SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
1
KURSUS:
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
KOD KURSUS:
HHHC9101 (SET 19)
TAJUK TUGASAN:
KAJIAN SUMBER BERBAHASA ARAB DALAM BIDANG
SYARIAH DAN USULUDDIN
DI SEDIAKAN UNTUK:
USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN AN-NISA’
WAN NURHIDAYAH BTE WAN AZIZ (A146674)
AFIQAH NUR RAJWANI BTE RAMLI (A144932)
ADAWIYYAH BTE AHMAD DIN (A146673)
SITI AISHAH BT ISMAIL (A144916)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
2
BAB ISI KANDUNGAN HALAMAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Tugasan 3
BAB II KANDUNGAN TUGASAN
2.1 Laporan Akhir 4
2.1.1 Kitab al-Ashbah wa al-Nazair 6
2.1.2 Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah 8
2.1.3 Kitab Tahafut al-Falasifah 12
2.1.4 Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh 15
BAB III KOLEKSI GAMBAR
3.1 Gambar Kitab 20
3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan 24
BAB IV PENUTUP
4.1 Kesimpulan Tugasan 25
3
1.1 LATAR BELAKANG TUGASAN
Kod Kursus : HHHC9101 (Set 19)
Nama Kursus : Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
Nama Pensyarah : Ustaz Ezad Azraai Jamsari
Fakulti : Fakulti Pengajian Islam
Jabatan : Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Nama Kumpulan : an-Nisa’
Nama Ahli :
1) Wan Nurhidayah Bte Wan Aziz - Ketua (A146674)
2) Afiqah Nur Rajwani Ramli (A144932)
3) Adawiyyah Bte Ahmad Din (A146673)
4) Siti Aishah Bt Ismail (A144916)
Tajuk Tugasan : “ Kajian Sumber Bahasa Arab dalam Bidang Syariah dan Usuluddin “
Objektif Tugasan:
 Menggalakkan sifat bersosial di kalangan mahasiswi fakulti pengajian Islam
dari jabatan yang berlainan.
 Membina semangat berinteraksi dan bekerjasama di kalangan ahli kumpulan dalam
menyelesaikan tugasan.
 Memupuk sifat kebertanggungjawaban dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi.
 Mencapai kesepakatan dalam bekerja dan berkomunikasi sehingga dapat menyediakan
tugasan dengan baik.
4
2.1 LAPORAN AKHIR
Pada hari Rabu, 10 Disember 2014 jam 5.00 petang kami telah menghadiri pertemuan pertama
kursus HHHC 9101 iaitu kursus Sosial dan Kebertanggungjawaban yang diseliakan oleh Ustaz
Ezad Azraai Jamsari. Pertemuan ini bertempat dihadapan bilik beliau yang bernombor 4.305 di
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Paras tiga, Fakulti Pengajian Islam. Dalam
pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah memberi penerangan yang ringkas mengenai takrif,
objektif dan penilaian kursus ini. Kemudian Ustaz memberi arahan untuk membentuk satu
kumpulan mengikut jabatan yang sama maka, kami telah mengambil keputusan untuk
membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat orang ahli yang terdiri dari pelajar jabatan
Shariah dan Usuluddin. Walaupun diantara kami terdiri dari berlainan jabatan tetapi, ianya tidak
menghambatkan semangat kami untuk mengenali dan berkomunikasi antara satu sama lain serta
bekerjasama. Di akhir pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah mengarahkan supaya setiap
kumpulan yang telah dibentuk harus menemui beliau untuk mendapatkan tugasan kursus pada
minggu yang akan datang.
Setelah kami membentuk sebuah kumpulan, kami telah bertanyakan antara satu sama lain
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai waktu lapang masing-masing supaya kami
dapat berjumpa dengan Ustaz Ezad untuk mendapatkan tugasan. Kami telah memilih hari Rabu
tanggal 16 Disember 2014 jam 2.00 petang untuk bertemu dengan Ustaz Ezad. Seterusnya, salah
seorang dari ahli kumpulan kami telah bertanyakan kepada Ustaz Ezad mengenai kelapangan
beliau pada tarikh dan waktu yang telah kami cadangkan melalui emel dan beliau telah
mempersetujuinya.
Pada hari Rabu tanggal 16 Disember jam 2.00 petang kami telah berkumpul di Fakulti
Pengajian Islam di jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, aras 3. Kemudian kami telah
menuju ke bilik Ustaz Ezad yang bernombor 4.305 dan menemui beliau.Dalam pertemuan ini,
kami telah ditanya mengenai nama kumpulan dan tanpa berfikir panjang, salah seorang dari ahli
kami telah mencadangkan supaya kumpulan kami diberi nama an-Nisa’ yang bermakna ‘wanita’
di dalam bahasa Arab dan kami telah mempersetujui dengan nama tersebut.
5
Dalam pertemuan bersama ustaz Ezad, kami telah diberi sebuah tugasan yang bertajuk
”Kajian sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah dan Usuluddin”. Kami telah berbincang
dan bertanyakan lebih lanjut mengenai tugasan untuk mendapat gambaran yang jelas. Sesi
pertemuan ini berlangsung selama satu jam dan berakhir pada jam 3.00 petang. Setelah selesai
perbincangan bersama ustaz Ezad, kami telah mengadakan sebuah perbicangan ringkas di luar
bilik ustaz Ezad untuk membincangkan tindakan dan tugasan seterunsya. Hasil dari perbincangan
kami, ada diantara ahli kumpulan ingin mengadakan pencarian kitab Arab di Perpustakaan Tun
Seri Lanang (PTSL) manakala ada sebahagian dari ahli kumpulan pula ingin menggunakan
rujukan kitab Arab dari koleksi peribadi mereka sendiri . Maka kami telah menetapkan tarikh
pertemuan seterusnya untuk mencari kitab di PTSL.
Pada hari Khamis bertarikh 18 Disember 2014 jam 4.00 petang, kami telah bertemu di
PTSL dan seterusnya mencari buku yang ingin diulas. Setelah 30 minit berlalu, setiap ahli telah
memperolehi kitab masing-masing. Antara kitab yang kami telah perolehi ialah;
1. al-Tahafut al-Falasifah
2. al-Wajiz fi usul al-Fiqh
3. al-Ashbah wa al-Nazair
4. al-Madkhal li dirasati Syariah al-Islamiah
Hasil dari pencarian ini, kami seterunsya berbincang mengenai pembahagian tugasan dan
penjelasan lebih lanjut mengenai tugasan. Tugasan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;
bahagian rakaman, suntingan video, pembentangan perancangan dalam bentuk slides dan
laporan akhir. Kesemua tugasan ini dibahagikan kepada ahli berdasarkan kepada kepakaran dan
kebolehan mereka dalam bidang-bidang tersebut. Tempoh akan diberikan selama tiga minggu
untuk menyiapkan tugasan dan bahagian masing-masing sebelum dikumpulkan dan dihantar
kepada ustaz Ezad. Selama tempoh ini, ketua telah memantau dan membantu ahli yang lain
untuk menyiapkan tugasan ini. Di akhir tugasan ini juga, ketua telah mengumpulkan ulasan dari
kitab masing-masing dan menyiapkan laporan akhir.
6
2.1.1 AL-ASHBAH WA AL-NAZAIR
Kitab al-Ashbah wa al-Nazair telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, Sudut Bahasa
Arab dan Tamadun Islam aras empat. Nombor panggilan buku ini ialah ki BP 152.I256. Kitab
ini dikarang oleh Sheikh Zainuddin ibn Ibrahim al-Ma’ruf ibn Nujaim al-Hanafi, atau dikenali
sebagai Ibn Nujaim. Kitab ini mempunyai kitab Hashiyah yang diberi nama kitab “Nuzha al-
Nawazir a’la al-Ashbah wa al-Nazair” yang dikarang oleh Muhammad Amir Ibn Umar al-
Ma’ruf ibn A’bidin. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini diterbitkan oleh Dar al-Fikir pada tahun
1999M bersamaan dengan 1420H di Damsyik. Kitab ini mengandungi 445 halaman dan
mempunyai sebanyak 250 tajuk keseluruhannya. Kitab ini dikategorikan sebagai kitab usul Fiqh
yang mengetengahkan hukum-hukum dari aliran mazhab Hanafi. Tumpuan utama perbahasan
dalam kitab ini ialah mengenai kaedah fiqh. Justeru itu, dalam mengulas secara ringkas
mengenai kitab ini, telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, latar belakar pengarang, ulasan
kitab dan faedah yang boleh diperoleh dari kitab ini.(Gambar kitab ini boleh dilihat pada muka
surat 16)
a. Latar belakang pengarang
Ibn Nujaim ialah salah seorang ulama’ fiqh yang terkenal dalam ilmu fiqh. Beliau dilahirkan di
qaherah pada tahun 926H. Beliau banyak menimba ilmu dengan sheiknya yang bernama Sheikh
Qassim ibn Quthlu Bagha, Burhan Karkhi, Amin ibn Abd A’la Hanafi dan lain-lain lagi. Beliau
sentiasa berada disamping orang-orang yang mulia dalam mendidik jiwa beliau dan mendalami
ilmu tasawwuf dari sheikh beliau yang bernama Sulaiman al-Khudairi. Beliau juga seorang yang
amat mendalami dan menghayati kata-kata sufi .Seorang ulama’ yang bernama Abdul Wahab
Shi’rani berkata bahawa beliau telah bersahabat denga ibn Nujaim selama 10 tahun dan telah
menunaikan haji bersama beliau pada tahun 935H. Sepanjang beliau bermusafir bersama ibn
Nujaim, beliau telah menyifatkan ibn Nujaim sebagai seorang lelaki yang berakhlak mulia
terhadap jiran-jiran dan kanak-kanak. Ibn Nujaim kembali ke rahmatullah iaitu wafat pada tahun
970H.
7
b. Ulasan Ringkas kitab
Kitab ini membincangkan dan membahaskan mengenai kaedah-kaedah dan hukum-hukum fiqh.
Kitab ini dibahagikan kepada tujuh bahagian. Bahagian pertama ialah mengenai kaedah-kaedah
fiqh seperti ;
1. ‫بالنية‬ ‫إال‬ ‫اب‬‫و‬‫ث‬ ‫ال‬
2. ‫مبقاصدها‬ ‫األمور‬
3. ‫بالشك‬ ‫يزول‬ ‫ال‬ ‫اليقني‬
4. ‫التيسري‬ ‫جتلب‬ ‫املشقة‬
5. ‫ال‬‫ز‬‫ي‬‫ر‬‫الضر‬
6. ‫حمكمة‬ ‫العادة‬
Bahagian kedua pula secara rumusannya mengenai perbahasan berkaitan dengan fiqh
ibadah dan muamalat seperti bab al-Taharah, solat, zakat, puasa, wakalah, hibah, syuf’ah, wasiat
dan lain-lainlagi. Bahagian ketiga pula perbahasan mengenai golongan yang mempunyai
tanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan dan yang sebaliknya. Maksudnya ialah golongan ini
dihukumkan denga hukuman yang berbeza-beza dalam melaksanakan amalan disebabkan oleh
faktor umur, kekurangan dan kelemahan fizikal atau mental. Golongan ini dikategorikan sebagai
kanak-kanak, pelupa, gila, hamba, pekak dan bisu. Golongan-golongan tersebut diberi
