3. Strategi pembelajaran bahasa dipengaruhi
oleh mereka yang mempunyai pendedahan
lebih baik kepada bahasa tersebut.
Yand (1993), Banya dan Cheng (1997)- pelajar
yang belajar di luar negara banyak terdedah
kepada faktor persekitaran Bahasa Inggeris.
Hal ini membantu mereka menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik.
Tamada (1997)- pengalaman dalam
pembelajaran dan tinggal di perantauan
memberi kesan kepada pemilihan strategi
pembelajaran bahasa.
4. Burstall (1975) – penyampaian bahasa yang
luas dalam atmosfera yang lebih
kosmopolitan akan lebih berjaya dalam
pembelajaran bahasa berbanding
mempelajari bahasa yang sama dalam
kumpulan kecil di sekolah pedalaman.
Kouraogo (1993) – kejayaan dalam
persekitaran (sekolah) boleh dikaitkan
dengan penggunaan keberkesanan strategi
pembelajaran di samping kepandaian dan
kebolehan berbahasa.
5. Lee dan Lodewijks (1995)- cara pelajar
belajar bahasa kedua menggunakan strategi
pembelajaran untuk tugasan di dalam kelas
dan di luar kelas.
Stern (1983) – kemahuan untuk pembelajaran
bahasa dimasukkan dalam matlamat
persekitaran bahasa dan di luar bilik darjah.
Oxford (1990) – pelajar yang bermotivasi
lebih cenderung untuk menggunakan
pelbagai strategi berbanding pelajar yang
kurang motivasi.
6. Naiman et al. (1978) – pelajar yang mempunyai
sikap positif sentiasa belajar bersungguh-sungguh
ketika belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua.
- pelajar yang menunjukkan sikap positif dapat
membantu meningkatkan kemahiran belajar
bahasa.
Oxford (1990) – jika sikap dan kepercayaan yang
negatif, maka pelajar akan menggunakan
strategi yang kurang berkesan. Pelajar yang
positif akan menggunakan SPB yang berkesan dan
memberi kesan yang baik kepada pembelajaran
bahasanya.
7. Mohamed Amin (1996), dan Mohd Nazali (1999)-
taraf kehidupan keluarga juga merupakan faktor
penting dalam mempengaruhi strategi
pembelajaran bahasa.
Muqattash (1980) – pelajar yang pergi belajar ke
sekolah swasta lebih cepat menguasai Bahasa
Inggeris berbanding pelajar yang belajar di
sekolah kerajaan.
- pelajar daripada keluarga berada yang
mempunyai strategi pembelajaran bahasa yang
baik akan memperoleh pencapaian yang baik
dalam pembelajaran bahasa yang dipelajarinya.
8. Kamarul Shukri Mat Teh dan Mohamed Amin
Embi, (2010). Strategi Pembelajaran Bahasa.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi dan
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, (2006). Strategi
pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris
Pelajar Cemerlang: Inventori Strategi
Belajar-cara-Belajar-Bahasa. Fakulti
Pendidikan, UKM.