SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
PENDAHULUAN

Setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini adalah berpasang -
pasangan dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Kehidupan seseorang insan tidak akan
menjadi sempurna dengan bersendirian tanpa adanya pasangan hidup. Firman Allah dalam surah
Yasin, ayat 36 yang bermaksud:

“ Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada
dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak
mengetahuinya.”

Naluri manusia secara semulajadi berkehendakkan pasangan bagi mengatasi segala persoalan
hidup yang timbul. Ini kerana ada masanya manusia tidak dapat menghadapi persoalan hidup
bersendirian, dan pada ketika inilah ia memerlukan teman yang dapat memberikan gandingan
tenaga dan buah fikiran untuk memantapkan lagi kehidupan yang penuh pancaroba. Gandingan
seperti ini dapat diperolehi dengan cara menjalinkan ikatan perkahwinan.

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mengharapkan agar perkahwinan yang dibina akan
berkekalan dan dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pembentukan sebuah keluarga
yang bahagia perlu bermula dari satu proses pemilihan pasangan yang baik. Proses pemilihan
hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah. Ini penting dilakukan kerana
seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga itu akan berada disamping pasangannya di
bawah satu bumbung sehingga ke akhir hayat mereka. Memilih pasangan merupakan satu
perkara penting yang harus difikirkan oleh setiap individu terutamanya para remaja yang telah
mencukupi syarat-syarat untuk berkahwin. Bermula dari titik tolak inilah yang akan menentukan
nasib sesebuah rumahtangga. Kebahagiaan dan kejayaan sesebuah kehidupan adalah ditentukan
oleh pasangan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,
nescaya kamu berbahagia.”

Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab
sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang
beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya
menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat
menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya
datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah
fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w
bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah
mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha
agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.

Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina
bertahan hingga ke penghujung nyawa.
Faktor Pemilihan Lelaki Yang Baik
Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Antara ciri-
ciri lelaki yang menjadi tumpuan perempuan dalam pemilihan jodoh:

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

       Melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan kerana apabila seorang wanita
       rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini
       menjadi tempat bergantung hidup.

3. Pandai menjaga darjat diri

       Apabila bercakap, dikota dan diamalkan. Suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri
       ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga
       isteri yang baik, mengajak suami ke arah kebaikan dan sering mengingatkan kerana ada
       ketika suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.

       Sering bertolak-ansur dan mampu membantu isteri melakukan kerja rumah sekiranya
       isteri tiada kemampuan.

5. Percaya kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk.

       Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala
       amanah harta dan anak di rumah.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

       Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak
       mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.

       Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Faktor Pemilihan Perempuan Yang Baik
Isteri merupakan pasangan hidup dan teman perkongsian segala suka dan duka. Di antara ciri-ciri
utama yang dianjurkan dalam pemilihan jodoh ialah:

1. Yang beragama dan berakhlak mulia

       yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah agama Islam semata-mata tetapi
       memahami prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan
       yang mulia.

2.Bersifat pengasih dan penyayang

       sebaik-baik wanita ialah mereka yang pengasih dan penyayang, mampu memberikan
       kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah
       tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik. Begitu juga dengan suami, mereka
       perlu bersifat pengasih dan penyayang serta pandai mendidik isteri dan anak-anak
       bersesuaian dengan keadaan.

3. Boleh melahirkan zuriat

       tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat.
       Kehidupan tanpa anak-anak akan sunyi dan tidak bahagia.

4. Masih perawan

       yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan
       cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada
       keadaan tertentu.

5. Keturunan yang baik

       bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan
       yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia.
6. Tiada jurang perbezaan yang besar

       seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon
       suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan
       menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh
       kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya sekufu'(setaraf) antara calon suami dan
       isteri.

7. Bukan keluarga yang terdekat

       perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana
       ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan
       isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika
       dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik. Antara
       hikmah perkahwinan dengan keluarga yang jauh ialah antaranya dapat melahirkan zuriat
       yang sihat sama seperti benih pokok itu tadi.
Sekufu’ dalam Pemilihan Jodoh

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud
persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan
dalam Islam kepada pihak perempuan.” Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil
seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya, ia biasanya
tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. Berlainan pula, seandainya seorang
isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara.
Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.

Menurut ulama Fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga
didapati Mazhab Shafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir ( wali yang boleh memaksa
anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, contohnya ayah dan datuk) seorang perempuan
itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. Namun, wali mujbirnya masih berhak membubarkan
perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu, ia boleh
digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-duanya. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat
Aishah, Rasulullah SAW bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu bernikahlah dengan
orang yang sekufu. (Riwayat Al-Baihaqi).
KESIMPULAN

Lelaki dan perempuan perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana,
perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi
merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa,
kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi
dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dengan limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha
Mengetahui.” ( Surah An-Nur: ayat 32)
RUJUKAN



Ustaz Abd.Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997 Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1103

http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/6-pemilihan-jodoh.html

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8518.0

http://muslimah.or.id/akhlak-dan-nasehat/cinta-sejati-dalam-islam.html

More Related Content

What's hot

Kebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligamiKebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligami
abidinzaenal420
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
shahirah44
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Saufi Suhaimi
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Nurhawa Rosman
 

What's hot (20)

Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Kebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligamiKebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligami
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
p0ligami
p0ligamip0ligami
p0ligami
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
POLIGAMI
POLIGAMIPOLIGAMI
POLIGAMI
 
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamPelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
 

Viewers also liked

Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Arra Asri
 
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
Persigatra FC
 
Nikah
NikahNikah
Nikah
E wan
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Yulia Fauzi
 
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala BatasAdat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Nabila Halim
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
cba0004
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
Shahirah Zafirah
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Rahila Najihah
 

Viewers also liked (20)

Jodoh dalam Islam
Jodoh dalam IslamJodoh dalam Islam
Jodoh dalam Islam
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
Skpw 2163 kuliah 4 pemilihan pasangan, perkahwinan dan pembujangan (12 mac ...
Skpw 2163 kuliah 4   pemilihan pasangan, perkahwinan dan pembujangan (12 mac ...Skpw 2163 kuliah 4   pemilihan pasangan, perkahwinan dan pembujangan (12 mac ...
Skpw 2163 kuliah 4 pemilihan pasangan, perkahwinan dan pembujangan (12 mac ...
 
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Nikah
NikahNikah
Nikah
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
 
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy4. pemilihan jodoh dan perkawinan   copy
4. pemilihan jodoh dan perkawinan copy
 
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodohPembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
Pembentukan keluarga dan pemilihan jodoh
 
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala BatasAdat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
Adat merisik dan bertunang dalam kalangan masyarakat Melayu Kepala Batas
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
 
JODOH CINTA
JODOH CINTAJODOH CINTA
JODOH CINTA
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Jodoh dalam Pandangan Islam
Jodoh dalam Pandangan IslamJodoh dalam Pandangan Islam
Jodoh dalam Pandangan Islam
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
[MATERI KEPUTRIAN] Pacaran vs ta'aruf
[MATERI KEPUTRIAN] Pacaran vs ta'aruf[MATERI KEPUTRIAN] Pacaran vs ta'aruf
[MATERI KEPUTRIAN] Pacaran vs ta'aruf
 
Pernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islamPernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islam
 

Similar to faktor pemilihan jodoh

jodoh oh jodod
jodoh oh jododjodoh oh jodod
jodoh oh jodod
sha012
 
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinanFiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
budistaiattanwir
 
Cinta dan jodoh
Cinta dan jodohCinta dan jodoh
Cinta dan jodoh
rpengajian
 

Similar to faktor pemilihan jodoh (20)

jodoh oh jodod
jodoh oh jododjodoh oh jodod
jodoh oh jodod
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxKelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
 
HRK 111 Konsep Perkahwinan, Cinta dan Kafa'ah (Sekufu)
HRK 111  Konsep Perkahwinan, Cinta dan Kafa'ah (Sekufu)HRK 111  Konsep Perkahwinan, Cinta dan Kafa'ah (Sekufu)
HRK 111 Konsep Perkahwinan, Cinta dan Kafa'ah (Sekufu)
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
 
rumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxrumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptx
 
Makalah munakahat
Makalah munakahatMakalah munakahat
Makalah munakahat
 
PPT Pernikahan Fahmy.pptx
PPT Pernikahan Fahmy.pptxPPT Pernikahan Fahmy.pptx
PPT Pernikahan Fahmy.pptx
 
Pernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut IslamPernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut Islam
 
Pernikahan, dan isinya silahkan dibaca lebih dan evaluasi
Pernikahan, dan isinya silahkan dibaca lebih dan evaluasiPernikahan, dan isinya silahkan dibaca lebih dan evaluasi
Pernikahan, dan isinya silahkan dibaca lebih dan evaluasi
 
B12 Pelajaran 12 Perkahwinan.docx
B12 Pelajaran 12 Perkahwinan.docxB12 Pelajaran 12 Perkahwinan.docx
B12 Pelajaran 12 Perkahwinan.docx
 
Poligami
PoligamiPoligami
Poligami
 
Andi abdullah pernikahan
Andi abdullah pernikahanAndi abdullah pernikahan
Andi abdullah pernikahan
 
Unting
UntingUnting
Unting
 
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinanFiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
 
Cinta dan jodoh
Cinta dan jodohCinta dan jodoh
Cinta dan jodoh
 
Munakahat kelompok 7
Munakahat   kelompok 7Munakahat   kelompok 7
Munakahat kelompok 7
 
Makalah nikah beda agama
Makalah nikah beda agamaMakalah nikah beda agama
Makalah nikah beda agama
 
Fiqih III
Fiqih IIIFiqih III
Fiqih III
 
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptxMATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
 

Recently uploaded

Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 

Recently uploaded (20)

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

faktor pemilihan jodoh

  • 1. PENDAHULUAN Setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini adalah berpasang - pasangan dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Kehidupan seseorang insan tidak akan menjadi sempurna dengan bersendirian tanpa adanya pasangan hidup. Firman Allah dalam surah Yasin, ayat 36 yang bermaksud: “ Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Naluri manusia secara semulajadi berkehendakkan pasangan bagi mengatasi segala persoalan hidup yang timbul. Ini kerana ada masanya manusia tidak dapat menghadapi persoalan hidup bersendirian, dan pada ketika inilah ia memerlukan teman yang dapat memberikan gandingan tenaga dan buah fikiran untuk memantapkan lagi kehidupan yang penuh pancaroba. Gandingan seperti ini dapat diperolehi dengan cara menjalinkan ikatan perkahwinan. Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mengharapkan agar perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pembentukan sebuah keluarga yang bahagia perlu bermula dari satu proses pemilihan pasangan yang baik. Proses pemilihan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah. Ini penting dilakukan kerana seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga itu akan berada disamping pasangannya di bawah satu bumbung sehingga ke akhir hayat mereka. Memilih pasangan merupakan satu perkara penting yang harus difikirkan oleh setiap individu terutamanya para remaja yang telah mencukupi syarat-syarat untuk berkahwin. Bermula dari titik tolak inilah yang akan menentukan nasib sesebuah rumahtangga. Kebahagiaan dan kejayaan sesebuah kehidupan adalah ditentukan oleh pasangan yang baik dan begitulah sebaliknya.
  • 2. Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain. Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama. Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.
  • 3. Faktor Pemilihan Lelaki Yang Baik Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Antara ciri- ciri lelaki yang menjadi tumpuan perempuan dalam pemilihan jodoh: 1. Yang berkemampuan. 2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat bergantung hidup. 3. Pandai menjaga darjat diri Apabila bercakap, dikota dan diamalkan. Suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik, mengajak suami ke arah kebaikan dan sering mengingatkan kerana ada ketika suami ini terlalai. 4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Sering bertolak-ansur dan mampu membantu isteri melakukan kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. 5. Percaya kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. 6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. 7. Mudah memaafkan. 8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
  • 4. Faktor Pemilihan Perempuan Yang Baik Isteri merupakan pasangan hidup dan teman perkongsian segala suka dan duka. Di antara ciri-ciri utama yang dianjurkan dalam pemilihan jodoh ialah: 1. Yang beragama dan berakhlak mulia yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah agama Islam semata-mata tetapi memahami prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan yang mulia. 2.Bersifat pengasih dan penyayang sebaik-baik wanita ialah mereka yang pengasih dan penyayang, mampu memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik. Begitu juga dengan suami, mereka perlu bersifat pengasih dan penyayang serta pandai mendidik isteri dan anak-anak bersesuaian dengan keadaan. 3. Boleh melahirkan zuriat tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat. Kehidupan tanpa anak-anak akan sunyi dan tidak bahagia. 4. Masih perawan yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada keadaan tertentu. 5. Keturunan yang baik bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia.
  • 5. 6. Tiada jurang perbezaan yang besar seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya sekufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri. 7. Bukan keluarga yang terdekat perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik. Antara hikmah perkahwinan dengan keluarga yang jauh ialah antaranya dapat melahirkan zuriat yang sihat sama seperti benih pokok itu tadi.
  • 6. Sekufu’ dalam Pemilihan Jodoh "Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.” Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. Berlainan pula, seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga. Menurut ulama Fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Shafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir ( wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, contohnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. Namun, wali mujbirnya masih berhak membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu, ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-duanya. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aishah, Rasulullah SAW bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat Al-Baihaqi).
  • 7. KESIMPULAN Lelaki dan perempuan perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana, perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya. Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.” ( Surah An-Nur: ayat 32)
  • 8. RUJUKAN Ustaz Abd.Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997 Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1103 http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/6-pemilihan-jodoh.html http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8518.0 http://muslimah.or.id/akhlak-dan-nasehat/cinta-sejati-dalam-islam.html