keringanan yang tertentu dalam melaksanakan ibadah.
Bahagian-bahagian seterusnya pula perbahasan mengenai fiqh munakahat dan
jinayat.Dalam bahagian ini dipecahkan kepada beberapa sub topik yang memfokuskan dan
membincangkan berkaitan dengan tajuk utama.Bahagian akhir sekali dalam kitab ini ialah
mengenai kata-kata dan nasihat yang diberikan oleh ibn Nujaim dalam mendalami ilmu fiqh.
8
c. Faedah Kitab
Kitab karya ibn Nujaim ini telah membahaskan secara terperinci mengenai kaedah dan hukum-
hukum dalam menghuraikan permasalah dalam fiqh. Perbahasan beliau bersandarkan kepada
nas-nas yang sahih dan mengikut alira mazhab Hanafi. Kitab ini juga menerangkan kaedah-
kaedah fiqh dalam bahasa dan maksud yang mudah difahami. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini
boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam mendalami ilmu fiqh dan mencari hukum-
hukum yang benar dalam melaksnakan ibadah dengan betul.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kitab ini bukan sahaja meliputi aspek ilmu
fiqh, tetapi juga merangkumi panduan untuk kehidupan manusia dalam beribadah dan
bermuamalat.
2.1.2 KITAB AL- MADKHAL LI DIRASATI SYARIAH AL-ISLAMIAH
a. Latar Belakang Pengarang
Buku ini ditulis oleh seorang penulis terkenal iaitu Almarhum Dr. Abdul Karim
Zaidan. Buku ini adalah keluaran dari al-Risalah Publisher. Buku ini juga diterbitkan
pada tahun 2002 bersamaan 1423 Hijrah. Buku ini berkulit tebal dan mengandungi 255
halaman. Selain itu juga buku ini berwarna hitam dan dihiasi dengan tulisan arab yang
berwarna kuning. Buku ini mengandungi dua bahagian tajuk utama iaitu pembahagian
pertama dan pembahagian kedua. Setiap daripada bahagian ini mengandungi isu
perbincangan tersendiri. (Gambar kitab ini boleh dilihat di mukasurat 17)
b. Ulasan Ringkas Kitab
Pembahagian pertama dalam bab pertama ini mempunyai tiga bab. Bab pertama dalam bahagian
ini membincangkan takrif syariah dan fiqh, penerangan ciri-ciri takrif Syariah Islamiah, takrif
fiqh Islamiah dan ciri-cirinya, hubungan syariah dan penjelasan sebelumnyaserta penjelasan
sebahagian daripada kaedah keseluruhan dalam fiqh Islamiah. Bab kedua pula pula
9
membahaskan mengenai peranan fiqh. Dalam bab kedua pada bahagian pertama ini, juga
membincangkan peranan zaman Nabi saw diikuti dengan zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Manakala dalam bab ini juga menjelaskan mengenai perluasan fiqh dalam masalah yang
sering ada pada hadis baru. Selain dari itu juga, ia juga menjelaskan takrif mujtahid dan mazhab.
Bab ketiga pula membincangkan sumber fiqh. Dalam perbincangan bab ketiga ini mengandungi
dua dua pecahan perbincangan. Perkara yang pertama adalah mengenai sumber dari kitab dan
sunnah. Perkara yang kedua adalah mengenai sumber tabi’in iaitu sumber iaitu dari ijma’, qias,
istihsan, istisna’, sadd al-dhara’I, uruf, amalan sahabat, sarman qablana dan istishab.
Pembahagian kedua dalam bahagian pertama kitab ini pula membahaskan satu kajian
daripada beberapa system undang-undang dalam perundangan islam. Dalam bahagian kedua ini,
ia mengandungi tiga bab utama. Dalam bab pertama menerangkan segala aspek harta serta
pembahagiannya. Manakala bab kedua pula menerangkan tentang hartanah dan bab seterusnya
pula menerangkan mengenai sebab-sebab pemilikan harta.
Bab kedua pula mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan pembentukan
kontrak. Di dalam bahagian ini menyatakan penjelasan ijab dan qabul, akad mahal dan
sebagainya. Bahagian ketiga pula membincangkan perkara yang berkaitan dengan jenayah dan
hukuman. Seterusnya bahagian yang terakhir dalam bab kedua ini menjelaskan aspek jenayah
dan perkara yang berkaitan dengannya.
Secara keseluruhannya, disini akan dijelaskan lagi penerangan serta ulasan dari
pembahagian pertama dalam Kitab Madkhal Fiqh Islamiah. Pada awal keseluruhan daripada bab
pertama ini mendefinisikan bahawa syariah adalah segala hokum yang diperundangkan oleh
Allah swt ke atas hambanya supaya beriman dan beramal dengannya kearah kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Syariah juga mempunyai ciri-ciri khusus iaitu berasaskan wahyu Allah, dan
balasannya berbentuk duniawai dan akhrawi. Selain itu juga, ia umum dan syumul. Perbincangan
dalam bab ini juga menyentuh tentang definisi fiqh. Secara kesimpulannya, fiqh adalah
kefahaman atau menegetahui hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang
hukumnya dari dalil-dalil terperinci ataupun mempelajari hukum-hukum yang terdapat dalam
10
kitab fiqh yang dalilnya di ambil dari empat sumber yang utama iaitu dalil-dalil syarak yang
disepakati.
Bab kedua dalam bahagian pertama ini, menjelaskan perundangan zaman Nabi saw di
Mekah dan Madinah. Secara ringkasnya, perundangan di Mekah hanya tertumpu kepada aspek
akhlak dan akidah kerana pada waktu ini hanya memerlukan pembetulan kepada aspek tersebut.
Manakala di Madinah ia lebih kepada keperluan kepada perundangan dan hukum amali untuk
urusan masyarakat Islam. Selain dari itu, dinyatakan juga perundangan zaman Khulafa ar-
rasyidin, masih tidak berubah daripada zaman Nabi saw dan tidak ada lagi undang-undang yang
dibuat secara teori. Sehubungan dengan perkara itu juga, pada zaman ini, sahabat menggunakan
ijtihad selain merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana sebab-sebab tertentu seperti perbezaan
pemikiran dan pemahaman atau pandangan dikalangan mereka.
Bab ketiga pula secara ringkasnya menerangkan tentang rujukan selepas zaman sahabat.
Pada zaman mereka ini, mereka merujuk pada al-Quran, Sunnah dan ijtihad dengan melihat
kepada i’lah hukum dan mengambil kira maslahah dan menolak keburukan. Seterusnya pada bab
ke tujuh pula menceritakan pengasas mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Selain itu ia
juga memberi penerangan mengenai penggunaan metodologi yang digunakan bagi mengistinbat
hukum secara terperinci. Perkara yang ditekankan juga dalam bab ini adalah pembukuan dan
cara penyebaran setiap empat mazhab tersebut. Selain dari itu, diperkenalkan juga anak-anak
murid dalam mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Seterusnya perbincangan dalam bab seterusnya pula adalah berkenaan dengan dalil-dalil
syarak. Ulama bersepakat bahawa ada empat dalil syarak iaitu al-Quran, Sunnah, al-Ijma’ dan al-
Qiyas. Setiap daripada dalil-dalil yang disepakati ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Contohnya ciri-ciri al-quran adalah lafaz dari Allah, dipindahkan secara mutawatir dan ianya
sampai kepada kita tanpa ada kekurangan. Manakala ciri-ciri al-Sunnah adalah datang dari
Rasulullah s.a.w dan ianya tidak bermukjizat, berlaku dalam bentuk perbuatan, perkataan dan
taqrir Rasulullah. Selain dari itu juga,ijma’ dan qiyas adalah sebalinya. Namun pada ijma’ dan
qiyas ini mempunyai syarat-syarat tertentu.
11
Selain itu dibincangkan juga dalil-dalil yang tidak disepakati dalam buku ini. Antara
dalil yang disepakati dinyatakan dalam buku ini ialah istihsan. Sebahagian ulama menolak
seperti Imam Al-Syafi’e menolaknya bagi yang merujuk kepada hawa nafsu dan membuat
hukum tanpa dalil. Dalil yang disepakati yang kedua iaitu al-marsalih dan mursalah dan ia
mempunyai terbahagi kepada tiga jenis. Manakala selain dari itu adalah sadd al-dhara’I yang
mana sad bermaksud menutup dan dhara’i pula adalah sesuatu yang membawa kepada
sesuatu yang baik dan buruk. Namun, ahli usul mengkhususkannya ia lebih kearah
keburukan.
Antara dalil yang tidak disepakati yang lain ialah uruf. Kesemua ulamak menolak
kehujahan uruf fasid kerana bertentangan dengan syarak dan menerima uruf sahih sebagai dalil
penetapaanan hukum. Seterusnya adalah amalan sahabat. Selain daripada itu ialah sarman
qablana dan istishab. Istishab ialah menghukum sesuatu berdasarkan hukum yang sudah sedia
ada padanya sama ada hokum tersebut dalam bentuk sabit atau nafi kerana tiada dalil yang
menunjukan sebalinya. Contohnya adalah pengaharaman dadah.
c. Faedah Kitab
Secara keseluruhan daripada buku tersebut, beberapa faedah yang telah didapati. Antara
faedah yang diperolehi iaitu, dapat mengingatkan atau mengimbas kembali apa yang telah
dipelajari sebelum ini. Selain itu juga, dapat mengetahui kandungan-kandungan yang
terdapat dalam buku tersebut yang terlepas pandang. Contohnya pada bahagian kedua
dimana, dalam kelas sebelum ini, tajuk pada bahagian itu tidak ditekankan. Namun, setelah
diteliti segala aspek asas dalam buku ini, saya mendapati beberapa tajuk yang terlepas
pandang semasa sesi pembelajaran saya yang lepas. Dengan adanya tugasan ini, ia memberi
saya manfaat kepada saya secara tidak langsung. Perkara yang paling penting yang dapat
dipelajari daripada tugasan ini adalah mengetahui penulis buku tersebut kerana sebelum ini
saya sering gagal untuk mengingati nama penulis buku penulis kitab-kitab arab.
Secara kesimpulannya, tugasan yang diberikan memberi begitu banyak manfaat. Selain
dari itu, dengan adanya tugasan ini, ia membantu saya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam
menyelesaikan segala tugasan serta memberi sepenuh komitmen samaada dalam menyelesaikan
12
tugasan kumpulan mahupun individu. Apa yang paling penting daripada tugasan ini, ialah ilmu
yang telah dipelajari. Selain dapat dimanfaatkan kepada diri saya, secara tidak langsung ia dapat
dikongsikan kepada rakan-rakan yang membaca dan menyertai tugasan kumpulan ini.
2.1.3 Al-TAHAFUT AL-FALASIFAH
