SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Dari segi pelaksanaan di sekolah, secara umumnya terdapat beberapa pencapaian
positif. Antaranya ialah keyakinan dan kesungguhan guru dalam melaksanakan
perubahan. Dari segi profisiensi bahasa Inggeris, terdapat peningkatan di kalangan guru
dan murid. Guru-guru juga semakin mahir mengintegrasikan bahan ICT dalam
pengajaran termasuk bahan dari pelbagai sumber luar darjah. Namun begitu dapatan
pemantauan juga menunjukkan wujud beberapa kelemahan, pelbagai tahap
pelaksanaan, serta pencapaian dan kemajuan yang berbeza antara sekolah.
Beberapa kelemahan ini telah dijangkakan terutamanya dalam di peringkat awal
pelaksanaan. Seperti mana-mana perubahan atau reformasi, kemorosotan dari segi
pencapaian dan produktiviti akan berlaku semasa tempoh transisi. Bagaimanapun
tindakan perlu dibuat bagi membaki kelemahan serta mengelakkan fenomena ini
berlanjutan. Oleh itu, beberapa tindakan penambahbaikan dilaksanakan oleh KPM dan
JPN ke arah memantapkan pelaksanaan PPSMI di sekolah.
Dalam merangka strategi penambahbaikan ini, beberapa prinsip perlu diambil kira.
Pertama, pengurus dan pelaksana di setiap peringkat perlu mengenal pasti punca
utama kelemahan. Dengan ini tindakan yang khusus dapat dirancang untuk
menyelesaikan kelemahan tersebut. Kedua, perlu mengelakkan dari mengadakan
program baru bagi mengurangkan risiko pertambahan beban tugas dan pertindihan
program di sekolah. Sebaliknya usaha dibuat untuk memantapkan pelaksanaan program
yang sedia ada. Ketiga, guru dan murid perlu diberikan ruang untuk membiasakan
dengan perubahan, tetapi tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa bimbingan dan
sokongan. Bantuan perlu diberikan kepada guru dan murid apabila diperlukan. Keempat
ialah memberi tanggungjawab sepenuhnya (ownership) kepada sekolah dalam
menentukan pencapaian serta kemajuan sekolah masing-masing. Dengan ini sekolah
diberikan tanggungjawab
4
sepenuhnya untuk merancang serta mengambil tindakan sewajarnya. Kaedah ini boleh
memberi lebih impak kerana pihak sekolah lebih mengenali aspek yang perlu
dimantapkan serta dapat merancang dan melaksanakan tindakan yang lebih bersifat
spesifik..
Tugas melaksanakan pengajaran di bilik darjah sememangnya menjadi tanggungjawab
guru mata pelajaran. Guru juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan pengajaran
mereka untuk terus meningkatkan pencapaian murid. Namun begitu ia menjadi
tanggungjawab semua pihak khususnya Pengurus Sekolah untuk memastikan proses ini
berlaku dengan berkesan, serta pencapaian guru dan murid terus meningkat.
Oleh itu, Pengurus Sekolah selaku pemimpin instruksional perlu menjadikan
pembelajaran murid terutamanya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah sebagai fokus utama. Mereka perlu memastikan pelaksanaan setiap program
akademik di sekolah berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Dari segi pelaksanaan PPSMI, pengurus dan warga sekolah berdepan dengan suasana
kerja yang baru. Pengurus sekolah perlu memahami kehendak perubahan, merangka
strategi pelaksanaan berpandukan garis panduan yang diberikan, serta menggerakkan
guru dan pihak-pihak berkaitan dalam melaksanakan perubahan tersebut. Cabaran
pengurus ialah memastikan kelancaran serta keberkesanan dasar baru tersebut. Kertas
ini menghuraikan kelemahan, punca kelemahan serta cabaran yang dihadapi guru dan
murid di bilik darjah, seterusnya membincangkan tindakan penyelesaian serta peranan
Pengurus Sekolah dalam memantapkan pelaksanaan. Beberapa kompetensi dan
amalan yang relevan dengan PPSMI turut dicadangkan untuk rujukan pengurus dan
guru menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi.
5
2 CABARAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Dari segi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, wujud beberapa
bentuk kekangan yang dihadapi guru dan murid mengikut sekolah. Sebahagian daripada
kekangan ini telah dapat diatasi oleh sekolah. Secara umum, cabaran pelaksanaan
PPSMI selepas 5 tahun dilaksanakan boleh dirumuskan kepada 5 aspek. Lima aspek ini
juga boleh menjadi indikator tahap kemajuan pelaksanaan PPSMI, iaitu:

