SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
Download to read offline
© Cetakan Pertama 2011
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan atau mencetak mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara
juga sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
keizinan bertulis daripada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia 		

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan
ISBN 978-983-3444-32-8
1.	
I.	

Sports administration -- Handbooks, manuals, etc.	 2. School sports -Handbooks, manuals, etc. 	 3. Athletics -- Handbooks, manuals, etc.
Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan

796.06

Diterbitkan oleh:
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 dan 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel : 03-8884 1002 Faks : 03-8884 1034
http://www.moe.gov.my/bsukan
KANDUNGAN								
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MUKA SURAT

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN
1.0	 PENGENALAN

1

2.0	 RASIONAL

2

3.0	 MATLAMAT

2

4.0	 KONSEP
	
5.0	 PRINSIP PELAKSANAAN

3

6.0	 OBJEKTIF

4

7.0	 TAFSIRAN OPERASIONAL

4

8.0	 PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH

5

	
8.1	
		
		
		
		
		
		

PENGURUSAN PELAKSANAAN
8.1.1	 PERANCANGAN
8.1.2	 PELAKSANAAN
8.1.3	 PEMANTAUAN
8.1.4	 PENILAIAN
8.1.5	 POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN
8.1.6	 LAPORAN / DOKUMENTASI

6
6
6
7
7
7
7

	

STRATEGI PELAKSANAAN

8

8.2	

3

9.0	 HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU 		
	
DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH

9

10.0	
	
	
	
	
	

KESELAMATAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH

12

10.1	
10.2	
10.3	
10.4	

12
12
13
14

OBJEKTIF
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN

11.0	 CADANGAN KAEDAH PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN
LAMPIRAN
	
	
LAMPIRAN 1:	
			
	
LAMPIRAN 2:	
	
LAMPIRAN 3:	
			
	
LAMPIRAN 4:	
			
PENGHARGAAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN 		
KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN
CONTOH-CONTOH JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN
TAHUN 2011
RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR 1M 1S 		
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

14

16
17
18
24
27
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan
perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga
merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya
saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi
memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan
dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara
di masa hadapan.

iv

Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan
negara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan kecenderungan
murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah
pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk
memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di
kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan
bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan
yang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif
untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pendidikan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buku
Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan
Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Semoga
buku dan modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan
kegiatan sukan di sekolah.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALA
YSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Sukan atas
kejayaan penerbitan Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan
Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan
Sekolah.
Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua sekolah
seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya merancang, mengurus
dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan berkesan.
Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan peranan dan
tanggungjawab untuk melahirkan modal insan, iaitu murid yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh
dan bersepadu. Generasi akan datang seharusnya mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan
negara berkekalan dan seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentu
kegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan amat penting.
Program sukan tersebut membolehkan murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan
dan kemahiran sepanjang hayat.
Semoga buku ini dapat dijadikan panduan terbaik ke arah pengurusan sukan yang berkualiti dan seterusnya
mampu melahirkan generasi yang mantap dari segi fizikal, di samping mempunyai disiplin yang tinggi,
bersikap positif dan mempunyai jati diri. Selain itu, diharap buku ini akan diguna pakai dan dibuat
penambahbaikan selaras dengan perubahan semasa untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.
Sekian, terima kasih.

DATO’ ABD. GHAFAR BIN MAHMUD

v
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN SUKAN

Salam sejahtera.
SATU MURID SATU SUKAN

vi

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kejayaan dalam menghasilkan
Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan
dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah.
Penghasilan buku ini menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan
penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan buku panduan ini adalah antara langkah awal
bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj.
Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Usaha mengoptimumkan
kecergasan murid melalui pembudayaan sukan di sekolah bertujuan untuk melahirkan generasi yang sihat,
cergas dan berdaya saing tinggi.
Penerbitan buku panduan ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan program
Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh pelbagai aspek
seperti penyertaan murid-murid, penyediaan prasarana serta perancangan program dalam pelbagai
peringkat. Justeru, buku panduan ini dapat dijadikan rujukan untuk menyelaraskan pelaksanaan program
1M 1S.
Penggemblengan pengurusan semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui
buku ini diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1M 1S demi mengembalikan
kegemilangan sukan sekolah seperti yang dihasratkan oleh semua pihak. Buku ini diharap dapat menjadi
panduan kepada sekolah untuk melaksanakan dasar 1M 1S dengan berkesan.
Sekian, terima kasih.

PN. EE HONG
1.0 PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid
yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,
bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
(SPTS).
	
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan
memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif
agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan
gaya hidup sihat dan aktif.
	
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring
dengan keperluan akademik.

1
2.0 RASIONAL
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan
semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala
kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan
galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata
pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.

2

Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan
dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi.

3.0 MATLAMAT
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan
yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk
budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
4.0 KONSEP
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari
Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah
berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar
1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
4.1 	
4.2	
4.3	

Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi;

5.0 PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
5.1	

5.2	
5.3	
5.4	
5.5	

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.
Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program
ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk
LAMPIRAN 1).
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan
emosi murid.

3
5.6	
5.7	
5.8	

Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif
setiap murid.
Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

6.0 OBJEKTIF
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

4

6.1	
6.2	
6.3	
6.4	
6.5	
6.6	
6.7	

Meningkatkan kecergasan jasmani;
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
Memupuk perpaduan di antara kaum;
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

7.0 TAFSIRAN OPERASIONAL
Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut:
“murid” ertinya seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tingkatan 6, yang kepadanya
pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
“murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal;
“sukan” ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan
yang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya adalah berdasarkan
peraturan-peraturan tertentu;
“guru penasihat sukan” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihak
sekolah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan;
“jurulatih sukan sekolah” ertinya mana-mana orang berpengalaman, minat dan memiliki sijil
kejurulatihan dalam sukan spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak sekolah atau pihak yang
berkaitan untuk melatih dan menyediakan pasukan sukan sekolah.

8.0	PELAKSANAAN DASAR 1M 1S 			
	
MELALUI PROGRAM SUKAN DI 		
	
SEKOLAH
Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk
kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1S
adalah seperti di LAMPIRAN 2. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
a)	
Program Sukan Umum - sepanjang tahun
	
♦	
Latihan Rumah Sukan*
		
➤	
Merentas desa
		
➤	
Sukan / permainan
		
➤	
Balapan dan padang
	
♦	
Pertandingan Merentas Desa*
	
♦	
Sukantara*
	
♦	
Kejohanan Balapan dan Padang
b)	
Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun
	
♦	
90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
	
♦	
60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
	
♦	
Latihan pelbagai permainan dan Modified Games
c)	
Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
	
♦	
Pertandingan antara rumah sukan
	
♦	
Pertandingan antara tingkatan / kelas
	
♦	
Pertandingan antara dorm di asrama
d)	
Pertandingan Lain
	
♦	
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
	
♦	
Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
	
♦	
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
	
♦	
Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e)	
Aktiviti Sukan Lain
*Wajib untuk setiap murid

5
8.1	
	

PENGURUSAN PELAKSANAAN
Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu:

8.1.1	

PERANCANGAN
Perancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum dengan
merujuk kepada mengenalpasti, merangka, membina, menyusun, menjadualkan serta
menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolah
seperti dalam Jadual I.

Jadual 1 : Fasa Perancangan

PERANCANGAN

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

FEB

AKTIVITI

JAN

BULAN
FASA

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan
Sekolah * untuk merancang pengurusan:
• Program Sukan Sekolah
• Penubuhan Rumah Sukan
• Penubuhan Kelab Sukan & Permainan

* Dilaksanakan pada tahun sebelumnya

8.1.2	

PELAKSANAAN
Pelaksanaan program sukan sekolah dibawah Dasar 1M 1S hendaklah dijalankan sepanjang
tahun seperti cadangan dalam Jadual 2. Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkan
untuk merancang pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan serta
kreativiti dan inovasi pihak sekolah.

Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan
DIS

NOV

OKT

OGOS

SEPT

JUL

JUN

MEI

• Pendaftaran Rumah Sukan
• Pendaftaran Murid di bawah Kelab
Sukan / Permainan
• Latihan & Pertandingan Rumah Sukan
• Aktiviti Kelolaan Kelab Sukan / Permainan
• Latihan Merentas Desa
• Pertandingan Merentas Desa (Sekolah
Menengah) & “School Run “ (Sekolah Rendah)
• Latihan Balapan & Padang
• Sukantara
• Kejohanan Balapan & Padang
• Pertandingan Peringkat Dalaman
(antara kelab / dorm / kelas)
• Aktiviti Sukan Lain
• Majlis Anugerah Sukan Sekolah
• Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Sukan Sekolah

APR

PELAKSANAAN

MAC

AKTIVITI

FEB

BULAN
FASA

JAN

6
8.1.3	

PEMANTAUAN
Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusan
sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan
serta keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspek
pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan serta
keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Proses
pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun.
Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa
untuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S.

Jadual 3 : Fasa Pemantauan
BULAN

8.1.4	

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

• Sepanjang Pelaksanaan Dasar 1M 1S

MAC

PEMANTAUAN

FEB

AKTIVITI

JAN

FASA

PENILAIAN
Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklumbalas secara langsung yang
menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi
peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan
kehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program
Sukan Sekolah. Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua
murid, tumpuan hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti
Kelab Sukan / Permainan. Penilaian aktiviti sukan akan dijalankan secara berperingkat
mulai 2012.