Kitab al-Tahafut al-Falasifah merupakan sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia
pemikiran falafah Islam. Pengarangnya juga merupakan sebuah tokoh yang dikenali dengan
gelaran Hujjatul Islam iaitu al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-
Ghazali. Karya ini dihasilkan ketika al-Ghazali menjawat jawatan sebagai guru besar di
Madrasah al-Nizhamiyyah.
Karya ini merupakan komentar beliau mengenai pemikiran ahli falsafah dan tumpuan
utama dalam karya ini adalah sanggahan beliau dalam pemikiran falsafah Yunani yang dibawa
oleh Ibn Sina dan ibn Arabi. Secara dasarnya, al-Ghazali menjelaskan prinsip dan pendirian
beliau dalam menangkis pemikiran-pemikiran yang dirasakan dapat menggugat akidah Islam.
Buku ini mengandungi 136 muka surat dan terdiri dengan 61 tajuk. Secara ringkasnya,
buku ini membahaskan mengenai 20 persoalan falsafah yang cuba diruntuhkan oleh al-Ghazali
dan 3 pemikiran utama yang menjadi perbahasan hangat dalam perbincangan falsafah iaitu
apabila al-Ghazali mentakfirkannya. 3 pemikiran yang menjadi sanggahan utama dalam
pemikiran al-Ghazali ialah:
1. Mereka yang meyakini bahawa ala mini Qadim (Eternal in the past)
2. Tuhan tidak mengetahui perkara Juziyyat
3. Mengingkari adanya kebangkitan jasad di hari akhirat.
Secara kesimpulan, kitab al-Tahafut al-Falasifah ini merupakan usaha al-Ghazali dalam
menjelaskan mengenai sebahagian pemikiran falsafah yang mampu merosakkan ideologi umat
Islam. Bagaimanpun sebagai penuntut ilmu adalah tidak adil sekiranya kita terus meletakan
penilaian sebelum meneliti setiap karya dan mendalami perbahasan yang disampaikan oleh
tokoh-tokoh ilmuan. Kerana pernilaian perlu dilakukan setelah kita mencermati setiap sudut
13
perbahasan dan hujah dari semua pihak, maka itu lebih menunjukkan sikap adil dalam ilmu dan
sebagai usaha menghapus jurang dalam pemikiran sesama umat Islam sendiri. (Gambar kitab ini
boleh dilihat di mukasurat 18)
a. Latar belakang Pengarang
Beliau adalah al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
al-Tusi. Gelaran al-Ghazali ini adalah diambil dari kata ‘Ghazzal’ yang bererti tukang pintal
benang. Ini kerana ayahnya merupakan seorang tukang pintal benang yang dilahirkan di kota Tus
atau dikenali kini sebagai Meshed, Iran. Al-Ghazali sejak kecil merupakan seorang kanak-kanak
yang terkenal dengan kecerdasan dan bekemahuan tinggi. Pendidikan awal beliau adalah di kota
Tus,dan kemudian beliau melanjutkan pengajian seterusnya ke kota-kota lain di Asia tengah.
Apabila telah terkenal dengan kebijakkan dan kepandaian beliau, dia kemudiannya diangkat
menjadi Guru besar di Madrasah al-Nizhamiyyah yang didirikan oleh Wzir Nizam al-Mulk di
Baghdad. Pada masa inilah al-Ghazali banyak melakukan kajian dan penilitian beliau terhadap
fahaman-fahaman seperti aliran Bathiniyah dan hingga kepada pemikiran falsafah.
b. Isi kandungan kitab
Kitab ini mempunyai 61 tajuk yang dibahaskan, dan antara keutamaan perbahasan yang disentuh
adalah:
1. Sanggahan mengenai pendapat bahawa alam ini Qadim.
Al-Ghazali menyanggah pendapat ini kerana menurut beliau tiada yang kekal abadi melainkan
Allah s.w.t. Beliau mendifinisikan Qadim ala mini seperti Qadim Tuhan. Kerana itu beliau
menolak pendapatan yang mengatakan ala mini Qadim. Di sinilah beliau meyanggah teori
emanasi Ibn Sina kerana menurut al-Ghazali alam adalah sesuatu yang baru (Huduth) dan setiap
yang Huduth itu berasal dari Qadim iaitu Allah s.w.t
2. Sanggahan mengenai pendapat ahli Falsafah bahawa Tuhan tidak memiliki sifat
14
Dalam pemikiran falsafah, Tuhan perlu dibersihkan dari segala perkara yang bersifat berhitungan
(mutaa’ddidah), termasuk segala sifat yang dibahaskan oleh al-Asy’ari. Al-Ghazali menolak
pemikiran ini dengan menyatakan bahawa sifat adalah sesuatu yang ada pada dzat tetapi tidak
bermakna menjadi sesuatu yang lahir dari dzat.
3. Sanggahan al-Ghazali mengenai kebangkitan Tubuh di akhirat
Menurut al-Ghazali, agama telah mengajarkan kita untuk mempercayai hari kebangkitan maka
wajib bagi umat Islam untuk mempercayainya. Dalam pemikiran al-Ghazali kebangkitan adalah
mengembalikan jiwa ke dalam tubuh maka dengan itu jasad turut sama akan dibangkitkan pada
hari akhirat bersama-sama dengan jiwa dan akan dipersoalkan mengenai setiap amalan di dunia.
c. Faedah Kitab
Bidang falsafah merupakan sebuah bidang ilmu yang memerlukan pengamatan dalam
dan pencermatan yang teliti yang menuntut kepada pemikiran kritikal dan analisa yang
mendalam agar dapat menghasilkan pemikiran yang berkualiti. Maka dengan ini juga, apabila
membaca karya-karya yang sarat dengan perbahasan falsafah menunut kepada persediaan dan
keterbukaan minda untuk memahami setiap perbahasan yang ditampilkan . Melalui buku tahafut
al-Falasifah ini, jika kita lihat dari satu sudut, kita akan mendapati bahawa ia merupakan sebuah
karya yang seakan mengkiritik pemikiran falsafah, namun jika diamati dan dicermati bahawa
pandangan yang diktengahkan oleh al-Ghazali adalah merujuk kepada sebahagian pemikiran
falsafah dan beliau tidak memberi kesimpulan kepasa semua bentuk pemikiran falsafah. Di
dalam memahami karya ini juga perlu untuk kita mengkaji dan memahami setiap fasa yang
dilalui oleh al-Ghazali kerana ia berkaitan dengan pemikiran yang dihasilkannya.
Kesimpulannya, al-Ghazali adalah seorang tokoh ilmuan hebat yang memperhalusi
setiap dan aliran dan pemikiran yang didalaminya sebelum memutuskan apa-apa komentar
mahupun kritikan. Sikap yang ditunjukkan oleh al-Ghazali ini seharusnya menjadi contoh kepada
semua penuntut ilmu untuk terlebih dahulu menghuraikan dalam mendalami dengan kritikal dan
analisis setiap sudut pemahaman sebelun memberikan penilaian atau apa-apa kritikan. Allahu
a’lam.
15
2.1.4 AL-WAJIZ FI USUL FIQH AL-ISLAMI
Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh Al-Islami telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, sudut
BP145.1266-BP153.N38. Kitab ini mempunyai 1230 halaman bercetak. Kitab ini juga telah
diterbitkan oleh Dar al-Fikr, Lebanon, Beirut dalam bahasa arab dan merupakan kitab usul fiqh
al-islami jilid ke2 yang ditulis oleh Dr Wahbah Al-Zuhayli. (Gambar kitab ini boleh dilihat di
muka surat 19)
a. Latar Belakang Pengarang
Kitab ini telah dikarang oleh Dr. Syeikh Wahbah Al-Zuhayli . Beliau adalah merupakan seorang
profesor Islam yang terkenal di Syria dan merupakan seorang cendekiawan Islam khusus dalam
bidang perundangan Islam (Syariah). Beliau juga ialah penulis sejumlah buku mengenai undang-
undang Islam dan sekular, yang kebanyakannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (Damascus
University).
Dr. Wahbah al-Zuhaili dilahirkan di bandar Dair Atiah, utara Damsyik, Syria pada tahun
1932. Bapanya bekerja sebagai petani. Dr. Wahbah belajar Syariah di Universiti Damsyik selama
6 tahun, dan lulus pada tahun 1952, dengan cemerlang. Kemudian Dr. Wahbah melanjutkan
pendidikan Islam di Universiti al-Azhar yang berprestij di mana beliau sekali lagi menamatkan
pengajian dengan cemerlang pada tahun 1956. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1956,
Dr. Wahbah juga menerima Ijazah dalam pengajaran Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.
Semasa belajar di Universiti al-Azhar, Dr. Wahbah mempelajari undang-undang di Universiti
Ain Shams di Kaherah, Mesir di mana menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A) pada tahun 1957.
Pada tahun 1959, beliau menerima Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang undang-undang dari Kolej
Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima kedoktoran (Ph.D) dengan kepujian
dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam:
Sebuah kajian perbandingan meliputi 8 mazhab dan undang-undang sekular antarabangsa".
Semenjak tahun 1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University)
di mana beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975. Beliau menjadi ahli dalm Royal
Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di Amman Jordan serta banyak
16
lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di
Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan. Beliau juga
merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam. Selain itu, beliau
turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada syarikat-syarikat dan
institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa. Beliau turut dikenali sebagai
pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program televisyen dan radio.
Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri
daripada kelompok Asyairah dan Maturidiah. Beliau banyak menulis karya-karya agung. Antara
karya-karya beliau ialah:
1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin.
2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
3. Usul al-Fiqh al-Islami .
4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar.
5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki.
6. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.
7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.
8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen.
9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.
10. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam.
11. Asl Muqaranit al-Adyan.
12. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.
13. Tafsir al-Munir.
d. Ulasan Ringkas Kitab
Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh al-Islami adalah salah satu kitab yang paling terkenal ditulis oleh Dr
Wahbah Al-Zuhayli dalam prinsip perundangan Islam. Beliau membawa semua kesimpulan dan
pendapat asal semua para imam pada masa lalu yang telah diikuti dan masih diikuti. Kitab ini
juga antara rujukan yang muktabar bagi pelajar dalam bidang Syariah untuk merujuk dalam
bidang usul fiqh.
17
Kitab terdiri daripada sembilan bab. Bab yang pertama adalah mengenai al-istihsan,bab
dua pula adalah berkaitan maslahah mursalah, bab ketiga berbincang mengenai ‘urf, bab keempat
pula berbincang mengenai syar’ man qablana,bab kelima qaul al-sahabyy, bab enam mengenai
al-istishab,bab ketujuh mengenai sadd al-dharai’, bab kelapan berkaitan dalil lain dalam fiqh
yang terdapat percanggahan, bab kesembilan pula mengenai sumber-sumber fiqh bukan
syari’.Buku ini juga membahaskan tentang al-naskh,ijtihad,maqasid syariah,taklid dan al-tarjih.
Dalam bab al-Istihsan, secara ringkasnya penulis telah mentakrifkan al-Istihsan dari segi
bahasa iaitu menganggap suatu itu baik. Manakala pada istilah pula beralih hukum sesuatu
masalah kepada satu hukum yang lain pada masalah yang sama kerana terdapat kewajaran yang
lebih kuat untuk berbuat demikian.Al-istihsan terbahagi kepada enam jenis iaitu al-Istihsan bi al-
Nass, bi al-Ijma’,bil al-‘Urf, bi al-Darurah, bi al-Maslahah dan bi al-Qiyas al-Khafiyy.
Al-Istihsan bi al-Nass iaitu nas yang khusus al-Quran dan al-Sunnah daripada al-Shari’
mengenai juzuk tertentu yang menyebabkan hukumnya berbeza daripada hukum pada masalah
yang sama yang telah sabit dan menjadi kaedah umum.
Al-Istihsan bi al-‘Urf pula bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah
yang menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana terdapar ‘urf dan adat yang
mewajarkan demikian. Contohnya,al-istisna’. Manakala al-Istihsan bi al-Darurah pula
bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah
umum kepada hukum yang lain kerana terdapat keperluan yang sangat mendesak.Contohnya
menghilangkan hukum najis daripada telaga dengan membuang air pada kadar tertentu.
Mengenai bab Maslahah Mursalah pula, penulis mendefiniskan sebagai Maslahah
membawa maksud zat perbuatan yang mendatangkan manfaat dan menolak mudharat.Manakala
mursalah membawa maksud sifat yang berada dalam keadaan bebas dan tidak terikat.Maslahah
mursalah pula membawa maksud sifat yang sesuai atau munasabah untuk pensyariatan hukum
tetapi tiada nas memperakui atau menolak sifat tersebut secara jelas.Contohnya , mengumpul al-
Quran dalam satu mushaf.Tiada nas khusus menyuruh atau melarang tetapi ia rasional bagi
memelihara al-Quran. Antara syarat beramal dengan maslahah mursalah ialah selari dengan
kehendak syarak,rasional,maslahah itu mendatangkan manfaat dan menolak mudharat,untuk
memelihara sesuatu yang berbentuk daruriyy dan hajiyy serta pensyariatannya mendatangkan
maslahah untuk kepentingan umum.
18
Seterusnya mengenai bab al-‘Urf yang bermaksud sesuatu yang berterusan.Manakala pada
istilah ialah perkara yang tersemat di dalam jiwa diterima baik oleh naluru manusia yang
sejahtera dan telah menjadi kelaziman serta diakui oleh syarak.Ia terbahagi kepada 3 jenis
iaitu,am,khas dan sahih serta fasid. Al-‘Urf terbahagi kepada empat jenis iaitu, yang pertama al-
‘Urf ‘Am berkaitan perkara yang sudah menjadi kebisaan si seluruh pelusuk dunia dan sepanjang
zaman.Contohnya al-istisna’, yang kedua, al-‘Urf khas iaitu perkara yang menjadi kebiasaan
sesebuah negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu.Contohnya para peniaga
menjadikan buku hutang sebagai bukti tanpa saksi, yang ketiga iaitu al-‘Urf sahih iaitu setiap
jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am yang tidak bercanggah dengan nas
mahupun ijmak.Contohnya,mahar dibayar separuh terlebih dahulu. Akhir sekali yang keempat
iaitu al’Uurf fasid yang bermaksud setiap jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am
yang tidak bercanggah dengan nas.Contohnya,wanita keluar rumah tanpa menutu aurat.
Kandungan dalam kitab ini juga ada diterangkan mengenai kaedah fiqh Shar’man qablana
iaitu nukilan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu melalui
para nabi yang diutuskan kepada mereka.Isunya ialah memakai syariat nabi sebelum Nabi
Muhammad SAW kepada umat Baginda. Imam hanafi,Maliki, dan Ahmad menyatakan bahawa
shar’ man qablana adalah hujah dan mesti beramal dengan hukum tersebut manakala Imam
Syafie dan Ahmad menyatakan tidak hujah. Contoh furuk fiqh adalah tentang manfaat sebagai
mahar. Imam Syafie dan Ahmad mengharuskannya.Imam Malik ,tidak harus tetapi jika telah
berlaku akad,maka sah dan Imam Abu Hanifah menyatakan harus jika bukan khidmat suami
yang merdeka kepada isteri yang berstatus hamba.
Bab Qawl al-Sahabiyy meberi definisi mazhab seorang sahabat pada isu-isu
ijtihadiyyah.Contohnya hukum bayar mahar ketika suami isteri bersendirian dan dalam keadaan
tertutup. Antara contoh furuk fiqh hukum menunaikan solat jumaat kepada sesiapa yang
menunaikan solat sunat hari raya.Bagi Imam Syafie kewajipan solat jumaat gugur. Bagi imam
Ahmad gugur kecuali imam manakala bagi imam Abu Hanifah dan Malik kewajipan tidak gugur.
Bab al-Istishab, memberi maksud pada bahasa iaitu melazimi.Manakala pada istilah pula
pensabitan hukum suatu perkara pada masa kini berdasarkan kepada pensabitannya pada masa
lalu kerana ketiadaan dalil yang mengubah.Al-istishab terbahagi kepada 5 iaitu istishab pada
hukum asal sesuatu perkara, istishab asal sesuatu tiada tanggungjawab, istishab pada sifat yang
telah sabit pada satu hukum syarak hingga dibuktikan sebaiknya, istishab hukum yang diperakui
19
kewujudan dan pensabitannya oleh akal dan syarak apabila terdapat sebab berbuat demikian serta
istishab hukum yang ditentukan melalui ijmak pada tempat yang diperselisihkan.
Seterusnya, bab mengenai Sadd Dhara’i. Sadd bermaksud mengangkat atau
menghalang.Manakala al-dharai’ ialah jalan ke arah sesuatu sama ada ke arah maslahah atau
mafsadah dan sama ada ia berbentuk perkataan mahupun perbuatan. Sadd al-dharai’ dari segi
istilah pula ialah setiap perbuatan yang asalnya diizinkan (harus) tetapi datang sesuatu yang
menyebabkan perbuatan itu seringkali bertukar menjadi mafsadah.Antara pembahagian sadd al-
dharai’ ialah perbuatan yang harus tetapi pasti membawa kepada mafsadah,perbuatan yang
harus tetapi jarang sekali membawa kepada mafsadah,perbuatan yang harus tetapi biasanya akan
membawa mafsadah, dan perbuatan yang harus tetapi seringkali membawa kepada mafsadah.
Mazhab Maliki menyatakan bahawa sadd adalah hujah manakala mazhab syafie dan zahiri
menyatakan tidak hujah.
Akhir sekali bab mengenai Ijtihad . Ijtihad pada bahasa ialah kesukaran dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Pada istilah syarak pula,mengerahkan sepenuh
usaha dan tenaga untuk mendapatkan hukum syarak.Rukun ijtihad terbahagi kepada 3 iaitu al-
mujtahid,al-mujtahid fih dan ijtihad itu sendiri. Hukum ijtihad boleh jadi fardu ain,fardu
kifayah,sunat dan haram mengikut keadaan tertentu.Antara syarat mujtahid ialah menguasai
semua sumber syarak,berkeupayaan penuh meneliti dan mengolah dalil yang zanni daripada
sumber-sumber ini supaya diletakkan paada kedudukan yang sewajarnya,adil,menguasai
qiyas,ilmu bahasa arab,ilmu usul fiqh,maqasid al-syariah,mengetahui ayat-ayat hukum,hadis-
hadis hukum dan mengetahui secara mendalam masalah-masalah yang telah disepakati.
20
3.1 GAMBAR KITAB
Kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan ibn Nujaim. Diterbitkan oleh Dar al-Fikr pada tahun
1999M di Damsyik.
21
Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah dikarang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan.
Diterbitkan oleh Resalah Publisher pada tahun 2011 di Beirut, Lebanon.
22
Kitab al-Tahafut al-Falasifah karangan Imam al-Ghazali. Tarikh cetakan dan penerbit tidak
disertakan dalam buku ini.
23
Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh di karang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Diterbitkan oleh Resalah
Publisher pada tahun 2012 di Beirut, Lebanon.
24
3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan
Pertemuan pertama telah diadakan bersama
Ustaz Ezad untuk pembahagian tajuk tugasan
Selepas pertemuan bersama Ustaz Ezad, kami
telah berbincang mengenai tugasan selanjutnya
Kami telah bersepakat untuk mengadakan pencarian
buku rujukan untuk tugasan di PTSL
Ketua telah memberikan penerangan ringkas
mengenai perlaksaan dan pembahagian tugasan
Ahli kumpulan yang lain telah memyumbang beberapa
idea untuk perlaksaan tugasan.
Ahli kumpulan telah bersetuju dengan
pembahagian tugasan dan bersedia untuk
menjalankan tanggungjawab
25
4.1 KESIMPULAN TUGASAN
Kumpulan kami telah menyiapkan tugasan bagi HP ini seperti yang diminta oleh ustaz Ezad.
Dalam tugasan ini, kami telah memperolehi banyak natijah dan pengajaran.Walaupun tugasan ini
dilihat mudah tetapi, iai memerlukan semangat bekerjasama dan kesepasukan dalam
menyelesaikan tugasan.Tugasan mengenai Kajian Sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah
dan usuluddin ini merupakan sebuah usaha dalam mengulas kandungan buku untuk difahami
secara ringkas.
Tugasan ini dilihat sebagai sebuah peluang yang baik dalam memahami kitab-kitab induk
dalam pengajian di samping memperkasakan bahasa Arab. Bagaimanapun kumpulan kami
melihat peluang ini lebih dari sekadar dalam skop pengkajian ilmu sahaja namum menghayati
nilai-nilai yang berkaitan dengan sikap sosial dan kebertanggungjawaban.

