SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
KELAB BIOPERUBATAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
13
PROGRAMME : BIOMED DONATE BLOOD, SAVE LIFE
DATE : 5 - 6 DISEMBER 2017
VENUE : FOYER FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Program ini telah mencapai objektif kerana mendapat sambutan yang hebat
daripada para pelajar, pensyarah serta staf bukan sahaja daripada Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan, malah daripada fakulti-fakulti lain. Malah, pro-
gram ini juga telah membantu dalam memberikan kesedaran tentang
kepentingan menderma darah.
Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan merit walk-in dan sijil kepada
penderma pada hari pertama. Seterusnya, kekurangan ahli jawatankuasa
bertugas pada hari kejadian terutama sekali ketika kehadiran ramai pend-
erma mengurangkan kelancaran program.
Kesimpulannya, program Blood Donation ini mencapai objektifnya iaitu bagi
memupuk kesedaran tentang kepentingan menderma darah. Hal ini terbukti
kerana jumlah penderma darah melebihi anggaran awal penderma. Seterus-
nya, diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi kerana memberi
banyak impak positif bukan sahaja kepada penderma malah memberikan
pengalaman bernilai kepada ahli jawatankuasa program mengenai cara
berkomunikasi dan cara bekerja secara berkumpulan.
Disediakan oleh:
NUR SYAKIRA BINTI ISMAIL
Setiausaha Agung II
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
14
PROGRAMME : BIOMED ODYYSEY 2017
DATE : 25 - 27 & 29 SEPTEMBER 2017
VENUE : DEWAN KULIAH, FPSK DAN GELANGGANG SUKAN,
KOLEJ 17
Program the Biomed Odyssey ini telah mencapai objektifnya iaitu bagi
memupuk hubungan silaturahim dan perpaduan antara pelajar baharu tahun
satu Bachelor Sains, Sains Bioperubatan dengan pelajar sesi lepas melalui
modul-modul yang telah dijalankan. Hal ini kerana, terdapat beberapa modul
melibatkan pengelibatan semua pelajar Bachelor Sains, Sains Bioperubatan.
Tambahan pula, program ini memberikan pendedahan awal kepada para
pelajar baharu mengenai kursus Sains Bioperubatan di UPM.
Antara masalah yang dihadapi ketika merancang, mengurus, dan
melaksanakan aktiviti ini ialah pemilihan tarikh bertembung dengan tarikh
program lain seperti program kolej menyebabkan ramai pelajar tidak dapat
menghadirkan diri. Selain itu, kelulusan untuk menggunakan kawasan Kolej 17
tidak diluluskan menyebabkan aktiviti sukaneka terpaksa dijalankan di Bilik
Tutorial.
Cadangan untuk memperbaiki aktiviti ini dan juga menambahbaik aktiviti-
aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang ialah mengadakan
perbincangan lebih awal dan menyediakan back-up plan lebih awal
sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Disediakan oleh:
NUR SYAKIRA BINTI ISMAIL
Setiausaha Agung II
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
15
PROGRAMME : BIOMED SPORTS DAY
DATE : 11 & 19 NOVEMBER 2017
VENUE : KOLEJ TUJUH BELAS (K17), UPM
Program ini telah berjaya mengumpulkan warga Sains Bioperubatan UPM dan
interaksi antara satu sama lain dapat dilihat semasa permainan sukan
dijalankan.
Dalam menganjurkan program ini, kami berdepan dengan keadaan cuaca
yang tidak menentu.
Perancangan yang baik mestilah dititikberatkan begitu juga dengan penguru-
san masa sepanjang program berjalan.
Disediakan oleh:
SITI NADIA BINTI DAMIRON
Setiausaha Agung I
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
16
ENVOCH
(ENVIRONMENTAL AND OCCUPATIONAL HEALTH)
17
PROGRAMME : PROGRAM “PUTRA BAKTI” JKPP 2017
DATE : 8 OKTOBER 2017
VENUE : PUSAT JAGAAN MAHMUDAH MALAYSIA
(RUMAH KEBAJIKAN LELAKI DAN WANITA),
LOT 459/5, KAMPUNG SUNGAI PURUN,
BATU 11/2 JALAN, BANGI, 43500 SEMENYIH,
SELANGOR.
Pada 8 Oktober 2017, Program Putra Bakti di Pusat Jagaan Mahmudah Malay-
sia, Semenyih telah diadakan. Program ini telah disertai oleh 41 orang pelajar
Tahun Satu Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada
kehidupan pesakit yang tidak berkeupayaan menjaga diri setelah keluar dari
hospital. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar
dengan warga Pusat Jagaan Mahmudah dan dapat memupuk semangat
bekerjasama dalam kumpulan dan kesukarelawan dalam diri pelajar. Program
ini juga diharapkan dapat memantapkan kemahiran berinteraksi terhadap
setiap pelajar.
Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia terletak di Lot 459/5, Kampung Sungai
Purun, Batu 11/2 Jalan Bangi, 43500 Semenyih, Selangor. Rumah ini adalah di
bawah tanggungjawab Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, sebuah
pertubuhan bukan kerajaan. Objektif penubuhan rumah kebajikan ini adalah
untuk membantu menyediakan kemudahan penempatan kepada
penghuni-penghuni yang terdiri daripada bekas-bekas pesakit lelaki dan
wanita miskin tanpa waris, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan
mualaf/saudara baru.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Jagaan Mahmudah ialah aktiviti
bergotong-royong di sekitar kawasan rumah, aktiviti senaman ringan,
membantu menyediakan hidangan dan aktiviti beramah mesra bersama pen-
ghuni Pusat Jagaan Mahmudah.
Diharap dengan program ini, ia dapat memupuk pelajar yang seimbang dari
segi akademik serta kokurikulum dalam bidang kemasyarakatan sekaligus
melahirkan graduan yang berkualiti dan bertanggungjawab.
Disediakan oleh:
NURAQILAH AMIRAH BINTI AWALLUDIN
Pengarah
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
18
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Gambar sekitar aktiviti gotong-royong
Gambar kenangan di Pusat Jagaan
Mahmudah
19
PROGRAMME : PROGRAM “SUKARELAWAN DI ZOO NEGARA”
JKPP 2017
DATE : 29 OKTOBER 2017
VENUE : ZOO NEGARA, HULU KLANG, 6800 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