Jadual 4 : Fasa Penilaian

PENILAIAN

•

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

AKTIVITI

FEB

FASA

JAN

BULAN

Bagi Semua Aktiviti Sukan

8.1.5	

POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN
Penekanan yang perlu dititikberatkan secara berterusan ialah sukan yang dilaksanakan,
kaedah pelaksanaan, dan impak aktiviti yang dijalankan seperti yang tertera dalam Jadual
2 : Fasa Pelaksanaan.

8.1.6	

LAPORAN / DOKUMENTASI
Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan
Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi
bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan
susulan.

7
Jadual 5 : Fasa Laporan / Dokumentasi

LAPORAN /
DOKUMENTASI

DIS

NOV

OKT

SEPT

OGOS

JUL

JUN

MEI

APR

MAC

FEB

AKTIVITI

JAN

BULAN
FASA

• Post Mortem
Keseluruhan program sukan sekolah
• Laporan
Keseluruhan program sukan sekolah

8.2	

STRATEGI PELAKSANAAN
Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut
bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPI
Bilangan 1/1989).
Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategistrategi berikut:
i)	

8

ii)	
iii)	
iv)	
v)	
vi)	
vii)	
viii)	
ix)	
x)	
xi)	
xii)	

Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan
tertentu.
Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam
jenis sukan.
Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada
dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.
Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang
boleh dimanfaatkan oleh murid.
Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.
Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk
Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada
laman web KPM).
Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dan
di luar sekolah.
Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan
aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah
yang sesuai dan selamat.
Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian
berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.
Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan
program sukan sekolah.
Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan
yang dijalankan.
Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan
sekolah.
xiii)	
xiv)	
xv)	

Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah secara
jelas dan spesifik.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru.
Melakukan penambahbaikan berterusan.

9.0	HURAIAN CARTA CADANGAN 	
TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK 		
PENGURUSAN / GURU DALAM 		
PELAKSANAAN SUKAN DI 			
SEKOLAH
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB

BIDANG / TUGAS

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
SUKAN SEKOLAH
(Rujuk m.s. 10 -11)

Merancang Program / Aktiviti 1M 1S Dalam Takwim Sekolah
(Nov. - Dis. Tahun Sebelum)

•
•

•
•
•

GPK KOKURIKULUM
SU SUKAN / SU KOKURIKULUM
GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN /
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

•
•
•
•
•
•

•
•
•

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
SUKAN SEKOLAH
SU SUKAN / SU KOKURIKULUM
GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN /
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

•
•
•

Mesyuarat JK Pembangunan Sukan Sekolah
(Nov. - Dis. Tahun Sebelum)
Pengagihan Dan Pendaftaran Murid Rumah Sukan /
Kelab Sukan Dan Permainan (Jan.)
Menjalankan Latihan Rumah Sukan / Aktiviti Kelab
Sukan Dan Permainan (Jan. - Nov.)
Pelaksanaan Pertandingan Sukan Dan Permainan
Peringkat Dalaman (Jan. - Nov.)
Pelaksanaan Sukantara (Dicadangkan Pertengahan Mac
Atau Selepas Pertandingan Merentas Desa)
Pelaksanaan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat
Sekolah (Pada Atau Selepas Jun)
Kaji Semula Pelaksanaan KejohananBalapan Dan Padang
Laporan Pelaksanaan Dasar 1M 1S

Pelaksanaan Pertandingan Merentas Desa
(Dicadangkan Seawalnya Mac)
Pemantauan, Penilaian Dan Pelaporan Aktiviti Kelab
Sukan Dan Permainan (Jan. - Dis.)
Laporan Keseluruhan Pelaksanaan Dasar 1M 1S
Di Sekolah (Nov. - Dis.)

Semua SPI dan Surat Siaran yang tersenarai di LAMPIRAN 1 hendaklah dirujuk dan dipatuhi dalam
perancangan dan pelaksanaan program sukan sekolah.

9
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Penaung			
Penasihat		
Pengerusi		
Ahli Jawatankuasa	:	

:	
:	
:	

Pengarah Pelajaran Negeri
Pejabat Pelajaran Daerah
Guru Besar

1.	
	
2.	
	

Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan
Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

3.	
	

10

Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran

4.	
	

Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian
Pengerusi : Setiausaha Sukan Sekolah

5.	
	

Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme
Pengerusi : Ketua Panitia Bahasa

6.	
	

Jawatankuasa Kecil Kewangan
Pengerusi : PIBG

7.	
	

Jawatankuasa Kecil Teknikal
Pengerusi : PIBG
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Penaung			
Penasihat		
Pengerusi		
Ahli Jawatankuasa	:	

:	
:	
:	

Pengarah Pelajaran Negeri
Pejabat Pelajaran Daerah
Pengetua

1.	
	

Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.	
	

Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan
Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

3.	
	

Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran

4.	
	

Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian
Pengerusi : Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

5.	
	

Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme
Pengerusi : Ketua Bidang Bahasa

6.	
	

Jawatankuasa Kecil Kewangan
Pengerusi : PIBG

7.	
	

Jawatankuasa Kecil Teknikal
Pengerusi : PIBG

11
10.0	 KESELAMATAN MENJALANKAN 		
	
AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH
Keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan setiap kali program sukan dikendalikan oleh
pihak sekolah. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut;
10.1	 OBJEKTIF
10.1.1	 Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkahlangkah keselamatan setiap kali aktiviti sukan dijalankan di dalam dan di luar
sekolah.
10.1.2	 Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti sukan.
10.1.3	 Memastikan aktiviti sukan yang dirancang dengan mengambil kira panduan dan
arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran.
10.1.4	 Memastikan pelajar mematuhi garis panduan dalam penggunaan dan pengurusan
peralatan sukan.

12

10.2	 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM
10.2.1	 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan melalui tindakan seperti
berikut;
		
♦	 Poster
♦	 Perhimpunan mingguan
		
		
♦	 Ceramah
		
♦	 Bengkel
		
♦	 Tayangan video
		
♦	 Edaran dalaman
10.2.2	 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
10.2.3	 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden.
10.2.4	 Memaklumkan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan kepada ibu bapa dan
pihak berkenaan.
10.2.5	 Memanfaatkan sepenuhnya peranan Jawatankuasa Pemuafakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan pihak PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid
semasa menjalankan aktiviti sukan dan permainan.
10.2.6	 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti
sukan dan permainan.
10.3	 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN
10.3.1	 Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui
isi kandungannya.
10.3.2	 Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas
aktiviti sukan dijalankan.
10.3.3	 Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti
dijalankan.
10.3.4	 Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh
digunapakai.
10.3.5	 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan
kemas kini.
10.3.6	 Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan
perubatan, yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.
Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalam
aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
10.3.7	 Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui
murid.
10.3.8	 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untuk
dilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
10.3.9	 Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan
dan mengawasi murid sepanjang masa.
10.3.10	 Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.
10.3.11	 Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid
khususnya murid berkeperluan khas.
10.3.12	 Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan
dan maklum balas.
10.3.13	 Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktiviti
sukan dijalankan.

13
10.4	 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGITAN SUKAN
10.4.1	 Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan
seperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa
kepada guru penasihat sukan yang berkenaan.
10.4.2	 Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalani
aktiviti sukan.
10.4.3	 Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan
sewaktu menjalani aktiviti sukan.
10.4.4	 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan
guru.
10.4.5	 Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan atau
permainan.
10.4.6	 Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang
bertugas.
10.4.7	 Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang
bertugas.

14
11.0	 CADANGAN KAEDAH 			
PELAKSANAAN DASAR SATU
MURID SATU SUKAN
Dalam merangka strategi pelaksanaan Dasar 1M 1S, lima kategori sekolah telah dikenal pasti:
	
	
	
	
	

•	
•	
•	
•	
•	

Sekolah Satu Sesi
Sekolah Dua Sesi
Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan
Sekolah Ramai Murid
Sekolah Kurang Murid

Berdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk dilaksanakan
(rujuk Jadual 6). Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan atau mengubah
suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan sekolah. Sekolah juga
boleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai (Sila rujuk LAMPIRAN 3 untuk beberapa
contoh Pelaksanaan Dasar 1M 1S Tahun 2011 di sekolah).
Jadual 6 : Cadangan Kaedah Pelaksanaan Dasar 1M 1S
KATEGORI
BIL

KAEDAH PELAKSANAAN

1.

Digalakkan memilih jenis sukan yang tidak
memerlukan ruang yang luas.
Contoh: Modified games

5.

Merangka jadual program sukan
berdasarkan:
• Bilangan murid
• Bilangan guru
• Kemudahan dan prasarana sukan yang
sedia ada di sekolah dan persekitaran.
• Kerjasama dengan pihak luar

6.

Mewujudkan
permuafakatan
dan
pengkongsian pintar dengan Persatuan dan
Agensi Sukan.

7.

Dilaksanakan pada hari Sabtu bagi kumpulan
murid dan guru secara bergilir.