More Related Content

What's hot

Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)Muhsin Hariyanto
 
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah
Fatwa 17 2007_shalat_iftitahFatwa 17 2007_shalat_iftitah
Fatwa 17 2007_shalat_iftitahMuhsin Hariyanto
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiAZURAROSLAN
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIAcu Atiq
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysia
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysiaBab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysia
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysiawmkfirdaus
 
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysiaBab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysiawmkfirdaus
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarareyinma
 

What's hot (10)

Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah (fatwa ppm majelis tarjih dan tajdid)
 
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah
Fatwa 17 2007_shalat_iftitahFatwa 17 2007_shalat_iftitah
Fatwa 17 2007_shalat_iftitah
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam Hanafi
 
Mazhab
MazhabMazhab
Mazhab
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
 
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysia
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysiaBab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysia
Bab 3 mufti pelantikan dan kelayakan di malalysia
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
 
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysiaBab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia
Bab 6 majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjar
 

Similar to HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

Kajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatKajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatShamsul Amir
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Adibah Huda
 
Rujukan aqidah 1
Rujukan aqidah 1Rujukan aqidah 1
Rujukan aqidah 1angah_1501
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmuzani anh
 
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ah
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ahAnalisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ah
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ahKOSPATI UKM
 
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')Wanur
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamSuhaiza Shuib
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarareyinma
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAAcu Atiq
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islammhd amin omar
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarareyinma
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarareyinma
 
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...Joehenry38
 

Similar to HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA') (20)

Kajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatKajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraat
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
TAFSIR (SURAH JUMUAH)
TAFSIR (SURAH JUMUAH)TAFSIR (SURAH JUMUAH)
TAFSIR (SURAH JUMUAH)
 
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptxPengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
 
Rujukan aqidah 1
Rujukan aqidah 1Rujukan aqidah 1
Rujukan aqidah 1
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ah
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ahAnalisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ah
Analisis Kata Nama Marfu' dalam Surah al-Waqi'ah
 
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')
HHHC9101 ( KUMPULAN AN NISA')
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjar
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
 
Anti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia InterneAnti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia Interne
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islam
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjar
 
Dr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjarDr zaghloul al najjar
Dr zaghloul al najjar
 
Tugasan individu ulum2
Tugasan individu ulum2Tugasan individu ulum2
Tugasan individu ulum2
 
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...
PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE 11 HINGGA ...
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

