SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Sebelum kajian tentang bahasa Melayu diperkatakan dengan lebih mendalam adalah
lebih baik sekiranya kita memperkatakan tentang asal usul bangsa Melayu itu terlebih
dahulu. Ini adalah kerana sesuatu bahasa itu lahir seiring dengan kewujudan bangsa yang
menuturkan bahasa itu sendiri.Secara umumnya sehingga kini belum ada penemuan yang
tepat dari mana asalnya orang atau keturunan Melayu itu sendiri .Segala maklumat yang
diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sejarawan masih lagi
kabur.Penggunaan istilah Melayu buat pertama kalinya telah muncul dalam hasil tulisan
orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.
Berdasarkan dua teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji iaitu R.H.Geldern,
seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari
Asia Tengah berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan terhadap kapak tua ( beliung
batu) yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy ,Hwang ,Salween dan
Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara.
Kesimpulan dibuat oleh beliau bahawa kapak tua itu telah dibawa oleh masyarakat daripada
Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.
Satu kajian pula menyatakan bahawa sekitar tahun 644 dan 645 Masihi, terdapat
satu catatan orang-orang Cina yang menyebut terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang
telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walau bagaimanapun tidak dapat
dipastikan dimana letaknya kerajaan orang Mo-lo-yeu itu . Ada pendapat menyatakan
kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan ada juga yang berpendapat
kerajaan ini terletak di Jambi , Sumatera.Ini dapat dibuktikan lagi terdapat sebatang sungai
yang dinamakan Sungai Melayu di Jambi, Sumatera.
Selain bukti-bukti yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah ini, terdapat satu lagi
bukti yang agak kuat iaitu penemuan batu bersurat yang terlihat akan bentuk dan sifat
bahasa Melayu sejak tahun 683 Masihi di beberapa tempat :-
i) di Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi
ii) di Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi
iii) di Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi
iv) di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686 Masihi
Bukti – bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di Kepulauan
Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu .J.H.C.Kern seorang ahli filologi Belanda
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan
beberapa perkataan. Beliau dapati ada beberapa perkataan yang terdapat di
Kepulauan Nusantara itu juga terdapat di Madagascar, Taiwan, beberapa pulau di
kepulauan Pasifik dan Filipina . Beliau dapati perkataan yang digunakan berasal daripada
induk yang sama iaitu Asia.
Asmah Hj Omar dalam bukunya yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu (1985)
telah menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit
.Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu yang kawasan secara tradisional disebut gugusan pulau
Melayu, termasuklah Indenesia sekarang.Bermula daripada pengertian inilah , didapati
selepas Perang Dunia Kedua, wujud hasrat untuk menubuhkan sebuah Negara yang
mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi Negara Melayu Raya. Akan
tetapi hasrat itu tidak berjaya .Oleh itu UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama
Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang Melayu di
Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.Konsep Melayu yang digunakan oleh
UNESCO sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam pengelompokan bahasa
Austronesia.
Di Malaysia pula , pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang
dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu
ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja
yangmempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu.
Bahasa Melayu Kuno
Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula dengan zaman bahasa Melayu
Kuno. Penghijrahan manusia purba ke alam Melayu dikatakan terjadi antara 100,000 hingga
160,000 tahun yang lalu.Kira-kira pada abad ke-20 sebelum Masihi atau 2,000 tahun
sebelum Masihi pula gelombang pergerakan manusia secara besar-besaran telah masuk ke
Kepulauan Melayu yang dilakukan oleh bangsa Austeronesia dari Yunan yang dikatakan
mereka inilah nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat.Sebelum
kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu , bahasa yang digunakan oleh
masyarakat setempat ialah bahasa Melayu purba yang kemudiannya dikenali sebagai
bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa ini mencapai zaman
kegemilangannya pada zaman kerajaan Sriwijaya dimana bahasa ini telah menjadi bahasa
perantaraan dan kingua franca. Bahasa ini menjadi pertuturan yang merangkumi kawasan
Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Bahasa ini telah tersebar luas ke alam Melayu melalui pedagang-pedagang India
yang berdagang hingga ke seluruh pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu kuno banyak
dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit disebabkan pada masa itu kebanyak penduduk di alam
Melayu menganut agama Hindu.Antara perkataan-perkataan bahasa Sanskrit yang terdapat
dalam bahasa Melayu Kuno ialah syukasyitta, athava, karana, tatakala dan
sebagainya.Bukti sejarah bahasa Melayu kono ini boleh dilihat pada batu bersurat yang
telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa pada abad ke-7.
Bahasa Melayu kuno juga merupakan bahasa yang digunakan pada zaman kerajaan
Melayu kuno. Antara kerajaan Melayu kuno ialah Sriwijaya, Funan dan Majapahit. Sehingga
kini pengaruh bahasa Melayu kuno masih terdapat dalam bahasa Melayu Moden
berdasarkan beberapa perkataan bahasa Melayu kuno yang masih kekal digunakan dalam
perbendaharaan kata bahasa Melayu pada hari ini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nasyik asyik
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
ko ke
Dari segi tulisan pula , bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan Palava seperti
bukti yang terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan atau prasti di daerah Muara
Kaman.Selain itu juga digunakan tulisan Rencong yang banyak terdapat di Sumatera
Selatan ( Bangkahulu dan hulu Palembang).Huruf ini kekal sehingga abad ke-18 sebelum
Belanda menjajah Indonesia.Tulisan ini dijumpai di sebatang tiang batu di kota kapur iaitu di
Bangka Barat.Selain itu terdapat juga tulisan Kawi iaitu tulisan jawa kuno yang wujud pada
abad ke -8.
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan
pengaruh Agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada Abad ke-13. Selepas
itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan.Bahasa Melayu Klasik kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman
penting :
i) Zaman Kerajaan Melaka
ii) Zaman Kerajaan Acheh
iii) Zaman Kerajaan Johor-Riau
Menurut Awang Sariyan bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi Bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu
Kuno.Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke -
19.Bahasa Melayu klasik ini diasaskan sewaktu tertubuhnya kerajaan Islam pertama di
sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul
Salih. Bahasa ini wujud kesan secara langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan
Islam .Zaman permulaan ini ditandai dengan kemunculan prasasti atau batu bersurat
Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu
klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal
abad ke-14.Terdapat juga bukti-bukti lain kedatangan bahasa Melayu klasik pada beberapa
lagi batu bersurat yang ditemui di Pagar Ruyung , Minangkabau bertarikh 1356 Masihi.Satu
lagi bukti ialah batu bersurat yang ditemui di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380 Masihi yang
menggunakan abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab
seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
Kemunculan bahasa Melayu klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu yang tersimpan di beberapa buah
Negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan
Ternate, dari Kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522.
Tulisan berbentuk buku oula ialah kitab Aqa’id al-Nafisi yang bertarikh 1590 ( 988 H).
Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600) , Hikayat Seri Rama (1633),
Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda
Alam, Aceh kepada Raja Inggeris , King James I (1615). Penemuan-penemuan ini telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara
pada masa itu.
Bahasa Melayu klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa
berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.Keadaan ini
berpunca daripada lokasi tersebut giat dengan kegiatan perdagangan, perkembangan
agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.Zaman keagungannya pula dikatakan
pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu telahpun menerima
Islam dan berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahannya.Secara tidak
langsung ianya dapat meningkatkan lagi kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di
rantau tersebut.Penggunaannya telah menjadi semakin meluas dalam kegiatan
perdagangan dan pentadbiran .Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar
kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu.Bukan sahaja bentuk tulisan baru iaitu
tulisan jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan
untuk menzahirkan idea-idea yang telah dibawa oleh peradaban Islam.Keagungan
kesultanan Melayu ini telah digambarkan oleh banyak penulis , antaranya ialah Tun Seri
Lanang menerusi “ Sejarah Melayu” sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.
Dari segi fonologi, sistem bahasa Melayu klasik ini tidak dapat ditentukan kerana
tiada data lisan. Kebanyakannya adalah data tulisan yang menyukarkan pengesanan
sebutan yang sebenar.Awang Sariyan menyatakan , bahasa Melayu klasik ini mempunyai
vocal yang terbatas iaitu ‘ i ‘,’a’ dan ‘u’ ( daripada vokal Arab iaitu alif, ya dan wau) Namun
begitu dapat juga diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi vocal
seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu , iaitu ‘a’,’e’pepet,’e’ taling,’i’,’o’ dan ‘u’.Dari segi
bunyi konsonan nya pula dapat diandaikan bahawa bunyi bunyi konsonan bahasa Melayu
klasik sama dengan bahasa Melayu moden.Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang
digunakan sama dengan yang digunakan dalam bahasa Melayu moden. Hal ini juga sama
bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula , ayat
dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk
yang sama rumusnya dengan bahasa Melayu moden , ayat kompleks dan ayat pasif.
Bahasa Melayu klasik ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Ini
disebabkan pengaruh Islam telah menjadi semakin kuat hingga bahasa Melayu mengalami
banyak perubahan dari segi aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk tulisan.Antara
ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :
a) Penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit.
b) Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang
c) Menggunakan bahasa istana
d) Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu, manikam, edan
kasmaran ( mabuk asmara), masyghul (bersedih),sahaya dan lain-lain.
e) Kerap menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti sebermula ,
alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f) Banyak mengunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun”.
g) Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa.
h) Turut menggunakan aksara jawi yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
i) Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab terutamanya dalam
kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka, kemudian, daripada itu ( dari Amma
ba’du) ataupun pada ayat sunat berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut diperolehi
hasil daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.
Kajian Asmah Hj Omar tentang kitab ‘ Aqai’id al-Nasafi’ iaitu teks tertua bahasa
Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa Melayu asli
.Terdapat juga kata pinjaman iantu bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga
penggunaan penanda wacana yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden iaitu
bermula, hatta, syahdan, kalakian dan sebagainya.
Bahasa Melayu klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya
bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan tasawwuf .Kitab
‘Aqa’id al-Nafisi ‘membicarakan tentang hakikat kejadian benda , kemungkinan ilmu, punca
ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia.Kesimpulannya
dapatlah dikatakan bahawa kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh dari
jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam bahasa Melayu.Ini juga sabagai bukti
penting bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Antara tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
Pasai atau Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.Ada juga tokoh dari luar alam
Melayu yang muncul seperti Nuruddin al-Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya
prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan ilm al-Sukuk wal –Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul –
Asyiqin
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-18
hinggalah sekarang.Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan Negara
dan pengaruh Eropah di Asia Tenggara.Keadaan ini telah menyebabkan bahasa
Portugis,bahasa Belanda dan kemudiannya Bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara,
seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik
tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat.Namun
begitu, bahasa Melayu moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahas tersebut.Ianya
juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai
sebelumnya.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,bahasa Melayu moden telah
mengalami dua fasa perkembangan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang Dunia
Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua , Bahasa Melayu
Moden mendapat kedudukan yang tinggi ekoran daripada kedudukannya sebelum
itu.Sungguhpun British yang mentadbit Tanah Melayu pada ketika itu, pegawai-pegawainya
dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang diadakan bagi
membolehkan mereka berhunung dengan penduduk tempatan dengan mudah dan lancar.
Terdapat ramai pegawai British yang mahir berbahasa Melayu seperti Brown, Maxwell,
Winstedt, Skinner dan lain-lain lagi.
Sebaliknya , selepas Perang Dunia Kedua , British telah mengubah dasarnya dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan.Individu yang
berjaya menguasai bahas Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan bekerja dengan
pemerintah Inggeris.Akibat daripad itu, ramai pelajar Melayu telah diberi peluang mengikuti
pendidkan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Segala urusan seharian dalam
pentadbiran British pada ketika itu menggunakan Bhasa Inggeris.
Namun begitu, apabila Negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu
telah dikembalikan. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan wajib diguna pakai dalam urusan rasmi.
Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah hinggalah di
peringkat institusi pendidikan tinggi.Status bahasa Melayu kini telah diperkukuhkan kagi
dengan Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam bidang
pendidikan , bahasa Melayu telah diperluaskan lagi penggunaannya dalam urusan
kehakiman, persidangan Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara.
Banyak istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam bahasa Melayu
moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke
semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai
keuoayaan berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsur-unsur
asing telah menjadikannya semakin dinamik dan dapat kelangsungannya.Tidak seperti
bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu moden tidak mempu
berkembang secara bersendirian. Menurut catatan sejarah , bahasa Melayu moden terbukti
telah mengalami beberapa perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa
yang ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi
Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Kadir Munsyi telah dilahirkan
pada Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka dan meninggal dunia di Mekah pada tahun
1854.Beliau berketurunan India Muslim yang berdarah kacukan Arab.Semenjak kecil lagi
beliau amat meminati bidang bahasa dan telah mempelajari pelbagai bahasa termasuk
bahasa Inggeris.Beliau juga dikenali sebagai ‘Bapa Sastera Melayu Moden’.
Abdullah Munsyi telah dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Stamford
Raffles dan pegawai-pegawai Inggeris. Beliau juga telah menterjemah kitab Injil ke dalam
bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan
Melaka.Kebanyakan karya-karya beliau mengandungi unsur-unsur pengkritikan terhadap
pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.
Jenis Aksara dan Sistem Ejaan Hikayat Abdullah.
Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu Klasik
iaitu menggunakan tulisan jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab,
kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa( ), nga ( ), ga ( ) dan ca ( ) bagi
menyesuaikannya dengan kosa kata bahasa Melayu. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam
bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan jawi. Penulisan Abdullah
juga tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya.
Contoh : a. Cara penulisan lama : maka
b. Cara penulisan Hikayat Abdullah : maka
Aspek Morfologi
Morfologi ialah proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Ia meliputi
penggolongan kata , perkataan atau kata.Dalam penulisan Hikayat Abdullah, telahpun
menggunakan imbuhan meN-. Hal ini dapat dilihat pada petikan karyanya :
Contoh 1
Ka-pada Susunan di-Bantaram itu. Maka jawab-nya, “ Tuan, sahaya-lah chakap
membawa jalan ka-pada Susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penoh kapal-
kapal Inggeris pada sa-genap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiada-lah boleh
masok dan keluar barang perahu atau kapal kechi; dan lagi pula Holanda itu pun
terlalu keras kawal-nya, serta dengan chemburuan-nya. Maka…..Halaman 69
Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuloh-puloh kali aku ini di-surohkan oleh tuan-tuan itu
dan menchari anak-anak Malayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui
membacha dan menulis, baik bahasa Malayu baik bahasa Inggeris, maka oleh
sebab bodoh-nya dan sangka merikha itu nanti di-masokkan Inggeris ; maka
beberapa kali sudah aku ingatkan akan merikha itu, sera memberitahu akan
merikha itu , “Bahwa sakal-kali tiada Inggeris itu hendak memasokkan sa-sa’orang
ke-dalam agama-nya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu
boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahas Ingeris kelak, nanti di-
belakang banyak guna-nya, kalau sudah pandai engkau sekalian boleh …..
Halaman 119
Aspek Sintaksis
Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat
yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.Ayat-ayat daripada
hikayatnya ini boleh dijadikan contoh.
Contoh 1
Maka jikalau sa-kira-nya tiada suloh itu di-tangan-ku, dan chermin mata itu ku pakai,
neschaya banyak kali sudah aku terperosok ka-dalam limbah dan parit yang penoh
pada tiap-tiap lorong dan jalan ; seperti kechuali kebanyakkan kelakuan orang yang
tiada memegang suloh itu terperosok ia ka-sana ka-mari, jatoh bangun choreng
moreng berlumur dengan lumpur dan arang, dan patah riok kaki-tangan-nya di-
hadapan-ku.
Halaman 16
Contoh 2
Maka jawab-nya, “ Tuan sahaya-lah cakap membawa jalan kepada susunan itu,
akan tetapi tuan sekarang ada penoh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan
Tanah Jawa itu menjaga, tiada-lah boleh masok dan keluar barang perahu atau
kapal kechil ; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawal-nya, serta dengan
chemburu-nya “
Halaman 63
Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada
waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Nampak jelas dari segi bahasa ( ayat
) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.Beliau seolah-olah masih lagi
terikut-ikut struktur penulisan sastera Melayu lama. Begitu juga apabila dia menggunakan
pantun dan syair dalam karyanya.Gaya penulisan bahasa Abdullah membayangkan bahawa
beliau masih lagi cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
Aspek Semantik
Secara umumnya kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah
difahami apabila dalam bentuk ayat.Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran
ayat yang dibina daripad kata dan kelompok kata tidak semuanya hanya memilik satu
makna sahaja.Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak
serupa dengan apa yang dimaksudkan .
Dalam Hikayat Abdullah maksud ataupun perkara yang disampaikan melalui makna
tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata
daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Di mana dalam
penulisannya banyak menyatakan terus atau secara langsung apa yang hendak
disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.
Contoh
Bermula maka adalah telah berpuloh-puloh kali aku ini di-surohkan oleh tuan-tuan itu
dan menchari anak-anak Malayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui
membacha dan menulis, baik bahasa Malayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab
bodoh-nya dan sangka merikha itu nanti di-masokkan Inggeris ; maka beberapa kali
sudah aku ingatkan akan merikha itu, sera memberitahu akan merikha itu , “Bahwa
sakal-kali tiada Inggeris itu hendak memasokkan sa-sa’orang ke-dalam agama-nya
kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan
mengetahui bahasa kamu dan bahas Ingeris kelak, nanti di-belakang banyak guna-
nya, kalau sudah pandai engkau sekalian boleh …..
Halaman 119
Daripada contoh di atas, perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan
sebarang simbolik ataupun bahasa kiasan bagi menyampaikan maksud.
Aspek Kosa Kata Asli
Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan
penggunaan kata asli dalam tulisannya.Bukan sahaja bahas yang digunakan itu bahasa
lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.
Contoh:
Maka bebarapa lama-nya dalam hal yang demikian, maka datang-lah sa’orang orang
Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad , maka ada-lah ia’itu
mulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia dalam Malaka; maka segala laki-
laki dan perempuan-pun pergi-lah berguru ka-pada-nya dari-hal perkara agama
Islam. Maka bonda-ku juga yang tiada pergi , sentiasa dudok menangis sentiasa
terkenangkan anak- anak-nya yang mati itu. Maka ada-lah rumah-ku itu berhadapan
dengan rumah tempat tuan itu tinggal, maka sehari-hari ia menengar bonda-ku
menangis ; maka di-suroh-nya panggil bapa-ku, di-pereksa-nya akan bonda-ku itu
dudok menangis-nangis….
Halaman 9
Struktur ayat lama ini dikuatkan lagi dengan penggunaan kata-kata asli seperti ‘maka’,
‘beberapa lamanya’ ,’ maka adalah ‘, ‘akan dia’ dan ‘ maka apabila’.Dalam Hikayat Abdullah
banyak terdapat kata-kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahawa Abdullah masih terikut-ikut
strutur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair
dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa
Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
Kata-Kata Pinjaman
Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi
banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris.
Contoh 1
Sen akan surat itu, maka kata-nya, “ Surat ini nama-nya dalam bahasa Inggeris
character, di-beri oleh Tuan Marsden ka-pada…
Halaman 6
Contoh 2
Malaka dari tangan Holanda. Ada pun raja-nya Inggeris yang dating itu Tuan Major
Cook, dan nama engineer-nya Tuan Farquhar…
Halaman 6
Selain daripada penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris , terdapat juga penggunaan
kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisn karyanya,
Contoh 1
dia, lalu di-peristeri-kan orang-lah ia di –sana , serta di-jadikan-nya akan dia khatib
dalam kampong bermana Lubok Kepong .
Halaman 4
Contoh 2
Koraan itu, kemudian dari-pada sedikit hari pula, bahwa dating-lah sa’orang orang
alim , ia’itu bangsa Arab , lagi sayyid, nama-nya
Halaman 35
Kesimpulan
Abdullah Munsyi telah menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karya
nya. Beliau melaporkan apa sahaja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami.Walau
bagaimanapun, dia bukan lah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan
dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga dapat dilihat dalam
karyanya terutama kritikan terhadap raja-raja Melayu.Abdullah juga didapti menggunakan
dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau
persoalan yang dikemukakan.Secara keseluruhan apabila diteliti akan karya-karya Abdullah
, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk persoalan
atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan , latar cerita dan sudut
pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih lagi kekal seprti gaya bahasa lama.Dapatlah
dirumuskan di sini bahawa Hikayat Abdullah ini adalah satu karya kesusasteraan klasik
moden.
Sejarah Melayu Versi Shellabear
Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,
kegemilangan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditulis oleh beberapa
orang pengarang Melayu. Ketika Portigis menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah
dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan telah dibawa bersama-sama Sultan
Mahmud Syah semasa berundur dari Melaka pada tahun 1511.Naskah asal ini kemudian di
bawa dari Johor dari Kampar pada Tahun 1528. Portugis telah merampas naskah asal
Sejarah Melayu semasa menyerang Johor Lama pada tahun 1536.Naskah ini kemudian di
bawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselishan pendapat berkenaan
Goa.Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat
kedua merujuk kepada sebuah tempat yang bernama Gowa yang terletak di
Sulawesi.Pendapat kedua nyata lebih kuat atas alas an sekiranya Portugis mengambil
salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India pastinya Sejarah Melayu akan dibawa ke
Eropah sebagai harta rampasan.
Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah Melayu tetapi versi yang paling
mahsyur ialah versi Shellabear.Nama penuhnya ialah William Girdlestone Shellabear yang
dilahirkan pada 27 Ogos 1862 di England dan meninggal ketika tidur pada tahun
1947.Pertama kali datang ke Tanah Melayu iaitu Singapura pada tahun 1877 ketika berusia
25 tahun.Datang ke Singapura untuk bekerja sebagai Pegawai jurutera diraja .
Nama asal Sejarah Melayu ialah Sulatus Salatin merupakan karya sejarah mengenai
kebangkitan , kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka. Karya ini juga
ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Dalam bahasa Inggeris karya ini turut
dikenali sebagai “ The Malay Annais “.Teks ini mempunyai pensejarahan yang agak
kompleks kerana ramai para sarjana mempunyai berlainan pendapat tentang asal-usul
Struktur Ayat Sejarah Melayu versi Shellabear.
Aapabila kita membincangkan tentang struktur ayat dalam Sejarah Melayu ini , kita
akan dapti karya ini banyak menggunakan ayat-ayat songsang.Ayat jenis ini dikenali
sebagai pendepanan predikat .
Contoh ;
….Raja Gangga Syah Johan nama rajanya
Halaman 9
Terdapat juga pengulangan kata dalam ayat yang banyak berlaku terutama
pengulangan perkataan ‘ maka’.
Contoh :
….maka alahlah Raja Kida Hindi itu, Raja Iskandar ditangkap baginda dengan
hidupnya; maka disuruhnya membawa imam, maka Raja Kida Hindi pun membawa
imamlah jadi Islam.