i. penggunaan serta profisiensi bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid

ii. keupayaan murid memahami pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris

iii. keberkesanan pengajaran khususnya di kelas-kelas prestasi rendah

iv. pencapaian murid sekolah di luar bandar

v. penggunaan ICT dan maklumat dalam bahasa Inggeris dari luar bilik darjah

2.1 Peningkatan penguasaan bahasa guru serta penggunaan bahasa Inggeris
     sepenuhnya di bilik darjah.

Penggunaan serta penguasaan bahasa Inggeris guru perlu terus ditingkatkan supaya
guru-guru dapat menyampai menggunakan bahasa yang betul, jelas dan berkesan.
Untuk itu guru-guru PPSMI telah diberikan Kursus Bahasa Inggeris (ETeMS) serta
beberapa bentuk bahan bahasa Inggeris dan program sokongan. Namun begitu,
pergantungan guru semata-mata kepada Kursus ETeMS yang diberikan secara one-off
boleh menjejaskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Inisiatif ini
perlu disokong melalui usaha guru secara kendiri terutamanya dengan membiasa
menggunakan bahasa Ingggeris.
Bagaimanapun, guru tidak harus dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan
penyeliaan dan penguatkuasaan. Peranan Pengurus Sekolah ialah memastikan guru
menggunakan
6
bahasa Inggeris dalam pengajaran, membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran
serta membanyakkan pendedahan kepada bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.
Di samping itu beberapa inisiatif yang digerakkan oleh Pengurus Sekolah boleh
membantu guru meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris.
Antaranya ialah:

􀂃kursus bahasa Inggeris secara on-site (dengan manafaatkan BISP)

􀂃sesi profesional meningkatkan kemahiran penyampaian,

􀂃membudaya penggunaan bahasa Inggeris di sekolah

􀂃mengamalkan team teaching

􀂃pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan

Untuk merancang serta melaksanaan mana-mana inisaitif tersebut, perbincangan perlu
dibuat di peringkat Jawatan Kuasa (JK) Kurikulum atau JK PPSMI sekolah yang
dipengerusikan oleh Pengetua atau Guru Besar. Walaupun tugas pelaksanaan dan
tindakan diagihkan kepada guru atau panitia mata pelajaran, peranan Pengurus Sekolah
yang seterusnya adalah lebih kritikal untuk memastikan pelan tindakan dilaksana
sepenuhnya dan dengan berkesan. Tindakan pengurus sekolah ialah:

􀂃menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran

􀂃meninjau perkembangan bahasa Inggeris guru,

􀂃menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian program

2.2 Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid

Penguasaan bahasa Inggeris murid perlu ditingkatkan untuk memudahkan mereka
mengikuti pelajaran Sains dan Matematik. Dua agenda yang sedia ada iaitu kelas mata
pelajaran bahasa Inggeris serta pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris boleh meningkatkan ’contact hours’ serta kemahiran bahasa Inggeris.
Penyeliaan dan
7
penilaian masih perlu dibuat ke atas kedua-duanya untuk memastikan program
dilaksanakan dengan mantap.
Bagaimanapun, sekolah tidak boleh menaruh harapan sepenuhnya kepada dua agenda
tersebut. Beberapa strategi boleh dilaksanakan untuk membantu peningkatan
penguasaan bahasa Inggeris murid, seperti:

􀂃amalan murid membiasa dan mengulangi sebutan perkataan bahasa Inggeris

􀂃amalan murid membina ayat ringkas dalam bahasa Inggeris

􀂃penekanan kepada membaca buku dan penggunaan bahan sokongan

􀂃melaksana program membudayakan penggunaan bahasa Inggeris

2.3 Memantapkan pengajaran serta amalan pedagogi guru

Rumusan daripada beberapa kajian dan pemantauan PPSMI menunjukkan bahawa
penekanan perlu diberikan oleh sekolah ke arah memantapkan amalan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kefasihan bahasa Inggeris guru dan murid tidak boleh
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya anggapan ini
boleh mengundang kelemahan yang berterusan. Ini kerana keupayaan murid
memahami serta menguasai kandungan pelajaran banyak bergantung kepada strategi
pengajaran guru di bilik darjah. Akibat amalanyang kurang berkesan, guru kerap
merasakan usaha serta kesungguhan mereka di bilik darjah tidak berbaloi. Sebaliknya,
guru mudah memberi alasan bahawa kecetekan kefahaman murid adalah berpunca
dari masalah bahasa, potensi dan sikap murid.
Antara kaedah yang menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran adalah
penggunaan chalk and talk amalan guru yang melibatkan hanya sebahagian murid
secara aktif dalam
8
pembelajaran dan kandungan pelajaran yang kurang relevan atau menarik. Dalam
pelaksanaan PPSMI, kelemahan-kelemahan yang berikut menjadi semakin ketara iaitu:

