SlideShare a Scribd company logo
1 of 47
Nota Seni
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai
jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu
dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan
keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan
objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala,
penapis dan sebagainya.
garisan pada anyaman tikar
garisan pada bangunan
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di
lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan hujan
garisan pada urat daun
garisan pada kulit harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
garisan menghasilkan rupa
garisan menghasilkan bentuk
garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang
garisan menghasilkan jalinan
garisan yang mencipta corak
garisan yang mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton
yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan
menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih
tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah
menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
karya tenunan juga mencipta garisan
aplikasi garisan dalam seni arca
garisan tampak jelas pada karya anyaman
2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah,
batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Contoh-contoh Rupa
RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
 Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
 Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
 Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-
lain rupa yang bersudut.
 dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran
tertentu
rupa geometri
rupa geometri
2. Rupa Organik
 Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun,
rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
 Dihasilkan secara sepontan
rupa organik
rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
 Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
 Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif
rupa negatif
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
 Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau
luakan ( pengurangan ).
 Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan
kedudukan tertentu.
 Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
 Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo
 Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan.
 Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun
logo simbol daripada rupa mata
logo daripada huruf
jenis logo huruf
logo jenis representasi
F. Rupa dan Muka Taip
 Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
 Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
 Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif
muka taip serif
muka taip san serif
muka taip hiasan
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
karya yang berasaskan rupa muka taip
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh
disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan
melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan,
jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit - meja
bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik
bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu,
kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
seni origami
bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster of paris
penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran bentuk arca menggunakan sabun
4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti
kolaj, arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai
dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
Contoh-contoh Jalinan
Jalinan
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan
lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok
jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu,
kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang
Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit tembikai
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
jalinan pada kuda belang
jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut
bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan
sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup
ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan
seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
Saksikan Video Berkaitan AKtiviti Jalinan
Pualaman
Ikat dan Celup (tie & dye)
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau
rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti
lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak
jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang
mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3
cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi
besar apabila hampir dengan kita.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang
menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
Anda mungkin juga meminati:
Warna - Unsur-unsur Seni Reka
Bentuk
Seni halus - Lukisan
LUKISAN
6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’,
Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga,
selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada
terang kepada gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada
roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah
dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni
yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan
yang berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau
ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan
mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas
dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

More Related Content

What's hot

Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaannike
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Unsur unsur seni
Unsur unsur seniUnsur unsur seni
Unsur unsur seninike
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanNur Aisya
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)aina_athirah
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokanrurounidin
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visualSue Suraiza
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 

What's hot (20)

Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Unsur unsur seni
Unsur unsur seniUnsur unsur seni
Unsur unsur seni
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Imbangan
ImbanganImbangan
Imbangan
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
teknik resis
teknik resisteknik resis
teknik resis
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 

Similar to P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*

Similar to P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni* (20)

Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
 
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
PSV NOTES
PSV NOTESPSV NOTES
PSV NOTES
 
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
 
ELEMEN SENI
ELEMEN SENI ELEMEN SENI
ELEMEN SENI
 
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
 
Bab 2 rupa
Bab 2  rupaBab 2  rupa
Bab 2 rupa
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Bh sseni
Bh sseniBh sseni
Bh sseni
 
Rupa
RupaRupa
Rupa
 
ASAS SENI REKA.pptx
ASAS SENI REKA.pptxASAS SENI REKA.pptx
ASAS SENI REKA.pptx
 
Nota latihan psv tg3
Nota latihan psv tg3Nota latihan psv tg3
Nota latihan psv tg3
 