Halaman 3
Terdapat juga ayat-ayat yang kabur maknanya kerana struktur ayatnya yang
mengelirukan dan melanggar hokum tatabahasa moden.
Contoh :
…..maka alah-lah Raja Kida Hindi itu , oleh Raja Iskandar ditangkap baginda dengan
hidupnya .
Halaman 3
Ayat ini sebenarnya bermaksud Raja Kida Hindi mengaku kalah. Oleh itu, baginda
telah ditangkap hidup-hidup oleh Raja Iskandar
Karya ini juga banyak menggunakan ayat-ayat yang panjang dan meleret-leret. Ini
dibuktikan melalui contoh :
Syahdan, maka hairanlah hati Raja Iskandar melihat akan Puteri Syahrul Bariyah,
tiadalah dapat disifatkan bagi ; dan pagi keesokan harinya maka dipersalini oleh Raja
Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul Bariyah itu dengan selangkapnya pakaian
kerajaan dan dianugerahinya harta, tiada terpermanai lagi banyaknya…
Halaman 6
Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan meleret-leret ada kalanya mengelirukan dan
menyebabkab pembaca sukar memahami maksud yang hendak disampaikan dalam ayat.
Tambahan pula struktur ayat juga tidak mengikut hokum tatabahasa.Struktur ayat dalam
karya ini juga banyak menggunakan ayat pasif yang menggunakan imbuhan ter- dan di-
.Contohnya : dititahkan , terpemanai
Aspek Kosa Kata
Kosa kata dalam Sejarah Melayu terdiri daripada kosa kata bahasa Melayu klasik
dan kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab , Sanskrit . Indonesia dan Jawa .Contoh kosa
kata klasik adalah :
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Tunggul panji-panji Tiang bendera
Ingar-ingar Bising / hingar
warta Berita / khabar
Ulasan bantal Sarung bantal
lasykar Askar / tentera
Kosa kata yang terdiri daripada kosa kata pinjaman adalah seperti berikut :-
a) Pinjaman bahasa Arab – dinar , fakir , hadrat ,fana , ambiak
b) Pinjaman daripaa bahasa Jawa / Indonesia – bangat , ( amat / sangat)
- Gumba ( benjol pada dahi gajah )
c) Pinjaman daripada bahas Sanskrit – kalakian
Penggunaan Perkataan
Dalam Sejarah Melayu terdapat banyak penggunaan bahasa istana. Sesuai dengan
jalan cerita , teks ini yang mengisahkan tentang raja-raja dan salasiah keturunannya, maka
penggunaan kata dalam karya ini banyak menggunakan bahasa istana seperti gering (
sakit). Gahara keturunan raja yang tulen) , andika ( kekuasan 0 dan gundik ( perempuan
raja yang tidak dikahwininya )
Selain itu juga Sejarah Melayu banyak menggunakan bahasa klasik yang nyata
mengindahkan lagi jalan cerita dan juga sebagai penanda wacana. Ada perkataan pembuka
cerita , kata penyambung cerita dan kata yang menunjukkan peredaran masa.Kata pembuka
cerita adalah seperti alkisah , sebermula dan tersebut. Kata penyambung pula adalah
seperti syahdan dan adapun.Kata yang menunjukkan peredaran masa pula ialah maka dan
hatta. Terdapat juga kata-kata lain yang sudah jarang digunakan dalam bahasa moden kita
seperti ; kedal , tulah dan berkendak
Partikel atau kata penegas –lah dan –pun banyak digunakan dalam karya ini.Sesuai
dengan jalan cerita teks yang berbentuk penceritaan maka penggunaan partikel –lah dan –
pun memang terlalu banyak digunakan.Adakalanya dirasakan wujud unsur lewah dalam
penggunaan partikel ini dalm ayat . Pada ayat-ayat tertentu , ada kalanya kata penegas atau
partikel ini sebenarnya tidak perlu digunakan.
Unsur Perbandingan.
Unsur perbandingan ini dapat membawakan gambaran tentang sesuatu keadaan itu
kepada pembaca. Contohnya dalam Cetera kesepuluh , Sejarah Melayu menceritakan
peristiwa Singapura dilanggar todak dengan membandingkan penyerangan todak itu
sebagai ‘ hujan datangnya ‘.
Penggunaan Puisi
Puisi juga digunakan dalam Sejarah Melayu . Dua contoh puisi tercerita dalam cetera
kesepuluh . Puisi pertama digunakan untuk menceritakan tentang peristiwa Singapura
dilanggar todak iaitu :
Carik baju raja,
Dilompati todak
Bukan disahaja
Kerana akal budak
Satu lagi digunakan untuk menceritakan pembunuhan Tun Jana Khatib. Penggunaan puisi
ini mengindahkan lagi penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu.
Kesimpulan
Sejarah Melayu dapatlah dirumuskan merupakan satu bukti ketemadunan bangsa
Melayu dalam bidang kesusateraan. Teks yang primitive ini digubal menjadi sebuah teks
yang panjang dan lengkap menunjukkan keagungan teks tersebut, sehinggakan masyarakat
yang berlainan bangsa menggunakannya dalam versi yang berbeza-beza.
B. Penulisan maklumat Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling
autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia , dan juga di
negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-
masing seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia dan juga negara yang sebahagian
penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu .Di samping itu , Kamus Dewan juga
menjadi sumber rujukan penting bagi para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia
terutama negara-negara yang ada pengajian Melayu seperti di China , England, Korea dan
beberapa buah negara Eropah lagi.
Kamus Dewan buat pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).Kamus Dewan telah beberapa kali mengalami pengemakinian
dengan cetakan ejaan baharu pada tahun 1984.Seterusnya edisi baharunya diterbitkan
pada tahun 1989 dan edisi ketiga pada tahun 1994.Kamus Dewan Edisi keempat ini pula
telah diterbitkan pada tahun 2005.
Perincian maklumat Kamus Dewan Edisi Keempat
Edisi Keempat Kamus Dewan ini ialah kamus ekabahasa setebal 1,817 halaman
yang mengandungi 5,843 entri, subentry dan frasa entri baharu yang mencakupi pelbagai
bidang termasuk sain dan teknologi , linguistik, computer, astronomi , agama , politik,
pelayaran dan muzik.
Selain penambahan entri, Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga mengandungi kata
atau ungkapan umum yang baharu ( sama ada yang asli Melayu atau yang dipinjam), kata
dialek, kata slanga dan nama –nama kaum yang ada di Malaysia.Kata yang berkaitan
dengan suku kaum ethnik seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan Kintak juga telah dijadikan
entri dalam kamus ini.Di samping itu takrif dan ungkapan yang menimbulkan sesitiviti dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum ditangani begitu berhati-hati agar tidak tercetus
sebarang perkara yang tidak diingini. Contohnya kata ‘ keling’ yang hangat diperkatakan
pada tahun 2003 telah dikemaskini takrifnya agar lebih bersifat neutral dan tidak
diperdebatkan lagi.
Di samping kata baharu, kata enteri lama yang mengalami perubahan makna, sama
ada peluasan atau penyempitan makna turut dikemaskini.Sebahagian besar kata dalam
kamus ini merupakan kosa kata dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, dan
bidang-bidang lain seperti undang-undang, marin perubatan dan sebagainya .Di samping itu
terdapat juga kata serapan Arab seperti Baitulharam , Hujjatulislam dan zakum dan
sebagainya sama seperti edisi yang terdahulu.Begitu juga dengan bidang teknologi
maklumat turut tidak terkecuali mendapat tempat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
ini.Terdapat istilah-istilah teknologi maklumat yang turut dimuatkan seperti e-mel, meng
emelkan, akses,mengakses dan siber.
Beberapa label kata pinjaman yang sebelum ini berlabel Jw (Jawa) IB ( Indonesia
Belanda )id ( Indonesia dan Arab) telah dibuang kerana kata –kata tersebut difikirkan telah
diserap dan mantap penggunaannya di Malaysia.
Satu pembaharuan yang agak ketara dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini ialah
unsur kata ganda yang tidak membawa apa-apa makna jika tidak digandakan tidak dijadikan
entri lagi. Contohnya Rama II tidak dijadikan entri lagi, yang dijadikan entri dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat ini ialah rama-rama , begitu juga dengan kata pari II , yang dijadiksn
entri islsh pari-pari.
Beberapa perubahan yang telah dibuat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah
menyelaraskan entri kependekan kata am mengikut sistem penulisan Gaya Dewan Edisi
Ketiga ( DBP:1995) dengan tidak meletakkan noktah di anatara huruf , Contoh, S.W.T.
diubah kepada SWT, M.P.S.I. diubah kepada MPSI dan Y.A.B. diubah kepada YAB.
Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah memasukkan 13 tambahan kependekan
label bagi bidang tertentu seperti Kim untuk bidang kimia dan sains nuklear, Kom untuk
bidang komunikasi, S Bina untuk bidang seni bina, S.Lukis untuk bidang seni lukis. Ast untuk
bidang astronomi, Tks untuk bidang tekstii , Pol untuk bidang politik, Marin untuk bidang
Marin, Komp untuk bidang computer , Pos untuk bidang pos, Sos untuk bidang sosiologi ,
Tadb untuk bidang pentadbiran dan ERT untuk bidang ekonomi rumahtangga.
Semasa kamus ini disusun pada 1980 an ada beberapa bnyak padanan kata Melayu
bagi bahasa Inggeris yang menghuraikan konsep tetentu yang belum dikenali dan mantap
penggunaannya dalam bahasa Melayu.Dalam Kamus Dewan Edisi keempat ini telah
dimasukkan sebahagian daripada entri tersebut sebagai langkah pembakuan kata atau
langkah yang berkenaan. Antara contohnya ialah canister , aerolit dan daktil
Selain memasukkan kata baru dan mengemaskinikan makna pada kata sedia ada
seperti edisi yang sebelum ini, Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga membuat
penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan dan juga membuat pembaikan pada
aspek tatabahasa khususnya aspek morfologi agar sedapat mungkin selari dengan
Tatabahasa Dewan. Antara penyelarasan yang dibuat ialah berhubung dengan 99 nama
Allah.Bilangannta ditambah daripada 18 kepada 99 dan dalam masa yang sama gaya
penakrifan dan ejaannya diselaraskan misalnya al-Hakim , al-Rahman dan al-Haq. Bagi
nama Allah yang memerlukan gandingan dua konsonan rangkap sama , misalnya al-Jabbar
dan al-Razzak. Keputusan dibuat agar konsonan rangkap sama ini dikekekalkan agar
makna khusus kata ini dapat dipelihara.Begitu juga dengan entri huruf Jawi. Sebanyak 37
entri huruf Jawi telah diselaraskan ejaannya berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu (
DBP,2001) di samping beberapa pembaikan yang dilakukan sari segi takrifan.
Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga telah dimasukkan entri bagi sebutan agar tidak
timbul kekeliruan segi sebutan bagi pengguna kamus untuk menyebutnya. Bagi Kamus
Dewan Edisi Keempat ini, maklumat sebutan diletakkan di dalam kurung selepas entri.Entri-
entri yang terlibat adalah seperti yang berikut :
i) Entri yang melibatkan penggunaan e-taling, misalnya bearis (bearis), mes( mes)
dan teleinfo (teleinfo)
ii) Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asalnya, misalnya czarina
(zarina), lasagne (lazaniye) dan hi-fi ( haifai)
iii) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab bermula dengan alif lam syamsiah,
iaitu huruf alif lam diikuti dengan huruf yang bersabdu, misalnya al-Rahman ( )
dengan maklumat sebutan ( ar-Rahman), al-Syakur ( )dengan
maklumatbsebutan ((asy-syakur) dan al-Nur ( ) dengan maklumat sebutan ( an-
Nur)
iv) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab mempunyai sabdu ( ) di hujung
perkataan, misalnya al-Muiz ( ) dengan maklumat sebutan ( )al-Haq (
) dengan maklumat sebutan ( al-Haqq) dan al-Bar ( ) dengan maklumat
sebutan ( al-Barr)
v) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab mempunyai huruf ain ( ) misalnya al-
Rafik ( )dengan maklumat sebutan ( ar-Rafi’), al-Samik ( )dengan maklumat
sebutan( al-‘Azim) dan al-Mutaali( ) dengan maklumat sebutan ( al-Muta’ali).
Bagi kes seperti ini, maklumat transliterasi bagi huruf ain, iaitu tanda koma
terbalik (‘ ) dimasukkan.
vi) Entri nama Allah yang mempunyai bentuk yang sama dalam tulisan Rumi tetapi
berbeza dalam tulisan Arab, dan dengan demikian tulisannya dalam Bahasa
Melayu juga berbeza, misalnya al –Wali ( ) berbeza daripada al-Wali (
)yang emepunyai maklumat sebutan ( ) dan al-Majid dengan maklumat
sebutan (al-Majid ).Bagi kes seperti ini maklumat transliterasi bagi menandakan
vokal panjang dimasukkan untuk membezakan kedua-dua enteri tersebut.
vii) Enteri huruf Arab/Jawi yang sebutannya boleh menimbulkan keraguan atau
persoalan , iaitu ha (ha)( ), kha (khO) ( ), ra (rO) ( ), sad (sOd) ( ),
dad ( dOd) ( ),ta (tO) ( ) dan za (zO)( ).Entri-entri ini turut dimasukkan
maklumat transliterasi masing-masing untuk menyatakan sebutan sebenar enteri
berkenaan.
viii) Terdapat juga beberapa entri yang dimasukkan beberapa pemenggalan kata
pada maklumat sebutan bagi mengelakkan kekeliruan dari segi sebutan,
misalnya sai( sa.i),mangan (man.gan) malun ( mal.un)dan kobokan (kobok.an)
Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah membuat beberapa penyusunan baharu bagi
memudahkanlagi penggunaannya. Antara penyusunan baharu tersebut ialah :
1. Susunan Kata Masukan
1.1 Kata dasar.
i) Perkataan-perkataan yang dimuatkan dalam kamus ini disusun mengikut
abjad kata dasarnya yang dicetak dengan huruf tebal
ii) Kata-kata dasar yang berupa homonim ( kata-kata yang sama ejaannya
dan sebutannya tetapi berlainan maknanya) diperturunkan berasingan
diikuti dengan angka-angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang
memisahkan : Contoh –halaman 43
ambal I ( hamparan,permaidani)
ambal II :berambal-ambalan ( berarak-arakan )
ambal III : mengambal (melihat dengan ekor mata, menjeling)
ambal IV; mengambal Mn (menambak,menimbun tanah)
1.2 Kata terbitan
i) Kata terbitan dimuatkan di bawah kata dasar yang berkenaan :
persenyawaan terdapat di bawah nyawa ;
keberangkatan di bawah angkat, dan sebagainya.
ii) Dua atau beberapa kata terbitan yang membawa makna yang sama
ditempatkan bergandingan dan dipisahkan dengan tanda koma, misalnya
berbelasan, berbelas-belas dalam jumlah antara 11 hungga 19…
kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru adat, car hidup, kelakuan dll
orang Barat, berlaku sepeti orang Barat
iii) Kata terbitan yang dipisahkan daripada kata dasar sebelumnya oleh
tanda koma bernoktah ( ; ) menunjukkan bahawa takrif dan sebagainya
yang diberikan adalah berkaitan dengan kata terbitan yang berkenaan
sahaja dan tidak meliputi kata dasarnya :
tampi : menampi I.membersihkan beras ( padi,kacang dll) dengan nyiru