• bahasa dan teknik penyampaian yang digunakan guru dalam memberi arahan dan
   menyoal yang sukar difahami,

• amalan pengajaran satu hala,

Peranan pengurus sekolah ialah membuat penyeliaan di bilik darjah. Melalui
pencerapan yang berkualiti, akan dikesan beberapa aspek kelemahan dalam amalan
pengajaran di bilik darjah. Seterusnya mereka perlu memberi bimbingan kepada guru
secara telus. Pengurus Sekolah (mahupun pengurus yang bukan opsyen sains dan
matematik) perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan
keberkesanan pengajaran serta memberi bimbingan kepada guru.
Berdasarkan beberapa pemantauan pengajaran sains dan matematik di bilik darjah,
umumnya terdapat beberapa penambahbaikan amalan pengajaran yang perlu dibuat
oleh guru. Antaranya seperti berikut:

• menyediakan rancangan mengajar untuk mengajar dan bukan untuk memenuhi
   keperluan pentadbiran, serta mengamalkan kaedah yang telah dirancang

• mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

• menggunakan lebih banyak bahan dalam bentuk visual seperti gambar dan model,
   serta contoh-contoh yang boleh dilihat.

• mengulangi soalan, arahan atau jawapan serta memberi peluang murid menyebutnya

• berikan peluang untuk penglibatan setiap murid secara aktif

• amalan menggunakan bahasa Inggeris dengan murid

• mengamalkan masteri learning

• menggunakan bahan maujud (real) dan aktiviti

9
• kurangkan amalan murid menghafal fakta

• mengesan tahap kefahaman setiap orang murid semasa sesi pengajaran dan bukan
   selepas mengajar tajuk baru

Melalui penyeliaan dan pencerapan setiap orang guru, Pengurus Sekolah juga akan
dapat mengenal pasti program-program sokongan yang sewajarnya untuk dilaksanakan
di sekolah bagi memenuhi keperluan guru dan murid. Antaranya ialah:

􀂃melaksanakan kursus pedagogi,

􀂃kolaborasi pengajaran dan pembelajaran antara guru

􀂃guru menjalan penilaian kendiri

􀂃melaksanakan team teaching dan pencerapan rakan sekerja

􀂃menguatkuasakan penggunaan teaching courseware.

3. PERANAN PENGURUS SEKOLAH SELAKU PENGURUS KURIKULUM

PPSMI adalah salah satu perubahan dari pelbagai dasar atau program baru yang
perkenalkan oleh KPM. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menambah baik agenda-agenda yang sedia ada khususnya dalam aspek
membangunkan potensi murid. Pelaksanaan dasar baru ini juga membawa pengurus
dan sekolah berdepan dengan suasana kerja yang baru. Ia menjadi lebih sukar kerana
tiada model atau contoh yang boleh dilihat bagi mereka menjadi rujukan. Peranan setiap
sekolah ialah menggerakkan perubahan yang diarahkan tersebut, serta membuat
penilaian dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Keadaan ini menuntut pengurus
dan guru untuk menguasai kompetensi tertentu dan mengamalkan beberapa langkah
baru di sekolah termasuk untuk berhadapan dengan cabaran yang belum pernah
mereka alami. Bahagian ini memberi panduan tentang tindakan dalam menggerakkan
pelaksanaan serta penambahbaikan tersebut




OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini adalah untuk menilai status pelaksanaan PPSMI oleh guruguru
dan implikasinya ke atas pembelajaran dan pencapaian murid dalam
matapelajaran Sains dan Matematik. Manakala secara khususnya objektif kajian
bertujuan untuk:
i) Mengukur tahap kompetensi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris
ii) Menilai tahap keupayaan murid- murid dalam menguasai isi kandungan
matapelajaran Sains dan Matematik yang diajarkan kepada mereka.
iii) Menentukan kecekapan guru menggunakan teknologi komputer (TK) dalam
pengajaran Sains dan Matematik.
iv) Membentangkan dapatan kajian sebagai makluman balas kepada penggubal
dasar bagi mengambil tindakan dan membuat perancangan penambahbaikan
kedua-dua mata pelajaran ini.


Pelaksanaan PPSMI tidak mengambil kira pandangan dan dapatan
kajian ahli-ahli psikologi pendidikan dunia, UNESCO dan sarjanasarjana
tempatan yang berpendapat:
7.9.1. Kanak-kanak perlu menggunakan bahasa ibundanya atau bahasa
yang mereka fahami lebih dahulu dalam pendidikan sebelum
mereka bersedia menggunakan bahasa asing.
7.9.2. Perubahan bahasa pengantar dalam keadaan kanak-kanak belum
bersedia menguasai bahasa ibundanya akan memburukkan
prestasi pembelajaran mereka (UNESCO).
7.9.3. Tahap kefasihan bahasa pengantar seseorang pelajar mempengaruhi
pencapaian pelajar tersebut dalam mata pelajaran kritikal, seperti
Sains dan Matematik. Sains dan Matematik yang diajar di dalam
bahasa ibunda masing-masing akan menghasilkan prestasi yang lebih
cemerlang.
8.0 OBJEKTIF

More Related Content

What's hot

23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104
23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__010423 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104
23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104Om Jun
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makrojoe zulkefli
 
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam pai
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam paiKelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam pai
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam paiYenima27
 
Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving Afaf CyNofa
 
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)kimoralee
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiHera Apriyani
 
09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makroLailaBadriah
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi
 
Panduan Pelaksanaan Lesson Study
Panduan Pelaksanaan Lesson StudyPanduan Pelaksanaan Lesson Study
Panduan Pelaksanaan Lesson Studyhaikal
 
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010Mohamed Saddiq
 
Modul praktik yang baik di smp m ts
Modul praktik yang baik di smp m tsModul praktik yang baik di smp m ts
Modul praktik yang baik di smp m tsMuslih Kamal
 

What's hot (18)

23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104
23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__010423 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104
23 juknis-pembelajaran-tuntas-remedial-pengayaan --isi-revisi__0104
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam pai
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam paiKelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam pai
Kelompok 1 fungsi keterlibatab tik dalam pai
 
Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving
 
Jurnal Belajar
Jurnal BelajarJurnal Belajar
Jurnal Belajar
 
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
SKPM 2010: STANDARD 4 (PENCERAPAN GURU)
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesi
 
09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makro
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
Panduan Pelaksanaan Lesson Study
Panduan Pelaksanaan Lesson StudyPanduan Pelaksanaan Lesson Study
Panduan Pelaksanaan Lesson Study
 
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010
Mesyuarat MLU-HOD Sekolah Rendah 2010
 
Ptk nht 1
Ptk nht 1Ptk nht 1
Ptk nht 1
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Lk b1
Lk b1Lk b1
Lk b1
 
Modul praktik yang baik di smp m ts
Modul praktik yang baik di smp m tsModul praktik yang baik di smp m ts
Modul praktik yang baik di smp m ts
 

Viewers also liked

Fun at School (word cards)
Fun at School (word cards)Fun at School (word cards)
Fun at School (word cards)Cynthia James
 
Synonyms (vocabulary sheet)
Synonyms (vocabulary sheet)Synonyms (vocabulary sheet)
Synonyms (vocabulary sheet)Cynthia James
 
Fun at School (worksheets)
Fun at School (worksheets)Fun at School (worksheets)
Fun at School (worksheets)Cynthia James
 
Fun at School (big text)
Fun at School (big text)Fun at School (big text)
Fun at School (big text)Cynthia James
 
Synonyms (word cards)
Synonyms (word cards)Synonyms (word cards)
Synonyms (word cards)Cynthia James
 
Fun at school (I would choose...)
Fun at school (I would choose...)Fun at school (I would choose...)
Fun at school (I would choose...)Cynthia James
 
Parts of the body (pictures and word cards)
Parts of the body (pictures and word cards)Parts of the body (pictures and word cards)
Parts of the body (pictures and word cards)Cynthia James
 
Feelings (word cards)
Feelings (word cards)Feelings (word cards)
Feelings (word cards)Cynthia James
 
Feelings (Picture Cards)
Feelings (Picture Cards)Feelings (Picture Cards)
Feelings (Picture Cards)Cynthia James
 
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...Cynthia James
 
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)Cynthia James
 

Viewers also liked (12)

Fun at School (word cards)
Fun at School (word cards)Fun at School (word cards)
Fun at School (word cards)
 
Synonyms (vocabulary sheet)
Synonyms (vocabulary sheet)Synonyms (vocabulary sheet)
Synonyms (vocabulary sheet)
 
Fun at School (worksheets)
Fun at School (worksheets)Fun at School (worksheets)
Fun at School (worksheets)
 
Fun at School (big text)
Fun at School (big text)Fun at School (big text)
Fun at School (big text)
 
Synonyms (word cards)
Synonyms (word cards)Synonyms (word cards)
Synonyms (word cards)
 
Fun at school (I would choose...)
Fun at school (I would choose...)Fun at school (I would choose...)
Fun at school (I would choose...)
 
Parts of the body (pictures and word cards)
Parts of the body (pictures and word cards)Parts of the body (pictures and word cards)
Parts of the body (pictures and word cards)
 
Feelings (word cards)
Feelings (word cards)Feelings (word cards)
Feelings (word cards)
 
Feelings (Picture Cards)
Feelings (Picture Cards)Feelings (Picture Cards)
Feelings (Picture Cards)
 
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...
Reaching Beyond the Classroom: Creating Sustainable Learning Opportunities th...
 
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)
Year 6, Unit 2: Proud to be malaysians_describing malaysia (worksheets)
 
08 s4-pd pc
08 s4-pd pc08 s4-pd pc
08 s4-pd pc
 

Similar to Dari segi pelaksanaan di sekolah

BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdfBEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdfKusuma Windiarti
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdfLeniMarlina99
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Paulus Robert Tuerah
 
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)Mank Win
 
Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Ummu Faqeh
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011MAT ABE
 
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Elmi Hakiki
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfyaneirwantiningsih
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfyaneirwantiningsih
 
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptx
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptxSenarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptx
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptxMohd Eddy
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachLing Leh
 
G. BAB IV LAPORAN PPL
G. BAB IV LAPORAN PPLG. BAB IV LAPORAN PPL
G. BAB IV LAPORAN PPLGhian Velina
 
Refleksi PSP Februari 2023.pptx
Refleksi PSP Februari 2023.pptxRefleksi PSP Februari 2023.pptx
Refleksi PSP Februari 2023.pptxDiyahWinungKasih
 

Similar to Dari segi pelaksanaan di sekolah (20)

BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdfBEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices LENI.pdf
 
Laporan ppl ethy
Laporan ppl ethyLaporan ppl ethy
Laporan ppl ethy
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
 
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)
Final panduan ptk dbe 3 (hal. 1 26)
 
Jurnal pts
Jurnal ptsJurnal pts
Jurnal pts
 
Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011
 
LK 3.1 Best Practice .pdf
LK 3.1 Best Practice .pdfLK 3.1 Best Practice .pdf
LK 3.1 Best Practice .pdf
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptx
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptxSenarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptx
Senarai Semak Dokumen FUFT - ZURAIDI.pptx
 
Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
 
G. BAB IV LAPORAN PPL
G. BAB IV LAPORAN PPLG. BAB IV LAPORAN PPL
G. BAB IV LAPORAN PPL
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Refleksi PSP Februari 2023.pptx
Refleksi PSP Februari 2023.pptxRefleksi PSP Februari 2023.pptx
Refleksi PSP Februari 2023.pptx
 

More from Masturah Hj Ali

More from Masturah Hj Ali (6)

Introduction fisio
Introduction fisioIntroduction fisio
Introduction fisio
 
4) alatan paip
4) alatan paip4) alatan paip
4) alatan paip
 
Analisis persekitaran perniagaan k 4
Analisis persekitaran perniagaan k 4Analisis persekitaran perniagaan k 4
Analisis persekitaran perniagaan k 4
 
Ciri2
Ciri2Ciri2
Ciri2
 
Kenegaraan individu 100 word
Kenegaraan individu 100 wordKenegaraan individu 100 word
Kenegaraan individu 100 word
 
Kenegaraan individu 100 word
Kenegaraan individu 100 wordKenegaraan individu 100 word
Kenegaraan individu 100 word
 

