SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Dalam kalangan kelompok masyarakat Melayu, peribahasa bukan sesuatu yang
asing.Peribahasa telah lama digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.Peribahasa
merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau
pengertian yang tertentu.Susunan katanya pendek tetapi menepati makna ataupun sesuatu
maksud yang hendak disampai atau diluahkan oleh si penuturnya. Susunan kata yang
sedap didengar , bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan banyak
orang sejak turun temurun .
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 :1185) peribahasa membawa maksud
ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidal, pepatah atau
seumpamanya.Mengikut Kamus Fajar pula, peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata
atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu .Menurut Kamus Besar
Indonesia pula , makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat,
yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat , prinsip hidup atau aturan tingkah laku.
Meski terkesan konstruktif , langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat.
Prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku.
Za’ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ( Za’ba 1965:165) telah mentakrifkan
peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang
ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar , penggunaan perkataan
yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa
bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan
peribahasa. Ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan yang
bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang sentiasa meniti di
mulut orang-orang dahulu hingga kini. Kadang-kadang ianya dikenali sebagai ‘’perkataan
orang-orang tua sahaja “.
Menurut Ghazali Dunia dalam bukunya Langgam Sastera Lama ( Kuala Lumpur ;
Oxford Univversity Press, 1969 ) telah menyatakan bahawa peribahasa ialah bentuk
pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir
bangsa kita pada zaman itu.Mohd Adnan Mohd Ariffin telah membuat kesimpulan dari
pengertian yang diberikan oleh Ghazali Dunia di atas dapat diterima sebagai satu fakta ,
tetapi tidak semestinya ditafsirkan secara yang berlebihan sehingga mungkin ada orang
yang beranggapan bahawa peribahsa hanya milik sastera lama sekaligus milik masyarakat
zaman lampau sahaja. Dengan itu, kemungkinan generasi muda akan memandang remeh
terhadap peribahasa dan tidak menganggapnya sebagai satu ciri kekuatan pengucapan
dalam pertuturan dan penulisan.
Peribahasa bukan sahaja sinonim dengan masyarakat Melayu, malah dalam bangsa
Arab juga terdapat peribahasa yang telah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Dalam
pengertian Arab peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu
bangsa, yang boleh kita temui keserupan dari segi maknanya , meskipun dengan ungkapan
yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan
bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan
budaya dan bangsa tertentu.
Peribahasa Arab yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu ialah
seperti contoh dibawah :
“Sebelum memanah, isi dulu anak panah “–Hal ini sama seperti ungkapan
perbahasa Melayu yang berbunyi “ Sediakan payung sebelum hujan “.Meskipun terdapat
perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut, namun , keduanya
mengandungi persamaan dari segi maksud iaitu “ Persiapkan segala sesuatu sebelum
melakukan sesuatu kerja”. Orang Arab menggunakan kata tempat anak panah dan
memanah , kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi berperang pada
zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut , sedangkan dalam peribahasa Melayu
digunakan kata hujan dan payung adalah kerana di alam Melayu sering hujan.
Kita boleh katakan bahawa peribahasa adalah gambaran watak bangsa yang
memiliki dan mengamalkannya dalam kehidupan atau cara hidup seharian.Selain itu,
peribahasa sangat penting dalam ketrampilan seseorang itu berbahasa kerana dalam
peribahasa itu banyak tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehinggakan
hubungan dua hala atau komunikasi lisan ataupun tulisan menjadi sangat berkesan.
Menurut Abdullah Hussain : 2003 ,dalam penghasilan sesuatu peribahasa terdapat
tiga sumber telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui
pengalaman hidup seseorang khususnya masyarakat kelas biasa. Kedua, melalui
penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-
kitab suci. Hasinya, peribahasa yang meniti di bibir orang Melayu bukan sekadar
mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam , malah ungkapan kalimat bahasa yang
dihasilan amat teratur, ringkas dan padat.
Ironinya di sini, walaupun terdapat banyak pengertian peribahasa yang telah
diketengahkan oleh banyak pihak , namun ianya hanya merujuk kepada satu makna sahaja
iaitu salah satu daripada warisan generasi lampau yang merupakan satu seni percakapan
yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa ini telah
menjadi salah satu daripada ragam bahasa yang terkandung di dalam pengajian Bahasa
Melayu. Namun yang sangat pasti peribahasa “ tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas”.
Peribahasa terdiri daripada pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan.
1) PEPATAH
Pepatah ialah peribahasa berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.
Pepatah juga digunakan untuk menatakan penegasan, falsafah atau pengajaran
yang hendak disampaikan. Ada juga pendapat menyatakan pepatah ialah kalimat-
kalimat yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam
kehidupan masyarakat. Menutut Rubiah Aksah ( 2005 :174) pepatah ialah ungkapan
yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.Ada juga pendapat menyatakan
pepatah lebih menitikberatkan sifat ringkasnya disampimg ketepatan perkataan dan
kenebaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya.Setiap patah perkataan yang
digunakan membawakan unsur pengajaran secara khusus.
Contoh pepatah :
i) Ada air adalah ikan
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
“ Walaupun tempat itu sunyi sahaja, namaun terdapat kesan-kesan tinggalan
yang membuktikan bahawa pernah ada negeri di sini.Jadi tentulah tidak
menjadi kesalahan kalau beta katakana bahawa ada air, adalah ikan : titah
Raja Muhammad kepada pemburu yang mengiringi baginda berburu .
ii) Bagaimana acuan begitulah kuahnya
“ Bagaimana kelakuan ibu bapa begitulah kelakuan anaknya. .Seseorang
anak yang tidak mahu berbuat kerja-kerja kebajikan di kawasan penempatan
kerana ibu dan bapanya yang tidak pernah melakukan perkara tersebut. Anak
tadi mengikut perlakuan Ibu dan bapanya.
iii) Datang seperti rebut, pergi seperti semut.
“ Membawa maksud sesuatu penyakit itu cepat untuk merebak tetapi untuk
sembuh atau pulih adalah sangat lambat.Sebagai contoh penyakit yang
mudak merebak seperti taun yang menyerang penduduk di sesebuah
kawasan akan mudah merebak keseluruhan kampung dan menyerang para
penduduk. Akan tetapi, walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak
berkuasa tetap sukar untuk memulihkannya dalam satu masa yang singkat.
2) BIDALAN
Menurut Kamus Dewan bidalan ialah kata-kata yang selalu disebut yang mempunyai
nasihat serta pengajaran di dalamnya , Bidalan juga merupakan satu cabang
peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman atau pengajaran kepada
masyarakat.Bidalan mempunyai maksud yang tersirat di sebalik susunan perkataan
yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti
perumpamaan. Bidalan juga membawa makna atau maksud yang tidak sama
dengan maksud perkataan yang digunakan.Oleh itu, bidalan sering digunakan untuk
memberikan secara terus.Dalam hal ini bentuk bidalan terdiri daripada dua bahagian
, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah
atau pelengkap bagi maksud tersebut.
Contoh bidalan :
i) Berkata siang pandang –pandang, berkata malam dengar-dengar
Bidalan ini membawa maksud , kita hendaklah berhati-hati apabila
memperkatakan sesuatu.Ini adalah dikhuatiri akan didengar oleh pihak ketiga
yang akan menjadikan situasi bertambah buruk. Contoh , apabila ibu dan
bapa berkata tentang perilaku yang kurang elok tentang seseorang seperti
anak menantu di dalam rumah haruslah berhati-hati supaya tidak didengari
olehnya yang mana akan menyebabkan situasi menjadi kurang elok.
ii) Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Bidalan ini membawa pengertian bahawa adalah lebih baik seseorang itu
melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dan boleh mendatangkan rezeki
bagai menampung kehidupan sementara menunggu peluang untuk mendapat
pekerjaan yang diharapkan. Sebagai contoh yang mudah ialah seseorang
pelajar yang baru tamat persekolahan adalah lebih baik melakukan pekerjaan
sambilan untuk mendapatkan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan
ibu bapa sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai dan yang diharapkan.
iii) Belum duduk sudah berlunjur.
Bidalan ini membawa maksud seseorang yang belum pasti mendapat
sesuatu yang diharapkan tetapi sudah begitu yakin akan memperolehinya
walaupun perkara atau sesuatu yang dihajatinya itu benar-benar telah
diperolehi olehnya. Sebagai contoh : Apabila seseorang berhajatkan sesuatu
telah awal-awal lagi berasa gembira kerana yakin akan memperolehinya
sedangkan realiti sebenarnya masih belum mendapat apa-apa.
iv) Genggam bara api biar sampai jadi arang
Bidalan ini membawa maksud apabila melakukan sesuatu perkerjaan yang
susah, kita mestilah bersikap sabar dan cuba menyelesaikannya dengan
sempurna dan berjaya. Contohnya , Apabila seseorang itu ingin mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran akan tetap berusaha habis-
habisan untuk mencapai kejayaan walaupun beberapa kali mengalami
kegagalan , tidak akan berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh
sehingga akhirnya menggapai kejayaan yang diidam-idamkan.
v) Daripada cempedak baiklah nangka
Bidalan ini mempunyai maksud yang sangat menarik juga iaitu apabila kita
memerlukan sesuatu barang untuk sesuatu tujuan tetapi barang tersebut
tidak ada, dan kita menggantikannya dengan barang lain yang tidak akan
menjejaskan tujuan kita . Sebagai contoh, apabila kita ingin memasak lauk
menggunakan santan tetapi kita tidak mempunyai kelapa dan tidak
memperolehinya walaupun telah berusaha mendapatkannya. Kita boleh
menggantikannya dengan susu . Ini adalah lebih baik daripada kita langsung
tidak dapat memasak lauk tersebut.
3 ) SIMPULAN BAHASA
Abdullah Hussein menyatakan bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau
kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain darpada erti yang
lazim.Simpulan bahasa merupakan cabang peribahasa yang paling mudah dan
