SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU-
   KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
           JOHOR BAHRU


             EDU 3051
       PENGURUSAN PENDIDIKAN


     EMPOWERMENT (PENGUPAYAAN):
  KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN DALAM
         PENGURUSAN SEKOLAH

NAMA : AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN   150167
       G.GOGILAVANAN
     150174
OPSYEN: B.Ed TESL 2 (CHT 5)
PENSYARAH: PUAN FARIDAH
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)




1.0 Pengenalan

    Memartabatkan sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia merupakan

agenda utama pihak berkuasa khususnya Kementerian Pendidikan bagi pengisian

kualitimenghasilkan generasi yang akan datang. Bertolak daripada premis yang

sedemikianrupalah,     organisasi-organisasi     pendidikan     digerakpantaskan    supaya

mempunyai anjakanpembinaan dan periaksanaan aktiviti yang menuju ke matlamat

tersebut.Mengikut kata Tun Dr. Mahathir (1991) “Sistem pendidikan negara seharusnya

mempunyai piawaian danmatlamat yang baru supaya ia menjadi wahana utama bagi

menjayakan matlamat negara maju pada tahun 2020”.Dalam ha1 ini juga, kita dapati

Lewis (1983) menjelaskan bahawa usaha-usaha sewajarnya dilakukan ke arah

peningkatan kualiti terbaik untuk peningkatan keseluruhan kualiti negara.




    Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawa keberkesanan

sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan oleh seseorang

pengetua atau guru besarnya. Manakala Ubben dan Hughes ( 1992) beranggapan

bahawa siri kepengetuaan seharusnya mendapat perhatian yang paling utama kerana

ia merupakan indikator yang menonjol untuk menentukan ciri keberkesanan sesebuah

sekolah. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) memberi penekanan terhadap aspek

kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan pada keseluruhannya. Para

pemimpin organisasi pendidikan diseru supaya mementingkan ilmu pengurusan supaya

organisasi pendidikan yang dipimpin akan menuju kecemerlangan. Beliau telah
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


menggarap salah satunya ialah berhubung dengan pengurusan organisasi pendidikan

yang berasaskan kepada konsep pengupayaan atau „empowerment‟.



       Pengurusan organisasi sekolah khususnya yang dibina dan disuburkan menerusi

konsep pengupayaan ini dianggap akan berupaya membina unsur-unsur pemuafakatan

dan bersesama dan kolektif dalam melakukan sebarang aktiviti atau program yang

dirangkakan ( Wan Mohd Zahid, 1993). Situasi yang sedemikian rupa penting kerana

sekolah merupakan organisasi yang bukan berbentuk penghasilan barangan tetapi

merupakan industri penghasilan sumber manusia dengan nilai dan unsur kemanusiaan,

kemasyarakatan      dan   kenegaraan      yang    dapat    menentukan      pembinaan   dan

kelangsungan peradaban (John Naisbitts, 1990).



       Kini, konsep pengurusan sekolah yang berasaskan kepada prinsip pengupayaan

telah dijadikan agenda pengurusan oleh pengetua-pengetua. Konsep pengurusan ini

telah dijadikan oleh sesetengah pihak sebagai pengurusan yang bercirikan demokratik

dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi

yang menuju kepada proses kecemerlangan ( Abdul Shukor Abdullah, 1991).
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


2.0 Pengupayaan



       “Empowerment” adalah satu bentuk proses pengupayaan menerusi pengagihan

    kuasa secara bijaksana dan budi bicara dalam memikir dan merancang cara-cara

    yang terbaikuntuk melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum

    dan lain-lain dengancara-cara yang sesuai, cekap dan berkesan ( Wan Mohd

    Nordin, 1993).



       James A. F. Stoner (1984) melihat pengupayaan sebagai satu pengamanahan

    kepadaseseorang yang lain atau auto&i dan bertanggungjawab formal bagi

    menjalankan aktivit-aktivititertentu. Ia juga merupakan satu proses pemindahan

    kuasa yang sah dari pihakatasan kepada orang-orang di bawahnya.Manakala

    Ahmad Atori Hussain (1991) dalam bukunya Pengurusan Organisasimelihat prinsip

    pengupayaan sebagai satu pola pengurusan yang berasaskan kepada ideology

    partisipasi dalam konteks amalan hubungan kemanusiaan di mana setiap ahli

    dapatdipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas kerana ia dianggap salah satu

    unsur dalamsistem organisasi itu sendiri.



       Berasaskan kepada tiga pernyataan di atas, dapatlah kita katakan bahawa unsur

    pengupayaan ini merupakan salah satu pola pengurusan yang dianggap sebagai

    salah satu paradigma yang memungkinkan keberkesanan sesebuah organisasi.

    Bentuk   pengurusan     inidianggap    sebagai    satu   bentuk    pengurusan   secara
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    bersesama atau dalam kata lain AbdulShukor Abdullah ( 1991) menyifatkannya

    sebagai berpenyertaan.

       Pendekatan pengurusan secara pengupayaan oleh kekangan yang tertentu juga

    dilihat sebagai pengurusan kekuatan ahli organisasi menerusi hubungan timbal

    balik dalam perlaksanaan sesuatu tugasan.Dalam soal ini, pemimpin beranggapan

    bahawa hasil yang dicapai adalah lebih berkesan menerusi perkongsian

    tanggungjawab. Justeru itu, kita melihat struktur pengurusan yang menggunakan

    tunjuk arah yang berasaskan pengupayaan ini menyimpang daripada lunas-lunas

    autokratik dan ia lebih mendekati iklim pendemokrasian pengurusan.



       Setiap organisasi persekolahan mempunyai matlamat atau objektif yang hendak

    dicapainya.Bagi menentukan pencapaian berkenaan, ahli-ahli organisasi sekolah

    akanmemainkan peranan masing-masing yang bersesuaian. Struktur pimpinan dan

    cara gaya pengurusannya juga akan menentukan pencapaian matlamat itu. Oleh

    yang demikian, bagiorganisasi persekolahan, pucuk pimpinan perlu rnenggunakan

    kaedah yang tertentu.Pengupayaan di peringkat sekolah atau organisasi pendidikan

    adalah penting kerana iamerupakan salah satu bentuk pengurusan yang

    berasaskan penyertaan autoriti dan tanggungjawab bersama bagi keberkesanan

    organisasi berkenaan (Zaidatul Akmaliah Lope Pihie 1990).



