SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

1.1 : RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
(1)Kepercayaan kepada Tuhan
(2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3)Keluhuran Perlembagaan
(4)Kedaulatan Undang-undang
(5)Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara
ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu
tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau
dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila
patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan
FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini
ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak
ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh
dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."
Unsur-Unsur Penting FPK
· Menjadi warganegara Malaysia yang baik
· Unsur intelek
· Unsur rohani dan emosi
· Unsur jasmani
· Memperkembangkan potensi individu
· Menyeluruh dan bersepadu
· Insan yang seimbang
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.
Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
Implikasi Terhadap Kurikulum.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan
kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama
dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar
kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah
bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga
diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi
pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah.
Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi
membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

Implikasi Terhadap Pendidik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem
pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia
boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen
perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab
membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar
mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru
mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik,
sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi
matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai
pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan
pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti
dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan.
Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu
untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya
di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya
supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu
untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga
diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca di kalangan mereka.
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai
satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”.
* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

di Malaysia
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan
negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

1.3 : WAWASAN 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia
menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi,
tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan
nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan
sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada
Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan
matlamat utama Wawasan 2020:
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya
secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa
yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh
rakyat negara lain.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman
matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa
banyak negara membangun.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai
etika paling tinggi.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan
pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan
tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem
keluarga yang kukuh.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya
menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.
Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada
masa berkenaan.
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata
sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa
dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada
dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30
tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun,
dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada
puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1
peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang
bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920
bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan
pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai
sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan
kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat
Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan
tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan
2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang
tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 : ISLAM HADHARI
Islam Hadhari (Arab: iroet nakapurem "nudamatreb gnay malsI" uata )‫اإل س الم ال ح ضاري‬
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
Tamadun Islam.
Tujuan
Visi:
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Misi:
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan
Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif:
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai.
Prinsip
(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
(6) Kehidupan Berkualiti.
(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
(8) Keutuhan Budaya dan Moral.
(9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.
(10) Kekuatan Pertahanan.

More Related Content

What's hot

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraMis Sem
 
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .HanissMalik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Peranan pancasila dalam konsep pembangunan
Peranan pancasila dalam konsep pembangunanPeranan pancasila dalam konsep pembangunan
Peranan pancasila dalam konsep pembangunanSanti Setiorini Nur
 
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siap
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siapTugas tutorial-ke-3-pkn-siap
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siapZainuddin Zain
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikMardhiah Hayati Rahim
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...Asyraf Abdul Rahim
 
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanHubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanMahyuddin Khalid
 
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysia
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysiaCabaran cabaran semasa masyarakat malaysia
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysiaKamarudin Jaafar
 
Ppt klmpk8 a.humaniora
Ppt klmpk8 a.humanioraPpt klmpk8 a.humaniora
Ppt klmpk8 a.humanioraMohZaini6
 
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysiaHashim Omar
 
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)norbaizura1991
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALAmy Syahida
 
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanaeyma
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 

What's hot (20)

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Peranan pancasila dalam konsep pembangunan
Peranan pancasila dalam konsep pembangunanPeranan pancasila dalam konsep pembangunan
Peranan pancasila dalam konsep pembangunan
 
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siap
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siapTugas tutorial-ke-3-pkn-siap
Tugas tutorial-ke-3-pkn-siap
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
Dasarsosial
DasarsosialDasarsosial
Dasarsosial
 
Realslidectu
RealslidectuRealslidectu
Realslidectu
 
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - PengenalanHubungan Etnik 2011 - Pengenalan
Hubungan Etnik 2011 - Pengenalan
 
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysia
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysiaCabaran cabaran semasa masyarakat malaysia
Cabaran cabaran semasa masyarakat malaysia
 
Ppt klmpk8 a.humaniora
Ppt klmpk8 a.humanioraPpt klmpk8 a.humaniora
Ppt klmpk8 a.humaniora
 
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
 
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)
HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
GEOGRAFI
GEOGRAFIGEOGRAFI
GEOGRAFI
 

Similar to SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraSukie Lan
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negarascha_erra
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negarasyaz1tea
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAJoyce Robert
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Information - ct hafsyah
Information - ct hafsyahInformation - ct hafsyah
Information - ct hafsyahakumpun83
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)Sasi Villa
 
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRashidinBujang1
 
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdf
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdfBAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdf
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdfAimanHafiz30
 
Guru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraGuru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraFariza Zulkifli
 
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang Politik
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang PolitikImplementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang Politik
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang PolitikPuspitaMelati
 
Matrikulasi 3
Matrikulasi 3Matrikulasi 3
Matrikulasi 3pumdatin
 

Similar to SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP (20)

E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
Topik_1.pptx
Topik_1.pptxTopik_1.pptx
Topik_1.pptx
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
Information - ct hafsyah
Information - ct hafsyahInformation - ct hafsyah
Information - ct hafsyah
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
DASAR SOSIAL NEGARA (AKADEMI LAUT MALAYSIA)
 
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
 
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdf
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdfBAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdf
BAB 1- PENGENALAN ILMU FALSAFAH.pdf
 
Guru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraGuru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan Negara
 
keadilan dan keterbukaan
keadilan dan keterbukaankeadilan dan keterbukaan
keadilan dan keterbukaan
 
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang Politik
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang PolitikImplementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang Politik
Implementasi Nilai Nilai Pancasila Dalam Bidang Politik
 
Matrikulasi 3
Matrikulasi 3Matrikulasi 3
Matrikulasi 3
 

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

  • 1. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA 1.1 : Rukun Negara 1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 : Wawasan 2020 1.4 : Islam Hadhari 1.1 : RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: (1)Kepercayaan kepada Tuhan (2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara (3)Keluhuran Perlembagaan (4)Kedaulatan Undang-undang (5)Kesopanan dan Kesusilaan Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • 2. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
  • 3. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com 1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Unsur-Unsur Penting FPK · Menjadi warganegara Malaysia yang baik · Unsur intelek · Unsur rohani dan emosi · Unsur jasmani · Memperkembangkan potensi individu · Menyeluruh dan bersepadu · Insan yang seimbang · Kepercayaan kepada Tuhan · Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan. Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia Implikasi Terhadap Kurikulum. Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan
  • 4. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan. Implikasi Terhadap Pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. * Nota Tambahan pengkhususan bidang ; Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • 5. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com di Malaysia Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: a. Percaya dan patuh kepada tuhan b. Berilmu pengetahuan c. Berakhlak mulia d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Falsafah Pendidikan Guru "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." 1.3 : WAWASAN 2020 Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Cabaran utama Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
  • 6. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan. Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
  • 7. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin. KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. 1.4 : ISLAM HADHARI Islam Hadhari (Arab: iroet nakapurem "nudamatreb gnay malsI" uata )‫اإل س الم ال ح ضاري‬ kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam. Tujuan Visi: Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif: Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Prinsip (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t. (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
  • 8. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com (3) Rakyat Berjiwa Merdeka. (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan. (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif. (6) Kehidupan Berkualiti. (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. (8) Keutuhan Budaya dan Moral. (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi. (10) Kekuatan Pertahanan.