ringkas.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk
kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang
membentuk perkataan tersebut. Susunan perkataannya adalah tetap dan tidak boleh diubah
sewenang-wenangnya. Simpulan bahasa ialah perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku
dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal.Simpulan
bahasa terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Kata kerja, kata adjektif, kata nama
khas dan juga nilai kepercayaan.
1) Contoh simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama khas:
i) Abu Jahal
Seseorang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebaikan.
Contoh ayat :-“ Kalau awak tidak mahu membantu kerja-kerja ini, janganlah kamu
menjadi Abu Jahal pula dengan menghalang orang lain daripada melakukannya”
, kata ibu kepada abang.
ii) Mat Jenin
Seseorang yang suka berangan-angan
2) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama am :
i) Lipas kudung
Seseorang yang melakukan kerja dengan pantas
ii) Anak buah
Membawa makdud anak saudara atau orang yang berada di bawah
pengawasan ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
3) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata adjektif :
i) Kecil hati
Membawa maksud seseorang merajuk atau terasa hati disebabkan oleh
perbuatan orang lain.
ii) Bodoh sepat :
Membawa maksud seseorang yang Nampak seperti tidak tahu apa-apa tetapi
sebenarnya bijak dan pandai.
4) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada nilai kepercayaan:
i) Air pinang
Membawa maksud air yang dibuat daripada buah pinang untuk tujuan rawtan
tradisional.
ii) Makan bulan
Membawa maksud mengambil masa yang panjang atau berbulan-bulan.
5) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata kerja :
i) Ajak-ajak ayam
Membawa maksud mempelawa seseorang secara sambil lewa atau tidak
bersungguh-sungguh.
ii) Pasang telinga
Membawa maksud mencuri-curi dengar perbualan orang lain.
A) Terdapat juga simpulan bahasa yang mempunyai dua makna , Contohnya :
i) Anak buah
- Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua
pejabat atau penghulu.
- Anak saudara
ii) Langgar bahasa
- Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar
- Tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat
B) Ada juga simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama :
i) Muka talam / Muka tembok / muka tebal
Membawa maksud seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu
ii) Tua keladi / tua terkutuk / tua lengkuas
Membawa maksud seseorang yang sudah lanjut usia tetapi mempunyai
perangai yang tidak senonoh atau jahat.
3) PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik
susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan.Istilah perumpamaan digunakan
kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan suatu perkara lain
yang standing. Perumpamaan dibentuk untuk membandingkan sesuatu perkara
dengan yang lain dan biasanya didahului dengan perkataan umpama, bagai, seperti,
laksana dan ibarat. Perumpamaan juga membawa maksud yang berbeza daripada
maksud asal perkataan yang digunakan dan umumnya mengandungi
pengajaran.Za’ba ( 1965:173) dalam hal ini menyatakan peribahasa yang tidak
mempunyai makna dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal
daripada bahasa kiasan. Perumpamaan terdiri daripad dua jenis iaitu yang
menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.
Contoh perumpamaan :
i) Bagai aur dengan tebing.
Membawa pengertian satu kehidupan masyarakat yang hidup saling bantu-
membantu .
Contoh ayat – Kehidupan masyarakat Kampung Pinang saling bantu-membantu
antara satu sama lain bagai aur dengan tebing.
ii) Laksana bulan dipagar bintang’
Membawa maksud wajah seorang wanita yang sangat cantik paras rupanya.
Contoh ayat – Puteri sultan di negeri itu menjadi perbualan rakyat jelata kerana
rupa parasnya yang sangat cantik rupawan laksana bulan dipagar bintang.
iii) Seperti anjing dengan kucing
Membawa maksud suka berkelahi atau bergaduh.
Contoh ayat – Adik beradik Amir seperti anjing dengan kucing kerana mereka
sering sahaja bergaduh walaupun atas sebab yang kecil.
iv) Ibarat mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan.
Membawa pengertian melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar
keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.
Contoh ayat- Tindakan abang yang berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan
baru tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.
Peribahasa bolehlah dikatakan sabagai satu cerminan perwatakan sesuatu bangsa
yang memilikinya. Di samping itu,peribahasa memainkan peranan yang penting dalam
konteks penelitian warisan bangsa dan ketrampilan pengguna bahasa itu sendiri. Dalam
peribahasa itu sendiri ada makna tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga
membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan
peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang
dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa
telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara sesuatu
keburukan dan kebaikan serta dalam usaha kearah mencari ketetapan tatacara hidup
bermasyarakat.Sama ada relevan atau tidaknya sesuatu cabang peribahasa itu digunakan
pada masa kini adalah bertitik tolak daripada tujuan ianya digunakan oleh seseorang.Kita
boleh buktikan justifikasi pernyataan tadi berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu :
A) Aspek Ekonomi
i) Masa Itu Emas.
Peribahasa ini masih relevan dan sesuai digunakan lagi pada masa kini
kerana dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan sesorang itu amat
mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehinggakan
disamakan dengan emas.Maka peruibahasa “ Masa Itu emas “ atau ada juga
yang menyamakan nya dengan ‘ Masa itu lebih mahal dari permata”. Dalam
kepercayaan agama Islam juga menuntut kita menghargai masa.Jadi ,
petribahasa ini masih lagi relevan dan sesuai digunakan pada masa kini.
ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Untuk kita mendapatkan sesuatu hasil atau rezeki bagi kelangsungan hidup,
kta sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh .Setiap kejayaan yang
diharapkan bukan mudah diperolehi. Semuanya ini memerlukan ketekunan ,
kesungguhan serta kesabaran. Kita mestilah berusaha sendiri untuk
mendapatkannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa.Kejayaan atau hasil
atas daya usaha kita memang sentiasa ada menunggu di penghujung jalan
asalkan kita tetap berusaha bagi mendapatkannya.
iii) Rezeki secupak tidak akan jadi segantang.
Rezeki secupak di sini membawa erti pendapatan yang sangat sedikit dan
segantang pula memberi erti lebih banyak ataupun kuantiti yang jauh lebih
besar daripada secupak. Peribahasa ini tidak lagi relevan digunakan kerana
rezeki atau pendapatan yang diperolehi oleh seseorang boleh ditingkatkan
atau bertambah asalkan seseorang itu ingin berusaha. Sebagai contoh, untuk
menambah rezeki atau pendapatan tersebut , seseorang itu boleh berusaha
dengan cara melakukan pekerjaan tambahan atau pun kerja lebih masa.
Apabila kerja lebih masa , sudah pastilah akan menerima bayaran tambahan
atas kerja yang dilaukan tadi.Ini secara tidak langsung jumlah pendapatan
atau rezeki yang akan diterima meningkat dan bertambah banyak daripada
rezeki atau pendapatan yang asal.
iv) Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.
Peribahasa ini sangatlah sesuai digunakan pada masa kini apabila kita
berbicara tentang sikap menabung atau membuat simpanan wang untuk
faedah pada masa depan. Sikap berdikit-dikit membuat simpanan wang
adalah satu sikap yang baik bertujuan menabung demi keselesaan diri dan
juga keluarga pada masa-masa mendatang. Apabila mempunyai tabungan
atau simpanan wang akan memudahkan kita menhadapi masa-masa
kecemasan seperti ditimpa musibah atau pun memerlukan perbelanjaan yang
tidak dirancang seperti keperluan perubatan dan pendidikan untuk diri sendiri
dan keluarga. Kita tidak perlu membuat pinjaman daripada pihak-pihak lain
apabila mempunyai tabungan sendiri kesan daripada amalan kita menyimpan
wang secara sedikit-sedikit tersebut.
v) Ingat sebelum kena , jimat sebelum habis
Membawa pengertian bahawa kita sewajarnya perlu berhati-hati dalam
sesuatu perkara agar tidak menyesal di kemudian hari. Dalam soal ekonomi
contohnya, kita mestilah bijak menggunakan sesuatu sumber yang penting
dalam kehidupan seperti penggunaan air dan elektrik. Penggunaan yang
berhemat akan membolehkan sumber utama kehidupan ini dapat bertahan
untuk tempoh masa yang panjang.
Bekalan Elektrik contohnya, penggunaan yang berlebihan akan
menyebabkan kita terpaksa membayar bil bulanan yang tinggi , ini
memerlukan kita menggunakan sumber kewangan yang banyak. Selain itu,
penggunaan sumber letrik yang banyak ini akan mengakibatkan juga bekalan
menjadi semakin berkurangan dan menggagnggu proses kehidupan kita. Hal
yang sama juga berlaku dalam penggunaan air bersih. Berjimat
menggunakan air akan dapat menjimatkan bekalan air di tempat kita
seterusnya mengelakkan berlakunya krisis kekeurangan bekalan air. Jadi
peribahasa ini masih sesuai lagi pada masa kini.
2) Aspek Sosial
i) Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Pepatah ini masih sesuai digunakan pada masa kini. Membawa maksud
mementingkan diri sendiri dan tidak ada muafakat dalam kehidupan kejiranan
contohnya. Fenomena seperti ini kita dapat lihat berlaku di bandar-bandar
sama ada di petempatan taman-taman perumahan mahupun kehidupan
mewah serba moden di kondominium yang gah berdiri.
Peribahasa ini sangat sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita
pada masa kini.Memang tidak boleh kita nafikan, bahawa sememangnya
terdapat sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau
dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri ataupun keluarga
dalam rumah sendiri dan bersikap lebih individualistik.Kesannya, mereka
lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan di mana pada
suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi teras dalam masyarakat kita.
Hubungan yang akrab ini bolehlah diibaratkan seperti “ cubit peha kiri, peha
kanan terasa”.Tetapi seiring dengan peredaran masa , di mana masyarakat
begitu sibuk dalam mengurus karier dan keluarga sendiri, mengakibatkan
semangat kejiranan itu semakin terhakis sedikit demi sedikit.Malah ada di
antara jiran sukar untuk bertegur sapa dan berbual mesra akibat dihambat
kesibukan urusan peribadi. Rentetan daripada itu, masyarakat kita akan
semakin hiking kemahiran berkomunikasi dan sikap ramah tamah dalam
pergaulan.Apatah lagi, teknologi moden masa kini dengan penggunaan gajet
seperti telefon pintar, faksimili dan internet menjadikan kita tidak perlu lagi
bersua muka untuk berhubung.
