SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Tajuk 2 : Apakakah yang anda faham tentang kurikulum mendatar KBSR? Apakah
perbezaannya dengan KSSR?
Saya bersetuju. Saya juga berpendapat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR
telah disempurnakan bermula pada tahun 1983 hingga 2010 ini lebih menekankan kepada 3
kemahiran asas sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek-aspek lain pula yang
terdapat dalam kemahiran asan ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan,
penulisan seta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab
dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua
matapelajaran. Namun begitu, Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan
satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Enam
tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa KSSR memastikan
selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. KSSR
diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam
kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara
modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-
lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
Saya bersetuju dengan pendapat itu. Justeru itu juga, saya berpendapat bahawa kurikulum
baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan
yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu
selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan
patriotik.Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah
dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa KBSR dibahagikan
kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran
dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada
komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam
Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta
Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata
pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang
perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang
mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras
dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan
menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi
aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi
dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat
mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan
budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke
arah mencapai integrasi nasional.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR telah disempurnakan bermula pada tahun
1983 hingga 2010. Permulaan kurikulum ini berpaksikan kepada 3 bidang utama iaitu
komunikasi, manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. KBSR juga
berfokuskan kepada 3 kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Justeru itu juga,
KBSR telah menetapkan bahawa murid yang berada di Tahap 1 dan Tahap 2 mempunyai
matapelajaran yang sama untuk dipelajari iaitu matapelajaran wajib, teras dan tambahan.
Namun begitu, tranformasi pendidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak KPM dengan
mengadakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR telah memantapkan lagi gaya
penterjemahan FPK dengan menitikberatkan beberapa penambahbaikan mutu pengajaran dan
pembelajaran. KSSR yang telah dilaksanakan bermula tahun 2011 telah diperkemaskan lagi
dengan 6 tunjang utama di dalam reka bentuk kurikulumnya. Ianya termasuklah komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan
teknologi dan keterampilan diri. Di samping itu juga, organisasi kurikulumnya juga telah
melibatkan modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. KSSR telah menambah
focus menaakul di dalam focus yang telah sedia ada. Elemen kreativiti dan inovasi, teknologi
maklumat telah dilaksanakan secara eksplisit. Bahan kurikulumnya juga berpandukan kepada
Dokumen Standard yang telah digubal mengikut keupayaan murid dan kesediaan guru untuk
mengajar.
Kandungan kurikulum peringkat sekolah rendah berhubung kait dengan matlamat
persekolahan. Bincangkan kenyataan di atas
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Telah diketahui umum bahawa matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu dan perkembangan ini
meliputi beberapa aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Kandungan kurikulum sama ada di peringkat
sekolah rendah atau menengah ia mempunyai hubungan yang perkembangan potensi murid.
Sebagai contoh, di dalam penguasaan berbahasa. Di dalam konteks ini, saya akan
mengutarakan beberapa contoh yang menunjukkan hubungkait di antara kandungan
kurikulum dengan matlamat persekolahan. Contoh pertama ialah Bahasa Melayu. Di dalam
kandungan kurikulum Bahasa Melayu, telah menggariskan beberapa perkara yang perlu
dikuasai oleh murid. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini akan
menjadikan murid lebih berkeyakinan untuk berinteraksi antara guru dan rakan mereka
dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai dan intonasi bahasa yang tepat. Contoh kedua
pula ialah di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Di dalam kandungan kurikulum
Pendidikan Islam ianya menjurus kepada melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang
beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai
hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya,
merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik
daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini disesuaikan dengan kemahiran membaca Al-
Quran dari segi tajwid dan pemahaman ayat, hukum yang telah dipelajari, adab-adab di dalam
kehidupan dan sebagainya.
Sebagai contoh, matapelajaran Bahasa Melayu
OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid murid:
• Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara.
• Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam
bahasa pangantar sekolah.
• Memguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian.
• Menguasai kemahiran belajar.
• Menguasai kemahiran berfikir.
• Bertutur,membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukuannya
sebagai bahasa kedua.
• Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
• Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar.
• Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
• Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
• Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri.
• Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam.
• Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak
mulia.
• Membina semangat patriotisme.
• Mengembangkan bakat dan kreativiti.
• Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikannya
asas bagi amalan hidup.
Tajuk 4 : Kandungan kurikulum dan kokurikulum di peringkat
sekolah rendah perlu disusun dan diorganisasi sebaik
mungkin. Bincangkan?
Kandungan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah rendah perlu disusun dan
diorganisasi sebaik mungkin. Ini kerana ianya diharap dapat melahirkan murid yang seimbang
dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Kegiatan kurikulum di sekolah juga mampu menghasilkan insan harmonis dan
seimbang dan tidak akan berhasil jika hanya pelaksanaan kurikulum semata-mata digunakan
sebagai media penerapan nilai-nilai murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan
kukuh dapat menyalurkan aspek kurikulum ke dalam kokurikulum bagi meningkatkan
keupayaan pendidikan menghidupkan falsafah tersebut. Kokurikulum perlu untuk
menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid.
Pengalaman menjalankan aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan
murid serta melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni.
Justeru itu juga, sukatan Kurikulum dan kokurikulum haruslah dijadikan sebagai alat untuk
menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. dan diterima oleh masyarakat di Malaysia serta
nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di
Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang
berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi
kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman.
Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya juga berpendapat bahawa selain daripada
memberi perhatian kepada matlamat, objektif, sasaran dan kefahaman yang ingin dicapai,
kandungan bagi kedua-dua unit juga perlu menitikberatkan nilai-nilai murni yang disisipkan
melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat
dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Oleh yang demikian pengetahuan yang
diperolehi dari kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankan
aktiviti kokurikulum.
Tajuk 5 : Kesemua mata pelajaran dalam KBSR terangkum dalam
3(tiga) bidang utama iaitu a)Komunikasi, b) Manusia dan Alam
Keliling dan c) Perkembangan diri individu. Bincangkan.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa berdasarkan tajuk
forum ini, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk
memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar
pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang
kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan
serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami
budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan
kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai
murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa ketiga-tiga bidang
utama ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan FPK iaitu melalui
pendekatan bersepadu yang merupakan pendekatan di mana ianya melibatkan unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digabungkan secara wujud kespaduan dari segi emosi,
rohani dan jasmani serta intelek. Ianya juga melibatkan prinsip pendidikan yang sama untuk
semua murid. Ianya melibatkan semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti
kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan. Prinsip berikutnya pula
ialah pendidikan seumur hidup iaitu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka
hadapi dalam situasi kehidupan seharian. Prinsip terakhir pula perkembangan individu secara
menyeluruh yang melibatkan semua matapelajaran yang mendedahkan potensi murid.
Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang
akademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badan beruniform
aktiviti kelab dan persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan atau kurikulum.
Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat mengembangkan potensi, bakat
dan kinta murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Melalui
kefahaman yang jelas terhadap konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni
dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum.
Tajuk 5 : Kesemua mata pelajaran dalam KBSR terangkum dalam 3(tiga) bidang utama iaitu
a)Komunikasi, b) Manusia dan Alam Keliling dan c) Perkembangan diri individu.
Bincangkan.
Struktur matapelajaran dalam KBSR meliputi tiga bidang utama iaitu pertama bidang
komunikasi. Bidang ini meliputi komponen kemahiran asas yang melibatkan matapelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang melibatkan murid di
tahap 1 dan 2. Bidang komunikasi ini memberikan tumpuan kepada tida kemahiran asas iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M). Sebagai contoh, Bahasa Malaysia berfungsi sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Ia bertujuan melahirkan
murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat
rukun negara dan hasrat FPK. Bidang kedua pula bidang manusia dan alam keliling. Bidang
ini lebih menekankan komponen kerohanian, nilai dan sikap seseorang. Ianya juga bertujuan
untuk membentuk dan meningkatkan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang
berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Mata pelajaran
yang terlibat di dalam bidang ini ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains dan Kajian
Tempatan. Bidang ketiga pula ialah bidang bidang perkembangan diri individu. Bidang ini
lebih menekankan kepada komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bidang ini
juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan
kesihatan. Matapelajaran yang terlibat di dalam bidang ini laha Kemahiran Hidup, Pendidikan
Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