  • 1. 1 KURSUS: KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN KOD KURSUS: HHHC9101 (SET 19) TAJUK TUGASAN: KAJIAN SUMBER BERBAHASA ARAB DALAM BIDANG SYARIAH DAN USULUDDIN DI SEDIAKAN UNTUK: USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN AN-NISA’ WAN NURHIDAYAH BTE WAN AZIZ (A146674) AFIQAH NUR RAJWANI BTE RAMLI (A144932) ADAWIYYAH BTE AHMAD DIN (A146673) SITI AISHAH BT ISMAIL (A144916) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 2014/2015
  • 2. 2 BAB ISI KANDUNGAN HALAMAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Tugasan 3 BAB II KANDUNGAN TUGASAN 2.1 Laporan Akhir 4 2.1.1 Kitab al-Ashbah wa al-Nazair 6 2.1.2 Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah 8 2.1.3 Kitab Tahafut al-Falasifah 12 2.1.4 Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh 15 BAB III KOLEKSI GAMBAR 3.1 Gambar Kitab 20 3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan 24 BAB IV PENUTUP 4.1 Kesimpulan Tugasan 25
  • 3. 3 1.1 LATAR BELAKANG TUGASAN Kod Kursus : HHHC9101 (Set 19) Nama Kursus : Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban Nama Pensyarah : Ustaz Ezad Azraai Jamsari Fakulti : Fakulti Pengajian Islam Jabatan : Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Nama Kumpulan : an-Nisa’ Nama Ahli : 1) Wan Nurhidayah Bte Wan Aziz - Ketua (A146674) 2) Afiqah Nur Rajwani Ramli (A144932) 3) Adawiyyah Bte Ahmad Din (A146673) 4) Siti Aishah Bt Ismail (A144916) Tajuk Tugasan : “ Kajian Sumber Bahasa Arab dalam Bidang Syariah dan Usuluddin “ Objektif Tugasan:  Menggalakkan sifat bersosial di kalangan mahasiswi fakulti pengajian Islam dari jabatan yang berlainan.  Membina semangat berinteraksi dan bekerjasama di kalangan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan.  Memupuk sifat kebertanggungjawaban dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi.  Mencapai kesepakatan dalam bekerja dan berkomunikasi sehingga dapat menyediakan tugasan dengan baik.
  • 4. 4 2.1 LAPORAN AKHIR Pada hari Rabu, 10 Disember 2014 jam 5.00 petang kami telah menghadiri pertemuan pertama kursus HHHC 9101 iaitu kursus Sosial dan Kebertanggungjawaban yang diseliakan oleh Ustaz Ezad Azraai Jamsari. Pertemuan ini bertempat dihadapan bilik beliau yang bernombor 4.305 di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Paras tiga, Fakulti Pengajian Islam. Dalam pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah memberi penerangan yang ringkas mengenai takrif, objektif dan penilaian kursus ini. Kemudian Ustaz memberi arahan untuk membentuk satu kumpulan mengikut jabatan yang sama maka, kami telah mengambil keputusan untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat orang ahli yang terdiri dari pelajar jabatan Shariah dan Usuluddin. Walaupun diantara kami terdiri dari berlainan jabatan tetapi, ianya tidak menghambatkan semangat kami untuk mengenali dan berkomunikasi antara satu sama lain serta bekerjasama. Di akhir pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah mengarahkan supaya setiap kumpulan yang telah dibentuk harus menemui beliau untuk mendapatkan tugasan kursus pada minggu yang akan datang. Setelah kami membentuk sebuah kumpulan, kami telah bertanyakan antara satu sama lain melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai waktu lapang masing-masing supaya kami dapat berjumpa dengan Ustaz Ezad untuk mendapatkan tugasan. Kami telah memilih hari Rabu tanggal 16 Disember 2014 jam 2.00 petang untuk bertemu dengan Ustaz Ezad. Seterusnya, salah seorang dari ahli kumpulan kami telah bertanyakan kepada Ustaz Ezad mengenai kelapangan beliau pada tarikh dan waktu yang telah kami cadangkan melalui emel dan beliau telah mempersetujuinya. Pada hari Rabu tanggal 16 Disember jam 2.00 petang kami telah berkumpul di Fakulti Pengajian Islam di jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, aras 3. Kemudian kami telah menuju ke bilik Ustaz Ezad yang bernombor 4.305 dan menemui beliau.Dalam pertemuan ini, kami telah ditanya mengenai nama kumpulan dan tanpa berfikir panjang, salah seorang dari ahli kami telah mencadangkan supaya kumpulan kami diberi nama an-Nisa’ yang bermakna ‘wanita’ di dalam bahasa Arab dan kami telah mempersetujui dengan nama tersebut.
  • 5. 5 Dalam pertemuan bersama ustaz Ezad, kami telah diberi sebuah tugasan yang bertajuk ”Kajian sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah dan Usuluddin”. Kami telah berbincang dan bertanyakan lebih lanjut mengenai tugasan untuk mendapat gambaran yang jelas. Sesi pertemuan ini berlangsung selama satu jam dan berakhir pada jam 3.00 petang. Setelah selesai perbincangan bersama ustaz Ezad, kami telah mengadakan sebuah perbicangan ringkas di luar bilik ustaz Ezad untuk membincangkan tindakan dan tugasan seterunsya. Hasil dari perbincangan kami, ada diantara ahli kumpulan ingin mengadakan pencarian kitab Arab di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) manakala ada sebahagian dari ahli kumpulan pula ingin menggunakan rujukan kitab Arab dari koleksi peribadi mereka sendiri . Maka kami telah menetapkan tarikh pertemuan seterusnya untuk mencari kitab di PTSL. Pada hari Khamis bertarikh 18 Disember 2014 jam 4.00 petang, kami telah bertemu di PTSL dan seterusnya mencari buku yang ingin diulas. Setelah 30 minit berlalu, setiap ahli telah memperolehi kitab masing-masing. Antara kitab yang kami telah perolehi ialah; 1. al-Tahafut al-Falasifah 2. al-Wajiz fi usul al-Fiqh 3. al-Ashbah wa al-Nazair 4. al-Madkhal li dirasati Syariah al-Islamiah Hasil dari pencarian ini, kami seterunsya berbincang mengenai pembahagian tugasan dan penjelasan lebih lanjut mengenai tugasan. Tugasan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; bahagian rakaman, suntingan video, pembentangan perancangan dalam bentuk slides dan laporan akhir. Kesemua tugasan ini dibahagikan kepada ahli berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan mereka dalam bidang-bidang tersebut. Tempoh akan diberikan selama tiga minggu untuk menyiapkan tugasan dan bahagian masing-masing sebelum dikumpulkan dan dihantar kepada ustaz Ezad. Selama tempoh ini, ketua telah memantau dan membantu ahli yang lain untuk menyiapkan tugasan ini. Di akhir tugasan ini juga, ketua telah mengumpulkan ulasan dari kitab masing-masing dan menyiapkan laporan akhir.
  • 6. 6 2.1.1 AL-ASHBAH WA AL-NAZAIR Kitab al-Ashbah wa al-Nazair telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, Sudut Bahasa Arab dan Tamadun Islam aras empat. Nombor panggilan buku ini ialah ki BP 152.I256. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Zainuddin ibn Ibrahim al-Ma’ruf ibn Nujaim al-Hanafi, atau dikenali sebagai Ibn Nujaim. Kitab ini mempunyai kitab Hashiyah yang diberi nama kitab “Nuzha al- Nawazir a’la al-Ashbah wa al-Nazair” yang dikarang oleh Muhammad Amir Ibn Umar al- Ma’ruf ibn A’bidin. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini diterbitkan oleh Dar al-Fikir pada tahun 1999M bersamaan dengan 1420H di Damsyik. Kitab ini mengandungi 445 halaman dan mempunyai sebanyak 250 tajuk keseluruhannya. Kitab ini dikategorikan sebagai kitab usul Fiqh yang mengetengahkan hukum-hukum dari aliran mazhab Hanafi. Tumpuan utama perbahasan dalam kitab ini ialah mengenai kaedah fiqh. Justeru itu, dalam mengulas secara ringkas mengenai kitab ini, telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, latar belakar pengarang, ulasan kitab dan faedah yang boleh diperoleh dari kitab ini.(Gambar kitab ini boleh dilihat pada muka surat 16) a. Latar belakang pengarang Ibn Nujaim ialah salah seorang ulama’ fiqh yang terkenal dalam ilmu fiqh. Beliau dilahirkan di qaherah pada tahun 926H. Beliau banyak menimba ilmu dengan sheiknya yang bernama Sheikh Qassim ibn Quthlu Bagha, Burhan Karkhi, Amin ibn Abd A’la Hanafi dan lain-lain lagi. Beliau sentiasa berada disamping orang-orang yang mulia dalam mendidik jiwa beliau dan mendalami ilmu tasawwuf dari sheikh beliau yang bernama Sulaiman al-Khudairi. Beliau juga seorang yang amat mendalami dan menghayati kata-kata sufi .Seorang ulama’ yang bernama Abdul Wahab Shi’rani berkata bahawa beliau telah bersahabat denga ibn Nujaim selama 10 tahun dan telah menunaikan haji bersama beliau pada tahun 935H. Sepanjang beliau bermusafir bersama ibn Nujaim, beliau telah menyifatkan ibn Nujaim sebagai seorang lelaki yang berakhlak mulia terhadap jiran-jiran dan kanak-kanak. Ibn Nujaim kembali ke rahmatullah iaitu wafat pada tahun 970H.
  • 7. 7 b. Ulasan Ringkas kitab Kitab ini membincangkan dan membahaskan mengenai kaedah-kaedah dan hukum-hukum fiqh. Kitab ini dibahagikan kepada tujuh bahagian. Bahagian pertama ialah mengenai kaedah-kaedah fiqh seperti ; 1. ‫بالنية‬ ‫إال‬ ‫اب‬‫و‬‫ث‬ ‫ال‬ 2. ‫مبقاصدها‬ ‫األمور‬ 3. ‫بالشك‬ ‫يزول‬ ‫ال‬ ‫اليقني‬ 4. ‫التيسري‬ ‫جتلب‬ ‫املشقة‬ 5. ‫ال‬‫ز‬‫ي‬‫ر‬‫الضر‬ 6. ‫حمكمة‬ ‫العادة‬ Bahagian kedua pula secara rumusannya mengenai perbahasan berkaitan dengan fiqh ibadah dan muamalat seperti bab al-Taharah, solat, zakat, puasa, wakalah, hibah, syuf’ah, wasiat dan lain-lainlagi. Bahagian ketiga pula perbahasan mengenai golongan yang mempunyai tanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan dan yang sebaliknya. Maksudnya ialah golongan ini dihukumkan denga hukuman yang berbeza-beza dalam melaksanakan amalan disebabkan oleh faktor umur, kekurangan dan kelemahan fizikal atau mental. Golongan ini dikategorikan sebagai kanak-kanak, pelupa, gila, hamba, pekak dan bisu. Golongan-golongan tersebut diberi keringanan yang tertentu dalam melaksanakan ibadah. Bahagian-bahagian seterusnya pula perbahasan mengenai fiqh munakahat dan jinayat.Dalam bahagian ini dipecahkan kepada beberapa sub topik yang memfokuskan dan membincangkan berkaitan dengan tajuk utama.Bahagian akhir sekali dalam kitab ini ialah mengenai kata-kata dan nasihat yang diberikan oleh ibn Nujaim dalam mendalami ilmu fiqh.
  • 8. 8 c. Faedah Kitab Kitab karya ibn Nujaim ini telah membahaskan secara terperinci mengenai kaedah dan hukum- hukum dalam menghuraikan permasalah dalam fiqh. Perbahasan beliau bersandarkan kepada nas-nas yang sahih dan mengikut alira mazhab Hanafi. Kitab ini juga menerangkan kaedah- kaedah fiqh dalam bahasa dan maksud yang mudah difahami. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam mendalami ilmu fiqh dan mencari hukum- hukum yang benar dalam melaksnakan ibadah dengan betul. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kitab ini bukan sahaja meliputi aspek ilmu fiqh, tetapi juga merangkumi panduan untuk kehidupan manusia dalam beribadah dan bermuamalat. 2.1.2 KITAB AL- MADKHAL LI DIRASATI SYARIAH AL-ISLAMIAH a. Latar Belakang Pengarang Buku ini ditulis oleh seorang penulis terkenal iaitu Almarhum Dr. Abdul Karim Zaidan. Buku ini adalah keluaran dari al-Risalah Publisher. Buku ini juga diterbitkan pada tahun 2002 bersamaan 1423 Hijrah. Buku ini berkulit tebal dan mengandungi 255 halaman. Selain itu juga buku ini berwarna hitam dan dihiasi dengan tulisan arab yang berwarna kuning. Buku ini mengandungi dua bahagian tajuk utama iaitu pembahagian pertama dan pembahagian kedua. Setiap daripada bahagian ini mengandungi isu perbincangan tersendiri. (Gambar kitab ini boleh dilihat di mukasurat 17) b. Ulasan Ringkas Kitab Pembahagian pertama dalam bab pertama ini mempunyai tiga bab. Bab pertama dalam bahagian ini membincangkan takrif syariah dan fiqh, penerangan ciri-ciri takrif Syariah Islamiah, takrif fiqh Islamiah dan ciri-cirinya, hubungan syariah dan penjelasan sebelumnyaserta penjelasan sebahagian daripada kaedah keseluruhan dalam fiqh Islamiah. Bab kedua pula pula
  • 9. 9 membahaskan mengenai peranan fiqh. Dalam bab kedua pada bahagian pertama ini, juga membincangkan peranan zaman Nabi saw diikuti dengan zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Manakala dalam bab ini juga menjelaskan mengenai perluasan fiqh dalam masalah yang sering ada pada hadis baru. Selain dari itu juga, ia juga menjelaskan takrif mujtahid dan mazhab. Bab ketiga pula membincangkan sumber fiqh. Dalam perbincangan bab ketiga ini mengandungi dua dua pecahan perbincangan. Perkara yang pertama adalah mengenai sumber dari kitab dan sunnah. Perkara yang kedua adalah mengenai sumber tabi’in iaitu sumber iaitu dari ijma’, qias, istihsan, istisna’, sadd al-dhara’I, uruf, amalan sahabat, sarman qablana dan istishab. Pembahagian kedua dalam bahagian pertama kitab ini pula membahaskan satu kajian daripada beberapa system undang-undang dalam perundangan islam. Dalam bahagian kedua ini, ia mengandungi tiga bab utama. Dalam bab pertama menerangkan segala aspek harta serta pembahagiannya. Manakala bab kedua pula menerangkan tentang hartanah dan bab seterusnya pula menerangkan mengenai sebab-sebab pemilikan harta. Bab kedua pula mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan pembentukan kontrak. Di dalam bahagian ini menyatakan penjelasan ijab dan qabul, akad mahal dan sebagainya. Bahagian ketiga pula membincangkan perkara yang berkaitan dengan jenayah dan hukuman. Seterusnya bahagian yang terakhir dalam bab kedua ini menjelaskan aspek jenayah dan perkara yang berkaitan dengannya. Secara keseluruhannya, disini akan dijelaskan lagi penerangan serta ulasan dari pembahagian pertama dalam Kitab Madkhal Fiqh Islamiah. Pada awal keseluruhan daripada bab pertama ini mendefinisikan bahawa syariah adalah segala hokum yang diperundangkan oleh Allah swt ke atas hambanya supaya beriman dan beramal dengannya kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Syariah juga mempunyai ciri-ciri khusus iaitu berasaskan wahyu Allah, dan balasannya berbentuk duniawai dan akhrawi. Selain itu juga, ia umum dan syumul. Perbincangan dalam bab ini juga menyentuh tentang definisi fiqh. Secara kesimpulannya, fiqh adalah kefahaman atau menegetahui hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang hukumnya dari dalil-dalil terperinci ataupun mempelajari hukum-hukum yang terdapat dalam
  • 10. 10 kitab fiqh yang dalilnya di ambil dari empat sumber yang utama iaitu dalil-dalil syarak yang disepakati. Bab kedua dalam bahagian pertama ini, menjelaskan perundangan zaman Nabi saw di Mekah dan Madinah. Secara ringkasnya, perundangan di Mekah hanya tertumpu kepada aspek akhlak dan akidah kerana pada waktu ini hanya memerlukan pembetulan kepada aspek tersebut. Manakala di Madinah ia lebih kepada keperluan kepada perundangan dan hukum amali untuk urusan masyarakat Islam. Selain dari itu, dinyatakan juga perundangan zaman Khulafa ar- rasyidin, masih tidak berubah daripada zaman Nabi saw dan tidak ada lagi undang-undang yang dibuat secara teori. Sehubungan dengan perkara itu juga, pada zaman ini, sahabat menggunakan ijtihad selain merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana sebab-sebab tertentu seperti perbezaan pemikiran dan pemahaman atau pandangan dikalangan mereka. Bab ketiga pula secara ringkasnya menerangkan tentang rujukan selepas zaman sahabat. Pada zaman mereka ini, mereka merujuk pada al-Quran, Sunnah dan ijtihad dengan melihat kepada i’lah hukum dan mengambil kira maslahah dan menolak keburukan. Seterusnya pada bab ke tujuh pula menceritakan pengasas mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Selain itu ia juga memberi penerangan mengenai penggunaan metodologi yang digunakan bagi mengistinbat hukum secara terperinci. Perkara yang ditekankan juga dalam bab ini adalah pembukuan dan cara penyebaran setiap empat mazhab tersebut. Selain dari itu, diperkenalkan juga anak-anak murid dalam mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Seterusnya perbincangan dalam bab seterusnya pula adalah berkenaan dengan dalil-dalil syarak. Ulama bersepakat bahawa ada empat dalil syarak iaitu al-Quran, Sunnah, al-Ijma’ dan al- Qiyas. Setiap daripada dalil-dalil yang disepakati ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Contohnya ciri-ciri al-quran adalah lafaz dari Allah, dipindahkan secara mutawatir dan ianya sampai kepada kita tanpa ada kekurangan. Manakala ciri-ciri al-Sunnah adalah datang dari Rasulullah s.a.w dan ianya tidak bermukjizat, berlaku dalam bentuk perbuatan, perkataan dan taqrir Rasulullah. Selain dari itu juga,ijma’ dan qiyas adalah sebalinya. Namun pada ijma’ dan qiyas ini mempunyai syarat-syarat tertentu.
  • 11. 11 Selain itu dibincangkan juga dalil-dalil yang tidak disepakati dalam buku ini. Antara dalil yang disepakati dinyatakan dalam buku ini ialah istihsan. Sebahagian ulama menolak seperti Imam Al-Syafi’e menolaknya bagi yang merujuk kepada hawa nafsu dan membuat hukum tanpa dalil. Dalil yang disepakati yang kedua iaitu al-marsalih dan mursalah dan ia mempunyai terbahagi kepada tiga jenis. Manakala selain dari itu adalah sadd al-dhara’I yang mana sad bermaksud menutup dan dhara’i pula adalah sesuatu yang membawa kepada sesuatu yang baik dan buruk. Namun, ahli usul mengkhususkannya ia lebih kearah keburukan. Antara dalil yang tidak disepakati yang lain ialah uruf. Kesemua ulamak menolak kehujahan uruf fasid kerana bertentangan dengan syarak dan menerima uruf sahih sebagai dalil penetapaanan hukum. Seterusnya adalah amalan sahabat. Selain daripada itu ialah sarman qablana dan istishab. Istishab ialah menghukum sesuatu berdasarkan hukum yang sudah sedia ada padanya sama ada hokum tersebut dalam bentuk sabit atau nafi kerana tiada dalil yang menunjukan sebalinya. Contohnya adalah pengaharaman dadah. c. Faedah Kitab Secara keseluruhan daripada buku tersebut, beberapa faedah yang telah didapati. Antara faedah yang diperolehi iaitu, dapat mengingatkan atau mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini. Selain itu juga, dapat mengetahui kandungan-kandungan yang terdapat dalam buku tersebut yang terlepas pandang. Contohnya pada bahagian kedua dimana, dalam kelas sebelum ini, tajuk pada bahagian itu tidak ditekankan. Namun, setelah diteliti segala aspek asas dalam buku ini, saya mendapati beberapa tajuk yang terlepas pandang semasa sesi pembelajaran saya yang lepas. Dengan adanya tugasan ini, ia memberi saya manfaat kepada saya secara tidak langsung. Perkara yang paling penting yang dapat dipelajari daripada tugasan ini adalah mengetahui penulis buku tersebut kerana sebelum ini saya sering gagal untuk mengingati nama penulis buku penulis kitab-kitab arab. Secara kesimpulannya, tugasan yang diberikan memberi begitu banyak manfaat. Selain dari itu, dengan adanya tugasan ini, ia membantu saya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menyelesaikan segala tugasan serta memberi sepenuh komitmen samaada dalam menyelesaikan
  • 12. 12 tugasan kumpulan mahupun individu. Apa yang paling penting daripada tugasan ini, ialah ilmu yang telah dipelajari. Selain dapat dimanfaatkan kepada diri saya, secara tidak langsung ia dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang membaca dan menyertai tugasan kumpulan ini. 2.1.3 Al-TAHAFUT AL-FALASIFAH Kitab al-Tahafut al-Falasifah merupakan sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia pemikiran falafah Islam. Pengarangnya juga merupakan sebuah tokoh yang dikenali dengan gelaran Hujjatul Islam iaitu al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al- Ghazali. Karya ini dihasilkan ketika al-Ghazali menjawat jawatan sebagai guru besar di Madrasah al-Nizhamiyyah. Karya ini merupakan komentar beliau mengenai pemikiran ahli falsafah dan tumpuan utama dalam karya ini adalah sanggahan beliau dalam pemikiran falsafah Yunani yang dibawa oleh Ibn Sina dan ibn Arabi. Secara dasarnya, al-Ghazali menjelaskan prinsip dan pendirian beliau dalam menangkis pemikiran-pemikiran yang dirasakan dapat menggugat akidah Islam. Buku ini mengandungi 136 muka surat dan terdiri dengan 61 tajuk. Secara ringkasnya, buku ini membahaskan mengenai 20 persoalan falsafah yang cuba diruntuhkan oleh al-Ghazali dan 3 pemikiran utama yang menjadi perbahasan hangat dalam perbincangan falsafah iaitu apabila al-Ghazali mentakfirkannya. 3 pemikiran yang menjadi sanggahan utama dalam pemikiran al-Ghazali ialah: 1. Mereka yang meyakini bahawa ala mini Qadim (Eternal in the past) 2. Tuhan tidak mengetahui perkara Juziyyat 3. Mengingkari adanya kebangkitan jasad di hari akhirat. Secara kesimpulan, kitab al-Tahafut al-Falasifah ini merupakan usaha al-Ghazali dalam menjelaskan mengenai sebahagian pemikiran falsafah yang mampu merosakkan ideologi umat Islam. Bagaimanpun sebagai penuntut ilmu adalah tidak adil sekiranya kita terus meletakan penilaian sebelum meneliti setiap karya dan mendalami perbahasan yang disampaikan oleh tokoh-tokoh ilmuan. Kerana pernilaian perlu dilakukan setelah kita mencermati setiap sudut
  • 13. 13 perbahasan dan hujah dari semua pihak, maka itu lebih menunjukkan sikap adil dalam ilmu dan sebagai usaha menghapus jurang dalam pemikiran sesama umat Islam sendiri. (Gambar kitab ini boleh dilihat di mukasurat 18) a. Latar belakang Pengarang Beliau adalah al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusi. Gelaran al-Ghazali ini adalah diambil dari kata ‘Ghazzal’ yang bererti tukang pintal benang. Ini kerana ayahnya merupakan seorang tukang pintal benang yang dilahirkan di kota Tus atau dikenali kini sebagai Meshed, Iran. Al-Ghazali sejak kecil merupakan seorang kanak-kanak yang terkenal dengan kecerdasan dan bekemahuan tinggi. Pendidikan awal beliau adalah di kota Tus,dan kemudian beliau melanjutkan pengajian seterusnya ke kota-kota lain di Asia tengah. Apabila telah terkenal dengan kebijakkan dan kepandaian beliau, dia kemudiannya diangkat menjadi Guru besar di Madrasah al-Nizhamiyyah yang didirikan oleh Wzir Nizam al-Mulk di Baghdad. Pada masa inilah al-Ghazali banyak melakukan kajian dan penilitian beliau terhadap fahaman-fahaman seperti aliran Bathiniyah dan hingga kepada pemikiran falsafah. b. Isi kandungan kitab Kitab ini mempunyai 61 tajuk yang dibahaskan, dan antara keutamaan perbahasan yang disentuh adalah: 1. Sanggahan mengenai pendapat bahawa alam ini Qadim. Al-Ghazali menyanggah pendapat ini kerana menurut beliau tiada yang kekal abadi melainkan Allah s.w.t. Beliau mendifinisikan Qadim ala mini seperti Qadim Tuhan. Kerana itu beliau menolak pendapatan yang mengatakan ala mini Qadim. Di sinilah beliau meyanggah teori emanasi Ibn Sina kerana menurut al-Ghazali alam adalah sesuatu yang baru (Huduth) dan setiap yang Huduth itu berasal dari Qadim iaitu Allah s.w.t 2. Sanggahan mengenai pendapat ahli Falsafah bahawa Tuhan tidak memiliki sifat
  • 14. 14 Dalam pemikiran falsafah, Tuhan perlu dibersihkan dari segala perkara yang bersifat berhitungan (mutaa’ddidah), termasuk segala sifat yang dibahaskan oleh al-Asy’ari. Al-Ghazali menolak pemikiran ini dengan menyatakan bahawa sifat adalah sesuatu yang ada pada dzat tetapi tidak bermakna menjadi sesuatu yang lahir dari dzat. 3. Sanggahan al-Ghazali mengenai kebangkitan Tubuh di akhirat Menurut al-Ghazali, agama telah mengajarkan kita untuk mempercayai hari kebangkitan maka wajib bagi umat Islam untuk mempercayainya. Dalam pemikiran al-Ghazali kebangkitan adalah mengembalikan jiwa ke dalam tubuh maka dengan itu jasad turut sama akan dibangkitkan pada hari akhirat bersama-sama dengan jiwa dan akan dipersoalkan mengenai setiap amalan di dunia. c. Faedah Kitab Bidang falsafah merupakan sebuah bidang ilmu yang memerlukan pengamatan dalam dan pencermatan yang teliti yang menuntut kepada pemikiran kritikal dan analisa yang mendalam agar dapat menghasilkan pemikiran yang berkualiti. Maka dengan ini juga, apabila membaca karya-karya yang sarat dengan perbahasan falsafah menunut kepada persediaan dan keterbukaan minda untuk memahami setiap perbahasan yang ditampilkan . Melalui buku tahafut al-Falasifah ini, jika kita lihat dari satu sudut, kita akan mendapati bahawa ia merupakan sebuah karya yang seakan mengkiritik pemikiran falsafah, namun jika diamati dan dicermati bahawa pandangan yang diktengahkan oleh al-Ghazali adalah merujuk kepada sebahagian pemikiran falsafah dan beliau tidak memberi kesimpulan kepasa semua bentuk pemikiran falsafah. Di dalam memahami karya ini juga perlu untuk kita mengkaji dan memahami setiap fasa yang dilalui oleh al-Ghazali kerana ia berkaitan dengan pemikiran yang dihasilkannya. Kesimpulannya, al-Ghazali adalah seorang tokoh ilmuan hebat yang memperhalusi setiap dan aliran dan pemikiran yang didalaminya sebelum memutuskan apa-apa komentar mahupun kritikan. Sikap yang ditunjukkan oleh al-Ghazali ini seharusnya menjadi contoh kepada semua penuntut ilmu untuk terlebih dahulu menghuraikan dalam mendalami dengan kritikal dan analisis setiap sudut pemahaman sebelun memberikan penilaian atau apa-apa kritikan. Allahu a’lam.