ii ) Bagaimana acuan , begitulah kuihnya.
Peribahasa ini membawa maksud seseorang anak itu akan mengikut sikap
dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. Peribahasa ini tidak sesuai lagi
digunakan pada zaman serba mencabar sekarang. Berbanding zaman
dahulu, ianya bolehlah dikatakan sesuai kerana kurang atau tidak banyak
cabaran yang melanda dalam kehidupan anak-anak. Pengaruh-pengaruh
sosial yang kurang elok boleh dikatakan sangat sedikit dan anak-anak sangat
menghormati ibu bapa serta orang-orang yang lebih tua.
Berbeza dengan masa kini, disebabkan kehidupan yang serba moden serta
pergaulan anak-anak yang lebih luas dan bersikap terbuka, mengakibatkan
ada di antara mereka yang mudah terpengaruh dan mula lupa akan adat
resam serta budaya menghormati orang yang lebih tua. Pengaruh luar yang
diterima sama ada di sekolah atau pergaulan sesama rakan-rakan
mengakibatkan berlakunya perkara-perkara yang tidak baik seperti
menghisap rokok dan sebagainya. Masa kini, kita dengan mudah boleh lihat
bagaimana seorang anak menhisap rokok sedangkan bapanya bukan lah
seorang perokok.Di sini jelas sekali, sikap atau perlakuan pasangan ibu bapa
itu bukan jaminan kepada anak untuk menjadi seperti nya.Begitu juga dengan
sikap yang berbeza dengan orang tua seperti tutur kata dan penampilan
anak-anak bukan lagi cerminan acuan ibu dan bapa.
iii) Pipit sama pipit, enggang sama enggang
Peribahasa ini membawa pengertian bahawa tidak sama taraf atau darjat
antara golongan atasan dan bawahan. Dalam erti kata lain tidak setaraf
kedudukan golongan berada dengan golongan miskin. Situasi duduk tak
sama rendah..berdiri tak sama tinggi ini, tidak sesuai lagi pada masa kini
kerana masyarakat kita kini lebih terbuka akibat mendapat pendidikan yang
tinggi. Isu ini pada zaman dahulu menjurus kepada soal jodoh seseorang di
mana golongan yang miskin dan tidak berharta sewajarnya tidak boleh atau
patut ingin mempunyai pasangan atau berkahwin dengan golongan yang
kaya dan berharta. Isu antara dua darjat ini seringkali dipaparkan dalam
cerita-cerita bangsawan dan seolah-olah ianya adalah satu ikutan pada masa
itu. Mungkin disebabkan pengaruh cerita-cerita bangsawan yang dipentaskan
pada masa itu, menjadikan fenomena ini suatu ikutan yang mesti dituruti.oleh
masyarakat.
Akan tetapi seiring dengan peredaran masa, peribahasa ini tidak lagi sesuai
dan relevan, kerana pemikiran masyarakat yang sebegitu semakin
berkurangan. Masyarakat kini lebih terbuka dalam isu soal jodoh. Bukan lagi
meletakkan darjat dan harta sebagai syarat utama, pergaulan dalam situasi
soaial kini dimana pendidikan dan perasaan memainkan peranan yang lebih
utama dalam soal penentuan jodoh seseorang. Golongan yang tidak berharta
selama ini mempunyai harta yang lebih tinggi nilainya iaitu anak-anak yang
terpelajar menuntut di menara gading standing dengan anak-anak golongan
berdarjat dan berharta tadi. Perasaan terhadap pasngan lebih penting
berbanding soal pemilikan harta , menjadikan pasangan ini akhirnya bertaut
jodoh seterusnya menafikan isu” pipit sama pipit, enggang sama enggang.”
iv) Nasi sudah menjadi bubur.
Membawa pengertian yang sangat besar impaknya kepada kita. Nasi ialah
sejenis makanan yang dimakan oleh masyarakat Melayu khususnya,
manakala bubur pula sejenis makanan yang sesuai dimakan oleh anak-anak
kecil atau seseorang yang sakit dan dalam keadaan yang tidak sihat. Apabila
menanak nasi, terlebih meletakkan air di dalamnya, maka beras tadi akan
lembik seterusnya tidak lagi dapat menjadi nasi.Ini menggambarkan
perlakuan sosial seseorang yang seharusnya berfikir dengan bijak akan suatu
hal atau tindakan supaya tiadak akan mendatangkan kesan yang buruk
kepadanya. Peribahasa ini masih sesuai digunakan pada masa kini bagi
menjadi pedoman kepada masyarakat hari ini .
Tindakan yang melulu tanpa berfikir semasak-masaknya akan memberikan
impak yang tidak baik kepada sesetengah pihak. Sewajarnya kita berbincang
dengan banyak pihak dalam mengambil suatu tindakan atau keputusan
supara nanti tidak dikatakan nasi sudah menjadi bubur, tidak ada apa-apa
lagi yang boleh diubah untuk menyelamatkan keadaan.
v) Rosak badan kerana mulut.
Seseorang itu akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur
katanya. Dalam perhubungan sosial sesama rakan taulan baik di tempat kerja
ataupun tempat tinggal ,komunikasi secara terus melalui percakapan
seringkali berlaku. Kita sewajarnya menjaga tutur bicara sesama sendiri agar
setiap butir bicara tersebut tidak akan mengguris atau menyakitkan hati
rakan-rakan . Ada pepatah menyatakan, tutur kata lagi tajam daripada mata
pedang. Pepatah ini menggambarkan betapa kita harus menjaga tutur kata
sepanjang masa supaya tidak akan berlaku sesuatu yang kurang elok
disebabkan terlepas kata atau terlajak bicara .
Banyak perkara buruk bakal terjadi akibat daripada terlepas cakap ini.
Hubungan sesame rakan menjadi renggang, jiran dengan jiran bermasam
muka dan adik beradik bercakaran akibat daripada terlepas kata ini.
Peribahasa ini masih lagi sesuai dijadikan panduan oleh kita dalam konteks
hidup bermasyarakat.
3 ) Aspek Politik.
i) Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
Dalam berpolitik seseorang seringkali berbuat janji kepada masyarakat
sekelilingnya sebelum mengecap kejayaan dalam bidang tersebut. Sebagai
contoh, seseorang yang terpilih menjadi calon bagi sesebuah kawasan dala satu
pertandingan untuk memilih pemimpin misalnya, akan cuba mempengaruhi
masyarakat setempat untuk memberikan sokongan kepadanya. Pelbagai janji
dan habuan yang baik-baik dipertaruhkan semasa sesi ucapan dan dialog.
Jadi apabila berjaya terpilih sebagi pemimpin , maka dia mestilah ingat akan
janji-janji yang telah ditabur sebelum ini dan berusaha sedaya mungkin
menunaikannya. Masyarakat yang memberikan sokongan kepadanya sebelum
ini sudah pasti akan percaya dan terus menerus memberikan sokongan
kepadanya dalam setiap situasi . Akan tetapi jika selepas mencapai kejayaan ,
segala janji langsung tidak ditunaikan, maka masyarakat yang memberikan
sokongan kepadanya sebelum ini akan hilang kepercayaan seterusnya beralih ke
pihak yang satu lagi bagi memohon simpati pertolongan. Hal ini bukan sahaja
merugikan diri sendiri malah akan terus menutup peluang kepadanya pada masa
akan datang.Peribahasa ini masih sesuai di amalkan dan dijadikan panduan oleh
pihak-pihak yang aktif berpolitik masa kini.
ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Bahasa dan kata menggambarkan fikiran, emosi, watak dan personaliti
seseorang. Bagi seorang ahli politik, kata-kata yang dituturkan boleh menjulang
imej dan namanya, dan juga boleh menjahanamkan dirinya. Oleh itu, pemimpin
politik sewajarnya berpegang kepada peribahasa , “cakap siang pandang-
pandang, cakap malam dengar-dengar”. Sekiranya terlajak perahu dapat
diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.Meskipun seseorang itu boleh
memaohon maaf selepas itu,namun krebiliti dan nama baiknya akan terjejas .
Dalam sebuah Negara yang pelbagai ethnik, budaya dan agama seperti
Malaysia, ahli politik perlu berhati-hati dengan kata-kata yang salah boleh
menyinggung perasaan sesuatu kaum. Lebih buruk lagi kata-kata tersebut boleh
mencetuskan perasaan permusuhan antara kaum dam agama, ketegangan serta
perpecahan dalam masyarakat.Akibat daripada pemimpin yang tidak belajar dari
mesej peribahasa ini akan menjerumuskan dirinya dalam kancah kontroversi.
iii) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Setiap individu dalam sesebuah negara mengimpikan kemakmuran dan
kesejahteraan semenjak zaman merdeka akan berterusan. Para pemimpin
haruslah bijak mengemudi kerajaan baik dari segala aspek. Pemimpin
seharusnya bertindak sebagai pihak yang melindungi rakyat dari sebarang
angkara pihak-pihak yang mencetuskan huru-hara dalam sesebuah negara.
Pihak keselamatan contohnya, mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan jujur dan ikhlas dan tidak menindas golongan rakyat yang perlukan
perlindungan.Penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasaan undang-undang
haruslah diberi perhatian serius oleh pemimpin, agar rakyat tidak menganggap
pihak-pihak ini sebagai pihak yang “ harapkan pagar, pagar makan padi”.
iv) Menang sorak kampung tergadai
Peribahasa ini mengupas bagaimana seseorang pemimpin yang begitu terkenal
dan amat disengani dan dihormati akan setiap langkah dan tutur katanya di luar
kawasan nya. Akan tetapi , beliau tidak langsung mengambil berat akan
masyarakat yang berada di bawah tadbirannya. Banyak isu-isu luar berjaya
diselesaikannya dengan begitu gah sekali tetapi pada masa yang sama langsung
tidak memainkan peranan yang sewajarnya di kawasannya sendiri. Akibat
daripada situasi ini, pemimpin ini akan di pinggir dan diketepikan pada suatu
masa nanti. Sebagai pemimpin politik khususnya, perkara sebegini harus diberi
perhatian dan jangan nanti apabila sudah terhantuk baru nak tergadah.
Peribahasa ini masih sinonim diberikan perhatian oleh mereka yang terlibat
dalam politik untuk dijadikan sebagai panduan .
v) Bersatu teguh bercerai roboh
Peribahasa ini bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam
sesebuah negara. Keutuhan sesebuah negara banyak bergantung kepada
kesepaduan dalam kalangan rakyatnya. negara yang tidak ada kesepaduan
rakyat akan mendapat kesan yang negatif dari berbagai aspek. Kehidupan
bermasyarakat dalam sebuah negara yang berbilang kaum memerlukan
penghayatan peribahasa ini sedalam-dalamnya. Rakyat perlu berpegang kepada
prinsip membina kekuatan negara melalui perpaduan antara kaum didalamnya.
Konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini penting dalam suasana
politik sesebuah negara.Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh
membela nsib rakyat dalam sesebuah negara.Perpecahan yang wujud dalam
system politik akan menggugat keamanan dan nasib seluruh rakyat tidak akan
terbela.Perpaduan juga penting untuk pembangunan demi kemakmuran rakyat
seluruh negara.
Peribahasa ini banyak membawa peringatan kepad kita semua akan peri
pentingnya perpaduan atau semangat kerjasama itu. Sikap menuding jari kepada
mana-mana pihak apabila tibul satu masalah bukanlah satu tidkan yang bijak .
KESIMPULAN.
Peribahasa Melayu merupakan satu susunan kata-kata berbahasa yang menarik ,
menarik, berlapik dan memiliki ciri-ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya.
Melalui kata-kata yang disusun seterusnya ditutur membawa maksud yang tersurat
mahupun tersirat telah dapat dijadikan pedoman dalam masyarakat . Di samping
menyerlahkan lagi nilai-nilai kesantunan dan keindahan berbahasa yang wujud dalam
budaya Melayu. Budaya yang telah diwarisi sejak turun temurun sebagi satu warisan budaya
yang sentiasa dipelihara.
Assinhnment bmm 3114