       Oleh yang demikian, pengupayaan atau penurunan kuasa adalah perlu dan

    wajar dilaksanakan di institusi persekolahan kerana ia akan melahirkan unsur-unsur

    permuafakatan secara yang lebih berkesan kepada warga persekolahan berkenaan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051      Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    Dan tidakhairanlah kalau Naisbitts (1990) juga menggangap pengupayaan

    sebagaisatu perubahanparadigma daripada pusat ke pinggiran, daripada ketaatan

    kepada komitmen dan daripada kawalan kepada perkongsian. Ini secara langsung

    menggambarkan kepada kita bahawa pengupayaan ini akan membolehkan

    penghasilan yang lebih bermakna berbanding dengan bentuk pimpinan yang

    berasaskan kepada perspektif pemikiran dan teori kuasa/politik dalam pengurusan

    organisasi sekolah.



          Struktur simbol yang boleh di anggap sebagai ciri-ciri pengupayaan secara

    umum,dapatlah dirumuskan seperti berikut:

     I.      Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan : Kajian

             danpenulisan mengenai pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua

             adalahpembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah

             dari segi akademikdan budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru itu,

             dalam pengurusan berasaskanpengupayaan ini pengetua                       seharusnya

             memiliki sifat-sifat berikut:

          a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya.

          b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.

          c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.

          d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.

          e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan

    persekitaran sekolah. Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang

    mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul
Pengurusan Pendidikan EDU 3051    Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    Shukor Abdullah (1991) menganggap pengetua sebegini sebagai “fasilitator”,

    “initiator” dan supporter”.

     II.   Pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan : Menerusi struktur

       pengurusan yang berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak

       pengurusan adalah lebih demokratik. Pengurus pendidikan yang bertimbang

       rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang mempunyai tahap kepuasan

       yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).



    III.   Hierarki struktur yang tidak rigid : Dalam menghadapi dilema pengurusan

       institusipersekolahan, pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan

       pengurusan yangpelbagai. Pengurusan yang berasaskan reflektif rasionaliti

       adalah lebih baik dari teknikalrasionaliti (Dr. Wan Zahid, 1993).Ia mempunyai

       kaitan dengan ciri pengurusan yang tidakhomogen, rutin dan boleh ditelah

       perilaku dan hasilnya. Ini merupakan salah satu ciripengupayaan yang diterima

       di sekolah-sekolah.




    IV.    Wujud bentuk pemuafakatan : Pembinaan iltizam berasaskan konsep

       pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan

       institusipendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga

       sekolah semata-matatetapi juga melibatkan unsur PIBG.tbrahim Mat (1993)

       beranggapan bahawa unsurbersesama di antara elemen kepimpinan sekolah,

       guru, murid dan ibu bapa penting bagimeningkatkan prestasi sekolah. Situasi
Pengurusan Pendidikan EDU 3051     Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


       yang    sedemikian        juga   merupakan     antara    elemenpengupayaan      dalam

       pengurusan institusi persekolahan.



    V.    Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh

       Dalampengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi

       penggunaan sumber-sumberdengan cekap, maka proses penanggungjawaban

       harus dari atas ke bawah di mana wujudnyakebolehan maklumat yang

       mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap.Oleh yang

       demikian,    ciri   ini    wujud   menerusi     pengupayaan      di   sekolah   kerana

       iamemungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-

       tugas yangdiserahkan kepada mereka dengan lebih efektif.



    VI.   Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan :

       Dalam menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru

       sewajamya diberi kebebasan untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang

       lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan

       akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Justeru itu, tidak hairanlah jika Dr.

       Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan konsep cetusan pemikiran

       berasaskan “unreasonable thinking” kepada guru.Pengalaman ini merupakan

       aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan di peringkat sekolah.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051    Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


   VII.   Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti:

       Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat

       pekeliling sudahtidak sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan.

       Oleh itu, menerusi konseppengupayaan ini, sesuatu tindakan itu harus

       terkehadapan      supaya     kecemerlangan         akanmenjadi     asas       pencapaian

       keseluruhannya. Ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengantindakbalas

       yang menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui

       kebiasaan dart rutin dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur penting bagi

       keberkesanankomitmen oleh institusi persekolahan dalam pengisian Wawasan

       2020 (Dr. Hussain Ahmad,1993).



  VIII.   Mewujudkan prinsip skalar : Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan

       dalamorganisasi pendidikan, ia secara langsung akan menjayakan prinsip skalar

       dalampengurusan. Menurut prinsip ini yang dipopularkan dalam teori oleh James

       A. F. Stoner(1984) para anggota organisasi mengetahui di mana kedudukan

       mereka    dalam    rantaianperintah.     Prinsip    skalar   meyarankan        kemestian

       mewujudkan satu garis auto&i secara jelasyang menurun selangkah demi

       selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasihinggalah ke tingkat yang

       paling bawah. Ini akan mengelakkan pertindanan bidang kuasadan seterusnya ia

       akan menambahkan keberkesanan organisasi itu sendiri.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051    Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    IX.      Prinsip keesaan perintah : Mengikut ptinsip keesaan per&ah setiap orang

          dalam organisasi hendaklah melaporkan kepada hanya seorang ketua sahaja.

          Melaporkankepada lebih daripada seorang ketua menyulitkan seseorang itu

          untuk mengetahui kepadasiapa tertakluk kebertanggungjawabannya dan arahan

          siapa mesti diikuti.Konsep inibersesuaian dengan pengupayaan di institusi

          persekolahan supaya pertindanan arahan tidakberlaku di antara pengetua

          dengan penolong-penolong kanan.



    X.       Mewujudkan sistem pemantauan : Sistem pengesanan atau pemantaun akan

          lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua.

          Hal yangdemikian rupa penting dalam menentukan bentuk penilaian aktiviti-

          aktiviti yang dilakukanmenerusi pengupayaan dalam sesebuah sekolah.



                Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara unsur yang dapat

          dikenalpastimenerusi konsep pengupayaan dalam pengurusan di institusi-

          institusi persekolahan dinegara ini.Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk

          positif terhadap pola kepimpinanpengetua menerusi konsep pengupayaan dalam

          beberapa bidang yang dilakukan di sekolah.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


       2.1 Model-model Pengupayaan.



              Apabila menyebut mengenai pengupayaan, kita haruslah terlebih dahulu

           mengenali model-model pengupayaan yang boleh digunakan apabila

           membentuk sesebuah organisasi.Ini penting kerana kita boleh mengetahui

           model pengupayaan yang manakah lebih sesuai untuk membentuk

           organisasi yang kita inginkan.



              Yang pertama sekali adalah model pengupayaan berbentuk bulatan. Ia

           merupakan koordinasi kumpulan atau pasukan yang dihubungkan oleh

           bahagian pusat atau bahagian tengah bulatan (Rajah 1 ). Antara ciri-ciri

           organisasi   ini   ialah   bahawa     pelanggan     berada    di   tengah   yang

           menghubungkan semua bahagian.Pekerja pula bekerja untuk mencapai apa

           yang dikehendaki oleh pelanggan.Tanggungjawab, kemahiran, kuasa dan

           juga kawalan haruslah dikongsi bersama.Dalam model ini, kawalan dan

           koordinasi datang daripada komunikasi yang berterusan.Perubahan akan

           berlaku dengan cepat dan selari dengan cabaran masa.Kuasa yang

           diperolehi adalah hasil daripada pengaruh terhadap pekerjanya dan bukan

           kerana kedudukan dalam sesebuah organisasi.Individu yang diharapkan

           haruslah mampu menguruskan segala tugas yang diberikan dengan sendiri

           serta bertanggungjawab kepada semua yang berlaku dalam organisasi.Di

           dalam model pengupayaan berbentuk bulatan ini, pengurus adalah pemberi

           semangat, penghubung dan pemberi kuasa kepada kumpulan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)




                                                  Rajah 1
                                         Pekerja


                      Pekerja                               Pekerja
                                       Pelanggan




                             Pekerja                 Pekerja



                    Rajah 1: Model Pengupayaan Berbentuk Bulatan



(Sumber:      Cynthia D. S. & Dennis T. J. (2004). Empowerment : Building a Commited

               Workforce, New Delhi: Viva Books Private Limited, hal. 15)




              Model yang kedua di dalam pengupayaan adalah Model Pengupayan

       Kontinuum.Banyak organisasi melaksanakan pengupayaan tetapi berbeza dari

       segi tahap.Sesetengah organisasi memberi pengupayaan dengan menggalakkan

       pekerja-pekerjanya memberi pendapat sementara pengurus masih mempunyai

       autoriti muktamad dalam membuat keputusan manakala sesetengah organisasi

       pula, pekerja barisan hadapan diberikan hampir kuasa penuh dalam membuat
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


       keputusan dan melaksanakan inovasi.Pendekatan pengupayaan kini bergerak

       pada sepanjang kontinum seperti ditunjukkan di dalam Rajah 2.




                        Rajah 2: Model Pengupayaan Kontinuum

(Sumber:      Daft, R. L. (1999). Leadership.Theory and Practice.Orlando: Harcourt, Inc.

hal. 257)
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


              Model pengupayaan yang ketiga dan juga yang terakhir adalah Model

           Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat.Model Proses Pengurusan

           Pengupayaan Subordinat (Rajah 2.3) yangdikemukakan oleh Kinlaw seperti

           yang dinyatakan oleh Ab. Aziz (2003) adalah bagi memastikan kejayaan

           pelaksanaan pengupayaan di dalam organisasi dengan melibatkan beberapa

           langkah yang penting.Langkah yang pertama adalah dengan memberi

           definisi dan menyampaikan makna pengupayaan yang sebenar dan tepat

           kepada semua ahli organisasi. Seterusnya adalah menetapkan matlamat

           yang jelas, realistik dan boleh diukur berdasarkan strategi yang konkrit untuk

           membentuk rangka kerja bagi setiap individu di dalam pelbagai hirarki

           organisasi.


              Langkah yang berikutnya adalah menyediakan program latihan yang

           bersesuaian    dengan     setiap   matlamat     yang    ingin   dicapai.Kemudian

           menyelaraskan     struktur   organisasi    yang    saling   bergantung   supaya

           mengurangkan kerenah birokrasi.Struktur organisasi mekanistik haruslah

           digantikan dengan struktur organik yang lebih fleksibel.Organisasi juga

           haruslah memberi autonomi yang lebih besar kepada bahagian atau jabatan

           dan memberi lebih kebebasan kepada pekerja.


              Kemudian penyelarasan sistem organisasi seperti perancangan, maklum

           balas,kenaikan pangkat dan latihan mestilah dilakukan. Langkah yang

           terkahir adalah menilai dan memperbaiki proses pelaksanaan pengupayaan

           dengan mengukur kemajuan serta penerimaan daripada ahli-ahli dalam

           organisasi.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)




              Rajah 3: Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat

(Sumber:      Ab. Aziz (2003). Gelagat Organisasi: Teori Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya

: Prentice Hall, hal. 339)
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


3.0 Kepentingan pengupayaan dalam pengurusan sekolah.



       Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan melalui orang lain untuk mencapai

    objektif organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Tumpuan kepada

    proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency)

    terhadap pengurusan sumber-sumber yang terhad.



       Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman

    hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui

    pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik

    semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin dalam

    Khoo Kheng Hor, 1997 ).



       Dalam sesuatu usaha melaksanakan perubahan kepada organisasi sekolah

    perlulah mengenal pasti keperluan untuk memberikan penekanan dan menyokong

    terhadap profesionalisme dan akauntabiliti guru-guru secara maksimum.Tindakan

    ini dilakukan dengan memberikan guru-guru lebih ruang membuat keputusan di

    dalam bilik darjah yang dijangkakan menepati hasrat dan matlamat pendidikan

    keseluruhannya (Short, 1998). Menurut Senge (1990), sesebuah organisasi yang

    akan benar-benar cemerlang dan gemilang pada masa akan datang merupakan

    organisasi yang dapat mencungkil bakat dan potensi para pekerjanya .

    Pengupayaan      merupakan      elemen     penting    yang     menjadi    kunci   dalam
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    menghubungkaitkan peranan guru-guru dalam menjalankan tugas pengajaran untuk

    meningkatkan proses pembelajaran pelajar (Gamoran & Porter, 1994).