Dari segi pelaksanaan di sekolah

  • 1. Dari segi pelaksanaan di sekolah, secara umumnya terdapat beberapa pencapaian positif. Antaranya ialah keyakinan dan kesungguhan guru dalam melaksanakan perubahan. Dari segi profisiensi bahasa Inggeris, terdapat peningkatan di kalangan guru dan murid. Guru-guru juga semakin mahir mengintegrasikan bahan ICT dalam pengajaran termasuk bahan dari pelbagai sumber luar darjah. Namun begitu dapatan pemantauan juga menunjukkan wujud beberapa kelemahan, pelbagai tahap pelaksanaan, serta pencapaian dan kemajuan yang berbeza antara sekolah. Beberapa kelemahan ini telah dijangkakan terutamanya dalam di peringkat awal pelaksanaan. Seperti mana-mana perubahan atau reformasi, kemorosotan dari segi pencapaian dan produktiviti akan berlaku semasa tempoh transisi. Bagaimanapun tindakan perlu dibuat bagi membaki kelemahan serta mengelakkan fenomena ini berlanjutan. Oleh itu, beberapa tindakan penambahbaikan dilaksanakan oleh KPM dan JPN ke arah memantapkan pelaksanaan PPSMI di sekolah. Dalam merangka strategi penambahbaikan ini, beberapa prinsip perlu diambil kira. Pertama, pengurus dan pelaksana di setiap peringkat perlu mengenal pasti punca utama kelemahan. Dengan ini tindakan yang khusus dapat dirancang untuk menyelesaikan kelemahan tersebut. Kedua, perlu mengelakkan dari mengadakan program baru bagi mengurangkan risiko pertambahan beban tugas dan pertindihan program di sekolah. Sebaliknya usaha dibuat untuk memantapkan pelaksanaan program yang sedia ada. Ketiga, guru dan murid perlu diberikan ruang untuk membiasakan dengan perubahan, tetapi tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa bimbingan dan sokongan. Bantuan perlu diberikan kepada guru dan murid apabila diperlukan. Keempat ialah memberi tanggungjawab sepenuhnya (ownership) kepada sekolah dalam menentukan pencapaian serta kemajuan sekolah masing-masing. Dengan ini sekolah diberikan tanggungjawab 4
  • 2. sepenuhnya untuk merancang serta mengambil tindakan sewajarnya. Kaedah ini boleh memberi lebih impak kerana pihak sekolah lebih mengenali aspek yang perlu dimantapkan serta dapat merancang dan melaksanakan tindakan yang lebih bersifat spesifik.. Tugas melaksanakan pengajaran di bilik darjah sememangnya menjadi tanggungjawab guru mata pelajaran. Guru juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan pengajaran mereka untuk terus meningkatkan pencapaian murid. Namun begitu ia menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya Pengurus Sekolah untuk memastikan proses ini berlaku dengan berkesan, serta pencapaian guru dan murid terus meningkat. Oleh itu, Pengurus Sekolah selaku pemimpin instruksional perlu menjadikan pembelajaran murid terutamanya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sebagai fokus utama. Mereka perlu memastikan pelaksanaan setiap program akademik di sekolah berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Dari segi pelaksanaan PPSMI, pengurus dan warga sekolah berdepan dengan suasana kerja yang baru. Pengurus sekolah perlu memahami kehendak perubahan, merangka strategi pelaksanaan berpandukan garis panduan yang diberikan, serta menggerakkan guru dan pihak-pihak berkaitan dalam melaksanakan perubahan tersebut. Cabaran pengurus ialah memastikan kelancaran serta keberkesanan dasar baru tersebut. Kertas ini menghuraikan kelemahan, punca kelemahan serta cabaran yang dihadapi guru dan murid di bilik darjah, seterusnya membincangkan tindakan penyelesaian serta peranan Pengurus Sekolah dalam memantapkan pelaksanaan. Beberapa kompetensi dan amalan yang relevan dengan PPSMI turut dicadangkan untuk rujukan pengurus dan guru menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi. 5
  • 3. 2 CABARAN DAN PENAMBAHBAIKAN Dari segi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, wujud beberapa bentuk kekangan yang dihadapi guru dan murid mengikut sekolah. Sebahagian daripada kekangan ini telah dapat diatasi oleh sekolah. Secara umum, cabaran pelaksanaan PPSMI selepas 5 tahun dilaksanakan boleh dirumuskan kepada 5 aspek. Lima aspek ini juga boleh menjadi indikator tahap kemajuan pelaksanaan PPSMI, iaitu: i. penggunaan serta profisiensi bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid ii. keupayaan murid memahami pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris iii. keberkesanan pengajaran khususnya di kelas-kelas prestasi rendah iv. pencapaian murid sekolah di luar bandar v. penggunaan ICT dan maklumat dalam bahasa Inggeris dari luar bilik darjah 2.1 Peningkatan penguasaan bahasa guru serta penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di bilik darjah. Penggunaan serta penguasaan bahasa Inggeris guru perlu terus ditingkatkan supaya guru-guru dapat menyampai menggunakan bahasa yang betul, jelas dan berkesan. Untuk itu guru-guru PPSMI telah diberikan Kursus Bahasa Inggeris (ETeMS) serta beberapa bentuk bahan bahasa Inggeris dan program sokongan. Namun begitu, pergantungan guru semata-mata kepada Kursus ETeMS yang diberikan secara one-off boleh menjejaskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Inisiatif ini perlu disokong melalui usaha guru secara kendiri terutamanya dengan membiasa menggunakan bahasa Ingggeris. Bagaimanapun, guru tidak harus dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan penyeliaan dan penguatkuasaan. Peranan Pengurus Sekolah ialah memastikan guru menggunakan 6
  • 4. bahasa Inggeris dalam pengajaran, membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran serta membanyakkan pendedahan kepada bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu beberapa inisiatif yang digerakkan oleh Pengurus Sekolah boleh membantu guru meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Antaranya ialah: 􀂃kursus bahasa Inggeris secara on-site (dengan manafaatkan BISP) 􀂃sesi profesional meningkatkan kemahiran penyampaian, 􀂃membudaya penggunaan bahasa Inggeris di sekolah 􀂃mengamalkan team teaching 􀂃pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan Untuk merancang serta melaksanaan mana-mana inisaitif tersebut, perbincangan perlu dibuat di peringkat Jawatan Kuasa (JK) Kurikulum atau JK PPSMI sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua atau Guru Besar. Walaupun tugas pelaksanaan dan tindakan diagihkan kepada guru atau panitia mata pelajaran, peranan Pengurus Sekolah yang seterusnya adalah lebih kritikal untuk memastikan pelan tindakan dilaksana sepenuhnya dan dengan berkesan. Tindakan pengurus sekolah ialah: 􀂃menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran 􀂃meninjau perkembangan bahasa Inggeris guru, 􀂃menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian program 2.2 Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid Penguasaan bahasa Inggeris murid perlu ditingkatkan untuk memudahkan mereka mengikuti pelajaran Sains dan Matematik. Dua agenda yang sedia ada iaitu kelas mata pelajaran bahasa Inggeris serta pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meningkatkan ’contact hours’ serta kemahiran bahasa Inggeris. Penyeliaan dan 7
  • 5. penilaian masih perlu dibuat ke atas kedua-duanya untuk memastikan program dilaksanakan dengan mantap. Bagaimanapun, sekolah tidak boleh menaruh harapan sepenuhnya kepada dua agenda tersebut. Beberapa strategi boleh dilaksanakan untuk membantu peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid, seperti: 􀂃amalan murid membiasa dan mengulangi sebutan perkataan bahasa Inggeris 􀂃amalan murid membina ayat ringkas dalam bahasa Inggeris 􀂃penekanan kepada membaca buku dan penggunaan bahan sokongan 􀂃melaksana program membudayakan penggunaan bahasa Inggeris 2.3 Memantapkan pengajaran serta amalan pedagogi guru Rumusan daripada beberapa kajian dan pemantauan PPSMI menunjukkan bahawa penekanan perlu diberikan oleh sekolah ke arah memantapkan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kefasihan bahasa Inggeris guru dan murid tidak boleh menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya anggapan ini boleh mengundang kelemahan yang berterusan. Ini kerana keupayaan murid memahami serta menguasai kandungan pelajaran banyak bergantung kepada strategi pengajaran guru di bilik darjah. Akibat amalanyang kurang berkesan, guru kerap merasakan usaha serta kesungguhan mereka di bilik darjah tidak berbaloi. Sebaliknya, guru mudah memberi alasan bahawa kecetekan kefahaman murid adalah berpunca dari masalah bahasa, potensi dan sikap murid. Antara kaedah yang menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaan chalk and talk amalan guru yang melibatkan hanya sebahagian murid secara aktif dalam 8