yang digerak-gerakkan…[merupakan takrif bagi menampi]
iv) Kata terbitan yang terbentuk hasil daripada pengimbuhan dengan awalan
tertentu seperti yang berikut yang membawa makna tertentu tidak
dimuatkan kecuali dengan pertimbangan tertentu :
a) ber-yang membawa erti ada atau mempunyai (misalnya berjari,
bermodal,berpeluru);
b) ter-yang membawa erti superlatif iaitu peringkat atau peringkat yang
penghabisan atau tertinggi ( misalnya tertinggi, terindah dan lain-lain)
c) ter-yang membawa erti pasif yang sama fungsinya dengan awlan
pasig di;
d) di-yang membentuk kata kerja pasif juga tidak dimuatkan. Pengguna
kamus hendaklah merujuk kepada bentuk aktif sesuatu kata kerja
untuk mengetahui makna bentuk pasifnya yang berawalan di- (
dengan pengubahsuaian yang sewajarnya)
e) se-yang membawa erti sama...dengan ( sebesar,semulia dan
sebagainya)umumnya tidak dimuatkan , demikian juga se-sebagai
awalan yang bererti satu.Kata terbitan yang berwalan sedemikian
bagaimanapun dimuatkan berasaskan sesuatu keistimewaan atau
pertimbangan tertentu ( misalnya sebaya,sebau)
1.3 Frasa ungkapan. Kata majmuk , kata ganda
Rangkai kata yang berupa frasa, ungkapan, kata majmuk dan kata ganda yang
menerima turunan atau membentuk kata terbitan melalui pengimbuhan umumnya
dijadikan kata masukan yang tersendiri, Misalnya kata aneka ragam yang
mempunyai turunan beraneka ragam dan keanekaragaman dijadikan kata
masukan yang tersendiri.
Rangkai kata yang tidak menerima sebarang pengimbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan umumnya dimuatkan di bawah kata pertama pada
rangkai kata yang berkenaan, misalnya kerja lembur pada kerja dan pelabuhab
bebas pada pelabuhan.Bagaimanapun terdapat keadaan tertentu apabila
sesuatu rangkai kata itu ditempatkan di bawah kata yang bukan kata pertama
iaitu apabila difikirkan bahawa kata tersebut lebih penting atau menjadi tumpuan
takrif.
2. Ejaan- kata standard dan variasi
2.1 Ejaan yang digunakan dalam kamus ini adalah ejaan rumi yang berasaskan
Daftar Kata Bahasa Melayu (:DBP: 2001)Atas beberapa pertimbangan
sebilangan perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing-
masing,iaitu yang merupakan variasi kata serta bentuk tetentu variasi ejaan
masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan
kepada bentuk ejaan standard dengan tanda anak panah.
2.2 Bentuk standard dan ejaan rasmi
Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul
dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (
seringkali dengan malumat-maklumat selanjutnya)Perkataan yang diturunkan di
akhir takrif bentuk standard ini, atu sebagai muatan rujuk silang merupakan
variasi kepada standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal0hal
tertentu sahaja variasi ejaan.
2.3 Variasi kata
i) Variasi kata diperturunkan terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa.
Di samping itu ada juga kemungkinan seseorang pengguna bahasa
Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat
mengenakpasti atau mengesan bentuk standard nya akan mendapat
manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini.
ii) Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau kegagalan menyebut
perkataan dengan betul dan tepat atau variasi yang difikirkan selama ini
amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan baru ini.misalnya
khanduri (bentuk standardnya ,kenduri);lafal (lafaz),patenah (fitnah) dan
lain-lain.
2.4 Variasi ejaan
i) Variasi ejaan bagi perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai
rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk kepada ejaan dan
bentuk yang standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang
mungkin masih keraguan tentang bentuk atau ejaan yang
standard.Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk kata
yang tertentu sahaja.
ii) Ejaan lama
a) Perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh pelaksanaan
sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan
kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali.
b) Perkataan dalam ejaan lama sedemikian umumnya ailah yang
tertakluk kepada peraturan-peraturan ejaan yang tertentu seperti ;
i) Peraturan yang berkaitan dengan keselarasan vokal pada
suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup (misalnya
balek menjadi balik ; langsong menjadi langsung , dan lain-
lain)
ii) Perkataan berkaitan dengan penggunaan gugus konsonan
bagi pengejaan kata asing yang tertentu ( misalnya keritik
menjadi kritik, sekerip menjadi skrip dan lain-lain)
iii) Peraturan-peraturan lain yang diyakini sudah dimaklumi
pengguna bahasa Melayu.
3.Sebutan
Secara dasarnya sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf
e pada kata dasar Huruf e yang disebtkan [ ] (iaitu e pepet) tidak diberikan keterangan
sebutan sedangkan e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang e.
bela semak
bela ( bela) semak ( semak )
Walau bagaimanapun , terdapat pengecualian bagi beberapa entri yang bermasalh dalam
cara penyebutannya yang diberkan maklumat sebutan agar tidak timbul kekeliruan untuk
menyebutnya.(lihat bahagian pendahukuan Kamus Dewan Edisi Keempat)
4.Etimologi
Keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan
bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan Bahasa
Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau
peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan di kalangan pengguna bahasa .Maklumat
yang terbatas ini diharap dapat menjadi titik permulaan pengkajian dan sebagainya tentang
kata-kata pinjaman.
5. Tanda
a) Tanda tilde (-) yang tertdapat pada kata masukan pecahan ( seperti frasa , ungkapan
dan sebagainya ) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata
dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya.
abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;- kuda alat kuda
tanda - dimaksudkan menggantikan kata abah-abah
helah ( helah) 1.akal muslihat, tipu daya; ini satu-untuk memerangkap dia: tipu-
tipu daya
a) Tanda anak panah( ) bererti lihat
b) Tanda persamaan ( =) bererti atau, sama dengan
6. Label arkaik ( ark )
Label arkaik digunakan sebagai peringatan bahawa kata yang berkenaan
a) Jarang dipakai
b) Penggunaanya terbatas pada satu-satu daerah atau lingkungan sahaja
c) Sudah kuno atau mati
d) Disangsikan kebenarannya( disebabkan) oleh salah baca , salah tulis, salah dengar
dan lain.
Dialek ialah loghat yang diertikannya sebagai rupa bahasa yang terpakai
dalam percakapan di satu-satu daerah atau sebahagian negeri dengan pelat sebutan
yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunti sebutan bahasa umum
yang rata-rata dipakai dalam hubungan percakapan atau suratan.Dalam konteks ini
bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian dialek mengikut lokasi geografi dan salah
satunya ialah dialek Perak yang dituturkan oleh sebahagian besar penduduk di
sepanjang Sungai Perak.Terdapat beberapa perkataan dalam dialek Perak yang
telah dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat .
Kewujudan entri ini dapat dibincangkan daripada dua perspektif
.Pertama,Pemerian makna dan keduanya cara pengejaan entri berkenaan.Dari segi
pemerian makna , antara perkataan atau entri yang dibincangkan termasuklah seperti
yang berikut:
Biot Pr degil.Bolen II ( bolen ) Pr bolen , telanjang genyi Pr tertahan nafsu
untuk makan ( kerana kotor, melihat najis , dll) jijik , mual.jegela Pr,
orang~pelawak.soh Pr senyap sunyi.
Lazimnya entri yang bersumberkan dialek Perak diperihalkan maknanya
dengan cara memilih perkataan bahasa Melayu yang sinonim dengan entri
berkenaan, Sesuai dengan konsep dialek yang diberikan oleh Za’ba, entri yang
bersumberkan dialek merupakan perkataan yang terkhas dan juga penggunaannya
juga tentulah bersifat demikian.
Kesimpulan
Kamus Dewan Edisi Keempat ini memudahkan pengguna bahasa Melayu yang
bukan ahli dalam bidang mengetahui istilah yang digunakan oleh golongan professional
seperti perkataan disinflasi yang digunakan dalam bidang ekonomi , dan mikosis yang
digunakan dalam bidang perubatan. Penambahan entri baru serta penambahbaikan dari
segi takrif , label dan sebagainya dijangka akan menjadikan Kamus Dewan Edisi
Keempat kamus ekabahasa Melayu yang lebih mantap , berwibawa dan lengkap dan
menjadi bahan rujukan yang terkini untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.
REFLEKSI
Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayat-nya
juga dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM3112 ini dalam tempoh yang
ditetapkan.Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menerima banyak pengalaman
baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan
dugaan yang ditempuh sepanjang menyiapkan tugasan ini.Namun berbekalkan semangat
kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan sabar. Pada mulanya , saya mendengar ,
penjelasan dan ulasan tentang bagaimana cara untuk membuat kerja kursus ini daripada
pensyarah semasa sesi interaksi.Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula
berbincang bersama rakan kumpulan. Pada mulanya kerja kursus ini diwar-warkan adalah
kerja kumpulan berdua, tetapi berlaku pindaan bahawa tugasan kerja kursus ini adalah
tugasan individu.Walaupun begitu saya dan rakan-rakan tetap mengadakan perbincangan
dari semasa ke semasa. Kami bertukar-tukar info dan dapatan masing-masing berkaiatan
tajuk ini.
Dengan sedikit ilmu mengenai BMM3112 ini, saya mula mengorak langkah menuju
ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Apabila memulakan kajian,
barulah saya sedar bahawa pengetahuan saya tentang sejarah bahasa Melayu amatlah
cetek . Selama ini saya berasa segala ilmu mengenai asal usul bahasa Melayu telah cukup
banyak saya timba semasa di sekolah menengah dahulu.Rujukan melalui laman sesawang
juga banyak saya lakukan terutama sekali berkaitan dengan terjemahan Sejarah Melayu dan
Hikayat Abdullah.
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya benar-benar rasakan bahawa bahasa Melayu
adalah satu bahasa yang sangat unik asal usulnya.Susur galurnya yang sangat panjang
bermula dari bahasa Melayu Kuno seterusnya klasik dan kini moden. Begitu lama tempoh
yang diambil bagaimana ianya dapat bertapak di bumi kita sekarang ini.Saya dapat lihat
bagaimana bahasa Melayu ini mengalami perubahan demi perubahan baik dari segi
sebutan dan juga tulisan. Bagaimana bahasa Melayu itu mengalami pengaruh-pengaruh
daripada bahasa asing seperti Arab dan Hindu.Pengaruh Arab dan Hindu itu masih lagi
boleh ditemuai pada hari ini, kerana masih lagi diguna pakai dalam masyarakat Melayu kita
pada masa kini.Perjalanan bahasa Melayu yang sangat unik itu menyebabkan ianya
mengalami banyak perubahan dan mendapat pengaruh –pengaruh dari persekitarannya
pada masa itu .
Pada peringkat permulaan untuk menyiapkan tugasan berkenaan perkamusan pula,
saya mempunyai masalah untuk memahami soalan tugasan yang diberikan dan sukar untuk
mendapatkan sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini . Tetapi dengan bantuan
pensyarah dan rakan-rakan, rupanya rujukan utama untuk menyiapkan tugasan ini ialah
kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri, semuanya terdapat di situ. Saya terpaksa
mentelaah, mengkaji dan membuat kupasan yang sedalam-dalamnya dengan membuat
perbandingan dengan kamus –kamus yang terdahulu. Segala-galanya terungkai dan saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik.
Hasil dapatan daripada kajian terhadap kamus Dewan Edisi Keempat ini, sangat
memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi
Keempat ini mempunyai perbezaan yang agak banyak dengan kamus edisi terdahulu. Entri
yang dimasukkan di dalam kamus ini meliputi semua ruang lingkup yang diperlukan oleh
oaring ramai, sama ada pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi, perubatan dan lain-
lain.Begitu juga dengan perkataan –perkataan yang berasaskan dialek- dialek daerah-
daerah tertentu di Malaysia.Hasil dapatan daripada Kamus Dewan ini amat bermanfaat
kepada saya dan juga para pelajar saya.
Semasa kajian teks Sejarah Melayu Edisi Shellabear dan Hikayat Abdullah pula,
saya tidak menghadapi masalah mendapatkan teks asal setiap versi tersebut. Hal ini kerana
saya memang memiliki versi asal teks ini semasa menuntut di tingkatan enam tahun 80 an
dahulu. Saya mengambil subjek Bahasa Melayu yang memerlukan kajian mengenai nya.
Walaupun agak sukar untuk memahami gaya bahasa dan struktur ayatnya, tetapi melaui
perbincangan dengan rakan-rakan say adapt juga menyiapkan tugasan. Gaya bahasa klasik
dalam Sejarah Melayu sangat menarik sebenarnya untuk dipelajari kerana nilai estetik yang
digunakan begitu indah dan menarik. Kita harus meneliti setiap perkataan dan ayat untuk
memahami maksud yang ingin disampaikan. Hikayat Abdullah pula walaupun ada sedikit
pemodenan dari segi bahasa dan gaya persembahan cerita berbanding Sejarah Melayu ,
masih lagi terdapat sedikit pengaruh gaya bahasa klasik di dalamnya.Kedua-dua teks ini
membawa impak yang besar dalam perkembangan sejarah bahasa Melayu di Negara
kita.Dapatan daripada kedua-dua teks tersebut sangat berguna kepada saya apabila
menajar prosa sastera kepada para pelajar di sekolah. Pengalaman yang amat berharga ini
tidak mungkin saya peroleh sekiranya tidak ada tugasan kerja kursus diberikan .
Kesimpulannya, hasil daripada perlaksanaan kerja kursus ini saya telah memperoleh
banyak maklumat-maklumat yang berguna pada diri saya dan juga murid-murid saya
tentang bahasa Melayu.Saya amat berpuas hati dalam melaksanakan tugasan ini dan
berterima kasih kepada pensyarah kerana telah memberikan bimbingan dalam
melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja kursus
ini banyak memberi kesan dan hasil dapatan yang sangat berharga khususnya berkaitan
kamus dewan dan bahasa –bahasa klasik dan moden. Segalanya memberikan impak yang
baik kepada saya dan saya merasakan diri lebih yakin untuk mendidik para pelajar saya
mempelajari bahasa Melayu demi memartabatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa ilmu.