       Kebebasan untuk membuat keputusan dan mendapat kepercayaan dari pihak

    pentadbiran    untuk   menjalankan      tugas    menggambarkan        keyakinan   pihak

    pengurusan terhadap kecekapan dan kebolehan guru.Secara tidak langsung pihak

    pentadbiran mengiktirafkan tahap profesionalisme guru berkenaan.Sarason, (1992)

    dan Schmoker (1992), para guru dikatakan mendapat kebebasan untuk mengambil

    keputusan-keputusan yang member impak positif terhadap profesion mereka

    termasuk menentukan langkah terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

    Bagi Holt (1993), pemberian kuasa bukan hanya termasuk satu proses membuat

    keputusan oleh pekerja malah pihak pengurusan perlu menyediakan sumber-

    sumber yang mencukupi supaya pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dan

    membuat keputusan dengan lebih efektif.



       Sekiranya dilihat dari aspek dimensi status dalam pengupayaan, keperluan

    harga diri (Self-Esteem Needs) mengandungi dua sumber iaitu esteem diri sendiri

    dan esteem daripada orang lain. Esteem diri sendiri ialah status, prestij,

    pengiktirafan, perhatian dan sanjungan yang diberikan kepada individu tersebut.

    Seseorang individu ingin menampilkan rasa kemanusiaan, peka dengan kemuliaan

    dan peribadinya serta memiliki harga dalam dunia ini (Yusouf Qardhawi,

    1994).Keperluan harga diri yang tidak dipenuhi boleh membawa kepada rasa

    rendah diri dan tidak terdaya yang akhirnya boleh membawa kemurungan, putus
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


    asa serta tingkah laku neurotik. Rasa ingin dihormati oleh orang lain sangat

    diperlukan (Arkes & Graske, 1982).



       Dalam amalan pengupayaan, penyertaan yang tinggi dalam membuat keputusan

    terutamanya yang melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan

    meningkatkan kepuasan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan

    kerja guru (Belasco & Alutto, 1972). Berdasarkan dapatan kajian mengenai tekanan

    kerja, mununjukkan guru yang berpengalaman mempunyai tahap kepuasan kerja

    yang tinggi didapati kurang mengalami tekanan berbanding dengan guru-guru yang

    mempunyai tahap kepuasan yang rendah (Menlo & Poppleton, 1990).



       Pengupayaan memerlukan pengurus menurunkan kuasa pembuatan keputusan.

    Dalam konteks sekolah, atas dasar kepercayaan dan keyakinan terhadap barisan

    pentadbiran, pengetua menurunkan sedikit kuasa              kepada penolong kanan-

    penolong kanan dalam merancang aktiviti-aktiviti masing-masing.Sebagai contoh,

    sebelum sesi persekolahan bermula, penolong kanan Akademik akan menyediakan

    senarai tenaga pengajar mengikut opsyen matapelajaran masing-masing. Manakala

    penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) akan melantik jentera barisannya yang

    akan membantunya dalam urusan pendaftaran pelajar dan yuran sekolah. Semua

    ini tidak memerlukan campurtangan langsung daripada pengetua, cukup sekadar

    memberi nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman yang lepas. Menjadi

    seorang fasilitator kepada penolong kanan menyebabkan mereka merasai tugas

    mereka bermakna dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi kerja.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


4.0 Pelaksanaan pengupayaan dalam pengurusan sekolah.



       Ken Blanchard et al (1996 ) menerangkan pelaksanaan penupayaan merupakan

    proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian

    maklumat    dengan     kakitangan,     mencipta   autonomi     dalam    sempadan   dan

    menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri. Dengan

    adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya

    mempercayai antara satu sama lain. Pengkongsian maklumat bermakna pemimpin

    memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi

    dengan jelas dan mantap.Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor

    sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada peringkat pengurus pertengahan.



       Menurut pemikiran hirarki tradisional , pengetua yang menetapkan matlamat

    organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di

    peringkat pengurus pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut.

    Mereka tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam

    proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan

    pengupayaan,      matlamatnya        ditetapkan   secara     bersama      dan   mampu

    membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan

    mereka.Setelah pengupayaan dilakukan, pengurus pertengahan akan mempunyai

    autonorni dalam sempadannya yang dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke

    arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang diinginkan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


       Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan

    sempadan autonomi yang jelas. Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan

    sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan

    sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut katogeri

    pengurusan sekolah eperti kurikulum, kokurikulum, kewangan, staf dan sebagainya.

    Ini termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti.



       Pengenalan satu sistem atau kaedah baru selalunya memberi impak yang positif

    atau negatif kepada guru-guru di sekolah. Keadaan ini akan memberi keadaan yang

    kacau-bilau dalan pentadbiran sekolah.Inilah yang akan berlaku jika proses

    pengupayan atau penurunan kuasa diperkenalkan kepada sekolah. Guru-guru

    tertentu telah diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak pengetua.

    Keputusan itu akan nanti menyebabkan suatu keadaan guru-guru lain tidak

    mempercayai keadaan itu dan meminta penjelasan. Impak ini perlu dikawal atau

    tangani segera melalui komunikasi yang berkesan. Komunikasi secara lisan atau

    tulisan perlu disediakan medium yang sesuai agar ia cepat sampai kepada

    penerima maklumat.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


5.0 Penutup


    Dengan ini, kita boleh meringkaskan bahawa pengupayaan adalah satu cara

mendemokrasikan pengurusan sekolah supaya menjadi satu badan yang lebih effisien

dari segi pengagihan dan pelaksanaan tugas. Seperti mana yang telah dibincangkan,

kepentingan pengupaayan pengurusan sekolah memberi kesan kepada penglibatan

guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga ahli pengurusan

sekolah. Kebebasan yang diberi untuk membuat keputusan, kebebasan bersuara dan

sebagainya adalah sesuatu yang diharapkan oleh guru dan secara tidak langsung,

pengurusan     sekolah   menjadi    lebih   berkesan     melalui   pengupaayan      tersebut.