More Related Content

What's hot

Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaSTMIK Sumedang
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)Bagus Afghoni
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Tiv Sam
 
DIKSI BAHASA INDONESIA
DIKSI BAHASA INDONESIADIKSI BAHASA INDONESIA
DIKSI BAHASA INDONESIALtfltf
 
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-Cirinya
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-CirinyaMakalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-Cirinya
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-CirinyaTomiApraSantosa
 
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatik
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatikWacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatik
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatikNurulbanjar1996
 
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9Teks yang Dipelajari pada Kelas 9
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9Risa Firsta
 

What's hot (20)

Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesia
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Nota wacana
Nota wacanaNota wacana
Nota wacana
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)
MPBA 2 Kel. 6 (Pembelajaran Mufrodaat)
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Makalah kata serapan
Makalah kata serapanMakalah kata serapan
Makalah kata serapan
 
DIKSI BAHASA INDONESIA
DIKSI BAHASA INDONESIADIKSI BAHASA INDONESIA
DIKSI BAHASA INDONESIA
 
Pengajaran Peribahasa
Pengajaran PeribahasaPengajaran Peribahasa
Pengajaran Peribahasa
 
Al-Mutaradif
Al-Mutaradif Al-Mutaradif
Al-Mutaradif
 
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-Cirinya
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-CirinyaMakalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-Cirinya
Makalah Pengertian Kalmat Efektif dan Ciri-Cirinya
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Norma (ips 4)
Norma (ips 4)Norma (ips 4)
Norma (ips 4)
 