More Related Content

What's hot

KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIALWahyuHatta1
 
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantara
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantaraTerbentuknya jaringan keilmuan dinusantara
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantaraDiennisa Thahira
 
Sejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaSejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaIhzaya
 
'islam dan proses integrasi'
'islam dan proses integrasi''islam dan proses integrasi'
'islam dan proses integrasi'Diennisa Thahira
 
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1yadilia
 
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di IndonesiaMakalah Kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di IndonesiaDoris Agusnita
 
Perkembangan islam di indonesia kampus bit
Perkembangan islam di indonesia kampus bitPerkembangan islam di indonesia kampus bit
Perkembangan islam di indonesia kampus bitMuhammad sobri maulana
 
Peninggalan kerajaan islam di indonesia
Peninggalan kerajaan islam di indonesiaPeninggalan kerajaan islam di indonesia
Peninggalan kerajaan islam di indonesiashasyakhalisha
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARATERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARANur Fadilah
 
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesia
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesiaMakalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesia
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesiaRizal Fahmi
 
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam serta Kerajaan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di IndonesiaSuci Mairoza Sya
 
Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah Perkembangan Islam di NusantaraSejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah Perkembangan Islam di NusantaraDhimas Ilya'sa
 
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesia
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di IndonesiaProses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesia
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesiaulvamaria85
 

What's hot (20)

KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
 
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantara
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantaraTerbentuknya jaringan keilmuan dinusantara
Terbentuknya jaringan keilmuan dinusantara
 
Sejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasaSejarah - Peran bahasa
Sejarah - Peran bahasa
 
'islam dan proses integrasi'
'islam dan proses integrasi''islam dan proses integrasi'
'islam dan proses integrasi'
 
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1
Islamisasi dan silang budaya di nusantara sesi 1
 
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di IndonesiaMakalah Kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Makalah Kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
 
Perkembangan islam di indonesia kampus bit
Perkembangan islam di indonesia kampus bitPerkembangan islam di indonesia kampus bit
Perkembangan islam di indonesia kampus bit
 
Materi awal masuknya islam di indonesia
Materi awal masuknya islam di indonesiaMateri awal masuknya islam di indonesia
Materi awal masuknya islam di indonesia
 
Peninggalan kerajaan islam di indonesia
Peninggalan kerajaan islam di indonesiaPeninggalan kerajaan islam di indonesia
Peninggalan kerajaan islam di indonesia
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARATERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
 
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesia
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesiaMakalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesia
Makalah kerajaan kerajaan hindu-budha di indonesia
 
Artikel sejarah kerajaan kutai
Artikel sejarah kerajaan kutaiArtikel sejarah kerajaan kutai
Artikel sejarah kerajaan kutai
 
Kerajaan Demak
Kerajaan DemakKerajaan Demak
Kerajaan Demak
 
Kondisi politik, sosial Indonesia kedatangan islam
Kondisi politik, sosial Indonesia kedatangan islamKondisi politik, sosial Indonesia kedatangan islam
Kondisi politik, sosial Indonesia kedatangan islam
 
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam serta Kerajaan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam serta Kerajaan Islam di Indonesia
 
Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah Perkembangan Islam di NusantaraSejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
 
Bab 7 Perkembangan Islam di Nusantara
Bab  7 Perkembangan Islam di NusantaraBab  7 Perkembangan Islam di Nusantara
Bab 7 Perkembangan Islam di Nusantara
 
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesia
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di IndonesiaProses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesia
Proses Masuk dan Perkembangan Kebudayaan Islam di Indonesia
 
Ppt sejarah bab 3 sma x wajib
Ppt sejarah bab 3 sma x wajibPpt sejarah bab 3 sma x wajib
Ppt sejarah bab 3 sma x wajib
 

Similar to Asal Usul Melayu

Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Makalah bi makalah statistik
Makalah bi makalah statistikMakalah bi makalah statistik
Makalah bi makalah statistikMuhammad Baidowi
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Angela Pris
 
Rangkuman x semester ii
Rangkuman x semester iiRangkuman x semester ii
Rangkuman x semester iilisna nurmala
 
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUA
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUAPENYEBARAN ISLAM DI PAPUA
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUAdhyrana
 
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330nurulsuhada13
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaMuhammad Firdaus
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaAbdul Wahab
 
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Faisal Rifqi Arbani
 
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISANTeh Boon Siang
 
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptx
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptxProses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptx
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptxNenengDwiminjawati
 
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuHaniza Abdul Rahim
 
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)PISMPBM100622NurSyah
 

Similar to Asal Usul Melayu (20)

Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi sejarah tulisan jawi
sejarah tulisan jawi
 
Makalah bi makalah statistik
Makalah bi makalah statistikMakalah bi makalah statistik
Makalah bi makalah statistik
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Kerajaan Sriw
Kerajaan SriwKerajaan Sriw
Kerajaan Sriw
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
 
Rangkuman x semester ii
Rangkuman x semester iiRangkuman x semester ii
Rangkuman x semester ii
 
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
 
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUA
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUAPENYEBARAN ISLAM DI PAPUA
PENYEBARAN ISLAM DI PAPUA
 
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
Notaringkasbahasamelayutingkatan6stpmpenggal123 180205142330
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesia
 
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesiaSejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
Sejarah Perkembangan bahasa melayu sebagai bahasa indonesia
 
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
 
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
T2 BAB 3 3.1 BAHASA DAN TULISAN
 
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptx
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptxProses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptx
Proses Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia.pptx
 
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuSejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
 
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
Perkembangan tulisan jawi dan pengaplikasiannya dalam masyarakat islam (1)
 

More from Shila Daly

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod kokoShila Daly
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)Shila Daly
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Shila Daly
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 

More from Shila Daly (11)

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod koko
 
Cover (1)
Cover (1)Cover (1)
Cover (1)
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
Big sem 7
Big sem 7Big sem 7
Big sem 7
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 

Asal Usul Melayu

  • 1. Sebelum kajian tentang bahasa Melayu diperkatakan dengan lebih mendalam adalah lebih baik sekiranya kita memperkatakan tentang asal usul bangsa Melayu itu terlebih dahulu. Ini adalah kerana sesuatu bahasa itu lahir seiring dengan kewujudan bangsa yang menuturkan bahasa itu sendiri.Secara umumnya sehingga kini belum ada penemuan yang tepat dari mana asalnya orang atau keturunan Melayu itu sendiri .Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sejarawan masih lagi kabur.Penggunaan istilah Melayu buat pertama kalinya telah muncul dalam hasil tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Berdasarkan dua teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji iaitu R.H.Geldern, seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan terhadap kapak tua ( beliung batu) yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy ,Hwang ,Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Kesimpulan dibuat oleh beliau bahawa kapak tua itu telah dibawa oleh masyarakat daripada Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Satu kajian pula menyatakan bahawa sekitar tahun 644 dan 645 Masihi, terdapat satu catatan orang-orang Cina yang menyebut terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana letaknya kerajaan orang Mo-lo-yeu itu . Ada pendapat menyatakan kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan ada juga yang berpendapat kerajaan ini terletak di Jambi , Sumatera.Ini dapat dibuktikan lagi terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Melayu di Jambi, Sumatera. Selain bukti-bukti yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah ini, terdapat satu lagi bukti yang agak kuat iaitu penemuan batu bersurat yang terlihat akan bentuk dan sifat bahasa Melayu sejak tahun 683 Masihi di beberapa tempat :- i) di Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi ii) di Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi iii) di Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi iv) di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686 Masihi Bukti – bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu .J.H.C.Kern seorang ahli filologi Belanda mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau dapati ada beberapa perkataan yang terdapat di
  • 2. Kepulauan Nusantara itu juga terdapat di Madagascar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan Filipina . Beliau dapati perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama iaitu Asia. Asmah Hj Omar dalam bukunya yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu (1985) telah menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit .Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu yang kawasan secara tradisional disebut gugusan pulau Melayu, termasuklah Indenesia sekarang.Bermula daripada pengertian inilah , didapati selepas Perang Dunia Kedua, wujud hasrat untuk menubuhkan sebuah Negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi Negara Melayu Raya. Akan tetapi hasrat itu tidak berjaya .Oleh itu UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.Konsep Melayu yang digunakan oleh UNESCO sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam pengelompokan bahasa Austronesia. Di Malaysia pula , pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yangmempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu. Bahasa Melayu Kuno Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula dengan zaman bahasa Melayu Kuno. Penghijrahan manusia purba ke alam Melayu dikatakan terjadi antara 100,000 hingga 160,000 tahun yang lalu.Kira-kira pada abad ke-20 sebelum Masihi atau 2,000 tahun sebelum Masihi pula gelombang pergerakan manusia secara besar-besaran telah masuk ke Kepulauan Melayu yang dilakukan oleh bangsa Austeronesia dari Yunan yang dikatakan mereka inilah nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat.Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu , bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat ialah bahasa Melayu purba yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa ini mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Sriwijaya dimana bahasa ini telah menjadi bahasa perantaraan dan kingua franca. Bahasa ini menjadi pertuturan yang merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa ini telah tersebar luas ke alam Melayu melalui pedagang-pedagang India yang berdagang hingga ke seluruh pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu kuno banyak
  • 3. dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit disebabkan pada masa itu kebanyak penduduk di alam Melayu menganut agama Hindu.Antara perkataan-perkataan bahasa Sanskrit yang terdapat dalam bahasa Melayu Kuno ialah syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.Bukti sejarah bahasa Melayu kono ini boleh dilihat pada batu bersurat yang telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa pada abad ke-7. Bahasa Melayu kuno juga merupakan bahasa yang digunakan pada zaman kerajaan Melayu kuno. Antara kerajaan Melayu kuno ialah Sriwijaya, Funan dan Majapahit. Sehingga kini pengaruh bahasa Melayu kuno masih terdapat dalam bahasa Melayu Moden berdasarkan beberapa perkataan bahasa Melayu kuno yang masih kekal digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu pada hari ini. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu nasyik asyik mamava membawa saribu seribu dangan dengan vanakna banyaknya ko ke Dari segi tulisan pula , bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan Palava seperti bukti yang terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan atau prasti di daerah Muara Kaman.Selain itu juga digunakan tulisan Rencong yang banyak terdapat di Sumatera Selatan ( Bangkahulu dan hulu Palembang).Huruf ini kekal sehingga abad ke-18 sebelum Belanda menjajah Indonesia.Tulisan ini dijumpai di sebatang tiang batu di kota kapur iaitu di Bangka Barat.Selain itu terdapat juga tulisan Kawi iaitu tulisan jawa kuno yang wujud pada abad ke -8. Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh Agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada Abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.Bahasa Melayu Klasik kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting : i) Zaman Kerajaan Melaka ii) Zaman Kerajaan Acheh iii) Zaman Kerajaan Johor-Riau
  • 4. Menurut Awang Sariyan bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno.Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke - 19.Bahasa Melayu klasik ini diasaskan sewaktu tertubuhnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Bahasa ini wujud kesan secara langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam .Zaman permulaan ini ditandai dengan kemunculan prasasti atau batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.Terdapat juga bukti-bukti lain kedatangan bahasa Melayu klasik pada beberapa lagi batu bersurat yang ditemui di Pagar Ruyung , Minangkabau bertarikh 1356 Masihi.Satu lagi bukti ialah batu bersurat yang ditemui di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380 Masihi yang menggunakan abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Kemunculan bahasa Melayu klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu yang tersimpan di beberapa buah Negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari Kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku oula ialah kitab Aqa’id al-Nafisi yang bertarikh 1590 ( 988 H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600) , Hikayat Seri Rama (1633), Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Alam, Aceh kepada Raja Inggeris , King James I (1615). Penemuan-penemuan ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Bahasa Melayu klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.Keadaan ini berpunca daripada lokasi tersebut giat dengan kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.Zaman keagungannya pula dikatakan pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu telahpun menerima Islam dan berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahannya.Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau tersebut.Penggunaannya telah menjadi semakin meluas dalam kegiatan perdagangan dan pentadbiran .Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu.Bukan sahaja bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang telah dibawa oleh peradaban Islam.Keagungan
  • 5. kesultanan Melayu ini telah digambarkan oleh banyak penulis , antaranya ialah Tun Seri Lanang menerusi “ Sejarah Melayu” sebuah karya yang sangat tinggi nilainya. Dari segi fonologi, sistem bahasa Melayu klasik ini tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakannya adalah data tulisan yang menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar.Awang Sariyan menyatakan , bahasa Melayu klasik ini mempunyai vocal yang terbatas iaitu ‘ i ‘,’a’ dan ‘u’ ( daripada vokal Arab iaitu alif, ya dan wau) Namun begitu dapat juga diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi vocal seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu , iaitu ‘a’,’e’pepet,’e’ taling,’i’,’o’ dan ‘u’.Dari segi bunyi konsonan nya pula dapat diandaikan bahawa bunyi bunyi konsonan bahasa Melayu klasik sama dengan bahasa Melayu moden.Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam bahasa Melayu moden. Hal ini juga sama bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula , ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusnya dengan bahasa Melayu moden , ayat kompleks dan ayat pasif. Bahasa Melayu klasik ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Ini disebabkan pengaruh Islam telah menjadi semakin kuat hingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk tulisan.Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah : a) Penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit. b) Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang c) Menggunakan bahasa istana d) Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu, manikam, edan kasmaran ( mabuk asmara), masyghul (bersedih),sahaya dan lain-lain. e) Kerap menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti sebermula , alkisah, hatta, adapun dan sebagainya f) Banyak mengunakan partikal ‘lah’ dan ‘pun”. g) Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. h) Turut menggunakan aksara jawi yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. i) Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab terutamanya dalam kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka, kemudian, daripada itu ( dari Amma
  • 6. ba’du) ataupun pada ayat sunat berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut diperolehi hasil daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab. Kajian Asmah Hj Omar tentang kitab ‘ Aqai’id al-Nasafi’ iaitu teks tertua bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa Melayu asli .Terdapat juga kata pinjaman iantu bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden iaitu bermula, hatta, syahdan, kalakian dan sebagainya. Bahasa Melayu klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan tasawwuf .Kitab ‘Aqa’id al-Nafisi ‘membicarakan tentang hakikat kejadian benda , kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia.Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh dari jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam bahasa Melayu.Ini juga sabagai bukti penting bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Antara tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.Ada juga tokoh dari luar alam Melayu yang muncul seperti Nuruddin al-Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan ilm al-Sukuk wal –Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul – Asyiqin Perkembangan Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-18 hinggalah sekarang.Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan Negara dan pengaruh Eropah di Asia Tenggara.Keadaan ini telah menyebabkan bahasa Portugis,bahasa Belanda dan kemudiannya Bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu. Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat.Namun begitu, bahasa Melayu moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahas tersebut.Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai sebelumnya. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,bahasa Melayu moden telah mengalami dua fasa perkembangan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua , Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi ekoran daripada kedudukannya sebelum
  • 7. itu.Sungguhpun British yang mentadbit Tanah Melayu pada ketika itu, pegawai-pegawainya dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhunung dengan penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Terdapat ramai pegawai British yang mahir berbahasa Melayu seperti Brown, Maxwell, Winstedt, Skinner dan lain-lain lagi. Sebaliknya , selepas Perang Dunia Kedua , British telah mengubah dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan.Individu yang berjaya menguasai bahas Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan bekerja dengan pemerintah Inggeris.Akibat daripad itu, ramai pelajar Melayu telah diberi peluang mengikuti pendidkan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Segala urusan seharian dalam pentadbiran British pada ketika itu menggunakan Bhasa Inggeris. Namun begitu, apabila Negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah dikembalikan. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan wajib diguna pakai dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah hinggalah di peringkat institusi pendidikan tinggi.Status bahasa Melayu kini telah diperkukuhkan kagi dengan Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam bidang pendidikan , bahasa Melayu telah diperluaskan lagi penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara. Banyak istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam bahasa Melayu moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai keuoayaan berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsur-unsur asing telah menjadikannya semakin dinamik dan dapat kelangsungannya.Tidak seperti bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu moden tidak mempu berkembang secara bersendirian. Menurut catatan sejarah , bahasa Melayu moden terbukti telah mengalami beberapa perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa yang ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • 8. Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Kadir Munsyi telah dilahirkan pada Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka dan meninggal dunia di Mekah pada tahun 1854.Beliau berketurunan India Muslim yang berdarah kacukan Arab.Semenjak kecil lagi beliau amat meminati bidang bahasa dan telah mempelajari pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.Beliau juga dikenali sebagai ‘Bapa Sastera Melayu Moden’. Abdullah Munsyi telah dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Stamford Raffles dan pegawai-pegawai Inggeris. Beliau juga telah menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan Melaka.Kebanyakan karya-karya beliau mengandungi unsur-unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya. Jenis Aksara dan Sistem Ejaan Hikayat Abdullah. Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu Klasik iaitu menggunakan tulisan jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa( ), nga ( ), ga ( ) dan ca ( ) bagi menyesuaikannya dengan kosa kata bahasa Melayu. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan jawi. Penulisan Abdullah juga tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya. Contoh : a. Cara penulisan lama : maka b. Cara penulisan Hikayat Abdullah : maka Aspek Morfologi Morfologi ialah proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Ia meliputi penggolongan kata , perkataan atau kata.Dalam penulisan Hikayat Abdullah, telahpun menggunakan imbuhan meN-. Hal ini dapat dilihat pada petikan karyanya : Contoh 1 Ka-pada Susunan di-Bantaram itu. Maka jawab-nya, “ Tuan, sahaya-lah chakap membawa jalan ka-pada Susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penoh kapal- kapal Inggeris pada sa-genap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiada-lah boleh masok dan keluar barang perahu atau kapal kechi; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawal-nya, serta dengan chemburuan-nya. Maka…..Halaman 69
  • 9. Contoh 2 Bermula maka adalah telah berpuloh-puloh kali aku ini di-surohkan oleh tuan-tuan itu dan menchari anak-anak Malayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membacha dan menulis, baik bahasa Malayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodoh-nya dan sangka merikha itu nanti di-masokkan Inggeris ; maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan merikha itu, sera memberitahu akan merikha itu , “Bahwa sakal-kali tiada Inggeris itu hendak memasokkan sa-sa’orang ke-dalam agama-nya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahas Ingeris kelak, nanti di- belakang banyak guna-nya, kalau sudah pandai engkau sekalian boleh ….. Halaman 119 Aspek Sintaksis Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh. Contoh 1 Maka jikalau sa-kira-nya tiada suloh itu di-tangan-ku, dan chermin mata itu ku pakai, neschaya banyak kali sudah aku terperosok ka-dalam limbah dan parit yang penoh pada tiap-tiap lorong dan jalan ; seperti kechuali kebanyakkan kelakuan orang yang tiada memegang suloh itu terperosok ia ka-sana ka-mari, jatoh bangun choreng moreng berlumur dengan lumpur dan arang, dan patah riok kaki-tangan-nya di- hadapan-ku. Halaman 16 Contoh 2 Maka jawab-nya, “ Tuan sahaya-lah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penoh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan Tanah Jawa itu menjaga, tiada-lah boleh masok dan keluar barang perahu atau kapal kechil ; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawal-nya, serta dengan chemburu-nya “ Halaman 63 Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Nampak jelas dari segi bahasa ( ayat
