SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI
1. GARISAN
~ satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu
~ garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak,
dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
~ unsur seni yang paling asas.
Pengenalan Garisan
~ satu siri titik-titik mewujudkan garisan.
~ dihasilkan gunakan alat atau media bermula dari suatu titik permulaan merentasi
sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
~ garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan
seekor ayam menyambung garisan-garisan
berikutnya bagi struktur leher dan kepala seterusnya
menambah garisan pada ekor dan kaki dengan
mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka
terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
~ pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta,
corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
~ pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali,
urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan
tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan
hujan
garisan pada urat
daun
garisan pada kulit
harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus 6. Garisan berserabut
2. Garisan tebal 7.Garisan bersudut-
sudut
3. Garisan beralun 8. Garisan bergerigi
4. Garisan berpancar 9. Garisan berbiji
5. Garisan berlingkar 10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri
Contoh contoh Garisan
garisan pada
anyaman tikar
garisan
pada
bangunan
jenis-jenis garisan
2
Fungsi Garisan
1. garisan menghasilkan rupa 2. garisan menghasilkan bentuk 3. garisan menimbulkan ilusi
ruang, cahaya dan bayang
4. garisan menghasilkan jalinan 8. Garisan menghasilkan
pelbagai asas corak garisan
grid.
garisan yang mencipta corak
7. Garisan mewujudkan ton.
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton
yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan
menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz
garisan boleh membezakan
ruang yang jauh/belakang
dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan
juga boleh membezakan ton
yang cerah dan ton gelap
dalam lukisan, objek lebih hadapan
gunakan garisan lebih tebal / saiz pensel
tebal / berkualiti gelap; kawasan
belakang gunakan pensel lebih cerah /
kecil dengan tekanan lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan
5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan
3
9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat
celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan
dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh Yusuf
Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis / ikat dan celup
jelas memperlihatkan kesan-kesan
garisan
karya tenunan juga
mencipta garisan
aplikasi garisan dalam seni
arca
garisan tampak jelas pada karya
anyaman
2. RUPA
~ Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
~ Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
~ Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid,
bulat dsb.
b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa
daun, buah, batu dsb.
~ Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu
kawasan
b- Rupa negatif – ruang di sekeliling rupa sesuatu
objek.
Contoh-contoh Rupa
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
 Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya.
 Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna
dan jalinan.
pertemuan antara
permulaan dan
penghujung sesuatu
garisan menghasilkan
rupa
rupa
rupa geometri rupa geometri
4
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
 Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut
seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain
rupa yang bersudut.
 dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu
pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran
tertentu
2. Rupa Organik
 Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa
orang, rupa ikan dan sebagainya.
 Dihasilkan secara sepontan
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
 Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak
di dalam satu kawasan tertentu.
 Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek
tersebut.
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
 Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang
lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
 Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan
kedudukan tertentu.
 Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
 Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
rupa organik rupa organik
rupa positif rupa negatif
5
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
E. Rupa dan Lambang / logo
 Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan.
 Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa
bunga dan daun
logo simbol daripada
rupa mata
logo daripada huruf
jenis logo huruf logo jenis representasi
F. Rupa dan Muka Taip
 Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
 Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
 Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka
taip serif dan san serif
muka taip serif muka taip san serif muka taip hiasan contoh-contoh rekaan rupa
muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa
muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
karya yang berasaskan rupa
muka taip
1. susunan selang-seli 4. Susunan orgee
2. Susunan turun separa 5. susunan cerminan
3. Susunan batu-bata 6. Susunan sisik ikan
6
3. BENTUK
~ Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih
daripada satu permukaan
~ Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3
dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan
berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi
yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
~ mempunyai struktur jisim dan isi padu.
~ mempunyai lebih daripada satu
permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
~ merupakan satu unsur yang amat
penting dalam penghasilan karya seni
yang bersifat realistik.
~ Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan,
jalinan, rupa, ruang dan warna.
~ Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan
mata.
Ciri-ciri bentuk
~ Bersifat tiga dimensi (3D) – ketinggian, lebar dan kedalaman
~ Berstruktur – berangka membolehkan membentuk form atau isipadu
dengan tepat dan sempurna
~ Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
~ Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
~ Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi, dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
~ mempunyai ciri-ciri nyata, maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
~ Contoh; batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
~ bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-
unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
~ objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi,
cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
~ tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria
penglihatan.
~ Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor terpenting.
penghasilan bentuk melalui
teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui
teknik lukisan
bentuk
ilusi teknik
komputer
grafik
bentuk ilusi
teknik catan
Vincent
Van Gogh
'Still Life"
7
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca
dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu
daripada teknik anyaman dapat
menghasilkan bentuk konkrit
lipatan-lipatan kertas mencipta
bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod
mecipta bentuk kotak
seni origami
penggunaak kertas yang disulam
dan dilipat menghasilkan bentuk
bentuk yang dihasilkan daripada
bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster
of paris
penggunaan kaca juga dapat
menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran bentuk arca menggunakan sabun
4. JALINAN
~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
~ terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan
catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan
seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
Apa Itu Jalinan
~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut,
kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
~ Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
~ Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
8
jalinan pada keratan rentas
batang pokok
jalinan pada kulit harimau
belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah jalinan kasar pada
