Information - ct hafsyah

1,017 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,017
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Information - ct hafsyah

  1. 1. ……..INFOrmation…..Rukun NegaraRukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usahamembina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut:"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yanglebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; menciptasatu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dansaksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kayadan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains danteknologi moden.Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang
  2. 2.  Kesopanan dan Kesusilaan  Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satubangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islamialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain bolehdiamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dantindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalahdilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnyaagama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama bolehmeruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapapentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan denganSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengankedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja jugadiamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. SeriPaduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduanrakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklahmenumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yangmemerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yangdi-Pertuan Agong.  Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuranatau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundanganyang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hakdan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendakimenghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakangsejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskankesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satukontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
  3. 3. individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dankedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yangberkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.  Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya disisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perluditerima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidakaman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yangbebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal danmewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akanmenjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpasebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-haksemua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang sertaperkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak darikebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaansama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.  Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorangrakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusilaselaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individuyang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteksperhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikapbersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu danmasyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuahmasyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatanyang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah lakusopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupanpersendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakatsentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
  4. 4. SEKADAR RENUNGAN……………………. Teknik Pengajaran dan PembelajaranDefinisi Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Jenis teknik-teknik dalam p&p 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog
  5. 5. Tujuan Penggunaan Teknik P&P 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan rasa ingin tahuTEKNIK LATIH - TUBI Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan- perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : I. Sebutan (accent)  menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammer)  penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. III. Perbendaharaan kata (vocabulary)  meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
  6. 6. IV. Kefasihan (fluency)  menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension)  latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
  7. 7. TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar- pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
  8. 8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehanTEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaanTEKNIK SOAL – JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : 1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
  9. 9. 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek- aspek bahasa yang hendak disampaikan.TEKNIK DRAMA
  10. 10. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.TEKNIK INKUIRI Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan
  11. 11. TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
  12. 12. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
  13. 13. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, maknadan penggunaan bahasa yang tepat.Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Inibermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan danpengukuhan.Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
  14. 14. INFO SEMASA………Guru KU Sayang…Ikrar dan janji seorang guru ialah untuk mendidik dan membimbing anak bangsa. Menjadikanmereka insan yang berguna suatu masa nanti. Berusaha menuju ke arah pembentukan anakbangsa yang berilmu , yang taat setia , yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Sebagaiseorang guru , kita perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan , menjadipembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh terbaikkepada para pelajar . Oleh yang demikian ,pada setiap masa seorang guru itu perlulahmenampilkan watak terpuji,berimej ,berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yangunggul.Dalam sebuah kerjaya keguruan , ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan sepertikod etika dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan modal insan guru yang benar-benarberkualiti, berketrampilan , terpuji dan terbaik dan dapat menjadi ikon serta model yang unggulkepada para pelajar. Menurut Fenny , Christensen ( 1979 ), kualiti-kualiti yang perlu dimilikioleh seorang guru ialah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasahormat dan bersikap penyayang kepada anak-anak muridnya. Berperawakan yang baik ,bertenaga , bersifat humor , fleksibel dan peka ( Feeny , Christensen & Moravic ,1996).Sementara Bottery (dalam Cribb , Gewirtz , 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagaipenjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.Menurut Hassan (2002) pula , guru perlumempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yangbaik.Apa itu Etika ??Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Yunani. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan(2002) , ethos bermaksud nilai moral , sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatubangsa. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah daribahasa Latin , iaitu ‘Mos’ dan dalam bahasa jamaknya ‘Mores’ yang bererti juga adat kebiasaanatau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik ( kesusilaan ) danmenghindari perkara-perkara tindakan yang buruk ( Keith , 2006 ) . Menurut Thiroux ( 2001 ) ,etika dilihat sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatukejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian.Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagisesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yangbaik dan yang buruk , serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduankepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat , bernegara hingga
  15. 15. pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnyamanusia bertingkah laku.Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku , adat kebiasaan manusia dalam pergaulanantara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitandengan norma-norma , nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusiayang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh di ikuti. Menurut William ( 1971 ) , etika ialah‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a science whichjudges tihis conduct to be right or wrong , to be good or bad or in some similar way’ ( Sainsnormatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatuperilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain) .Moral pula mengikut Keith ( 2006 ) , merujuk ’to that part of human behavior that can beevaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary ( 1994 ),Science of Moral. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of characteror disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi secara keseluruhannya , jelasbahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moraladalah lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan seharian terdapat perbezaan,iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalahpengkajian system nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula , ia merupakan aturan-aturanyang disepakati bersama-sama oleh ahli –ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu sepertiguaman, keguruan , pengubatan dan sebagainya ( Hassan Langgulung , 2002 ) .Etika secara keseluruhannya adalah sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhioleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersafat sejagat.Merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadapnorma dan garis panduan tindakan individu yang piawai , yang mewajarkan tindakannya. Etikabertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai , kepercayaan dan tanggungjawab dalamsesuatu profesion. Di samping itu , etika juga menjadi satu norma dan standard perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi .Etika Profesion PerguruanEtika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugasmendidik. Guru-guru perlu mengetahui kod etika perguruan serta mematuhinya demi menjaminmartabat profesion perguruan dipandang mulia.Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘TatasusilaProfesion Perguruan’. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu dihayati dan diikuti olehpara guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi
  16. 16. kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Kejayaandalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited denganetika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( KamusDewan , 2005 ). Ia juga merupakan satu prinsip moral dan juga tanggungjawab dan akibattingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam , etikamerujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Etika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadapmasyarakat dan negara , pelajar , rakan sejawat dan juga ibu bapa pelajar. Sebagai seorangguru , kita sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkanmodal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Sebelum dapat membentuk individu yangsempurna dari pelbagai aspek , pembentukan sahsiah diri guru itu terlebih dahulu perlu dicapai.Guru perlu menjadi contoh yang terbaik di hadapan anak didiknya . Menjadi ikutan dan panduanmereka secara keseluruhannya. Untuk memenuhi criteria-kriteria seorang guru yang terbaik dancemerlang dalam pelbagai aspek , etika-etika itulah yang perlu dipatuhi dan diamalkansepanjang masa. Ini sekaligus dapat membentuk seorang guru yang sebenar-benarnya di matapelajar dan masyarakat secara umumnya.Etika Seorang GuruAntara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati oleh setiap orang guru ialah tidakharus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkanhilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tidak seharusnya juga seorangguru itu bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilanganamanah berhubung dengan kewangan. Seorang guru itu haruslah menjalankan tugas dantanggungjawab dengan jujur dan seikhlasnya. Kita sedia maklum bahawa tanggungjawab utamaseorang guru ialah terhadap para pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasisemua kepentingan – kepentingan masyarakat , persatuan atau persendirian. Guru harusmenumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap pelajarnya.Selain itu seorang guru itu haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua pelajarnyatanpa mengira bangsa dan anutan agama mereka. Adil dan saksama kepada semua pelajarnyatanpa menyisihkan atau memilih-milih mereka. Guru sesungguhnya menjadi pengganti ibubapa dalam usaha untuk membantu membentuk tingkah laku pelajar-pelajar kearah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya. Bertindak untuk mendidikpelajar-pelajar dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira
  17. 17. bangsa,jantina , bahasa , agama, kepercayaan politik , tempat asal , asal keluarga , intelek ,akademik dan status-status lain. Guru seharusnya mengesan dan menerima perbezaan individudalam kalangan pelajar-pelajarnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi merekadari segi jasmani , intelek , daya cipta dan rohani.Di samping itu , seorang guru haruslah menghormati hak tiap-tiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidakberkenaan. Guru juga seharusnya tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentinganpelajar-pelajarnya, masyarakat awam dan negara keseluruhannya. Tanggungjawab guru untukmenanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembangmenjadi warganegara dan anak bangsa yang taat setia dan berguna di masa hadapan . Tidakseharusnya seorang guru itu menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapa mereka.Seorang guru mestilah bertingkah laku untuk menjadi contoh yang terbaik terhadap parapelajarnya. Seorang guru yang ikhlas , tidak akan menerima apa-apa bayaran daripada parapelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolahatau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Tidak akan juga mengiklankandirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Seorang guru itu juga tidakseharusnya meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajarnya atau ahli-ahlimasyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya,Penting bagi seorang guru itu untuk tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan , politikpersendirian terhadap para pelajarnya. Seorang guru yang baik itu juga tidak akan sesekalimenjatuhkan maruah dan nama baik rakan gurunya yang lain. Sekiranya untuk mendapatkanpekerjaan atau kenaikan pangkat , guru haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ,iaitu berdasarkan kecekapan dan kemajuan diri sendiri. Tidak perlu mengiklankan dirinyadengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dan namadalam profesion perguruan.Yang tersebut di atas adalah antara etika-etika sebagai seorang guru . Bagi mencapai statusguru berkesan , yang terbaik , cemerlang dan terbilang seharusnya seorang guru itu mentaati,mematuhi dan mengikuti etika-etika profesion perguruan tersebut. Sesungguhnya ia menjadigaris panduan seseorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telahdiamanahkan dan untuk mengekalkan mereka pada landasan yang betul. Sesungguhnyatanggungjawab kita guru bukan sekadar untuk mengajar di dalam bilik darjah. Kita harus perlubertindak secara professional mengikut kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
  18. 18. Tangggungjawab Seorang GuruBerdasarkan kepada Etika Profesion Peguruan juga termasuklah berkaitan dengantanggungjawab -tanggungjawab kita sebagai seorang guru . Antaranya ialah :i/ Tanggungjawab terhadap pelajarSebagai seorang guru , tanggungjawab kita terhadap pelajar ialah kita mesti bersikap adilterhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,anutan agama, politik, sosial, emosi , ekonomi ,jasmani dan mental mereka.. Kita sebagai guru juga perlu lebih mengutamakan kebajikan dankeselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Di samping itu, kita guru juga mesti menunjukkan perawakan yang terbaik dari segi berpakaian,pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh kepada para pelajar. Selain daripadaitu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian,penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminarsupaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.ii/ Tanggungjawab terhadap ibubapaKita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormatitanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusahauntuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggapmaklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dantidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta,kita akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhirsekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi olehkedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusandan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajarterhadap ibu bapa mereka.iii/ Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaraKita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaradengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat ataunegara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah seringmemupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadiwarganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaankebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita
  19. 19. berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlumenggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkantingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .iv/ Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruanSebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kitaperlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan namaseorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat sesuatu yang bolehmenjatuhkan martabat seorang guru. Kita juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yangmenjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan. Disamping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersediauntuk membantu rakan sejawat terutananya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhirsekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah pertubuhan guru.

×