Pada 29 Oktober 2017, Program Sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Hulu
Klang telah diadakan. Program ini telah disertai oleh 39 orang pelajar Tahun
Satu, 10 orang pelajar Tahun Dua Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan
Pekerjaan dan 1 orang pelajar Tahun Satu Bacelor Pemakanan dan Kesihatan
Komuniti.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar
tentang pejagaan kehidupan haiwan di Zoo Negara. Selain itu, ia juga bertu-
juan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar agar dapat memupuk
semangat sukarelawan dan menjaga kebersihan dalam diri setiap pelajar.
Program ini juga diharapkan dapat membuka minda peajar terhadap perkara
baru.
Zoo Negara adalah Zoo nasional pertama di Malaysia yang dibuka pada
tahun 1963. Zoo Negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Ma-
laysia. Zoo Negara (The National Zoo) terletak di Ulu Klang sekitar 13km dari
Kuala Lumpur. Terdapat sekitar 5,000 haiwan dari lebih dari 400 spesies
termasuk burung, ikan, mamalia dan reptilia. Selain hanya menonton haiwan,
ada persembahan oleh orangutan dan singa laut juga. Dibuka pada jam 9
pagi hingga 5 petang dan pada hari Isnin hingga Ahad.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti bergotong-royong di sekitar
kawasan zoo, aktivit membersihkan kandang dan akuarium, aktiviti memberi
makanan kepada haiwan, dan menyaksikan persembahan oleh singa laut
dan burung kakak tua.
Diharap dengan program ini, pelajar dapat memupuk sifat sayang akan
haiwan dan menghargai hidupan lain. Selain itu, pelajar yang seimbang dari
segi akademik serta kokurikulum dapat dilahrikan.
Disediakan oleh:
MUHD HAZIQ BIN YUSANIZAN
Pengarah Program
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
20
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Pelajar bergambar selepas selesai kerja
Gambar kenangan pelajar di Zoo Negara
21
PROGRAMME : PROGRAM CERIA SIHAT KPP
DATE : 17 - 19 NOVEMBER 2017
VENUE : SK PENDERAS, KUALA KRAU, PAHANG DM
“Program Ceria Sihat KPP” ini telah berlangsung pada 17 hingga 19 November
2017 dan merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh Jabatan
Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan juga dengan kerjasama daripada ,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Seramai 57 orang pelajar di
bawah program Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan beserta
pelajar program Bacelor Sains Pemakanan dan Bacelor Sains Dietatik telah
menyertai program ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar dari sekolah
rendah tersebut untuk menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh membawa
manfaat dari segi ekonomi dan juga kebaikan kepada kesihatan pelajar. Pro-
gram ini dijalankan untuk memupuk pelajar tersebut bersifat tanggungjawab
dan menggalak pelajar untuk makan lebih sayur. Selain itu, sifat kepimpinan
dalam diri mahasiswa dan mahasiswi dapat ditonjolkan semasa mengetuai
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang serta menambahkan keyakinan dalam diri
masing-masing. Program ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan maha-
siswa dan mahasiswi dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan.
Program ini telah bermula pada tarikh 17 November 2017 hingga 19 November
2017. Pada petang 17 November 2017 semua pelajar berkumpul di kolej 17
untuk memulakan perjalanan ke Sekolah Penderas dan kami telah tiba di
sekolah pada waktu malam. Pada keesokan hari, kami telah menjalankan
aktiviti bersama pelajar Sekolah Penderas yang terdiri daripada pelajar darjah
4 hingga darjah 6 dalam sesi ‘ice breaking’. Kemudian, acara membajak dan
menanam bermula dan berakhir waktu tengah hari. Seterusnya, waktu petang
dan malam kami mengadakan aktiviti santai bersama pelajar. Program ini
berakhir pada hari Ahad, 19 November 2017 dan bertolak balik pada waktu
tengah hari.
Program yang telah dijalankan ini juga membolehkan setiap peserta berdikari
dan berfikiran kritis dalam usaha untuk menjayakan program ini. Secara tidak
langsung hal ini juga akan menggalakkan komunikasi dalam kalangan peserta
dan sikap kerjasama antara mereka juga akan teruji. Tugas yang diberikan ini
bukanlah satu tugas yang boleh dibuatkan dengan sambil lewa. Ia memerlu-
kan kejituan jati diri yang tinggi demi memperlihat hasil yang maksima.
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
22
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Salah seorang pelajar sekolah membantu
dalam proses menanam benih pokok
Peserta mengambil bahagian dalam aktiviti senaman
Diharap dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung ma-
hupun tidak langsung dalam mencurahkan tenaga menjayakan Program
Ceria Sihat KPP ini, ia akan mencapai matlamatnya demi melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi akademik serta kokurikulum sekaligus melahirkan
graduan yang berkualiti dan semangat.
Disediakan oleh:
NUR FARHANA BINTI ABD SAMAD JAMALUDDIN
Setiausaha
23
FOODNATIC
DIETETICS AND NUTRITION
24
PROGRAMME : HARI SUAI KENAL PELAJAR BAHARU SESI 2017/2018
KELAB PEMAKANAN DAN DIETETIK
DATE : 25 – 29 SEPTEMBER 2017
VENUE : SEKITAR KOLEJ 17 DAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS
KESIHATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ISNIN (25/9/2017)
Semua pelajar tahun 1, kos Pemakanan dan juga kos Dietetik mendaftar diri
pada jam 8 malam di bawah rumah felo Blok A, Kolej 17. Kemudian, mereka
berkumpul di Dataran antara Blok A dan Blok B, Kolej 17 untuk mendengar tak-
limat yang seterusnya oleh Ketua AJK Aktiviti. Program pada hari tersebut
dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut fasilitator. Setiap kum-
pulan mempunyai nama kumpulan masing – masing dan namanya begitu
unik. Satu kumpulan terdiri daripada 3 fasilitator (pelajar tahun 2) dan 10 orang
pelajar tahun 1. Selepas itu, sesi suai kenal dimulakan di dalam kumpulan terse-
but dan setiap kumpulan perlu mencipta “cheers” kumpulan masing-masing
sebagai lambang kumpulan. Selepas 30 minit, setiap kumpulan perlu menun-
jukkan “cheers” masing-masing di hadapan semua orang. Kumpulan yang
memiliki “cheers” terbaik akan dipanggil semula untuk membuat “cheers”
mereka. Ucapan Pengarah Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi
2017/2018, saudara Mohamad Hanief Ikhwan bin Ahmad Zapwan telah diada-
kan sebagai penutup untuk hari tersebut. Sedikit taklimat telah diberikan oleh
saudara Aiman kepada pelajar tahun 1 tentang perjalanan program pada
hari esok. Program pada hari tersebut tamat pada jam 9.55 malam.
SELASA (26/9/2017)
Pelajar tahun 1 dan 2 telah mendaftar pada jam 8 malam di hadapan gelang-
gang bola tampar, Kolej 17. “Mini Games Explorace” telah diadakan. Terda-
pat 5 jenis permainan telah diadakan yang mana setiap permainan mempu-
nyai dua orang pelajar ( “person in charge”) yang mengendalikan permainan
tersebut. Setiap permainan diadakan di tempat yang berbeza seperti di
gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, dan di gelanggang
bola tampar. Permainan tamat pada jam 9.45 malam.
RABU (27/9/2017)
Pelajar tahun 1 dan 2 telah mendaftarkan diri di hadapan DK3, Fakulti Peruba-
tan dan Sains Kesihatan pada jam 7.30 malam. Pada malam tersebut, slot
Alumni Talk “WHO I AM GONNA BE” telah diadakan. Tetamu jemputan terdiri
daripada Ji Chie Cheong ( Digital Marketing Consultant), Puan Nuraini Rudy
(Researcher, Hospital Sungai Buloh), Cik A’ishah Zafirah Abdul A’zim (Pegawai
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
25
Dietetik Hospital Pengajar UPM) dan Cik Nur Adilah bt Muhammadun Basar
(Pegawai Dietetik U41). Tujuan slot ini diadakan untuk memberi pendedahan
kepada pelajar Pemakanan dan Dietetik tentang skop kerja dan memberi mo-
tivasi kepada para pelajar untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk
menggapai cita-cita. Slot tersebut tamat pada jam 10 malam.
KHAMIS (28/9/2017)
Para pelajar mendaftar pada jam 7.45 malam di Foyer Bawah Fakulti Peruba-
tan dan Sains Kesihatan. Slot pada malam tersebut adalah slot ‘Latihan Dalam
Kumpulan (LDK)’ yang mana pelajar tahun 1 diminta untuk duduk dalam kum-
pulan yang telah ditetapkan sejak hari pertama program. Slot bahas ala parli-
men telah dijalankan. Slot ini dijalankan adalah ingin mencungkil bakat pelajar
untuk berani melontarkan pendapat yang bernas. Slot ini sangat hangat
kerana ianya melibatkan penglibatan ramai pelajar yang ingin melontarkan
pendapat masing-masing pada waktu yang sama.
ISNIN (1/10/2017)
Tarikh program yang asal iaitu 29/9/2017 (JUMAAT) terpaksa dianjank kepada
1/10/2017 (ISNIN) kerana pelajar tahun 1 terlibat dengan program kolej di
Dewan Kulaih Utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pada 1/10/2017,
Malam Kebudayaan bertemakan ‘SUPERHEROS’ telah diadakan. Setiap kum-
pulan diwajibkan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.
Ramai pelajar tahun 3 dan 4 turut turun memberi sokongan terhadap pelajar
tahun 1 dan 2. Program ditutup dengan ucapan pengarah program pada jam
10 malam.
Disediakan oleh:
NUR NAJATUL MUNIRAH BINTI MUHAMAD BOKERY
Setiausaha Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2017/2018
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
26
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Pelajar tahun 1 mendaftarkan diri pada
hari pertama program
Sesi Ice breaking yang memerlukan
mereka untuk berkomunikasi dengan
baik agar tugasan yag diberikan dapat
diselesaikakn dengan sempurna
Pelajar tahun 1 tekun mendengar taklimat yang
diberikan oleh pengarah program
27
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Ini adalah salah satu kumpulan yang
membuat persembahan pada malam
kebudayaan
Semua pelajar tekun mendengar
motivasi yang diberikan oleh para
panel pada malam Alumni Talk
Pengarah dan Timbalan Pengarah Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu
Sesi 2017/2018 memberikan sepatah dua kata iaitu mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua warga Foodnatic kerana memberikan sokon-
gan yang padu terhadap program tersebut
28
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
PROGRAMME : FOODNATICS SPORTS DAY 2017/2018
DATE : 25 - 26 NOVEMBER 2017
VENUE : SEKITAR KOLEJ 17, UPM
29
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Disediakan oleh:
NUR SYAHIRAH BT AZIZI
Setiausaha Program Foodnatic Sports Day 2017/2018
30
PROGRAMME : YOUNG SCIENTISTS DAY (HEALTH SCREENING)
DATE : 18 NOVEMBER 2017
VENUE : BUKIT EKSPO, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Para sukarelawan bergerak ke Bukit Ekspo jam 6 pagi.
Acara larian bermula sekitar jam 7.30 pagi serentak dengan pembukaan
booth Pemeriksaan Kesihatan.
Pemeriksaan Kesihatan dijalankan secara percuma kepada semua peserta
dan sukarelawan yang hadir.
Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuklah:
• Pengiraan Body Mass Index (BMI)
• Tekanan darah
• Peratus lemak dalam badan
• Ukur lilit pinggang
• Kaunseling pemakanan
Program berakhir sekitar jam 12 tengah hari.
Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang meng-
galakkan.
Disediakan oleh:
CHE NADHATUL ILANI BINTI MOHD NORDIN
Setiausaha
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
31
LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017
Booth Pemeriksaan Kesihatan bagi program
Young Scientists Day.
Sukarelawan Kelab Foodnatic yang terlibat
dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan bagi
program Young Scientists Day
Sesi kaunseling pemakanan secara
perseorangan bersama sukarelawan
kelab Foodnatic.
Pemeriksaan tekanan darah
32