Sekolah
Ramai
Murid

Sekolah
Kurang
Murid

Berkongsi kemudahan sukan di luar sekolah
seperti padang sekolah lain, padang Majlis
Daerah, agensi swasta dan lain-lain.

4.

Sekolah
Kurang
Kemudahan
Asas Sukan

Dilaksanakan pada waktu pagi di luar jadual
waktu akademik dengan minimum 60 minit
untuk sekolah rendah dan 90 minit bagi
sekolah menengah.

3.

Sekolah Dua
Sesi

Dilaksanakan pada waktu petang di luar
jadual waktu akademik dengan minimum 60
minit untuk sekolah rendah dan 90 minit
bagi sekolah menengah.

2.

Sekolah
Satu Sesi

15
LAMPIRAN 1
SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN KOKURIKULUM,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BIL
SPI Bil.16/2010

1/12/2010

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)

SPI Bil.8/2009

17/11/2009

Langkah - Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Lawatan
Di Luar Waktu Persekolahan.

SPI Bil.4/2008

09/07/2008

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

SPI Bil.5/2007

06/06/2007

Garis Panduan Lawatan Murid

SPI Bil.3/2006

03/02/2006

Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia

SPI Bil.5/2002

01/08/2002

Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

SPI Bil.9/2000

30/03/2000

Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan
Sekolah

SPI Bil.12/2000

16

TARIKH

28/07/2000

Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan

SPI Bil.13/2000

03/08/2000

Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah - sekolah

SPI Bil.8/1999

10/06/1999

Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi & Balik Sekolah

SPI Bil.25/1998

18/11/1998

Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

SPI Bil.1/1995

06/04/1995

Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam & Di Luar Kawasan Sekolah

SPI Bil.8/1995

11/10/1995

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau
Badan Induk Sukan

SPI Bil.4/1992

10/02/1992

Panduan Penubuhan & Pengurusan Persatuan Silat Sekolah

SPI Bil.1/1989

03/01/1989

Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di sekolah

SPI Bil.2/1988

13/01/1988

Pendidikan Jasmani (Pindaan)

SPI Bil.7/1988

10/03/1988

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
Atau Badan Induk Sukan

SPI Bil.10/1988

10/03/1988

Senaman Beramai - Ramai

SPI Bil.3/1979

02/05/1979

Pendidikan Jasmani

Surat Siaran
KP/KPPM 15(49)

26/7/2010

Kebenaran Khas Kepada Guru-guru & Murid - Murid yang melaksanakan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) memakai Pakaian Rasmi sukan
Sepanjang Hari Berkenaan

Surat Siaran
KP.BSSK.30202/03/002(17)

14/1/2010

Jadual Pelaksanaan Sukan & Permainan Sekolah Sepanjang Tahun

Surat Siaran
KP.BSSK.302 02/03/002(13)

27/8/2009

Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Peringkat Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan Sekolah

TAJUK
LAMPIRAN 2
CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN
Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti
berikut:1.	
2.	
3.	
4.	
5.	
6.	
7.	
8.	
9.	
10.	
11.	
12.	
13.	
14.	
15.	
16.	
17.	
18.	
19.	
20.	
21.	
22.	

Balapan dan Padang (Olahraga)
Big Walk
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Keranjang
Badminton
Bola Tampar
Besbol
Boling Padang
Boling 10-Pin
Ekuestrian
Futsal
Golf
Gimnastik Artistik
Gimrama
Hoki
Kriket
Kriket Kancil
Karate
Lumba Basikal
Merentas Desa / Road-Run
Marathon

23.	
24.	
25.	
26.	
27.	
28.	
29.	
30.	
31.	
32.	
33.	
34.	
35.	
36.	
37.	
38.	
39.	
40.	
41.	
42.	
	

Memanah
Menembak
Ping Pong
Polo Air
Polo Kuda
Pentanque
Ragbi
Ragbi Sentuh
Renang
Skuasy
Sepak Takraw
Sofbol
Silat
Tenis
Taekwondo
Tinju
Terjun
Wushu
Wood Ball
Sukan lain yang sesuai & 			
Modified Games

17
LAMPIRAN 3
CONTOH 1:
JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011
SK SERI SATU, KUALA LUMPUR
BILANGAN MURID	
: 500 ORANG (TAHUN 4,5 & 6)
BILANGAN GURU TERLIBAT	 : 24 ORANG
Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan: Minggu 1 dan minggu 3 setiap bulan
HARI

MASA

Isnin

2.00-4.00 ptg

KELAB SUKAN / PERMAINAN
1. Bola Sepak

2. Bola Jaring

18

Selasa

2.00-4.00 ptg

2.00-4.00 ptg

2.00-4.00 ptg

125 orang

1. Hoki

2. Olahraga

Khamis

125 orang

1. Badminton

2. Sepak Takraw

Rabu

BIL MURID

125 orang

1. Bola Baling

2. Bola Tampar

125 orang

GURU YANG TERLIBAT
1. KA
2. NA
3. SN
1. S
2.MA
3. AZ
1. NM
2. SM
3. NL
1. YU
2. NS
3. KD
1. SA
2. NL
3. NF
1. NH
2. SH
3. NB
1. KS
2. SR
3. HW
1. NJ
2. AR
3. MF
SK SERI SATU, KUALA LUMPUR
TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN
HARI	 :	
ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS
MASA	 :	
2.00 – 4.00 PETANG
BULAN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober

M1
2
1,2,3
4,5,6,7
2,3,4,5
Cuti
Pertengahan
Tahun
4,5,6,7
1,2,3,4
5,6,7,8
3,4,5,6

MINGGU DAN TARIKH
M2
M3
14,15,16,17
7,8,9,10
7,8,9,10
Cuti
Pertengahan
Penggal
11,12,13,14 18,19,20,21
9,10,11,12 16,17,18,19
13,14,15,16 20,21,22,23
11,12,13,14
8,9,10,11
12,13,14,15
10,11,12,13

18,19,20,21
15,16,18
19,20,21,22
17,18,19,20

M4
21,22,23,24
21,22,23,24

JUMLAH HARI KEHADIRAN
BAGI SEORANG MURID
4
3

25,26,27,28
23,24,25,26
27,28,29,30
-

4
4
3

25,26,27,28
22,23,24,25
26,27,28,29
24,25,27

4
4
4
4

CONTOH 2:
JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011	
SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAK
BILANGAN MURID		
: 120 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6)
BILANGAN GURU TERLIBAT	 : 13 ORANG
HARI

MASA

Isnin

2.00-3.00 ptg

KELAB SUKAN / PERMAINAN
1. Bola Sepak
2. Bola Jaring

Selasa

2.00-3.00 ptg

1. Hoki
2. Bola Tampar

Rabu

2.00-4.00 ptg

Hari Kokurikulum &
1. Olahraga

Khamis

2.00-3.00 ptg

1. Hoki
2. Bola Tampar

Jumaat

2.00-3.00 ptg

1. Bola Sepak
2. Bola Jaring

BIL MURID / TAHUN
60 orang /
Tahun 3 & 4
60 orang /
Tahun 3 & 4
120 orang /
Tahun 3, 4, 5 & 6
60 orang /
Tahun 5 & 6
60 orang /
Tahun 5 & 6

GURU YANG TERLIBAT
1. SK
1. TH (K)
2. VN
1. PS
1. MN
1. JY (K)
1. PS
1. MN
1. SK
1. TN (K)
2. VN

19
SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAK
TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN
HARI	 :	
ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAAT
MASA	 :	
2.00 – 4.00 PETANG
BULAN
Januari
Februari

M1
2

Mac

28-3

April
Mei

4-8
2-6
Cuti
Pertengahan
Tahun
4-8
1-5
5-9
3-7

Jun

20

Julai
Ogos
September
Oktober

MINGGU DAN TARIKH
M2
M3
7-11
14-18
Cuti
Pertengahan
7-11
Penggal
11-15
18-22
9-13
16-20

M4
21-25

JUMLAH HARI KEHADIRAN
BAGI SEORANG MURID
4

21-30

3

25-29
23-27

4
4

13-17

20-24

27-30

3

11-15
8-12
12-15
10-14

18-22
15-19
19-23
17-21

25-29
22-26
26-30
24-28

4
4
4
4

CONTOH 3:	
JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011	
SMK SERI TIGA, JOHOR BHARU
BILANGAN MURID		
: 1032 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6)
BILANGAN GURU TERLIBAT	 : 75 ORANG
HARI
Isnin

PERMAINAN

TEMPAT
Padang Sekolah

Olahraga

Padang Sekolah

Sepak Takraw

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Bola Tampar

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Bola Baling

Selasa

Hoki

Padang Sekolah

Rabu

Badan Beruniform /
Kelab Dan Persatuan

Khamis

Bola Sepak

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Bola Jaring

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Ping Pong

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Badminton

Kompleks Sukan Majlis Daerah

Jumaat

MASA PELAKSANAAN DAN
PELAJAR YANG TERLIBAT

Pelajar Sesi Pagi :
Tingkatan 3,4 dan 5
2.00 ptg – 3.30 ptg
Pelajar Sesi Petang :
Tingkatan Peralihan, 1 dan 2
10.30 pagi – 12.00 tgh
SMK SERI TIGA
TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN
HARI	 :	
ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAAT
MASA	 :	
PAGI		
: 10.30 – 12.00 PG
		