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatik
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatikWacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatik
Wacana dan kebuayaan mata kuliah pragmatik
 
Teaching media
Teaching mediaTeaching media
Teaching media
 
Aneka Jenis Teks
Aneka Jenis TeksAneka Jenis Teks
Aneka Jenis Teks
 
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9Teks yang Dipelajari pada Kelas 9
Teks yang Dipelajari pada Kelas 9
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 

Similar to Assinhnment bmm 3114

Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranfazri Rahim
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaSTMIK Sumedang
 
Kata dan-diksi
Kata dan-diksiKata dan-diksi
Kata dan-diksiIjank Gaul
 
Assignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaAssignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaZuzanariah Osman
 
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdf
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdfadoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdf
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdfRahmawati105961
 
Bahasa baku bahasa indonesia
Bahasa baku bahasa indonesiaBahasa baku bahasa indonesia
Bahasa baku bahasa indonesiajiah_siregar
 
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptWawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptonelmumtaz
 
Kata dan Diksi
Kata dan DiksiKata dan Diksi
Kata dan DiksiHaliza25
 
Makalah bahasa indonesia ugi
Makalah bahasa indonesia ugiMakalah bahasa indonesia ugi
Makalah bahasa indonesia ugipipit rantika
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Laila Mohd Sarjan
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 
Penelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPenelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPradicta Nurhuda
 
Makalah filsafat bahasa
Makalah filsafat bahasaMakalah filsafat bahasa
Makalah filsafat bahasamelasuciati09
 
Makalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasaMakalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasatalitaalutfiyah
 

Similar to Assinhnment bmm 3114 (20)

Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
kata-dan-diksi.ppt
kata-dan-diksi.pptkata-dan-diksi.ppt
kata-dan-diksi.ppt
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesia
 
Kata dan-diksi
Kata dan-diksiKata dan-diksi
Kata dan-diksi
 
Assignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaAssignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasa
 
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdf
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdfadoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdf
adoc.pub_penerjemahan-dan-budaya.pdf
 
Bahan bmm 3111
Bahan bmm 3111Bahan bmm 3111
Bahan bmm 3111
 
Bahasa baku bahasa indonesia
Bahasa baku bahasa indonesiaBahasa baku bahasa indonesia
Bahasa baku bahasa indonesia
 
TINDAK UJARAN DALAM PSIKOLINGUISTIK
TINDAK UJARAN DALAM PSIKOLINGUISTIKTINDAK UJARAN DALAM PSIKOLINGUISTIK
TINDAK UJARAN DALAM PSIKOLINGUISTIK
 
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptWawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
 
Storytelling
StorytellingStorytelling
Storytelling
 
Kata dan Diksi
Kata dan DiksiKata dan Diksi
Kata dan Diksi
 
Makalah bahasa indonesia ugi
Makalah bahasa indonesia ugiMakalah bahasa indonesia ugi
Makalah bahasa indonesia ugi
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
Penelitian Sosiolinguistik
Penelitian SosiolinguistikPenelitian Sosiolinguistik
Penelitian Sosiolinguistik
 
Makalah filsafat bahasa
Makalah filsafat bahasaMakalah filsafat bahasa
Makalah filsafat bahasa
 
Makalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasaMakalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasa
 
Sifat bahasa
Sifat bahasaSifat bahasa
Sifat bahasa
 

More from Shila Daly

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod kokoShila Daly
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)Shila Daly
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 

More from Shila Daly (11)

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod koko
 
Cover (1)
Cover (1)Cover (1)
Cover (1)
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
Big sem 7
Big sem 7Big sem 7
Big sem 7
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Bb
BbBb
Bb
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 

