Doktor perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan kaedah perubatan saintifik seperti pemeriksaan fizikal, ujian diagnostik, dan rawatan farmaseutikal atau pembedahan. Mereka bekerja di hospital, klinik swasta, atau membuka klinik persendirian dan boleh mengkhususkan diri dalam bidang tertentu seperti pakar bedah atau oftalmologi.
1. DOKTOR PERUBATAN
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan
menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan
menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat
perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh
pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk
menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan
ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktordoktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan
pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta
memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod
pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan
kepadapesakit
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Questetik, Pakar Psikiatri, Pakar
Oftamologi, Pakar Kardiologi, Obstetrision Dan Pakar Ginakologi, Pakar
Neurologi, Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Doktor Pergigian
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh
negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta
dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan
bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh
melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang
tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong
dan lain-lain. Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus
Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.
2. Biodata Profil Prof Dr Muhaya Mohamad
Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor
Atiyah (doktor perubatan)
3. Pendidikan:
- 1980 - 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)
- 1986 - 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM
- 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London
Kerjaya
- Profesor Oftalmologi AUCMS
- Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
- Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan
Prince Court, Kuala Lumpur
4. Pencapaian:
- Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow
Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh
- Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan
Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.
- Matlamat: "Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan
bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat
membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"