More Related Content

What's hot

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)Suraya Bte Bukhari Su
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Adibah Azman
 
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skDokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skCtie Zahari
 
Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC gsteng83
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4allnabihah95
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Maliza Mah
 

What's hot (12)

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4 (1)
 
Report KSSR
Report KSSRReport KSSR
Report KSSR
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
 
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skDokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
 
Moral Kbsr
Moral KbsrMoral Kbsr
Moral Kbsr
 
Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC Dskp tahun 4 SJKC
Dskp tahun 4 SJKC
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
 
Hsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4aHsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4a
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Dsk bahasa malaysia sk thn 4
Dsk bahasa malaysia sk thn 4Dsk bahasa malaysia sk thn 4
Dsk bahasa malaysia sk thn 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 

Viewers also liked

Viewers also liked (13)

T00107
T00107T00107
T00107
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptk
 
Geherova - zaverecny ukol KPI
Geherova - zaverecny ukol KPIGeherova - zaverecny ukol KPI
Geherova - zaverecny ukol KPI
 
WaveOC Portfolio
WaveOC PortfolioWaveOC Portfolio
WaveOC Portfolio
 
Funds listed in pakistan
Funds listed in pakistanFunds listed in pakistan
Funds listed in pakistan
 
Program kecemerlangan panitia
Program kecemerlangan panitiaProgram kecemerlangan panitia
Program kecemerlangan panitia
 
Ptk asli
Ptk asliPtk asli
Ptk asli
 
Tokyo conference
Tokyo conferenceTokyo conference
Tokyo conference
 
Teknik Distribusi
Teknik DistribusiTeknik Distribusi
Teknik Distribusi
 
Assignment learning 2
Assignment learning 2Assignment learning 2
Assignment learning 2
 
Mobile computing
Mobile computingMobile computing
Mobile computing
 
Takwim ppp sem 2 20132014 a132 pjj
Takwim ppp sem 2 20132014 a132 pjjTakwim ppp sem 2 20132014 a132 pjj
Takwim ppp sem 2 20132014 a132 pjj
 

Similar to Tajuk 2

Similar to Tajuk 2 (20)

Kssr
KssrKssr
Kssr
 
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptxBMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
BMM3043 TAJUK 1 & 2.pptx
 
Report
ReportReport
Report
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
 
Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Pendidikan karakter
Pendidikan karakterPendidikan karakter
Pendidikan karakter
 
sukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsrsukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsr
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Hsp bm f1
Hsp bm f1Hsp bm f1
Hsp bm f1
 
