnya untuk mati dan kehidupan selepas mati. Kedua, kepelbagaian etnik merupakan suatu ketentuan ilahi dengan hikmah tertentu, antara lainnya seperti yang disebut oleh Allah ialah untuk saling berkenalan (Q, 49: 13). Kepelbagaian membawa kepada perhubungan sesama mereka dan juga persaingan di dalam merebut habuan dunia. Ia bukan suatu yang negatif malah seperti kata Ibn Khaldun (1993), persaingan itu membawa manusia mencapai tahap ketamadunan yang tinggi kerana keinginan manusia itu sentiasa mencari keselesaan di dalam kehidupan. Bangsa bukanlah suatu kelebihan tetapi ia suatu ketetapan kerana manusia tidak dapat menentukan sebelum kelahiran apakah bangsanya nanti. Oleh sebab itu, kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah taala itu tidak terletak pada bangsa tetapi apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang baik dengan Allah iaitu takwa. Justeru, kepelbagaian etnik merupakan suatu rahmat dan menjadikan kehidupan manusia lebih indah dan menarik. Di dalam menangani hubungan antara Muslim dan non-Muslim, ia turut melibatkan hubungan di kalangan sesama etnik dan juga dengan etnik yang berbeza. Walau apa pun bentuknya, ia persis antara pendakwah dan sasaran dakwah. Ia tidak sekadar hubungan kemasyarakatan yang kosong dan bernoktah di situ sahaja tetapi hubungan ini perlu disulami dengan membawa mesej Islam kepada mereka sama ada secara langsung atau pun tidak. Kegagalan orang Islam menggalas peranan ini, merupakan kegagalan kepada usaha dakwah. Ia merupakan instrumen penting untuk memastikan bahawa semua manusia mendapat panduan kehidupan yang betul dan selamat kehidupannya di dunia dan di akhirat.
  6. 6. 6 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim Tuntutan dakwah Pada asasnya dakwah merupakan tugas dan tanggungjawab semua orang Islam secara fardu kifayah. Ini berdasarkan kepada ayat ke 124 di dalam Surah Ali cImran yang menyebutkan kemestian kewujudan sekelompok kecil di kalangan orang Islam yang melaksanakan kewajipan seruan kepada kebaikan dan menggalas tugas amar macruf nahi mungkar (Zaydan, 1998; al-Bayanuni, 1999; Mustafa Mashhur, 1995). Kata kerja daca yang membawa maksud seruan, desakan, panggilan dan sebagainya membawa konotasi mengadakan usaha yang terancang dan lebih tersusun bagi mencapai matlamat dakwah iaitu membawa kebenaran, menegakkan hujjah, menyelamatkan manusia daripada kesesatan, membina peribadi yang baik (al-Wakil, 1986: 58; al-Bayanuni, 1998: 251). Usaha-usaha itu seperti mengadakan program tertentu atau gerak kerja tertentu yang mempunyai objektif dan matlamat dakwah yang lebih khusus yang merupakan tanggungjawab semua orang Islam secara fardu kifayah. Sebagai contoh, mengedarkan pamplet, mengadakan dialog, menganjurkan majlis kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam mengkonsepkan dakwah di dalam kehidupan seorang Muslim, ia boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap fardu ain dan tahap fardu kifayah. Di dalam tahap pertama, setiap individu Islam berkewajipan menggunakan semua anggota badannya termasuk harta atau apa jua yang dimilikinya berdasarkan panduan yang digariskan oleh Islam. Setiap orang Islam tidak boleh mencuri, berzina, menipu dan sebagainya. Komitmen seorang Muslim di dalam perkara ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan dakwah bil hal iaitu dakwah menerusi contoh yang baik kepada orang bukan Islam. Kelemahan ketara yang ada pada hari ini bukanlah disebabkan pengabaian tanggungjawab dakwah tetapi lebih mendasar lagi apabila orang Islam sudah lagi tidak komited dengan Islam. Menurut al- Marhum Ismail al-Faruqi (1998), apabila orang Islam melaksanakan
  7. 7. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 7 Islam dengan sempurna, orang bukan Islam akan menerima kebaikan Islam secara tidak langsung. Ini kerana Islam merupakan ajaran yang dapat diterima oleh fitrah manusia, bukan menyusahkan manusia, malah memandu kehidupan manusia ke arah yang lebih sempurna. Oleh sebab itu, komitmen yang baik seorang Muslim terhadap Islam merupakan salah suatu method dakwah kepada non-Muslim. Dalam pada itu, tugasan dakwah tidaklah hanya dengan menunjukkan contoh yang baik sahaja, tetapi perlulah juga dilaksanakan dengan perkataan kerana Rasulullah S.A.W. sendiri telah menunjukkan contoh sedemikian. Baginda telah bertemu dengan pemimpin Quraish ketika berada di Mekah dan pemuka Yahudi ketika berada di Madinah. Walau bagaimanapun, ia merupakan tanggungjawab yang