Pelaksanaan pengupayaan yang melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian

maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan

sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri merupakan langkah ke arah

pengurusan sekolah yang lebih berkesan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051   Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)


Rujukan:


   1. http://tahiyyatalqulub.blogspot.com/2011/08/pengupayaan-empowerment-dan-

       budaya.html

   2. http://dari-sinarmata.blogspot.com/2011/04/hubungan-pengurusan-

       pengupayaan-dan.html

   3. Ariffin   Bin    Che   Yahya     (1997).   KEPIMPINAN        DAN     PENGUPAYAAN

       “EMPOWERMENT” DALAM PENGURUSAN SEKOLAH. Dimuat turun pada 8

       Februari 2012

       http://etd.uum.edu.my/818/1/Ariffin_Che_Yahya.pdf

   4. Mohammad Anuar Abd Rahman dan Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya

       (2000).PENGUPAYAAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

       DI KALANGAN PENGURUS PERTENGAHAN DI SEKOLAH MENENGAH DI

       BANDAR JOHOR BAHRU. Dimuat turun pada 8 Februari 2012

       http://eprints.utm.my/2261/1/AziziYahaya_Pengupayaan_Dalam_Pengurusan_S

       ekolah.pdf

   5. JAAFFAR BIN KHAMIS (2007). TAHAP PENGUPAYAAN TERHADAP GURU

       KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

       DAERAH MUAR. Di muat turun pada 8 Februari 2012

       http://eprints.utm.my/6589/1/JaaffarKhamisMFP.pdf

More Related Content

What's hot

142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...ali ahmad
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarAnysPiNky
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)NurSyaqina
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostinglmdsaufee
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan KesihatanDefinisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatanguest1772d1
 
Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionNorazlina Lyn
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )shockgadof
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Arz-zam Nawawi
 

What's hot (20)

142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostingl
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan KesihatanDefinisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
 
Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesion
 
Ulangkaji+2+edu3108
Ulangkaji+2+edu3108Ulangkaji+2+edu3108
Ulangkaji+2+edu3108
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Kps 3014
Kps 3014Kps 3014
Kps 3014
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAHKEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
 

Similar to Ahmad tajuddin dan gogilavanan

Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfTAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfAiemanIszmail
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganUniversiti Sains Malaysia
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)rabbaniridhwan
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diriniiiaaa
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 

Similar to Ahmad tajuddin dan gogilavanan (20)

Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfTAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Bab 11 guru dan sekolah
Bab 11 guru dan sekolahBab 11 guru dan sekolah
Bab 11 guru dan sekolah
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 