  • 15. 15 2.1.4 AL-WAJIZ FI USUL FIQH AL-ISLAMI Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh Al-Islami telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, sudut BP145.1266-BP153.N38. Kitab ini mempunyai 1230 halaman bercetak. Kitab ini juga telah diterbitkan oleh Dar al-Fikr, Lebanon, Beirut dalam bahasa arab dan merupakan kitab usul fiqh al-islami jilid ke2 yang ditulis oleh Dr Wahbah Al-Zuhayli. (Gambar kitab ini boleh dilihat di muka surat 19) a. Latar Belakang Pengarang Kitab ini telah dikarang oleh Dr. Syeikh Wahbah Al-Zuhayli . Beliau adalah merupakan seorang profesor Islam yang terkenal di Syria dan merupakan seorang cendekiawan Islam khusus dalam bidang perundangan Islam (Syariah). Beliau juga ialah penulis sejumlah buku mengenai undang- undang Islam dan sekular, yang kebanyakannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (Damascus University). Dr. Wahbah al-Zuhaili dilahirkan di bandar Dair Atiah, utara Damsyik, Syria pada tahun 1932. Bapanya bekerja sebagai petani. Dr. Wahbah belajar Syariah di Universiti Damsyik selama 6 tahun, dan lulus pada tahun 1952, dengan cemerlang. Kemudian Dr. Wahbah melanjutkan pendidikan Islam di Universiti al-Azhar yang berprestij di mana beliau sekali lagi menamatkan pengajian dengan cemerlang pada tahun 1956. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1956, Dr. Wahbah juga menerima Ijazah dalam pengajaran Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar. Semasa belajar di Universiti al-Azhar, Dr. Wahbah mempelajari undang-undang di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir di mana menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A) pada tahun 1957. Pada tahun 1959, beliau menerima Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang undang-undang dari Kolej Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima kedoktoran (Ph.D) dengan kepujian dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Sebuah kajian perbandingan meliputi 8 mazhab dan undang-undang sekular antarabangsa". Semenjak tahun 1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University) di mana beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975. Beliau menjadi ahli dalm Royal Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di Amman Jordan serta banyak
  • 16. 16 lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan. Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada syarikat-syarikat dan institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa. Beliau turut dikenali sebagai pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program televisyen dan radio. Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada kelompok Asyairah dan Maturidiah. Beliau banyak menulis karya-karya agung. Antara karya-karya beliau ialah: 1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin. 2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. 3. Usul al-Fiqh al-Islami . 4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar. 5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki. 6. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence. 7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam. 8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen. 9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah. 10. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam. 11. Asl Muqaranit al-Adyan. 12. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati. 13. Tafsir al-Munir. d. Ulasan Ringkas Kitab Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh al-Islami adalah salah satu kitab yang paling terkenal ditulis oleh Dr Wahbah Al-Zuhayli dalam prinsip perundangan Islam. Beliau membawa semua kesimpulan dan pendapat asal semua para imam pada masa lalu yang telah diikuti dan masih diikuti. Kitab ini juga antara rujukan yang muktabar bagi pelajar dalam bidang Syariah untuk merujuk dalam bidang usul fiqh.
  • 17. 17 Kitab terdiri daripada sembilan bab. Bab yang pertama adalah mengenai al-istihsan,bab dua pula adalah berkaitan maslahah mursalah, bab ketiga berbincang mengenai ‘urf, bab keempat pula berbincang mengenai syar’ man qablana,bab kelima qaul al-sahabyy, bab enam mengenai al-istishab,bab ketujuh mengenai sadd al-dharai’, bab kelapan berkaitan dalil lain dalam fiqh yang terdapat percanggahan, bab kesembilan pula mengenai sumber-sumber fiqh bukan syari’.Buku ini juga membahaskan tentang al-naskh,ijtihad,maqasid syariah,taklid dan al-tarjih. Dalam bab al-Istihsan, secara ringkasnya penulis telah mentakrifkan al-Istihsan dari segi bahasa iaitu menganggap suatu itu baik. Manakala pada istilah pula beralih hukum sesuatu masalah kepada satu hukum yang lain pada masalah yang sama kerana terdapat kewajaran yang lebih kuat untuk berbuat demikian.Al-istihsan terbahagi kepada enam jenis iaitu al-Istihsan bi al- Nass, bi al-Ijma’,bil al-‘Urf, bi al-Darurah, bi al-Maslahah dan bi al-Qiyas al-Khafiyy. Al-Istihsan bi al-Nass iaitu nas yang khusus al-Quran dan al-Sunnah daripada al-Shari’ mengenai juzuk tertentu yang menyebabkan hukumnya berbeza daripada hukum pada masalah yang sama yang telah sabit dan menjadi kaedah umum. Al-Istihsan bi al-‘Urf pula bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana terdapar ‘urf dan adat yang mewajarkan demikian. Contohnya,al-istisna’. Manakala al-Istihsan bi al-Darurah pula bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana terdapat keperluan yang sangat mendesak.Contohnya menghilangkan hukum najis daripada telaga dengan membuang air pada kadar tertentu. Mengenai bab Maslahah Mursalah pula, penulis mendefiniskan sebagai Maslahah membawa maksud zat perbuatan yang mendatangkan manfaat dan menolak mudharat.Manakala mursalah membawa maksud sifat yang berada dalam keadaan bebas dan tidak terikat.Maslahah mursalah pula membawa maksud sifat yang sesuai atau munasabah untuk pensyariatan hukum tetapi tiada nas memperakui atau menolak sifat tersebut secara jelas.Contohnya , mengumpul al- Quran dalam satu mushaf.Tiada nas khusus menyuruh atau melarang tetapi ia rasional bagi memelihara al-Quran. Antara syarat beramal dengan maslahah mursalah ialah selari dengan kehendak syarak,rasional,maslahah itu mendatangkan manfaat dan menolak mudharat,untuk memelihara sesuatu yang berbentuk daruriyy dan hajiyy serta pensyariatannya mendatangkan maslahah untuk kepentingan umum.
  • 18. 18 Seterusnya mengenai bab al-‘Urf yang bermaksud sesuatu yang berterusan.Manakala pada istilah ialah perkara yang tersemat di dalam jiwa diterima baik oleh naluru manusia yang sejahtera dan telah menjadi kelaziman serta diakui oleh syarak.Ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu,am,khas dan sahih serta fasid. Al-‘Urf terbahagi kepada empat jenis iaitu, yang pertama al- ‘Urf ‘Am berkaitan perkara yang sudah menjadi kebisaan si seluruh pelusuk dunia dan sepanjang zaman.Contohnya al-istisna’, yang kedua, al-‘Urf khas iaitu perkara yang menjadi kebiasaan sesebuah negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu.Contohnya para peniaga menjadikan buku hutang sebagai bukti tanpa saksi, yang ketiga iaitu al-‘Urf sahih iaitu setiap jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am yang tidak bercanggah dengan nas mahupun ijmak.Contohnya,mahar dibayar separuh terlebih dahulu. Akhir sekali yang keempat iaitu al’Uurf fasid yang bermaksud setiap jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am yang tidak bercanggah dengan nas.Contohnya,wanita keluar rumah tanpa menutu aurat. Kandungan dalam kitab ini juga ada diterangkan mengenai kaedah fiqh Shar’man qablana iaitu nukilan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu melalui para nabi yang diutuskan kepada mereka.Isunya ialah memakai syariat nabi sebelum Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda. Imam hanafi,Maliki, dan Ahmad menyatakan bahawa shar’ man qablana adalah hujah dan mesti beramal dengan hukum tersebut manakala Imam Syafie dan Ahmad menyatakan tidak hujah. Contoh furuk fiqh adalah tentang manfaat sebagai mahar. Imam Syafie dan Ahmad mengharuskannya.Imam Malik ,tidak harus tetapi jika telah berlaku akad,maka sah dan Imam Abu Hanifah menyatakan harus jika bukan khidmat suami yang merdeka kepada isteri yang berstatus hamba. Bab Qawl al-Sahabiyy meberi definisi mazhab seorang sahabat pada isu-isu ijtihadiyyah.Contohnya hukum bayar mahar ketika suami isteri bersendirian dan dalam keadaan tertutup. Antara contoh furuk fiqh hukum menunaikan solat jumaat kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat hari raya.Bagi Imam Syafie kewajipan solat jumaat gugur. Bagi imam Ahmad gugur kecuali imam manakala bagi imam Abu Hanifah dan Malik kewajipan tidak gugur. Bab al-Istishab, memberi maksud pada bahasa iaitu melazimi.Manakala pada istilah pula pensabitan hukum suatu perkara pada masa kini berdasarkan kepada pensabitannya pada masa lalu kerana ketiadaan dalil yang mengubah.Al-istishab terbahagi kepada 5 iaitu istishab pada hukum asal sesuatu perkara, istishab asal sesuatu tiada tanggungjawab, istishab pada sifat yang telah sabit pada satu hukum syarak hingga dibuktikan sebaiknya, istishab hukum yang diperakui
  • 19. 19 kewujudan dan pensabitannya oleh akal dan syarak apabila terdapat sebab berbuat demikian serta istishab hukum yang ditentukan melalui ijmak pada tempat yang diperselisihkan. Seterusnya, bab mengenai Sadd Dhara’i. Sadd bermaksud mengangkat atau menghalang.Manakala al-dharai’ ialah jalan ke arah sesuatu sama ada ke arah maslahah atau mafsadah dan sama ada ia berbentuk perkataan mahupun perbuatan. Sadd al-dharai’ dari segi istilah pula ialah setiap perbuatan yang asalnya diizinkan (harus) tetapi datang sesuatu yang menyebabkan perbuatan itu seringkali bertukar menjadi mafsadah.Antara pembahagian sadd al- dharai’ ialah perbuatan yang harus tetapi pasti membawa kepada mafsadah,perbuatan yang harus tetapi jarang sekali membawa kepada mafsadah,perbuatan yang harus tetapi biasanya akan membawa mafsadah, dan perbuatan yang harus tetapi seringkali membawa kepada mafsadah. Mazhab Maliki menyatakan bahawa sadd adalah hujah manakala mazhab syafie dan zahiri menyatakan tidak hujah. Akhir sekali bab mengenai Ijtihad . Ijtihad pada bahasa ialah kesukaran dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Pada istilah syarak pula,mengerahkan sepenuh usaha dan tenaga untuk mendapatkan hukum syarak.Rukun ijtihad terbahagi kepada 3 iaitu al- mujtahid,al-mujtahid fih dan ijtihad itu sendiri. Hukum ijtihad boleh jadi fardu ain,fardu kifayah,sunat dan haram mengikut keadaan tertentu.Antara syarat mujtahid ialah menguasai semua sumber syarak,berkeupayaan penuh meneliti dan mengolah dalil yang zanni daripada sumber-sumber ini supaya diletakkan paada kedudukan yang sewajarnya,adil,menguasai qiyas,ilmu bahasa arab,ilmu usul fiqh,maqasid al-syariah,mengetahui ayat-ayat hukum,hadis- hadis hukum dan mengetahui secara mendalam masalah-masalah yang telah disepakati.
  • 20. 20 3.1 GAMBAR KITAB Kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan ibn Nujaim. Diterbitkan oleh Dar al-Fikr pada tahun 1999M di Damsyik.
  • 21. 21 Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah dikarang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Diterbitkan oleh Resalah Publisher pada tahun 2011 di Beirut, Lebanon.
  • 22. 22 Kitab al-Tahafut al-Falasifah karangan Imam al-Ghazali. Tarikh cetakan dan penerbit tidak disertakan dalam buku ini.
  • 23. 23 Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh di karang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Diterbitkan oleh Resalah Publisher pada tahun 2012 di Beirut, Lebanon.
  • 24. 24 3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan Pertemuan pertama telah diadakan bersama Ustaz Ezad untuk pembahagian tajuk tugasan Selepas pertemuan bersama Ustaz Ezad, kami telah berbincang mengenai tugasan selanjutnya Kami telah bersepakat untuk mengadakan pencarian buku rujukan untuk tugasan di PTSL Ketua telah memberikan penerangan ringkas mengenai perlaksaan dan pembahagian tugasan Ahli kumpulan yang lain telah memyumbang beberapa idea untuk perlaksaan tugasan. Ahli kumpulan telah bersetuju dengan pembahagian tugasan dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab
  • 25. 25 4.1 KESIMPULAN TUGASAN Kumpulan kami telah menyiapkan tugasan bagi HP ini seperti yang diminta oleh ustaz Ezad. Dalam tugasan ini, kami telah memperolehi banyak natijah dan pengajaran.Walaupun tugasan ini dilihat mudah tetapi, iai memerlukan semangat bekerjasama dan kesepasukan dalam menyelesaikan tugasan.Tugasan mengenai Kajian Sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah dan usuluddin ini merupakan sebuah usaha dalam mengulas kandungan buku untuk difahami secara ringkas. Tugasan ini dilihat sebagai sebuah peluang yang baik dalam memahami kitab-kitab induk dalam pengajian di samping memperkasakan bahasa Arab. Bagaimanapun kumpulan kami melihat peluang ini lebih dari sekadar dalam skop pengkajian ilmu sahaja namum menghayati nilai-nilai yang berkaitan dengan sikap sosial dan kebertanggungjawaban.