More Related Content

What's hot

PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)ppdakpm
 
Laporan buka puasa solat hajat 2014
Laporan buka puasa solat hajat 2014Laporan buka puasa solat hajat 2014
Laporan buka puasa solat hajat 2014asiffahmimokhtarsota
 
Pakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianPakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianSyeda Yuuras
 
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018Joyce Robert
 
Proposal kegiatan kkn tematik posdaya
Proposal kegiatan kkn tematik posdayaProposal kegiatan kkn tematik posdaya
Proposal kegiatan kkn tematik posdayaDesy Rahmawati
 
Laporan Kemahiran insaniah
Laporan Kemahiran insaniahLaporan Kemahiran insaniah
Laporan Kemahiran insaniahZuhural
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerjaCik BaCo
 
Kertas kerja sukaneka Prasekolah
Kertas kerja sukaneka PrasekolahKertas kerja sukaneka Prasekolah
Kertas kerja sukaneka PrasekolahJoyce Robert
 
Kertas kerja husm
Kertas kerja husmKertas kerja husm
Kertas kerja husmkhai Rul
 
Kertas kerja under one roof
Kertas kerja under one roofKertas kerja under one roof
Kertas kerja under one roofkirra94
 
Kertas kerja Under One Roof
Kertas kerja Under One RoofKertas kerja Under One Roof
Kertas kerja Under One RoofSyahira Nabila
 

What's hot (16)

PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
 
Laporan buka puasa solat hajat 2014
Laporan buka puasa solat hajat 2014Laporan buka puasa solat hajat 2014
Laporan buka puasa solat hajat 2014
 
Pakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirianPakej penajaan persendirian
Pakej penajaan persendirian
 
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
 
KkN garut 2012
KkN garut 2012KkN garut 2012
KkN garut 2012
 
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 4
 
Proposal kegiatan kkn tematik posdaya
Proposal kegiatan kkn tematik posdayaProposal kegiatan kkn tematik posdaya
Proposal kegiatan kkn tematik posdaya
 
Laporan Kemahiran insaniah
Laporan Kemahiran insaniahLaporan Kemahiran insaniah
Laporan Kemahiran insaniah
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
Kertas kerja sukaneka Prasekolah
Kertas kerja sukaneka PrasekolahKertas kerja sukaneka Prasekolah
Kertas kerja sukaneka Prasekolah
 
Kertas kerja husm
Kertas kerja husmKertas kerja husm
Kertas kerja husm
 
Kertas kerja under one roof
Kertas kerja under one roofKertas kerja under one roof
Kertas kerja under one roof
 
Kertas kerja U.O.R pdf
Kertas kerja U.O.R pdfKertas kerja U.O.R pdf
Kertas kerja U.O.R pdf
 
Proposal kkn
Proposal kknProposal kkn
Proposal kkn
 
02 program hem 2014 [compatibility mode]
02 program hem 2014 [compatibility mode]02 program hem 2014 [compatibility mode]
02 program hem 2014 [compatibility mode]
 
Kertas kerja Under One Roof
Kertas kerja Under One RoofKertas kerja Under One Roof
Kertas kerja Under One Roof
 

Similar to Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017

Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohnurfatinafeeqa
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Ahmad Lili
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Stephanie Unsil
 
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docx
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docxKERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docx
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docxImRaFiQaH
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaArDah ZyEd
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaFaten Norfatihah
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaFaten Norfatihah
 
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)iffahroslan
 
PAPERWORK OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)
PAPERWORK  OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)PAPERWORK  OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)
PAPERWORK OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)halwaizzati
 
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12Shaharuddin Sham
 
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 Penjuru
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 PenjuruKertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 Penjuru
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 PenjuruSyeda Yuuras
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimHanafi Samion
 
Profil kb aisyiyah procot
Profil  kb aisyiyah procotProfil  kb aisyiyah procot
Profil kb aisyiyah procotNeni Triana
 
Artikel mpk3 2-ifolio
Artikel mpk3   2-ifolioArtikel mpk3   2-ifolio
Artikel mpk3 2-ifolioMohd Ikmal
 
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docx
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docxKERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docx
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docxNURHANIAHBINTIHAJISO
 
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdf
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdfKERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdf
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdfJUNAINADAMING
 
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1Mad Jaraha C Rinold
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Abu Hasyim
 

Similar to Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017 (20)

Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagoh
 
Laporan kendiri
Laporan kendiriLaporan kendiri
Laporan kendiri
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
 
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docx
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docxKERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docx
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 2019.doc 2.docx
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
 
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerjaOpkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
Opkim 10 penjuru (jppel) kertas kerja
 
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)
Paperwork opkim 10 penjuru (batu pahat) (1)
 
PAPERWORK OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)
PAPERWORK  OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)PAPERWORK  OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)
PAPERWORK OPKIM 10 PENJURU (BATU PAHAT)
 
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM 2017 pages 1 to 12
 
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 Penjuru
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 PenjuruKertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 Penjuru
Kertas Kerja Keseluruhan OPKIM'10 Penjuru
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azim
 
Kertaskerjagotongroyong big
Kertaskerjagotongroyong  bigKertaskerjagotongroyong  big
Kertaskerjagotongroyong big
 
Profil kb aisyiyah procot
Profil  kb aisyiyah procotProfil  kb aisyiyah procot
Profil kb aisyiyah procot
 
Artikel mpk3 2-ifolio
Artikel mpk3   2-ifolioArtikel mpk3   2-ifolio
Artikel mpk3 2-ifolio
 
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docx
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docxKERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docx
KERTAS KERJA CERAMAH AWAL REMAJA.docx
 
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdf
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdfKERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdf
KERTAS_KERJA_PROGRAM_JELAJAH_RANTAIAN_KASIH.pdf
 
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 

Recently uploaded

Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024DEDI45443
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditYOSUAGETMIRAJAGUKGUK1
 
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...citraislamiah02
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1RomaDoni5
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAnthonyThony5
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfNetraHartana
 
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorevaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorDi Prihantony
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptMuhammadNorman9
 
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...mayfanalf
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxBudyHermawan3
 
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxSOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxwansyahrahman77
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukumbrunojahur
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxAmandaJesica
 

Recently uploaded (13)

Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
Sosialisasi OSS RBA dan SIINAs Tahun 2024
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
 
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
Aksi Nyata KKTP.pdAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata KKTP.pdf.pptxAksi Nyata ...
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
 
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administratorevaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
evaluasi essay agenda 3 pelatihan kepemimpinan administrator
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
 
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
Upaya Indonesia dalam menyelesaikan sengketa dengan Timor Timur hingga tercip...
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
 
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptxSOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
 

Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017

  • 2. PROGRAMME : BIOMED DONATE BLOOD, SAVE LIFE DATE : 5 - 6 DISEMBER 2017 VENUE : FOYER FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN Program ini telah mencapai objektif kerana mendapat sambutan yang hebat daripada para pelajar, pensyarah serta staf bukan sahaja daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, malah daripada fakulti-fakulti lain. Malah, pro- gram ini juga telah membantu dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan menderma darah. Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan merit walk-in dan sijil kepada penderma pada hari pertama. Seterusnya, kekurangan ahli jawatankuasa bertugas pada hari kejadian terutama sekali ketika kehadiran ramai pend- erma mengurangkan kelancaran program. Kesimpulannya, program Blood Donation ini mencapai objektifnya iaitu bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menderma darah. Hal ini terbukti kerana jumlah penderma darah melebihi anggaran awal penderma. Seterus- nya, diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi kerana memberi banyak impak positif bukan sahaja kepada penderma malah memberikan pengalaman bernilai kepada ahli jawatankuasa program mengenai cara berkomunikasi dan cara bekerja secara berkumpulan. Disediakan oleh: NUR SYAKIRA BINTI ISMAIL Setiausaha Agung II LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 14
  • 3. PROGRAMME : BIOMED ODYYSEY 2017 DATE : 25 - 27 & 29 SEPTEMBER 2017 VENUE : DEWAN KULIAH, FPSK DAN GELANGGANG SUKAN, KOLEJ 17 Program the Biomed Odyssey ini telah mencapai objektifnya iaitu bagi memupuk hubungan silaturahim dan perpaduan antara pelajar baharu tahun satu Bachelor Sains, Sains Bioperubatan dengan pelajar sesi lepas melalui modul-modul yang telah dijalankan. Hal ini kerana, terdapat beberapa modul melibatkan pengelibatan semua pelajar Bachelor Sains, Sains Bioperubatan. Tambahan pula, program ini memberikan pendedahan awal kepada para pelajar baharu mengenai kursus Sains Bioperubatan di UPM. Antara masalah yang dihadapi ketika merancang, mengurus, dan melaksanakan aktiviti ini ialah pemilihan tarikh bertembung dengan tarikh program lain seperti program kolej menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menghadirkan diri. Selain itu, kelulusan untuk menggunakan kawasan Kolej 17 tidak diluluskan menyebabkan aktiviti sukaneka terpaksa dijalankan di Bilik Tutorial. Cadangan untuk memperbaiki aktiviti ini dan juga menambahbaik aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang ialah mengadakan perbincangan lebih awal dan menyediakan back-up plan lebih awal sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Disediakan oleh: NUR SYAKIRA BINTI ISMAIL Setiausaha Agung II LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 15
  • 4. PROGRAMME : BIOMED SPORTS DAY DATE : 11 & 19 NOVEMBER 2017 VENUE : KOLEJ TUJUH BELAS (K17), UPM Program ini telah berjaya mengumpulkan warga Sains Bioperubatan UPM dan interaksi antara satu sama lain dapat dilihat semasa permainan sukan dijalankan. Dalam menganjurkan program ini, kami berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Perancangan yang baik mestilah dititikberatkan begitu juga dengan penguru- san masa sepanjang program berjalan. Disediakan oleh: SITI NADIA BINTI DAMIRON Setiausaha Agung I LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 16
  • 6. PROGRAMME : PROGRAM “PUTRA BAKTI” JKPP 2017 DATE : 8 OKTOBER 2017 VENUE : PUSAT JAGAAN MAHMUDAH MALAYSIA (RUMAH KEBAJIKAN LELAKI DAN WANITA), LOT 459/5, KAMPUNG SUNGAI PURUN, BATU 11/2 JALAN, BANGI, 43500 SEMENYIH, SELANGOR. Pada 8 Oktober 2017, Program Putra Bakti di Pusat Jagaan Mahmudah Malay- sia, Semenyih telah diadakan. Program ini telah disertai oleh 41 orang pelajar Tahun Satu Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada kehidupan pesakit yang tidak berkeupayaan menjaga diri setelah keluar dari hospital. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan warga Pusat Jagaan Mahmudah dan dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan kesukarelawan dalam diri pelajar. Program ini juga diharapkan dapat memantapkan kemahiran berinteraksi terhadap setiap pelajar. Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia terletak di Lot 459/5, Kampung Sungai Purun, Batu 11/2 Jalan Bangi, 43500 Semenyih, Selangor. Rumah ini adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Objektif penubuhan rumah kebajikan ini adalah untuk membantu menyediakan kemudahan penempatan kepada penghuni-penghuni yang terdiri daripada bekas-bekas pesakit lelaki dan wanita miskin tanpa waris, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan mualaf/saudara baru. Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Jagaan Mahmudah ialah aktiviti bergotong-royong di sekitar kawasan rumah, aktiviti senaman ringan, membantu menyediakan hidangan dan aktiviti beramah mesra bersama pen- ghuni Pusat Jagaan Mahmudah. Diharap dengan program ini, ia dapat memupuk pelajar yang seimbang dari segi akademik serta kokurikulum dalam bidang kemasyarakatan sekaligus melahirkan graduan yang berkualiti dan bertanggungjawab. Disediakan oleh: NURAQILAH AMIRAH BINTI AWALLUDIN Pengarah LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 18
  • 7. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Gambar sekitar aktiviti gotong-royong Gambar kenangan di Pusat Jagaan Mahmudah 19