Ahmad tajuddin dan gogilavanan

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU- KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU EDU 3051 PENGURUSAN PENDIDIKAN EMPOWERMENT (PENGUPAYAAN): KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH NAMA : AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN 150167 G.GOGILAVANAN 150174 OPSYEN: B.Ed TESL 2 (CHT 5) PENSYARAH: PUAN FARIDAH
  • 2. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 1.0 Pengenalan Memartabatkan sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia merupakan agenda utama pihak berkuasa khususnya Kementerian Pendidikan bagi pengisian kualitimenghasilkan generasi yang akan datang. Bertolak daripada premis yang sedemikianrupalah, organisasi-organisasi pendidikan digerakpantaskan supaya mempunyai anjakanpembinaan dan periaksanaan aktiviti yang menuju ke matlamat tersebut.Mengikut kata Tun Dr. Mahathir (1991) “Sistem pendidikan negara seharusnya mempunyai piawaian danmatlamat yang baru supaya ia menjadi wahana utama bagi menjayakan matlamat negara maju pada tahun 2020”.Dalam ha1 ini juga, kita dapati Lewis (1983) menjelaskan bahawa usaha-usaha sewajarnya dilakukan ke arah peningkatan kualiti terbaik untuk peningkatan keseluruhan kualiti negara. Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawa keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan oleh seseorang pengetua atau guru besarnya. Manakala Ubben dan Hughes ( 1992) beranggapan bahawa siri kepengetuaan seharusnya mendapat perhatian yang paling utama kerana ia merupakan indikator yang menonjol untuk menentukan ciri keberkesanan sesebuah sekolah. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan pada keseluruhannya. Para pemimpin organisasi pendidikan diseru supaya mementingkan ilmu pengurusan supaya organisasi pendidikan yang dipimpin akan menuju kecemerlangan. Beliau telah
  • 3. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) menggarap salah satunya ialah berhubung dengan pengurusan organisasi pendidikan yang berasaskan kepada konsep pengupayaan atau „empowerment‟. Pengurusan organisasi sekolah khususnya yang dibina dan disuburkan menerusi konsep pengupayaan ini dianggap akan berupaya membina unsur-unsur pemuafakatan dan bersesama dan kolektif dalam melakukan sebarang aktiviti atau program yang dirangkakan ( Wan Mohd Zahid, 1993). Situasi yang sedemikian rupa penting kerana sekolah merupakan organisasi yang bukan berbentuk penghasilan barangan tetapi merupakan industri penghasilan sumber manusia dengan nilai dan unsur kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan yang dapat menentukan pembinaan dan kelangsungan peradaban (John Naisbitts, 1990). Kini, konsep pengurusan sekolah yang berasaskan kepada prinsip pengupayaan telah dijadikan agenda pengurusan oleh pengetua-pengetua. Konsep pengurusan ini telah dijadikan oleh sesetengah pihak sebagai pengurusan yang bercirikan demokratik dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi yang menuju kepada proses kecemerlangan ( Abdul Shukor Abdullah, 1991).
  • 4. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 2.0 Pengupayaan “Empowerment” adalah satu bentuk proses pengupayaan menerusi pengagihan kuasa secara bijaksana dan budi bicara dalam memikir dan merancang cara-cara yang terbaikuntuk melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum dan lain-lain dengancara-cara yang sesuai, cekap dan berkesan ( Wan Mohd Nordin, 1993). James A. F. Stoner (1984) melihat pengupayaan sebagai satu pengamanahan kepadaseseorang yang lain atau auto&i dan bertanggungjawab formal bagi menjalankan aktivit-aktivititertentu. Ia juga merupakan satu proses pemindahan kuasa yang sah dari pihakatasan kepada orang-orang di bawahnya.Manakala Ahmad Atori Hussain (1991) dalam bukunya Pengurusan Organisasimelihat prinsip pengupayaan sebagai satu pola pengurusan yang berasaskan kepada ideology partisipasi dalam konteks amalan hubungan kemanusiaan di mana setiap ahli dapatdipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas kerana ia dianggap salah satu unsur dalamsistem organisasi itu sendiri. Berasaskan kepada tiga pernyataan di atas, dapatlah kita katakan bahawa unsur pengupayaan ini merupakan salah satu pola pengurusan yang dianggap sebagai salah satu paradigma yang memungkinkan keberkesanan sesebuah organisasi. Bentuk pengurusan inidianggap sebagai satu bentuk pengurusan secara
  • 5. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) bersesama atau dalam kata lain AbdulShukor Abdullah ( 1991) menyifatkannya sebagai berpenyertaan. Pendekatan pengurusan secara pengupayaan oleh kekangan yang tertentu juga dilihat sebagai pengurusan kekuatan ahli organisasi menerusi hubungan timbal balik dalam perlaksanaan sesuatu tugasan.Dalam soal ini, pemimpin beranggapan bahawa hasil yang dicapai adalah lebih berkesan menerusi perkongsian tanggungjawab. Justeru itu, kita melihat struktur pengurusan yang menggunakan tunjuk arah yang berasaskan pengupayaan ini menyimpang daripada lunas-lunas autokratik dan ia lebih mendekati iklim pendemokrasian pengurusan. Setiap organisasi persekolahan mempunyai matlamat atau objektif yang hendak dicapainya.Bagi menentukan pencapaian berkenaan, ahli-ahli organisasi sekolah akanmemainkan peranan masing-masing yang bersesuaian. Struktur pimpinan dan cara gaya pengurusannya juga akan menentukan pencapaian matlamat itu. Oleh yang demikian, bagiorganisasi persekolahan, pucuk pimpinan perlu rnenggunakan kaedah yang tertentu.Pengupayaan di peringkat sekolah atau organisasi pendidikan adalah penting kerana iamerupakan salah satu bentuk pengurusan yang berasaskan penyertaan autoriti dan tanggungjawab bersama bagi keberkesanan organisasi berkenaan (Zaidatul Akmaliah Lope Pihie 1990). Oleh yang demikian, pengupayaan atau penurunan kuasa adalah perlu dan wajar dilaksanakan di institusi persekolahan kerana ia akan melahirkan unsur-unsur permuafakatan secara yang lebih berkesan kepada warga persekolahan berkenaan.
  • 6. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Dan tidakhairanlah kalau Naisbitts (1990) juga menggangap pengupayaan sebagaisatu perubahanparadigma daripada pusat ke pinggiran, daripada ketaatan kepada komitmen dan daripada kawalan kepada perkongsian. Ini secara langsung menggambarkan kepada kita bahawa pengupayaan ini akan membolehkan penghasilan yang lebih bermakna berbanding dengan bentuk pimpinan yang berasaskan kepada perspektif pemikiran dan teori kuasa/politik dalam pengurusan organisasi sekolah. Struktur simbol yang boleh di anggap sebagai ciri-ciri pengupayaan secara umum,dapatlah dirumuskan seperti berikut: I. Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan : Kajian danpenulisan mengenai pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua adalahpembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademikdan budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru itu, dalam pengurusan berasaskanpengupayaan ini pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut: a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya. b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru. c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan. d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru. e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran sekolah. Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul
  • 7. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Shukor Abdullah (1991) menganggap pengetua sebegini sebagai “fasilitator”, “initiator” dan supporter”. II. Pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan : Menerusi struktur pengurusan yang berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik. Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992). III. Hierarki struktur yang tidak rigid : Dalam menghadapi dilema pengurusan institusipersekolahan, pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan pengurusan yangpelbagai. Pengurusan yang berasaskan reflektif rasionaliti adalah lebih baik dari teknikalrasionaliti (Dr. Wan Zahid, 1993).Ia mempunyai kaitan dengan ciri pengurusan yang tidakhomogen, rutin dan boleh ditelah perilaku dan hasilnya. Ini merupakan salah satu ciripengupayaan yang diterima di sekolah-sekolah. IV. Wujud bentuk pemuafakatan : Pembinaan iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusipendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-matatetapi juga melibatkan unsur PIBG.tbrahim Mat (1993) beranggapan bahawa unsurbersesama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa penting bagimeningkatkan prestasi sekolah. Situasi
