RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
MPU3041 KOKURIKULUM PERMAINAN
1
Mata pelajaran : Kokurikulum Permainan
Kelas : 5 Abu Hanifah
Bilangan murid : 35 orang
Tajuk : Futsal (Kemahiran Mengelecek)
Tarikh : 12/2/2022
Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi
Objektif: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid:
1. Mengelecek bola melepasi pemain lawan dan mengawal bola daripada direbut (domain psikomotor)
2. Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk mengelecek (domain kognitif)
3. Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti (domain afektif)
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: Berani tanggung risiko
Bahan Bantu Belajar: Bola sepak/bola futsal (15), penanda piring atau sketel (50)
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
MPU3041 KOKURIKULUM PERMAINAN
2
Bahagian/ Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Butiran mengajar/Pengelolaan/ Strategi PDP Alatan/ Catatan
1. Permulaan
( 3 - 5 minit )
1. Memanaskan Badan
a) melakukan aktiviti
lari zig-zag – CD lagu
Tahun 5
(Trek 19 – Do Re Mi)
2. Regangan otot:
kepala
badan
kaki
- meningkatkan suhu
badan untuk aktiviti regangan
- meningkatkan kadar degupan
jantung
- mewujudkan keseronokan
- regang otot di bahagian kepala
badan dan kaki untuk elak
daripada kecederaan
- meningkatkan julat pergerakan
- dalam kawasan yang telah ditetapkan
guru
- kaedah kinestatik & muzik
- secara kelas (beramai-ramai)
pemain cakera
padat, CD lagu
2. Perkembangan:
( 8 -12 minit )
Aktiviti 1:
Mengelecek bebas.
1. Murid mengelecek bola secara
bebas di dalam kawasan.
2. Mengelecek mengelilingi skital.
3. Mata pandang ke hadapan.
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Masa aktiviti ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh membentuk banyak
kumpulan dengan pelbagai variasi.
4. Mengelecek mengelilingi skital mengikut bilangan skital
yang disebut oleh guru.
5. Ulang aktiviti sehingga semua ahli
kumpulan berjaya melakukan
aktiviti.
6. Pastikan murid tidak berlanggar
semasa melakukan aktiviti.
Kawasan pdp perlu
ditanda dengan
sketal untuk
menentukan kelas
dan had pergerakan
murid.
sketel, bola
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
MPU3041 KOKURIKULUM PERMAINAN
3
Aktiviti 2 :
Mengelecek melalui sketel
Aktiviti 3 :
Mengelecek melalui halangan
bergerak.
1. Mengelecek bola melalui sketel
dengan jarak yang ditentukan oleh
guru.
1. Mengelecek melalui rakan
sepasukan.
1. Murid dalam kumpulan mengelecek bola dan cuba
mengelak bola daripada terkena sketel menggunakan
kaki dominan.
2. Ulang aktiviti sekiranya masih ada masa
- kaedah kontekstual, kinestatik dan
interpersonel
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan
2. Setiap kumpulan murid berdiri dalam satu barisan lurus
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
MPU3041 KOKURIKULUM PERMAINAN
4
dengan jarak ditentukan oleh guru
3. Murid mengelecek bola melalui halangan yang terdiri
daripada murid dengan jarak yang telah ditetapkan
oleh guru.
4. Murid melakukan kemahiran mengelecek secara
bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing
5. Murid sebagai penanda dihendaki menggerak-
gerakkan badan semasa rakan melakukan kelecekan
melalui mereka.
- kaedah masteri dan interpersonel
3. Kemuncak:
( 8 - 10 minit )
Permainan Kecil :
Kategori Serangan
3 Vs 3
1. Aplikasi kemahiran mengelecek
dengan melakukan serangan.
1. Murid dalam kumpulan kecil 3 orang
2. Secara serentak, semua pasukan melaksanakan
pertandingan mengelecek dan menjaringkan gol.
3. Sepanjang pertandingan, murid dikehendaki
menggunakan kemahiran yang telah dipelajajri.
4. Pertandingan dijalankan secara sistem rliga
5. Johan kumpulan akan bertanding di peringkat akhir.
- pendekatan TGfU
bola, sketel dan
papan skor
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
MPU3041 KOKURIKULUM PERMAINAN
5
Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
a. Borang Penilaian
b. Lembaran kerja – memadankan kemahiran mengelecek dengan situasi permainan.
Refleksi :
i. 30 daripada 35 murid dapat mencapai standard yang ditetapkan.
ii. Tindakan susulan :
a. Pemulihan: Melakukan aktiviti dengan penyokong dengan bantuan tunjukcara.
b. Pengukuhan: Murid diberi peluang melakukan aktiviti mengelecek.
4. Penutup:
( 3 - 5 minit )
1. Aktiviti Gerak Kendur:
2. Pentaksiran/penilaian
3. Refleksi
1. merehat dan memulihkan
degupan jantung
2. mengendurkan otot yang telah
direngang secara aktif ketika
bermain
3. mengembalikan sistem
fisiologi secara beransur-
ansur selepas digunakan
secara aktif
4. Amali kemahiran
5. Bersoal jawab.
1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambil menarik
nafas
2. Membuat regangan pada otot yang banyak digunakan
semasa beraktviti dan membuat persembahan.
3. Buat refleksi dan soal jawab berkaitan kemahiran
yang telah dipelajari
4. Memilih secara rawak murid untuk melakukan
kemahiran mengelecek.
5. Meminta murid lain menilai tahap pencapaian murid
yang melakukan amali kemahiran tadi.
6. Bersoal jawab tentang kemahiran yang telah dipelajari.
- kaedah kelas