Hsp bm f1
Hsp bm f1Hsp bm f1
Hsp bm f1
 

Tajuk 2

  • 1. Tajuk 2 : Apakakah yang anda faham tentang kurikulum mendatar KBSR? Apakah perbezaannya dengan KSSR? Saya bersetuju. Saya juga berpendapat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR telah disempurnakan bermula pada tahun 1983 hingga 2010 ini lebih menekankan kepada 3 kemahiran asas sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek-aspek lain pula yang terdapat dalam kemahiran asan ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan seta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua matapelajaran. Namun begitu, Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri- lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Saya bersetuju dengan pendapat itu. Justeru itu juga, saya berpendapat bahawa kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
  • 2. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR telah disempurnakan bermula pada tahun 1983 hingga 2010. Permulaan kurikulum ini berpaksikan kepada 3 bidang utama iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. KBSR juga berfokuskan kepada 3 kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Justeru itu juga, KBSR telah menetapkan bahawa murid yang berada di Tahap 1 dan Tahap 2 mempunyai matapelajaran yang sama untuk dipelajari iaitu matapelajaran wajib, teras dan tambahan. Namun begitu, tranformasi pendidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak KPM dengan mengadakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR telah memantapkan lagi gaya penterjemahan FPK dengan menitikberatkan beberapa penambahbaikan mutu pengajaran dan pembelajaran. KSSR yang telah dilaksanakan bermula tahun 2011 telah diperkemaskan lagi dengan 6 tunjang utama di dalam reka bentuk kurikulumnya. Ianya termasuklah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri. Di samping itu juga, organisasi kurikulumnya juga telah melibatkan modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. KSSR telah menambah focus menaakul di dalam focus yang telah sedia ada. Elemen kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat telah dilaksanakan secara eksplisit. Bahan kurikulumnya juga berpandukan kepada Dokumen Standard yang telah digubal mengikut keupayaan murid dan kesediaan guru untuk mengajar.
  • 3. Kandungan kurikulum peringkat sekolah rendah berhubung kait dengan matlamat persekolahan. Bincangkan kenyataan di atas MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Telah diketahui umum bahawa matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu dan perkembangan ini meliputi beberapa aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Kandungan kurikulum sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah ia mempunyai hubungan yang perkembangan potensi murid. Sebagai contoh, di dalam penguasaan berbahasa. Di dalam konteks ini, saya akan mengutarakan beberapa contoh yang menunjukkan hubungkait di antara kandungan kurikulum dengan matlamat persekolahan. Contoh pertama ialah Bahasa Melayu. Di dalam kandungan kurikulum Bahasa Melayu, telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini akan menjadikan murid lebih berkeyakinan untuk berinteraksi antara guru dan rakan mereka dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai dan intonasi bahasa yang tepat. Contoh kedua pula ialah di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Di dalam kandungan kurikulum Pendidikan Islam ianya menjurus kepada melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini disesuaikan dengan kemahiran membaca Al- Quran dari segi tajwid dan pemahaman ayat, hukum yang telah dipelajari, adab-adab di dalam kehidupan dan sebagainya. Sebagai contoh, matapelajaran Bahasa Melayu OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
  • 4. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid murid: • Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. • Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pangantar sekolah. • Memguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. • Menguasai kemahiran belajar. • Menguasai kemahiran berfikir. • Bertutur,membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukuannya sebagai bahasa kedua. • Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya. • Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri. • Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. • Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. • Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. • Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri. • Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam. • Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. • Membina semangat patriotisme. • Mengembangkan bakat dan kreativiti. • Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
  • 5. Tajuk 4 : Kandungan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah rendah perlu disusun dan diorganisasi sebaik mungkin. Bincangkan? Kandungan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah rendah perlu disusun dan diorganisasi sebaik mungkin. Ini kerana ianya diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kegiatan kurikulum di sekolah juga mampu menghasilkan insan harmonis dan seimbang dan tidak akan berhasil jika hanya pelaksanaan kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-nilai murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyalurkan aspek kurikulum ke dalam kokurikulum bagi meningkatkan keupayaan pendidikan menghidupkan falsafah tersebut. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid. Pengalaman menjalankan aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Justeru itu juga, sukatan Kurikulum dan kokurikulum haruslah dijadikan sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. dan diterima oleh masyarakat di Malaysia serta nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman. Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya juga berpendapat bahawa selain daripada memberi perhatian kepada matlamat, objektif, sasaran dan kefahaman yang ingin dicapai, kandungan bagi kedua-dua unit juga perlu menitikberatkan nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Oleh yang demikian pengetahuan yang diperolehi dari kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • 6. Tajuk 5 : Kesemua mata pelajaran dalam KBSR terangkum dalam 3(tiga) bidang utama iaitu a)Komunikasi, b) Manusia dan Alam Keliling dan c) Perkembangan diri individu. Bincangkan. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa berdasarkan tajuk forum ini, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya juga berpendapat bahawa ketiga-tiga bidang utama ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan FPK iaitu melalui pendekatan bersepadu yang merupakan pendekatan di mana ianya melibatkan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digabungkan secara wujud kespaduan dari segi emosi, rohani dan jasmani serta intelek. Ianya juga melibatkan prinsip pendidikan yang sama untuk semua murid. Ianya melibatkan semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan. Prinsip berikutnya pula ialah pendidikan seumur hidup iaitu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka hadapi dalam situasi kehidupan seharian. Prinsip terakhir pula perkembangan individu secara menyeluruh yang melibatkan semua matapelajaran yang mendedahkan potensi murid. Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang akademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badan beruniform aktiviti kelab dan persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan atau kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat mengembangkan potensi, bakat dan kinta murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Melalui
  • 7. kefahaman yang jelas terhadap konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum. Tajuk 5 : Kesemua mata pelajaran dalam KBSR terangkum dalam 3(tiga) bidang utama iaitu a)Komunikasi, b) Manusia dan Alam Keliling dan c) Perkembangan diri individu. Bincangkan. Struktur matapelajaran dalam KBSR meliputi tiga bidang utama iaitu pertama bidang komunikasi. Bidang ini meliputi komponen kemahiran asas yang melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang melibatkan murid di tahap 1 dan 2. Bidang komunikasi ini memberikan tumpuan kepada tida kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Sebagai contoh, Bahasa Malaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat FPK. Bidang kedua pula bidang manusia dan alam keliling. Bidang ini lebih menekankan komponen kerohanian, nilai dan sikap seseorang. Ianya juga bertujuan untuk membentuk dan meningkatkan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Mata pelajaran yang terlibat di dalam bidang ini ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains dan Kajian Tempatan. Bidang ketiga pula ialah bidang bidang perkembangan diri individu. Bidang ini lebih menekankan kepada komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bidang ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan kesihatan. Matapelajaran yang terlibat di dalam bidang ini laha Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.