SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
1Murid 1Sukan
Ekoran ketidakupayaan skuad badminton Piala Thomas negara menyaingi
ketangkasan jagoan China baru-baru ini, pelbagai andaian, idea dan kritikan telah dilontarkan
oleh tokoh yang dianggap berwibawa. Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim (bekas
pelajar tingkatan 6 di St Michael's Institution) meletakkan akar umbi kelemahan daya juang
atlet Malaysia dengan sikap masyarakat yang terlalu mengutamakan perkara yang bukan-
bukan. Masyarakat Malaysia kini sangat lemah dan lembik, serta tidak mempunyai kekuatan
minda berbanding dengan pemain negara lain (Kosmo! Ahad: 23 Mei 2010, 63).Kementerian
Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi
serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan
pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk
Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami
masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan
persetujuan sekolah. Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan
pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik,
memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan
kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan
sepanjang tahun.
Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai
aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu
ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam
sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar
1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.
Apa itu dasar 1Murid 1Sukan?
i. Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah.
ii. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun.
Kenapa dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan?
i. Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan
faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
ii. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
iii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.
Apakah objektif dasar 1Murid 1Sukan ini?
i. Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni.
iii. Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
v. Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui
pendekatan berasaskan learning through play.
vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Apakah matlamat dasar 1Murid 1Sukan ini?
Matlamat dasar ini merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai,
menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka
bagi kegunaan sepanjang hayat.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1Murid
1Sukan ini?
i. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
ii. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak
sekolah.
iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.
iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah
sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas
desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
v. Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah
diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini.
vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
vii. Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah.
viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap
murid.
Siapakah yang harus terlibat di dalam pelaksanaan dasar 1Murid 1Sekolah ini?
i. Dasar ini adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan
Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid
Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan
sekolah.
ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis
Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan.
Kekuatan Dasar 1Murid 1Sukan
Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan
yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar
pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat
membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan
kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid
termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan
untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga
Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna
kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik
dapat dilahirkan melalui dasar ini.
Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan
murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas
kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani
seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan
dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat
Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun.
Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai
penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia
merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara
ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar
1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia
yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat
dipupuk melalui dasar ini.
Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk
memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana
kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 59 tahun
kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan
untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah
itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara
tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan
bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami
budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara
keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada
semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada
murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi
ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka
beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi
seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan
masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai
acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari
badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada
pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif
dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka.
Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan
kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.
Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan
melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang
tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang
bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak
langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-
murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan
Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun
murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan
kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal
insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.
Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan
murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri
semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin
ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk
dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah
kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana
golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri
mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak
menghidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di
Asia.
Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang
tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas
sepanjang masa.
Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara
keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada
semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada
murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi
“ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka
beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi
dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu
bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan
hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka.
Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui
laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk
bersukan.
Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu
sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan
dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah
satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka
disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan
sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk
menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita
seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan
seharusnya diteruskan.
Kelemahan Dasar 1Murid 1Sukan
Menyedari kepentingan sukan dan permainan yang menjadi minat dan kesukaan
pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah melaksanakan dasar
tersebut. Ia amat baik dalam usaha penggabungan nilai JERI yang cuba diterapkan secara
bersepadu dalam aktiviti ini. Perlu diakui bukan semua murid yang berminat itu adalah murid
berbakat dan berpotensi. Ada yang sekadar suka-suka dan langsung tidak serius kerana
menyedari kelemahan dan ketidakmampuan mereka. Keadaan ini boleh diumpamakan
dengan ungkapan, 'kita boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksa
kuda untuk minum air'.
Namun bagi merealisasikan dasar ini, sepanjang pengalaman saya mendapati banyak
program dan jadual sekolah terjejas. Dasar ini memberikan impak yang amat-amat
mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak
perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari
awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa
adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak
dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan
panjang bagi menghadapi acara berkenaan. Mengambil contoh beberapa kes di sekolah,
terdapat pelajar yang sudah bosan menjalani latihan rumah sukan, latihan merentas desa yang
berbulan-bulan. Ramai pelajar mula ponteng dan ada yang langsung tidak hadir semasa sukan
tahunan. Mereka memberikan alasan tidak berminat menyertai sukan kerana masa yang
panjang, panas, menjejaskan kulit dan sebagainya. Malah ada juga ibu bapa yang tidak
menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah
sukan.
Di kalangan pentadbir sekolah dan guru juga, ramai yang merungut dengan
perubahan ini. Program ini menjejaskan fokus utama guru-guru tertentu. Sebagai contoh
banyak sekolah melalui situasi sukar untuk memilih tarikh sukan tahunan dan acara merentas
desa kerana kepadatan aktiviti sekitar bulan Mei, Jun dan Julai. Malah boleh dibuktikan
bahawa terdapat sekolah yang mengajurkan aktiviti ini pada cuti peristiwa kerana kekangan
masa. Faktor cuaca iaitu musim hujan juga turut menjejaskan aktiviti dan ini juga perlu
diambil kira oleh KPM. Apa yang dikesalkan ialah banyak acara peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan seperti pertandingan kawad kaki, perkhemahan, forum dan pertandingan lain
berlangsung.
Cadangan Penambahbaikan
1. Ikuti kursus kejurulatihan sukan yang guru sendiri pilih. (atau sekolah tentukan)
2. Cari buku bacaan berkaitan bagaimana melatih murid/pemain sukan tersebut.
3. Dapatkan buku modul 1M1S yang disediakan kementerian .
4. Dapatkan buku digital modul 1M1S yang disediakan .
5. Carian internet dalam bentuk video. (Memang video tak boleh bawa ke padang, tetapi
sekurang-kurangnya melalui tontonan video memberi gambaran lebih jelas bagaimana nak
buat aktiviti latihan sukan tersebut dan lakukannya semula di padang.)
Rumusan
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak
membawa kebaikan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus
memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang
dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu,
pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar
segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Namun begitu, sokongan
daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-
angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan
biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.
Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kebaikan kepada murid-
murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid
sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan
dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan
Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan
akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambil lewa, bak kata pepatah, “sekadar
melepaskan batuk di tangga”. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. ‘’MAJULAH
SUKAN UNTUK NEGARA’’

