3. HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep penilaian dalam pendidikan.
2. Menyatakan kepentingan penilaian dalam muzik, gerakan dan
drama.
3. Menyatakan jenis-jenis penilaian terhadap muzik, gerakan dan
drama.
4. PENGENALAN
• Penilaian adalah merujuk dari konsep yang menunjukkan nilai
dalam sesebuah tugasan dan mempunyai pelbagai maksud untuk
pemahaman kepada ibu bapa atau professional.
• Ramai kanak-kanak dinilai melalui pelbagai aspek seperti rekod
kesihatan, pembelajaran, perkembangan dan kemahiran mereka.
• Sesetengah kanak-kanak telah diuji dengan penilaian yang berbeza
kerana tidak mempunyai pengalaman yang selaras dengan tahap
perkembangan mereka.
5. PENILAIAN DALAM MENGENAL PASTI KEMAJUAN
KANAK-KANAK
Konsep Penilaian
• Guru adalah peranan utama dalam mengesan kebolehan, kemajuan
dan pencapaian kanak-kanak.
• Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,
menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan
susulan.
6. • Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan
kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran
bagi membantu perkembangan yang seterusnya.
• Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai.
7. Matlamat Penilaian
• Mengesan tahap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
dan holistik merujuk kepada setiap perkembangan yang sedia ada.
• Melihat sebarang bentuk perubahan atau tingkah laku pada
perkembangan setiap kanak-kanak yang ada dalam proses
pembelajaran.
• Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dan sistematik bagi tujuan membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
8. • Mempelajari dan memastikan keperluan setiap individu kanak-
kanak.
• Mengesan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, rutin
harian yang dilakukan setiap hari, dan pendekatan atau kaedah yang
digunakan.
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam proses
pembelajaran dari semasa ke semasa.
9. • Memberikan laporan atau maklumat yang tepat kepada ibu bapa,
pakar-pakar kesihatan, guru besar, pengusaha dan pegawai-pegawai
yang memantau untuk mengelakkan sebarang salah faham antara
mereka.
• Menghargai dan memberi galakan dan dorongan terhadap hasil
kerja kanak-kanak walaupun ianya tidak memuaskan.
• Membuat dan memberikan keputusan yang sewajarnya berdasarkan
pihak atasan ataupun tindakan susulan serta-merta.
10. KEPELBAGAIAN ASPEK PENILAIAN
• Penilaian juga perlu dipelbagaikan bagi mengambil kira semua
aspek dalam perkembangan kanak-kanak.
• Guru perlu menilai kebolehan kanak-kanak dengan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan dari pelbagai perspektif kerana penilaian
ini adalah bersifat fleksibel dan adil kerana mengambil kira
kecerdasan yang pelbagai.
http://mohdrosly78.blogspot.my/2011/11/perbezaan-antara-
penilaian-formatif-dan.html
11. KAEDAH PENILAIAN
• Penilaian adalah berdasarkan maklumat berbentuk kuantitatif dan
kualitatif menyeluruh berkenaan status perkembangan seperti bayi,
kanak-kanak yang bertatih dan kanak-kanak prasekolah yang
memerlukan penilaian tersebut.
• Instrumen penilaian dibuat untuk mengenalpasti bahagian
perkembangan yang memerlukan pemeriksaan lanjut sekiranya
terdapat masalah dalam aspek-aspek yang tertentu.
12. Alat –alat pemerhatian yang biasa digunakan ialah:
• Rekod Anekdot – rekod peristiwa dan ada catatan tentang satu-
satu peristiwa, masa dan tempat diperhatikan.
• Senarai Semak – digunakan untuk memerhati perkembangan
kemahiran, sikap dan nilai.
• Skala Kadar – digunakan untuk merekod tingkahlaku yang
diperhatikan serta darjah pencapaian murid.
• Carta penyertaan – digunakan untuk merekod pencapaian
sekumpulan murid dalam sesuatu aktiviti pada masa yang sama.
INSTRUMEN PENILAIAN
13. 1. Pemerhatian
• Kaedah penilaian yang perlu dilakukan untuk mendapatkan
maklumat utama bagi direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap
dan jelas.
• Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara
sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan
perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian
murid yang ingin dinilai dalam aspek muzik, gerakan drama
terhadap kanak-kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
14. 1.1 Rekod Anekdot
• Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
• Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-
kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru
dan cadangan atau tindakan guru..