PETANG		
: 2.00 – 3.30 PTG	
BULAN
Januari
Februari

M1
2

Mac

28-3

April
Mei

4-8
2-6
Cuti
Pertengahan
Tahun
4-8
1-5
5-9
3-7

Jun
Julai
Ogos
September
Oktober

MINGGU DAN TARIKH
M2
M3
7-11
14-18
Cuti
Pertengahan
7-11
Penggal
11-15
18-22
9-13
16-20

M4
21-25

JUMLAH HARI KEHADIRAN
BAGI SEORANG MURID
4

21-30

3

25-29
23-27

4
4

13-17

20-24

27-30

3

11-15
8-12
12-15
10-14

18-22
15-19
19-23
17-21

25-29
22-26
26-30
24-28

4
4
4
4

21
CONTOH 4:
JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011
	
SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANG
BILANGAN MURID Sesi pagi		
: 600 ORANG (Tingkatan 3,4,5 & 6)
BILANGAN MURID Sesi petang	
: 300 ORANG (Peralihan, Tingkatan 1 & 2)
BILANGAN GURU TERLIBAT		
: 83 ORANG
HARI

MASA

Selasa

* 9.00-10.30 pagi

SUKAN/PERMAINAN
1. Bola Sepak

**2.00-3.30 ptg
9.00-10.30 pagi

22

2. Ping Pong

3. Bola Keranjang

9.00-10.30 pagi
	

4. Bola Tampar

5. Hoki (indoor)

33 orang

85 orang
6. Sepak Takraw

2.00-3.30 ptg
9.00-10.30 pagi
	

34 orang

86 orang

2.00-3.30 ptg
9.00-10.30 pagi
	

34 orang
86 orang

2.00-3.30 ptg
Khamis

33 orang
85 orang

2.00-3.30 ptg
9.00-10.30 pagi
	

34 orang

86 orang

2.00-3.30 ptg
9.00-10.30 pagi

BIL MURID

33 orang
86 orang

7. Badminton

2.00-3.30 ptg

33 orang
86 orang

GURU YANG TERLIBAT
1. FO
2. AH
3. FJ
4. SLL
5. SS
1. OHL
2. NBT
3. LCH
4. AJ
1. GYL
2. EWT
3. ESP
4. TYS
1. KN
2. NA
3. UZH
4. WH
5. NB
1. RGS
2. RMG
3. PLR
4. NA
5. MA
1. MRS
2. NS
3. MFMS
4. AI
1. LA
2. RM
3. AD
4. DMF

9.00-10.30 pagi

8. Bola Baling

33 orang

1. RI
2. MKG
3. NSH

9.00-10.30 pagi

9. Bola Jaring
(perempuan)

33 orang

1. WMWD
2. FAU

* Untuk murid sesi petang
* * Untuk murid sesi pagi
SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANG
TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN
HARI	 :	
SELASA DAN KHAMIS
MASA	 :	
PAGI	 : 9.00 – 10.30 PG
		
PETANG 	 : 2.00 – 3.30 PTG
BULAN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober

M1
1&3
1&3
5&7
3&5
5&7
2&4
6&8
4&6

MINGGU DAN TARIKH
M2
M3
8 & 10
15 & 17
8 & 10
22 & 24
12 & 14
19 & 21
10 & 12
17 &19
21 & 23
28 & 30
12 &14
19 & 21
16 & 18
23 & 25
13 & 15
20 & 22
11 &13
-

M4
22 & 24
29 & 31
26 & 28
24 & 26
26 & 28
27 & 29
-

JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGI
SEORANG MURID
4
4
4
4
2
4
3
4
2

23
SSN

!!!!!

MSN /ISN

SSM

LAIN-LAIN
AGENSI

TERAS 2

TERAS 1

TERAS 3

Memperkasakan
Sistem
Pentadbiran

TERAS 4

TERAS 5

Membangunkan
Membudayakan
Prasarana dan
Penyelidikan Untuk
Pembangunan Sukan Peralatan Sukan
Sekolah

5 TERAS PERANCANGAN STRATEGIK BAHAGIAN SUKAN KPM

Memantapkan
Pembangunan
Sumber Manusia

7

PLD

MOM

Sukan Untuk Kecemerlangan

Ke arah Pembinaan Modal Insan
Yang Sihat, Cergas dan Berdaya Saing Tinggi

Sukan Untuk Semua

PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN
(Kemahiran Asas Sukan dan Permainan)

SEGAK / SUKAN TARA / SUKAN SEKOLAH /
MSSD / MSSN / MSSM / KEJOHANAN ANTARABANGSA

SEKOLAH

PERSATUAN
SUKAN
KEBANGSAAN

*TD
**TID

Membudayakan
Sukan di
Sekolah

Pertandingan
/ Penilaian

4

Sukan Prestasi
Tinggi

Jalinan Kerjasama
Dengan Pelbagai
Agensi dan
Persatuan Sukan 5

2

6

SUKAN
DI SEKOLAH
(1M1S)

ASAS

*TD – Talent Detection
**TID – Talent Identification and Development

8

M
U
R
I
D

J
A
S
M
A
N
I

1

< 6 Tahun

(National Glory)

Kecemerlangan
Sukan

3

C
E
R
G
A
S

&

S
I
H
A
T

Y
A
N
G

R
E
M
A
J
A

9

C
E
R
G
A
S

&

S
I
H
A
T

M
A
S
Y
A
R
A
K
A
T

LAMPIRAN 4

BAHAGIAN SUKAN (November, 2010)

Sukan & Gaya
Hidup Aktif
Sepanjang Hayat

< 20 Tahun

RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN KPM
RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR 1M 1S KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DAN PERLUASAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M1S)

24
HURAIAN RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR SATU
MURID SATU SUKAN (1M 1S)
1.	

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengutarakan bahawa untuk melahirkan
murid yang seimbang, perkembangan aspek jasmani adalah sama penting dari segi
perkembangan dalam aspek emosi, rohani dan intelek. Fokus model konseptual ini adalah
berteraskan pembangunan jasmani murid.

2.	

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui Dasar 1 Murid
1 Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid dapat melibatkan
diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepada
murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan
yang berasaskan learning through play. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada sukan
di sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk
Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh
mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui
program pengenalpastian bakat murid-Talent detection dan Talent Identification and
Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan modal insan
yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.	

3.	

Hasil Sukan untuk Semua akan dapat dicerminkan melalui pembudayaan sukan dan
aktiviti fizikal seumur hidup dalam kalangan masyarakat. Manakala Sukan untuk
Kecemerlangan akan berfokus kepada melahirkan jaguh sukan ke arah menaikkan imej
negara melalui kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi pencapaian sukan di
pelbagai peringkat persada dunia.

4.	

Atlet-atlet yang menyerlah dalam program sukan di sekolah boleh diletakkan di Pusat
Latihan Daerah (PLD) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN). Pada dasarnya mereka yang
cemerlang di sekolah harian atau PLD ataupun SSN boleh seterusnya ditempatkan di
Sekolah Sukan Malaysia dibawah pengawasan Jurulatih yang bertaraf dunia. Di Sekolah
Sukan Malaysia, atlet murid akan didedahkan kepada latihan yang lebih berstruktur,
sistematik dan saintifik bagi melahirkan atlet yang dapat meningkatkan prestasi
pencapaian ke aras yang lebih tinggi.

5.	

Kejayaan sukan melalui satu sistem amat bergantung kepada pembangunan sukan secara
holistik dengan kerjasama pelbagai pihak. Pelantar pembangunan sukan pada dasarnya
adalah sistem sekolah di Malaysia. Hampir setiap murid akan melalui sistem pendidikan
kebangsaan yang merupakan catchment area bagi mengenalpasti bakat murid atlet.

25
Namun begitu sistem pendidikan kebangsaan sahaja tidak mampu untuk melahirkan
atlet murid, jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti, Majlis Olimpik Malaysia,
Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri
serta Badan-Badan Kerajaan dan bukan kerajaan yang lain adalah amat penting.
6.	

26

Asas kepada kemajuan sukan bermula dari penguasaan kemahiran asas sukan
dan permainan melalui proses pengajaran dan pembelajaran semasa pelaksanaan
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
yang berkualiti akan menjamin standard pembelajaran kemahiran yang terpuji oleh murid
sekolah. Adalah menjadi hasrat agar apa yang dipelajari di sekolah semasa matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh dipindahkan ke dalam kegiataan sukan
dan permainan di peringkat Kelab dan Rumah Sukan. Kualiti matapelajaran PJK pada
peringkat paling asas dianggap baik sekiranya guru adalah terlatih dalam PJK, peralatan
sukan adalah mencukupi untuk mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran
serta terdapat kemudahan minima yang lengkap dan kurikulum yang relevan dengan
perkembangan masa.

7.	

Alat ukur bagi pencapaian dalam sukan / permainan / kecergasan boleh ditentukan
melalui pertandingan-pertandingan sukan dan bateri ujian di pelbagai peringkat. Alat
ukur ini juga memainkan peranan sebagai saringan satu peringkat ke peringkat yang
lebih tinggi. Murid sekolah yang terpilih akan bertanding dalam sukan di peringkat
MSSD, MSSN, MSSM dan kejohanan antarabangsa.

