SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
BMM3043
KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
Ahli Kumpulan:
1) Amirul Akmal bin Abdul Jalil
2) Amzar Hariz bin Baharin
3) Mohamad Safuan bin Abdul Rahim
Nama Pensyarah:
Encik Mazania bin Kasimin
PERKAITAN ANTARA FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DENGAN:
REKA BENTUK KURIKULUM,
TUNJANG KSSR, MATLAMAT
KSSR & FOKUS KSSR
Reka Bentuk Kurikulum
• Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
• Setiap tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan
insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
• Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
perlu dikuasai murid.
• Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan perkembangan potensi individu yang berkait rapat
dengan KSSR, iaitu pembentukkan modal insan yang seimbang.
• Potensi individu ini pula boleh dibahagikan pula kepada empat iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani.
• Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembang dan digilap
TUNJANG KSSR
• KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah
dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
• Perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK terbahagi kepada 4 unsur, iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
i. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu adalah berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan
fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat.
ii. Unsur emosi pula adalah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat
perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang
baik.
iii. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur
rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan.
iv. Unsur intelek pula berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar
dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan
menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT KSSR
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk:-
1. Membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa.
2. Melahirkan murid yang boleh berkomunikasi.
Melalui matlamat KSSR, insan yang seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai dapat dilahirkan.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula, FPK ingin melahirkan rakyat yang bukan sahaja mempunyai
imu pengetahuan, malah rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif juga
turut ingin dilahirkan.
Murid dapat memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran,
maklumat, nilai dan idea serta hubungan
sosial dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan membolehkan murid
mencapai objektif berikut:
• Memberikan respons berdasarkan arahan,
pesanan, dan pertanyaan dengan betul.
• Bercerita, berbincang dan mengemukakan
pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
• Membaca dengan sebutan dan intonasi yang
betul, memahami, dan menaakul maklumat
tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber
untuk memberikan respons dengan betul.
• Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa
kata dan maklumat untuk memupuk minat
membaca.
• Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk
mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan
bahasa yang santun.
• Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan
menulis ulasan.
• Menghayati serta menghargai keindahan dan
kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
• Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam
pertuturan, pembacaan, dan penulisan.
• Menghargai dan mengamalkan nilai murni,
bersikap positif, semangat patriotik, dan
kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid
yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial. Objektif KSSR ialah ingin melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, iaitu warganegara yang boleh
berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR ialah ingin melahirkan pekerja berilmu. Objektif KSSR ini saling berkait
dengan unsur dalam FPK, iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu,
serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
FOKUS KSSR
• KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap dengan memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal.
• Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi
dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada
kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
• Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai
kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan
sahsiah.
ORGANISASI
KANDUNGAN
Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah digubal dan diberikan penekanan terhadap Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Kedua-dua standard ini berteraskan kepada Kemahiran Bahasa dan Sistem bahasa serta elemen Pengisian Kurikulum
yang jelas.
Standard yang digubal ini diterangkan dalam bentuk modul dan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran telah diberikan penekanan iaitu Standard Kandungan ialah pernyataan
bidang ilmu yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, Standard Kandungan pula
merupakan satu pernyataan yang menetapkan kriteria bagi memastikan pembelajaran dan pencapaian setiap murid.
Kemahiran
Bahasa
Kemahiran
Mendengar
Merujuk kepada keupayaan murid
untuk mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati
secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas
terhadap perkara yang didengar.
Kemahiran
Bertutur
Kemahiran
Menulis
Kemahiran
Membaca
Keupayaan murid berbicara untuk
menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea
yang kritis dan kreatif dengan
sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan.
Keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda
dan kelancaran yang betul.
Penekanan diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan pelbagai
teknik membaca.
Keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Fokus
diberikan pada penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca, dan
ejaan yang betl serta tulisan yang
jelas, cantik dan kemas.
Pendekatan Modular
Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima
modul kemahiran bahasa iaitu:
1. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk
pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan
dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.
2. Modul Kemahiran Membaca
Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya
menghayati teks yang dibaca.
3. Modul Kemahiran Menulis
Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan
kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
4. Modul Seni Bahasa
Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh
murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui
pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi
teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.
5. Modul Tatabahasa
Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu
diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan
menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa
dalam p&p Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut
dinyatakan di bawah ini:
1. Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
2. Sistem Ejaan
Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan
tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.
Perkara yang diberikan penekanan ialah:
(i) pola keselarasan huruf vokal
(ii) ejaan kata pinjaman
(iii) ejaan kata dasar dan kata terbitan
3. Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.
Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid
dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa
Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah
diajarkan mengikut pola yang berikut:
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat perintah
iv. ayat seruan
v. ayat songsang
vi. ayat aktif
vii. ayat pasif
4. Kosa Kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkat dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap
maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah.
5. Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata- kata hikmat perlu diajarkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.