permukaan batu
jalinan berduri pada
kulit durian
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
~ kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui
sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
~ dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa
teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
2. Jalinan Tampak
~ kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit
tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak
tekstil dan sebagainya.
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga,
harimau dan kuda belang
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
Contoh Jalinan Pada Benda
Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jalinan Sentuh - kulit
kerang
Jalinan Sentuh - tayar
motorsikal
Jalinan Tampak -
kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit
tembikai
jalinan pada
kuda belang
jalinan pada sesumpah
9
4. Pengaliran air dan udara
tapak kasut jala ikan corak
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan
berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di
atas benda berjalinan seperti duit syiling,
batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel
warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan
sebagai aktiviti di sekolah rendah,
menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun,
sayur-sayuran, ubi kentang,
kacang bendi, lalu di sapu warna
dan dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan
warna dengan menggunakan cara
mengikat bahagian-bahagian kain yang
tidak ingin diwarnakan. Selesai
mengikat dengan getah atau tali rafia,
kain hendaklah dicelup ke dalam
pewarna atau dye mengikut warna yang
dikehendaki
Pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna
minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam
tray lalu di titiskan dengan cat minyak.
Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan
air yang mengandungi cat tersebut.
Batik
Kaedah batik termasuklah batik
blok, batik canting dan
sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel
atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi
jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh,
anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat
mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman semua jenis sulaman temasuk
sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan
sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh
kolaj merupakan kaedah potong dan tampal,
selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat
daripada bahan-bahan seperti daun, kacang,
pasir, kulit siput dan lain-lain
10
5. RUANG
~ Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu
objek.
~ Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek
tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau
kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan
ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
~ berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang.
~ Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan
memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi
bahagian terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan
bangunan-bangunan yang tinggi
11
6. Warna
~ Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’
dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
~ Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya,
kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)
~ Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan
kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih,
damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual
1. Harmoni
~ istilah bahasa harmoni membawa maksud aman
dan damai
~ istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan
dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
~ Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan
warna
~ Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
~ Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
~ Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
~ Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik
dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
~ Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
~ Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
~ Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan
harmoni dari segi
garisan
harmoni dari segi
bentuk
harmoni dari segi
bentuk
kontra dari segi
bentuk
kontra dari segi
warna
objek bangunan di
tengah menimbulkan
penegasan
12
4. Imbangan
~ Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
~ Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
~ keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dsb
~ Fungsi; untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan
~ Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak,
taufan dsb
6. Kepelbagaian
~ wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan
~ dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
~ dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
~ bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
~ dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
Imbangan simetri
Imbangan tidak simetri
ulangan objek yang
menimbulkan pergerakan
arca pergerakan/irama
kesatuan tema kesatuan tema jenis objek dan warna
kesatuan warna, objek, dan rupa
13
LUKISAN
Pengenalan
~ Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang
lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
~ Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan
sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
~ Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan
matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.
Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan
1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton,
cahaya, ruang dan komposisi.
3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat
yang memerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.
Teknik Melukis
1. Teknik garisan 2. Teknik garisan pangkah 3. Teknik titik
4. Teknik lorekan 5. Teknik campuran.
Media Lukisan
1. Pensel
~ Dibuat daripada arang dan tanah liat.
~ Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis
lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
~ Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan
pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
2. Arang
~ merupakan arang batang kayu yang terbakar.
~ Media yang tertua sekali.
~ Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,
lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
~ Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
arang yang digunakan untuk melukis arang juga dibuat seakan-akan pensel
bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat
di pasaran
Kesan lorekkan daripada arang Hasil karya daripada media arang Hasil karya lukisan media arang
pensel mempunyai
pelbagai saiz
saiz yang berbeza memberi
kesan ton yang berbeza
Contoh lukisan pensel
14
3. Media Pen dan ink
~ Pelbagai pen yang boleh digunakan
untuk menghasilkan lukisan seperti, pen
kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan
sebagainya
~ Pen-pen tersebut memberi kesan
lorekan yang berbeza
~ Pen teknikal memberi kesan yang
lebih halus dan terperinci
4. Media Pastel
~ Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil
pastel dan soft pastel, kedua-duanya
memberi kesan lorekkan yang berbeza.
~ Lukisan menggunakan pastel
handaklah dimatikan menggunakan fixer
atau pemati warna bagi menghalang dari warna
tersebut tertanggal
Asas Sebelum Melukis
1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang
serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi.
Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan
pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik
lenyap.
7. Tetingkap Fokus
~ Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
~ Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
~ Memilih sudut yang menarik dan indah.
~ Digunakan untuk melukis di luar studio.
Pengetahuan Asas
1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk
Pen teknikal beri
kesan halus pada
lukisan
Pen teknikal
mempunyai pelbaga
saiz
Pen kaligrafi juga
mempunyai pelbagai
saiz
lukisan media pen
Lukisan pen
menggunakan teknik
titik
Kesan lorekan oil
pastel dan soft pastel Oil pastel memberi
kesan seperti lilin tetapi
lebih lembut dari krayon
Soft pastel - seperti
kapur, dan digunakan
untuk menghasikan
lukisan potret
lukisan media pastel
Lukisan media pastel