  • 8. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) yang sedemikian juga merupakan antara elemenpengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan. V. Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh Dalampengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumberdengan cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnyakebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap.Oleh yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan di sekolah kerana iamemungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas- tugas yangdiserahkan kepada mereka dengan lebih efektif. VI. Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan : Dalam menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajamya diberi kebebasan untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Justeru itu, tidak hairanlah jika Dr. Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan konsep cetusan pemikiran berasaskan “unreasonable thinking” kepada guru.Pengalaman ini merupakan aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan di peringkat sekolah.
  • 9. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) VII. Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti: Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudahtidak sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, menerusi konseppengupayaan ini, sesuatu tindakan itu harus terkehadapan supaya kecemerlangan akanmenjadi asas pencapaian keseluruhannya. Ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengantindakbalas yang menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dart rutin dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur penting bagi keberkesanankomitmen oleh institusi persekolahan dalam pengisian Wawasan 2020 (Dr. Hussain Ahmad,1993). VIII. Mewujudkan prinsip skalar : Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan dalamorganisasi pendidikan, ia secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalampengurusan. Menurut prinsip ini yang dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner(1984) para anggota organisasi mengetahui di mana kedudukan mereka dalam rantaianperintah. Prinsip skalar meyarankan kemestian mewujudkan satu garis auto&i secara jelasyang menurun selangkah demi selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasihinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan mengelakkan pertindanan bidang kuasadan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan organisasi itu sendiri.
  • 10. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) IX. Prinsip keesaan perintah : Mengikut ptinsip keesaan per&ah setiap orang dalam organisasi hendaklah melaporkan kepada hanya seorang ketua sahaja. Melaporkankepada lebih daripada seorang ketua menyulitkan seseorang itu untuk mengetahui kepadasiapa tertakluk kebertanggungjawabannya dan arahan siapa mesti diikuti.Konsep inibersesuaian dengan pengupayaan di institusi persekolahan supaya pertindanan arahan tidakberlaku di antara pengetua dengan penolong-penolong kanan. X. Mewujudkan sistem pemantauan : Sistem pengesanan atau pemantaun akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yangdemikian rupa penting dalam menentukan bentuk penilaian aktiviti- aktiviti yang dilakukanmenerusi pengupayaan dalam sesebuah sekolah. Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara unsur yang dapat dikenalpastimenerusi konsep pengupayaan dalam pengurusan di institusi- institusi persekolahan dinegara ini.Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif terhadap pola kepimpinanpengetua menerusi konsep pengupayaan dalam beberapa bidang yang dilakukan di sekolah.
  • 11. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 2.1 Model-model Pengupayaan. Apabila menyebut mengenai pengupayaan, kita haruslah terlebih dahulu mengenali model-model pengupayaan yang boleh digunakan apabila membentuk sesebuah organisasi.Ini penting kerana kita boleh mengetahui model pengupayaan yang manakah lebih sesuai untuk membentuk organisasi yang kita inginkan. Yang pertama sekali adalah model pengupayaan berbentuk bulatan. Ia merupakan koordinasi kumpulan atau pasukan yang dihubungkan oleh bahagian pusat atau bahagian tengah bulatan (Rajah 1 ). Antara ciri-ciri organisasi ini ialah bahawa pelanggan berada di tengah yang menghubungkan semua bahagian.Pekerja pula bekerja untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh pelanggan.Tanggungjawab, kemahiran, kuasa dan juga kawalan haruslah dikongsi bersama.Dalam model ini, kawalan dan koordinasi datang daripada komunikasi yang berterusan.Perubahan akan berlaku dengan cepat dan selari dengan cabaran masa.Kuasa yang diperolehi adalah hasil daripada pengaruh terhadap pekerjanya dan bukan kerana kedudukan dalam sesebuah organisasi.Individu yang diharapkan haruslah mampu menguruskan segala tugas yang diberikan dengan sendiri serta bertanggungjawab kepada semua yang berlaku dalam organisasi.Di dalam model pengupayaan berbentuk bulatan ini, pengurus adalah pemberi semangat, penghubung dan pemberi kuasa kepada kumpulan.
  • 12. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Rajah 1 Pekerja Pekerja Pekerja Pelanggan Pekerja Pekerja Rajah 1: Model Pengupayaan Berbentuk Bulatan (Sumber: Cynthia D. S. & Dennis T. J. (2004). Empowerment : Building a Commited Workforce, New Delhi: Viva Books Private Limited, hal. 15) Model yang kedua di dalam pengupayaan adalah Model Pengupayan Kontinuum.Banyak organisasi melaksanakan pengupayaan tetapi berbeza dari segi tahap.Sesetengah organisasi memberi pengupayaan dengan menggalakkan pekerja-pekerjanya memberi pendapat sementara pengurus masih mempunyai autoriti muktamad dalam membuat keputusan manakala sesetengah organisasi pula, pekerja barisan hadapan diberikan hampir kuasa penuh dalam membuat
  • 13. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) keputusan dan melaksanakan inovasi.Pendekatan pengupayaan kini bergerak pada sepanjang kontinum seperti ditunjukkan di dalam Rajah 2. Rajah 2: Model Pengupayaan Kontinuum (Sumber: Daft, R. L. (1999). Leadership.Theory and Practice.Orlando: Harcourt, Inc. hal. 257)
  • 14. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Model pengupayaan yang ketiga dan juga yang terakhir adalah Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat.Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat (Rajah 2.3) yangdikemukakan oleh Kinlaw seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz (2003) adalah bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pengupayaan di dalam organisasi dengan melibatkan beberapa langkah yang penting.Langkah yang pertama adalah dengan memberi definisi dan menyampaikan makna pengupayaan yang sebenar dan tepat kepada semua ahli organisasi. Seterusnya adalah menetapkan matlamat yang jelas, realistik dan boleh diukur berdasarkan strategi yang konkrit untuk membentuk rangka kerja bagi setiap individu di dalam pelbagai hirarki organisasi. Langkah yang berikutnya adalah menyediakan program latihan yang bersesuaian dengan setiap matlamat yang ingin dicapai.Kemudian menyelaraskan struktur organisasi yang saling bergantung supaya mengurangkan kerenah birokrasi.Struktur organisasi mekanistik haruslah digantikan dengan struktur organik yang lebih fleksibel.Organisasi juga haruslah memberi autonomi yang lebih besar kepada bahagian atau jabatan dan memberi lebih kebebasan kepada pekerja. Kemudian penyelarasan sistem organisasi seperti perancangan, maklum balas,kenaikan pangkat dan latihan mestilah dilakukan. Langkah yang terkahir adalah menilai dan memperbaiki proses pelaksanaan pengupayaan dengan mengukur kemajuan serta penerimaan daripada ahli-ahli dalam organisasi.
  • 15. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Rajah 3: Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat (Sumber: Ab. Aziz (2003). Gelagat Organisasi: Teori Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 339)