akan terlepas sekiranya terdapat sebahagian kecil atau sekelompok orang Islam yang melaksanakan tugasan ini. Dakwah di dalam multi agama dan multi etnik Terdapat sekurang-kurangnya tiga pendekatan penting yang perlu diaplikasikan untuk memastikan dakwah dapat mendasari hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Keadilan Keadilan merupakan salah satu prinsip perundangan Islam yang boleh mendekatkan jurang antara Muslim dan non-Muslim. Sebelum non- Muslim mendekati dan memahami Islam, mereka akan memerhatikan imej, penampilan dan keadaan orang Islam. Sungguhpun ada orang yang memeluk Islam disebabkan oleh kebaikan Islam tetapi ramai di kalangan yang enggan mendekati Islam disebabkan oleh imej dan tabiat buruk orang Islam itu sendiri. Keadilan di dalam pemerintahan merupakan tarikan penting di dalam usaha dakwah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Keadilan
  8. 8. 8 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim bukanlah bererti persamaan tetapi ia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Antara pengertian penting kepada keadilan ialah menjauhi kezaliman dan penindasan yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap sesebuah pemerintahan Islam dan langsung akan menyebabkan mereka berasa benci kepada Islam itu sendiri. Ini akan membawa mereka jauh daripada mendekati Islam malah membenci Islam. Keadilan ini meliputi soal peruntukan, polisi, kehakiman dan sebagainya. Prinsip keadilan ini merentasi sempadan bangsa kerana apa yang penting di sisi Allah ialah ketakwaan kepada Allah. Prinsip asabiah yang dipegang oleh bangsa Arab iaitu prinsip mempertahankan bangsa walaupun melakukan kesalahan telah membawa kepada kehancuran akhlak mereka sehingga digelar sebagai jahiliah. Sebagai seorang Muslim perlu mempertahankan harta, keluarga, bangsa dan tanah air kerana itu adalah fitrah manusia tetapi ia tidak boleh sehingga melakukan kezaliman terhadap orang lain. al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menyebut bahawa sekiranya Fatimah mencuri, baginda tetap akan memotong tangan anaknya sekalipun Fatimah itu anaknya (No. 3475). Menghormati hak Perkataan tolarensi (al-samahah) seringkali diungkapkan dalam menangani hubungan antara kaum. Ia merupakan perbendaharaan kata yang baru bagi menggambarkan sikap keterbukaan dalam masyarakat yang pluralistik. Di dalam Islam, sekiranya tolarensi membawa maksud menghormati hak non-Muslim ia diterima. Sebaliknya sekiranya ia membawa maksud mengiktiraf kebenaran agama lain atau boleh menggadaikan prinsip Islam maka ia ditolak. Oleh kerana maksud tolarensi itu sangat subjektif dan mudah dimanipulasi sehingga boleh mengancam kedudukan Islam itu sendiri. Semangat tolarensi yang dianjurkan oleh Islam bermaksud
  9. 9. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 9 menghormati kepercayaan agama dan kebebasan non-Muslim. Islam tidak memaksa manusia memeluk Islam secara kekerasan kerana paksaan itu hanya berjaya memaksa luaran manusia sahaja, tidak kepada hati dan perasaan manusia sedangkan kepercayaan itu terletak di dalam hati manusia. Untuk itu, Islam sangat mementingkan hujah, dalil dan alasan kerana ia merupakan antara cara untuk memenangi hati-hati manusia. Islam memperakui kepelbagaian agama yang merupakan kerencaman yang Allah berikan kepada manusia dengan tujuan untuk menguji manusia. Namun begitu, terdapat kelompok yang menggunakan alasan tolarensi ini untuk bertolak ansur sehingga mengabaikan ajaran Islam. Jelasnya, prinsip menghormati hak dan tolarensi tidak boleh menjadi penghalang kepada usaha menyampaikan dakwah. Apa yang penting, seruan Islam itu sampai cuma dalam bentuk apa ia perlu disampaikan, maka hikmah seorang pendakwahlah yang akan menentukan pendekatan yang sesuai. Dialog Teladan dakwah yang ditampilkan oleh para rasul terdahulu telah menunjukkan dialog sebagai salah satu daripada metod penting di dalam dakwah. Pendekatan dakwah bil hal sahaja tidak cukup tetapi perlu diikuti juga dengan dialog yang boleh membawa kepada pemahaman di dalam isu-isu agama dan boleh mengurangkan prasangka. Apa yang penting menerusi dialog ini ialah memahami agama dan budaya masyarakat sesuatu agama, dan mengetahui pendirian agama dalam hal-hal tertentu (Kamar Oniah, 2006). Orang Islam perlu menyebut tentang kebaikan Islam, cara Islam menyelesaikan masalah, sejarah Islam dan sebagainya kerana ia dapat mengaitkan manusia dengan ketuhanan. Dengan demikian itu, non- Muslim akan faham tentang Islam. Sekurang-kurangnya mereka diingatkan dengan persoalan ketuhanan yang menjadi salah satu teras kepercayaan manusia. Apatah lagi dalam suasana masyarakat pada