8.	

Bagi menyokong kejayaan perluasan Satu Murid Satu Sukan, Bahagian Sukan akan
menggunakan 5 Teras utama di bawah Perancangan Strategik Bahagian Sukan 20112015 iaitu;
8.1	
Membudayakan sukan di sekolah yang memberi fokus kepada sukan untuk
semua murid dan sukan untuk kecemerlangan.
8.2	
Pembangunan sumber manusia yang memberi fokus kepada pembangunan
profesionalisme berterusan di kalangan guru.
8.3	
Memperkasakan sistem pentadbiran yang memberi fokus kepada sistem
tadbir urus.
8.4	
Meningkatkan penyelidikan pembangunan sukan yang memberi fokus
kepada penyelidikan kepada pembangunan sukan.
8.5	
Membangunkan prasarana, kemudahan dan peralatan sukan yang
memberi fokus kepada peralatan asas sukan sekolah, prasarana, kemudahan
dan peralatan sukan, pengurusan dan penyelenggaraan.
9.	

Matlamat jangka panjang dalam perluasan Satu Murid Satu Sukan adalah untuk
melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat,
cergas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat strategik
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas
dan bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif.

PENGHARGAAN
Penghasilan Buku Panduan
Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan
ini telah melibatkan pelbagai pihak.
Bahagian Sukan ingin merakamkan penghargaan dan
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu dalam memberikan sumbangan,
mahupun secara langsung ataupun tidak langsung dalam
penerbitan buku ini untuk kegunaan dan panduan pihak sekolah.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan
kepada semua yang terlibat.

27
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukan
Buku panduan satu murid satu sukan

More Related Content

What's hot

189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 novemberElijah Loh Keng Soon
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran danikhwanecdc
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaJessyca Ungat
 
1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaranIsa Jali
 
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final NazrulPBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final Nazrulnazrulraz
 
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanPelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanMat Ell Honda
 

What's hot (7)

189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
Sekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysiaSekolah sukan malaysia
Sekolah sukan malaysia
 
1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran
 
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final NazrulPBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
 
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukanPelaksanaan dasar satu murid satu sukan
Pelaksanaan dasar satu murid satu sukan
 

Similar to Buku panduan satu murid satu sukan

BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfg41140822
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sBuku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sSekolah
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanSarasvathyV
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 SukanAdila Dila
 
Badminton sm
Badminton smBadminton sm
Badminton smhusliha
 
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...Adila Dila
 
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah Menengah
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah MenengahModul Latihan Sukan Badminton Sekolah Menengah
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah MenengahChon Seong Hoo
 
asas pemainan badminton.pdf
asas pemainan badminton.pdfasas pemainan badminton.pdf
asas pemainan badminton.pdfmatiinong
 
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbaguna
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbagunaKertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbaguna
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbagunasoulmoon
 

Similar to Buku panduan satu murid satu sukan (20)

BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
BUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdfBUKU PANDUAN 1MURID 1SUKAN.pdf
 
Dasar1m1s
Dasar1m1sDasar1m1s
Dasar1m1s
 
1 m1s
1 m1s1 m1s
1 m1s
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1sBuku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
Buku panduan pelaksanaan dasar 1m1s
 
Dasar1m1s
Dasar1m1sDasar1m1s
Dasar1m1s
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
 
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 SukanBuku Panduan 1 Murid 1 Sukan
Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan
 
Badmintonsm
BadmintonsmBadmintonsm
Badmintonsm
 
Badminton sm
Badminton smBadminton sm
Badminton sm
 
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Sukan Badminton...
 
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah Menengah
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah MenengahModul Latihan Sukan Badminton Sekolah Menengah
Modul Latihan Sukan Badminton Sekolah Menengah
 
asas pemainan badminton.pdf
asas pemainan badminton.pdfasas pemainan badminton.pdf
asas pemainan badminton.pdf
 
Sofbol
SofbolSofbol
Sofbol
 
Pekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1sPekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1s
 
Pekeliling 1 m1s
Pekeliling 1 m1sPekeliling 1 m1s
Pekeliling 1 m1s
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbaguna
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbagunaKertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbaguna
Kertas kerja pembinaan pagar gelanggang serbaguna
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Buku panduan satu murid satu sukan