More Related Content

What's hot

Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Jata Salih
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaJessyca Ungat
 
Peraturan am pertandingan
Peraturan am pertandinganPeraturan am pertandingan
Peraturan am pertandinganben683958sia
 
Kemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongKemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongsyuhada omar
 
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.ppt
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.pptPENGURUSAN BADAN UNIFORM.ppt
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.pptAmirulSyaqir2
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanAmin Upsi
 
Kemahiran akses sumber pembelajaran
Kemahiran akses sumber pembelajaranKemahiran akses sumber pembelajaran
Kemahiran akses sumber pembelajaranHishamuddin Jabar
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetuaYatimah Salleh
 
Kertas kerja hari sukan negara 2016
Kertas kerja hari sukan negara 2016Kertas kerja hari sukan negara 2016
Kertas kerja hari sukan negara 2016SHAMSINA AZIZ
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_daalangbariah bidin
 
Dskp kssm pjpk tingkatan 1
Dskp kssm pjpk tingkatan 1Dskp kssm pjpk tingkatan 1
Dskp kssm pjpk tingkatan 1alishah md daud
 

What's hot (20)

Koordinasi hormon didalam
Koordinasi hormon didalamKoordinasi hormon didalam
Koordinasi hormon didalam
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi
 
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
 
Acara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak SederhanaAcara Lari Jarak Sederhana
Acara Lari Jarak Sederhana
 
Inersia
Inersia Inersia
Inersia
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Peraturan am pertandingan
Peraturan am pertandinganPeraturan am pertandingan
Peraturan am pertandingan
 
Kemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongKemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pong
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.ppt
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.pptPENGURUSAN BADAN UNIFORM.ppt
PENGURUSAN BADAN UNIFORM.ppt
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
Kesan alkohol
Kesan alkoholKesan alkohol
Kesan alkohol
 
Kemahiran akses sumber pembelajaran
Kemahiran akses sumber pembelajaranKemahiran akses sumber pembelajaran
Kemahiran akses sumber pembelajaran
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
 
Kertas kerja hari sukan negara 2016
Kertas kerja hari sukan negara 2016Kertas kerja hari sukan negara 2016
Kertas kerja hari sukan negara 2016
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
 
Dskp kssm pjpk tingkatan 1
Dskp kssm pjpk tingkatan 1Dskp kssm pjpk tingkatan 1
Dskp kssm pjpk tingkatan 1
 

Similar to 1 murid 1sukan 2

Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanPelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanMat Ell Honda
 
2.1 DASAR SUKAN NEGARA
2.1 DASAR SUKAN NEGARA2.1 DASAR SUKAN NEGARA
2.1 DASAR SUKAN NEGARAkuangwei94
 
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukanBuku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukanlannz9588
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanBuku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanJimmy Siow
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 novemberElijah Loh Keng Soon
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukan
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukanSoalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukan
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukanizah123
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sBuku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sSekolah
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanSarasvathyV
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 SukanAdila Dila
 

Similar to 1 murid 1sukan 2 (20)

Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanPelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
 
2.1 DASAR SUKAN NEGARA
2.1 DASAR SUKAN NEGARA2.1 DASAR SUKAN NEGARA
2.1 DASAR SUKAN NEGARA
 
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukanBuku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukan
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanBuku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
Kem 1 murid 1 sukan
Kem 1 murid 1 sukanKem 1 murid 1 sukan
Kem 1 murid 1 sukan
 
Badmintonsm
BadmintonsmBadmintonsm
Badmintonsm
 
1m1s
1m1s1m1s
1m1s
 
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukan
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukanSoalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukan
Soalan lazim berkaitan 1 murid 1 sukan
 
Dasar1m1s
Dasar1m1sDasar1m1s
Dasar1m1s
 
1 m1s
1 m1s1 m1s
1 m1s
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sBuku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
 
Dasar1m1s
Dasar1m1sDasar1m1s
Dasar1m1s
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan
 

More from Komalam Mariappan

37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachersKomalam Mariappan
 
Perlintan pertemuan 7_top2013
Perlintan pertemuan 7_top2013Perlintan pertemuan 7_top2013
Perlintan pertemuan 7_top2013Komalam Mariappan
 

More from Komalam Mariappan (8)

Token tutur fasih
Token tutur fasihToken tutur fasih
Token tutur fasih
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori
 
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers
4.3.1 Tamil teaching power point for sjkt teachers
 
Perlintan pertemuan 7_top2013
Perlintan pertemuan 7_top2013Perlintan pertemuan 7_top2013
Perlintan pertemuan 7_top2013
 
Di indonesia
Di indonesiaDi indonesia
Di indonesia
 
Report num
Report numReport num
Report num
 

Recently uploaded

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (11)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

