SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
KEPIMPINAN
Pendahuluan
Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah
banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan".
Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan
merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan,
sosial, politik dan sebagainya.1
Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang
menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan
sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi
alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip
tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh
penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi
pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.
Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri,
tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah
dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia.
Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran
bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan
sebagainya.
Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam
mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang
mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu
mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari
Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan
amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain
daripada itu.2
Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama
Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat
istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir
ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.3
Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali
pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran
yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah
mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti
yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan
itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi
kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik
yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan
rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.
Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya.
Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada
sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun
lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk
perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat
Islam.6
Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem
feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman
kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan
Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada
seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam
seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat
serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.7
Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik
dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah
juga dalam hal kesusasteraan.8
Kepimpinan Yang Menyeluruh
Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan
diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara
kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi
kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum
secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu.
Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya
lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar
sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam
konsepnya yang luas dan menyeluruh.
Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya
menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan
negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10
Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah
dan Sarawak.11
Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama.
Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M.
Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan
pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan
tamadun.
Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin
di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya
yang sempit.
Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada
tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum
pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk
Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan
Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu
berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit
sahaja. Malah ia begitu terpinggir dan tidak termasuk dalam "arus perdana".
Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan
Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang
satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan
bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi
sepertimana sepatutnya.
Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan
lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran
Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri
telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan
alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan
ajaran Islam dan perlu dijauhi.
Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah
merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan
difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah
kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana
masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.
Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam
ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi
asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran
tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.12
Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini
sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap
negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan
Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang
dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.13
Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara
nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal
emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.14
Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang
murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan.
Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun,
aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran
tradisional.15
Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus
memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih
menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang
disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh
Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam
konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan
tasawuf.
Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah
mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah,
seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan
tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang
agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan
yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik.
Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila
pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak
ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat
di Tanah Melayu pada waktu itu.17
Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-
pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan
sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh
kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru
dan persatuan pelajar.18
Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan
atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu
konservatif dan radikal.
Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah
pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya
sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi
kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah
penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang
kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam
pilihanraya umum 1955.
Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda
(KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah
Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama
dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu
Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya
(PRM) (1955).
Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-
tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka
ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan
(1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22
Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23
(1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la
juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang
mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.25
Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam
yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada
1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-
tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.26
Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang
kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-
benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin
parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato'
Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang
berjaya dalam perjuangan politiknya.
Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah
dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan
pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan
pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965),
Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).
Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami
sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh
berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa.
Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia
sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan
yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia
sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai
dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan.
Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk
mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.
Kepimpinan Islam Di Malaysia

More Related Content

What's hot

teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
2.2 peranan penyiaran dalam islam
2.2 peranan penyiaran dalam islam2.2 peranan penyiaran dalam islam
2.2 peranan penyiaran dalam islamSharifahNurAbu
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurLyNn YAniey
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titasalkepuloh
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamIfrahim jamil
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniWan Ali Abbas
 
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysia
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysiaPeranan dalam pembinaan tamadun malaysia
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysiaMomoe Meiji
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAyu Faizah
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadAthira Anuar
 
Pengenalan Kepada Tamadun
Pengenalan Kepada Tamadun Pengenalan Kepada Tamadun
Pengenalan Kepada Tamadun wansaifullah
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 
What's hot (20)

Titas 3
Titas 3Titas 3
Titas 3
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
2.2 peranan penyiaran dalam islam
2.2 peranan penyiaran dalam islam2.2 peranan penyiaran dalam islam
2.2 peranan penyiaran dalam islam
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Syimah Punyer
Syimah PunyerSyimah Punyer
Syimah Punyer
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islam
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
 
Perspetif agama
Perspetif agamaPerspetif agama
Perspetif agama
 
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysia
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysiaPeranan dalam pembinaan tamadun malaysia
Peranan dalam pembinaan tamadun malaysia
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim311108 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnload
 
Pengenalan Kepada Tamadun
Pengenalan Kepada Tamadun Pengenalan Kepada Tamadun
Pengenalan Kepada Tamadun
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
Similar to Kepimpinan islam di malaysia

Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaDinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaAmirul Shafiq Ahmad Zuperi
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamJeinorvay Vit
 
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam Melayu
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam MelayuKajian Sistem Berkerajaan di Alam Melayu
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam MelayuNurul Ashwad
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu nur saadan
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu editednur saadan
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Tan Meng
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxabelgxx
 
(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2sadn1013
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danTika Daud
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 
Similar to Kepimpinan islam di malaysia (20)

Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di MalaysiaDinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
Dinamika Malaysia-Perkembangan Islam Di Malaysia
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islam
 
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam Melayu
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam MelayuKajian Sistem Berkerajaan di Alam Melayu
Kajian Sistem Berkerajaan di Alam Melayu
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat QadianiFahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
Kepimpinan islam di malaysia

  • 1. KEPIMPINAN Pendahuluan Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.1 Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa. Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.2 Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.3 Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi
  • 2. kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.6 Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.7 Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.8 Kepimpinan Yang Menyeluruh Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu. Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh. Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.11 Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.
  • 3. Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit. Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpinggir dan tidak termasuk dalam "arus perdana". Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya. Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi. Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada. Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.12 Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.13
  • 4. Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.14 Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.15 Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik. Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu.17 Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan- pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar.18 Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal. Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun
  • 5. 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955. Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955). Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh- tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.25 Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh- tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.26 Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar- benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya. Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971). Penutup Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa. Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia
  • 6. sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini. Kepimpinan Islam Di Malaysia Pendahuluan Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.1 Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa. Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.2 Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.3
  • 7. Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.6 Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.7 Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.8 Kepimpinan Yang Menyeluruh Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu. Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh. Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.11
  • 8. Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun. Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit. Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpinggir dan tidak termasuk dalam "arus perdana". Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya. Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi. Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada. Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.12 Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap
  • 9. negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.13 Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.14 Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.15 Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik. Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu.17 Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan- pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar.18 Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal. Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya
  • 10. sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955. Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955). Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh- tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.25 Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh- tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.26 Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar- benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya. Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971). Penutup Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa.
  • 11. Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.