More Related Content

Similar to BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx

Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara IndonesiaMakalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara IndonesiaDedy Wiranto
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4cikguwati
 
sukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsrsukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsrremiey
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Ceedrah Mohammad
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Ceedrah Mohammad
 
Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5cikguwati
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4jamilputehsik
 
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjk
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjkDs bhs-malaysia-thn-2-sjk
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjkMaid
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaransulaiman174
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Maliza Mah
 

Similar to BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx (20)

Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2
 
Sp bm kbsr
Sp bm kbsrSp bm kbsr
Sp bm kbsr
 
Sp bm kbsr
Sp bm kbsrSp bm kbsr
Sp bm kbsr
 
Sp bm ku
Sp bm kuSp bm ku
Sp bm ku
 
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara IndonesiaMakalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
sukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsrsukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsr
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 
Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5
 
Report
ReportReport
Report
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
 
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjk
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjkDs bhs-malaysia-thn-2-sjk
Ds bhs-malaysia-thn-2-sjk
 
Dsk bahasa malaysia sk thn 4
Dsk bahasa malaysia sk thn 4Dsk bahasa malaysia sk thn 4
Dsk bahasa malaysia sk thn 4
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
KSSR
KSSRKSSR
KSSR
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx

  • 1. BMM3043 KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Ahli Kumpulan: 1) Amirul Akmal bin Abdul Jalil 2) Amzar Hariz bin Baharin 3) Mohamad Safuan bin Abdul Rahim Nama Pensyarah: Encik Mazania bin Kasimin
  • 2. PERKAITAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN: REKA BENTUK KURIKULUM, TUNJANG KSSR, MATLAMAT KSSR & FOKUS KSSR
  • 3. Reka Bentuk Kurikulum • Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. • Setiap tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. • Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. • Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. • Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan perkembangan potensi individu yang berkait rapat dengan KSSR, iaitu pembentukkan modal insan yang seimbang. • Potensi individu ini pula boleh dibahagikan pula kepada empat iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. • Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembang dan digilap
  • 4. TUNJANG KSSR • KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. • Perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK terbahagi kepada 4 unsur, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. i. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu adalah berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. ii. Unsur emosi pula adalah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. iii. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. iv. Unsur intelek pula berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 5. MATLAMAT KSSR Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk:- 1. Membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa. 2. Melahirkan murid yang boleh berkomunikasi. Melalui matlamat KSSR, insan yang seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai dapat dilahirkan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula, FPK ingin melahirkan rakyat yang bukan sahaja mempunyai imu pengetahuan, malah rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif juga turut ingin dilahirkan. Murid dapat memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
  • 6. OBJEKTIF KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut: • Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul. • Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. • Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan respons dengan betul. • Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca. • Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun. • Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan. • Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. • Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan, dan penulisan. • Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR ialah ingin melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, iaitu warganegara yang boleh berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR ialah ingin melahirkan pekerja berilmu. Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK, iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
  • 7. FOKUS KSSR • KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap dengan memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal. • Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK. • Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
  • 9. Standard Kurikulum Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah digubal dan diberikan penekanan terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kedua-dua standard ini berteraskan kepada Kemahiran Bahasa dan Sistem bahasa serta elemen Pengisian Kurikulum yang jelas. Standard yang digubal ini diterangkan dalam bentuk modul dan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran telah diberikan penekanan iaitu Standard Kandungan ialah pernyataan bidang ilmu yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, Standard Kandungan pula merupakan satu pernyataan yang menetapkan kriteria bagi memastikan pembelajaran dan pencapaian setiap murid.
  • 10. Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar Merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas terhadap perkara yang didengar. Kemahiran Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca Keupayaan murid berbicara untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Fokus diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betl serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
  • 11. Pendekatan Modular Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima modul kemahiran bahasa iaitu: 1. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur. 2. Modul Kemahiran Membaca Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.
  • 12. 3. Modul Kemahiran Menulis Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. 4. Modul Seni Bahasa Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. 5. Modul Tatabahasa Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.
  • 13. Sistem Bahasa Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam p&p Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah ini: 1. Tatabahasa Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. 2. Sistem Ejaan Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan. Perkara yang diberikan penekanan ialah: (i) pola keselarasan huruf vokal (ii) ejaan kata pinjaman (iii) ejaan kata dasar dan kata terbitan
  • 14. 3. Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat perintah iv. ayat seruan v. ayat songsang vi. ayat aktif vii. ayat pasif
  • 15. 4. Kosa Kata Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkat dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah. 5. Peribahasa Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata- kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.