Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

7,930 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,930
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
206
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

  1. 1. HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI& MENANGANI CABARAN
  2. 2. PENGENALAN Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk Persoalan hubungan etnik sangat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, dan seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
  3. 3. PENGENALAN Antara kekuatan Malaysia :-“Semua golongan etnik utama terlibat dalam ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi”. Contoh : 1. Pengaruh Cina Peranakan @ Baba. Mereka mengasimilasikan tiga kebudayaan iaitu kebudayaan Cina, Melayu & Barat 2. Sumbangan orang India terdapat dalam budaya & falsafah politik Melayu
  4. 4. DASAR & PELAN TINDAKAN UNTUKPERPADUAN Usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik secara holistik adalah amat mencabar. 2 perkara terawal sebagai pelan tindakan untuk mengekalkan serta mengukuhkan hubungan etnik :-1) RUKUN NEGARA2) PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  5. 5. RUKUN NEGARA Dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri yang unggul Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 Digubal oleh Majlis Perundingan Negara Bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969
  6. 6. RUKUN NEGARA Rukun negara dengan prinsip bertunjangkan semangat perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia Rukun negara menjadi pedoman untuk sebarang program pembangunan negara Menjadi ikrar untuk acuan integrasi nasional, pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara
  7. 7. IKRAR RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
  8. 8. IKRAR RUKUN NEGARAMAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  9. 9. RUKUN NEGARA : KUPASAN Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa malaysia yang hidup bersatu-padu, mengamalkan cara hidup demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan juga berfikiran terbuka Dalam konteks ekonomi ditekan tentang sains dan teknologi berasaskan perindustrian untuk membentuk masyarakat progresif
  10. 10. RUKUN NEGARA : KUPASAN1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini membawa maksud rakyat di negara ini mempunyai agama dan kepercayaan masing- masing. Islam adalah agama Persekutuan. Namun kebebasan beragama selain daripadanya tidak dihalang sama sekali. Dengan kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia yang bermoral, akomodatif, jujur dan tolong- menolong antara satu sama lain.
  11. 11. RUKUN NEGARA : KUPASAN2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Yang Dipertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mesti menunjukkan kesetiaan dan kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub di dalam perlembagaan
  12. 12. RUKUN NEGARA : KUPASAN3. KELUHURAN PERLEMBANGAAN Rakyat harus mematuhi dan menghormati perlembagaan sebagi undang-undang yang tertinggi. Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran
  13. 13. RUKUN NEGARA : KUPASAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Mesti menghormati kedaulatan undang-undang kerana dengan undang-undang kesepakatan dan juga keamanan akan dapat terpelihara.
  14. 14. RUKUN NEGARA : KUPASAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN Rakyat haruslah mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sesuai dengan ciri-ciri atau nilai ketimuran kita. Dengan akhlak yang terpuji akan dapat melahirkan sikap akomodatif.
  15. 15. DASAR-DASAR PEMBANGUNANNEGARA Dalam konteks hubungan etnik, dasar pembangunan negara merujuk kepada :-1) Usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum
  16. 16. Terdapat 3 pelan dasar pembangunannegara yang utama : DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ERA DASAR ERA DASAR ERA DASAR WAWASAN PEMBANGUNANEKONOMI BARU NEGARA NASIONAL (1971 – 1990) (2001 – 2010) (1991 – 2000)
  17. 17. ERA DASAR EKONOMI BARU (1971 – 1990)Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayahMempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan
  18. 18. ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil Mewujudkan sebuah masyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera
  19. 19. ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - 2010)Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmurMeningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia
  20. 20. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960
  21. 21. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara. Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979
  22. 22. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.
  23. 23. Falsafah Pendidikan Negara Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalu menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
  24. 24. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan1. Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar2. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah3. Sistem peperiksaan yang sama4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
  25. 25. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan5. Meningkatkan mutu pendidikan menyeluruh6. Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dan membuka peluang kepada golongan kurang bernasib baik dan di luar bandar
  26. 26. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan8. Memperkenalkan sistem KBSR & KBSM berasaskan perkara 3M9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik10.Mempermudahkan dan memperbanyakkan kemudahan universiti
  27. 27. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan11. Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin12. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluang pembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin)13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin
  28. 28. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan Memperkenalkan sekolah wawasan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Objektif RIMUP :1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid dlm kegiatan bersama2) Mewujudkan sikap kerjasama3) Melahirkan persefahaman atr murid pelbagai kaum4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran dlm kegiatan khas
  29. 29. Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan**Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini

×