  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4. © Cetakan Pertama 2011 Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan atau mencetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara juga sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan ISBN 978-983-3444-32-8 1. I. Sports administration -- Handbooks, manuals, etc. 2. School sports -Handbooks, manuals, etc. 3. Athletics -- Handbooks, manuals, etc. Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan 796.06 Diterbitkan oleh: Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 dan 7, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel : 03-8884 1002 Faks : 03-8884 1034 http://www.moe.gov.my/bsukan
  • 5. KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MUKA SURAT KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 RASIONAL 2 3.0 MATLAMAT 2 4.0 KONSEP 5.0 PRINSIP PELAKSANAAN 3 6.0 OBJEKTIF 4 7.0 TAFSIRAN OPERASIONAL 4 8.0 PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH 5 8.1 PENGURUSAN PELAKSANAAN 8.1.1 PERANCANGAN 8.1.2 PELAKSANAAN 8.1.3 PEMANTAUAN 8.1.4 PENILAIAN 8.1.5 POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN 8.1.6 LAPORAN / DOKUMENTASI 6 6 6 7 7 7 7 STRATEGI PELAKSANAAN 8 8.2 3 9.0 HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH 9 10.0 KESELAMATAN DALAM MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH 12 10.1 10.2 10.3 10.4 12 12 13 14 OBJEKTIF PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN 11.0 CADANGAN KAEDAH PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN LAMPIRAN LAMPIRAN 1: LAMPIRAN 2: LAMPIRAN 3: LAMPIRAN 4: PENGHARGAAN SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN CONTOH-CONTOH JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR 1M 1S KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 14 16 17 18 24 27
  • 6. KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. iv Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan negara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pendidikan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Semoga buku dan modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah. “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA” TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
  • 7. KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALA YSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Sukan atas kejayaan penerbitan Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua sekolah seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan berkesan. Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan, iaitu murid yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu. Generasi akan datang seharusnya mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan dan seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentu kegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan amat penting. Program sukan tersebut membolehkan murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan terbaik ke arah pengurusan sukan yang berkualiti dan seterusnya mampu melahirkan generasi yang mantap dari segi fizikal, di samping mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap positif dan mempunyai jati diri. Selain itu, diharap buku ini akan diguna pakai dan dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan semasa untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. Sekian, terima kasih. DATO’ ABD. GHAFAR BIN MAHMUD v
  • 8. KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN Salam sejahtera. SATU MURID SATU SUKAN vi Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kejayaan dalam menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah dan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Penghasilan buku ini menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan buku panduan ini adalah antara langkah awal bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Usaha mengoptimumkan kecergasan murid melalui pembudayaan sukan di sekolah bertujuan untuk melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Penerbitan buku panduan ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan program Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh pelbagai aspek seperti penyertaan murid-murid, penyediaan prasarana serta perancangan program dalam pelbagai peringkat. Justeru, buku panduan ini dapat dijadikan rujukan untuk menyelaraskan pelaksanaan program 1M 1S. Penggemblengan pengurusan semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui buku ini diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1M 1S demi mengembalikan kegemilangan sukan sekolah seperti yang dihasratkan oleh semua pihak. Buku ini diharap dapat menjadi panduan kepada sekolah untuk melaksanakan dasar 1M 1S dengan berkesan. Sekian, terima kasih. PN. EE HONG
  • 9. 1.0 PENGENALAN Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 1
  • 10. 2.0 RASIONAL Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. 2 Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. 3.0 MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
  • 11. 4.0 KONSEP Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar; 4.1 4.2 4.3 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi; 5.0 PRINSIP PELAKSANAAN Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut: 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk LAMPIRAN 1). Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. 3
  • 12. 5.6 5.7 5.8 Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan. 6.0 OBJEKTIF Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut: 4 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 Meningkatkan kecergasan jasmani; Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; Memupuk perpaduan di antara kaum; Membentuk budaya sukan di kalangan murid; Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal; Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 7.0 TAFSIRAN OPERASIONAL Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut: “murid” ertinya seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga ke Tingkatan 6, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan; “murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal; “sukan” ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya adalah berdasarkan peraturan-peraturan tertentu;
  • 13. “guru penasihat sukan” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan dan permainan; “jurulatih sukan sekolah” ertinya mana-mana orang berpengalaman, minat dan memiliki sijil kejurulatihan dalam sukan spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak sekolah atau pihak yang berkaitan untuk melatih dan menyediakan pasukan sukan sekolah. 8.0 PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1S adalah seperti di LAMPIRAN 2. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut: a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun ♦ Latihan Rumah Sukan* ➤ Merentas desa ➤ Sukan / permainan ➤ Balapan dan padang ♦ Pertandingan Merentas Desa* ♦ Sukantara* ♦ Kejohanan Balapan dan Padang b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun ♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah ♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah ♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun ♦ Pertandingan antara rumah sukan ♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas ♦ Pertandingan antara dorm di asrama d) Pertandingan Lain ♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) ♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) ♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa e) Aktiviti Sukan Lain *Wajib untuk setiap murid 5
  • 14. 8.1 PENGURUSAN PELAKSANAAN Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu: 8.1.1 PERANCANGAN Perancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum dengan merujuk kepada mengenalpasti, merangka, membina, menyusun, menjadualkan serta menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolah seperti dalam Jadual I. Jadual 1 : Fasa Perancangan PERANCANGAN DIS NOV OKT SEPT OGOS JUL JUN MEI APR MAC FEB AKTIVITI JAN BULAN FASA Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah * untuk merancang pengurusan: • Program Sukan Sekolah • Penubuhan Rumah Sukan • Penubuhan Kelab Sukan & Permainan * Dilaksanakan pada tahun sebelumnya 8.1.2 PELAKSANAAN Pelaksanaan program sukan sekolah dibawah Dasar 1M 1S hendaklah dijalankan sepanjang tahun seperti cadangan dalam Jadual 2. Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkan untuk merancang pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan serta kreativiti dan inovasi pihak sekolah. Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan DIS NOV OKT OGOS SEPT JUL JUN MEI • Pendaftaran Rumah Sukan • Pendaftaran Murid di bawah Kelab Sukan / Permainan • Latihan & Pertandingan Rumah Sukan • Aktiviti Kelolaan Kelab Sukan / Permainan • Latihan Merentas Desa • Pertandingan Merentas Desa (Sekolah Menengah) & “School Run “ (Sekolah Rendah) • Latihan Balapan & Padang • Sukantara • Kejohanan Balapan & Padang • Pertandingan Peringkat Dalaman (antara kelab / dorm / kelas) • Aktiviti Sukan Lain • Majlis Anugerah Sukan Sekolah • Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah APR PELAKSANAAN MAC AKTIVITI FEB BULAN FASA JAN 6
  • 15. 8.1.3 PEMANTAUAN Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusan sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspek pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan serta keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Proses pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun. Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S. Jadual 3 : Fasa Pemantauan BULAN 8.1.4 DIS NOV OKT SEPT OGOS JUL JUN MEI APR • Sepanjang Pelaksanaan Dasar 1M 1S MAC PEMANTAUAN FEB AKTIVITI JAN FASA PENILAIAN Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan kehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program Sukan Sekolah. Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua murid, tumpuan hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan / Permainan. Penilaian aktiviti sukan akan dijalankan secara berperingkat mulai 2012. Jadual 4 : Fasa Penilaian PENILAIAN • DIS NOV OKT SEPT OGOS JUL JUN MEI APR MAC AKTIVITI FEB FASA JAN BULAN Bagi Semua Aktiviti Sukan 8.1.5 POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN Penekanan yang perlu dititikberatkan secara berterusan ialah sukan yang dilaksanakan, kaedah pelaksanaan, dan impak aktiviti yang dijalankan seperti yang tertera dalam Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan. 8.1.6 LAPORAN / DOKUMENTASI Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan susulan. 7
  • 16. Jadual 5 : Fasa Laporan / Dokumentasi LAPORAN / DOKUMENTASI DIS NOV OKT SEPT OGOS JUL JUN MEI APR MAC FEB AKTIVITI JAN BULAN FASA • Post Mortem Keseluruhan program sukan sekolah • Laporan Keseluruhan program sukan sekolah 8.2 STRATEGI PELAKSANAAN Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPI Bilangan 1/1989). Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategistrategi berikut: i) 8 ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan. Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan. Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid. Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah. Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM). Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah. Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan selamat. Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah. Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah. Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang dijalankan. Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan sekolah.