15. Aktiviti muzik kanak-kanak
• Nama kanak-kanak : Nur Azwa
• Umur : 7 Tahun
• Tarikh : 1 March 2017
• Masa : 10.00 pagi
• Nama guru : Cikgu Anida
Catatan Ulasan
Diyana memegang dua tamborin menuju ke arah Siti.
“Siti, tamborin ini untuk kamu”. Diyana bagi satu
tamborin kepada Siti. “Siti, bunyi ikut saya.
1…2…3…4…”. Siti bermain tamborin mengikut
tempo bersama-sama Diyana.
Siti sudah mengenali nama alat muzik
dan bermain alat muzik mengikut
tempo.
16. 1.2 Senarai Semak
• Senarai semak yang kerap kali digunakan adalah untuk tujuan
mengumpulkan data.
• Ia penting untuk menyimpan tujuan dari senarai tersebut dalam
minda dan had panjang senarai itu.
• Soalan haruslah objektif dan dapat melengkapkan set tindak balas
alternatif. Soalan terbuka ditanya dan responden menerangkan
jawapannya maka lebih lengkap maklumat.
17. BIL NAMA
KANAK-KANAK
KRITERIA PENILAIAN AKTIVITI
TARIAN/PERGERAKAN
Gerakan kreatif
Ruang Masa Tenaga
1. Adam √ √
2. Daniel √ √ √
3. Hawa √ √ √
4. Diyana √
5. Siti √ √ √
18. 1.3 Skala Kadar
• Skala kadar adalah bertujuan mengenal pasti darjah pencapaian
kanak-kanak dalam suatu aktiviti. Digunakan untuk menilai dan
merekod kemahiran dan tingkah laku kanak-kanak.
BIL NAMA
KANAK-KANAK
KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT
KEMAHIRAN DRAMA
JUMLAH
(MARKAH)
Menjiwai
watak
(3 markah)
Vokal dan
pengucapan
(3 markah)
Improvisasi
lakonan
(4 markah)
10
1. Adam 2 2 2 6
2. Daniel 2 2 3 7
3. Hawa 3 3 3 9
4. Diyana 2 2 3 7
5. Siti 2 2 2 6
19. BIL NAMA
KANAK-
KANAK
KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT
KEMAHIRAN TARIAN/PERGERAKAN
JUMLAH
(MARKAH)
Ketepatan
rentak
(4 markah)
Kualiti
gerak
(3 markah)
Elemen
gerak
(3 markah)
10
1. Adam 2 2 2 6
2. Daniel 3 3 2 8
3. Hawa 3 3 3 9
4. Diyana 2 2 2 6
5. Siti 2 2 3 7
20. 1.4 Carta Penyertaan
• Carta penyertaan adalah rekod yang bertujuan untuk merekod
pencapaian dan penglibatan sekumpulan kanak-kanak dalam
sesuatu aktiviti pada yang sama.
21.
22. 2. Diagnosis
• Diagnosis dibentuk untuk menentukan wujudnya kecacatan pada
kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan akan menentukan masalah dan
kesan kecacatan itu pada perkembangan kanak-kanak.
• Ada sesetengah kes sebab dan penyebab tentang lambat atau hilang
keupayaan tidak dapat dikenalpasti. Dalam diagnosis perubatan,
beberapa kanak-kanak yang terlibat dengan penilaian diagnosis
dibimbing oleh pelbagai pakar dalam pasukan penilaian.
• Maklumat diagnosis mungkin datang daripada keluarga, laporan
pakar dan pemerhatian terus pada kanak-kanak.
23. 3. Intervensi
• Penilaian intervensi merupakan perkara atau elemen yang berfaedah
kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarganya
terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak yang betatih, kanak-
kanak yang terdedah kepada risiko, perkembangan lambat atau
yang tidak berkeupayaan seperti sindrom down atau cerebral palsy.
Tujuan intervensi adalah untuk kelayakan untuk bantuan dan
perkembangan individu dari plan intervensi individu.
24. 4. Penulisan Laporan
• Laporan atau penulisan laporan adalah selepas rancangan
intervensi. Terdapat banyak keadaan bias dalam mendata yang
dilaporkan bukan dalam penilaian betul-betul.
• Penilai harus melaporkan bukan hanya apa yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi juga bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur..
25. KESIMPULAN
• Penilaian boleh dilaksanakan mengikut prosedur ataupun
langkah demi langkah mengikut ketetapan kerana secara
amnya penilaian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka.
• Hasil akhir penilaian kepada kanak-kanak akan membolehkan
guru untuk mengambil tindakan susulan atau inisiatif yang
berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan
potensi murid ke tahap yang lebih optimum.