1. Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8
Kod Sekolah: KBA 8020
1. Nama Guru
MOHAMAD ASRI BIN SALLEH
2. Judul
ASAS KEPIMPINAN DAN
PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU
3. Bidang:
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang keperluan dan persediaan bagi seseorang yang memilih
profesion keguruan sebagai kerjaya dan target pencapaian kerjaya seiring dengan hasrat PIPM
dan PPPM. Kerjaya guru yang berakhir dengan seorang pemimpin di kalangan guru perlu
membuat persediaan dan ilmu pengetahuan yang sentiasa berevolusi mengikut situasi
gelombang pendidikan semasa. Buku ini mengandungi 8 bab yang membincangkan konsep
mengajar sebagai satu profesion, dasar dan hala tuju pendidikan negara, perundangan yang
berkaitan guru dan pendidikan, kualiti guru, peringkat perkembangan guru, pembangunan
kemahiran profesionalisme guru, kepimpinan guru dan guru sebagai agen perubahan. Peranan
Guru sebagai Pemimpin diperkasakan dengan cara menyediakan deskripsi tugas dan
tanggungjawab yang jelas dalam kepimpinan guru. Ianya perlu ditonjolkan agar kesan dan
hasilnya dapat dilihat dalam kemenjadian murid di sekolah. Pemimpin sekolah didedahkan
dengan pengurusan perubahan dalam pendidikan yang melibatkan aspek kepimpinan,
pengurusan bilik darjah yang kondusif dan landsap maklumat dalam dunia teknogi bermaklumat.
Selain itu, PGB juga didedahkan bagaimana memanfaatkan inovasi dalam pendidikan menjadi
perniagaan supaya dapat menjana pendapatan.
2. 8. Kandungan buku ini amat berkesan bagi membentuk pemimpin yang berkomunikasi berkesan,
berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi. Buku ini mengupas ciri pemimpin profesional iaitu
pemimpin yang berilmu,berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta
kemahiran kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua pemimpin perlu
mengamalkan tiga aspek yang digariskan dalam Standard Guru Malaysia (SGM) iaitu amalan
profesionalisme keguruan, pengetahuan mantap serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi. Pembaca mendapat pengetahuan berkaitan konsep standard kualiti guru, rasional
penggubalan dokumen standard kualiti guru dan standard kualiti pendidikan, ciri-ciri instrumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 dan proses perlaksanaannya dan seterusnya
ialah faktor-faktor kepuasan kerja dalam profesion keguruan. Manfaat seterusnya ialah pembaca
mendapat pengetahuan tentang peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui oleh guru
daripada status novis kepada status pakar dan memahami perubahan dalam proses belajar untuk
mengajar yang dialami oleh guru pada peringkat awal profesion keguruan. Di samping itu, dalam
kepemimpinan guru dijelaskan konsep kepemimpinan, membezakan jenis-jenis kepemimpinan
dan teori-teori kepemimpinan serta kepentingan kepemimpinan guru dalam organisasi pendidikan
dan cabaran-cabaran semasa. Pemimpin sekolah perlu memperlengkapkan diri dengan
pemikiran strategik, komunikasi yang berkesan dan kepelbagaian gaya kepimpinan dalam
menjadi agen perubahan yang memberi impak kepada kecemerlangan orgasnisasi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru sebagai pemimpin di perkasakan dengan cara menyediakan deskripsi tugas dan
tanggungjawab yang jelas dalam kepimpinan guru. Ianya perlu di tonjolkan agar kesan dan
hasilnya dapat dilihat dalam kemenjadian murid di sekolah.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
( MOHAMAD ASRI BIN SALLEH ) ( )