1 murid 1sukan 2

  • 1. 1Murid 1Sukan Ekoran ketidakupayaan skuad badminton Piala Thomas negara menyaingi ketangkasan jagoan China baru-baru ini, pelbagai andaian, idea dan kritikan telah dilontarkan oleh tokoh yang dianggap berwibawa. Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim (bekas pelajar tingkatan 6 di St Michael's Institution) meletakkan akar umbi kelemahan daya juang atlet Malaysia dengan sikap masyarakat yang terlalu mengutamakan perkara yang bukan- bukan. Masyarakat Malaysia kini sangat lemah dan lembik, serta tidak mempunyai kekuatan minda berbanding dengan pemain negara lain (Kosmo! Ahad: 23 Mei 2010, 63).Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.
  • 2. Apa itu dasar 1Murid 1Sukan? i. Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. ii. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Kenapa dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan? i. Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. ii. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. iii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Apakah objektif dasar 1Murid 1Sukan ini? i. Meningkatkan kecergasan jasmani. ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni. iii. Memupuk perpaduan di antara kaum. iv. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid. v. Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play. vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Apakah matlamat dasar 1Murid 1Sukan ini? Matlamat dasar ini merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat.
  • 3. Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan ini? i. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. ii. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah. iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. v. Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini. vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. vii. Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Siapakah yang harus terlibat di dalam pelaksanaan dasar 1Murid 1Sekolah ini? i. Dasar ini adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan.
  • 4. Kekuatan Dasar 1Murid 1Sukan Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini. Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini. Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
  • 5. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 59 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini. Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid- murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
  • 6. kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak menghidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.
  • 7. Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan. Kelemahan Dasar 1Murid 1Sukan Menyedari kepentingan sukan dan permainan yang menjadi minat dan kesukaan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah melaksanakan dasar tersebut. Ia amat baik dalam usaha penggabungan nilai JERI yang cuba diterapkan secara bersepadu dalam aktiviti ini. Perlu diakui bukan semua murid yang berminat itu adalah murid berbakat dan berpotensi. Ada yang sekadar suka-suka dan langsung tidak serius kerana menyedari kelemahan dan ketidakmampuan mereka. Keadaan ini boleh diumpamakan dengan ungkapan, 'kita boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda untuk minum air'. Namun bagi merealisasikan dasar ini, sepanjang pengalaman saya mendapati banyak program dan jadual sekolah terjejas. Dasar ini memberikan impak yang amat-amat mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari
  • 8. awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara berkenaan. Mengambil contoh beberapa kes di sekolah, terdapat pelajar yang sudah bosan menjalani latihan rumah sukan, latihan merentas desa yang berbulan-bulan. Ramai pelajar mula ponteng dan ada yang langsung tidak hadir semasa sukan tahunan. Mereka memberikan alasan tidak berminat menyertai sukan kerana masa yang panjang, panas, menjejaskan kulit dan sebagainya. Malah ada juga ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan. Di kalangan pentadbir sekolah dan guru juga, ramai yang merungut dengan perubahan ini. Program ini menjejaskan fokus utama guru-guru tertentu. Sebagai contoh banyak sekolah melalui situasi sukar untuk memilih tarikh sukan tahunan dan acara merentas desa kerana kepadatan aktiviti sekitar bulan Mei, Jun dan Julai. Malah boleh dibuktikan bahawa terdapat sekolah yang mengajurkan aktiviti ini pada cuti peristiwa kerana kekangan masa. Faktor cuaca iaitu musim hujan juga turut menjejaskan aktiviti dan ini juga perlu diambil kira oleh KPM. Apa yang dikesalkan ialah banyak acara peringkat daerah, negeri dan kebangsaan seperti pertandingan kawad kaki, perkhemahan, forum dan pertandingan lain berlangsung. Cadangan Penambahbaikan 1. Ikuti kursus kejurulatihan sukan yang guru sendiri pilih. (atau sekolah tentukan) 2. Cari buku bacaan berkaitan bagaimana melatih murid/pemain sukan tersebut. 3. Dapatkan buku modul 1M1S yang disediakan kementerian . 4. Dapatkan buku digital modul 1M1S yang disediakan . 5. Carian internet dalam bentuk video. (Memang video tak boleh bawa ke padang, tetapi sekurang-kurangnya melalui tontonan video memberi gambaran lebih jelas bagaimana nak buat aktiviti latihan sukan tersebut dan lakukannya semula di padang.) Rumusan
  • 9. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kebaikan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan- angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa. Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kebaikan kepada murid- murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambil lewa, bak kata pepatah, “sekadar melepaskan batuk di tangga”. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. ‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’