Psv t1
Psv t1Psv t1
Psv t1
 
Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 

Recently uploaded (11)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 

P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*

  • 1. Nota Seni ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Contoh-contoh Garisan Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
  • 2. 2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
  • 3. seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam 3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. garisan pada anyaman tikar
  • 4. garisan pada bangunan ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya garisan pada titisan hujan
  • 5. garisan pada urat daun garisan pada kulit harimau Jenis-jenis Garisan 1. Garisan halus 2. Garisan tebal 3. Garisan beralun 4. Garisan berpancar 5. Garisan berlingkar 6. Garisan berserabut 7. Garisan bersudut-sudut 8. Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri
  • 6. jenis-jenis garisan Fungsi Garisan 1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid. garisan menghasilkan rupa
  • 7. garisan menghasilkan bentuk garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang garisan menghasilkan jalinan
  • 8. garisan yang mencipta corak garisan yang mencipta corak Garisan, Ton dan Ruang 1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
  • 9. penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
  • 10. Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat celup) Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya penggunaan garisan dalam karya lukisan
  • 11. Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan karya tenunan juga mencipta garisan aplikasi garisan dalam seni arca
  • 12. garisan tampak jelas pada karya anyaman 2. Rupa - Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar - Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. -Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek. Contoh-contoh Rupa RUPA (unsur seni) Unsur-unsur Seni - RUPA
  • 13. A. Pengenalan  Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.  Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan. pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
  • 14. rupa B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Rupa Geometri  Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain- lain rupa yang bersudut.  dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu rupa geometri
  • 15. rupa geometri 2. Rupa Organik  Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.  Dihasilkan secara sepontan rupa organik
  • 16. rupa organik C. Rupa Positif dan Rupa Negatif  Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.  Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut. rupa positif rupa negatif D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
  • 17.  Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).  Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.  Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.  Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu. contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
  • 18. contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
  • 19. 1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan E. Rupa dan Lambang / logo  Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.  Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan. lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun logo simbol daripada rupa mata
  • 20. logo daripada huruf jenis logo huruf logo jenis representasi F. Rupa dan Muka Taip  Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.  Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.  Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
  • 21. perbezaan rupa muka taip serif dan san serif muka taip serif muka taip san serif
  • 22. muka taip hiasan contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip
  • 23. contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip
  • 24. karya yang berasaskan rupa muka taip 3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan - Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan. Contoh-contoh Bentuk penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
  • 25. bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan 1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk 1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman 2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna 3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang Jenis-jenis Bentuk
  • 26. A. Bentuk Konkrit 1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. 2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) 3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. bentuk konkrit - meja bentuk konkrit - bola B. Bentuk Ilusi 1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain 2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi) 3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. 4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
  • 27. bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan
  • 28. Vincent Van Gogh 'Still Life" Membina Bentuk Konkrit Bentuk boleh dihasilkan melalui :- 1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai) 2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) 3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya. penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
  • 29. potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
  • 30. seni origami bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
  • 31. bentuk dicipta daripada plaster of paris penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
  • 32. penggunaan bahan lilin ukiran bentuk arca menggunakan sabun 4. Jalinan - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto. Contoh-contoh Jalinan Jalinan
  • 33. Apa Itu Jalinan 1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. 2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. 3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang
  • 34. jalinan pada kulit siput Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi rekahan pada tanah jalinan kasar pada permukaan batu jalinan berduri pada kulit durian Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
  • 35. jalinan pada langit-langit rumah Jenis-jenis Jalinan 1. Jalinan Sentuh a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya Jalinan Sentuh - kulit kerang Jalinan Sentuh - tayar motorsikal 2. Jalinan Tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
  • 36. Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai Fungsi Jalinan 1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
  • 37. jalinan pada kuda belang jalinan pada sesumpah 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut tapak kasut 3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
  • 38. corak 4. Pengaliran air dan udara jala ikan Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak gosokan teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
  • 39. capan kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas. ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki pualaman
  • 40. menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut. batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
  • 41. tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain Saksikan Video Berkaitan AKtiviti Jalinan
  • 42. Pualaman Ikat dan Celup (tie & dye) 5. Ruang - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar) LUKISAN PERSPEKTIF LUKISAN PERSPEKTIF Ruang dan Perspektif 1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. 2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. 3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. 4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
  • 43. Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
  • 44. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
  • 45. Anda mungkin juga meminati: Warna - Unsur-unsur Seni Reka Bentuk Seni halus - Lukisan LUKISAN
  • 46. 6. Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’) c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder - Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) - Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang) PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual 1. Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah 2. Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
  • 47. 3. Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan 4. Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan 5. Irama dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb 6. Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan 7. Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa