Memahami karakteristik perkembangan anak usia sekolah
kaedah penceritaan
1. 1.4 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Emosi
The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat
dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.
Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh
mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan
emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Ibrahim Mamat (1997),
menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak
balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh berbentuk positif seperti riang,
gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negatif seperti sedih, marah, benci dan
dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan
mendayu-dayu meminta supaya ibu memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang
adalah dipengaruhi oleh alam sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008).
Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara dua peringkat iaitu peringkat
emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran.
Secara umumnya emosi idea ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada
di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada
naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak
dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut.
Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal (Azleena & Zainal,
2004). 8
2. Emosi pemikiran akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu
mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami
direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam
memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak (Azleena & Zainal, 2004).
Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam memahami emosi dan puncanya semakin
meningkat. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk
menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan.
Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak-kanak yang
bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat
seseorang sedih (Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan empati bergantung pada perkembangan
intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial
mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam
mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.
Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula
belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat perkara
yang dapat menarik perhatian orang lain. Ketika berumur 9 – 12 tahun, kanak-kanak menghadapi
dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu
bapa mereka. 9
2.0 CIRI-