More Related Content

What's hot

Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan grid
Sumi Waan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
Rafiza Diy
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
Nur Aisya
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Linda Midy
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni barat
Nor Adilah
 

What's hot (20)

Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan grid
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Bab 2 seni catan
Bab 2 seni catanBab 2 seni catan
Bab 2 seni catan
 
Bab 2 rupa
Bab 2  rupaBab 2  rupa
Bab 2 rupa
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni barat
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Jalinan
JalinanJalinan
Jalinan
 
Kontra
KontraKontra
Kontra
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Lukisan perspektif
Lukisan perspektifLukisan perspektif
Lukisan perspektif
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Kuliah 12 2016 membuat judgement seni visual (STPM)
Kuliah 12 2016 membuat judgement seni visual (STPM)Kuliah 12 2016 membuat judgement seni visual (STPM)
Kuliah 12 2016 membuat judgement seni visual (STPM)
 

Similar to Nota seni t 1 asa seni reka

Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM
 

Similar to Nota seni t 1 asa seni reka (20)

Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
 
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
PSV NOTES
PSV NOTESPSV NOTES
PSV NOTES
 
ELEMEN SENI
ELEMEN SENI ELEMEN SENI
ELEMEN SENI
 
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Bh sseni
Bh sseniBh sseni
Bh sseni
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Nota latihan psv tg3
Nota latihan psv tg3Nota latihan psv tg3
Nota latihan psv tg3
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDPRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SDP
 