Assinhnment bmm 3114

  • 1. Dalam kalangan kelompok masyarakat Melayu, peribahasa bukan sesuatu yang asing.Peribahasa telah lama digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.Peribahasa merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu.Susunan katanya pendek tetapi menepati makna ataupun sesuatu maksud yang hendak disampai atau diluahkan oleh si penuturnya. Susunan kata yang sedap didengar , bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan banyak orang sejak turun temurun . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 :1185) peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidal, pepatah atau seumpamanya.Mengikut Kamus Fajar pula, peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu .Menurut Kamus Besar Indonesia pula , makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat , prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif , langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat. Prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Za’ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ( Za’ba 1965:165) telah mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar , penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan yang bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang sentiasa meniti di mulut orang-orang dahulu hingga kini. Kadang-kadang ianya dikenali sebagai ‘’perkataan orang-orang tua sahaja “. Menurut Ghazali Dunia dalam bukunya Langgam Sastera Lama ( Kuala Lumpur ; Oxford Univversity Press, 1969 ) telah menyatakan bahawa peribahasa ialah bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir bangsa kita pada zaman itu.Mohd Adnan Mohd Ariffin telah membuat kesimpulan dari pengertian yang diberikan oleh Ghazali Dunia di atas dapat diterima sebagai satu fakta , tetapi tidak semestinya ditafsirkan secara yang berlebihan sehingga mungkin ada orang yang beranggapan bahawa peribahsa hanya milik sastera lama sekaligus milik masyarakat zaman lampau sahaja. Dengan itu, kemungkinan generasi muda akan memandang remeh terhadap peribahasa dan tidak menganggapnya sebagai satu ciri kekuatan pengucapan dalam pertuturan dan penulisan.
  • 2. Peribahasa bukan sahaja sinonim dengan masyarakat Melayu, malah dalam bangsa Arab juga terdapat peribahasa yang telah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Dalam pengertian Arab peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa, yang boleh kita temui keserupan dari segi maknanya , meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan bangsa tertentu. Peribahasa Arab yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu ialah seperti contoh dibawah : “Sebelum memanah, isi dulu anak panah “–Hal ini sama seperti ungkapan perbahasa Melayu yang berbunyi “ Sediakan payung sebelum hujan “.Meskipun terdapat perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut, namun , keduanya mengandungi persamaan dari segi maksud iaitu “ Persiapkan segala sesuatu sebelum melakukan sesuatu kerja”. Orang Arab menggunakan kata tempat anak panah dan memanah , kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi berperang pada zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut , sedangkan dalam peribahasa Melayu digunakan kata hujan dan payung adalah kerana di alam Melayu sering hujan. Kita boleh katakan bahawa peribahasa adalah gambaran watak bangsa yang memiliki dan mengamalkannya dalam kehidupan atau cara hidup seharian.Selain itu, peribahasa sangat penting dalam ketrampilan seseorang itu berbahasa kerana dalam peribahasa itu banyak tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehinggakan hubungan dua hala atau komunikasi lisan ataupun tulisan menjadi sangat berkesan. Menurut Abdullah Hussain : 2003 ,dalam penghasilan sesuatu peribahasa terdapat tiga sumber telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup seseorang khususnya masyarakat kelas biasa. Kedua, melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab- kitab suci. Hasinya, peribahasa yang meniti di bibir orang Melayu bukan sekadar mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam , malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilan amat teratur, ringkas dan padat. Ironinya di sini, walaupun terdapat banyak pengertian peribahasa yang telah diketengahkan oleh banyak pihak , namun ianya hanya merujuk kepada satu makna sahaja iaitu salah satu daripada warisan generasi lampau yang merupakan satu seni percakapan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa ini telah
  • 3. menjadi salah satu daripada ragam bahasa yang terkandung di dalam pengajian Bahasa Melayu. Namun yang sangat pasti peribahasa “ tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas”. Peribahasa terdiri daripada pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan. 1) PEPATAH Pepatah ialah peribahasa berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya. Pepatah juga digunakan untuk menatakan penegasan, falsafah atau pengajaran yang hendak disampaikan. Ada juga pendapat menyatakan pepatah ialah kalimat- kalimat yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam kehidupan masyarakat. Menutut Rubiah Aksah ( 2005 :174) pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.Ada juga pendapat menyatakan pepatah lebih menitikberatkan sifat ringkasnya disampimg ketepatan perkataan dan kenebaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya.Setiap patah perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran secara khusus. Contoh pepatah : i) Ada air adalah ikan Ada negeri tentulah ada rakyatnya. “ Walaupun tempat itu sunyi sahaja, namaun terdapat kesan-kesan tinggalan yang membuktikan bahawa pernah ada negeri di sini.Jadi tentulah tidak menjadi kesalahan kalau beta katakana bahawa ada air, adalah ikan : titah Raja Muhammad kepada pemburu yang mengiringi baginda berburu . ii) Bagaimana acuan begitulah kuahnya “ Bagaimana kelakuan ibu bapa begitulah kelakuan anaknya. .Seseorang anak yang tidak mahu berbuat kerja-kerja kebajikan di kawasan penempatan kerana ibu dan bapanya yang tidak pernah melakukan perkara tersebut. Anak tadi mengikut perlakuan Ibu dan bapanya. iii) Datang seperti rebut, pergi seperti semut. “ Membawa maksud sesuatu penyakit itu cepat untuk merebak tetapi untuk sembuh atau pulih adalah sangat lambat.Sebagai contoh penyakit yang mudak merebak seperti taun yang menyerang penduduk di sesebuah kawasan akan mudah merebak keseluruhan kampung dan menyerang para
  • 4. penduduk. Akan tetapi, walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa tetap sukar untuk memulihkannya dalam satu masa yang singkat. 2) BIDALAN Menurut Kamus Dewan bidalan ialah kata-kata yang selalu disebut yang mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya , Bidalan juga merupakan satu cabang peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman atau pengajaran kepada masyarakat.Bidalan mempunyai maksud yang tersirat di sebalik susunan perkataan yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Bidalan juga membawa makna atau maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan.Oleh itu, bidalan sering digunakan untuk memberikan secara terus.Dalam hal ini bentuk bidalan terdiri daripada dua bahagian , iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah atau pelengkap bagi maksud tersebut. Contoh bidalan : i) Berkata siang pandang –pandang, berkata malam dengar-dengar Bidalan ini membawa maksud , kita hendaklah berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.Ini adalah dikhuatiri akan didengar oleh pihak ketiga yang akan menjadikan situasi bertambah buruk. Contoh , apabila ibu dan bapa berkata tentang perilaku yang kurang elok tentang seseorang seperti anak menantu di dalam rumah haruslah berhati-hati supaya tidak didengari olehnya yang mana akan menyebabkan situasi menjadi kurang elok. ii) Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. Bidalan ini membawa pengertian bahawa adalah lebih baik seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dan boleh mendatangkan rezeki bagai menampung kehidupan sementara menunggu peluang untuk mendapat pekerjaan yang diharapkan. Sebagai contoh yang mudah ialah seseorang pelajar yang baru tamat persekolahan adalah lebih baik melakukan pekerjaan sambilan untuk mendapatkan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan ibu bapa sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai dan yang diharapkan. iii) Belum duduk sudah berlunjur. Bidalan ini membawa maksud seseorang yang belum pasti mendapat sesuatu yang diharapkan tetapi sudah begitu yakin akan memperolehinya
  • 5. walaupun perkara atau sesuatu yang dihajatinya itu benar-benar telah diperolehi olehnya. Sebagai contoh : Apabila seseorang berhajatkan sesuatu telah awal-awal lagi berasa gembira kerana yakin akan memperolehinya sedangkan realiti sebenarnya masih belum mendapat apa-apa. iv) Genggam bara api biar sampai jadi arang Bidalan ini membawa maksud apabila melakukan sesuatu perkerjaan yang susah, kita mestilah bersikap sabar dan cuba menyelesaikannya dengan sempurna dan berjaya. Contohnya , Apabila seseorang itu ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran akan tetap berusaha habis- habisan untuk mencapai kejayaan walaupun beberapa kali mengalami kegagalan , tidak akan berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga akhirnya menggapai kejayaan yang diidam-idamkan. v) Daripada cempedak baiklah nangka Bidalan ini mempunyai maksud yang sangat menarik juga iaitu apabila kita memerlukan sesuatu barang untuk sesuatu tujuan tetapi barang tersebut tidak ada, dan kita menggantikannya dengan barang lain yang tidak akan menjejaskan tujuan kita . Sebagai contoh, apabila kita ingin memasak lauk menggunakan santan tetapi kita tidak mempunyai kelapa dan tidak memperolehinya walaupun telah berusaha mendapatkannya. Kita boleh menggantikannya dengan susu . Ini adalah lebih baik daripada kita langsung tidak dapat memasak lauk tersebut. 3 ) SIMPULAN BAHASA Abdullah Hussein menyatakan bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain darpada erti yang lazim.Simpulan bahasa merupakan cabang peribahasa yang paling mudah dan ringkas.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuk perkataan tersebut. Susunan perkataannya adalah tetap dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Simpulan bahasa ialah perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal.Simpulan bahasa terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Kata kerja, kata adjektif, kata nama khas dan juga nilai kepercayaan.
  • 6. 1) Contoh simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama khas: i) Abu Jahal Seseorang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebaikan. Contoh ayat :-“ Kalau awak tidak mahu membantu kerja-kerja ini, janganlah kamu menjadi Abu Jahal pula dengan menghalang orang lain daripada melakukannya” , kata ibu kepada abang. ii) Mat Jenin Seseorang yang suka berangan-angan 2) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama am : i) Lipas kudung Seseorang yang melakukan kerja dengan pantas ii) Anak buah Membawa makdud anak saudara atau orang yang berada di bawah pengawasan ketua seperti ketua pejabat atau penghulu. 3) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata adjektif : i) Kecil hati Membawa maksud seseorang merajuk atau terasa hati disebabkan oleh perbuatan orang lain. ii) Bodoh sepat : Membawa maksud seseorang yang Nampak seperti tidak tahu apa-apa tetapi sebenarnya bijak dan pandai. 4) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada nilai kepercayaan: i) Air pinang Membawa maksud air yang dibuat daripada buah pinang untuk tujuan rawtan tradisional. ii) Makan bulan Membawa maksud mengambil masa yang panjang atau berbulan-bulan. 5) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata kerja : i) Ajak-ajak ayam
  • 7. Membawa maksud mempelawa seseorang secara sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. ii) Pasang telinga Membawa maksud mencuri-curi dengar perbualan orang lain. A) Terdapat juga simpulan bahasa yang mempunyai dua makna , Contohnya : i) Anak buah - Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu. - Anak saudara ii) Langgar bahasa - Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar - Tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat B) Ada juga simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama : i) Muka talam / Muka tembok / muka tebal Membawa maksud seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu ii) Tua keladi / tua terkutuk / tua lengkuas Membawa maksud seseorang yang sudah lanjut usia tetapi mempunyai perangai yang tidak senonoh atau jahat. 3) PERUMPAMAAN Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan.Istilah perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan suatu perkara lain yang standing. Perumpamaan dibentuk untuk membandingkan sesuatu perkara dengan yang lain dan biasanya didahului dengan perkataan umpama, bagai, seperti, laksana dan ibarat. Perumpamaan juga membawa maksud yang berbeza daripada maksud asal perkataan yang digunakan dan umumnya mengandungi pengajaran.Za’ba ( 1965:173) dalam hal ini menyatakan peribahasa yang tidak mempunyai makna dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan. Perumpamaan terdiri daripad dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.
  • 8. Contoh perumpamaan : i) Bagai aur dengan tebing. Membawa pengertian satu kehidupan masyarakat yang hidup saling bantu- membantu . Contoh ayat – Kehidupan masyarakat Kampung Pinang saling bantu-membantu antara satu sama lain bagai aur dengan tebing. ii) Laksana bulan dipagar bintang’ Membawa maksud wajah seorang wanita yang sangat cantik paras rupanya. Contoh ayat – Puteri sultan di negeri itu menjadi perbualan rakyat jelata kerana rupa parasnya yang sangat cantik rupawan laksana bulan dipagar bintang. iii) Seperti anjing dengan kucing Membawa maksud suka berkelahi atau bergaduh. Contoh ayat – Adik beradik Amir seperti anjing dengan kucing kerana mereka sering sahaja bergaduh walaupun atas sebab yang kecil. iv) Ibarat mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan. Membawa pengertian melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian. Contoh ayat- Tindakan abang yang berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan baru tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Peribahasa bolehlah dikatakan sabagai satu cerminan perwatakan sesuatu bangsa yang memilikinya. Di samping itu,peribahasa memainkan peranan yang penting dalam konteks penelitian warisan bangsa dan ketrampilan pengguna bahasa itu sendiri. Dalam peribahasa itu sendiri ada makna tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara sesuatu keburukan dan kebaikan serta dalam usaha kearah mencari ketetapan tatacara hidup bermasyarakat.Sama ada relevan atau tidaknya sesuatu cabang peribahasa itu digunakan pada masa kini adalah bertitik tolak daripada tujuan ianya digunakan oleh seseorang.Kita boleh buktikan justifikasi pernyataan tadi berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu :
  • 9. A) Aspek Ekonomi i) Masa Itu Emas. Peribahasa ini masih relevan dan sesuai digunakan lagi pada masa kini kerana dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan sesorang itu amat mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehinggakan disamakan dengan emas.Maka peruibahasa “ Masa Itu emas “ atau ada juga yang menyamakan nya dengan ‘ Masa itu lebih mahal dari permata”. Dalam kepercayaan agama Islam juga menuntut kita menghargai masa.Jadi , petribahasa ini masih lagi relevan dan sesuai digunakan pada masa kini. ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Untuk kita mendapatkan sesuatu hasil atau rezeki bagi kelangsungan hidup, kta sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh .Setiap kejayaan yang diharapkan bukan mudah diperolehi. Semuanya ini memerlukan ketekunan , kesungguhan serta kesabaran. Kita mestilah berusaha sendiri untuk mendapatkannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa.Kejayaan atau hasil atas daya usaha kita memang sentiasa ada menunggu di penghujung jalan asalkan kita tetap berusaha bagi mendapatkannya. iii) Rezeki secupak tidak akan jadi segantang. Rezeki secupak di sini membawa erti pendapatan yang sangat sedikit dan segantang pula memberi erti lebih banyak ataupun kuantiti yang jauh lebih besar daripada secupak. Peribahasa ini tidak lagi relevan digunakan kerana rezeki atau pendapatan yang diperolehi oleh seseorang boleh ditingkatkan atau bertambah asalkan seseorang itu ingin berusaha. Sebagai contoh, untuk menambah rezeki atau pendapatan tersebut , seseorang itu boleh berusaha dengan cara melakukan pekerjaan tambahan atau pun kerja lebih masa. Apabila kerja lebih masa , sudah pastilah akan menerima bayaran tambahan atas kerja yang dilaukan tadi.Ini secara tidak langsung jumlah pendapatan atau rezeki yang akan diterima meningkat dan bertambah banyak daripada rezeki atau pendapatan yang asal. iv) Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Peribahasa ini sangatlah sesuai digunakan pada masa kini apabila kita berbicara tentang sikap menabung atau membuat simpanan wang untuk faedah pada masa depan. Sikap berdikit-dikit membuat simpanan wang adalah satu sikap yang baik bertujuan menabung demi keselesaan diri dan
  • 10. juga keluarga pada masa-masa mendatang. Apabila mempunyai tabungan atau simpanan wang akan memudahkan kita menhadapi masa-masa kecemasan seperti ditimpa musibah atau pun memerlukan perbelanjaan yang tidak dirancang seperti keperluan perubatan dan pendidikan untuk diri sendiri dan keluarga. Kita tidak perlu membuat pinjaman daripada pihak-pihak lain apabila mempunyai tabungan sendiri kesan daripada amalan kita menyimpan wang secara sedikit-sedikit tersebut. v) Ingat sebelum kena , jimat sebelum habis Membawa pengertian bahawa kita sewajarnya perlu berhati-hati dalam sesuatu perkara agar tidak menyesal di kemudian hari. Dalam soal ekonomi contohnya, kita mestilah bijak menggunakan sesuatu sumber yang penting dalam kehidupan seperti penggunaan air dan elektrik. Penggunaan yang berhemat akan membolehkan sumber utama kehidupan ini dapat bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Bekalan Elektrik contohnya, penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kita terpaksa membayar bil bulanan yang tinggi , ini memerlukan kita menggunakan sumber kewangan yang banyak. Selain itu, penggunaan sumber letrik yang banyak ini akan mengakibatkan juga bekalan menjadi semakin berkurangan dan menggagnggu proses kehidupan kita. Hal yang sama juga berlaku dalam penggunaan air bersih. Berjimat menggunakan air akan dapat menjimatkan bekalan air di tempat kita seterusnya mengelakkan berlakunya krisis kekeurangan bekalan air. Jadi peribahasa ini masih sesuai lagi pada masa kini. 2) Aspek Sosial i) Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Pepatah ini masih sesuai digunakan pada masa kini. Membawa maksud mementingkan diri sendiri dan tidak ada muafakat dalam kehidupan kejiranan contohnya. Fenomena seperti ini kita dapat lihat berlaku di bandar-bandar sama ada di petempatan taman-taman perumahan mahupun kehidupan mewah serba moden di kondominium yang gah berdiri. Peribahasa ini sangat sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini.Memang tidak boleh kita nafikan, bahawa sememangnya terdapat sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri ataupun keluarga
  • 11. dalam rumah sendiri dan bersikap lebih individualistik.Kesannya, mereka lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan di mana pada suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi teras dalam masyarakat kita. Hubungan yang akrab ini bolehlah diibaratkan seperti “ cubit peha kiri, peha kanan terasa”.Tetapi seiring dengan peredaran masa , di mana masyarakat begitu sibuk dalam mengurus karier dan keluarga sendiri, mengakibatkan semangat kejiranan itu semakin terhakis sedikit demi sedikit.Malah ada di antara jiran sukar untuk bertegur sapa dan berbual mesra akibat dihambat kesibukan urusan peribadi. Rentetan daripada itu, masyarakat kita akan semakin hiking kemahiran berkomunikasi dan sikap ramah tamah dalam pergaulan.Apatah lagi, teknologi moden masa kini dengan penggunaan gajet seperti telefon pintar, faksimili dan internet menjadikan kita tidak perlu lagi bersua muka untuk berhubung. ii ) Bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Peribahasa ini membawa maksud seseorang anak itu akan mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. Peribahasa ini tidak sesuai lagi digunakan pada zaman serba mencabar sekarang. Berbanding zaman dahulu, ianya bolehlah dikatakan sesuai kerana kurang atau tidak banyak cabaran yang melanda dalam kehidupan anak-anak. Pengaruh-pengaruh sosial yang kurang elok boleh dikatakan sangat sedikit dan anak-anak sangat menghormati ibu bapa serta orang-orang yang lebih tua. Berbeza dengan masa kini, disebabkan kehidupan yang serba moden serta pergaulan anak-anak yang lebih luas dan bersikap terbuka, mengakibatkan ada di antara mereka yang mudah terpengaruh dan mula lupa akan adat resam serta budaya menghormati orang yang lebih tua. Pengaruh luar yang diterima sama ada di sekolah atau pergaulan sesama rakan-rakan mengakibatkan berlakunya perkara-perkara yang tidak baik seperti menghisap rokok dan sebagainya. Masa kini, kita dengan mudah boleh lihat bagaimana seorang anak menhisap rokok sedangkan bapanya bukan lah seorang perokok.Di sini jelas sekali, sikap atau perlakuan pasangan ibu bapa itu bukan jaminan kepada anak untuk menjadi seperti nya.Begitu juga dengan sikap yang berbeza dengan orang tua seperti tutur kata dan penampilan anak-anak bukan lagi cerminan acuan ibu dan bapa.