  • 8. PROGRAMME : PROGRAM “SUKARELAWAN DI ZOO NEGARA” JKPP 2017 DATE : 29 OKTOBER 2017 VENUE : ZOO NEGARA, HULU KLANG, 6800 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN Pada 29 Oktober 2017, Program Sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Hulu Klang telah diadakan. Program ini telah disertai oleh 39 orang pelajar Tahun Satu, 10 orang pelajar Tahun Dua Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan 1 orang pelajar Tahun Satu Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pejagaan kehidupan haiwan di Zoo Negara. Selain itu, ia juga bertu- juan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar agar dapat memupuk semangat sukarelawan dan menjaga kebersihan dalam diri setiap pelajar. Program ini juga diharapkan dapat membuka minda peajar terhadap perkara baru. Zoo Negara adalah Zoo nasional pertama di Malaysia yang dibuka pada tahun 1963. Zoo Negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Ma- laysia. Zoo Negara (The National Zoo) terletak di Ulu Klang sekitar 13km dari Kuala Lumpur. Terdapat sekitar 5,000 haiwan dari lebih dari 400 spesies termasuk burung, ikan, mamalia dan reptilia. Selain hanya menonton haiwan, ada persembahan oleh orangutan dan singa laut juga. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang dan pada hari Isnin hingga Ahad. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti bergotong-royong di sekitar kawasan zoo, aktivit membersihkan kandang dan akuarium, aktiviti memberi makanan kepada haiwan, dan menyaksikan persembahan oleh singa laut dan burung kakak tua. Diharap dengan program ini, pelajar dapat memupuk sifat sayang akan haiwan dan menghargai hidupan lain. Selain itu, pelajar yang seimbang dari segi akademik serta kokurikulum dapat dilahrikan. Disediakan oleh: MUHD HAZIQ BIN YUSANIZAN Pengarah Program LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 20
  • 9. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Pelajar bergambar selepas selesai kerja Gambar kenangan pelajar di Zoo Negara 21
  • 10. PROGRAMME : PROGRAM CERIA SIHAT KPP DATE : 17 - 19 NOVEMBER 2017 VENUE : SK PENDERAS, KUALA KRAU, PAHANG DM “Program Ceria Sihat KPP” ini telah berlangsung pada 17 hingga 19 November 2017 dan merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan juga dengan kerjasama daripada , Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Seramai 57 orang pelajar di bawah program Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan beserta pelajar program Bacelor Sains Pemakanan dan Bacelor Sains Dietatik telah menyertai program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar dari sekolah rendah tersebut untuk menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh membawa manfaat dari segi ekonomi dan juga kebaikan kepada kesihatan pelajar. Pro- gram ini dijalankan untuk memupuk pelajar tersebut bersifat tanggungjawab dan menggalak pelajar untuk makan lebih sayur. Selain itu, sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi dapat ditonjolkan semasa mengetuai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang serta menambahkan keyakinan dalam diri masing-masing. Program ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan maha- siswa dan mahasiswi dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan. Program ini telah bermula pada tarikh 17 November 2017 hingga 19 November 2017. Pada petang 17 November 2017 semua pelajar berkumpul di kolej 17 untuk memulakan perjalanan ke Sekolah Penderas dan kami telah tiba di sekolah pada waktu malam. Pada keesokan hari, kami telah menjalankan aktiviti bersama pelajar Sekolah Penderas yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga darjah 6 dalam sesi ‘ice breaking’. Kemudian, acara membajak dan menanam bermula dan berakhir waktu tengah hari. Seterusnya, waktu petang dan malam kami mengadakan aktiviti santai bersama pelajar. Program ini berakhir pada hari Ahad, 19 November 2017 dan bertolak balik pada waktu tengah hari. Program yang telah dijalankan ini juga membolehkan setiap peserta berdikari dan berfikiran kritis dalam usaha untuk menjayakan program ini. Secara tidak langsung hal ini juga akan menggalakkan komunikasi dalam kalangan peserta dan sikap kerjasama antara mereka juga akan teruji. Tugas yang diberikan ini bukanlah satu tugas yang boleh dibuatkan dengan sambil lewa. Ia memerlu- kan kejituan jati diri yang tinggi demi memperlihat hasil yang maksima. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 22
  • 11. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Salah seorang pelajar sekolah membantu dalam proses menanam benih pokok Peserta mengambil bahagian dalam aktiviti senaman Diharap dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung ma- hupun tidak langsung dalam mencurahkan tenaga menjayakan Program Ceria Sihat KPP ini, ia akan mencapai matlamatnya demi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik serta kokurikulum sekaligus melahirkan graduan yang berkualiti dan semangat. Disediakan oleh: NUR FARHANA BINTI ABD SAMAD JAMALUDDIN Setiausaha 23