Nota seni t 1 asa seni reka

  • 1. 1 ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. GARISAN ~ satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu ~ garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. ~ unsur seni yang paling asas. Pengenalan Garisan ~ satu siri titik-titik mewujudkan garisan. ~ dihasilkan gunakan alat atau media bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. ~ garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam 3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: ~ pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: ~ pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya garisan pada titisan hujan garisan pada urat daun garisan pada kulit harimau Jenis-jenis Garisan 1. Garisan halus 6. Garisan berserabut 2. Garisan tebal 7.Garisan bersudut- sudut 3. Garisan beralun 8. Garisan bergerigi 4. Garisan berpancar 9. Garisan berbiji 5. Garisan berlingkar 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri Contoh contoh Garisan garisan pada anyaman tikar garisan pada bangunan jenis-jenis garisan
  • 2. 2 Fungsi Garisan 1. garisan menghasilkan rupa 2. garisan menghasilkan bentuk 3. garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang 4. garisan menghasilkan jalinan 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid. garisan yang mencipta corak 7. Garisan mewujudkan ton. Garisan, Ton dan Ruang 1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan. penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap dalam lukisan, objek lebih hadapan gunakan garisan lebih tebal / saiz pensel tebal / berkualiti gelap; kawasan belakang gunakan pensel lebih cerah / kecil dengan tekanan lebih perlahan Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan
  • 3. 3 9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat celup) Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya penggunaan garisan dalam karya lukisan Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan karya tenunan juga mencipta garisan aplikasi garisan dalam seni arca garisan tampak jelas pada karya anyaman 2. RUPA ~ Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula ~ Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar ~ Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. ~ Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negatif – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek. Contoh-contoh Rupa Unsur-unsur Seni - RUPA A. Pengenalan  Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.  Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan. pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa rupa rupa geometri rupa geometri
  • 4. 4 B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Rupa Geometri  Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.  dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu 2. Rupa Organik  Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.  Dihasilkan secara sepontan C. Rupa Positif dan Rupa Negatif  Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.  Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut. D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak  Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).  Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.  Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.  Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu. contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak rupa organik rupa organik rupa positif rupa negatif
  • 5. 5 Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak E. Rupa dan Lambang / logo  Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.  Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan. lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun logo simbol daripada rupa mata logo daripada huruf jenis logo huruf logo jenis representasi F. Rupa dan Muka Taip  Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.  Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.  Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ). perbezaan rupa muka taip serif dan san serif muka taip serif muka taip san serif muka taip hiasan contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip contoh-contoh rekaan rupa muka taip karya yang berasaskan rupa muka taip 1. susunan selang-seli 4. Susunan orgee 2. Susunan turun separa 5. susunan cerminan 3. Susunan batu-bata 6. Susunan sisik ikan
  • 6. 6 3. BENTUK ~ Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan ~ Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan. Contoh-contoh Bentuk ~ mempunyai struktur jisim dan isi padu. ~ mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) ~ merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. ~ Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. ~ Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk ~ Bersifat tiga dimensi (3D) – ketinggian, lebar dan kedalaman ~ Berstruktur – berangka membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna ~ Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan ~ Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang Jenis-jenis Bentuk A. Bentuk Konkrit ~ Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi, dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. ~ mempunyai ciri-ciri nyata, maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) ~ Contoh; batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. B. Bentuk Ilusi ~ bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur- unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain ~ objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi) ~ tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. ~ Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting. penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan Vincent Van Gogh 'Still Life"
  • 7. 7 Membina Bentuk Konkrit Bentuk boleh dihasilkan melalui :- 1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai) 2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) 3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya. penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak seni origami penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat bentuk dicipta daripada plaster of paris penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk penggunaan bahan lilin ukiran bentuk arca menggunakan sabun 4. JALINAN ~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda ~ terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh – dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak – hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto. Apa Itu Jalinan ~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. ~ Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. ~ Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
  • 8. 8 jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang jalinan pada kulit siput Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi rekahan pada tanah jalinan kasar pada permukaan batu jalinan berduri pada kulit durian Jenis-jenis Jalinan 1. Jalinan Sentuh ~ kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang ~ dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya 2. Jalinan Tampak ~ kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya. Fungsi Jalinan 1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut 3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia jalinan pada langit-langit rumah Jalinan Sentuh - kulit kerang Jalinan Sentuh - tayar motorsikal Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai jalinan pada kuda belang jalinan pada sesumpah
  • 9. 9 4. Pengaliran air dan udara tapak kasut jala ikan corak Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak gosokan teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan. capan kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas. ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut. Batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
  • 10. 10 5. RUANG ~ Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. ~ Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar) LUKISAN PERSPEKTIF Ruang dan Perspektif 1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. 2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. 3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. 4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap ~ berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. ~ Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
  • 11. 11 6. Warna ~ Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’) c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder ~ Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) ~ Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang) PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual 1. Harmoni ~ istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai ~ istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang ~ Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna ~ Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah 2. Kontra ~ Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan ~ Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan ~ Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan 3. Penegasan ~ Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan ~ Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan ~ Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan harmoni dari segi garisan harmoni dari segi bentuk harmoni dari segi bentuk kontra dari segi bentuk kontra dari segi warna objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan
  • 12. 12 4. Imbangan ~ Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan ~ Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan 5. Irama dan Pergerakan ~ keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb ~ Fungsi; untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan ~ Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb 6. Kepelbagaian ~ wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan ~ dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan ~ dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan 7. Kesatuan ~ bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan ~ dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa Imbangan simetri Imbangan tidak simetri ulangan objek yang menimbulkan pergerakan arca pergerakan/irama kesatuan tema kesatuan tema jenis objek dan warna kesatuan warna, objek, dan rupa
  • 13. 13 LUKISAN Pengenalan ~ Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. ~ Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. ~ Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. Teknik Melukis 1. Teknik garisan 2. Teknik garisan pangkah 3. Teknik titik 4. Teknik lorekan 5. Teknik campuran. Media Lukisan 1. Pensel ~ Dibuat daripada arang dan tanah liat. ~ Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. ~ Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel. 2. Arang ~ merupakan arang batang kayu yang terbakar. ~ Media yang tertua sekali. ~ Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. ~ Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam. arang yang digunakan untuk melukis arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran Kesan lorekkan daripada arang Hasil karya daripada media arang Hasil karya lukisan media arang pensel mempunyai pelbagai saiz saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza Contoh lukisan pensel
  • 14. 14 3. Media Pen dan ink ~ Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya ~ Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza ~ Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci 4. Media Pastel ~ Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. ~ Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal Asas Sebelum Melukis 1. Memilih teknik melukis. 2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. 3. Memilih objek untuk dilukis. 4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. 5. Membuat Lakaran objek. 6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 7. Tetingkap Fokus ~ Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. ~ Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. ~ Memilih sudut yang menarik dan indah. ~ Digunakan untuk melukis di luar studio. Pengetahuan Asas 1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis: Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap. 2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik. 3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz lukisan media pen Lukisan pen menggunakan teknik titik Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret lukisan media pastel Lukisan media pastel