  • 17. xiii) xiv) xv) Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah secara jelas dan spesifik. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru. Melakukan penambahbaikan berterusan. 9.0 HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB BIDANG / TUGAS JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH (Rujuk m.s. 10 -11) Merancang Program / Aktiviti 1M 1S Dalam Takwim Sekolah (Nov. - Dis. Tahun Sebelum) • • • • • GPK KOKURIKULUM SU SUKAN / SU KOKURIKULUM GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN / KELAB SUKAN DAN PERMAINAN • • • • • • • • • JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH SU SUKAN / SU KOKURIKULUM GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN / KELAB SUKAN DAN PERMAINAN • • • Mesyuarat JK Pembangunan Sukan Sekolah (Nov. - Dis. Tahun Sebelum) Pengagihan Dan Pendaftaran Murid Rumah Sukan / Kelab Sukan Dan Permainan (Jan.) Menjalankan Latihan Rumah Sukan / Aktiviti Kelab Sukan Dan Permainan (Jan. - Nov.) Pelaksanaan Pertandingan Sukan Dan Permainan Peringkat Dalaman (Jan. - Nov.) Pelaksanaan Sukantara (Dicadangkan Pertengahan Mac Atau Selepas Pertandingan Merentas Desa) Pelaksanaan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah (Pada Atau Selepas Jun) Kaji Semula Pelaksanaan KejohananBalapan Dan Padang Laporan Pelaksanaan Dasar 1M 1S Pelaksanaan Pertandingan Merentas Desa (Dicadangkan Seawalnya Mac) Pemantauan, Penilaian Dan Pelaporan Aktiviti Kelab Sukan Dan Permainan (Jan. - Dis.) Laporan Keseluruhan Pelaksanaan Dasar 1M 1S Di Sekolah (Nov. - Dis.) Semua SPI dan Surat Siaran yang tersenarai di LAMPIRAN 1 hendaklah dirujuk dan dipatuhi dalam perancangan dan pelaksanaan program sukan sekolah. 9
  • 18. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH Penaung Penasihat Pengerusi Ahli Jawatankuasa : : : : Pengarah Pelajaran Negeri Pejabat Pelajaran Daerah Guru Besar 1. 2. Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum 3. 10 Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran 4. Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : Setiausaha Sukan Sekolah 5. Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi : Ketua Panitia Bahasa 6. Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : PIBG 7. Jawatankuasa Kecil Teknikal Pengerusi : PIBG
  • 19. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Penaung Penasihat Pengerusi Ahli Jawatankuasa : : : : Pengarah Pelajaran Negeri Pejabat Pelajaran Daerah Pengetua 1. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2. Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum 3. Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran 4. Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : Ketua Bidang Teknik dan Vokasional 5. Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi : Ketua Bidang Bahasa 6. Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : PIBG 7. Jawatankuasa Kecil Teknikal Pengerusi : PIBG 11
  • 20. 10.0 KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH Keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan setiap kali program sukan dikendalikan oleh pihak sekolah. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut; 10.1 OBJEKTIF 10.1.1 Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkahlangkah keselamatan setiap kali aktiviti sukan dijalankan di dalam dan di luar sekolah. 10.1.2 Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti sukan. 10.1.3 Memastikan aktiviti sukan yang dirancang dengan mengambil kira panduan dan arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran. 10.1.4 Memastikan pelajar mematuhi garis panduan dalam penggunaan dan pengurusan peralatan sukan. 12 10.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM 10.2.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan melalui tindakan seperti berikut; ♦ Poster ♦ Perhimpunan mingguan ♦ Ceramah ♦ Bengkel ♦ Tayangan video ♦ Edaran dalaman 10.2.2 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. 10.2.3 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden. 10.2.4 Memaklumkan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan. 10.2.5 Memanfaatkan sepenuhnya peranan Jawatankuasa Pemuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan pihak PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan dan permainan. 10.2.6 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
  • 21. 10.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN 10.3.1 Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui isi kandungannya. 10.3.2 Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan. 10.3.3 Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. 10.3.4 Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai. 10.3.5 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini. 10.3.6 Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan, yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan. Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan. 10.3.7 Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui murid. 10.3.8 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untuk dilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan. 10.3.9 Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa. 10.3.10 Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan. 10.3.11 Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid khususnya murid berkeperluan khas. 10.3.12 Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan maklum balas. 10.3.13 Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktiviti sukan dijalankan. 13
  • 22. 10.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGITAN SUKAN 10.4.1 Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan seperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru penasihat sukan yang berkenaan. 10.4.2 Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalani aktiviti sukan. 10.4.3 Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti sukan. 10.4.4 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan guru. 10.4.5 Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan atau permainan. 10.4.6 Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang bertugas. 10.4.7 Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang bertugas. 14 11.0 CADANGAN KAEDAH PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN Dalam merangka strategi pelaksanaan Dasar 1M 1S, lima kategori sekolah telah dikenal pasti: • • • • • Sekolah Satu Sesi Sekolah Dua Sesi Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan Sekolah Ramai Murid Sekolah Kurang Murid Berdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk dilaksanakan (rujuk Jadual 6). Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai (Sila rujuk LAMPIRAN 3 untuk beberapa contoh Pelaksanaan Dasar 1M 1S Tahun 2011 di sekolah).
  • 23. Jadual 6 : Cadangan Kaedah Pelaksanaan Dasar 1M 1S KATEGORI BIL KAEDAH PELAKSANAAN 1. Digalakkan memilih jenis sukan yang tidak memerlukan ruang yang luas. Contoh: Modified games 5. Merangka jadual program sukan berdasarkan: • Bilangan murid • Bilangan guru • Kemudahan dan prasarana sukan yang sedia ada di sekolah dan persekitaran. • Kerjasama dengan pihak luar 6. Mewujudkan permuafakatan dan pengkongsian pintar dengan Persatuan dan Agensi Sukan. 7. Dilaksanakan pada hari Sabtu bagi kumpulan murid dan guru secara bergilir. Sekolah Ramai Murid Sekolah Kurang Murid Berkongsi kemudahan sukan di luar sekolah seperti padang sekolah lain, padang Majlis Daerah, agensi swasta dan lain-lain. 4. Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan Dilaksanakan pada waktu pagi di luar jadual waktu akademik dengan minimum 60 minit untuk sekolah rendah dan 90 minit bagi sekolah menengah. 3. Sekolah Dua Sesi Dilaksanakan pada waktu petang di luar jadual waktu akademik dengan minimum 60 minit untuk sekolah rendah dan 90 minit bagi sekolah menengah. 2. Sekolah Satu Sesi 15
  • 24. LAMPIRAN 1 SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) DAN SURAT SIARAN BERKAITAN SUKAN DAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL SPI Bil.16/2010 1/12/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) SPI Bil.8/2009 17/11/2009 Langkah - Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan. SPI Bil.4/2008 09/07/2008 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) SPI Bil.5/2007 06/06/2007 Garis Panduan Lawatan Murid SPI Bil.3/2006 03/02/2006 Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia SPI Bil.5/2002 01/08/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan SPI Bil.9/2000 30/03/2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah SPI Bil.12/2000 16 TARIKH 28/07/2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan SPI Bil.13/2000 03/08/2000 Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah - sekolah SPI Bil.8/1999 10/06/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi & Balik Sekolah SPI Bil.25/1998 18/11/1998 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan SPI Bil.1/1995 06/04/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam & Di Luar Kawasan Sekolah SPI Bil.8/1995 11/10/1995 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan SPI Bil.4/1992 10/02/1992 Panduan Penubuhan & Pengurusan Persatuan Silat Sekolah SPI Bil.1/1989 03/01/1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di sekolah SPI Bil.2/1988 13/01/1988 Pendidikan Jasmani (Pindaan) SPI Bil.7/1988 10/03/1988 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan SPI Bil.10/1988 10/03/1988 Senaman Beramai - Ramai SPI Bil.3/1979 02/05/1979 Pendidikan Jasmani Surat Siaran KP/KPPM 15(49) 26/7/2010 Kebenaran Khas Kepada Guru-guru & Murid - Murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) memakai Pakaian Rasmi sukan Sepanjang Hari Berkenaan Surat Siaran KP.BSSK.30202/03/002(17) 14/1/2010 Jadual Pelaksanaan Sukan & Permainan Sekolah Sepanjang Tahun Surat Siaran KP.BSSK.302 02/03/002(13) 27/8/2009 Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Peringkat Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah TAJUK
  • 25. LAMPIRAN 2 CADANGAN JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. Balapan dan Padang (Olahraga) Big Walk Bola Sepak Bola Jaring Bola Keranjang Badminton Bola Tampar Besbol Boling Padang Boling 10-Pin Ekuestrian Futsal Golf Gimnastik Artistik Gimrama Hoki Kriket Kriket Kancil Karate Lumba Basikal Merentas Desa / Road-Run Marathon 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. Memanah Menembak Ping Pong Polo Air Polo Kuda Pentanque Ragbi Ragbi Sentuh Renang Skuasy Sepak Takraw Sofbol Silat Tenis Taekwondo Tinju Terjun Wushu Wood Ball Sukan lain yang sesuai & Modified Games 17
  • 26. LAMPIRAN 3 CONTOH 1: JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SK SERI SATU, KUALA LUMPUR BILANGAN MURID : 500 ORANG (TAHUN 4,5 & 6) BILANGAN GURU TERLIBAT : 24 ORANG Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan: Minggu 1 dan minggu 3 setiap bulan HARI MASA Isnin 2.00-4.00 ptg KELAB SUKAN / PERMAINAN 1. Bola Sepak 2. Bola Jaring 18 Selasa 2.00-4.00 ptg 2.00-4.00 ptg 2.00-4.00 ptg 125 orang 1. Hoki 2. Olahraga Khamis 125 orang 1. Badminton 2. Sepak Takraw Rabu BIL MURID 125 orang 1. Bola Baling 2. Bola Tampar 125 orang GURU YANG TERLIBAT 1. KA 2. NA 3. SN 1. S 2.MA 3. AZ 1. NM 2. SM 3. NL 1. YU 2. NS 3. KD 1. SA 2. NL 3. NF 1. NH 2. SH 3. NB 1. KS 2. SR 3. HW 1. NJ 2. AR 3. MF
