Majlis perbandaran tidak mempunyai dana untuk menaiktaraf stesen kereta api dan bas. Cadangan ialah kerajaan boleh menswastakan tanah seluas 20 ekar di sekitar stesen kepada pihak swasta untuk membangunkannya sebagai pusat pengangkutan. Pihak swasta akan membina stesen baru dan kemudahan awam manakala kerajaan akan membantu dengan kelulusan dan infrastruktur asas.