  • 10. ) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.Beliau seolah-olah masih lagi terikut-ikut struktur penulisan sastera Melayu lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya.Gaya penulisan bahasa Abdullah membayangkan bahawa beliau masih lagi cenderung meneruskan tradisi penulisan lama. Aspek Semantik Secara umumnya kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat.Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripad kata dan kelompok kata tidak semuanya hanya memilik satu makna sahaja.Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan . Dalam Hikayat Abdullah maksud ataupun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Di mana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara langsung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu. Contoh Bermula maka adalah telah berpuloh-puloh kali aku ini di-surohkan oleh tuan-tuan itu dan menchari anak-anak Malayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membacha dan menulis, baik bahasa Malayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodoh-nya dan sangka merikha itu nanti di-masokkan Inggeris ; maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan merikha itu, sera memberitahu akan merikha itu , “Bahwa sakal-kali tiada Inggeris itu hendak memasokkan sa-sa’orang ke-dalam agama-nya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahas Ingeris kelak, nanti di-belakang banyak guna- nya, kalau sudah pandai engkau sekalian boleh ….. Halaman 119 Daripada contoh di atas, perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun bahasa kiasan bagi menyampaikan maksud. Aspek Kosa Kata Asli Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya.Bukan sahaja bahas yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.
  • 11. Contoh: Maka bebarapa lama-nya dalam hal yang demikian, maka datang-lah sa’orang orang Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad , maka ada-lah ia’itu mulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia dalam Malaka; maka segala laki- laki dan perempuan-pun pergi-lah berguru ka-pada-nya dari-hal perkara agama Islam. Maka bonda-ku juga yang tiada pergi , sentiasa dudok menangis sentiasa terkenangkan anak- anak-nya yang mati itu. Maka ada-lah rumah-ku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal, maka sehari-hari ia menengar bonda-ku menangis ; maka di-suroh-nya panggil bapa-ku, di-pereksa-nya akan bonda-ku itu dudok menangis-nangis…. Halaman 9 Struktur ayat lama ini dikuatkan lagi dengan penggunaan kata-kata asli seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’ ,’ maka adalah ‘, ‘akan dia’ dan ‘ maka apabila’.Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata-kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahawa Abdullah masih terikut-ikut strutur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama. Kata-Kata Pinjaman Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. Contoh 1 Sen akan surat itu, maka kata-nya, “ Surat ini nama-nya dalam bahasa Inggeris character, di-beri oleh Tuan Marsden ka-pada… Halaman 6 Contoh 2 Malaka dari tangan Holanda. Ada pun raja-nya Inggeris yang dating itu Tuan Major Cook, dan nama engineer-nya Tuan Farquhar… Halaman 6 Selain daripada penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris , terdapat juga penggunaan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisn karyanya,
  • 12. Contoh 1 dia, lalu di-peristeri-kan orang-lah ia di –sana , serta di-jadikan-nya akan dia khatib dalam kampong bermana Lubok Kepong . Halaman 4 Contoh 2 Koraan itu, kemudian dari-pada sedikit hari pula, bahwa dating-lah sa’orang orang alim , ia’itu bangsa Arab , lagi sayyid, nama-nya Halaman 35 Kesimpulan Abdullah Munsyi telah menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karya nya. Beliau melaporkan apa sahaja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami.Walau bagaimanapun, dia bukan lah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga dapat dilihat dalam karyanya terutama kritikan terhadap raja-raja Melayu.Abdullah juga didapti menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.Secara keseluruhan apabila diteliti akan karya-karya Abdullah , dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan , latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih lagi kekal seprti gaya bahasa lama.Dapatlah dirumuskan di sini bahawa Hikayat Abdullah ini adalah satu karya kesusasteraan klasik moden.
  • 13. Sejarah Melayu Versi Shellabear Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Portigis menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan telah dibawa bersama-sama Sultan Mahmud Syah semasa berundur dari Melaka pada tahun 1511.Naskah asal ini kemudian di bawa dari Johor dari Kampar pada Tahun 1528. Portugis telah merampas naskah asal Sejarah Melayu semasa menyerang Johor Lama pada tahun 1536.Naskah ini kemudian di bawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselishan pendapat berkenaan Goa.Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk kepada sebuah tempat yang bernama Gowa yang terletak di Sulawesi.Pendapat kedua nyata lebih kuat atas alas an sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India pastinya Sejarah Melayu akan dibawa ke Eropah sebagai harta rampasan. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah Melayu tetapi versi yang paling mahsyur ialah versi Shellabear.Nama penuhnya ialah William Girdlestone Shellabear yang dilahirkan pada 27 Ogos 1862 di England dan meninggal ketika tidur pada tahun 1947.Pertama kali datang ke Tanah Melayu iaitu Singapura pada tahun 1877 ketika berusia 25 tahun.Datang ke Singapura untuk bekerja sebagai Pegawai jurutera diraja . Nama asal Sejarah Melayu ialah Sulatus Salatin merupakan karya sejarah mengenai kebangkitan , kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka. Karya ini juga ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Dalam bahasa Inggeris karya ini turut dikenali sebagai “ The Malay Annais “.Teks ini mempunyai pensejarahan yang agak kompleks kerana ramai para sarjana mempunyai berlainan pendapat tentang asal-usul Struktur Ayat Sejarah Melayu versi Shellabear. Aapabila kita membincangkan tentang struktur ayat dalam Sejarah Melayu ini , kita akan dapti karya ini banyak menggunakan ayat-ayat songsang.Ayat jenis ini dikenali sebagai pendepanan predikat . Contoh ; ….Raja Gangga Syah Johan nama rajanya Halaman 9
  • 14. Terdapat juga pengulangan kata dalam ayat yang banyak berlaku terutama pengulangan perkataan ‘ maka’. Contoh : ….maka alahlah Raja Kida Hindi itu, Raja Iskandar ditangkap baginda dengan hidupnya; maka disuruhnya membawa imam, maka Raja Kida Hindi pun membawa imamlah jadi Islam. Halaman 3 Terdapat juga ayat-ayat yang kabur maknanya kerana struktur ayatnya yang mengelirukan dan melanggar hokum tatabahasa moden. Contoh : …..maka alah-lah Raja Kida Hindi itu , oleh Raja Iskandar ditangkap baginda dengan hidupnya . Halaman 3 Ayat ini sebenarnya bermaksud Raja Kida Hindi mengaku kalah. Oleh itu, baginda telah ditangkap hidup-hidup oleh Raja Iskandar Karya ini juga banyak menggunakan ayat-ayat yang panjang dan meleret-leret. Ini dibuktikan melalui contoh : Syahdan, maka hairanlah hati Raja Iskandar melihat akan Puteri Syahrul Bariyah, tiadalah dapat disifatkan bagi ; dan pagi keesokan harinya maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul Bariyah itu dengan selangkapnya pakaian kerajaan dan dianugerahinya harta, tiada terpermanai lagi banyaknya… Halaman 6 Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan meleret-leret ada kalanya mengelirukan dan menyebabkab pembaca sukar memahami maksud yang hendak disampaikan dalam ayat. Tambahan pula struktur ayat juga tidak mengikut hokum tatabahasa.Struktur ayat dalam karya ini juga banyak menggunakan ayat pasif yang menggunakan imbuhan ter- dan di- .Contohnya : dititahkan , terpemanai
  • 15. Aspek Kosa Kata Kosa kata dalam Sejarah Melayu terdiri daripada kosa kata bahasa Melayu klasik dan kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab , Sanskrit . Indonesia dan Jawa .Contoh kosa kata klasik adalah : Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden Tunggul panji-panji Tiang bendera Ingar-ingar Bising / hingar warta Berita / khabar Ulasan bantal Sarung bantal lasykar Askar / tentera Kosa kata yang terdiri daripada kosa kata pinjaman adalah seperti berikut :- a) Pinjaman bahasa Arab – dinar , fakir , hadrat ,fana , ambiak b) Pinjaman daripaa bahasa Jawa / Indonesia – bangat , ( amat / sangat) - Gumba ( benjol pada dahi gajah ) c) Pinjaman daripada bahas Sanskrit – kalakian Penggunaan Perkataan Dalam Sejarah Melayu terdapat banyak penggunaan bahasa istana. Sesuai dengan jalan cerita , teks ini yang mengisahkan tentang raja-raja dan salasiah keturunannya, maka penggunaan kata dalam karya ini banyak menggunakan bahasa istana seperti gering ( sakit). Gahara keturunan raja yang tulen) , andika ( kekuasan 0 dan gundik ( perempuan raja yang tidak dikahwininya ) Selain itu juga Sejarah Melayu banyak menggunakan bahasa klasik yang nyata mengindahkan lagi jalan cerita dan juga sebagai penanda wacana. Ada perkataan pembuka cerita , kata penyambung cerita dan kata yang menunjukkan peredaran masa.Kata pembuka cerita adalah seperti alkisah , sebermula dan tersebut. Kata penyambung pula adalah seperti syahdan dan adapun.Kata yang menunjukkan peredaran masa pula ialah maka dan hatta. Terdapat juga kata-kata lain yang sudah jarang digunakan dalam bahasa moden kita seperti ; kedal , tulah dan berkendak Partikel atau kata penegas –lah dan –pun banyak digunakan dalam karya ini.Sesuai dengan jalan cerita teks yang berbentuk penceritaan maka penggunaan partikel –lah dan – pun memang terlalu banyak digunakan.Adakalanya dirasakan wujud unsur lewah dalam
  • 16. penggunaan partikel ini dalm ayat . Pada ayat-ayat tertentu , ada kalanya kata penegas atau partikel ini sebenarnya tidak perlu digunakan. Unsur Perbandingan. Unsur perbandingan ini dapat membawakan gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Contohnya dalam Cetera kesepuluh , Sejarah Melayu menceritakan peristiwa Singapura dilanggar todak dengan membandingkan penyerangan todak itu sebagai ‘ hujan datangnya ‘. Penggunaan Puisi Puisi juga digunakan dalam Sejarah Melayu . Dua contoh puisi tercerita dalam cetera kesepuluh . Puisi pertama digunakan untuk menceritakan tentang peristiwa Singapura dilanggar todak iaitu : Carik baju raja, Dilompati todak Bukan disahaja Kerana akal budak Satu lagi digunakan untuk menceritakan pembunuhan Tun Jana Khatib. Penggunaan puisi ini mengindahkan lagi penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu. Kesimpulan Sejarah Melayu dapatlah dirumuskan merupakan satu bukti ketemadunan bangsa Melayu dalam bidang kesusateraan. Teks yang primitive ini digubal menjadi sebuah teks yang panjang dan lengkap menunjukkan keagungan teks tersebut, sehinggakan masyarakat yang berlainan bangsa menggunakannya dalam versi yang berbeza-beza.
  • 17. B. Penulisan maklumat Kamus Dewan Edisi Keempat. Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia , dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing- masing seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu .Di samping itu , Kamus Dewan juga menjadi sumber rujukan penting bagi para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia terutama negara-negara yang ada pengajian Melayu seperti di China , England, Korea dan beberapa buah negara Eropah lagi. Kamus Dewan buat pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Kamus Dewan telah beberapa kali mengalami pengemakinian dengan cetakan ejaan baharu pada tahun 1984.Seterusnya edisi baharunya diterbitkan pada tahun 1989 dan edisi ketiga pada tahun 1994.Kamus Dewan Edisi keempat ini pula telah diterbitkan pada tahun 2005. Perincian maklumat Kamus Dewan Edisi Keempat Edisi Keempat Kamus Dewan ini ialah kamus ekabahasa setebal 1,817 halaman yang mengandungi 5,843 entri, subentry dan frasa entri baharu yang mencakupi pelbagai bidang termasuk sain dan teknologi , linguistik, computer, astronomi , agama , politik, pelayaran dan muzik. Selain penambahan entri, Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga mengandungi kata atau ungkapan umum yang baharu ( sama ada yang asli Melayu atau yang dipinjam), kata dialek, kata slanga dan nama –nama kaum yang ada di Malaysia.Kata yang berkaitan dengan suku kaum ethnik seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan Kintak juga telah dijadikan entri dalam kamus ini.Di samping itu takrif dan ungkapan yang menimbulkan sesitiviti dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ditangani begitu berhati-hati agar tidak tercetus sebarang perkara yang tidak diingini. Contohnya kata ‘ keling’ yang hangat diperkatakan pada tahun 2003 telah dikemaskini takrifnya agar lebih bersifat neutral dan tidak diperdebatkan lagi. Di samping kata baharu, kata enteri lama yang mengalami perubahan makna, sama ada peluasan atau penyempitan makna turut dikemaskini.Sebahagian besar kata dalam kamus ini merupakan kosa kata dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, dan bidang-bidang lain seperti undang-undang, marin perubatan dan sebagainya .Di samping itu terdapat juga kata serapan Arab seperti Baitulharam , Hujjatulislam dan zakum dan sebagainya sama seperti edisi yang terdahulu.Begitu juga dengan bidang teknologi
  • 18. maklumat turut tidak terkecuali mendapat tempat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini.Terdapat istilah-istilah teknologi maklumat yang turut dimuatkan seperti e-mel, meng emelkan, akses,mengakses dan siber. Beberapa label kata pinjaman yang sebelum ini berlabel Jw (Jawa) IB ( Indonesia Belanda )id ( Indonesia dan Arab) telah dibuang kerana kata –kata tersebut difikirkan telah diserap dan mantap penggunaannya di Malaysia. Satu pembaharuan yang agak ketara dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini ialah unsur kata ganda yang tidak membawa apa-apa makna jika tidak digandakan tidak dijadikan entri lagi. Contohnya Rama II tidak dijadikan entri lagi, yang dijadikan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ini ialah rama-rama , begitu juga dengan kata pari II , yang dijadiksn entri islsh pari-pari. Beberapa perubahan yang telah dibuat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah menyelaraskan entri kependekan kata am mengikut sistem penulisan Gaya Dewan Edisi Ketiga ( DBP:1995) dengan tidak meletakkan noktah di anatara huruf , Contoh, S.W.T. diubah kepada SWT, M.P.S.I. diubah kepada MPSI dan Y.A.B. diubah kepada YAB. Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah memasukkan 13 tambahan kependekan label bagi bidang tertentu seperti Kim untuk bidang kimia dan sains nuklear, Kom untuk bidang komunikasi, S Bina untuk bidang seni bina, S.Lukis untuk bidang seni lukis. Ast untuk bidang astronomi, Tks untuk bidang tekstii , Pol untuk bidang politik, Marin untuk bidang Marin, Komp untuk bidang computer , Pos untuk bidang pos, Sos untuk bidang sosiologi , Tadb untuk bidang pentadbiran dan ERT untuk bidang ekonomi rumahtangga. Semasa kamus ini disusun pada 1980 an ada beberapa bnyak padanan kata Melayu bagi bahasa Inggeris yang menghuraikan konsep tetentu yang belum dikenali dan mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.Dalam Kamus Dewan Edisi keempat ini telah dimasukkan sebahagian daripada entri tersebut sebagai langkah pembakuan kata atau langkah yang berkenaan. Antara contohnya ialah canister , aerolit dan daktil Selain memasukkan kata baru dan mengemaskinikan makna pada kata sedia ada seperti edisi yang sebelum ini, Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga membuat penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan dan juga membuat pembaikan pada aspek tatabahasa khususnya aspek morfologi agar sedapat mungkin selari dengan Tatabahasa Dewan. Antara penyelarasan yang dibuat ialah berhubung dengan 99 nama Allah.Bilangannta ditambah daripada 18 kepada 99 dan dalam masa yang sama gaya penakrifan dan ejaannya diselaraskan misalnya al-Hakim , al-Rahman dan al-Haq. Bagi nama Allah yang memerlukan gandingan dua konsonan rangkap sama , misalnya al-Jabbar