  • 27. SK SERI SATU, KUALA LUMPUR TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN HARI : ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS MASA : 2.00 – 4.00 PETANG BULAN Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober M1 2 1,2,3 4,5,6,7 2,3,4,5 Cuti Pertengahan Tahun 4,5,6,7 1,2,3,4 5,6,7,8 3,4,5,6 MINGGU DAN TARIKH M2 M3 14,15,16,17 7,8,9,10 7,8,9,10 Cuti Pertengahan Penggal 11,12,13,14 18,19,20,21 9,10,11,12 16,17,18,19 13,14,15,16 20,21,22,23 11,12,13,14 8,9,10,11 12,13,14,15 10,11,12,13 18,19,20,21 15,16,18 19,20,21,22 17,18,19,20 M4 21,22,23,24 21,22,23,24 JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGI SEORANG MURID 4 3 25,26,27,28 23,24,25,26 27,28,29,30 - 4 4 3 25,26,27,28 22,23,24,25 26,27,28,29 24,25,27 4 4 4 4 CONTOH 2: JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAK BILANGAN MURID : 120 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6) BILANGAN GURU TERLIBAT : 13 ORANG HARI MASA Isnin 2.00-3.00 ptg KELAB SUKAN / PERMAINAN 1. Bola Sepak 2. Bola Jaring Selasa 2.00-3.00 ptg 1. Hoki 2. Bola Tampar Rabu 2.00-4.00 ptg Hari Kokurikulum & 1. Olahraga Khamis 2.00-3.00 ptg 1. Hoki 2. Bola Tampar Jumaat 2.00-3.00 ptg 1. Bola Sepak 2. Bola Jaring BIL MURID / TAHUN 60 orang / Tahun 3 & 4 60 orang / Tahun 3 & 4 120 orang / Tahun 3, 4, 5 & 6 60 orang / Tahun 5 & 6 60 orang / Tahun 5 & 6 GURU YANG TERLIBAT 1. SK 1. TH (K) 2. VN 1. PS 1. MN 1. JY (K) 1. PS 1. MN 1. SK 1. TN (K) 2. VN 19
  • 28. SJKT JALAN DUA, IPOH, PERAK TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN HARI : ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAAT MASA : 2.00 – 4.00 PETANG BULAN Januari Februari M1 2 Mac 28-3 April Mei 4-8 2-6 Cuti Pertengahan Tahun 4-8 1-5 5-9 3-7 Jun 20 Julai Ogos September Oktober MINGGU DAN TARIKH M2 M3 7-11 14-18 Cuti Pertengahan 7-11 Penggal 11-15 18-22 9-13 16-20 M4 21-25 JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGI SEORANG MURID 4 21-30 3 25-29 23-27 4 4 13-17 20-24 27-30 3 11-15 8-12 12-15 10-14 18-22 15-19 19-23 17-21 25-29 22-26 26-30 24-28 4 4 4 4 CONTOH 3: JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SMK SERI TIGA, JOHOR BHARU BILANGAN MURID : 1032 ORANG (TAHUN 3,4,5 & 6) BILANGAN GURU TERLIBAT : 75 ORANG HARI Isnin PERMAINAN TEMPAT Padang Sekolah Olahraga Padang Sekolah Sepak Takraw Kompleks Sukan Majlis Daerah Bola Tampar Kompleks Sukan Majlis Daerah Bola Baling Selasa Hoki Padang Sekolah Rabu Badan Beruniform / Kelab Dan Persatuan Khamis Bola Sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Bola Jaring Kompleks Sukan Majlis Daerah Ping Pong Kompleks Sukan Majlis Daerah Badminton Kompleks Sukan Majlis Daerah Jumaat MASA PELAKSANAAN DAN PELAJAR YANG TERLIBAT Pelajar Sesi Pagi : Tingkatan 3,4 dan 5 2.00 ptg – 3.30 ptg Pelajar Sesi Petang : Tingkatan Peralihan, 1 dan 2 10.30 pagi – 12.00 tgh
  • 29. SMK SERI TIGA TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN HARI : ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS & JUMAAT MASA : PAGI : 10.30 – 12.00 PG PETANG : 2.00 – 3.30 PTG BULAN Januari Februari M1 2 Mac 28-3 April Mei 4-8 2-6 Cuti Pertengahan Tahun 4-8 1-5 5-9 3-7 Jun Julai Ogos September Oktober MINGGU DAN TARIKH M2 M3 7-11 14-18 Cuti Pertengahan 7-11 Penggal 11-15 18-22 9-13 16-20 M4 21-25 JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGI SEORANG MURID 4 21-30 3 25-29 23-27 4 4 13-17 20-24 27-30 3 11-15 8-12 12-15 10-14 18-22 15-19 19-23 17-21 25-29 22-26 26-30 24-28 4 4 4 4 21
  • 30. CONTOH 4: JADUAL PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN TAHUN 2011 SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANG BILANGAN MURID Sesi pagi : 600 ORANG (Tingkatan 3,4,5 & 6) BILANGAN MURID Sesi petang : 300 ORANG (Peralihan, Tingkatan 1 & 2) BILANGAN GURU TERLIBAT : 83 ORANG HARI MASA Selasa * 9.00-10.30 pagi SUKAN/PERMAINAN 1. Bola Sepak **2.00-3.30 ptg 9.00-10.30 pagi 22 2. Ping Pong 3. Bola Keranjang 9.00-10.30 pagi 4. Bola Tampar 5. Hoki (indoor) 33 orang 85 orang 6. Sepak Takraw 2.00-3.30 ptg 9.00-10.30 pagi 34 orang 86 orang 2.00-3.30 ptg 9.00-10.30 pagi 34 orang 86 orang 2.00-3.30 ptg Khamis 33 orang 85 orang 2.00-3.30 ptg 9.00-10.30 pagi 34 orang 86 orang 2.00-3.30 ptg 9.00-10.30 pagi BIL MURID 33 orang 86 orang 7. Badminton 2.00-3.30 ptg 33 orang 86 orang GURU YANG TERLIBAT 1. FO 2. AH 3. FJ 4. SLL 5. SS 1. OHL 2. NBT 3. LCH 4. AJ 1. GYL 2. EWT 3. ESP 4. TYS 1. KN 2. NA 3. UZH 4. WH 5. NB 1. RGS 2. RMG 3. PLR 4. NA 5. MA 1. MRS 2. NS 3. MFMS 4. AI 1. LA 2. RM 3. AD 4. DMF 9.00-10.30 pagi 8. Bola Baling 33 orang 1. RI 2. MKG 3. NSH 9.00-10.30 pagi 9. Bola Jaring (perempuan) 33 orang 1. WMWD 2. FAU * Untuk murid sesi petang * * Untuk murid sesi pagi
  • 31. SMK SERI EMPAT, KUANTAN, PAHANG TARIKH AKTIVITI KELAB SUKAN & PERMAINAN HARI : SELASA DAN KHAMIS MASA : PAGI : 9.00 – 10.30 PG PETANG : 2.00 – 3.30 PTG BULAN Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober M1 1&3 1&3 5&7 3&5 5&7 2&4 6&8 4&6 MINGGU DAN TARIKH M2 M3 8 & 10 15 & 17 8 & 10 22 & 24 12 & 14 19 & 21 10 & 12 17 &19 21 & 23 28 & 30 12 &14 19 & 21 16 & 18 23 & 25 13 & 15 20 & 22 11 &13 - M4 22 & 24 29 & 31 26 & 28 24 & 26 26 & 28 27 & 29 - JUMLAH HARI KEHADIRAN BAGI SEORANG MURID 4 4 4 4 2 4 3 4 2 23
  • 32. SSN !!!!! MSN /ISN SSM LAIN-LAIN AGENSI TERAS 2 TERAS 1 TERAS 3 Memperkasakan Sistem Pentadbiran TERAS 4 TERAS 5 Membangunkan Membudayakan Prasarana dan Penyelidikan Untuk Pembangunan Sukan Peralatan Sukan Sekolah 5 TERAS PERANCANGAN STRATEGIK BAHAGIAN SUKAN KPM Memantapkan Pembangunan Sumber Manusia 7 PLD MOM Sukan Untuk Kecemerlangan Ke arah Pembinaan Modal Insan Yang Sihat, Cergas dan Berdaya Saing Tinggi Sukan Untuk Semua PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN (Kemahiran Asas Sukan dan Permainan) SEGAK / SUKAN TARA / SUKAN SEKOLAH / MSSD / MSSN / MSSM / KEJOHANAN ANTARABANGSA SEKOLAH PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN *TD **TID Membudayakan Sukan di Sekolah Pertandingan / Penilaian 4 Sukan Prestasi Tinggi Jalinan Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi dan Persatuan Sukan 5 2 6 SUKAN DI SEKOLAH (1M1S) ASAS *TD – Talent Detection **TID – Talent Identification and Development 8 M U R I D J A S M A N I 1 < 6 Tahun (National Glory) Kecemerlangan Sukan 3 C E R G A S & S I H A T Y A N G R E M A J A 9 C E R G A S & S I H A T M A S Y A R A K A T LAMPIRAN 4 BAHAGIAN SUKAN (November, 2010) Sukan & Gaya Hidup Aktif Sepanjang Hayat < 20 Tahun RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN KPM RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR 1M 1S KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN PERLUASAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M1S) 24
  • 33. HURAIAN RANGKA KONSEPTUAL PELAKSANAAN SUKAN DAN PERLUASAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengutarakan bahawa untuk melahirkan murid yang seimbang, perkembangan aspek jasmani adalah sama penting dari segi perkembangan dalam aspek emosi, rohani dan intelek. Fokus model konseptual ini adalah berteraskan pembangunan jasmani murid. 2. Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat murid-Talent detection dan Talent Identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang. 3. Hasil Sukan untuk Semua akan dapat dicerminkan melalui pembudayaan sukan dan aktiviti fizikal seumur hidup dalam kalangan masyarakat. Manakala Sukan untuk Kecemerlangan akan berfokus kepada melahirkan jaguh sukan ke arah menaikkan imej negara melalui kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi pencapaian sukan di pelbagai peringkat persada dunia. 4. Atlet-atlet yang menyerlah dalam program sukan di sekolah boleh diletakkan di Pusat Latihan Daerah (PLD) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN). Pada dasarnya mereka yang cemerlang di sekolah harian atau PLD ataupun SSN boleh seterusnya ditempatkan di Sekolah Sukan Malaysia dibawah pengawasan Jurulatih yang bertaraf dunia. Di Sekolah Sukan Malaysia, atlet murid akan didedahkan kepada latihan yang lebih berstruktur, sistematik dan saintifik bagi melahirkan atlet yang dapat meningkatkan prestasi pencapaian ke aras yang lebih tinggi. 5. Kejayaan sukan melalui satu sistem amat bergantung kepada pembangunan sukan secara holistik dengan kerjasama pelbagai pihak. Pelantar pembangunan sukan pada dasarnya adalah sistem sekolah di Malaysia. Hampir setiap murid akan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang merupakan catchment area bagi mengenalpasti bakat murid atlet. 25
  • 34. Namun begitu sistem pendidikan kebangsaan sahaja tidak mampu untuk melahirkan atlet murid, jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri serta Badan-Badan Kerajaan dan bukan kerajaan yang lain adalah amat penting. 6. 26 Asas kepada kemajuan sukan bermula dari penguasaan kemahiran asas sukan dan permainan melalui proses pengajaran dan pembelajaran semasa pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti akan menjamin standard pembelajaran kemahiran yang terpuji oleh murid sekolah. Adalah menjadi hasrat agar apa yang dipelajari di sekolah semasa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh dipindahkan ke dalam kegiataan sukan dan permainan di peringkat Kelab dan Rumah Sukan. Kualiti matapelajaran PJK pada peringkat paling asas dianggap baik sekiranya guru adalah terlatih dalam PJK, peralatan sukan adalah mencukupi untuk mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran serta terdapat kemudahan minima yang lengkap dan kurikulum yang relevan dengan perkembangan masa. 7. Alat ukur bagi pencapaian dalam sukan / permainan / kecergasan boleh ditentukan melalui pertandingan-pertandingan sukan dan bateri ujian di pelbagai peringkat. Alat ukur ini juga memainkan peranan sebagai saringan satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Murid sekolah yang terpilih akan bertanding dalam sukan di peringkat MSSD, MSSN, MSSM dan kejohanan antarabangsa. 8. Bagi menyokong kejayaan perluasan Satu Murid Satu Sukan, Bahagian Sukan akan menggunakan 5 Teras utama di bawah Perancangan Strategik Bahagian Sukan 20112015 iaitu; 8.1 Membudayakan sukan di sekolah yang memberi fokus kepada sukan untuk semua murid dan sukan untuk kecemerlangan. 8.2 Pembangunan sumber manusia yang memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme berterusan di kalangan guru. 8.3 Memperkasakan sistem pentadbiran yang memberi fokus kepada sistem tadbir urus. 8.4 Meningkatkan penyelidikan pembangunan sukan yang memberi fokus kepada penyelidikan kepada pembangunan sukan. 8.5 Membangunkan prasarana, kemudahan dan peralatan sukan yang memberi fokus kepada peralatan asas sukan sekolah, prasarana, kemudahan dan peralatan sukan, pengurusan dan penyelenggaraan.
  • 35. 9. Matlamat jangka panjang dalam perluasan Satu Murid Satu Sukan adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat strategik Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif. PENGHARGAAN Penghasilan Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan ini telah melibatkan pelbagai pihak. Bahagian Sukan ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam memberikan sumbangan, mahupun secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini untuk kegunaan dan panduan pihak sekolah. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua yang terlibat. 27