  • 6. pembelajaran dan kandungan pelajaran yang kurang relevan atau menarik. Dalam pelaksanaan PPSMI, kelemahan-kelemahan yang berikut menjadi semakin ketara iaitu: • bahasa dan teknik penyampaian yang digunakan guru dalam memberi arahan dan menyoal yang sukar difahami, • amalan pengajaran satu hala, Peranan pengurus sekolah ialah membuat penyeliaan di bilik darjah. Melalui pencerapan yang berkualiti, akan dikesan beberapa aspek kelemahan dalam amalan pengajaran di bilik darjah. Seterusnya mereka perlu memberi bimbingan kepada guru secara telus. Pengurus Sekolah (mahupun pengurus yang bukan opsyen sains dan matematik) perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan keberkesanan pengajaran serta memberi bimbingan kepada guru. Berdasarkan beberapa pemantauan pengajaran sains dan matematik di bilik darjah, umumnya terdapat beberapa penambahbaikan amalan pengajaran yang perlu dibuat oleh guru. Antaranya seperti berikut: • menyediakan rancangan mengajar untuk mengajar dan bukan untuk memenuhi keperluan pentadbiran, serta mengamalkan kaedah yang telah dirancang • mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran • menggunakan lebih banyak bahan dalam bentuk visual seperti gambar dan model, serta contoh-contoh yang boleh dilihat. • mengulangi soalan, arahan atau jawapan serta memberi peluang murid menyebutnya • berikan peluang untuk penglibatan setiap murid secara aktif • amalan menggunakan bahasa Inggeris dengan murid • mengamalkan masteri learning • menggunakan bahan maujud (real) dan aktiviti 9
  • 7. • kurangkan amalan murid menghafal fakta • mengesan tahap kefahaman setiap orang murid semasa sesi pengajaran dan bukan selepas mengajar tajuk baru Melalui penyeliaan dan pencerapan setiap orang guru, Pengurus Sekolah juga akan dapat mengenal pasti program-program sokongan yang sewajarnya untuk dilaksanakan di sekolah bagi memenuhi keperluan guru dan murid. Antaranya ialah: 􀂃melaksanakan kursus pedagogi, 􀂃kolaborasi pengajaran dan pembelajaran antara guru 􀂃guru menjalan penilaian kendiri 􀂃melaksanakan team teaching dan pencerapan rakan sekerja 􀂃menguatkuasakan penggunaan teaching courseware. 3. PERANAN PENGURUS SEKOLAH SELAKU PENGURUS KURIKULUM PPSMI adalah salah satu perubahan dari pelbagai dasar atau program baru yang perkenalkan oleh KPM. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa serta menambah baik agenda-agenda yang sedia ada khususnya dalam aspek membangunkan potensi murid. Pelaksanaan dasar baru ini juga membawa pengurus dan sekolah berdepan dengan suasana kerja yang baru. Ia menjadi lebih sukar kerana tiada model atau contoh yang boleh dilihat bagi mereka menjadi rujukan. Peranan setiap sekolah ialah menggerakkan perubahan yang diarahkan tersebut, serta membuat penilaian dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Keadaan ini menuntut pengurus dan guru untuk menguasai kompetensi tertentu dan mengamalkan beberapa langkah baru di sekolah termasuk untuk berhadapan dengan cabaran yang belum pernah mereka alami. Bahagian ini memberi panduan tentang tindakan dalam menggerakkan pelaksanaan serta penambahbaikan tersebut OBJEKTIF KAJIAN Secara amnya kajian ini adalah untuk menilai status pelaksanaan PPSMI oleh guruguru dan implikasinya ke atas pembelajaran dan pencapaian murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Manakala secara khususnya objektif kajian bertujuan untuk: i) Mengukur tahap kompetensi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ii) Menilai tahap keupayaan murid- murid dalam menguasai isi kandungan matapelajaran Sains dan Matematik yang diajarkan kepada mereka. iii) Menentukan kecekapan guru menggunakan teknologi komputer (TK) dalam
  • 8. pengajaran Sains dan Matematik. iv) Membentangkan dapatan kajian sebagai makluman balas kepada penggubal dasar bagi mengambil tindakan dan membuat perancangan penambahbaikan kedua-dua mata pelajaran ini. Pelaksanaan PPSMI tidak mengambil kira pandangan dan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan dunia, UNESCO dan sarjanasarjana tempatan yang berpendapat: 7.9.1. Kanak-kanak perlu menggunakan bahasa ibundanya atau bahasa yang mereka fahami lebih dahulu dalam pendidikan sebelum mereka bersedia menggunakan bahasa asing. 7.9.2. Perubahan bahasa pengantar dalam keadaan kanak-kanak belum bersedia menguasai bahasa ibundanya akan memburukkan prestasi pembelajaran mereka (UNESCO). 7.9.3. Tahap kefasihan bahasa pengantar seseorang pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar tersebut dalam mata pelajaran kritikal, seperti Sains dan Matematik. Sains dan Matematik yang diajar di dalam bahasa ibunda masing-masing akan menghasilkan prestasi yang lebih cemerlang. 8.0 OBJEKTIF