  • 19. dan al-Razzak. Keputusan dibuat agar konsonan rangkap sama ini dikekekalkan agar makna khusus kata ini dapat dipelihara.Begitu juga dengan entri huruf Jawi. Sebanyak 37 entri huruf Jawi telah diselaraskan ejaannya berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu ( DBP,2001) di samping beberapa pembaikan yang dilakukan sari segi takrifan. Kamus Dewan Edisi Keempat ini juga telah dimasukkan entri bagi sebutan agar tidak timbul kekeliruan segi sebutan bagi pengguna kamus untuk menyebutnya. Bagi Kamus Dewan Edisi Keempat ini, maklumat sebutan diletakkan di dalam kurung selepas entri.Entri- entri yang terlibat adalah seperti yang berikut : i) Entri yang melibatkan penggunaan e-taling, misalnya bearis (bearis), mes( mes) dan teleinfo (teleinfo) ii) Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asalnya, misalnya czarina (zarina), lasagne (lazaniye) dan hi-fi ( haifai) iii) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab bermula dengan alif lam syamsiah, iaitu huruf alif lam diikuti dengan huruf yang bersabdu, misalnya al-Rahman ( ) dengan maklumat sebutan ( ar-Rahman), al-Syakur ( )dengan maklumatbsebutan ((asy-syakur) dan al-Nur ( ) dengan maklumat sebutan ( an- Nur) iv) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab mempunyai sabdu ( ) di hujung perkataan, misalnya al-Muiz ( ) dengan maklumat sebutan ( )al-Haq ( ) dengan maklumat sebutan ( al-Haqq) dan al-Bar ( ) dengan maklumat sebutan ( al-Barr) v) Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab mempunyai huruf ain ( ) misalnya al- Rafik ( )dengan maklumat sebutan ( ar-Rafi’), al-Samik ( )dengan maklumat sebutan( al-‘Azim) dan al-Mutaali( ) dengan maklumat sebutan ( al-Muta’ali). Bagi kes seperti ini, maklumat transliterasi bagi huruf ain, iaitu tanda koma terbalik (‘ ) dimasukkan. vi) Entri nama Allah yang mempunyai bentuk yang sama dalam tulisan Rumi tetapi berbeza dalam tulisan Arab, dan dengan demikian tulisannya dalam Bahasa Melayu juga berbeza, misalnya al –Wali ( ) berbeza daripada al-Wali ( )yang emepunyai maklumat sebutan ( ) dan al-Majid dengan maklumat sebutan (al-Majid ).Bagi kes seperti ini maklumat transliterasi bagi menandakan vokal panjang dimasukkan untuk membezakan kedua-dua enteri tersebut. vii) Enteri huruf Arab/Jawi yang sebutannya boleh menimbulkan keraguan atau persoalan , iaitu ha (ha)( ), kha (khO) ( ), ra (rO) ( ), sad (sOd) ( ), dad ( dOd) ( ),ta (tO) ( ) dan za (zO)( ).Entri-entri ini turut dimasukkan
  • 20. maklumat transliterasi masing-masing untuk menyatakan sebutan sebenar enteri berkenaan. viii) Terdapat juga beberapa entri yang dimasukkan beberapa pemenggalan kata pada maklumat sebutan bagi mengelakkan kekeliruan dari segi sebutan, misalnya sai( sa.i),mangan (man.gan) malun ( mal.un)dan kobokan (kobok.an) Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah membuat beberapa penyusunan baharu bagi memudahkanlagi penggunaannya. Antara penyusunan baharu tersebut ialah : 1. Susunan Kata Masukan 1.1 Kata dasar. i) Perkataan-perkataan yang dimuatkan dalam kamus ini disusun mengikut abjad kata dasarnya yang dicetak dengan huruf tebal ii) Kata-kata dasar yang berupa homonim ( kata-kata yang sama ejaannya dan sebutannya tetapi berlainan maknanya) diperturunkan berasingan diikuti dengan angka-angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang memisahkan : Contoh –halaman 43 ambal I ( hamparan,permaidani) ambal II :berambal-ambalan ( berarak-arakan ) ambal III : mengambal (melihat dengan ekor mata, menjeling) ambal IV; mengambal Mn (menambak,menimbun tanah) 1.2 Kata terbitan i) Kata terbitan dimuatkan di bawah kata dasar yang berkenaan : persenyawaan terdapat di bawah nyawa ; keberangkatan di bawah angkat, dan sebagainya. ii) Dua atau beberapa kata terbitan yang membawa makna yang sama ditempatkan bergandingan dan dipisahkan dengan tanda koma, misalnya berbelasan, berbelas-belas dalam jumlah antara 11 hungga 19… kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru adat, car hidup, kelakuan dll orang Barat, berlaku sepeti orang Barat iii) Kata terbitan yang dipisahkan daripada kata dasar sebelumnya oleh tanda koma bernoktah ( ; ) menunjukkan bahawa takrif dan sebagainya yang diberikan adalah berkaitan dengan kata terbitan yang berkenaan sahaja dan tidak meliputi kata dasarnya : tampi : menampi I.membersihkan beras ( padi,kacang dll) dengan nyiru yang digerak-gerakkan…[merupakan takrif bagi menampi]
  • 21. iv) Kata terbitan yang terbentuk hasil daripada pengimbuhan dengan awalan tertentu seperti yang berikut yang membawa makna tertentu tidak dimuatkan kecuali dengan pertimbangan tertentu : a) ber-yang membawa erti ada atau mempunyai (misalnya berjari, bermodal,berpeluru); b) ter-yang membawa erti superlatif iaitu peringkat atau peringkat yang penghabisan atau tertinggi ( misalnya tertinggi, terindah dan lain-lain) c) ter-yang membawa erti pasif yang sama fungsinya dengan awlan pasig di; d) di-yang membentuk kata kerja pasif juga tidak dimuatkan. Pengguna kamus hendaklah merujuk kepada bentuk aktif sesuatu kata kerja untuk mengetahui makna bentuk pasifnya yang berawalan di- ( dengan pengubahsuaian yang sewajarnya) e) se-yang membawa erti sama...dengan ( sebesar,semulia dan sebagainya)umumnya tidak dimuatkan , demikian juga se-sebagai awalan yang bererti satu.Kata terbitan yang berwalan sedemikian bagaimanapun dimuatkan berasaskan sesuatu keistimewaan atau pertimbangan tertentu ( misalnya sebaya,sebau) 1.3 Frasa ungkapan. Kata majmuk , kata ganda Rangkai kata yang berupa frasa, ungkapan, kata majmuk dan kata ganda yang menerima turunan atau membentuk kata terbitan melalui pengimbuhan umumnya dijadikan kata masukan yang tersendiri, Misalnya kata aneka ragam yang mempunyai turunan beraneka ragam dan keanekaragaman dijadikan kata masukan yang tersendiri. Rangkai kata yang tidak menerima sebarang pengimbuhan untuk menghasilkan kata terbitan umumnya dimuatkan di bawah kata pertama pada rangkai kata yang berkenaan, misalnya kerja lembur pada kerja dan pelabuhab bebas pada pelabuhan.Bagaimanapun terdapat keadaan tertentu apabila sesuatu rangkai kata itu ditempatkan di bawah kata yang bukan kata pertama iaitu apabila difikirkan bahawa kata tersebut lebih penting atau menjadi tumpuan takrif. 2. Ejaan- kata standard dan variasi 2.1 Ejaan yang digunakan dalam kamus ini adalah ejaan rumi yang berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (:DBP: 2001)Atas beberapa pertimbangan sebilangan perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing- masing,iaitu yang merupakan variasi kata serta bentuk tetentu variasi ejaan
  • 22. masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan kepada bentuk ejaan standard dengan tanda anak panah. 2.2 Bentuk standard dan ejaan rasmi Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan ( seringkali dengan malumat-maklumat selanjutnya)Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atu sebagai muatan rujuk silang merupakan variasi kepada standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal0hal tertentu sahaja variasi ejaan. 2.3 Variasi kata i) Variasi kata diperturunkan terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinan seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenakpasti atau mengesan bentuk standard nya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. ii) Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau kegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat atau variasi yang difikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan baru ini.misalnya khanduri (bentuk standardnya ,kenduri);lafal (lafaz),patenah (fitnah) dan lain-lain. 2.4 Variasi ejaan i) Variasi ejaan bagi perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk kepada ejaan dan bentuk yang standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang mungkin masih keraguan tentang bentuk atau ejaan yang standard.Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk kata yang tertentu sahaja. ii) Ejaan lama a) Perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh pelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali. b) Perkataan dalam ejaan lama sedemikian umumnya ailah yang tertakluk kepada peraturan-peraturan ejaan yang tertentu seperti ;
  • 23. i) Peraturan yang berkaitan dengan keselarasan vokal pada suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup (misalnya balek menjadi balik ; langsong menjadi langsung , dan lain- lain) ii) Perkataan berkaitan dengan penggunaan gugus konsonan bagi pengejaan kata asing yang tertentu ( misalnya keritik menjadi kritik, sekerip menjadi skrip dan lain-lain) iii) Peraturan-peraturan lain yang diyakini sudah dimaklumi pengguna bahasa Melayu. 3.Sebutan Secara dasarnya sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar Huruf e yang disebtkan [ ] (iaitu e pepet) tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang e. bela semak bela ( bela) semak ( semak ) Walau bagaimanapun , terdapat pengecualian bagi beberapa entri yang bermasalh dalam cara penyebutannya yang diberkan maklumat sebutan agar tidak timbul kekeliruan untuk menyebutnya.(lihat bahagian pendahukuan Kamus Dewan Edisi Keempat) 4.Etimologi Keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan Bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan di kalangan pengguna bahasa .Maklumat yang terbatas ini diharap dapat menjadi titik permulaan pengkajian dan sebagainya tentang kata-kata pinjaman. 5. Tanda a) Tanda tilde (-) yang tertdapat pada kata masukan pecahan ( seperti frasa , ungkapan dan sebagainya ) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya. abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;- kuda alat kuda tanda - dimaksudkan menggantikan kata abah-abah
  • 24. helah ( helah) 1.akal muslihat, tipu daya; ini satu-untuk memerangkap dia: tipu- tipu daya a) Tanda anak panah( ) bererti lihat b) Tanda persamaan ( =) bererti atau, sama dengan 6. Label arkaik ( ark ) Label arkaik digunakan sebagai peringatan bahawa kata yang berkenaan a) Jarang dipakai b) Penggunaanya terbatas pada satu-satu daerah atau lingkungan sahaja c) Sudah kuno atau mati d) Disangsikan kebenarannya( disebabkan) oleh salah baca , salah tulis, salah dengar dan lain. Dialek ialah loghat yang diertikannya sebagai rupa bahasa yang terpakai dalam percakapan di satu-satu daerah atau sebahagian negeri dengan pelat sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunti sebutan bahasa umum yang rata-rata dipakai dalam hubungan percakapan atau suratan.Dalam konteks ini bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian dialek mengikut lokasi geografi dan salah satunya ialah dialek Perak yang dituturkan oleh sebahagian besar penduduk di sepanjang Sungai Perak.Terdapat beberapa perkataan dalam dialek Perak yang telah dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat . Kewujudan entri ini dapat dibincangkan daripada dua perspektif .Pertama,Pemerian makna dan keduanya cara pengejaan entri berkenaan.Dari segi pemerian makna , antara perkataan atau entri yang dibincangkan termasuklah seperti yang berikut: Biot Pr degil.Bolen II ( bolen ) Pr bolen , telanjang genyi Pr tertahan nafsu untuk makan ( kerana kotor, melihat najis , dll) jijik , mual.jegela Pr, orang~pelawak.soh Pr senyap sunyi. Lazimnya entri yang bersumberkan dialek Perak diperihalkan maknanya dengan cara memilih perkataan bahasa Melayu yang sinonim dengan entri berkenaan, Sesuai dengan konsep dialek yang diberikan oleh Za’ba, entri yang bersumberkan dialek merupakan perkataan yang terkhas dan juga penggunaannya juga tentulah bersifat demikian.
  • 25. Kesimpulan Kamus Dewan Edisi Keempat ini memudahkan pengguna bahasa Melayu yang bukan ahli dalam bidang mengetahui istilah yang digunakan oleh golongan professional seperti perkataan disinflasi yang digunakan dalam bidang ekonomi , dan mikosis yang digunakan dalam bidang perubatan. Penambahan entri baru serta penambahbaikan dari segi takrif , label dan sebagainya dijangka akan menjadikan Kamus Dewan Edisi Keempat kamus ekabahasa Melayu yang lebih mantap , berwibawa dan lengkap dan menjadi bahan rujukan yang terkini untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.
  • 26. REFLEKSI Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayat-nya juga dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM3112 ini dalam tempoh yang ditetapkan.Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menerima banyak pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang menyiapkan tugasan ini.Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan sabar. Pada mulanya , saya mendengar , penjelasan dan ulasan tentang bagaimana cara untuk membuat kerja kursus ini daripada pensyarah semasa sesi interaksi.Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang bersama rakan kumpulan. Pada mulanya kerja kursus ini diwar-warkan adalah kerja kumpulan berdua, tetapi berlaku pindaan bahawa tugasan kerja kursus ini adalah tugasan individu.Walaupun begitu saya dan rakan-rakan tetap mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa. Kami bertukar-tukar info dan dapatan masing-masing berkaiatan tajuk ini. Dengan sedikit ilmu mengenai BMM3112 ini, saya mula mengorak langkah menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Apabila memulakan kajian, barulah saya sedar bahawa pengetahuan saya tentang sejarah bahasa Melayu amatlah cetek . Selama ini saya berasa segala ilmu mengenai asal usul bahasa Melayu telah cukup banyak saya timba semasa di sekolah menengah dahulu.Rujukan melalui laman sesawang juga banyak saya lakukan terutama sekali berkaitan dengan terjemahan Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya benar-benar rasakan bahawa bahasa Melayu adalah satu bahasa yang sangat unik asal usulnya.Susur galurnya yang sangat panjang bermula dari bahasa Melayu Kuno seterusnya klasik dan kini moden. Begitu lama tempoh yang diambil bagaimana ianya dapat bertapak di bumi kita sekarang ini.Saya dapat lihat bagaimana bahasa Melayu ini mengalami perubahan demi perubahan baik dari segi sebutan dan juga tulisan. Bagaimana bahasa Melayu itu mengalami pengaruh-pengaruh daripada bahasa asing seperti Arab dan Hindu.Pengaruh Arab dan Hindu itu masih lagi boleh ditemuai pada hari ini, kerana masih lagi diguna pakai dalam masyarakat Melayu kita pada masa kini.Perjalanan bahasa Melayu yang sangat unik itu menyebabkan ianya mengalami banyak perubahan dan mendapat pengaruh –pengaruh dari persekitarannya pada masa itu . Pada peringkat permulaan untuk menyiapkan tugasan berkenaan perkamusan pula, saya mempunyai masalah untuk memahami soalan tugasan yang diberikan dan sukar untuk
  • 27. mendapatkan sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini . Tetapi dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan, rupanya rujukan utama untuk menyiapkan tugasan ini ialah kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri, semuanya terdapat di situ. Saya terpaksa mentelaah, mengkaji dan membuat kupasan yang sedalam-dalamnya dengan membuat perbandingan dengan kamus –kamus yang terdahulu. Segala-galanya terungkai dan saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik. Hasil dapatan daripada kajian terhadap kamus Dewan Edisi Keempat ini, sangat memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat ini mempunyai perbezaan yang agak banyak dengan kamus edisi terdahulu. Entri yang dimasukkan di dalam kamus ini meliputi semua ruang lingkup yang diperlukan oleh oaring ramai, sama ada pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi, perubatan dan lain- lain.Begitu juga dengan perkataan –perkataan yang berasaskan dialek- dialek daerah- daerah tertentu di Malaysia.Hasil dapatan daripada Kamus Dewan ini amat bermanfaat kepada saya dan juga para pelajar saya. Semasa kajian teks Sejarah Melayu Edisi Shellabear dan Hikayat Abdullah pula, saya tidak menghadapi masalah mendapatkan teks asal setiap versi tersebut. Hal ini kerana saya memang memiliki versi asal teks ini semasa menuntut di tingkatan enam tahun 80 an dahulu. Saya mengambil subjek Bahasa Melayu yang memerlukan kajian mengenai nya. Walaupun agak sukar untuk memahami gaya bahasa dan struktur ayatnya, tetapi melaui perbincangan dengan rakan-rakan say adapt juga menyiapkan tugasan. Gaya bahasa klasik dalam Sejarah Melayu sangat menarik sebenarnya untuk dipelajari kerana nilai estetik yang digunakan begitu indah dan menarik. Kita harus meneliti setiap perkataan dan ayat untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Hikayat Abdullah pula walaupun ada sedikit pemodenan dari segi bahasa dan gaya persembahan cerita berbanding Sejarah Melayu , masih lagi terdapat sedikit pengaruh gaya bahasa klasik di dalamnya.Kedua-dua teks ini membawa impak yang besar dalam perkembangan sejarah bahasa Melayu di Negara kita.Dapatan daripada kedua-dua teks tersebut sangat berguna kepada saya apabila menajar prosa sastera kepada para pelajar di sekolah. Pengalaman yang amat berharga ini tidak mungkin saya peroleh sekiranya tidak ada tugasan kerja kursus diberikan . Kesimpulannya, hasil daripada perlaksanaan kerja kursus ini saya telah memperoleh banyak maklumat-maklumat yang berguna pada diri saya dan juga murid-murid saya tentang bahasa Melayu.Saya amat berpuas hati dalam melaksanakan tugasan ini dan berterima kasih kepada pensyarah kerana telah memberikan bimbingan dalam
  • 28. melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja kursus ini banyak memberi kesan dan hasil dapatan yang sangat berharga khususnya berkaitan kamus dewan dan bahasa –bahasa klasik dan moden. Segalanya memberikan impak yang baik kepada saya dan saya merasakan diri lebih yakin untuk mendidik para pelajar saya mempelajari bahasa Melayu demi memartabatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.