  • 12. iii) Pipit sama pipit, enggang sama enggang Peribahasa ini membawa pengertian bahawa tidak sama taraf atau darjat antara golongan atasan dan bawahan. Dalam erti kata lain tidak setaraf kedudukan golongan berada dengan golongan miskin. Situasi duduk tak sama rendah..berdiri tak sama tinggi ini, tidak sesuai lagi pada masa kini kerana masyarakat kita kini lebih terbuka akibat mendapat pendidikan yang tinggi. Isu ini pada zaman dahulu menjurus kepada soal jodoh seseorang di mana golongan yang miskin dan tidak berharta sewajarnya tidak boleh atau patut ingin mempunyai pasangan atau berkahwin dengan golongan yang kaya dan berharta. Isu antara dua darjat ini seringkali dipaparkan dalam cerita-cerita bangsawan dan seolah-olah ianya adalah satu ikutan pada masa itu. Mungkin disebabkan pengaruh cerita-cerita bangsawan yang dipentaskan pada masa itu, menjadikan fenomena ini suatu ikutan yang mesti dituruti.oleh masyarakat. Akan tetapi seiring dengan peredaran masa, peribahasa ini tidak lagi sesuai dan relevan, kerana pemikiran masyarakat yang sebegitu semakin berkurangan. Masyarakat kini lebih terbuka dalam isu soal jodoh. Bukan lagi meletakkan darjat dan harta sebagai syarat utama, pergaulan dalam situasi soaial kini dimana pendidikan dan perasaan memainkan peranan yang lebih utama dalam soal penentuan jodoh seseorang. Golongan yang tidak berharta selama ini mempunyai harta yang lebih tinggi nilainya iaitu anak-anak yang terpelajar menuntut di menara gading standing dengan anak-anak golongan berdarjat dan berharta tadi. Perasaan terhadap pasngan lebih penting berbanding soal pemilikan harta , menjadikan pasangan ini akhirnya bertaut jodoh seterusnya menafikan isu” pipit sama pipit, enggang sama enggang.” iv) Nasi sudah menjadi bubur. Membawa pengertian yang sangat besar impaknya kepada kita. Nasi ialah sejenis makanan yang dimakan oleh masyarakat Melayu khususnya, manakala bubur pula sejenis makanan yang sesuai dimakan oleh anak-anak kecil atau seseorang yang sakit dan dalam keadaan yang tidak sihat. Apabila menanak nasi, terlebih meletakkan air di dalamnya, maka beras tadi akan lembik seterusnya tidak lagi dapat menjadi nasi.Ini menggambarkan perlakuan sosial seseorang yang seharusnya berfikir dengan bijak akan suatu hal atau tindakan supaya tiadak akan mendatangkan kesan yang buruk kepadanya. Peribahasa ini masih sesuai digunakan pada masa kini bagi menjadi pedoman kepada masyarakat hari ini .
  • 13. Tindakan yang melulu tanpa berfikir semasak-masaknya akan memberikan impak yang tidak baik kepada sesetengah pihak. Sewajarnya kita berbincang dengan banyak pihak dalam mengambil suatu tindakan atau keputusan supara nanti tidak dikatakan nasi sudah menjadi bubur, tidak ada apa-apa lagi yang boleh diubah untuk menyelamatkan keadaan. v) Rosak badan kerana mulut. Seseorang itu akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur katanya. Dalam perhubungan sosial sesama rakan taulan baik di tempat kerja ataupun tempat tinggal ,komunikasi secara terus melalui percakapan seringkali berlaku. Kita sewajarnya menjaga tutur bicara sesama sendiri agar setiap butir bicara tersebut tidak akan mengguris atau menyakitkan hati rakan-rakan . Ada pepatah menyatakan, tutur kata lagi tajam daripada mata pedang. Pepatah ini menggambarkan betapa kita harus menjaga tutur kata sepanjang masa supaya tidak akan berlaku sesuatu yang kurang elok disebabkan terlepas kata atau terlajak bicara . Banyak perkara buruk bakal terjadi akibat daripada terlepas cakap ini. Hubungan sesame rakan menjadi renggang, jiran dengan jiran bermasam muka dan adik beradik bercakaran akibat daripada terlepas kata ini. Peribahasa ini masih lagi sesuai dijadikan panduan oleh kita dalam konteks hidup bermasyarakat. 3 ) Aspek Politik. i) Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya. Dalam berpolitik seseorang seringkali berbuat janji kepada masyarakat sekelilingnya sebelum mengecap kejayaan dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang terpilih menjadi calon bagi sesebuah kawasan dala satu pertandingan untuk memilih pemimpin misalnya, akan cuba mempengaruhi masyarakat setempat untuk memberikan sokongan kepadanya. Pelbagai janji dan habuan yang baik-baik dipertaruhkan semasa sesi ucapan dan dialog. Jadi apabila berjaya terpilih sebagi pemimpin , maka dia mestilah ingat akan janji-janji yang telah ditabur sebelum ini dan berusaha sedaya mungkin menunaikannya. Masyarakat yang memberikan sokongan kepadanya sebelum ini sudah pasti akan percaya dan terus menerus memberikan sokongan kepadanya dalam setiap situasi . Akan tetapi jika selepas mencapai kejayaan ,
  • 14. segala janji langsung tidak ditunaikan, maka masyarakat yang memberikan sokongan kepadanya sebelum ini akan hilang kepercayaan seterusnya beralih ke pihak yang satu lagi bagi memohon simpati pertolongan. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri malah akan terus menutup peluang kepadanya pada masa akan datang.Peribahasa ini masih sesuai di amalkan dan dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang aktif berpolitik masa kini. ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar Bahasa dan kata menggambarkan fikiran, emosi, watak dan personaliti seseorang. Bagi seorang ahli politik, kata-kata yang dituturkan boleh menjulang imej dan namanya, dan juga boleh menjahanamkan dirinya. Oleh itu, pemimpin politik sewajarnya berpegang kepada peribahasa , “cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar-dengar”. Sekiranya terlajak perahu dapat diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.Meskipun seseorang itu boleh memaohon maaf selepas itu,namun krebiliti dan nama baiknya akan terjejas . Dalam sebuah Negara yang pelbagai ethnik, budaya dan agama seperti Malaysia, ahli politik perlu berhati-hati dengan kata-kata yang salah boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum. Lebih buruk lagi kata-kata tersebut boleh mencetuskan perasaan permusuhan antara kaum dam agama, ketegangan serta perpecahan dalam masyarakat.Akibat daripada pemimpin yang tidak belajar dari mesej peribahasa ini akan menjerumuskan dirinya dalam kancah kontroversi. iii) Harapkan pagar, pagar makan padi. Setiap individu dalam sesebuah negara mengimpikan kemakmuran dan kesejahteraan semenjak zaman merdeka akan berterusan. Para pemimpin haruslah bijak mengemudi kerajaan baik dari segala aspek. Pemimpin seharusnya bertindak sebagai pihak yang melindungi rakyat dari sebarang angkara pihak-pihak yang mencetuskan huru-hara dalam sesebuah negara. Pihak keselamatan contohnya, mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas dan tidak menindas golongan rakyat yang perlukan perlindungan.Penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasaan undang-undang haruslah diberi perhatian serius oleh pemimpin, agar rakyat tidak menganggap pihak-pihak ini sebagai pihak yang “ harapkan pagar, pagar makan padi”. iv) Menang sorak kampung tergadai Peribahasa ini mengupas bagaimana seseorang pemimpin yang begitu terkenal dan amat disengani dan dihormati akan setiap langkah dan tutur katanya di luar kawasan nya. Akan tetapi , beliau tidak langsung mengambil berat akan
  • 15. masyarakat yang berada di bawah tadbirannya. Banyak isu-isu luar berjaya diselesaikannya dengan begitu gah sekali tetapi pada masa yang sama langsung tidak memainkan peranan yang sewajarnya di kawasannya sendiri. Akibat daripada situasi ini, pemimpin ini akan di pinggir dan diketepikan pada suatu masa nanti. Sebagai pemimpin politik khususnya, perkara sebegini harus diberi perhatian dan jangan nanti apabila sudah terhantuk baru nak tergadah. Peribahasa ini masih sinonim diberikan perhatian oleh mereka yang terlibat dalam politik untuk dijadikan sebagai panduan . v) Bersatu teguh bercerai roboh Peribahasa ini bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara. Keutuhan sesebuah negara banyak bergantung kepada kesepaduan dalam kalangan rakyatnya. negara yang tidak ada kesepaduan rakyat akan mendapat kesan yang negatif dari berbagai aspek. Kehidupan bermasyarakat dalam sebuah negara yang berbilang kaum memerlukan penghayatan peribahasa ini sedalam-dalamnya. Rakyat perlu berpegang kepada prinsip membina kekuatan negara melalui perpaduan antara kaum didalamnya. Konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini penting dalam suasana politik sesebuah negara.Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nsib rakyat dalam sesebuah negara.Perpecahan yang wujud dalam system politik akan menggugat keamanan dan nasib seluruh rakyat tidak akan terbela.Perpaduan juga penting untuk pembangunan demi kemakmuran rakyat seluruh negara. Peribahasa ini banyak membawa peringatan kepad kita semua akan peri pentingnya perpaduan atau semangat kerjasama itu. Sikap menuding jari kepada mana-mana pihak apabila tibul satu masalah bukanlah satu tidkan yang bijak . KESIMPULAN. Peribahasa Melayu merupakan satu susunan kata-kata berbahasa yang menarik , menarik, berlapik dan memiliki ciri-ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Melalui kata-kata yang disusun seterusnya ditutur membawa maksud yang tersurat mahupun tersirat telah dapat dijadikan pedoman dalam masyarakat . Di samping menyerlahkan lagi nilai-nilai kesantunan dan keindahan berbahasa yang wujud dalam budaya Melayu. Budaya yang telah diwarisi sejak turun temurun sebagi satu warisan budaya yang sentiasa dipelihara.