  10. 10. 10 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim hari ini yang didominasi oleh pemikiran sekular dan dikelabui dengan modernity, dialog dan perbincangan mengenai agama akan mengingatkan mereka tentang pencipta alam ini. Orang Islam perlu bertegas tentang Islam dan mereka perlu menyebut tanpa rasa merendah diri tentang ajaran Islam semasa berinteraksi dengan non- Muslim. Lambat laun mereka akan memahami Islam dan menerima Islam sebagai agama. Bagaimanakah mereka dapat menerima Islam, sedangkan orang Islam sendiri tidak menjaja dan berbicara dengan mereka perihal Islam. Bagi non-Muslim yang mempunyai latar belakang agama, dialog merupakan medium yang baik untuk mereka lebih memahami tentang Islam dan kita pula dapat tahu pendirian mereka tentang Islam. Dialog bukanlah mesti dengan membongkar rahsia keburukan dan kelemahan agama lain tetapi boleh juga dengan menyebut tentang kelebihan dan kebaikan Islam itu sendiri. Orang Islam tidak harus berasa gementar untuk berdialog kerana Islam bukanlah agama yang berasaskan kepada imaginasi dan khayalan tetapi ia boleh diterima oleh akal yang rasional. Penutup Dakwah merupakan kewajipan dan tanggungjawab semua orang Islam. Semua pihak sama ada individu, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan perlu bergandingan bagi memastikan dakwah Islam dapat disampaikan kepada orang bukan Islam. Untuk itu, dakwah perlu dijadikan sebagai dasar dalam menjalinkan hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Tiga pendekatan yang disebutkan di dalam tulisan ini iaitu menerusi keadilan, menghormati hak non-Muslim dan berdialog perlu diaplikasikan bagi memastikan kelangsungan dakwah dapat mendasari dalam hubungan ini. Sekiranya kezaliman masih berlaku, sikap perkauman yang sempit terus diamalkan, pencabulan terhadap hak terus berleluasa, dan pintu dialog disukarkan maka misi
  11. 11. Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim / 11 dakwah akan sukar dijalankan. Apakah mungkin selama ini kekurangan bilangan non-Muslim memeluk Islam disebabkan kurangnya penekanan tiga aspek yang dikemukakan itu dalam berinteraksi dengan mereka? Atau orang Islam telah kehilangan rasa hebat tentang Islam di dalam hati mereka. Mereka berasa rendah diri dan enggan membawa dimensi agama ketika berinteraksi dengan non- Muslim walhal Islam merupakan agama yang mengajak kepada kebenaran, keadilan dan kesejahteraan. Ini adalah salah satu manifestasi sekularisme di dalam pemikiran Muslim yang terhasil daripada kehidupan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Tegasnya, orang Islam perlu menyematkan niat dan menanam tekad di dalam kepala mereka untuk membawa misi dakwah di dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum. Tugas yang mencabar ini memerlukan kepada persediaan yang tuntas dari sudut kefahaman dan tindakan secara kolektif daripada semua pihak agar misi ini dapat tercapai dengan baik dan sempurna. Rujukan Al-Quran. Al-Attas, Syed Nuqaib. 1995. Prolegomena to the Metaphysic of Islam: An expoisition of the Fundamental elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC. al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. 1999. al-Madkhal ila cilm al- dacwah. Bayrut: Muasssat al-Risalah. Al-Faruqi, Ismail. 1998. Islam and Other Faiths. Leicester: The Islamic Foundation. Kamar Oniah Kamaruzzaman. 2006. Responding to humanitarian crisis through interfaith dialouge. Kertas kerja yang dibentangkan pada 13-14 Jun di Kuala Lumpur anjuran UUM.
  12. 12. 12 / Dakwah Asas Hubungan Muslim dan Non Muslim Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. 2009. http://www.e- fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp Kua Kia Soong. 2008. 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia. Penang: Suaram. Mustafa Mashhur. 1995. Min Fiqh al-Dacwah. al-Qahirah: Dar al- Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyyah. Al-Qaradawi, Yusuf. 1997. Al-Islam wa al-cilmaniyyah: Wajhan li wajhin. Al-Qahirah: Maktabah Wahbah. Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei: Sebelum dan selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Al-Wakil, Muhammad al-Sayyid. 1986. Usus al-Dacwah wa Adab al- Ducah. Al-Mansurah: Dar al-Wafa’. Zaydan, cAbd al-Karim. 1996. Usul al-dacwah. Bayrut: Muassat al- Risalah.

×