  • 13. PROGRAMME : HARI SUAI KENAL PELAJAR BAHARU SESI 2017/2018 KELAB PEMAKANAN DAN DIETETIK DATE : 25 – 29 SEPTEMBER 2017 VENUE : SEKITAR KOLEJ 17 DAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISNIN (25/9/2017) Semua pelajar tahun 1, kos Pemakanan dan juga kos Dietetik mendaftar diri pada jam 8 malam di bawah rumah felo Blok A, Kolej 17. Kemudian, mereka berkumpul di Dataran antara Blok A dan Blok B, Kolej 17 untuk mendengar tak- limat yang seterusnya oleh Ketua AJK Aktiviti. Program pada hari tersebut dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut fasilitator. Setiap kum- pulan mempunyai nama kumpulan masing – masing dan namanya begitu unik. Satu kumpulan terdiri daripada 3 fasilitator (pelajar tahun 2) dan 10 orang pelajar tahun 1. Selepas itu, sesi suai kenal dimulakan di dalam kumpulan terse- but dan setiap kumpulan perlu mencipta “cheers” kumpulan masing-masing sebagai lambang kumpulan. Selepas 30 minit, setiap kumpulan perlu menun- jukkan “cheers” masing-masing di hadapan semua orang. Kumpulan yang memiliki “cheers” terbaik akan dipanggil semula untuk membuat “cheers” mereka. Ucapan Pengarah Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2017/2018, saudara Mohamad Hanief Ikhwan bin Ahmad Zapwan telah diada- kan sebagai penutup untuk hari tersebut. Sedikit taklimat telah diberikan oleh saudara Aiman kepada pelajar tahun 1 tentang perjalanan program pada hari esok. Program pada hari tersebut tamat pada jam 9.55 malam. SELASA (26/9/2017) Pelajar tahun 1 dan 2 telah mendaftar pada jam 8 malam di hadapan gelang- gang bola tampar, Kolej 17. “Mini Games Explorace” telah diadakan. Terda- pat 5 jenis permainan telah diadakan yang mana setiap permainan mempu- nyai dua orang pelajar ( “person in charge”) yang mengendalikan permainan tersebut. Setiap permainan diadakan di tempat yang berbeza seperti di gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, dan di gelanggang bola tampar. Permainan tamat pada jam 9.45 malam. RABU (27/9/2017) Pelajar tahun 1 dan 2 telah mendaftarkan diri di hadapan DK3, Fakulti Peruba- tan dan Sains Kesihatan pada jam 7.30 malam. Pada malam tersebut, slot Alumni Talk “WHO I AM GONNA BE” telah diadakan. Tetamu jemputan terdiri daripada Ji Chie Cheong ( Digital Marketing Consultant), Puan Nuraini Rudy (Researcher, Hospital Sungai Buloh), Cik A’ishah Zafirah Abdul A’zim (Pegawai LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 25
  • 14. Dietetik Hospital Pengajar UPM) dan Cik Nur Adilah bt Muhammadun Basar (Pegawai Dietetik U41). Tujuan slot ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Pemakanan dan Dietetik tentang skop kerja dan memberi mo- tivasi kepada para pelajar untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk menggapai cita-cita. Slot tersebut tamat pada jam 10 malam. KHAMIS (28/9/2017) Para pelajar mendaftar pada jam 7.45 malam di Foyer Bawah Fakulti Peruba- tan dan Sains Kesihatan. Slot pada malam tersebut adalah slot ‘Latihan Dalam Kumpulan (LDK)’ yang mana pelajar tahun 1 diminta untuk duduk dalam kum- pulan yang telah ditetapkan sejak hari pertama program. Slot bahas ala parli- men telah dijalankan. Slot ini dijalankan adalah ingin mencungkil bakat pelajar untuk berani melontarkan pendapat yang bernas. Slot ini sangat hangat kerana ianya melibatkan penglibatan ramai pelajar yang ingin melontarkan pendapat masing-masing pada waktu yang sama. ISNIN (1/10/2017) Tarikh program yang asal iaitu 29/9/2017 (JUMAAT) terpaksa dianjank kepada 1/10/2017 (ISNIN) kerana pelajar tahun 1 terlibat dengan program kolej di Dewan Kulaih Utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pada 1/10/2017, Malam Kebudayaan bertemakan ‘SUPERHEROS’ telah diadakan. Setiap kum- pulan diwajibkan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai. Ramai pelajar tahun 3 dan 4 turut turun memberi sokongan terhadap pelajar tahun 1 dan 2. Program ditutup dengan ucapan pengarah program pada jam 10 malam. Disediakan oleh: NUR NAJATUL MUNIRAH BINTI MUHAMAD BOKERY Setiausaha Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 26
  • 15. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Pelajar tahun 1 mendaftarkan diri pada hari pertama program Sesi Ice breaking yang memerlukan mereka untuk berkomunikasi dengan baik agar tugasan yag diberikan dapat diselesaikakn dengan sempurna Pelajar tahun 1 tekun mendengar taklimat yang diberikan oleh pengarah program 27
  • 16. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Ini adalah salah satu kumpulan yang membuat persembahan pada malam kebudayaan Semua pelajar tekun mendengar motivasi yang diberikan oleh para panel pada malam Alumni Talk Pengarah dan Timbalan Pengarah Program Hari Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 memberikan sepatah dua kata iaitu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Foodnatic kerana memberikan sokon- gan yang padu terhadap program tersebut 28
  • 17. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 PROGRAMME : FOODNATICS SPORTS DAY 2017/2018 DATE : 25 - 26 NOVEMBER 2017 VENUE : SEKITAR KOLEJ 17, UPM 29
  • 18. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Disediakan oleh: NUR SYAHIRAH BT AZIZI Setiausaha Program Foodnatic Sports Day 2017/2018 30
  • 19. PROGRAMME : YOUNG SCIENTISTS DAY (HEALTH SCREENING) DATE : 18 NOVEMBER 2017 VENUE : BUKIT EKSPO, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Para sukarelawan bergerak ke Bukit Ekspo jam 6 pagi. Acara larian bermula sekitar jam 7.30 pagi serentak dengan pembukaan booth Pemeriksaan Kesihatan. Pemeriksaan Kesihatan dijalankan secara percuma kepada semua peserta dan sukarelawan yang hadir. Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuklah: • Pengiraan Body Mass Index (BMI) • Tekanan darah • Peratus lemak dalam badan • Ukur lilit pinggang • Kaunseling pemakanan Program berakhir sekitar jam 12 tengah hari. Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang meng- galakkan. Disediakan oleh: CHE NADHATUL ILANI BINTI MOHD NORDIN Setiausaha LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 31
  • 20. LAPORAN KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR FPSK 2017 Booth Pemeriksaan Kesihatan bagi program Young Scientists Day. Sukarelawan Kelab Foodnatic yang terlibat dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan bagi program Young Scientists Day Sesi kaunseling pemakanan secara perseorangan bersama sukarelawan kelab Foodnatic. Pemeriksaan tekanan darah 32