  • 16. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 3.0 Kepentingan pengupayaan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan melalui orang lain untuk mencapai objektif organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Tumpuan kepada proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency) terhadap pengurusan sumber-sumber yang terhad. Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin dalam Khoo Kheng Hor, 1997 ). Dalam sesuatu usaha melaksanakan perubahan kepada organisasi sekolah perlulah mengenal pasti keperluan untuk memberikan penekanan dan menyokong terhadap profesionalisme dan akauntabiliti guru-guru secara maksimum.Tindakan ini dilakukan dengan memberikan guru-guru lebih ruang membuat keputusan di dalam bilik darjah yang dijangkakan menepati hasrat dan matlamat pendidikan keseluruhannya (Short, 1998). Menurut Senge (1990), sesebuah organisasi yang akan benar-benar cemerlang dan gemilang pada masa akan datang merupakan organisasi yang dapat mencungkil bakat dan potensi para pekerjanya . Pengupayaan merupakan elemen penting yang menjadi kunci dalam
  • 17. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) menghubungkaitkan peranan guru-guru dalam menjalankan tugas pengajaran untuk meningkatkan proses pembelajaran pelajar (Gamoran & Porter, 1994). Kebebasan untuk membuat keputusan dan mendapat kepercayaan dari pihak pentadbiran untuk menjalankan tugas menggambarkan keyakinan pihak pengurusan terhadap kecekapan dan kebolehan guru.Secara tidak langsung pihak pentadbiran mengiktirafkan tahap profesionalisme guru berkenaan.Sarason, (1992) dan Schmoker (1992), para guru dikatakan mendapat kebebasan untuk mengambil keputusan-keputusan yang member impak positif terhadap profesion mereka termasuk menentukan langkah terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Bagi Holt (1993), pemberian kuasa bukan hanya termasuk satu proses membuat keputusan oleh pekerja malah pihak pengurusan perlu menyediakan sumber- sumber yang mencukupi supaya pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dan membuat keputusan dengan lebih efektif. Sekiranya dilihat dari aspek dimensi status dalam pengupayaan, keperluan harga diri (Self-Esteem Needs) mengandungi dua sumber iaitu esteem diri sendiri dan esteem daripada orang lain. Esteem diri sendiri ialah status, prestij, pengiktirafan, perhatian dan sanjungan yang diberikan kepada individu tersebut. Seseorang individu ingin menampilkan rasa kemanusiaan, peka dengan kemuliaan dan peribadinya serta memiliki harga dalam dunia ini (Yusouf Qardhawi, 1994).Keperluan harga diri yang tidak dipenuhi boleh membawa kepada rasa rendah diri dan tidak terdaya yang akhirnya boleh membawa kemurungan, putus
  • 18. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) asa serta tingkah laku neurotik. Rasa ingin dihormati oleh orang lain sangat diperlukan (Arkes & Graske, 1982). Dalam amalan pengupayaan, penyertaan yang tinggi dalam membuat keputusan terutamanya yang melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kepuasan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan kerja guru (Belasco & Alutto, 1972). Berdasarkan dapatan kajian mengenai tekanan kerja, mununjukkan guru yang berpengalaman mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi didapati kurang mengalami tekanan berbanding dengan guru-guru yang mempunyai tahap kepuasan yang rendah (Menlo & Poppleton, 1990). Pengupayaan memerlukan pengurus menurunkan kuasa pembuatan keputusan. Dalam konteks sekolah, atas dasar kepercayaan dan keyakinan terhadap barisan pentadbiran, pengetua menurunkan sedikit kuasa kepada penolong kanan- penolong kanan dalam merancang aktiviti-aktiviti masing-masing.Sebagai contoh, sebelum sesi persekolahan bermula, penolong kanan Akademik akan menyediakan senarai tenaga pengajar mengikut opsyen matapelajaran masing-masing. Manakala penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) akan melantik jentera barisannya yang akan membantunya dalam urusan pendaftaran pelajar dan yuran sekolah. Semua ini tidak memerlukan campurtangan langsung daripada pengetua, cukup sekadar memberi nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman yang lepas. Menjadi seorang fasilitator kepada penolong kanan menyebabkan mereka merasai tugas mereka bermakna dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi kerja.
  • 19. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 4.0 Pelaksanaan pengupayaan dalam pengurusan sekolah. Ken Blanchard et al (1996 ) menerangkan pelaksanaan penupayaan merupakan proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri. Dengan adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Pengkongsian maklumat bermakna pemimpin memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi dengan jelas dan mantap.Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada peringkat pengurus pertengahan. Menurut pemikiran hirarki tradisional , pengetua yang menetapkan matlamat organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di peringkat pengurus pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut. Mereka tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan mereka.Setelah pengupayaan dilakukan, pengurus pertengahan akan mempunyai autonorni dalam sempadannya yang dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang diinginkan.
  • 20. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan sempadan autonomi yang jelas. Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut katogeri pengurusan sekolah eperti kurikulum, kokurikulum, kewangan, staf dan sebagainya. Ini termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti. Pengenalan satu sistem atau kaedah baru selalunya memberi impak yang positif atau negatif kepada guru-guru di sekolah. Keadaan ini akan memberi keadaan yang kacau-bilau dalan pentadbiran sekolah.Inilah yang akan berlaku jika proses pengupayan atau penurunan kuasa diperkenalkan kepada sekolah. Guru-guru tertentu telah diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak pengetua. Keputusan itu akan nanti menyebabkan suatu keadaan guru-guru lain tidak mempercayai keadaan itu dan meminta penjelasan. Impak ini perlu dikawal atau tangani segera melalui komunikasi yang berkesan. Komunikasi secara lisan atau tulisan perlu disediakan medium yang sesuai agar ia cepat sampai kepada penerima maklumat.
  • 21. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) 5.0 Penutup Dengan ini, kita boleh meringkaskan bahawa pengupayaan adalah satu cara mendemokrasikan pengurusan sekolah supaya menjadi satu badan yang lebih effisien dari segi pengagihan dan pelaksanaan tugas. Seperti mana yang telah dibincangkan, kepentingan pengupaayan pengurusan sekolah memberi kesan kepada penglibatan guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga ahli pengurusan sekolah. Kebebasan yang diberi untuk membuat keputusan, kebebasan bersuara dan sebagainya adalah sesuatu yang diharapkan oleh guru dan secara tidak langsung, pengurusan sekolah menjadi lebih berkesan melalui pengupaayan tersebut. Pelaksanaan pengupayaan yang melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri merupakan langkah ke arah pengurusan sekolah yang lebih berkesan.
  • 22. Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174) Rujukan: 1. http://tahiyyatalqulub.blogspot.com/2011/08/pengupayaan-empowerment-dan- budaya.html 2. http://dari-sinarmata.blogspot.com/2011/04/hubungan-pengurusan- pengupayaan-dan.html 3. Ariffin Bin Che Yahya (1997). KEPIMPINAN DAN PENGUPAYAAN “EMPOWERMENT” DALAM PENGURUSAN SEKOLAH. Dimuat turun pada 8 Februari 2012 http://etd.uum.edu.my/818/1/Ariffin_Che_Yahya.pdf 4. Mohammad Anuar Abd Rahman dan Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya (2000).PENGUPAYAAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN DI KALANGAN PENGURUS PERTENGAHAN DI SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR JOHOR BAHRU. Dimuat turun pada 8 Februari 2012 http://eprints.utm.my/2261/1/AziziYahaya_Pengupayaan_Dalam_Pengurusan_S ekolah.pdf 5. JAAFFAR BIN KHAMIS (2007). TAHAP PENGUPAYAAN TERHADAP GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUAR. Di muat turun pada 8 Februari 2012 http://eprints.utm.my/6589/1/JaaffarKhamisMFP.pdf